Justice For All |
- Senarai Nama-Nama Calon PAS & UMNO Bagi PRK Galas
- Kaitan Suspek Bunuh Sosilawati..Isteri Hairan Wujud Pertukaran Nama Dalam Syarikat Suaminya
- Ahli UMNO Yang Buat Kecoh Dalam Pemilihan PKR
- Lathefa Koya Nafi Dakwaan Rohimi, Akan Saman Tak Lama Lagi
- PRK Galas : SPR Lebih Ambil Kira PAU Daripada Sidang Dun Kelantan
- Hebat Penyokong Anwar..Sampaikan Si Rohimi Pun Dah Kecut
- Fitnah III : Latheefa Koya Disebut Sebagai Individu Yang Paksa Rohimi Buat Akuan Bersumpah
- Orang Asli Bakal Jadi Calon PAS Di PRK Galas??
- Si Rahimi Osman Bukannya Kena Liwat, Tapi Gawat..Sebab Itulah Jadi Pelakon Tambahan UMNO Kenakan Anwar
- Blogger UMNgOk Menipu Dalam Isu Liwat Terbaru
- Gempar!! Seorang Lagi Ala Sayfoooooool Bukhari Buat Laporan Polis Dakwa Kena Liwat Oleh Anwar
- PRK Galas Pada Hari Bekerja..Sah SPR Kuda Kepang UMNO
- PRK Galas : Penamaan Calon Lebih Kurang 3 Minggu Lagi
| Senarai Nama-Nama Calon PAS & UMNO Bagi PRK Galas Posted: 06 Oct 2010 08:40 PM PDT Isu calon PRK Galas sama ada dari PAS dan BN semakin hangat dibicarakan. Dari nama Ku Li hinggalah pemimpin orang asli, adalah nama-nama yang bakal berentap dalam PRK kali ini. Mengikut analisis MSO, terdapat beberapa nama calon dari PAS dan UMNO yang boleh diketengahkan. Inilah antara calon-calon yang disebut akan mewakili PAS : 1. Dr Zulkifli Mohamad. Dr Zulkifli merupakan calon Pas dalam dua pilihanraya 2004 dan 2008. Beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen Gua Musang dan kedua-duanya kalah. Dalam pilihan raya 2004 beliau kalah dengan kekurangan undi sebanyak 6,598. Manakala dalam tahun 2008 sekali kalah dengan kekurangan undi 4,394. Kekalahan itu bagaimana pun tidak boleh dijadikan ukuran. Pilihan raya Dun dan Parlimen berbeza. Lagipun yang ditentang Dr Zulkifli itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Zulkifli yang mempunyai klinik di Gua Musang menyebabkan beliau dikenali ramai dan khidmatnya juga menjadi sebutan. 2. Hussein Embong Seorang Pegawai Halaqah Gua Musang 3. Tok batin orang asli Manakala di pihak UMNO, banyak calon yang digembar-gemburkan. Paling utama tentulah Ku Li. Apapun penulis berkeyakinan yang Ku Li takkan terima tawaran menjadi calon UMNO. Kalau Pengarah pilihanraya, rasanya Ku Li akan terima. Kerana Ku Li bukanlah macam Isa Samad, yang nak cari popular dengan menjadi calon UMNO di Bagan Pinang. Ku Li adalah negarawan, setaraf dengan Mahathir atau Anwar. Bukannya sampah UMNO macam Isa Samad. Lagipun Ku Li tentu tak nak dirinya direndah-rendahkan oleh UMNO. Kalau kalah, tentu malu tak bertempat buat Ku Li. Baik jadi pengarah pilihanraya. Menang pilihanraya sebagai Ketua Pengarah, lebih hebat dari menang pilihanraya sebagai calon bagi kawasan kecil ADUN. Jika Ku Li menolak tawaran terdesak UMNO itu, ada beberapa nama yang dikatakan akan menjadi calon UMNO. Antaranya ialah.. 1. Ketua Pemuda UMNO Kelantan yang juga Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin. Beliau juga dikenali orang kuat menyokong Razaleigh serta KJ. Bazlan ini juga yang membuat kenyataan agar menolak Ibrahim Ali kalau bekas ahli Umno itu mahu diterima semula ke dalam Umno. Hebat nihh 2. Ketua Wanita, Wan Huzani Wan Md Noor juga berminat untuk menjadi calon. Tetapi Wan Huzani tidak mungkin akan dipilih kalau pengarahnya Razaleigh. Kerana Ketua Wanita ini pernah tempelak Ku Li dalam media kerana berceramah dalam isu royalti Kelantan. 3. Kidpirraah..atau nama sebenar, Syed Azidi Syed Abdul Aziz Bekas pembantu Husam dan juga blogger murahan. Sangat terkenal dengan gelaran dr spin Dan ini nama-nama lain yang diambil dari blogger manek urai
|
| Kaitan Suspek Bunuh Sosilawati..Isteri Hairan Wujud Pertukaran Nama Dalam Syarikat Suaminya Posted: 06 Oct 2010 07:45 PM PDT Jayanthy ragu status syarikat suami JAYANTHY (kanan) bersamaManikavasagam berjalan masuk ke pejabat JSJK Selangor untuk meminta nasihat semalam. SHAH ALAM – S. Jayanthy, isteri ahli perniagaan S. Anpalagan yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos 2009 hadir ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor di sini semalam bagi meminta nasihat dan bantuan berkaitan dakwaan penyelewengan syarikat milik suaminya itu. Jayanthy, 34, yang memakai baju berwarna merah jambu dan berseluar hitam hadir bersama Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pada pukul 11.55 pagi sebelum keluar sejam kemudian. Jayanthy berkata, dia diarahkan oleh polis Bukit Aman berbuat demikian selepas mendakwa terdapat pertukaran status syarikat milik Anpalagan, 43, iaitu Swiss Krishma Sdn. Bhd. kepada Beruntung Cattle Farm. Menurutnya, beberapa penipuan juga dikesan termasuk jawatan pengarah syarikat terbabit yang didakwa telah ditukar tanpa sebarang notis pada Disember tahun lalu. "Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga mendapati beberapa perubahan berlaku dalam pegangan saham pada 24 Disember 2009," kata beliau di sini semalam. |
| Ahli UMNO Yang Buat Kecoh Dalam Pemilihan PKR Posted: 06 Oct 2010 07:05 PM PDT Rupanya UMNO yang buat kecoh selama ini. Ntah-ntah yang pukul wartawan haritu, ahli UMNO juga kot PKR dedah dalang kecoh PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengenal pasti individu-individu yang telah menimbulkan kekacauan pada mesyuarat agung tahunan beberapa cabang parti itu baru-baru ini. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan penelitian melalui rakaman video, pihaknya mengenal pasti individu-individu yang terlibat bukan ahli parti itu tetapi mempunyai hubungan dengan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, antara yang dikenalpasti ialah Abdul Razak Halidi yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat. "Individu yang terlibat bukan ahli parti. Kekecohan yang berlaku di Kuala Langat dicetuskan bekas ahli Keadilan yang menyertai UMNO dan kemudiannya telah keluar PKR pada 2007 mungkin untuk menyertai UMNO semula. "Selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, semalam. Beliau berkata, laporan polis berhubung perkara itu juga telah dibuat oleh peringkat cabang bagaimanapun PKR tiada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Saifuddin berkata, kejadian di Klang dan Sabak Bernam melibatkan individu yang melakukan kerosakan dan serangan terhadap kotak-kotak undi juga dikenal pasti sebagai bukan ahli parti. "Kita telah menyemak semakan daftar keanggotan ahli parti dan menunjukkan mereka bukan ahli PKR. Perkara itu turut dikenal pasti dilakukan oleh bukan ahli pada mesyuarat di Kapar," katanya. Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti individu berkenaan Katanya, aduan polis turut dibuat ke atas individu yang bukan ahli parti oleh pimpinan cabang mahupun pengawas yang bertugas. Sementara itu, Saifuddin turut memohon maaf kepada wakil media dari Sinar Harian dan Kosmo yang telah dikasari oleh petugas parti itu di Sabak Bernam baru-baru ini. Beliau berkata, PKR memandang serius terhadap perkara itu terutamanya yang bersifat kekasaran terhadap pengawas dan petugas pemilihan serta wakil media yang hadir membuat liputan. |
| Lathefa Koya Nafi Dakwaan Rohimi, Akan Saman Tak Lama Lagi Posted: 06 Oct 2010 05:55 PM PDT Ini berita best ni. Lathefa Koya nafikan paksa rohimi tandatangan akuan bersumpah, akan saman mahkluk kurus ini. Nah seperti dijangka sebelum ini. Nampak sangat macam ada konspirasi nak kenakan Anwar balik. Ini semua permainan kotor BN sebenarnya. Untuk sekali lagi cemarkan reputasi Anwar di mata masyarakat. Apalagi ditunggu Kak Lat. Buatlah laporan polis. Dan heret mamat kurus ni ke muka pengadilan Peguam Nafikan Dakwaan Rahimi Osman Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Latheefa Koya menafikan sekeras- kerasnya dakwaan Rahimi Osman bahawa beliau memaksa bekas pembantu Datuk Seri Anwar itu menandatangani dua akuan bersumpah berhubung pembabitan Perdana Menteri dan isterinya dalam konspirasi Fitnah II terhadap Ketua Oposisi. "Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan apa-apa paksaan ke atasnya. Dia pada ketika itu adalah salah seorang saksi berkaitan kes DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Sebagai peguam pasukan pembelaan, kami hanya semata-mata menyediakan kenyataan untuk saksi-saksi yang berkenaan. Ini merupakan cara lazim dalam sesuatu pembelaan. Dia telah secara sukarela bekerjasama pada setiap masa," kata Latheefa dalam satu SMS kepada Suara Keadilan petang tadi. Latheefa berkata adalah tidak masuk akal dan ganjil Rahimi menunggu lebih dua tahun untuk mengatakan beliau dipaksa menandatangi surat akuan yang tidak pun pernah digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan Fitnah II terhadap Anwar yang berjalan kini. "Saya mendapati kenyataannya adalah fitnah dan berniat jahat dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Saya akan memanggil satu sidang akhbar untuk penjelasan lebih lanjut perkara ini," jelas beliau. Rahimi yang pernah bekerja di pejabat Ketua Umum sebagai pembantu petang tadi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang berhubung dakwaannya terhadap Latheefa. Beliau mendakwa terpaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008 yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai dalang di belakang konspirasi liwat terhadap Anwar melalui bekas pembantu yang juga rakan baik Rahimi, Mohd Saiful Bukhari Azlan. |
| PRK Galas : SPR Lebih Ambil Kira PAU Daripada Sidang Dun Kelantan Posted: 06 Oct 2010 04:44 PM PDT SPR memang balaci UMNO. Pilih tarikh ikut kehendak UMNO. Kalau mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, kenapa pilih hari pengundian pada hari bekerja. Iaitu pada hari Khamis, 4 November. Apa salahnya buat hari sabtu atau ahad. Ini semua taktik nak elak perantau yang majoritinya sokong PR balik untuk mengundi. Ini semua taktik jahat SPR yang dilembukan oleh UMNO. Bahkan tarikh 4 November itu dikatakan bertindih dengan Persidangan Dun Kelantan yang dirasmikan oleh Sultan Kelantan bermula 1 hingga 8 November. Bahkan ia seakan-akan menyukarkan pengundi keluar mengundi lebih-lebih lagi Dun Galas meliputi kawasan yang luas. Dan tarikh penamaan calon dan hari mengundi di Galas turut bertindan dengan tarikh sambutan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan. Nampak sangat SPR dah jadi lembu dicuck hidung oleh UMNO. Mereka hanya ambil kira Persidangan Agung Umno (PAU) yang bermula dari 28 hingga 30 Oktober. Dahla tarikh penamaan calon pada 26 Oktober, bagi membolehkan ahli UMNO pergi ke hari penamaan sebelum hadir ke PAU mereka. Memang dahsyat. PAU itu adalah urusan parti, bukannya kerajaan pun. Memang SPR sah jadi tali barut UMNO. Tu belum dikira soal ketelusan, daftar pemilih lagi tu. Kalau ambil kira semuanya, SPR ni tak ubah seperti sebuah parti komponen BN. |
| Hebat Penyokong Anwar..Sampaikan Si Rohimi Pun Dah Kecut Posted: 06 Oct 2010 03:43 PM PDT Penyokong Anwar memang hebat, sampaikan sidang media terpaksa diberhentikan kerana desakan penyokong Anwar. Syabas. Jangan biarkan Roswah terus menfitnah Anwar.
Seorang penyokong fanatik Anwar Ibrahim menjerit dan meminta supaya bekas pembantu Anwar Ibrahim, Muhammad Rahimi Osman berhenti daripada mengadakan sidang media dan keluar dari sebuah restoran di sini hari ini. Sidang Akhbar Rahimi Dihentikan Kerana Gangguan Penyokong Anwar KLANG, 6 Okt (Bernama) -- Sidang akhbar oleh bekas pembantu kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa dihentikan selepas diganggu sekumpulan lelaki sebaik sahaja bermula. Semasa para wartawan sedang sibuk menunggu apa yang bakal diutarakan oleh Muhamad Rahimi Osman, di dalam satu bilik di sebuah restoran di sini kira-kira pada pukul 4.05 petang tadi, mereka dikejutkan dengan jeritan suara "Oi Sudahlah Rahimi Sudahlah" dan "Keluar, Keluar" berulang kali. Kumpulan lelaki itu meminta Rahimi supaya menghentikan sidang akhbar itu dan tidak membuat dakwaan terhadap Anwar yang kini sedang dibicarakan di atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. Mereka juga mengambil kesempatan memburuk-burukkan Muhamad Rahimi, yang juga seorang ahli perniagaan, di hadapan media yang sedang menunggu kenyataan daripadanya. Bagaimanapun, Rahimi kemudian mengambil keputusan untuk menghentikan sidang akhbar itu pada pukul 4.30 petang dan beredar daripada bilik itu yang bukan sahaja panas kerana gangguan daripada pihak luar tetapi kerana lebih daripada 30 pengamal media bersesak-sesak dalam bilik itu. Pihak media yang khuatirkan keselamatan mereka turut bergegas keluar dan merasa lega apabila melihat beberapa anggota polis telah berada di luar restoran itu untuk mengawal keadaan. Sementara itu, di luar restoran pembantu khas kepada Anwar mengenai kaum India Suresh Kumar berkata tindakan Muhamad Rahimi itu akan meningkatkan lagi tekanan kepada kes Anwar. Bila ditanya kehadiran beliau pada hari ini sebagai penyokong Anwar, beliau berkata:"Sudah tentu, saya mahu lindungi Datuk Seri (Anwar), kami kenal Rahimi, saya kenal baik Rahimi dan (Mohd) Saiful." Dia mendakwa Muhammad Rahimi mempunyai hubungan istimewa dengan Mohd Saiful. Difahamkan Muhamad Rahimi memanggil sidang media itu untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan laporan polis yang dibuatnya pada pukul 3 petang tadi terhadap dua akuan bersumpah yang ditandatanganinya mengenai kes liwat Anwar dan Mohd Saiful pada 2008. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yuspo ketika dihubungi mengesahkan bahawa Muhamad Rahimi membuat laporan itu di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan. Beliau tidak mengulas lanjut mengenai kandungan laporan itu tetapi mengesahkan ia mengenai surat akuan sumpah yang ditandatangani oleh Muhamad Rahimi.
Bagaimanapun, beliau berkata laporan itu telah diserahkan kepada IPD Shah Alam kerana surat akuan bersumpah itu ditandatangani oleh Muhamad Rahimi di Hotel Quality, Shah Alam. |
| Fitnah III : Latheefa Koya Disebut Sebagai Individu Yang Paksa Rohimi Buat Akuan Bersumpah Posted: 06 Oct 2010 06:15 AM PDT Nampaknya Lathefaa Koya dah diheret sama dalam kes ini. Benarkah dia yang paksa si Rohimi tandatangan akuan bersumpah? Kalau ya, memang tak bermoral kak Lat ni. Kalau tak, sah si Rohimi sudah gila macam Sayfooool. Apapun dua-dua patut jawab di mahkamah.
KLANG, 6 Okt - Seorang bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman hari ini, dalam perkembangan mengejutkan, mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dalam kes liwat kedua dihadapi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dengan menandatangani dua akuan bersumpah. Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008 yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung. Sekumpulan ahli PKR menyerbu lokasi sidang media itu sebelum Rahimi bertemu pemberita dengan menggesa beliau agar menghentikan sidang media tersebut. Bagaimanapun satu salinan laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang tadi diperoleh oleh The Malaysian Insider. Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008. "Saya dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 mengenai Anwar dan Saiful. "Deklarasi itu tidak benar kerana bukan saya yang menulis. "Saya dipaksa untuk menandatangani, kerana saya bimbang dengan keselamatan saya... ketika itu ada beratus penyokong Anwar dan orang-orang kanannya di sekitar Quality Hotel," kata Rahimi. Malah menurut pembantu itu beliau juga dipaksa tinggal di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menandatangani akuan bersumpah. Laporan polis hari ini juga menyebut bahawa Rahimi ada membuat satu akuan bersumpah yang baru. "Kandungan akuan bersumpah sebelum ini tidak benar... jadi saya membuat akuan bersumpah baru. "Saya mahukan perlindungan saksi daripada polis. Saya khuatir akan keselamatan diri saya dan keluarga saya," katanya lagi. Malah dalam laporan polis itu, Rahimi mendakwa Latheefa juga adalah berusaha untuk menghubungi agar menyediakan akuan bersumpah yang baru memandangkan yang sebelum ini sudah hilang. The Malaysian Insider difahamkan Rahimi merancang untuk mengadakan satu lagi sidang media setelah yang dijadualkan hari ini gagal selepas diganggu oleh ahli-ahli PKR, diketuai oleh calon jawatan naib presiden Suresh Kumar. Anwar sedang dalam perbicaraan terhadap dakwaan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondomonium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. |
| Orang Asli Bakal Jadi Calon PAS Di PRK Galas?? Posted: 06 Oct 2010 04:39 AM PDT Inilah yang dinamakan Pas Untuk Semua. Semua orang boleh jadi calon jika layak, hatta orang asli sekalipun.. Pas sedia pilih calon Orang Asli jika sesuai - Husam KOTA BHARU 6 Okt. - Pas sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding dalam pilihan raya termasuk pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini, kata Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa. Katanya, ini tidak mustahil jika ada calon yang sesuai dan setelah diambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap Pas. "Kita tidak menolak kemungkinan boleh memilih masyarakat Orang Asli sebagai calon, memandangkan mereka sudah mula menunjukkan minat dalam politik dan sikap mereka yang mula menerima arus pembangunan sebagaimana masyarakat moden," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan ketua masyarakat Orang Asli dari Galas, Pandak a/l Panjang Ey bahawa pihaknya mempunyai jentera gerak gempur parti sendiri untuk membantu kempen pilihan raya itu dan tidak mahu parti politik mengganggu dan masuk berkempen di kawasan penempatan Orang Asli. - Bernama |
| Posted: 06 Oct 2010 03:18 AM PDT Rupa-rupanya si bekas Setiausaha Sulit Anwar ini bukannya diliwat, tapi buat laporan polis kerana kononnya dipaksa buat akuan bersumpah kata dia dipaksa oleh orang Anwar untuk suruhnya beri keterangan di mahkamah kononnya Sayfooooool berbohong. Haha sekarang terbukti bahawa blogger UMNO menfitnah dan suka mengaibkan orang. Satu lagi nampak sangat UMNO telah upah mamat kurus ni untuk serang Anwar menjelang PRK Galas. Dan ini pula ulasan Che gu Bard tentang budak bernama Rahimi Osman ini.. Bekas kakitangan Pejabat Anwar lancar kempen PRK Galas bagi pihak Umno Umno panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di DUN Galas. Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais peembakar suhu perkauman sudah tentu pilihanraya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka. Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik. Bn cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini 'KuLi' sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur. Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Pakatan Rakyat jika turun dengan jentera yang padu pasti Bn tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar. Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim. Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu. Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2. Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu. Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi. Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu. Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar. Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah. Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi. Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam. Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana. Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ?/Chegubard |
| Blogger UMNgOk Menipu Dalam Isu Liwat Terbaru Posted: 06 Oct 2010 02:50 AM PDT Nampaknya macam ada penipuan je dalam berita kononnya seorang lagi mangsa liwat Anwar, buat laporan polis. Blog UMNO yang mulakan cerita sebelum ini mendakwa bahawa seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Rahimi Osman telah buat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang jam 2.00 petang tadi. Blog itu turut laporkan yang 'mangsa' liwat terbaru itu akan buat kenyataan media di Lotus PJ pada jam 4.00 petang tadi. Sekarang dah pukul 5.40 petang, macam tiada pun laporan polis dan kenyataan media tu. Kalau ada. Mesti utusan, bharian atau bernama, dah siar berita tu secara online. Malaysiakini pun akan berbuat demikian. Tapi hingga ke waktu ini, langsung tiada berita gempar itu. Ntah-ntah blogger umno itu yang menipu. Sengaja sebarkan fitnah. Kalau benarlah ia satu fitnah, apalagi Anwar. Samanlah blogger ini. Kalau dibiarkan makin melarat. Semalam pun ada seekor blogger UMNO yang macam fitnah kat anwar juga. Katanya anwar liwat seorang tukang urut lelaki berbangsa cina (ceritanya di sini). Memang dahsyat betul blogger-blogger jahanam umno ini, fitnah dan jadi makanan buat mereka. |
| Gempar!! Seorang Lagi Ala Sayfoooooool Bukhari Buat Laporan Polis Dakwa Kena Liwat Oleh Anwar Posted: 06 Oct 2010 01:03 AM PDT Haritu masa dekat dengan PRK Permatang Pauh, timbul Sayfoool bukhari dakwa Anwar liwat beliau. Nah sekarang, timbul pula seorang lagi 'mangsa' tampil buat laporan polis kata beliau diliwat Anwar. Kalaulah ini fitnah sekali lagi, memang karam kerajaan UMNO nanti.. PANAS BERDENTUM : RAHIMI OSMAN PULA MANGSA LIWAT TERBARU ANWAR IBRAHIM !
Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuat press conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini. Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant'Egidio pasti tersentak dengan laporan dan pengakuan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit beliau (ini sumbernya dari blog pencacai UMNO) |
| PRK Galas Pada Hari Bekerja..Sah SPR Kuda Kepang UMNO Posted: 05 Oct 2010 11:37 PM PDT Hari ini sudah diketahui yang PRK Galas akan diadakan dalam masa 3 minggu lebih lagi. Apa yang mengejutkan ialah hari penamaan dan hari mengundi jatuh pada hari bekerja.. Penamaan Calon 26 Oktober bersamaan hari Selasa.. Hari Mengundi 4 November bersamaan hari Khamis!! Nah SPR. Memang kaki balaci UMNO. Jika kawasan itu diyakini akan dimenangi oleh PR, maka SPR akan buat hari penamaan dan pengundian pada hari bekerja. Tujuannya adalah untuk elak kehadiran penyokong PR pada hari penamaan dan juga pada hari pengundian, untuk perlihatkan peratusan keluar mengundi jatuh. Ini bukannya fitnah, tapi lengkap berfakta. Ini dia tarikh PRK yang dimenangi oleh PR, telah berlangsung pada hari bekerja... PRK Permatang Pauh : Hari mengundi pada 26 Ogos 2008 (Rabu) PRK Bukit Selambau : Hari mengundi pada 7 April 2009 (Selasa) PRK Bukit Gantang : Hari mengundi pada 7 April 2009 (Selasa) PRK Permatang Pasir : Hari mengundi pada 25 Ogos 2009 (Selasa) PRK Manek Urai : Hari mengundi pada 14 Julai 2009 (Selasa) Tetapi bila ada PRK yang diyakini akan dimenangi oleh UMNO, maka SPR akan buat pada hari cuti sabtu dan ahad. Ini buktinya. PRK Bagan Pinang : Hari mengundi pada 11 Oktober 2009 (Ahad) PRK Hulu Selangor : Hari mengundi pada 25 April 2010 (Ahad) Memang jelas bahawa macam ada satu rancangan untuk kalahkan PR di PRK Galas kali ini. Semuanya demi kepentingan politik UMNO untuk turunkan peratusan pengundi yang keluar mengundi. Apapun hanya satu pilihan yang ada di tangan PAS, iaitu isytiharkan cuti umum di hari pengundian itu sama seperti yang dilakukannya di Manek Urai dahulu dan juga apa yang dibuat oleh Lim Guang Eng dalam PRK Permatang Pasir dahulu. Sah memang sah..SPR adalah kuda kepang UMNO... |
| PRK Galas : Penamaan Calon Lebih Kurang 3 Minggu Lagi Posted: 05 Oct 2010 10:49 PM PDT PRK Galas 4 November dan penamaan calon 26 Oktober Putrajaya – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan 4 November sebagai hari mengundi. Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Galas, di sini, pagi ini. Ini berikutan kekosongan kerusi berkenaan selepas kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu. Pilihan Raya Umum 2008, beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi. Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan