Jumaat, 22 Oktober 2010

Justice For All

Justice For All


UMNO Penipu..Hanya Raja-Raja Melayu Yang Jamin Melayu, Bukannya UMNgOk

Posted: 22 Oct 2010 05:30 PM PDT

Nampaknya sudah jelas lagi terang bersuluh, hanya Raja-Raja Melayu yang boleh pertahankan hak melayu. Bukannya UMNO dan PERKOSE. Ini sudah termaktub dalam Perlembagaan. Dan tak boleh diubah oleh sesiapa kecuali Raja-Raja Melayu. Nah selama ini rakyat melayu diperbodohkan UMNO Laknatullah, kononnya jika UMNO tak berkuasa, melayu akan hancur. Ini doktrin ala yahudi laknatullah yang tiada asas kebenaran. Dalam pada nak junjung perlembagaan sekalipun, UMNO masih kenakan melayu lagi. Mana ya anak-anak melayu dapat biasiswa, sedangkan jelas dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa biasiswa termasuk dalam hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera..

Hipokrasi UMNO Dalam Memperjuangkan Bangsa

Pengakuan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa hak istimewa orang Melayu sudah 'terkunci kemas' dan tidak boleh digugat tanpa perkenaan Majlis Raja-Raja Melayu adalah bukti jelas bahawa parti itu tidak mampu membela orang Melayu.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan akhbar bagi mengulas ucapan dasar Najib pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di PWTC hari ini.

Menurut Izzah, kunci ini juga mendedahkan fitnah politik Umno yang mengatakan bahawa parti itu Melayu dan Melayu itu Umno adalah tidak benar sama sekali.

Kerana kunci ini terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya adalah Raja-Raja kepada semua rakyat Malaysia.

"Fitnah politik Umno ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongon Umno yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemudanya sendiri di mana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan," katanya.

Mengulas berkenaan tekad Najib yang mahu terus mempertahankan Putrajaya, Izzah sebaliknya berkata, tekad ini menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada Umno.

"Sudahlah dan cukuplah kerana tiba masanya semua Raja dan rakyat memegang kunci ini dan bukan Umno yang menjadi pemfitnah dan hipokrit perjuangan bangsa," jelasnya.

Dalam kenyataan itu juga, beliau turut menyatakan azam dan tekad jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat untuk membuka ruang-ruang baru yang akan mensejahterakan semua rakyat dan mendemokrasikan negara yang berbilang kaum ini.

Kunci ini juga mesti membuka kontrak politik baru dimana undang-undang anti-demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) dan sebagainya mestilah dihapuskan segera.

"Kunci ini juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik ini tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas melainkan undang-undang anti-demokratik bukan sahaja untuk mengunci tetapi merantai rakyat untuk kepentingan Umno sahaja," katanya.

Anak Bilionair Taib Mahmud Hilangkan Diri..PRK Kota Samarahan Bakal Diadakan

Posted: 22 Oct 2010 04:27 PM PDT

Nampaknya akan ada PRK Kota Samarahan lepas ini. Kerana anak bilionair Taib Mahmud sudah menghilangkan diri sejak Jun 2009 lalu. Tak tahulah berapa kerap dia ponteng dewan rakyat. Tapi jika ponteng satu penggal pun, dia tak boleh lucut jawatan. Sebab dalam Perlembagaan tak sebut gugur keahlian ahli Parlimen jika ponteng 2 sidang dun, macam di negeri Kedah. Apapun jika anak bilionair ini letak jawatan, ia satu rahmat buat rakyat Sarawak yang mengelegak untuk kuburkan raja 'coklat' Sarawak ini..

KUALA LUMPUR - Desas desus bertiup kencang di negeri Bumi Kenyalang berhubung keberadaan anak Ketua Menteri, Sulaiman Abdul Rahman Taib yang tidak kelihatan dikhalayak ramai sejak bulan Ramadhan lalu.

Misteri 'kehilangannya' menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya dalam blog dan internet.

Antara berita angin yang tersebar luas di Sarawak ialah kemungkinan Sulailan akan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan dan seterusnya membuka laluan kepada pilihan raya kecil, yang kedua di Sarawak selepas Sibu sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Malah laman web sarawakreport yang sentiasa mendedahkan mengenai kekayaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarga, kaum kerabat serta kroni mereka mendakwa Sulaiman kini mendapat rawatan di Kanada (ada yang mengatakan di Australia) bagi mengubati penyakit 'gaya hidup' dan keadaan kesihatan beliau dikatakan dari 'membimbangkan' hingga ke 'tenat'.

Bagaimana pun persoalan yang lebih penting ke mana Sulaiman pergi menghilang sehingga rakan Dewan Rakyat, Charles Santiago daripada Pakatan Rakyat mewakili DAP mengatakan beliau akan cuba mendapatkan jawapan Speaker Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab nanti.

Beliau dikatakan tidak pernah sekali hadir pada persidangan Parlimen lalu lantas menimbulkan pertanyaan dikalangan anggota Dewan Rakyat yang lain.

Sulaiman adalah Ahli Parlimen Samarahan, memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu dan terus dilantik oelh Perdana Menteri sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Kritikan dalam media terhadap sikap beliau yang tidak menunjukkan minat di dalam tugas kementerian akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Sulaiman pada Disember tahun lepas.

Alasan yang diberikan oleh ayahnya adalah kerana Sulaiman masih bersedih atas kematian ibunya, Puan Sri Laila Taib pada 29 April 2009.

Ketika dihubungi, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian mendakwa Sulaiman telah tidak kelihatan di kawasan pengundinya sejak Jun 2009.

"Kami pun tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada beliau. Apa yang kami dengar hanyalah khabar angin bahawa beliau sakit," kata Baru.

Setiausaha MPN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh pula berkata penduduk di Kota Samarahan sudah mula meungut disebabkan ketiadaan wakil rakyat mereka sekurang-kurangnya sejal tujuh bulan lalu.

"Sesuatu perlu dilakukan. Tidak adil bagi rakyat yang memilih beliau tetapi tidak mendapat perkhidmatan darinya. Parlimen juga harus berbuat sesuatu," kata Abang Zulkifli.

SK

Tiada ulasan: