Rabu, 6 Oktober 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Galas: Sokongan bukan Islam makin meningkat

Posted: 06 Oct 2010 11:00 AM PDT

PAS yakin sokongan masyarakat bukan Islam khususnya Cina di Dun Galas terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat hasil perubahan 20 tahun dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata hasil dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan, masalah Islamofobia tidak wujud lagi di negeri itu

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada media ketika di Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Markas 8 Briged Pengkalan Chepa, tengah hari tadi sebagai mengulas tarikh penamaan calon dan pilihan raya kecil Dun Galas yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.

Kehadirannya bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, disambut oleh Penglima 8 Briged, Brigedier Jeneral, Abdul Rahim Abdul Mutalib.

Katanya lagi, tiada halangan untuk PAS menghadapinya memandangkan sokongan pelbagai pihak termasuk golongan itu semakin kuat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Tambahnya, PAS telah mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk golongan bukan muslim atas permintaan mereka sendiri yang menunjukkan sokongan semakin meningkat.

Katanya, fahaman daripada teori Islamofobia oleh kalangan masyarakat itu kepada ke arah yang lebih baik.

"Perkembangan ini satu kemenangan kepada perjuangan Islam, bahkan tidak ada fahaman Islam fobia di Kelantan ini.

"Untuk itu, PAS bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas yang akan berlangsung 4 November ini," ujarnya.

Beliau juga turut mendedahkan calon yang bakal bertanding juga telah dikenal pasti.

Mengulas kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal bertanding, beliau berkata, PAS tidak menentang Umno atas sifat peribadi.

"Kita lawan Umno ni bukan kita lawan batang tubuh, tetapi lawan fikrah dia, lawan teori dia, politik lain, agama lain, ni salah, bahaya," ujarnya.

Beliau menegaskan, PAS tidak akan beri kemenangan percuma kepada Ku Li sekiranya menjadi calon walaupun beliau menyokong tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan.

Menurutnya, tuntutan royalti dan menentang calon dalam pilihan raya adalah perkara yang berbeza.

Tegasnya, PAS menentang perjuangan atau fikrah yang salah dan bukannya batang tubuh individu.

"Jangankan Umno yang diperjuangkan oleh orang Melayu, andai kata Umno ni diperjuangkan oleh orang Arab sekalipun PAS tetap akan menentangnya," ujarnya lagi.

Katanya, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, sebelum ini tidak pernah mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya di negeri ini.

"Sepatutnya sewaktu menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan yang lebih layak jadi calon, tetapi dia (Umno) tak buat. Mungkin juga Ku Li tak mahu, kalau dia mahupun siapa boleh sekat sebab dia pengerusi," ujarnya.

Kerana itu, tambahnya bukan taraf beliau (Ku Li) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Bagaimanapun, PAS menghormati keputusan Ku Li untuk bertanding dan akan berlawan sebagaimana biasa.

Kalau Razaleigh Calon BN, Pas Akan Turunkan Orang Asli

Posted: 06 Oct 2010 09:21 AM PDT

TENGKU Razaleigh Hamzah dijangka akan tiba di KLIA pagi lusa, (Sabtu). Katanya persiapan telah dibuat untuk menyambut kepulangan Razaleigh. Sekurang-kurang dua pihak akan bergabung menyambut kepulangan itu. Umno dan para penyokong setia Razaleigh. Dijangka sebuah NGO terlebih Melayu juga dijangka akan hadir sama untuk meramaikan sambutan kepulangan itu.

Katanya berbagai sepanduk sudah disediakan. Orang dalaman pejabat Razaleigh pula tidak dapat mengesahkan apakah ada sambutan atau tidak. Tetapi katanya mungkin memandangkan sudah ramai orang menggilai Razaleigh ke belakangan ini, sambutan itu tidak dapat dielakkan.

Razaleigh dijangka akan membuat pengumuman penting di KLIA sebaik setibanya di lapangan terbang itu. Berita ini menjadikan kepulangan beliau dinanti-nantikan. Orang menanti apakah yang akan dinyatakan oleh Razaleigh. Dua persoalan yang bermain di kepala umum ialah apakah beliau sedia menjadi Pengarah Pilihan Raya kecil Dun Galas atau menerima tawaran Umno menjadi calon.

Menurut sumber dalaman mengatakan Razaleigh tidak akan keberatan untuk menerima tawaran sebagai pengarah pilihan raya. Alasannya dia adalah ketua bahagian Umno Gua Musang. Seperti mana saya ulas sebelum ini Razaleigh seorang beradat dan berdisiplin tinggi. Kesetiaannya kepada Umno juga tinggi menggunung. Tidak ada sebab untuk beliau menolak tanggungjawab itu sedangkan beliau masih ketua bahagian.

Atas kedudukan itu Razaleigh akan menerimanya. Kalau Razaleigh menerima tawaran itu tentulah ia mengira 'jihar'nya dalam Umno akan pulih kembali. Razaleigh akan mengira Umno akan menyokong beliau balik. Pada saya kalau inilah yang dikejarnya Razaleigh akan kecewa sekali lagi. Beliau harus ingat kepada sejarah, sejauh mana ahli Umno mengenang budinya.

Persoalannya apakah kalau Razaleigh jadi pengarah ia merimaskan Pas? Ada kenyataan dari pihak tertentu Pas gentar untuk berdepan dengan Razaleigh. Rasanya bagi Pas apa saja peranan Razaleigh ia tidak mengelisahkan Pas. Pas akan hadapi Razaleigh atas kedudukan apa saja selagi Razaleigh bersama Umno.

Soal menuntut royalti minyak Pas boleh bersama Razaleigh kerana itu aspirasi bersama untuk membela rakyat Kelantan. Tetapi kalau soal Umno susah bagi Pas.

Ahli jawatankuasa Agung Pas, Husam Musa sudah membayangkan Pas akan menurunkan Orang Asli. Katanya kalau ada Orang Asli berkelayakan Pas mungkin mengambil menjadi calon, ujarnya dalam satu kenyataan. Kita faham kepada siapa Husam tujukan cadangannya itu. Saya mengira kalau Razaleigh jadi calon Pas, adalah sesuai kalau Pas menerima cadangan Husam itu. Carilah tok Batin mana-mana dan letak beradu kekuatan dengan Razaleigh.

Bayangkan macam mana kalau berlaku pertandingan antara Razaeigh dengan Orang Asli. Ia akan menjadi sejarah dan berita menggempar. Seorang anak raja berlawan dengan Orang Asli. Bagaimana hendaklah dielakkan kejadian ini dari berlaku kerana ia boleh mengaibkan banyak pihak. Tidak elok sangat kalau tiba-tiba Razaleigh tokoh veteran berlawan dengan Orang Asli.

Baiklah siapakah calon dari BN kalau Razaleigh menolak tawaran keemasan Umno itu. Ada beberapa nama atau tokoh Umno Gua Musang yang sedang menayang diri untuk jadi calon. Salah seorangnya ialah Ketua Pemuda, Bazlan Baharuddin. Beliau juga dikenali orang kuat menyokong Razaleigh. Bazlan ini juga yang membuat kenyataan agar menolak Ibrahim Ali kalau bekas ahli Umno itu mahu diterima semula ke dalam Umno.

Sudah tentu kalau Bazlan jadi calon NGO terlebih Melayu itu 'rohok' sedikit untuk menyokong BN kali ini.

Selain Bazlan, Ketua Wanita, Wan Huzani Wan Md Noor (foto atas) juga berminat untuk menjadi calon. Tetapi Wan Huzani tidak mungkin akan dipilih kalau pengarahnya Razaleigh. Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamed sudah membayangkan soal calon akan ditentukan oleh pengarah. Awal-awal lagi Mustapa sudah dapat merasakan dia tidak berperanan dan tidak berkuasa dalam menentukan calon.

Sudah tentu kalau Razaleigh menjadi pengarah beliau akan memilih orang kanannya di bahagian iaitu Setiausaha Umno bahagian Gua Musang sekarang ini. Inilah beberapa nama yang disebut dan kemungkinan akan diturunkan Umno kecuali Razaleigh sendiri.

Di pihak Pas yang pastinya calon yang tidak merokok. Nik Aziz sudah memberi tahu awal-awal kriteria calonnya mereka yang tidak merokok. Ada dua nama setakat ini menjadi sebut sebutan, Hussein Embong iaini pegawai Halaqah Gua Musang dan Dr Zulkifli Mohamad. Zulkifli merupakan calon Pas dalam dua pilihanraya 2004 dan 2008. Beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen Gua Musang, kedua-dua kalah.

Dalam pilihan raya 2004 beliau kalah dengan kekurangan undi sebanyak 6,598. Manakala dalam tahun 2008 sekali kalah dengan kekurangan undi 4,394. Kekalahan itu bagaimana pun tidak boleh dijadikan ukuran. Pilihan raya Dun dan Parlimen berbeza. Lagipun yang ditentang Dr Zulkifli itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Baik Hussein atau Dr Zulkifli mereka ini juga dikatakan disenang penduduk Galas. Bukan saja Melayu tetapi orang Cina dan Orang Asli juga senang mendekati mereka. Apa lagi Zulkifli yang mempunyai klinik di Gua Musang menyebabkan beliau dikenali ramai dan khidmatnya juga menjadi sebutan.

Temberang Rahimi Di Bongkar

Posted: 06 Oct 2010 06:30 AM PDT

Umno panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di DUN Galas. Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais peembakar suhu perkauman sudah tentu pilihanraya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka.

Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik. Bn cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini 'KuLi' sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur.

Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Pakatan Rakyat jika turun dengan jentera yang padu pasti Bn tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar.

Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.


Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.

Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.

Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.

Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah.

Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam.

Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana.

Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ?

cheguBard

Zaid kemuka tujuh syor kepada JPP PKR

Posted: 06 Oct 2010 06:15 AM PDT

PETALING JAYA: Penyelaras Konvensyen Pakatan Rakyat , Datuk Zaid Ibrahim telah mengemukakan tujuh syor kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) , Dr Molly Cheah ekoran terdapat pelbagai masalah yang timbul ketika pemilihan yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut kenyataan media beliau, Zaid berkata berdasarkan pelbagai maklum balas yang diterima terdapat beberapa isu yang menimbulkan tanda tanya yang menjejaskan status ketelusan dan keadilan dalam pemilihan yang berakhir 3 Oktober lalu.

Menurut beliau, antara isu tersebut antaranya ialah pengawas pemilihan yang jelas memihak kepada kumpulan tertentu, jumlah pengawas yang tidak mencukupi lalu dibantu oleh penyokong pihak yang bertanding, daftar pengundi yang tidak sama antara pihak pengawas pemilihan dan pihak yang bertanding.

Selain itu menurut Zaid terdapat juga kertas undi yang sudah dipangkah didapati digunakan untuk mengundi calon lain, jumlah kertas undi yang melebihi ahli, peti undi tidak telus cahaya serta kertas undi yang tidak bernombor.

Dalam kenyataan media, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan tersebut berharap PKR segera bertindak bagi memastikan proses pemilihan yang dijalankan sekurang-kurangnya menepati standart minimum yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kenyataan media tersebut Zaid menggariskan tujuk saranan bagi memastikan proses pemilihan dapat dilaksanakan dengan adil dan baik.

Antaranya calon dibenarkan melantik wakil calon ketika proses pengundian dijalankan, kertas undi bernombor, peti undi yang telus cahaya, ruang membuang undi perlu diasingkan dan terbuka, senarai ahli yang sah sahaja dibenarkan mengundi, menghadkan masa mengundi oleh pengawas pemilih dan hanya ahli yang tersenarai dalam senarai pengawas pemilih yang berhak mengundi.

Syor bertarikh 5 Oktober 2010 berkenaan telah diserahkan kepada Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah.

Khalid Samad pertikai hari berkerja buat pilihanraya Galas

Posted: 06 Oct 2010 05:59 AM PDT

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang juga Lujnah Politik PAS Pusat mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan tarikh penamaan calon pada 26 Oktober (Selasa) serta tarikh mengundi pada 4 November (Khamis).

Beliau mendakwa penetapan tarikh tersebut merupakan helah Barisan Nasional (BN) menghalang pengundi terutamanya yang berada di perantauan mengundi.

"Keputusan ini tidak logik. Saya yakin BN berjaya mempengaruhi SPR supaya tetapkan tarikh pada hari Khamis supaya anak perantauan tidak pulang mengundi akibat komitmen kerja dan urusan lain.

"SPR sebagai badan bebas sepatutnya perlu menetapkan Sabtu (6 November) sebagai hari mengundi dan bukannya Khamis. Ini menunjukkan bahawa BN di sebalik kata-kata angkuh, mereka sebenarnya tidak yakin boleh menang malah menyulitkan lagi pengundi daripada luar kawasan untuk pulang mengundi," katanya dalam sidang media di ini hari ini.

Pagi tadi Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Omar menetapkan 26 Oktober sebagai hari penamaan calon dan 6 November hari mengundi.

Beliau turut mengkritik kebanyakan pemimpin Umno yang mendesak agar Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dicalonkan sebagai wakil BN semasa pilihan raya nanti.

Selamat pulang Ku Li.

Posted: 05 Oct 2010 11:00 PM PDT

Tengku Razaleigh Hamzah akan pulang ke tanah air pada sabtu ini. Dia di jadualkan tiba di KLIA pada pukul 7 pagi. Sahabat saya, Aspan Alias yang menjadi penyokong setia ku li sejak zaman dulu dulu lagi, tidak akan menanti ketibaan tersebut. Dia akan tidur kembali sesudah subuh.

Tambahan pula, kata Aspan, ramai muka tembok dan mamat UMNO yang lain sudah merancang menyambut Ku Li. Maka lebih elok, orang seperti kita berundur ke belakang. Sekurang kurang nya, kita dapat mengenal pasti muka muka hipokrit dalam UMNO.

Saya tidak fikir Ku Li akan merasa tersinggung jika Aspan tidak berada di KLIA. Saudara Lokman dan Tuan Hj Ridhuan akan berada disana. Jika selalu nya Ku Li keluar masuk KLIA secara incognito, kali ini dia kembali dengan sambutan yang luar biasa.

kali ini, selain dari orang orang yang kita sebut diatas, kepulangan Ku Li mungkin di sambut oleh ramai orang. UMNO Kelantan yang di ketuai Mustafa Mohamad di katakan akan menanti ketibaan Ku Li. Mus akan mencium tangan Ku Li. Mustafa Mohamad adalah KETUA PERHUBUNGAN UMNO Negeri Kelantan akan mencium tangan Ku Li, seorang KETUA BAHAGIAN.

Yang hendak di lakukan oleh Mus dan Teuku Adnan, adalah perlakuan yang sangat sangat un-UMNO. Perangai UMNO yang 'second nature' ialah melupakan jasa pemimpin nya yang terdahulu. Perangai yang kesemulajadian ke2 ialah mengenepikan orang. Maka, sebab itu, perangai Mustafa Mohamad dan pimpinan UMNO yang lain, saya katakan sebagai perlakuan yang luar biasa. Hipokrasi ialah second nature kepada majority pimpinan UMNO.

Beberapa bulan lalu Ku Li adalah pemimpin UMNO yang hampir di pecat dari UMNO. Hampir semua warga UMNO menuduh Ku Li sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti UMNO.

Kenapa ada perubahan drastic ini? Saya tidak fikir perasaan menyampah kepada Ku Li sudah bertukar menjadi kasih sayang. Ini bukan perlakuan tipikal orang UMNO. Orang UMNO bersetia kepada yang memegang kuasa yang boleh memberi imbuhan. Ku Li yang tidak ada kuasa, boleh beri apa kepada mamat2 UMNO?

Jadi suara suara yang sekarang ini berdendang sayang memuji Ku Li, bukan melakukan nya kerana mereka sayang kepada Ku Li,. Mereka lakukan kerana demikian lah isyarat dari pemimpin tertinggi UMNO. Najib, Muhyidin dan naib presiden yang lain.

Dan isyarat yang muncul dari gunung Putrajaya ialah UMNO boleh menang jika Tengklu Razaleigh Hamzah di beri peranan yang penting. Seperti menjadi pengarah pilihanraya DUN Galas dan mungkin juga sebagai calun ADUN.

Ini transformasi yang lebih besar dari transformasi kerajaan atau transformasi ekonomi. Transformasi dari melihat Ku Li sebagai duri dalam daging kepada Ku Li sebagai penyelamat air muka UMNO. Dan UMNO hanya mampu mengiktiraf stature Ku Li dengan menawarkan peranan sebagai Pengarah pilihanraya dan jika Ku Li mahu, jadi calun lagi baik. Dan seperti juga mana mana idea Presiden UMNO, idea mengiktiraf Ku Li besar kemungkinan hanya untuk sementara untuk political expediency.

Tetapi suara suara yang sekarang ini yang memuliakan Ku Li, hanya beberapa bulan yang lalu mengutuk Ku Li sebagai mengkhianati perjuangan parti. Parti UMNO kata Kelantan( yang majoriti nya Melayu) tidak layak dapat royalti minyak. Tapi kalau wang ehsan boleh. Bila kita terima wang ehsan, ertinya, kita adalah kumpulan yang di jaga, yang memberi pula adalah penjaga.

Cara ini tidak di terima oleh orang Kelantan. Ku Li sebagai tokoh UMNO yang bermaruah tidak dapat terima cara ini. Orang yang mempunyai harga diri dan maruah, tidak boleh menerima peraturan seperti ini. Bila Ku Li kata orang Kelantan berhak menerima royalti dan bukan pemberian ehsan, ini bererti Ku LI sebagai orang UMNO mempunyai maruah. Si mamat UMNO yang memutar belitkan faka tidak ada maruah.
Makanya, selain dari isiu siapa calun dan siapa pengarah pilihanraya kecil DUN Galas, isiu nya ialah soal maruah dan harga diri.

Kita semua tahu Ku Li adalah orang yang setia kepada UMNO iaitu UMNO yang di lihat sebagai suatu ideal dan UMNO yang memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Sebagai sorang yang setia kepaa UMNO, saya tidak fikir bahawa Ku Li akan membelakangkan parti UMNO. Dia akan menerima kemahuan parti untuk dia menjadi pengarah pilihanraya. Tapi saya juga yakin yang Ku Li akan menerima nya diatas terms dia sendiri. Dan saya rasa sebahagian dari terms Ku Li ialah membenarkan Ku Li menjanjikan pemberian royalti minyak kepada Kelantan.

Kepentingan rakyat Kelantan menerima wang royakti melepasi kepentingan kepartian. Saya rasa jika Ku Li di benarkan menyatakan jika UMNO di beri kemenangan di Galas, Kelantan akan terima wang royakty, maka saya rasa siapa pun calun BN/UMNO di Galas akan menang. Dan penyokong Ku Li akan melihat penerimaaan Ku Li menjadi pengarah pilihanraya sebagai konsisten dengan perjuangan nya mendapatkan wang royalty minya untuk negeri Kelantan.

Dalam keadaan UMNO kemaruk untuk dapat satu kemenangan, jika Ku Li meletakkan terms seperti ini, saya rasa UMNO akan terima. Dengan cara ini, Ku Li akan membuktikan konsistensi perjuangan nya, dan UMNO pula, jika bersetuju member royalty minyak, akan membuktikan UMNO meletakkan kepentingan orang Melayu sebagai perjuangan teratas.PAS pula boleh menarik diri dengan menyatakan bahawa mendapatkan royalty minyak sebagai hak adalah lebih besar dari mengambil bahagian dalam pilihanraya GALAS.

"Taib bina istana di awang-awang" – DAP Sarawak

Posted: 05 Oct 2010 10:30 PM PDT

Oleh Joseph Tawie

KUCHING: Matlamat Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) untuk meningkat lima kali ganda pendapatan rakyat menjelang 2030 umpama "membina istana di awang-awang."

Berdasarkan statistik, pendapatan kasar nasional (GNI) per kapita ialah sebanyak RM23,000 setahun.

Ini bermakna pendapatan purata setiap rakyat Malaysia ialah RM23,000 setahun, iaitu, RM2,000 sebulan," kata Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Chong mengulas unjuran yang dibuat oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud bahawa rakyat Sarawak boleh memperolehi lima kali ganda dari jumlah pendapatan sekarang ini menjelang tahun 2030.

"Taib sedang membina istana di awang-awang," kata Chong, yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.

"Untuk setiap isi rumah yang mengandungi lima orang anak dan dua orang dewasa yang boleh bekerja, jika kita ambil kadar purata, ini bermakna RM10,000, mengikut per kapita GNI.

"Kebanyakan keluarga di Sarawak tidak menerima pendapatan sebanyak itu. Masalah ekonomi terletak kepada pengagihan kekayaan yang tidak sama rata.

"Terdapat jurang yang sangat luas di antara golongan kaya dan miskin," katanya, menambah statistik menunjukkan bahawa 10% dari golongan berpendapatan tertinggi di negeri ini menguasai 50% dari pendapatan negara manakala 40% dari golongan pekerja menguasai hanya 13.5% dari pendapatan nasional.

"Jurang perbezaan ini sangat luas. Sebab itulah saya fikir kenapa pengagihan kekayaan menjadi salah satu masalah ekonomi kita. Ini tidak ditangani oleh ETP," tambah Chong.

Amalan rasuah dilupakan

Faktor lain yang dengan mudah dilupakan ialah amalan rasuah tidak diambil kira katanya, menambah bahawa ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri beliau menyatakan rasuah merupakan musuh utama.

Abdullah gagal dalam usaha untuk memerangi rasuah, yang membantut pembangunan ekonomi dan berlakunya ketirisan dalam peruntukan dana kerajaan.

"Dan dalam ETP, (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) tidak menyebut perkara ini dan bagaimana beliau boleh memerangi rasuah dengan berkesan.

"Tanpa menangani kedua-dua masalah ini, akhirnya, orang kaya bertambah, yang miskin bertambah miskin.

"Dan kekayaan negara kita akan terus dikuasai oleh segelintir rakyat sahaja," tambah Chong.

Khalid kecewa politik ‘kotor’ dalam PKR

Posted: 05 Oct 2010 10:00 PM PDT

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengkritik permainan politik kotor yang dilakukan ahli dan pemimpin PKR sendiri sepanjang berkempen merebut jawatan dalam parti itu.

Menurut beliau, baginya, amalan sebegitu bertentangan dengan semangat parti dan hanya menimbulkan kebencian rakyat terhadap parti pembangkang itu.

Ujar beliau, "saya sedih dengan taktik kotor sepanjang berkempen dan kejadian memalukan ketika pemilihan peringkat Cabang yang bercanggah dengan semangat tulen parti Keadilan.

"Pada pemikiran saya, pemimpin Keadilan mesti menjauhi tradisi lama politik kotor yang menimbulkan kebencian rakyat kepada parti lawan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemimpin PKR perlu menggunakan peluang dan kelebihan sistem pilihan raya 'satu ahli, satu undi di peringkat akar umbi itu dengan membentuk satu corak politik baru yang lebih rasional dan profesional.

"Kepimpinan berpuak dan serangan peribadi adalah tradisi politik lama yang perlu ditinggalkan," kata Khalid yang berjaya mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor Ahad lalu.

Dapat 'restu' Anwar sebelum umum

Khalid turut mengulangi pendiriannya menangguhkan pengumuman hasratnya bertanding jawatan tertinggi dalam parti kepada Ahad ini walaupun mendakwa sudah mendapat 'restu' daripada Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menegaskan keputusannya itu adalah untuk menaikkan semangat Reformasi dalam Keadilan yang telah dibina atas dasar hormat-menghormati serta toleransi.

"Selepas perbincangan ringkas, kami bersetuju untuk membuat pengumuman jawatan yang akan ditandingi hanya selepas saudara Anwar Ibrahim pulang ke tanah air pada 10 Oktober ini.

"Ini adalah bagi mengelakkan spekulasi tidak sihat dan persepsi negatif di kalangan ahli parti yang akan digunakan musuh untuk menyerang parti.

"Saya juga akan berusaha mengadakan perbincangan (musyawarah) dengan pemimpin tertinggi parti dan juga pemimpin Pakatan Rakyat sebelum membuat pengumuman.

"Saya amat berharap pemimpin-pemimpin lain akan turut bersama menyertai saya dalam mencapai matlamat ini," katanya.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=8745

DUN Galas: Penamaan calon 26 Okt, hari undi 4 Nov

Posted: 05 Oct 2010 09:30 PM PDT

PUTRAJAYA, 6 OKT : Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan diadakan pada 26 Oktober ( Selasa) dan pengundian pada 4 November ( Khamis) , demikian pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini.
Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga berkata seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa manakala 127 pengundi pos layak menentukan ADUN di Galas.

SPR juga menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini bakal berlangsung di Bilik Gerakan Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 buah saluran.

Wan Ahmad juga berkata seramai 323 petugas pilihan raya telah dilantik oleh SPR bagi melincinkan perjalanan pilihan raya itu.

Harap Mahasiswa Malaysia Tidak Mengikut Cara MB Pahang Dapat Ijazah!

Posted: 05 Oct 2010 07:00 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyK3HdhGqYTHjkm-NoCdpfLmpAUyBRpGjgKK_aJSGlzb_cxYZANE8crWP99GjjfDGTIBgqfAA-lm-aFeSLwMHGjOD9zac_DYF8z6tMh2lJaj8jc_RmtQn6be_d2y11-nXSqniIYZP7Ya8/s1600/dn_19.1.jpg

nah! berbangga la ahli keluarga kerana si suami dapat ijazah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPuUGUosH1y-OmfR4YPoxC50Ljy1hRM3718h_cMMrxfUrCYdphsBQ5jbJAAP0T3rjMExiEXeo03-nM_dOt-qdpmqGoqgSzGXQtRj-fgVWpKU-7drhAVfzAtSt3rG6HPEEAXr0RlnyxWtk/s1600/adnan+yaakob.JPG


nah! yang bahagian ni pun mamat ni teror jugak..kahkahkah

harap akhlak dan cara mendapatkan ijazah mamat ni tidak diikuti oleh para mahasiswa di Malaysia! Pelik tapi benar kat Malaysia ni.

Watikah Perlantikan Tengku Razaleigh telah siap.

Posted: 05 Oct 2010 06:30 PM PDT

Dua Peti Undi di DUN Galas yang akan menentukan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil nanti, kajian ini berdasarkan kedudukan sikap pengundi hari ini yang mana payah untuk BN memecah kubu PAS.

PAS telah pun berkubu di peti undi KAMPUNG PULAI dan KAMPUNG BAHRU yang mana didua peti undi tersebut terdapat kira-kira 2649 pengundi, dijangka PAS akan mendapat lebih kurang 2000 undi. Ini telah memberi petunjuk yang jelas bahawa PAS mempunyai harapan bagi mempertahankan kerusi DUN Galas ini.

Oleh itu BN hendaklah berusaha supaya didua peti undi tersebut tidak menjadi kawasan hitam kepada BN, sekiranya jentera piliharaya BN tidak dapat memecahkan kekukuhan PAS disitu maka agak sukarlah BN untuk mengalahkan PAS nanti. Analisa yang dikemukan ini adalah hasil dari risikan team saya yang telah ke kawasan tersebut.

Walau pun tanpa disuruh kerana minat untuk mengetahui secara dekat pilihanraya kecil DUN Galas ini saya dan team saya akan menjelajah keseluruh 13 peti undi semuannya. Setakat hari ini sudah 6 peti undi telah dirisik dan nampaknya jentera PAS lebih bersedia dari jentera BN.

Walau bagaimana pun, belum boleh dibuat ukuran kerana tarikh piliharaya belum lagi diputuskan oleh SPR dan risikan akan diperhebatkan apabila selesai penamaan calun nanti. Insya Allah peminat blog ini akan saya paparkan kedudukan terkini dari masa ke semasa bagi mendapat gambaran kedudukan dan sikap pengundi.

Dalam menanti bilakah piliharaya kecil DUN Galas ini bermula yang pastinya semua bilik hotel telah ditempah dan harga rumah sewa melambung naik. Peniaga kedai makanan pastinya akan mendapat keuntungan, serta broker-broker politik akan mendapar rezeki sama ada dari PAS ataupun BN.

UMNO Malaysia telah pun siap watikah perlantikan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Piliharaya DUN Galas yang belum pasti adakah YBM Ku Li menerima perlantikan itu atau pun ada kejutan dan sejarah baru akan berlaku selepas 9hb. Oktober nanti. Sejarah baru lagi!

[Sumber]

Kemelut Politik Parti Sukarkan Pilihan Pengundi

Posted: 05 Oct 2010 06:00 PM PDT

A Kadir Jasin

PERTIKAMAN lidah di kalangan beberapa orang pemuka baru Parti Keadilan Rakyat berkaitan kedudukan Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan atau luar biasa jika kita memahami "psyche" atau cara mereka berfikir. Begitu juga pergeseran perwatakan yang sedang berlaku dalam DAP.

Kedua-dua parti ini menampilkan ciri-ciri kepelbagaian watak, gaya dan agenda yang luar biasa. Persaingan dalaman ini ada kaitan dengan tanggapan bahawa patrti-parti ini kuat dan semakin relevan kerana parti-parti Barisan Nasional lemah sejak pilihan raya umum 2008.

Dengan Umno, MCA, Gerakan dan MIC masih mencari formula penyatuan dan penyemarakan semula, tanggapan umum adalah parti-parti Pakatan Rakyat kuat dan berkeyakinan.

Tetapi di sebalik penampilan yang positif itu, parti-parti PR pun sedang mengalami perentapan dalaman yang hebat akibat perebutan kuasa di peringkat parti dan kerajaan.

Misalnya, di Selangor percubaan mengganggu-gugat dan menjatuhkan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bukanlah olok-olok atau wayang kulit, tetapi sesuatu yang nyata.

Hatta di Kedah, di mana Pas menjadi peneraju kerajaan PR dan Menteri Besar Azizan Abdul Razak cukup popular di kalangan rakyat kerana kesederhanaan dan gaya santainya, namun di belakang tabir wujud kedinginan hubungan antara Pas dan PKR.

Bisik-bisik di kalangan kepemimpinan Pas adalah mereka kurang selesa dengan apa yang sedang berlaku dengan PKR, khasnya perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan kemasukan bekas-bekas anasir BN ke dalam kepemimpinan parti itu.

Sementara perhubungan antara Pas dan DAP terus runcing mengenai isu pokok perjuangan kedua-dua parti iaitu Negara Islam bagi Pas dan negara sekular bagi DAP. Tanpa PKR sebagai broker, kelangsungan kerjasama Pas-DAP adalah dipertikaikan.

Sebaliknya jika kerjasama Pas-DAP berakhir, Pas akan menjadi ancaman lebih besar kepada Umno kerana lebih ramai orang Melayu dan orang Islam akan menyokong Pas atas dasar perjuangan Islamnya.

Justeru itu, apa yang sedang berlaku dalam pemilihan kepemimpinan PKR sekarang akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada parti itu, tetapi juga kepada PR dan BN.

Media massa memetik salah seorang naik presiden Umno, Hashammuddin Hussein, sebagai berkata masalah dalam PKR adalah baik bagi Umno.

Keputusan pemilihan PKR akan menentukan watak mana yang akan muncul mendominasi kepemimpinan parti itu yang sekali gus memberi kesan kepada PR.

Kemenangan atau kekalahan watak-watak yang kini menonjolkan diri dalam pemilihan parti itu seperti Mohd Azmin Ali, Mohd Zaid Ibrahim dan Abdul Khalid akan menentukan corak kepemimpinan, agenda dan ideologi PKR.

Anwar Lawan Wan Azizah

Azmin pasti cuba mengekalkan status quo dan memperkukuhkan pengaruh dan peranan Anwar manakala Zaid pula nampak mirip kepada merombak kepemimpinan PKR, termasuk mendefinisikan semula kedudukan dan peranan Anwar.

Zaid dilaporkan mempertikai kekaburan kedudukan Anwar yang disifatkannya sebagai tidak boleh mengatasi kuasa presiden (Dr Wan Azizah Wan Ismail) yang dipilih perwakilan.

Ini menarik respons bekas rakan seperjuangannya dari BN, Chua Jui Meng yang berkata kedudukan Anwar sebagai ketua de facto adalah lebih tinggi.

Bahas ini pastinya sensitif kerana Dr Wan Azizah adalah isteri Anwar dan peranan beliau tidak begitu menonjol dalam PKR, apatah lagilah dalam PR yang didominasi oleh Anwar, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh.

Di kalangan parti anggota PR pula, DAP nampaknya lebih selesa dengan Mohd Zaid kerana latar belakangnya sebagai peguam dan bekas menteri BN. Atas alasan itulah DAP memberi sepenuh sokongan kepadanya sebagai pengerusi penaja Pakatan Rakyat.

Dalam PKR, Azmin nampaknya lebih diterima luas oleh kepemimpinan bahagian. Ini terbukti kerana setakat ini dia mendahului Zaid dan calon-calon lain untuk jawatan Timbalan Presiden.

Azmin dilihat sebagai "loyalist" Anwar yang boleh bekerjasama dengan Wan Azizah dan tidak akan menggoyangkan bahtera, apatah lagi menderhaka kepada bosnya.

PKR Sedang Disusupi

Selepas beberapa orang pemuka kanan PKR keluar parti dan sebilangannya menyertai parti-parti BN, pasti wujud kebimbangan di kalangan kepemimpinan asal era reformasi bahawa PKR sedang disusupi oleh anasir-anasir luar yang tidak berjiwa reformasi dan tidak setia kepada Anwar.

Orang luar ini masuk PKR bukan sahaja kerana mereka terpelanting daripada parti-parti BN, tetapi kerana mereka berpendapat PKR adalah buah ranum yang menunggu untuk dipetik.

Oleh kerana itu, keputusan pemilihan yang sedang berjalan sekarang akan menentukan sama ada PKR kekal sebagai parti yang berpaksikan perjuangan reformasi dan ketaatan kepada Anwar atau sebuah parti liberal yang dasar serta komitmennya berubah-ubah mengikut siapa yang menerajuinya dan siapa yang lebih berkuasa.

Perentapan juga sedang berlaku dalam DAP yang menyaksikan perang terbuka antara pengerusi Perak Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming dengan timbalan pengerusi negeri, M. Kulasegaran.

Portal berita Malaysian Insider melaporkan yang Ngeh terpaksa menanggung malu dengan memohon maaf kepada orang ramai di atas cara beliau mentadbir DAP Perak dan meminta agar dia dan sepupunya tidak diadili.

Serentak itu, parti-parti BN juga sedang melalui masalah dalaman masing-masing. Proses pemulihan Umno terus dihantui oleh masalah kewibawaan kepemimpinan, dasar, program dan cogan kata yang dicurigai dan dipertikai oleh orang Melayu.

Di sesetengah negeri, khasnya di mana BN tewas dalam PRU lalu, Umno ketandusan kepemimpinan dan kemunculan bakat baru terus disabotaj oleh penyandang yang mabuk kuasa.

MCA sudah mula menampakkan kesepaduan suara manakala MIC akan memasuki fasa baru Januari ini apabila S Samy Vellu mengundurkan diri selepas 32 tahun menerajui parti itu.

Tetapi Gerakan nampaknya terus terumbang ambing dan mungkin wujud hanya pada nama setelah dinyahkan dari Pulau Pinang. Kepemimpinannya yang lemah menjadi lebih terancam apabila bekas presiden dan penasihatnya, Lim Keng Yaik meletakkan jawatan kerana kecewa dengan presiden sekarang, Dr Koh Tsu Koon.

Kekalutan dalam parti-parti politik nasional ini, sama ada di pihak BN atau PR, akan memberi kesan kepada pemerintahan dan seterusnya mempengaruhi cara pengundi membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang.

Jika antara sekarang dengan PRU akan datang, parti-parti politik utama tidak memantapkan dasar dan kepemimpinan mereka, pengundi akan mengalami dilema untuk memilih siapa yang akan memerintah di Putrajaya dan di negeri-negeri.

Selangor Telus: Dialog Dengan Mahasiswa

Posted: 05 Oct 2010 05:30 PM PDT

Sebagai golongan intelektual yang bakal menjadi pewaris generasi mendatang, siswa sering diperkatakan. Anihnya, walaupun mereka sudah cukup matang, mereka tidak diberi ruang dan peluang yang sewajarnya. Mereka disekat dan dikenakan syarat. Pada ketika tertentu mereka digula-gulakan bahawa siswa sepatutnya diberi kebebasan berpolitik dan dalam masa yang lain mereka dilarang dari terlibat dalam politik. Mereka diintip dan ditangkap jika terlibat. Mereka digantung dari pengajian dan yang lebih serius boleh dibuang dari pengajian. Mereka diacah dengan kebebasan, tetapi sebenarnya terikat dengan AUKU. Mereka berdepan dengan amalan `double standard`. Bagi pelajar luar Negara boleh berpolitik, bahkan boleh menubuhkan Kelab Umno, tetapi tidak boleh terlibat dalam politik bagi pelajar dalam Negara.

Kerajaan negeri Selangor cuba membawa perubahan dan ketelusan dengan siswa dari universiti-universiti dan pengajian tinggi di Negara ini, khususnya bagi pelajar-pelajar dari Selangor, lantaran itu pada malam 1 Oktober Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan mengadakan Dialog Mahasiswa Mengenai Pentadbiran Negeri Selangor Sempena Sambutan Idul Fitri bertempat di Dewan Annex, Tingkat Dua Bangunan Dewan Negeri Selangor mulai jam 5.00 petang hingga 10.00 malam.

Walau bagaimana kehadiran yang pada asalnya mendapat pengakuan untuk hadir seramai 120 orang, tetapi yang hadir sebenarnya hanya seramai 74 orang sahaja. Berbagai alasan dikemukakan antaranya ada peperiksaan, universiti bercuti dan yang lebih mengejutkan jawapan dari pentadbir universiti. Siswa perlu membuat permohonan dan mendapat keizinan dari Kementerian Pengajian Tinggi terlebih dahulu. Rupanya mahasiswa diperlakukan sebagai anak-anak Sekolah menengah. Kalau demikian tidak perlulah dibicarakan soal hak mahasiswa, kebebasan berpolitik, autonomi dan soal AUKU. Mereka masih dilayan sebagai anak-anak Sekolah menengah. 74 yang hadir adalah dari Unisel, Universiti Malaya, Inspen, Master Skill, Madinah University, MSU, Universiti Multi Media. Teramai daripada mereka ialah dari Unisel. Beberapa pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri Selangor sendiri nampaknya tidak hadir.

Sebelum dialog dibuka Dr. Halimah Ali selaku Exco Penganjur menerangkan tentang pendemokrasian (merakyatkan) Ilmu dan Ekonomi Negeri Selangor yang maklumat tidak banyak sampai kepada siswa oleh kerana terbatasnya saluran maklumat kerajaan negeri dan mendapat sekatan dari media perdana yang menyokong kerajaan pusat dan menyekat maklumat dari kerajaan negeri. Pendemokrasian Ilmu ialah seperti Hadiah Masuk Universiti, Tabung Warisan Anak Selangor, Pinjaman Tanpa Faedah, Bantuan Anak-Anak Pekerja Ladang, Bantuan Pelajar Miskin, Kelas Tuisyen Percuma dan Bantuan Sekolah-Sekolah Rakyat.. Manakala Pendemokrasian Ekonomi ialah Konsep Memasyarakatkan Ekonomi Selangor (MES) dan Kebajikan, seperti Air Percuma yang digunakan di bawah 20 cubic meter sebulan, Skim Warga Mas,, Hasil Batuan Untuk Rakyat, Pusat Krisis Sehenti dan Bantuan Pekerja Ladang.

Semasa dialog, ada antara siswa yang masih takut dan tidak berani menyatakan nama dan dari institusi yang mereka datang, walaupun sebahagian besar menyebutkan nama. Mereka menimbulkan persoalan seperti masalah remaja, cadangan guru al-Qur`an di Selangor dibayar elaun, gesa Unisel memperbaiki pentadbiran dan komunikasi, mau diberi perhatian tentang khidmat Masyarakat (OPKIM), masalah pentadbiran Air Selangor, mengapa kegiatan selalu dilakukan di UNISEL dan KUIS (kerana ini milik negeri), Universiti Multi Media tidak mempunyai masjid, masalah sosial pelajar di UNISEL, persoalan sekatan PPTN, Yayasan Selangor, JKKK dan JKKKP mengelirukan pentadbiran, masalah elaun guru Kafa, soal penubuhan Cawangan Universiti Madinah di Selangor dan AUKU. Walaupun apa yang ditimbulkan oleh para siswa tidaklah merupakan soal-soal yang berat-berat, mereka mendapat saluran melahirkan isi hati mereka dan mengharapkan perhatian dari pihak yang berkuasa.

Dialog seperti ini memberi faedah kepada para siswa dan juga pihak Kerajaan Negeri. Cuma pendekatan harus dibuat secara lebih teratur, berkertaskerja dan mempunyai topic-topik terpilih dan dibentang oleh perwakilan-perwakilan pelajar. Dialog janganlah berakhir begitu saja, tetapi keputusan diambil tindakan dan memberi kepuasan bagi semua pihak.

Sekian.

[Sumber]

Saya tahu siapa terlibat: Azizan

Posted: 05 Oct 2010 05:00 PM PDT

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran akan mendedahkan lebih banyak penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) jika pemimpin yang mentadbir negeri sebelum ini terus menerus memfitnah atau memutar belit fakta.

Menurutnya, beliau tidak akan berdiam diri jika Kerajaan Negeri yang diterajuinya kini berdepan dengan fitnah daripada mereka termasuk memutar belit fakta sebenar yang didedahkan pihaknya semata-mata mahu menutup kelemahan pentadbiran sebelum ini.

"Baru-baru ini saya dedahkan mengenai hutang penggunaan bekalan air Kerajaan BN mencecah RM1.7 bilion, namun fakta itu diputar belit pemimpin BN kononnya salah. Sebelum itu, saya juga dedahkan tunggakan saman ekor RM390,000 yang ditinggalkan mereka. Mereka berhutang, kita yang terpaksa bayar," katanya.

Azizan berkata, penafian atau pembohongan mengenai beberapa perkara berbangkit, khususnya perjanjian air yang dilakukan pemimpin BN terdahulu sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung beban hutang yang banyak, sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan apabila perkara sebenar cuba diputar belit.

"Jika benar mahukan fakta tepat, saya sedia berikan. RM1.7 bilion hanya hutang terkumpul bekalan air manakala hutang keseluruhan Kerajaan Negeri BN kepada Pusat berjumlah RM2.3 bilion serta RM800 juta pula hutang pelbagai termasuk pembangunan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)," katanya.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataan disiarkan semalam berkata, kenyataan Azizan sebelum ini bermotif politik kerana hutang peninggalan BN berjumlah RM1.7 bilion tidak tepat memandangkan ia merupakan pinjaman daripada Kerajaan Pusat kepada Kedah melaksanakan projek pembangunan.

Mahdzir juga dipetik sebagai berkata, tindakan Kerajaan Negeri menaikkan tarif air tiada kaitan dengan penstrukturan semula pengambilalihan aset air Kedah oleh Pengurusan Aset Air Berhad (Paab), sebaliknya mendakwa boleh memilih untuk tidak menaikkan tarif.

Azizan mempersoalkan siapa yang sebenarnya memutarbelitkan fakta.

"Saya dapat fakta itu daripada Pegawai Kewangan Negeri beserta laporannya. Hutang air dahulu tinggi sebab tindakan pemimpin BN sebelum ini, yang tidak mahu memilih geran yang ditawarkan Pusat tetapi mahu berhutang. Jika mereka pilih geran, mereka tidak perlu bayar semula," katanya.

Azizan mendakwa, Kerajaan Negeri sebelum ini menolak geran terbabit kerana tidak mahu terikat pada syarat yang ditetapkan, iaitu Kementerian Kewangan akan melantik kontraktor yang terlibat, sebaliknya jika berhutang, tanggungjawab adalah di bawah Kerajaan Negeri dan boleh memilih sendiri kontraktor.

"Saya tahu siapa yang terlibat dalam pemilihan itu, siapa dapat hak bina loji dan paip termasuk pemimpin BN mana yang ada kepentingan dalam perjanjian air, cuma saya tak mahu dedahkan. Tapi jika mereka kacau lagi, mungkin saya dedahkan. Sebelum ini, mereka swastakan pengurusan air di Kedah manakala kita hanya korporatkan," katanya.

Menurutnya, dua syarikat terbabit, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd diberi kontrak sehingga 2020 oleh kerajaan BN terdahulu untuk merawat air walaupun pada hakikatnya perjanjian itu merugikan Kerajaan Negeri.

"Saya pelik apabila perjanjian itu merugikan dan apabila disiasat, rupa-rupanya milik kroni BN. Untuk 2009, Kerajaan Negeri terpaksa bayar RM39 juta kepada Taliworks sedangkan kutipan hanya RM14 juta, bermakna kita subsidi RM25 juta," katanya.

Azizan berkata, pihaknya kini sedang berunding dengan Taliworks untuk mengkaji semula perjanjian sedia ada agar kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.

"Kita juga rugi apabila 43 peratus air yang dirawat syarikat Air Utara Indah hilang sebab kerosakan paip dan sebagainya, sebab itu kita minta Paab ambil alih hingga masalah selesai. Bayaran perlu dibayar penuh walau berlaku pengurangan bekalan air," katanya.

Perkara lain yang turut menimbulkan keraguan ialah apabila kos pembinaan loji di Padang Sanai yang mempunyai kapasiti 50 juta liter air sehari mencecah RM155 juta sedangkan anggaran sebenar kos hanya sekitar RM60 juta.

Mengenai kenaikan tarif air berkuat kuasa 1 Oktober lalu, Azizan berkata, pihaknya tiada pilihan kerana tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Air Negara 2006, yang antara lain bersetuju supaya lima negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Melaka mengkorporatkan pengurusan air sebelum diperluaskan ke negeri lain.

"Oleh itu tarif air bukan sahaja naik di Pulau Pinang dan Kedah, semua negeri juga akan naik secara berperingkat," katanya.

Tiada ulasan: