Isnin, 25 Oktober 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Satu Lagi Kenyataan Bodoh SPR

Posted: 24 Oct 2010 11:47 PM PDT

Galas: Pakatan hanya boleh diwakili lambang PAS

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan bahawa hanya lambang PAS dibenar untuk digunakan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas.

Timbalan setiausahanya, SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata, langkah berkenaan bermakna lambang parti komponen Pakatan Rakyat yang lain tidak dibenar digunakan dalam tempoh kempen yang bermula esok.

Katanya, lambang parti Umno dan parti komponen BN yang lain sebaliknya boleh digunakan.

Jelasnya, kebenaran itu diberikan memandangkan lambang parti komponen BN itu diiktiraf oleh SPR.

Katanya, pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang dianggotai PDRM, SPR dan pihak berkuasa tempatan itu berhak untuk menurunkan lambang-lambang berkenaan sekiranya didapati digunakan dalam kempen bermula esok

Sabah negeri termiskin, BN patut malu, kata PAS

Posted: 24 Oct 2010 10:36 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

"Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.


Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa "kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.

"Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula pilihan raya kecil di Galas yang hanya bersebelahan.

"Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihan raya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai.

"InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010," katanya.

Muhyiddin pada sidang media selepas pengumuman calon BN bagi kerusi DUN Galas, di Gua Musang semalam berkata Umno bercakap begitu bukan kerana mereka parti yang bongkak atau sombong tetapi berdasarkan realitinya yang memang mereka berupaya.

Kata Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.

"Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.

"Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan," katanya.

Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.

Rakyat katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik setiap kali pilihan raya diadakan.

Menurut Idris, rakyat, khususnya di Kelantan juga menyedari "busuk hati" pemimpin Umno yang tidak menghormat federalisme sehingga menyebabkan 118 projek kerajaan pusat di Kelantan tidak dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Keenam yang lalu.

"Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.

"Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin," katanya.

Liwat 2 - Karpal Terus menggasak

Posted: 24 Oct 2010 08:53 PM PDT

Ketua Pasukan Pembelaan Anwar Ibrahim, Karpal Singh "mengasak bertubi-tubi" pasukan perubatan seramai tiga orang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa tubuh Saiful Bukhari Azlan.

Dalam soalannya, Karpal bertanyakan kepada Dr Razali Ibrahim, di manakah laporan perubatan PERTAMA pemeriksaannya ke atas Saiful pada 28 Jun 2009.

Mengapa Karpal bertanya begitu? Ini adalah kerana, hanya laporan perubatan yang bertarikh antara 13 Julai hingga 28 Julai berada dalam rekod mahkamah.

Pendakwa, Yusof Zainal Abiden menjawab, dia tidak tahu. Dan Karpal menempelak Yusof sambil berkata, "Mengapa tidak perasan laporan pertama yang paling penting itu? Mengapa ia cuba disorokkan?"

Lalu Yusof menjawab, hanya laporan 13 Julai sahaja yang berada dalam simpanan pasukannya.

Karpal memberitahu, bahawa terdapat satu lagi laporan perubatan iaitu bertarih antara 28 Jun dan 13 Julai, iaitu pada 28 Jun apabila Saiful berjumpa doktor di HKL.

Hakim meminta mahkamah berhenti rehat seketika.

Perbicaraan bersambung 1130 pagi nanti.

Liwat II: Karpal dijangka 'asak' doktor HKL

Posted: 24 Oct 2010 08:42 PM PDT

Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Serin Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini akan menyaksikan semua tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur disoal-balas oleh peguam bela, Karpal Singh.

Namun, susunan di antara ketiga-tiga mereka - doktor bedah am Dr Mohd Razali Ibrahim, patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan - akan dipanggil masih belum ditentukan.

Dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - akan juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki," katanya.

Nazir masjid: Kaedah kami telus bebas ‘cara Umno’, tegas PAS Selangor

Posted: 24 Oct 2010 06:33 PM PDT

PAS Selangor menegaskan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu menggunakan pendekatan yang lebih telus dan bebas dalam memilih nazir-nazir masjid sejak Mac 2008, sekali gus mengakhiri "cara Umno" yang diamalkan sebelum pilihan raya umum ke-12.

Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, semua nazir di negeri Selangor kini melalui proses baru yang pastinya tidak ditindik atau ditunjuk oleh pemimpin-pemimpin parti yang diamalkan ketika era Barisan Nasional pimpinan Umno sebelum Mac 2008.

"Barangkali kerana tidak kebah-kebah dari demamnya lantaran kalah pada Mac 2008 lalu, Ismail Kijo menyangkakan PAS juga berperangai macam mereka dalam urusan masjid di negeri ini," kata beliau dalam tulisan menerusi blognya.

"Saya tahu ada orang PAS yang menjadi nazir, sudah pastinya beliau menepati syarat dan berjaya dalam proses penyaringan, tetapi ada juga yang Umno," katanya.


Sehubungan itu kata beliau, adakah bermakna semua ahli Umno yang menjadi nazir di bawah kerajaan baru ini juga sudah menjadi PAS?

"Jika begitu baguslah," kata beliau menafikan dakwaan Ketua Umno Ampang Datuk Ismail Kijo pada Perhimpunan Agung Umno 2010 kelmarin.

Roslan Shahir mendakwa Ismail sebenarnya faham akan apa yang berlaku di Selangor pada masa sekarang.

"Ia sesungguhnya lebih baik dan diterima dengan hati terbuka dan senang oleh umat Islam di Selangor berbanding zaman beliau.

"Masjid-masjid semakin dimakmurkan buktinya sahaja di bulan Ramadan, kehadiran jemaah di masjid yang memangnya ramai semakin berlipat ganda sejak dua tahun kebelakangan ini.

"Jika beginilah sikap Ismail, menafikan kebaikan demi sentimen politik yang fanatik dan melulu, terus kekallah kerusi Lembah Jaya di tangan PAS dan begitu juga kerajaan Selangor di tangan PR insya-Allah," katanya,

Ketika menyertai perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Ismail berkata, Pakatan Rakyat di Selangor menggunakan demokrasi ala PAS untuk memilih nazir masjid.

"Sebagai contoh ketika pemilihan nazir, ada tiga nama. Calon pertama dapat 200 undi, calon dua dapat 150 undi dan calon tiga dapat 99 undi.

"Selepas itu senarai nama itu diberikan kepada Exco Kerajaan Negeri untuk memilih nazir. Calon pertama yang dapat 200 ini orang Umno, calon kedua ini tidak sokong mana dan calon ketiga yang dapat 99 undi ini orang PAS.

"Akhirnya calon ketiga ini yang dilantik sebagai nazir kerana dia adalah orang PAS. Ini memang terjadi di Selangor," kata beliau ketika membahaskan usul agama dan pendidikan.

Kata beliau, ia seolah-olah dalam acara lumba lari, orang yang berada di tempat ketiga diberikan emas.

"Mereka pilih nazir masjid yang hanya akan menguntungkan mereka sahaja," katanya.

HANG PI BELAJAR SEJARAH LA, ZAHID OIII... BUAT MALU SAJALAH....

Posted: 24 Oct 2010 09:49 AM PDT

Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO menceritakan tentang 6 orang 'ABU' di dalam UMNO. Pada masa yang sama, dia turut mengaitkan UMNO, kekuatan UMNO dan Melayu dengan sejarah penaklukan serta kejatuhan Melaka.

Sesuatu yang menarik apabila Zahid dalam ucapannya menceritakan bagaimana Kerajaan Melaka pada waktu itu ketinggalan dalam serba-serbi, bersenjatakan hanya keris, parang, kapak dan tombak berbanding Portugis yang menggunakan senjata api. Sekaligus menyebabkan Melaka kalah kepada Portugis.

Zahid sebenarnya PERLU MENGAMBIL SEMULA MATAPELAJARAN SEJARAH...

Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain. Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.


Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India. Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.

Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.

Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka.

Itu sejarahnya yang tercatat....

Barangkali Zahid Hamidi 'segan' hendak berterus-terang tentang sejarah penaklukan Melaka kerana ia membabitkan pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.

Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.

Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.

Zahid mungkin seorang Melayu jati. Melayu jati maknanya, Melayu yang akan menjadi sangat rendah diri dan sentiasa menganggap orang lain jauh lebih baik berbanding mereka. Melayu jati juga bermaksud, golongan yang sanggup menerima kefahaman bangsa lain di dalam menanggapi bangsa Melayu...

Itulah sebabnya, sejarah Melaka pun, Zahid tidak tahu walaupun dia adalah seorang Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO. Kebimbangan dimarahi oleh Cina dan India kerana kejatuhan Melaka adalah disebabkan oleh puak-puak imigran itu, mungkin menyebabkan Zahid menjadi SYAITAN BISU yang hanya menyalahkan Sultan dan Ketua Bangsanya sendiri!!!!

The Flying Kick

Kes Perbicaraan aduka Taruna Bersambung 30 Nov - 2 Dis

Posted: 24 Oct 2010 09:28 AM PDT

Perbicaraan hari kedua kes penulis blog yang didakwa menghina institusi kesultanan Johor, Mahkamah Sesyen semalam, memanggil dua lagi saksi pendakwaan.

Saksi ketiga, Inspektor Siasatan Unit Keselamatan Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Inspektor Mohd Faizal Zainal, 28, dan Ketua Siasatan, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Asistan Suprintendan Mazlan Nordin, 36, sebagai saksi keempat.

Kedua-dua saksi diminta mengecam bahan bukti yang dirampas ketika serbuan pihak polis ke lokasi perbuatan menghina kesultanan Johor dilakukan.

Semua bahan bukti yang dirampas adalah peralatan komputer riba dan perisian jalur lebar yang digunakan tertuduh ketika melakukan perbuatan terbabit.

Khairulizam Abdul Ghani, 29, yang juga juruteknik komputer didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 7.25 dan 9.05 malam, pada 22 Januari lalu di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah dan Khairulizam diwakili peguam bela Mohd Radzlan Jalaludin.

Hakim Amran Jantan menetapkan mahkamah bersidang semula 30 November dan 1 hingga 2 Disember ini. - Greenboc

Fathul Bari Bukan Keliru, Sengaja Nak Bodek..

Posted: 24 Oct 2010 07:05 AM PDT

IFF: Ulama Muda Umno Keliru- Nasaruddin Tantawi

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Tantawi menyifatkan kenyataan ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan penganjuran Islamic Fesyen Festival(IFF) sebagai keliru.

Dakwanya adalah sesuatu yang amat mendukacitakan, kerana yang pertama beliau menyedari dan mengetahui bahawa perkara itu adalah mungkar dan maksiat.

"Fathul mendakwa yang bersalah adalah penganjur dan Rosmah hanyalah penaung sahaja. Saya rasa beliaupun keliru dengan ucapannya sendiri.

"Sebagai seorang yang berilmu sudah tentu beliau menyedari pelaku dan penaung maksiat adalah sama. Sebab disana ada unsur subahat.

"Terutama penaung itu adalah pemimpin yang bergelar 'first lady' dalam negara.(meminjam Istilah yang didakwa Rosmah)," katanya.

Tambahnya lagi, sepatutnya ulama muda itu perlu menasihati Rosmah yang hadir bersama suaminya Datuk Seri Najib Razak dalam majlis Islamic Fesyen Festival tersebut.

"Bukan setakat hadir tetapi menyampaikan ucapan dan menyampaikan sumbangannya kepada penganjuran tersebut. Sudah tentulah ia perlu bertangggungjawab, mengapa perlu dibezakan di antara penganjur dan penaung. Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak bertangggungjawab dari seseorang yang berilmu," ujarnya.


Berkata kepada TV Selangor, Nasaruddin juga mengingatkan Rosmah memang kenyataan ulama muda itu menyenang dan menyeronokkan beliau kerana membela tindakannya.

Tetapi yakinlah ulama seperti itu tidak membawa kebaikan kepada Rosmah kerana tidak berani menasihati dan menegurnya dari terlibat dalam program maksiat dan mungkar yang tidak menepati syariat Islam tetapi kononnya bersandar kepada Islam.

"Ini merupakan satu kesalahan besar dan satu jenayah dalam agama, iaitu mengistiharkan sesuatu yang tiada dalam agama sebagai agama. Sesuatu yang tidak datang dari Islam tetapi dikatakan Islam. Ini sesuatu yang serius," suaranya tegas.

Bercakap dakwaan bahawa golongan agama perlu menasihati penganjur mengapa perlu berbuat demikian sebelum memberi teguran. Nasaruddin, menjelaskan ulama muda itu menggunakan kaedah yang songsang.

Sepatutnya beliau kena tegur pihak penganjur sebelum melakukan sesuatu aktiviti mereka perlu tanya ulama dahulu, berkenaan hukum syariat sama ada ia dibenarkan, bercanggah atau pun tidak dengan Islam.

Bukan apabila mereka buat kemudian bertentangan dengan Islam kemudian orang bantah dan perlu tanya pula mengapa dia buat. Ini satu kaedah yang sonsang.

Kes ini menjadi besar kerana ia membabitkan pemimpin utama negara dan melibatkan kepentingan umum.

Sebelum ini Fathul Bari yang berucap kali pertama dalam perhimpunan agung Umno berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesuatu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

Beliau juga menyelar pembangkang kerana mengecam tindakan Rosmah menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Dakwanya, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.


(MNH)

Heppi Besday..

Posted: 24 Oct 2010 05:26 AM PDT

Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom berkenan menyuapkan pulut kuning sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Pahang Ke-80 di Istana Sultan Abu Bakar hari ini

PRK Galas - Muhyiddin Dan Projek Bodohkan Rakyat

Posted: 24 Oct 2010 05:04 AM PDT


RM180 juta untuk program rumah PPRT Gua Musang.. Satu lagi projek membodohkan rakyat diumumkan siang tadi.

Orang Tengku Razaleigh Calon Di Galas

Posted: 24 Oct 2010 02:30 AM PDT

UBN telah menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusuf, 47 sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil Galas 4 November nanti. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin Yaasin di Bukit Cekati sekejap tadi.

Pemilihan Aziz itu menempati ramalan dan dugaan awal di mana orang Tengku Razaleigh akan digantungkan harapan untuk merampas kerusi Galas yang dimenangi Pas menerusi Allahyarham Che Husein Sulaima dalam pilihan raya umum lalu.

Pemilihan Abdul Aziz itu menunjukkan UBN memberi kuasa mutlak kepada Tengku Razaleigh yang dilantik menjadi pengarah bagi menentukan calonnya. Abdul Aziz dilihat orang Tengku Razaleigh Hamzah dan bersetia dengannya.


Pemilihan Abdul Aziz yang dikatakan bukan anak tempatan Galas kerana beliau lama di Limau Kasturi akan menimbulkan rasa kurang senang dari beberapa kalangan Umno Gua Musang. Sebelum ini sekurang-kurang tiga calon lain disebut-sebut layak untuk dipilih senagai calon bahkan mereka dikatakan lebih berhak dan berkeupayaan baik dari segi ketokohan dan kelulusan.

Mereka ialah Ketua Pemuda, Bazlan Baharuddin, naibnya serta ketua Wanita Wan Hazani Md Noor yang juga seorang ahli senat.

Pemilihan Abdul Aziz juga mengesahkan bahawa Umno Malaysia telah menswastakan pilihan raya kecil Galas itu kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh walaupun masih Ketua Bahagian dan ahli Umno namun beliau dilihat lebih bersendiri kerana masih berpegang kepada semangat Umno 1946. Begitu juga tindak tanduknya dalam isu-isu tertentu beliau terkeluar dari mainstrem UBN.

Umno terpaksa menyerahkan tugas selaku pengarah pilihan raya itu kepada Tengku Razaleigh kerana untuk menjaga maruahnya. Sekiranya Umno membelangkan Tengku Razaleigh mungkin kekalahan sudah tergenggam dalam tangan. Tengku Razaleigh tokoh veteran yang dikatakan masih berpengaruh di Galas dan mampu menarik sokongan untuk kemenangan UBN di Galas.

Ada khabar pada hari penamaan calon kelak akan tampil barisan penyokong setia Tengku Razaleigh dengan karektor ataupun lagaknya tersendiri yang berbeza dengan Umno. Apakah pada hari itu nanti akan memperlihatkan Umno telah berlaku pengasingan awal-awal lagi antara Umno Tengku Razaleigh dengan Umno Najib dan Muhyiddin?

Sementara itu dua malam lalu Pas telah mengumumkan calonnya Dr Zulkefli Mohammad bagi mempertahankan kerusi berkenaan. Zulkfeli sebelum ini pernah bertanding di kerusi Parlimen menentang Tengku Razaleig sebanyak dua kali namun tewas keduanya. Beliau yang menguruskan sebuah kliniknya sendiri dikatakan sudah sebati dengan masyarakat pelbagai kaum di Gua Musang khasnya Galas. [wm.kl.4:15 pm 24/10/10]

Tiada ulasan: