Rabu, 6 Oktober 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Anwar Ibrahim Bakal Difitnah Lagi Petang Ini

Posted: 06 Oct 2010 12:19 AM PDT

Maklumat menyatakan satu Laporan Polis akan di Buat di Balai Polis jam 3pm ini atas satu kejadian Seks Luar Tabii!

Pengadu merupakan pembantu Khas kepada seorang ahli Politik Pakatan Pembangkang!!! Dikatakan namanya Rahimi Osman..

Siapa kah Ahli Politik itu??? Di harapkan sesiapa yang terdekat dengan Lokasi dapat ke sana bagi mengikuti perkemgangan Laporan Polis yang akan di buat Jam 3pm ini!

Sumber - Blog Pencacai

Penyokong Desak Kulasegaran Keluar Dap

Posted: 05 Oct 2010 11:35 PM PDT

Sekumpulan penyokong DAP pada Rabu mengadakan satu demonstrasi di sini bagi mendesak Timbalan Pengerusi DAP Perak M. Kulasegaran supaya keluar daripada parti itu.

Seorang 20 anggota Pemuda DAP berketurunan India berkumpul di hadapan pejabat DAP negeri di Medan Istana di sini membawa beberapa sepanduk menyatakan sokongan kepada Kulasegaran selain mengecam kepimpinan DAP Perak.

Jurucakap kumpulan itu, Azman Mubarak, 24, berkata seramai 300 anggota DAP dari Buntung di sini sedia mengikuti Kulasegaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat itu meninggalkan DAP kerana kecewa dengan kepimpinan negeri yang menyisihkan Kualasegaran dan penyokong keturunan India.


Seorang lagi anggota DAP, Alex Raj, 22, berkata perhimpunan itu bagi menyuarakan sokongan kepada Kualasegaran serta mengutuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana didakwa mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam memimpin DAP Perak.

"Kami penyokong keturunan India berasa ditipu oleh DAP. Mereka hanya memerlukan undi kami pada pilihan raya," katanya.

Kulasegaran kini berada di Nepal dan dijangka pulang selepas seminggu.

Terdapat laporan bahawa berlaku perbalahan antara beliau dan Ngeh serta Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sehingga Kulasegaran mengugut untuk meletak jawatan.

-- BERNAMA

PRK Galas - Muhyiddin Ada Ilham Ke??

Posted: 05 Oct 2010 09:41 PM PDT

Galas: Gua Musang adakan mesyuarat empat peringkat, tunggu ilham Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Umno Gua Musang akan mengadakan mesyuarat dengan ketua empat peringkat Umno Cawangan Galas hari ini bagi membincangkan strategi dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan ketuanya, Mat Yusoff Abdul Ghani berkata selain melibatkan Wanita, Pemuda dan Puteri, mesyuarat itu juga turut melibatkan pemimpin cawangan DUN Galas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya sekitar pukul 11 pagi ini.

"Hari ini kita akan mengadakan mesyuarat dengan kesemua ketua empat peringkat dan pemimpin di sini (Galas).

"Kita akan membincangkan beberapa perkara penting dalam mesyuarat hari ini yang mana ia melibatkan persediaan dalam menghadapi pilihan raya kecil Galas," kata beliau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.


Mat Yusoff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri juga berkata, tarikh pelancaran jentera pilihan raya hanya diumumkan selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di DUN Galas pada 13 Oktober.

"Kita masih belum buat keputusan bila akan melancarkan jentera pilihan raya.

"Kita tunggu Timbalan Perdana Menteri datang ke sini dulu (Galas), baru ada ilham," katanya.

Minggu lalu Muhyiddin mengumumkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN di Galas.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus, minggu lalu.

Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

PRK Dun Galas 4 November 2010

Posted: 05 Oct 2010 08:49 PM PDT

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.

Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

Kemana Agaknya 'Wang Ihsan Judi' Ini Disalurkan?

Posted: 05 Oct 2010 06:39 PM PDT

Lagi fakta sini


Amaran MB Buat Umno Kedah Panas Punggung

Posted: 05 Oct 2010 05:40 PM PDT

Saya tahu siapa terlibat: Azizan

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran akan mendedahkan lebih banyak penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) jika pemimpin yang mentadbir negeri sebelum ini terus menerus memfitnah atau memutar belit fakta.

Menurutnya, beliau tidak akan berdiam diri jika Kerajaan Negeri yang diterajuinya kini berdepan dengan fitnah daripada mereka termasuk memutar belit fakta sebenar yang didedahkan pihaknya semata-mata mahu menutup kelemahan pentadbiran sebelum ini.

"Baru-baru ini saya dedahkan mengenai hutang penggunaan bekalan air Kerajaan BN mencecah RM1.7 bilion, namun fakta itu diputar belit pemimpin BN kononnya salah. Sebelum itu, saya juga dedahkan tunggakan saman ekor RM390,000 yang ditinggalkan mereka. Mereka berhutang, kita yang terpaksa bayar," katanya.

Azizan berkata, penafian atau pembohongan mengenai beberapa perkara berbangkit, khususnya perjanjian air yang dilakukan pemimpin BN terdahulu sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung beban hutang yang banyak, sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan apabila perkara sebenar cuba diputar belit.


"Jika benar mahukan fakta tepat, saya sedia berikan. RM1.7 bilion hanya hutang terkumpul bekalan air manakala hutang keseluruhan Kerajaan Negeri BN kepada Pusat berjumlah RM2.3 bilion serta RM800 juta pula hutang pelbagai termasuk pembangunan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)," katanya.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataan disiarkan semalam berkata, kenyataan Azizan sebelum ini bermotif politik kerana hutang peninggalan BN berjumlah RM1.7 bilion tidak tepat memandangkan ia merupakan pinjaman daripada Kerajaan Pusat kepada Kedah melaksanakan projek pembangunan.

Mahdzir juga dipetik sebagai berkata, tindakan Kerajaan Negeri menaikkan tarif air tiada kaitan dengan penstrukturan semula pengambilalihan aset air Kedah oleh Pengurusan Aset Air Berhad (Paab), sebaliknya mendakwa boleh memilih untuk tidak menaikkan tarif.

Azizan mempersoalkan siapa yang sebenarnya memutarbelitkan fakta.

"Saya dapat fakta itu daripada Pegawai Kewangan Negeri beserta laporannya. Hutang air dahulu tinggi sebab tindakan pemimpin BN sebelum ini, yang tidak mahu memilih geran yang ditawarkan Pusat tetapi mahu berhutang. Jika mereka pilih geran, mereka tidak perlu bayar semula," katanya.

Azizan mendakwa, Kerajaan Negeri sebelum ini menolak geran terbabit kerana tidak mahu terikat pada syarat yang ditetapkan, iaitu Kementerian Kewangan akan melantik kontraktor yang terlibat, sebaliknya jika berhutang, tanggungjawab adalah di bawah Kerajaan Negeri dan boleh memilih sendiri kontraktor.

"Saya tahu siapa yang terlibat dalam pemilihan itu, siapa dapat hak bina loji dan paip termasuk pemimpin BN mana yang ada kepentingan dalam perjanjian air, cuma saya tak mahu dedahkan. Tapi jika mereka kacau lagi, mungkin saya dedahkan. Sebelum ini, mereka swastakan pengurusan air di Kedah manakala kita hanya korporatkan," katanya.

Menurutnya, dua syarikat terbabit, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd diberi kontrak sehingga 2020 oleh kerajaan BN terdahulu untuk merawat air walaupun pada hakikatnya perjanjian itu merugikan Kerajaan Negeri.

"Saya pelik apabila perjanjian itu merugikan dan apabila disiasat, rupa-rupanya milik kroni BN. Untuk 2009, Kerajaan Negeri terpaksa bayar RM39 juta kepada Taliworks sedangkan kutipan hanya RM14 juta, bermakna kita subsidi RM25 juta," katanya.

Azizan berkata, pihaknya kini sedang berunding dengan Taliworks untuk mengkaji semula perjanjian sedia ada agar kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.

"Kita juga rugi apabila 43 peratus air yang dirawat syarikat Air Utara Indah hilang sebab kerosakan paip dan sebagainya, sebab itu kita minta Paab ambil alih hingga masalah selesai. Bayaran perlu dibayar penuh walau berlaku pengurangan bekalan air," katanya.

Perkara lain yang turut menimbulkan keraguan ialah apabila kos pembinaan loji di Padang Sanai yang mempunyai kapasiti 50 juta liter air sehari mencecah RM155 juta sedangkan anggaran sebenar kos hanya sekitar RM60 juta.

Mengenai kenaikan tarif air berkuat kuasa 1 Oktober lalu, Azizan berkata, pihaknya tiada pilihan kerana tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Air Negara 2006, yang antara lain bersetuju supaya lima negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Melaka mengkorporatkan pengurusan air sebelum diperluaskan ke negeri lain.

"Oleh itu tarif air bukan sahaja naik di Pulau Pinang dan Kedah, semua negeri juga akan naik secara berperingkat," katanya.

Warga Emas P.Pinang Kena Tipu Hidup-Hidup

Posted: 05 Oct 2010 06:53 AM PDT

Mengikut laporan berita online Malaysiainsider hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan pada sidang media, Umno setakat ini belum lagi memulangkan satu sen pun dari duit ehsan yang dikutipnya dari warga tua.

Pemimpin Umno, Reezal Merican telah mendakwa duit ehsan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada warga tua Pulau Pinang adalah haram kerana duit itu adalah dari sumbangan dari kelab lumba kuda di Pulau Pinang.

Namun, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa duit yang diberikan kepada warga tua adalah dari duit sumbangan judi tetapi dari duit kerajaan yang berjaya dijimatkannya.

Umno mula menganjurkan 'program mengembalikan duit haram' dari penerima-penerima wang ehsan tersebut. Dalam setiap program yang yang dianjurkan Umno, kelihatan warga tua sedang mengembalikan duit yang dikatakan haram itu.


Menurut TV3/4, Umno akan mengembalikan semua wang yang dikutip oleh mereka kepada kerajaan negeri. Tetapi, KM, Lim Guan Eng menafikan setakat ini ada menerima apa-apa wang dari Umno Pulau Pinang.

"Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak munasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas," kata Lim. – harakahdaily

Setakat ini dikatakan lebih dari 100 orang telah mengembalikan duit ehsan itu. Ini bermakna kutipan mereka sudah mencecah lebih dari RM 10,000. Siapakah yang sedang memegang duit ini? Reezal Merican Naina Merican?

Apakah duit ini akhirnya akan dikembalikan ke khazanah kerajaan negeri? Kita tidak tahu sebenarnya berapa ramaikah warga tua yang sudah mengembalikan duit mereka. Akaun berkaitan wang yang dikembalikan oleh warga tua yang disimpan oleh Umno tidak boleh dipercayai kerana Umno kita percaya tidak beramanah. Siapakah akhirnya yang akan menikmati semua kutipan dari warga tua ini?

Wang yang dikutip dari sumbangan orang ramai kepada tabung Tsunami suatu masa dulu, juga dikatakan tidak diagihkan dengan betul kepada mangsa bencana alam tersebut oleh Umno/BN. Ada mangsa yang mendakwa mereka tidak menerima apa-apa bantuan dari tabung Tsunami! Wang untuk mangsa bencana alam pun mereka 'gasak'.

Jadi, apakah duit ehsan yang dikembalikan oleh warga tua akan selamat kembali kepangkuan khazanah negeri Pulau Pinang?

Lebih dari 100,000 warga tua telah menerima duit ehsan dari kerajaan negeri, namun 100 orang lebih sahaja yang telah mengembalikan duit tersebut.

oleh decapucino

Ke Mana Raja Petra Selepas Ini?

Posted: 05 Oct 2010 05:34 AM PDT

Banyak yang telah diperkatakan tentang amaran RPK terhadap Anwar iaitu kononnya dia tidak akan menyokong PKR jika parti itu gagal memenuhi janjinya kepada rakyat. Ada yang berkata bahawa ini hanyalah satu lagi drama Tamil dari RPK, Anwar dan PKR. Ada yang berkata bahawa RPK mula memalingkan muka dari PKR dengan harapan dia akan dilayan dengan lebih baik dan longgar oleh pihak berkuasa dan undang-undang Malaysia bila pulang nanti.

Ada yang melihat kenyataan RPK itu sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian ramai dari pemilihan parti PKR yang paling memalukan dalam sejarah. Ada yang berkata bahawa RPK benar-benar insaf dan serius memikirkan tentang memperbaiki hubungan dengan kerajaan Malaysia. Sebagai seorang yagn mempunyai hubungan rapat dengan 'rangkaian' RPK, penulis melihat kenyataan RPK sebagai pengesahan kesalahannya.

Dengan membuat kenyataan tersebut, RPK secara langsung mengakui bahawa dia adalah alat Anwar dan PKR dan juga semua musuh-musuh negara. Dia juga secara tidak langsung mengakui bahawa semua atau sebahagian dari pihak-pihak ini telah menajanya semata-mata untuk mencemarkan imej dan reputasi negara serta Perdana Menteri.


RPK sebenarnya cuba memberi gambaran yang dia sanggup berpaling tadah kepada BN bila-bila masa dengan alasan PKR telah hilang kredibiliti. Dengan itu, RPK berharap dapat menonjolkan imej yang bersih dan mulia sebagai seorang pencari kebenaran. Kerajaan tidak akan terpedaya dengan helah ini, walaupun pengikut setia RPK iaitu para Melayu liberal yang bodoh, pasti percaya kepadanya.

Setiap kali kita bercakap tentang RPK atau dengan RPK, kita jangan sekali-kali lupa yang dia bermasalah mental. Dia sentiasa ingin menjadi perhatian ramai dan bila dia berjaya, dia akan hilang dalam khayalan, tenggelam dalam imaginasi, cerita-cerita dan skrip yang ditulisnya. Dia bangga dengan segala pembohongannya dan gembira melihat kesannya terhadap hidup orang lain dan juga negara. Dia bangga kerana dapat menyusahkan hidup ramai orang di dunia ini.

Penulis tidak pasti kenapa RPK tiba-tiba ingin pulang tetapi dari apa yang penulis dengar ia adalah kerana dia ingin bertaubat. Tetapi penulis tidak melihat RPK sebagai seorang yang mampu bertaubat. Dia terlalu tidak waras untuk mampu melakukan atau merasakan sesuatu yang berperikemanusiaan. Penulis juga tidak percaya yang rayuan anaknya agar dia pulang, dapat menyentuh hatinya.

RPK adalah seorang yang ego, yang mana menjadikannya tidak begitu bijak. Seorang yang ego sentiasa membodohkan diri sendiri, itu sudah pasti. RPK bukan jenis yang meminta maaf, mengakui kesalahan dan sebagainya. Jika RPK benar-benar akan pulang dan berpaling tadah dari Anwar dan PKR, ia semestinya kerana dia mempunyai masalah dengan 'penaja' atau 'ketua'nya dan tidak ada tempat untuk mengadu untuk mendapatkan wang lumayan.

Atau mungkin RPK cuba untuk menyertai UMNO dan kerajaan sebagai agen bermuka dua. Dia ingin mencuba nasib untuk menulis atau menipu bagi kedua-dua belah pihak, mendapatkan maklumat bagi kedua-dua belah pihak dan pastinya penajaan dari kedua-dua belah pihak juga.

Apa lagi yang boleh dijangka dari seorang yang tidak punya pekerjaan? Bagaimana dia boleh menyara isterinya yang hodoh dan gaya hidup mereka yang mewah jika dia berhenti menipu? Dia tidak akan berhenti menipu, itu pasti. Jadi, apapun yang dilakukannya adalah dengan niat yang jahat sekadar ingin mendapatkan wang untuk meneruskan gaya hidupnya sekarang. Jika RPK benar-benar pulang ke Malaysia, dia tidak harus diberi peluang kedua.

Dia adalah antara kes manusia yang tiada harapan, manusia yang rosak dan jiwa yang hilang. Jika dia tidak pulang dan kita tidak dapat membawanya ke mahkamah, biarkanlah saja. Biarkan dia mereput di luar negara. Siapa peduli?

Oleh Farrah Deebah

Azmin Ali Hanya Sampah

Posted: 05 Oct 2010 03:55 AM PDT

Benarkah Azmin popular di Gombak?

AMPANG: Jumlah kehadiran anggota yang kecil dalam mesyuarat pemilihan PKR Cabang Gombak di sebuah hotel di Ampang Ahad lalu mencetuskan keraguan mengenai populariti ketua cabang dan naib presiden parti, Azmin Ali.

Hanya 401 ahli atau 5.47 peratus dari jumlah 7,300 anggota cabang itu yang datang mengundi sedangkan Gombak merupakan kubu kuat PKR yang dipimpin Azmin sejak 12 tahun lalu.

Malah semasa mesyuarat cabang hanya 101 yang hadir sehingga ada ahli yang mahu keadaan itu diatasi segera.

Bagaimanpun, kehadiran jumlah pengundi yang terlalu kecil menimbulkan spekulasi mengenai sokongan ahli PKR Gombak terhadap Azmin.

Kemampuan pencabarnya, Bakar Ninggal menawan 60 undi menunjukkan bukan semua anggota di cabang itu menyokong Azmin.

Bagaimanapun, Azmin mendapat 333 undi dan beliau menang dengan majoriti 273 undi.

Azmin yang akan bertanding jawatan timbalan presiden menghadapi saingan sengit dari Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dan seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub, ketua PKR Perak.


Beberapa perwakilan yang ditemui berkata, mereka terkejut dengan jumlah kehadiran yang terlalu kecil sedangkan Gombak mendapat liputan meluas dari media masa.

Gambaran negatif

Seorang penyokong Azmin yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu, keadaan ini memberi gambaran negatif kepada Azmin dalam pertandingan timbalan presiden.

"Kalau di kawasan sendiri, hanya 400 orang yang datang bagaimana hendak mengharapkan undi di cabang lain.

"Saya bimbang apabila di adakan pemilihan jawatan timbalan presiden 21 November nanti, undi yang diperolehi Zaid lebih banyak dari Azmin.

"Saya bimbang undi senyap dari cabang ini. Orang kata kubu kuat Azmin tetapi ia tidak menggambarkan keadaan sebenar," katanya.

Seorang perwakilan pula memberitahu, ini bermakna ramai ahli yang sudah tidak menghiraukan parti dan kepimpinannya.

"Adakah mereka tidak suka kepada kepimpinan Azmin? Tetapi Azmin perlu melakukan sesuatu supaya PKR kekal menjadi parti terbaik," kata perwakilan dari Kampung Wira Damai, Gombak.

Rakannya pula menjelaskan, sebahagian yang hadir pada mesyuarat itu adalah rakan-rakannya terutama dari Hulu Kelang yang diwakili Azmin.

Katanya, sedikit sahaja ahli parti dari Batu Caves dan Gombak Setia yang datang mengundi sedangkan ia juga terletak di parlimen Gombak yang diwakili Azmin. - FreeMalaysiaToday

Mahasiswa Akan Sahut Cabaran Di Dun Galas

Posted: 05 Oct 2010 03:39 AM PDT

Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menjangka lebih 2,000 mahasiswa akan menyertai kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat, tanpa mempeduli amaran daripada Menteri Pengajian Tinggi supaya tidak terlibat. dalam PRK itu.

Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman menyifatkan amaran awal Datuk Seri Khaled Nordin semalam sebagai arahan yang tidak masuk akal dan bukan sesuatu yang mutlak walaupun Khaled berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi terpulang kepada mahasiswa untuk membuat penilaian.

"Pertamanya kita seluruh Mahasiswa sering peka berkenaan dengan isu-isu semasa yang melingkari mahasiswa dan negara ini.


"SPR belum lagi bermesyuarat dan memutuskan tarik pilihan raya kecil Galas tetapi Menteri telah pun mengeluarkan arahan kepada mahasiswa supaya tidak turun ke Galas. Adakah Menteri sedang bermimpi di siang hari?" katanya yang menyatakan mahasiswa tidak akan turun beramai-ramai ke Galas.

"Kami sahut cabaran menteri yang sewenang-wenangnya ingin mengenakan Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kepada mahasiswa yang turun ke Galas.

"Saya juga ingin memberi mesej jelas kepada menteri bahawa mahasiswa bukan budak kecil yang boleh ditakut-takutkan," katanya yang menganggarkan lebih 2,000 mahasiswa bakal ke Galas untuk hadir sebagai kuasa ketiga dalam masyarakat.

"Jika mahasiswa tidak dibenar hadir pilihan raya kecil, ke mana mahasiswa akan pergi apabila pilihan raya umum berlangsung? Semua negeri ini menjadi 'haram' bagi mahasiswa. Adakah mahasiswa perlu ramai-ramai ke luar negara?" katanya.

Maki Hamun Tok Guru - Umno Besut Membisu

Posted: 05 Oct 2010 03:35 AM PDT

Umno Besut enggan memberi sebarang komen berhubung gesaan PAS kawasan Besut yang meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) itu meminta maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gesaan itu dibuat selepas Nik Aziz (gambar) dikatakan telah dikritik secara keras dan dilabelkan "gila" oleh penceramah jemputan Umno yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Padang Luas Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Besut Nawi Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut kerana perlu berbincang dengan pucuk kepimpinan bahagian itu.

"Saya tidak boleh kata apa-apa mengenai perkara itu.

"Saya perlu bincang dulu dengan Ketua Umno Bahagian (Datuk Seri Idris Jusoh)," katanya.

Semalam PAS Besut memberi tempoh 24 jam kepada Umno bahagian itu memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz yang disifatkan sebagai Tok Guru "gilo" (gila).


Penceramah jemputan dalam ceramah yang bertajuk "DAP Anti Islam" pada 1 Oktober lalu dikatakan menggelarkan Mursyidul Am PAS itu "gilo" berulang kali.

Sekiranya, Umno Besut gagal berbuat demikian sebelum pukul 12 tengah hari ini, PAS kawasan tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.

Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad semalam berkata, pihaknya telah meneliti kandungan ucapan penceramah jemputan itu, Abdullah Sa'amah yang dianggap biadap.

"Kami telah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Abdullah Sa'amah (bawah) yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.

"Beliau (Abdullah) menggelar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru 'gilo' (gila) dan diulang berkali-kali," katanya.

Menurutnya lagi, situasi tersebut tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mewarnai emosi serta pemikiran penceramah ke arah suatu bentuk ketegangan kepada isu keagamaan dan perkauman.

Malah kata beliau, PAS Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.

PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium

Posted: 05 Oct 2010 02:51 AM PDT

Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatunya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.

"Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai.

"Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi.


Rosmah hari ini dijadual melawat Centre of Integrated Family Welfare, sebuah pusat bersepadu bagi membantu remaja hamil di Brussels, Belgium.

Pada 1 Oktober lalu, beliau dilaporkan berkata, lawatan itu bertujuan melihat sendiri pendekatan yang diguna pakai dalam melindungi remaja yang mengandung tanpa nikah dalam usaha menangani masalah pembuangan bayi yang semakin serius.

Rosmah juga berkata, sebelum menubuhkan pusat perlindungan bagi remaja hamil di negara ini, adalah penting kerajaan mendapatkan pendekatan terbaik daripada segi saintifik dan sistematik seperti yang diaplikasikan di negara lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mempersoalkan, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya".

"Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik," katanya. - mkini

Tiada ulasan: