MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- KESIHAN, HAK BUDAK SEKOLAH PUN MEREKA SAPU
- HANYA DENGAN SPM BOLEH JADI PENGURUS DAN BOLEH JADI WAKIL RAKYAT
- KETUA PEMUDA PAS JAWAB HUJAH ULAMAK MUDA UMNO
| KESIHAN, HAK BUDAK SEKOLAH PUN MEREKA SAPU Posted: 25 Oct 2010 01:06 AM PDT
Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin. Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu. Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.
"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak," petik laporan Ketua Audit Negara itu. Bernilai lebih rendah Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya. Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).
Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak. Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng. Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah "kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman. Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital. "Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya," petik laporan itu./Malaysiakini | ||||||
| HANYA DENGAN SPM BOLEH JADI PENGURUS DAN BOLEH JADI WAKIL RAKYAT Posted: 25 Oct 2010 12:31 AM PDT UMNO telah mengumumkan nama calonnya untuk bertanding di dalam PRK Dun Galas bagi menentang calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad. Tanpa ditanya, Muhyiddin menyebut calon Umno itu hanya berkelulusan SPM. Kita tidak mempertikaikan apa jua kelulusan calon Umno itu kerana di dalam Umno kelulusan tidak penting. "Abdul Aziz akan melepaskan jawatannya sebagai pengurus pejabat operasi RPT Kesedar Sungai Terah, kata Muhyiddin." (Malaysiakini). Itulah hebatnya orang Umno, dengan hanya kelulusan SPM boleh menjadi seorang Pengurus. Janji main politik dan ikut cakap Umno sudah memadai. Di dalam negara dilambakkan dengan masalah pengangguran, ramai yang terpelajar masih menganggur, orang politik berkelulusan SPM boleh jadi Pengurus. Jadi, tidak hairanlah jika mereka angkat lagi untuk menjadi YB pula, mungkin akan ke tahap Menteri walaupun kelulusan SPM. Syaratnya mesti ikut cakap Umno, jangan melawan dan kena buat-buat `bodoh'. Taruhan Abdul Aziz calon Umno ini adalah jawatan Pengurus. Jika beliau menang (Na'uzubillah), dikira beruntunglah juga. InsyaAllah, jika beliau tewas beliau mungkin mendapat tawaran kerja lain setelah meletakkan jawatan Pengurusnya itu. Mungkin ini adalah janji Umno kepadanya kerana saya rasa bukan mudah untuk Abdul Aziz terima tawaran jadi calon menentang PAS. Apatah lagi kerjaya beliau menjadi taruhannya. Samada berkelulusan SPM atau Oxford sekali pun, selagi berada di dalam Umno otaknya tetap sama. Kadangkala seperti otak orang tidak bersekolah. Muhyiddin sebagai contoh, jawatan TPM dan beliau juga orang terpelajar, tetapi banyak percakapannya seperti `orang tidak sekolah'. Kerana apa? Kerana duduk di dalam Umno sebab itu mindanya `terkunci rapat' seperti rapatnya kunci yang menutup isu `Hak Istimewa Orang Melayu' seperti Najib perkatakan baru-baru ini./wfauzdin.blogspot.com | ||||||
| KETUA PEMUDA PAS JAWAB HUJAH ULAMAK MUDA UMNO Posted: 24 Oct 2010 05:14 PM PDT KUALA LUMPUR 24 OKT: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Tantawi menyifatkan kenyataan ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan penganjuran Islamic Fesyen Festival(IFF) sebagai keliru. "Bukan setakat hadir tetapi menyampaikan ucapan dan menyampaikan sumbangannya kepada penganjuran tersebut. Sudah tentulah ia perlu bertangggungjawab, mengapa perlu dibezakan di antara penganjur dan penaung. Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak bertangggungjawab dari seseorang yang berilmu," ujarnya. |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan