Kopitiam Bang Nan |
| Macam mana lah masih ada makhluk yang nak baik2 dengan Umno??? Posted: 22 Oct 2010 02:13 AM PDT Calon PAS: Tuduhan khalwat fitnah semata-mata Abdul Rahim Sabri Okt 22, 10 3:54pm Kongsi 0Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat. Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh. Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu. Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya. Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar. "Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini. Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok. "Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli. Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam. Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas. Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik. Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992. Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang. Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu. Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi. Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi. Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus. |
| Posted: 22 Oct 2010 01:55 AM PDT Itulah kerja Lim Guan Eng..."Fitnah" manjang...Berani dia tuduh Najib dan Umno lesapkan saham melayu? Lim Guan Eng ni pun satu...Umno cuma bagi2 saham2 tu sesama (melayu) mamu aje...Ali Abul Hasanpun melayu apa? Reezal Naina Mericanpun melayu apa? Nor Mohamadpun melayu apa? Che Dead lagilah melayu....Khir Toyo aje jawa!! He he... Kontrak sosial: Umno lesap saham Melayu? Okt 22, 10 10:41am Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, saranan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang menuntut semua pihak supaya jangan mempersoalkan kontrak sosial, tidak mencerminkan ketelusan oleh pimpinan Umno-BN. "Kontrak sosial menerusi tanggapan apa? Adakah kontrak sosial membenarkan seseorang untuk makan rasuah? "(Kalau) kerajaan nak cakap tentang kontrak sosial, kita nak tanya apa sudah jadi dengan saham berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dan orang bumiputera miskin?" soalnya. Lim mengulas konsep kontrak sosial yang diungkapkan oleh Najib pada ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno, semalam. Pada ucapannya Najib menyorot peristiwa berkaitan perbalahan yang membabitkan perkauman pada abad ke-20 yang menyaksikan paparan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi "holocoust" di Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda. Najib turut dikatakan menyeru kepada generasi rakyat Malaysia yang mengambil pendirian untuk mempersoalkan kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini. Dalam pada itu, Lim mempertikaikan parti tunjang BN, apabila tidak menunjukkan sebarang langkah atau inisiatif yang proaktif untuk membela nasib golongan miskin Melayu dan bumiputera. "Mengapa tidak ada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti siapa yang melesapkan wang ini? RM52 bilion sudah kena 'kebas'. Takkanlah mereka tak ambil peduli langsung. Itu yang jadi tanda tanya dan persoalan utama. Kontrak sosial untuk siapa. Untuk diri sendiri atau untuk rakyat? "Kalau untuk diri sendiri, itu yang kita tentang, kerana kalau kita cakap tentang RM52 bilion, dia (Umno-BN) sendiri akui RM54 bilion yang diberikan tinggal RM2 bilion. Siapa yang ambil?" soalnya. Justeru, Lim mempersoalkan tindakan pihak bertanggungjawab yang sepatutnya menghukum mereka yang didapati menyeleweng dan khianat kepada amanah yang diberikan. "Kita tahu ini semua pemimpin dan kroni BN dan Umno yang dapat. Adakah kerana itu mereka tak mahu buat sebarang siasatan?" bidas Lim yang juga adalah ahli parlimen Bagan. |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Itulah kerja Lim Guan Eng..."Fitnah" manjang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan