Rabu, 6 Oktober 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Peranan isteri PM...

Posted: 06 Oct 2010 07:38 PM PDT



Bila membaca tajuk di atas, ada 2 benda terdetik dalam pemikiran aku.

1. LKY. Macam mana modern sekalipun dia, macam mana canggih sekalipun dia, macam mana macam manalah...di hatinya Malaysia ni sebebenonya memang problem bagi Singapura. Kalau tak.. tak kanlah cerita pasal air nipun nak masuk dalam 'talkin' dia?

Kalau inilah gambaran yang diberikan oleh LKY...tak kan ke benda ni tak menurun kat anak dia. Maknanya apa?

Maknanya segala perjanjian yang sedang dan bakal ditandatangani oleh negara itu dengan Malaysia...faham2 sajalah keadaannya. Mangsa pertama yang akan masuk pocket ialah tanah KTMB. Tak percaya...sama2 kita tengok!!

2. Isteri PM. LKY nak bagi tau kita semua, isteri PM memang powerful. Dan dia nak bagitau bahawa isterinya (isteri PM) bukan sahaja powerful tapi sentiasa memikirkan kesejahteraan negara itu pada jangka masa yang akan datang. Kuasa yang ada kepada isteri PM Singapura tidak disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Maknanya orang macam JoLo dan yang sama waktu dengannya tak ada jalan untuk nak kowtim isteri PM Singapura. Ada faham ka??

Galas: Alahai...berapa duitlah budak ni dapat???

Posted: 06 Oct 2010 02:23 AM PDT

Dah 3 tahun baru nak nafi??? Mangkok ayon betul... Aku ingat Saifool tu bodoh... rupanya ada lagi yang lebih bangang..

Bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa buat SD

Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan- oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi pembantu, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahii yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

Restoran Lotus PJ? Apa hal?

Posted: 06 Oct 2010 01:14 AM PDT

Rahimi Osman?

Balai Polis Klang?

Ceritalah Tukar Tiub...!! Akupun nak tau...

Zaid won't be left out, promises Azmin

Posted: 05 Oct 2010 11:31 PM PDT

Mustaffa joins battle for PKR No 2

Posted: 05 Oct 2010 11:29 PM PDT

MANIFESTO ZAID IBRAHIM...

Posted: 05 Oct 2010 11:00 PM PDT

Blog ini menyiarkan sepenuhnya manifesto Zaid Ibrahim untuk dinilai oleh 400,000 ahli parti itu bagi membantu mereka membuat keputusan memilih Timbalan Presiden PKR (jika Zaid bertanding jawatan itu).

Blog ini juga akan menyiarkan manifestio Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub (jika ada) untuk tujuan yang sama.

Pemilihan 2010: Mengukuhkan PKR untuk masa depan Malaysia

Dipetik dari blog Zaid Untuk Rakyat...

Saya telah pun mendapat pencalonan dari Cabang-cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Saya akan membuat pengumuman untuk menerima tawaran ini tidak lama lagi. Jika dipilih, berikut adalah antara cadangan yang akan saya laksanakan jika perubahan ini mendapat persetujuan pemimpin parti yang lain:

1. Mengambil inisiatif untuk mempelawa ramai lagi menyertai parti dan merangka perjuangan parti supaya lebih semangat dan dinamik, dan bukan berkisar kepada isu lama. Keadilan memerlukan lebih banyak keahlian dari yang ada sekarang dan aktiviti kemasukkan ahli-ahli baru mesti digiatkan. Kita perlu mempelawa sesiapa saja yang berkebolehan dan ingin memberi sumbangan, tanpa mengira baru atau lama, atau yang sudah 'ditarbiah' atau pun belum. Meritokrasi dalam parti kita sama pentingnya dengan laungan meritokrasi dalam manifesto pilihanraya. Parti ini perlu lebih inklusif dari apa yang ada sekarang. Beberapa bekas ahli-ahli dan mereka yang berdiam diri ataupun kurang minat kepada parti (antara yang saya anggap 'reformis sebenar') perlu dijemput kembali. Mereka yang berkebolehan mesti diberi peluang memikul tanggungjawab dan peranan yang lebih besar.

2. Kegiatan akar umbi menjadi ukuran penting kejayaan sesebuah parti politik. Cabang-cabang parti perlu diberi tenaga dan dokongan kewangan yang berterusan. Hari ini banyak Cabang "hidup segan mati tak mau" disebabkan faktor kekurangan sokongan kewangan. Saya mampu menghidupkan kembali kekuatan Cabang ini, termasuk mencari jalan mengisi tabung Cabang supaya kita mempunyai jentera yang kuat dan bersemangat. Dengan itu, Cabang dapat berfungsi dengan baik dan berkesan terhadap rakyat dan ahli-ahli parti yang lain di cabang masing-masing. Saya telah mengenalpasti punca utama kelemahan cabang-cabang disebabkan oleh kekurangan dana untuk menggerakkan kegiatan parti disemua peringkat walaupun pemimpin-pemimpinnya bersemangat tinggi.

3. Kekuatan Keadilan sangat kritikal bagi penyatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat.. Hakikatnya, Keadilan perlu menguasai lebih kerusi di Parlimen supaya melayakkan kita menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat selain bertindak sebagai Ketua Pembangkang yang berkesan. Parti perlu mempunyai kekuatan tersendiri; kita juga perlu mempunyai hubungan akrab dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Saya mampu memainkan peranan ini dengan lebih berkesan supaya kekuatan parti terjamin. Kerajaan negeri yang dipimpin oleh rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat juga akan diberi peranan besar supaya usaha menguasai pelbagai lapisan rakyat bagi memastikan kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang dapat digerakkan bersama secara bersepadu.

4. Keadilan adalah parti berbilang kaum dan agama. Keunikan ini juga merupakan suatu kekuatan kita. Kejayaan kita menyatupadukan ahli-ahli dari kepelbagaian kaum, agama dan budaya ini adalah pengukur kejayaan usaha penyatuan kaum di negara ini. Sedangkan usaha penyatuan kaum ini ternyata gagal dilaksanakan oleh pemerintah sekarang walaupun telah lebih 53 tahun merdeka. Kita mempunyai ruang dan peluang yang terbuka luas untuk membuktikan bahawa impian kita untuk menyatukan kaum-kaum akan menjadi kenyataan oleh lebih 28 juta rakyat di negara ini. Ruang ini perlu diisi, peluang ini perlu direbut. Masanya telah tiba untuk melenyapkan prajudis dan syak wasangka antara kumpulan, kaum dan agama ini dari terus menguasai minda rakyat. Dasar pecah dan perintah sebagaimana di amalkan oleh pemerintah sekarang bukanlah cara berpolitik yang sihat dan progresif. Justeru, sebagai sebuah parti politik masa depan, Keadilan perlu menghidangkan wadah perjuangan politik yang lebih terbuka dan demokratik yang melepasi sempadan kaum, agama dan budaya dalam konteks perlembagaan yang sedia ada supaya semua kepelbagaian ini dapat dimanfaat oleh seluruh rakyat di negara ini.

5. Seseorang pemimpin tidak akan berkesan kalau ia mempunyai masalah yang banyak (sama ada berbentuk politik atau peribadi). Masanya akan lebih banyak tertumpu untuk penyelesaian perkara-perkara ini dari melunaskan masalah yang membabitkan parti dan rakyat. Saya berkeyakinan saya mempunyai kemampuan untuk memberi tumpuan secukupnya kepada hal ehwal parti.

Memanglah, saya tahu ramai pemimpin kanan dalam parti yang menolak gagasan dan wawasan saya ini dengan berbagai-bagai alasan. Itu sebenarnya tidak penting bagi saya tetapi saya menyedari rakyat dan ahli-ahli parti telah cukup matang untuk melihat dan menilai setiap pemimpin yang ada. Maka terpulanglah kepada ahli-ahli menilai gagasan yang saya bawa ini.

Pemilihan 2010 adalah mercu tanda dalam sejarah negara dan untuk Keadilan. Dan jika ahli-ahli parti bersehaluan dengan cadangan-cadangan yang telah saya ajukan di atas, saya yakin yang perubahan dalam parti PKR mampu menjadi batu loncatan untuk mengubah Kerajaan kita.

Alhamdulillah....ada lagi pemimpin rasional dalam PKR..!!

Posted: 05 Oct 2010 10:17 PM PDT

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengkritik permainan politik kotor yang dilakukan ahli dan pemimpin PKR sendiri sepanjang berkempen merebut jawatan dalam parti itu.

Menurut beliau, baginya, amalan sebegitu bertentangan dengan semangat parti dan hanya menimbulkan kebencian rakyat terhadap parti pembangkang itu.

Ujar beliau, "saya sedih dengan taktik kotor sepanjang berkempen dan kejadian memalukan ketika pemilihan peringkat Cabang yang bercanggah dengan semangat tulen parti Keadilan.

"Pada pemikiran saya, pemimpin Keadilan mesti menjauhi tradisi lama politik kotor yang menimbulkan kebencian rakyat kepada parti lawan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemimpin PKR perlu menggunakan peluang dan kelebihan sistem pilihan raya 'satu ahli, satu undi di peringkat akar umbi itu dengan membentuk satu corak politik baru yang lebih rasional dan profesional.

"Kepimpinan berpuak dan serangan peribadi adalah tradisi politik lama yang perlu ditinggalkan," kata Khalid yang berjaya mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor Ahad lalu.

Dapat 'restu' Anwar sebelum umum

Khalid turut mengulangi pendiriannya menangguhkan pengumuman hasratnya bertanding jawatan tertinggi dalam parti kepada Ahad ini walaupun mendakwa sudah mendapat 'restu' daripada Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menegaskan keputusannya itu adalah untuk menaikkan semangat Reformasi dalam Keadilan yang telah dibina atas dasar hormat-menghormati serta toleransi.

"Selepas perbincangan ringkas, kami bersetuju untuk membuat pengumuman jawatan yang akan ditandingi hanya selepas saudara Anwar Ibrahim pulang ke tanah air pada 10 Oktober ini.

"Ini adalah bagi mengelakkan spekulasi tidak sihat dan persepsi negatif di kalangan ahli parti yang akan digunakan musuh untuk menyerang parti.

"Saya juga akan berusaha mengadakan perbincangan (musyawarah) dengan pemimpin tertinggi parti dan juga pemimpin Pakatan Rakyat sebelum membuat pengumuman.

"Saya amat berharap pemimpin-pemimpin lain akan turut bersama menyertai saya dalam mencapai matlamat ini," katanya.

Tiada ulasan: