Rabu, 6 Oktober 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Satu lagi halaman Facebook anti Melayu

Posted: 05 Oct 2010 01:46 PM PDT



Satu lagi Halaman Facebook anti melayu ditemui di Facebook. Halaman ini menggunakan nama Melayu Babi, beserta tulisan berbahasa cina 我不爽马来人! yang bermaksud "aku punya perselisihan Melayu" (diterjemah dari google translate). Semasa artikel ini ditulis, Halaman anti melayu tersebut sudah mempunyai peminat sebanyak 2738 orang. Jumlah peminat ini akan meningkat terus dari masa ke semasa. Pada perkiraan ReJaM© halaman anti melayu ini menjadi tempat orang-orang cina yang anti Melayu untuk memaki hamun melayu dan meluahkan perasaan tidak puas hati kepada bangsa Melayu disamping menjadi tempat kemarahan bangsa Melayu yang menyertai halaman tersebut.

ReJaM© sebagai orang Melayu turut merasa marah dengan kewujudan page ini (marah la jugak tapi biarlah bertempat dan bijak). Apakah tindakan kita sebagai orang Melayu? Nak dibiarkan sahaja atau berbuat sesuatu? Suka hati koranglah!

Namun di sini cadangan ReJaM© ialah, sebelum ini Polis telah mempelawa orang awam agar melapor terus kepada Facebook PDRM apa kata kita gunakan platform yang telah disediakan oleh Polis Diraja Malaysia iaitu melapor terus ke halaman Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Kita lihat apakah tindakan yang bakal diambil oleh Polis. Kewujudan page seperti ini boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini, jadi inilah masa yang sesuai untuk kerajaan menggunakan akta ISA!

PERKASA dan UMNO bolehlah mengambil bahagian untuk menangani halaman anti Melayu ini. Pandai-pandai koranglah nak buat macam mana, nak berdemo ke, hantar memorandum ke, atau apa-apalah terpulang!

PERKASAM dan UMNGOK yang selama ini bersifat perkauman, beginilah rasanya bila bangsa lain memperjuangkan bangsa mereka tidak kena pada tempatnya.

Kita tengok apa agaknya parti perkauman nak buat untuk menangani isu perkauman.






ReJaM©: "Bak kata P.Ramli Penyamun jual Perompak"

Pelajar sekolah seks di tempat terbuka

Posted: 05 Oct 2010 07:05 AM PDT


Tahniah diucapkan kepada Ketua Menteri Melaka, Ali Ketam atas jasa mewujudkan Sekolah Termengandung Ali Rustam (STAR) Maka dengan ini dapatlah kiranya budak - budak yang termengandung dihantar ke sana. Tentu sekali Ali Ketam sangat berbesar hati sekiranya dapat membentuk satu kumpulan anak-anak haram yang dihasilkan oleh remaja-remaja sekolah hasil dari persetubuhan haram.

Sebelum ini secara rasminya sudah lima orang pelajar mendaftar masuk ke STAR,

JASIN: Sekolah Harapan semalam menerima kumpulan pertama lima pelajar hamil luar nikah, dengan empat daripada mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November dan Disember ini.

Pengerusi sekolah itu, Datuk Ab Rahaman Ab Karim, berkata keempat-empat pelajar terbabit masing-masing berusia 17 tahun, termasuk seorang daripadanya berbangsa Cina itu kini sedang mengandung enam bulan. -Berita Hairan



Pada kali ini ReJaM© nak beritahu Ali Ketam, seorang lagi pelajar sekolah akan mendaftar di sekolah Ali Ketam, bukan dalam masa terdekat ini, tetapi dalam masa sembilan bulan akan datang. Di sini ReJaM© berikan gambar mereka untuk rujukan Ali Ketam dan pihak pengurusan Sekolah Termengandung. Pelajar ini baru sahaja melepasi kriteria pertama untuk mendaftar di Sekolah Ali Ketam iaitu mereka sudah melakukan persetubuhan haram. Maka tunggu masa sahajalah untuk kriteria kedua iaitu termengandung!

Ali Ketam sila klik gambar-gambar remaja ini ye untuk membesarkan image sebagai rujukan Ali Ketam.






ReJaM©

Restoran terlampau! Mana pihak berkuasa?

Posted: 05 Oct 2010 02:10 AM PDT

Sebuah restoran terlampau didedahkan oleh sebuah blog http://hotmalays.blogspot.com di bangsar. Blog itu turut mendedahkan bukti-bukti bergambar yang memaparkan suasana di restoran tersebut. Dilihat di dalam gambar terdapat perempuan-perempuan jalang yang hanya mengenakan pakaian renang (bikini). Malah blog tersebut mendakwa restoran tersebut turut menawarkan khidmat seks untuk para pengunjung yang dikatakan terdiri daripada lelaki-lelaki hidung belang di ibu kota.

ReJaM© mohon pihak berkuasa agar menyiasat lokasi restoran terlampau yang didakwa oleh blog berkenaan. Ingatlah azab Allah boleh turun pada bila-bila masa. Inikah negara Islam yang digembar -gemburkan sekiranya terdapat aktiviti tidak sihat begini terlepas pandang dari penguasaan pihak berkuasa? Ataukah mungkin SPRM perlu campur tangan di dalam hal ini kerana terdapat pihak berkuasa yang telah menerima sogokan sehingga kewujudan Restoran Syaitan ini boleh terlepas pandang?

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin! Sebelum negara ini ditimpakan bencana oleh Allah S.W.T. Ingatlah azab Allah tidak mengira waktu tiada tawar-menawar tiada amaran awal! Di bawah ini salah satu photo yang diambil dari blog berkenaan.








RaJaM©: "Pihak berkuasa tunggu apa lagi?! Pergilah siasat jangan dok makan gaji buta!"

Tiada ulasan: