MiLo SuaM |
- PRK Galas dan SPR yang bangang!
- Adik ipar Tony Blair masuk Islam
- Rosmah Mansor bagai beruk diberi bunga
- Poll Sinar hanya 14% rakyat puas hati bajet 2011
- Bantahan terhadap Rosmah Mansor di seluruh negara
- Ariel Peterpan sebar video lucah sendiri?
- Datin Linda Calon BN PRK Batu Sapi
| PRK Galas dan SPR yang bangang! Posted: 25 Oct 2010 12:28 AM PDT ![]() Nampaknya Suruhanjaya Pilihanraya SPR secara terang-terangan menjadi satu lagi Parti komponen Be End. SPR semakin bangang! Memang celaka! Inilah demokrasi Malaysia yang jelas sekali berat sebelah! Apa lagi nak dikata?! Pengundi DUN Galas tolong bagi lingkup calon Be End! Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan bahawa hanya lambang PAS dibenar untuk digunakan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas. Timbalan setiausahanya, SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata, langkah berkenaan bermakna lambang parti komponen Pakatan Rakyat yang lain tidak dibenar digunakan dalam tempoh kempen yang bermula esok. Katanya, lambang parti Umno dan parti komponen BN yang lain sebaliknya boleh digunakan. Jelasnya, kebenaran itu diberikan memandangkan lambang parti komponen BN itu diiktiraf oleh SPR. Katanya, pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang dianggotai PDRM, SPR dan pihak berkuasa tempatan itu berhak untuk menurunkan lambang-lambang berkenaan sekiranya didapati digunakan dalam kempen bermula esok. ReJaM©"Cepat-cepat kebumikan UMNO dan BN! Selamat berkubur!" |
| Adik ipar Tony Blair masuk Islam Posted: 24 Oct 2010 11:08 PM PDT ![]() Baru sahaja terdengar di berita tengah hari tadi bahawa adik ipar Tony Blair Lauren Booth (gambar) masuk Islam. Adik ipar perempuan bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair dilaporkan memeluk Islam setelah melawat kota suci Qom bulan lalu. Lauren Booth, 43 adik kepada Cherie, isteri kepada Tony Blair berharap keislaman beliau mampu merubah persepsi Tony terhadap Islam. Penghijrahan Lauren kepada Islam bukanlah sesuatu yang berlaku dalam jangka masa pendek. Sebelum ini beliau bertugas dengan Press TV, sebuah stesen televisyen berbahasa inggeris di Iran. Lauren juga seorang yang lantang menentang penaklukan Iraq oleh tentera bersekutu. Beliau tetap lantang menentang pembabitan Britain di Iraq walaupun abang ipar beliau sendiri adalah sekutu utama George W Bush pada masa itu. Pada tahun 2008 beliau menyertai flotilla membawa bantuan ke Gaza dari Cyprus. Seperti flotilla ke Gaza yang ditahan baru-baru ini. Flotilla yang disertai beliau juga dihalang dari menyampaikan bantuan ke Gaza. Lauren dipetik berkata "Ketika melawat makan Fatima al-Masumeh saya merasakan suntikan spiritual di seluruh tubuh saya. Ianya sesutu yang menggembirakan dan menyeronokkan" Sekembalinya di Britain beliau terus memeluk ugama Islam. Beliau kini berhijab , bersolat 5 waktu dan sedang berusaha membaca Al Quran. Selain itu beliau berhenti memakan babi dan sudah tidak lagi meminum arak selama 45 hari. ReJaM©"Syukur Alhamdulillah tambah seorang lagi saudara baru..." |
| Rosmah Mansor bagai beruk diberi bunga Posted: 24 Oct 2010 07:20 PM PDT Cuba anda bayangkan bila datang seorang lelaki menghampiri anda untuk memberi petua bagaimana menjaga gigi agar tidak rosak dimakan usia. Lelaki ini mengajar anda cara menjaga gigi mengikut petua yang telah diamalkannya sejak dari muda. Dia memberi jaminan 120% bahawa gigi anda tidak akan rosak sekiranya mengikut segala petua yang diajarkannya. Adakah anda akan mengikut segala petua yang diberikannya sekiranya lelaki ini yang dimaksudkan? ![]() Bagaimana pula bila seorang penjual ubat pelebat rambut datang kepada anda untuk mengesyorkan sejenis produk, yang dijamin dapat melebatkan rambut disamping menjaga akar rambut agar sentiasa kuat dan sihat? Orang itu mengatakan bahawa dia bukan sahaja telah lama menggunakan produk tersebut, malah sangat berpuas hati dengan hasilnya. Adakah anda akan membeli ubat tersebut sekiranya orang ini yang menjualnya? ![]() Petua yang baik akan jadi petua yang buruk, produk yang terbaik akan jadi produk yang terburuk bila disampaikan oleh beruk. ![]() ReJaM© "Bila beruk diberi bunga yang cantik nescaya jadilah bunga itu makanan beruk" ![]() |
| Poll Sinar hanya 14% rakyat puas hati bajet 2011 Posted: 24 Oct 2010 10:43 AM PDT ![]() Merujuk kepada undian yang dibuat oleh Akhbar online Sinar Harian, setakat ini hanya 14% pembaca akhbar itu yang berpuas hati dengan bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Akhbar Sinar Harian merupakan salah sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia yang dibaca oleh pelbagai golongan tanpa mengira ideologi politik kerana ia bukanlah sebuah akhbar yang menumpukan berita berkaitan politik seperti Malaysiakini dan Harakahdaily, sebaliknya ia sebuah akhbar yang lebih tertumpu kepada menyajikan berita-berita semasa dalam dan luar negara. Undian ini dapat menggambarkan penolakkan rakyat terhadap bajet 2011 yang dibentangkan oleh Najib Razak. Dari 7725 undian, hanya 14% pengundi yang berpuas hati dengan bajet 2011 yang dibentangkan oleh Najib Razak jumaat lalu. Jelas sekali di sini konsep 1 Malaysia bertemakan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" hanyalah laungan kosong pemimpin UMNO dan Barisan Nasional memandangkan tindakan mereka jelas tidak berjaya merealisasikan konsep "Rakyat didahulukan". ReJaM© "Cakap tak serupa bikin..." |
| Bantahan terhadap Rosmah Mansor di seluruh negara Posted: 24 Oct 2010 02:19 AM PDT Ribuan Umat Islam di beberapa buah negeri telah mengadakan bantahan aman terhadap Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor berkaitan penganjuran Islamic Fashion Festival ataupun Festival Busana Muslim yang dihadiri oleh Rosmah Mansor dan Perdana Menteri pada 9 Ogos lalu di Monaco. Berikut gambar yang dapat dikongsikan. Sumber gambar: Muslimeen United LOKASI 1: Masjid Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan ![]() ![]() ![]() LOKASI 2: Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() LOKASI 3: Masjid Negeri Sembilan ![]() ![]() ![]() ![]() LOKASI 4: Masjid Jamek Permatang Janggus, Pulau Pinang ![]() ReJaM© |
| Ariel Peterpan sebar video lucah sendiri? Posted: 24 Oct 2010 01:35 AM PDT ![]() Mengikut desas desus sebelum ini, video lucah skandal penyanyi terkenal Indonesia Ariel Peterpan dengan dua model terkenal Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari bocor ke pengetahuan umum akibat daripada kehilangan laptop milik Ariel yang dicuri di apartmentnya. Desas desus mengatakan pencuri yang mencuri laptop milik Ariel telah menemui video skandalnya melalui laptop yang dicuri lalu menyebarkannya di internet. Namun hasil penyiasatan Polis Indonesia menemui bahawa Ariel sendiri yang telah menyebarkan video skandal tersebut. Sekiranya Ariel didapati bersalah dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 tahun kerana menyebarkan video skandalnya sendiri. JAKARTA: Penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril 'Ariel' Irham kelmarin dibebaskan daripada dakwaan melakukan perbuatan melanggar tata susila tempatan berkaitan video lucahnya bersama dua artis lain, sebaliknya didakwa dengan tuduhan baru sebagai orang yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman video terbabit. Ketua Pusat Penerangan Jabatan Peguam Negara, Babul Khoir Harahap, yang dipetik laman web Metrotvnews, berkata dakwaan terbaru ke atas Ariel adalah menyebarkan rakaman video lucah dan bukan sebagai pelaku dalam video seks yang tersebar di internet. Ariel yang ditahan di sebuah penjara di Bandung, akan didakwa di bawah Undang-Undang Maklumat dan Transaksi Elektronik 2008 dan Undang-Undang Kelucahan 2008. Beliau berdepan hukuman penjara 12 tahun jika sabit kesalahan. Babul berkata, tuduhan pindaan yang dikenakan ke atas Ariel berpunca daripada kegagalan pihak polis mengenal pasti lokasi dan masa video itu dirakamkan. "Tempat video itu dirakamkan dan waktunya tidak jelas. Ada yang menyatakan bahawa ia dibuat pada 2005, 2006 dan 2010. "Dua artis yang didakwa terbabit dengan rakaman itu, Luna Maya dan Cut Tari berkata, mereka tidak ingat tempat ia dirakam. Cut Tari mengaku tahu tetapi lupa lokasinya. Apa yang pasti tempatnya di Indonesia," katanya. Babul berkata, siasatan polis selama empat bulan mengesahkan Ariel bertanggungjawab atas penyebaran video lucah itu. "Dalam siasatan itu, kami mendapati Ariel dibantu bekas pengarah muziknya Redjoy, menyebarkan video lucah terbabit dari rumah penerbit muziknya, Capung. Keterangan mengenai perkara ini ditemui di rumah Capung di Jalan Antapani, Bandung," katanya. Babul berkata, pegawai pendakwa di Bandung mengesahkan menerima fail kes Ariel daripada polis dan merancang mengemukakan kes itu di Mahkamah Daerah dalam tempoh beberapa minggu lagi. – Agensi ReJaM©"Haha tak ada kerja cari kerja, bangga sangat dapat ber 'skandal' dengan model terkenal, terimalah padah! Itu baru kat dunia!" |
| Datin Linda Calon BN PRK Batu Sapi Posted: 24 Oct 2010 01:06 AM PDT ![]() Bagi PRK Batu Sapi BN akan meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini. Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura dan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah. Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi BN negeri, Datuk Musa Aman berkata, jawatankuasa BN negeri sebulat suara memilih Linda bertanding di Batu Sapi. Katanya, BN yakin dengan kemampuan calon BN itu untuk meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan berkenaan. pilihan raya kecil itu, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November. ReJaM© |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

























Tiada ulasan:
Catat Ulasan