Kelab Greenboc |
- Gunung Merapi Bakal Meletus Bila-bila Masa. Pelajar Malaysia Dipindahkan
- Galas: BN Salahguna Jentera Kerajaan
- [Bergambar] Bas Bawa Siswa UIAM Terbalik, 17 Cedera
- [Video] Lauren Booth Peluk Islam, Berhasrat Ajar Abg Iparnya Tony Blair Tentang Islam Sebenar
- Tindakan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah Biadab - Peniaga
- Helmi Jugak Nama Tunangnya, Akan Tetap Tunggu Sakinah Pulang
- Pengawal Tidur Sebabkan 12 Bas Expres Budaya Hangus
- UMNO Berdepan Dengan Cah Keting Di Galas
- Jemaah Dibenar Menggunakan Tren Al-Mashair Hanya Pada Hari Al-Tarwiyah
- Kes Adukataruna Hari Kedua: Mahkamah Bersidang Semula 30 Nov - 2 Dis
- [Video] 12 Ekspres Budaya Terbakar Malam Tadi, Kerugian RM6juta
- Ada Ayam Bertaji Lima Di Kelantan
- Ansari, Calon PKR Di Batu Sapi
- Kelantan Umum Cuti Peristiwa 4 Nov, PKR Teruskan Pemilihan?
| Gunung Merapi Bakal Meletus Bila-bila Masa. Pelajar Malaysia Dipindahkan Posted: 25 Oct 2010 12:45 AM PDT Gunung merapi menunggu masa meletus, pelajar Malaysia dipindah ke kawasan selamatJAKARTA - Kesemua 34 pelajar Malaysia di sebuah pesantren atau institusi agama di Secang, Magelang dipindahkan ke Solo hari ini sebagai langkah menghindarkan mereka daripada kesan debu Gunung Merapi, yang dijangka meletus bila-bila masa. Pakar-pakar menjangka, letusan kali ini akan lebih besar daripada yang terakhir berlaku pada tahun 2006. Pemindahan pelajar Malaysia terbabit dilakukan berikutan peningkatan status amaran oleh pihak berkuasa Indonesia ke tahap awas, iaitu status amaran tertinggi yang mengkehendaki semua penduduk di sekitar kaki gunung berapi paling aktif di dunia itu, berpindah ke kawasan selamat. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata, setelah berada di Solo dan dipastikan keselamatan mereka, para pelajar terbabit bersama sekumpulan pelajar kedoktoran dari Universiti Negeri Surakarta (UNS) 11 Maret kemudiannya akan menyumbang khidmat sebagai sukarelawan membantu mangsa-mangsa bencana itu nanti. Dr Junaidy berkata, para pelajar Pesantren Sirajul Mukhlasin itu merupakan pelajar persendirian dan keadaan mereka pada masa ini adalah selamat kerana kedudukan pesantren itu yang agak jauh dari Gunung Merapi. Bagaimanapun, mereka tetap akan dipindahkan ke kawasan lebih selamat bagi menghindari bahaya kesan debu belerang gunung berapi itu selain memastikan mereka berada di kawasan yang mempunyai rangkaian perhubungan telefon secara terus menerus, katanya. Dr Junaidy berkata, pelajar-pelajar Malaysia di Yogyakarta turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kesan bencana letusan Gunung Merapi itu serta untuk menjadi sukarelawan. Status awas gunung, yang berada di perbatasan Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) dan Jawa Tengah itu diumumkan Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kegunungapian (BPPTK) Yogyakarta pukul 6 pagi waktu tempatan hari ini. Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan rawan bencana itu dianggar berjumlah kira-kira 40,000 orang, yang tersebar di daerah Sleman (DIY), daerah Klaten, daerah Magelang dan daerah Boyolali (Jawa Tengah). Peningkatan status Gunung Merapi itu dilakukan dengan berbagai pertimbangan, di antaranya peningkatan deformasi gunung yang telah mencapai 42 sentimeter setiap hari dengan gempa pelbagai fasa yang mencapai sekitar 500 kali. Mengikut data yang direkodkan semalam, sehingga pukul 12 tengah hari, aktiviti seismik Gunung Merapi menunjukkan berlakunya 90 kali guguran bahan vulkanik, gempa pelbagai fasa (MP) 290 kali, gempa vulkanik dalam sebanyak tiga kali dan gempa vulkanik singkat sebanyak 36 kali. Di daerah Sleman, pemindahan penduduk di kaki gunung itu dilakukan sejak pukul 7 pagi ini. Pegawai Daerah Sleman Sri Purnomo meminta warganya untuk bersedia berpindah ke tempat yang selamat dan terus meningkatkan kewaspadaan. Sementara itu, di Magelang, pihak berkuasa daerah memindahkan secara terhad warga di beberapa kawasan yang rawan terkena kesan letusan gunung berapi itu. Dalam kejadian letusan Merapi yang terakhir pada pertengahan 2006, ia antara lain ditandai dengan semburan awan panas, luncuran lava pijar, dan hujan abu secara intensif. Merapi tidak meletus seperti gunung berapi pada umumnya, namun berlaku letusan atau keluarnya magma dari perut gunung dengan cara meleleh turun sampai ke kakinya.
|
| Galas: BN Salahguna Jentera Kerajaan Posted: 24 Oct 2010 11:42 PM PDT Pas mempersoalkan kewujudan jabatan kerajaan, pasukan tentera dan berpuluh-puluh bendera Barisan Nasional (BN) di kawasan perkampungan Orang Asli di pusat mengundi Pos Hua.Penasihat Pilihan Raya Kecil DUN Datuk Wan Abdul Rahim mendakwa tindakan ini adalah serupa dengan menggunakan pelbagai jabatan kerajaan di Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai yang berpusat di Kuala Krai. Menurutnya, Pas sendiri tidak menggunakan sebarang jentera Kerajaan Negeri dan bendera parti dalam usaha untuk memperkenalkan calon parti kepada masyarakat Orang Asli. "Cuba anda lihat Dr Zulkefli sendiri tidak menggunakan logo Pas dalam lawatannya hari ini (semalam), tetapi pihak lawan lain pula ceritanya," katanya ketika ditemui media, semalam. Beliau turut mempersoalkan mengapa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dipergunakan untuk kepentingan politik BN, sedangkan Pas tidak menggunakan jentera kerajaan negeri Kelantan dalam berkempen. Menurutnya, pihaknya tidak terkejut dengan penyalahgunaan ini kerana di pilihan raya yang lalu, BN turut menggunakan taktik yang sama dalam memancing undi. "Sebagai contohnya di Kampung Ladui, JKOA sudah berkampung di sana hampir dua minggu, menyediakan makan minum, tempat tinggal dan sebagainya. "Kononnya untuk mendapat undi bagi pihak BN, ini satu daripada tindakan oleh pihak lawan yang memperalatkan jabatan kerajaan untuk untuk mendapat undi," katanya. Menurutnya, kehadiran calon Pas telah memberikan gambaran kepada pengundi Orang Asli tentang peribadi bakal pemimpin mereka kerana calon tersebut hadir bersalaman dengan masyarakat. "Kita sempat hadir dalam jamuan anjuran JKOA tersebut, Dr Zul sempat bersalam dengan pengundi dan juga petugas JKOA itu sendiri. "Ada pihak yang bertanya mana calon BN? calon Pas sudah ada, oleh yang demikian kita yakin pengundi Orang Asli ini tahu parti mana yang mereka akan undi," katanya. -SH
|
| [Bergambar] Bas Bawa Siswa UIAM Terbalik, 17 Cedera Posted: 24 Oct 2010 10:38 PM PDT Gua Musang: Seramai 17 daripada 41 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera apabila bas dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat Kampung Lepan Jaya di sini, pagi semalam. Semua pelajar yang cedera dalam kemalangan jam 1.45 pagi itu dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM). Seorang saksi, Razali Yusoff, 54, berkata kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke Nilai, Negeri Sembilan selepas menghadiri program di Kota Bharu, Kelantan. Razali dalam perjalanan pulang ke Rantau Panjang selepas mengikuti Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur melihat bas itu dalam keadaan tidak terkawal sebelum terbalik di tepi jalan. "Saya bersama rakan membantu mangsa keluar dari dan menghubungi balai bomba berhampiran kerana ramai yang terperangkap dalam bas," katanya. Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rosli Che Sulaiman, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.45 pagi. "Kami mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa terbabit, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kejadian," katanya. -BH Foto ehsan Topeng Perak ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| [Video] Lauren Booth Peluk Islam, Berhasrat Ajar Abg Iparnya Tony Blair Tentang Islam Sebenar Posted: 24 Oct 2010 09:50 PM PDT Adik ipar Blair peluk IslamLONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah. Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan. "Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun. "Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari," katanya yang dipetik akhbar Daily Mail. Lauren berkata beliau memperoleh 'pengalaman suci' ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom. "Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam," katanya. Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan. "Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?" katanya. Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin. "Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini," katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi
Ulasan GB Demikianlah, apabila barat menghentam Islam, menghentam Iran, akhirnya Allah menterbalikkan suasana apabila Allah mencurahkan hidayahNya kepada sesiapa yang dipilihNya, seorang yang terkenal dari warga Barat sendiri memeluk Islam setelah mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh di Iran. Hal ini berlaku di dalam sejarah Islam dimana penentang-penentang Islam yang lantang akhirnya memeluk Islam seperti Umar Al-Khattab yang dulunya ingin membunuh Rasulullah, tetapi akhirnya berteleku mengucap dua kalimah syahadah sehinggalah beliau menjadi khalifah umat Islam ternama. |
| Tindakan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah Biadab - Peniaga Posted: 24 Oct 2010 08:35 PM PDT Seksa kena samanPerniaga dakwa pelanggan takut singgah di Pasar Awam Alor Gajah ALOR GAJAH: Perniagaan di Pasar Awam Alor Gajah didakwa kian malap apabila banyak peniaga dan pelanggan menjauhinya angkara tidak tahan dengan ketegasan penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang mengeluarkan saman tanpa timbang rasa. Tindakan tegas MPAG yang tidak memberi muka kepada pesalah letak kenderaan turut dirasai 40 peniaga di pasar berkenaan sejak dua bulan lalu meskipun kesalahan kecil lazimnya boleh diselesaikan menerusi notis amaran. Kira-kira 40 peniaga pasar di pekan Alor Gajah, yang ditemui Berita Harian mengaku kecewa dengan tindakan penguat kuasa MPAG yang kerap mengeluarkan notis saman atas kesalahan kecil sejak kebelakangan ini. Ada peniaga tidak puas hati dengan sikap kasar segelintir pegawai penguat kuasa MPAG yang bersikap biadab, termasuk menghamburkan kata-kata kesat terhadap mereka. Akibat tertekan dengan saman setiap bulan itu, mereka kini menuntut kerajaan negeri campur tangan menasihati pegawai MPAG supaya lebih berhemah ketika menjalankan tugas. Peniaga, Leong Mei Wah, 47, berkata, dia disaman anggota penguat kuasa MPAG atas kesalahan meletakkan barang jualan di luar kawasan tapak perniagaan sehingga menghalang laluan. "Saya memang keliru dengan peraturan MPAG kerana dalam satu perjumpaan membabitkan peniaga dan MPAG tidak lama dulu, kami dimaklumkan kawasan dibenarkan untuk meletak barang. "Saya letak bekas ini dekat sini sebab saya berniaga setiap hari, sukar sekiranya saya hendak membawa barang pulang setiap hari dan sehingga kini sudah dua saman saya terima, satu pada bulan lalu dan satu dalam bulan ini," katanya. "Peniaga disaman antara RM50 hingga RM250, iaitu sama dengan purata keuntungan harian, kalau saman ini berlarutan, mana kami boleh tahan sebab setiap kali mereka menyerbu ke sini, ada pelanggan pun lari sebab tak gemar melihat gelagat kasar mereka," katanya. Rakannya, Ng Swee Hun, 40, berkata, pendapatannya kini merosot sehingga 70 peratus angkara mengumpul wang untuk menyelesaikan pelbagai bayaran kompaun. "Setiap hari mereka tekan kami dengan saman, kalau selalu begini bagaimana kami mahu cari makan, duit berniaga habis bayar saman, bukan peniaga saja disaman, sebaliknya pelanggan yang tengah beli barang turut terkejut apabila kenderaan mereka disaman," katanya. Peniaga buah-buahan, Muhammad Ridzuan Rosman, 20, berkata, dia menerima 14 saman dalam bulan ini dan menahan telinga mendengar kata-kata kesat daripada anggota penguat kuasa ketika menyaman. "Pasar ini semakin lengang kerana pelanggan juga seolah-olah takut ke sini kerana bimbang kenderaan mereka disaman, walhal tempat kereta amat terhad, penduduk semakin bertambah. "MPAG tidak langsung bersikap properniagaan, sedangkan hasil cukai dikutip, ini jelas berlawanan dengan dasar kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat,'' katanya. -BH
|
| Helmi Jugak Nama Tunangnya, Akan Tetap Tunggu Sakinah Pulang Posted: 24 Oct 2010 07:15 PM PDT Tunang sanggup tunggu Sakinah pulang POKOK SENA: Tunang Siti Sakinah Ismail, 25, bakal pengantin yang hilang sejak 16 Oktober lalu tidak berputus asa dan bercadang meneruskan perkahwinan sekembalinya gadis itu ke pangkuan keluarganya. Helmi Afendi Aris, 24, berkata dia sanggup menunggu kepulangan Siti Sakinah dan tidak akan memutuskan pertunangan kerana percaya gadis itu akan kembali untuk meneruskan perkahwinan mereka seperti dirancang. "Saya percaya masalah ini akan berakhir dalam tempoh terdekat dan turut membantu saudara maranya mencari di beberapa lokasi tertentu," katanya di rumah bakal ibu mentuanya, di kampung Kolam, di sini, semalam. Helmi yang menetap di Kuala Sanglang, Perlis, datang ke rumah tunangnya untuk mengikuti perkembangan terbaru Siti Sakinah. Beliau menyifatkan kehilangan tunangnya itu sesuatu yang tidak diduga dan menyedihkan, selain mengganggu emosi keluarga mereka. Katanya, pertunangan mereka atas pilihan keluarga kedua-dua pihak dan dia bersetuju dengan pilihan itu. "Kami mengikat tali pertunangan selepas berkenalan seminggu. "Sepanjang pertunangan semuanya lancar, kami tidak pernah bergaduh, malah dia sentiasa baik serta gembira menunggu hari bahagia selain membuat persiapan sewajarnya," katanya. -BH Ulasan GB Hanya kebetulan, tunang bakal pengantin yang dilarikan bernama Helmi. Kes pertama ialah kes Rozaliya di Kemaman dengan pasangannya Mohd Helmi Mohd Noor, 24. |
| Pengawal Tidur Sebabkan 12 Bas Expres Budaya Hangus Posted: 24 Oct 2010 06:15 PM PDT Kota Baharu – Gara-gara pengawal keselamatan didakwa tertidur, 12 buah bas Ekspres Budaya milik Syarikat Transline Express Sdn. Bhd. bernilai RM2.6 juta musnah dijilat api di depot menempatkan bengkel dan tempat menyimpan bas di Panji, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam kelmarin, kesemua bas tersebut yang disusun berdekatan di salah satu sudut di depot tersebut hangus sama sekali. Ketua Balai Bomba Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd. Noor (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.32 tengah malam kerana pengawal yang bertugas menjaga depot itu semasa kejadian didakwa tertidur. Menurut Saipu, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke tempat kejadian sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian kerana kedudukan balai bomba dan depot bas itu hanya dalam jarak dua kilometer. -kosmo Berita sebelum ini: [Video] 12 Ekspres Budaya Terbakar Malam Tadi, Kerugian RM6juta |
| UMNO Berdepan Dengan Cah Keting Di Galas Posted: 24 Oct 2010 05:40 PM PDT Hapuskan budaya 'cah keting', kata KhairyGUA MUSANG, 24 Okt — Pergerakan Pemuda Umno hari ini meminta agar budaya "cah keting" atau cantas-mencantas dihapuskan dan berharap ia tidak akan berlaku pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Ketuanya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata budaya itu yang sering dikaitkan dengan Umno Kelantan, perlu dihapuskan segera kerana ia berupaya merosakkan imej parti dan Barisan Nasional (BN). "Saya dapat jaminan daripada Ketua Pemuda Gua Musang Bazlan Baharuddin bahawa Pemuda akan sokong siapa sahaja calon mewakili BN untuk pilihan raya kali ini, dan tidak mahu budaya cah keting dipraktikkan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Projek Perumahan Rakyat di sini hari ini. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari parti PAS, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 Sept lepas. Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, 49, telah dinamakan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 4 Nov depan. Dalam perkembangan lain, Khairy berkata Pemuda akan menggerakkan jenteranya dengan lebih aktif bagi menarik pengundi muda menyokong BN menerusi pendekatan isu tempatan, berbanding "serangan peribadi" terhadap calon pembangkang. Bagaimanapun, beliau berkata Pemuda akan sentiasa memantau ceramah parti lawan bagi mengenal pasti bentuk serangan peribadi terhadap calon BN, selain melihat sama ada janji mereka kepada rakyat di Kelantan telah ditunaikan atau tidak. — Bernama Ulasan GB Hanya beberapa jam calon BN untuk Galas diumumkan, Ketua Pemuda UMNO meminta supaya budaya "cah keting" atau cantas-mencantas dihapuskan dan berharap ia tidak akan berlaku pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Ia seperti satu respons dari pemerhatian Khairy terhadap apa yang berlaku di Galas. Apatah lagi "permintaan" itu dibuat secara terbuka. Maka dengan sendirinya orang semua sudah boleh membuat kesimpulan, memang sah cah keting berlaku di sana. Bila melihat kepada calon BN yang dikemukakan untuk Galas, setiap orang termasuk dari kalangan UMNO bersetuju cah keting itu tak dapat dielakkan. |
| Jemaah Dibenar Menggunakan Tren Al-Mashair Hanya Pada Hari Al-Tarwiyah Posted: 24 Oct 2010 05:00 PM PDT Jemaah Dibenar Menggunakan Tren Al-Mashair Hanya Pada Hari Al-TarwiyahMEKAH, 24 Okt - Jemaah haji hanya dibenar menggunakan tren Al-Mashair pada hari "Al-Tarwiyah," hari jemaah menunaikan ibadah korban, kata pembantu di Kementerian Haji Dr Sahal Al-Saban. Dr Sahal yang dipetik akhbar tempatan, Saudi Gazette hari ini berkata tren itu hanya boleh diguna oleh kumpulan sasar termasuk jemaah tempatan dan mereka yang datang dari Gulf Cooperation Council (GCC) dan mereka yang menggunakan jalan darat apabila turun dari Bukit Arafat ke Muzdalifa. Saudi Gazette berkata berdasarkan laporan akhbar Al-Madina penggunaan tren itu dijangka mengurangkan jumlah kenderaan yang menghala ke tempat ibadat suci itu. Ia berkata hanya mereka yang mempunyai permit haji yang sah akan dibenar memasuki stesen tren dan kawasan yang menghubungkannya. Sementara itu, Kementerian Haji meluluskan 25 kawasan baru untuk syarikat jemaah haji yang terpaksa berpindah bagi memberi laluan untuk tren itu. Kesemua syarikat berkenaan menawarkan perkhidmatan kepada jemaah tempatan. Dr Sahal berkata stesen tren di kem jemaah tempatan telah siap. -- BERNAMA
|
| Kes Adukataruna Hari Kedua: Mahkamah Bersidang Semula 30 Nov - 2 Dis Posted: 24 Oct 2010 09:10 AM PDT Saksi cam bahan bukti SEREMBAN – Perbicaraan hari kedua kes penulis blog yang didakwa menghina institusi kesultanan Johor, Mahkamah Sesyen semalam, memanggil dua lagi saksi pendakwaan. Saksi ketiga, Inspektor Siasatan Unit Keselamatan Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Inspektor Mohd Faizal Zainal, 28, dan Ketua Siasatan, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Asistan Suprintendan Mazlan Nordin, 36, sebagai saksi keempat. Kedua-dua saksi diminta mengecam bahan bukti yang dirampas ketika serbuan pihak polis ke lokasi perbuatan menghina kesultanan Johor dilakukan. Semua bahan bukti yang dirampas adalah peralatan komputer riba dan perisian jalur lebar yang digunakan tertuduh ketika melakukan perbuatan terbabit. Khairulizam Abdul Ghani, 29, yang juga juruteknik komputer didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 7.25 dan 9.05 malam, pada 22 Januari lalu di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini. Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah dan Khairulizam diwakili peguam bela Mohd Radzlan Jalaludin. Hakim Amran Jantan menetapkan mahkamah bersidang semula 30 November dan 1 hingga 2 Disember ini. |
| [Video] 12 Ekspres Budaya Terbakar Malam Tadi, Kerugian RM6juta Posted: 24 Oct 2010 07:00 AM PDT 12 Bas Ekspres Budaya Terbakar, Kerugian Dianggar RM6 JutaKOTA BAHARU, 24 Okt - Dua belas bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, Sabtu malam. Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta. "Kebakaran semua bas yang diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi. Kebakaran itu merebak terlalu cepat dan ketika bomba tiba, 70 peratus bas berkenaan telah musnah terbakar, katanya. Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. -- BERNAMA |
| Ada Ayam Bertaji Lima Di Kelantan Posted: 24 Oct 2010 05:45 AM PDT Ayam Jantan Milik Azrul Punya Lima TajiKOTA BAHARU, 24 Okt - Kebiasaannya ayam jantan memiliki sepasang taji namun berbeza dengan seekor ayam milik seorang pembantu perubatan di sebuah klinik kesihatan di sini yang mempunyai lima taji. Azrul Mahmood, 30, berkata tiga taji itu terletak di bahagian kaki sebelah kanan manakala dua lagi di kaki kiri ayam jantan itu. "Taji-taji tersebut tumbuh secara berlapis antara satu sama lain," kata Azrul yang ditemui di rumahnya di Kampung Lundang di sini. Beliau berkata satu lagi taji yang sebelum ini tumbuh di kaki kanan ayam tersebut bagaimanapun patah pada bulan puasa baru-baru ini selepas terlekat pada dawai kandang ayam kesayangannya itu.Ayam jantan yang berumur lebih empat tahun itu baru dipelihara Azrul kira-kira dua tahun lalu iaitu selepas beliau bertukar ke sini. Sebelum ini beliau berkhidmat di Kedah selama beberapa tahun. "Ayam ini asalnya dipelihara oleh keluarga saya di sebuah kampung di sini tetapi banyak-banyak ayam jantan yang ada, seekor inilah yang pelik apabila memiliki banyak taji dan kerana itulah saya mengambil keputusan mengambil dan memeliharanya sendiri," katanya. Beliau mendakwa beberapa kejadian pelik berlaku yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ayam jantan itu bermula awal tahun ini apabila pada mulanya beliau melihat seekor burung besar besar yang tidak diketahui spesies hinggap di belakang pokok rumahnya dan kemudiannya hilang dalam sekelip mata. "Burung itu bila terbang sayapnya lebih sedepa tangan orang dewasa dan hinggap di pokok belakang rumah tetapi hilang sekelip mata apabila saya cuba mendekatinya. "Selepas beberapa hari pula tiba-tiba muncul seekor tupai yang jinak yang boleh dipegang keluarga saya dan kerana jinaknya tupai itu saya memeliharanya sebelum mengambil keputusan melepaskannya ke dalam hutan tiga hari selepas itu," katanya. Azrul berkata minggu lalu rumahnya "dikunjungi" seekor kucing hutan dengan dua ekor anak yang cukup jinak namun hilang begitu sahaja dua hari berikutnya. "Saya anggap kejadian pelik ini sebagai tanda kuasa Allah dan saya bersedia membenarkan mana-mana pihak untuk melihat keanehan ayam jantan saya ini," katanya. -- BERNAMA |
| Ansari, Calon PKR Di Batu Sapi Posted: 24 Oct 2010 03:30 AM PDT Ansari calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu SapiSANDAKAN - Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Ansari Abdullah dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. Pengumuman pemilihan Ansari sebagai calon pilihan raya kecil itu dibuat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Hakka di sini. Ansari, seorang peguam kanan profesional, juga merupakan ketua cabang PKR Tuaran. Pilihan raya kecil Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Okt lepas. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan pada Selasa ini dan pengundian pada 4 Nov. berita sebelum ini: Batu Sapi: SAPP Umum Tanding, Yong Teck Lee Sebagai Calon |
| Kelantan Umum Cuti Peristiwa 4 Nov, PKR Teruskan Pemilihan? Posted: 24 Oct 2010 03:00 AM PDT Kelantan isytihar 4 Nov hari cuti peristiwaKOTA BARU, 24 Okt — Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 4 November iaitu Khamis depan sebagai hari cuti peristiwa sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas. Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohd Aiseri Alias menerusi surat pekeliling arahan pentadbiran SUK kepada Bernama di sini hari ini. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 September lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini. — Bernama Ulasan GB Cuti 4 Nov. Yes, baru betul. Ini akan menggagalkan mana-mana pihak untuk mengurangkan jumlah pengundi yang akan turun mengundi. GB terhidu hal demikian apabila SPR membuat pilihanraya di hari bekerja. Allah membimbing TGNA apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi tipudaya mereka. Kedua, PKR, berilah kerjasama sedikit. Apa pasal tak boleh tangguh pemilihan? Hanya di Batu Sapi sahaja tangguh, Galas tidak. Pemilihan di Pusat sepatutnya boleh ditangguhkan untuk seluruh pemimpin dan ahli PKR membantu pilihanraya Galas jika ada semangat setiakawan. Tu GB kata di dalam ulasan yang lalu, PKR turun tapi tak sepenuhnya untuk membantu di Galas. Tak sporting dan tak supporting betul kan? ... huhu.... Berita sebelum ini: Aziz Wakili BN Lawan Dr.Zul Dari PAS Di Galas |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





.jpg)







.jpg)









Tiada ulasan:
Catat Ulasan