Rabu, 6 Oktober 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Panas: Siapa Rahimi? Ikuti Pendedahan Din Binjai/Sharpshooter & Laporan Polis Rahimi

Posted: 06 Oct 2010 08:31 AM PDT

Saya petik:
....TV3 menyiarkan kekecohan berlaku hingga sidang media terpaksa dibatalkan.

TheMalaysianinsider melaporkan Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.
"Saya dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 mengenai Anwar dan Saiful.
"Deklarasi itu tidak benar kerana bukan saya yang menulis.
"Saya dipaksa untuk menandatangani, kerana saya bimbang dengan keselamatan saya... ketika itu ada beratus penyokong Anwar dan orang-orang kanannya di sekitar Quality Hotel," kata Rahimi.
Malah menurut pembantu itu beliau juga dipaksa tinggal di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menandatangani akuan bersumpah. Berita penuh klik dibawah.
http://www.malaysiakini.com/news/144569

Manakala Chegubard dalam blognya menganggap bahawa ini adalah permulaan kempen Galas. Antara petikannya melaporkan - Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam. Berita lanjut di sini.
Jawapan Sharpshooter - Ya memang benar kata Chegubard, sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang diamanahkan menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam. Manakala 2 orang amk dari N9 diamanahkan pula menjaga Rashid. Siapa Rashid? Mengapa Rahid? Sharpshooter akan dedahkan kemudian.

Memang lucu, lawak & pelik, mengapa Rahimi membuat pengakuan setelah lebih daripada 2 tahun????
Rahimi mungkin terlupa bahawa Sharpshooter waktu tu bersama Zulkifli Ibrahim (gambar kiri) yang waktu itu telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi kerana waktu itu beliau cukup tidak yakin & takut Najib yang waktu itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri
Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau dibenarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini'
Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia.
Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya.

Rahimi menceritakan bahawa Saiful adalah kawan sekolahnya dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Rahimi bertemu semula dengan Saiful ketika dalam siri roadshow Ceramah Anwar semasa kempen PRU12.

Rahimi terkejut bertemu Saiful semasa ceramah Anwar kerana Rahimi tahu Saiful merupakan penyokong kuat UMNO. Belum tiba masanya nak citer semua pengakuan Rahimi.

Cuma rumusan pada hari ini, Sharpshooter ingin menegaskan bahawa jika Rahimi mengatakan beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah adalah satu pembohongan yang besar.

Berita lanjut akan menyusul...
Laporan polis Rahimi

Sumber: Sharpshooter

Panas: Siapa Rahimi? Ikuti Pendedahan CheguBard!

Posted: 06 Oct 2010 06:00 AM PDT

Saya petik:
Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.

Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

...Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.

Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.

Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah.

Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam...- CheguBard

Lepas baca, kliklah sekali:



Dakwaan Rahimi: Mengapa Selepas Tiga Tahun?

Posted: 06 Oct 2010 05:00 AM PDT

Saya petik:
Mengapa mengadu tiga tahun kemudian?

[MK] Ketika dihubungi, peguam Anwar - N Sankara - menafikan dakwaan bahawa akuan bersumpah itu dibuat secara paksaan.
Pada awalnya, tegas beliau, Rahimi disenaraikan sebagai salah seorang saksi pembelaan Anwar dan dia (Rahimi) membuat akuan bersumpah itu secara sukarela.

Sankara menegaskan bahawa Rahimi tidak dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah itu, tetapi sebaliknya membuatnya secara sukarela.

Lagi pula, tegasnya, mengapa Rahimi menafikannya sekarang selepas kira-kira tiga tahun berlalu.

Menarik untuk difikirkan. Mengapa sekarang? Selepas tiga tahun berlalu, selepas pengumuman tarikh pilihan raya DUN Galas, ketika perbicaraan Drama Liwat 2 sedang dipentaskan...!

TGNA Menziarahi Mendiang Isteri Lee Kuan Yew

Posted: 06 Oct 2010 04:30 AM PDT


"Saya hadir untuk ucap takziah kepada keluarga Kuan Yew. Jangan bersedih sangat dan saya yakin mereka sabar terima ketentuan ini."

ISLAM ITU AMAN!

Berita lanjut di sini.


Pembetulan: Bukan Diliwat, Rahimi Lapor Polis Kerana Dipaksa Buat Akuan Bersumpah

Posted: 06 Oct 2010 02:28 AM PDT

Pembetulan! Saya petik:
[MK] Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan- oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi pembantu, Saiful Bukhari Azlan.
Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahii yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

Panas: Rahimi Osman Dakwa Diliwat Anwar Ibrahim?

Posted: 06 Oct 2010 01:20 AM PDT

Saya petik dari blog Edyes:

Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuat press conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini. Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant'Egidio.
Serangan demi serangan mereka lancarkan terhadap Anwar Ibrahim serta parti KEADILAN !

Inilah satu bukti bahawa Anwar Ibrahim tidak akan dilepaskan daripada meringkuk ke penjara Sg Buluh !!

Siap sedialah untuk bangkit menentang kebathilan !!!

Maklumat yang saya terima mengatakan, Rahimi Osman adalah ex staff pejabat DSAI yg jadi saksi pembelaan dalam kes fitnah 2. Rahimi ada buat akuan bersumpah tolak dakwaan Saiful juga dikaitkan Ezam dalam konspirasi fitnah 2.

Tengahari tadi Rahimi dah buat report polis dan sebentar lagi tepat pukul 4 petang, PC akan dilakukan.

Kesalahan Kertas PMR BM: Respons Ringkas terhadap Komen Ibni Khalid Jurait

Posted: 06 Oct 2010 12:45 AM PDT

Saya baca aduan ataupun komen Saudara Ibn Khalid Jurait di Malaysia Kini tentang kesalahan dalam Kertas PMR subjek BM. Saya petik kiriman yang berkaitan:

Saya ingin membuat pemakluman dan komen bahawa terdapat kepincangan dalam Kertas 1 ,Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah hari ini ( 5 Okt 2010).

1) Pertama, soalan nombor 20 yang berikut:

Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. (TIADA JAWAPAN yang tepat). Sepatutnya ada jawapan "Indah sungguh atau Sungguh indah".

A. Amat terindah
B. Sungguh amat indah
C. Amat sungguh terindah
D. Sungguh amat terindah

Jawapan A salah kerana imbuhan 'ter' adalah bersalahan. Jawapan B, C dan D itu tidak boleh diterima kerana 'kata sifat super' berulang-ulang. Perkataan 'amat' menunjukkan 'sifat bersangatan' (superlative) dan perkataan 'amat' juga menunjukkan 'sifat bersangatan' yang sama. (Namun , kalau ingin diterima ; boleh dirujuk jawapan "B").

2) Kedua, soalan nombor 23:

Semua jawapan adalah bersalahan dari segi etika penggunaan tata bahasa, khasnya dalam peperiksaan penting ini. Perkataan 'banyak orang' yang digunakan dalam semua jawapan adalah salah, yang mana sepatutnya di ganti dengan 'ramai orang'. ( Namun dari segi maksud ; sememangnya jawapan "'A"' paling hampir untuk memenuhi kehendak soalan).


3) Ketiga, soalan nombor 27:

Tidak ada jawapan.

i-Yang berkaca mata itu bijak berpantun dan bersyair
(ayat ini salah kerana penggunaan perkataan 'yang' di awal ayat).

ii-Buku-buku teks yang dibawanya itu penuh hingga satu beg.
(ayat ini membawa maksud buku teks itu yang penuh, bukan beg itu yang penuh).

iii- Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi.
(ayat ini sepatutnya: Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan oleh adik tengah hari tadi).

iv-Penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja mampu mnengelakkan kesesakan lalu lintas.
(ayat ini betul ).

Jawapan yang disediakan kepada calon peperiksaan :

A. I dan IV
B. II dan III
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja.

Komen:


Kalau pun ada jawapan, sepatutnya disediakan jawapan

- iii dan iv , ( seandainya jawapam {iii} ini ingin diterima oleh panel pemeriksa)
- iv sahaja ,

sedangkan pilihan jawapan ini tidak diberikan/disediakan.

Sekian, ini komen saya demi kebaikan semua. Secara peribadi saya amat menghargai jika pihak kementerian sudi menilai semula soalan-soalan tersebut demi keadilan kepada semua pelajar PMR yang mana mencengkam emosi mereka serta berlaku pembaziran masa ketika menjawabnya.

Sekian, terima kasih.

Komen pertama yang dikemukakan oleh pengadu ialah berkaitan dengan soalan nombor 20. Saya berpendapat jawapan yang sesuai ialah B Sungguh amat indah, bukannya tiada jawapan seperti pendapat pengadu. Bagi sesiapa yang mempunyai buku Tatabahasa Dewan, sila buka halaman 230-232. Pada halaman itu, ada diperincikan Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan. Sila rujuk 8.4.3 Darjah Penghabisan.

Bagi soalan 23, saya berpendapat penggubal soalan tidak melakukan kesilapan kerana kata "banyak" yang menjadi pelemik di sini betul penggunaannya. Kata "ramai" seperti dicadangkan oleh pengadu lebih sesuai untuk menggambarkan suasana. Berdasarkan Kamus Dewan, kata "banyak" bermaksud 1 bukan sedikit 2 bilangan, jumlah 3 sangat, sungguh. Manakala kata "ramai" bermaksud 1 riuh-rendah, hiruk-pikuk 2 sangat hebat, dashyat 3 sangat gembira, sangat meriah, riang gembira 4 aktif, giat, sibuk 5 banyak penghuninya 6 banyak. Saya hanya perturunkan maksud tanpa huraian lanjut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Berdasarkan maksud, kata "banyak" lebih sesuai digunakan untuk menunjukkan bilangan atau jumlah orang dalam ayat yang dimaksudkan. Namun tidaklah salah menggunakan kata "ramai" untuk menunjukkan bilangan atau jumlah.

Untuk soalan 27, saya berpendapat jawapan yang betul ialah C I, III, dan IV, bukannya tiada jawapan seperti yang ditegaskan oleh pengadu. Hal ini demikian kerana kata "yang" boleh digunakan di awal ayat. Kata "yang" di sini berdiri sebagai  subjek ayat. Tanpa kata "yang" ayat itu akan menjadi salah dari segi hukum tatabahasanya. Manakala ayat "Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi." tiada kesalahan tatabahasa walaupun tanpa kata "oleh".

Ringkasnya, tiada kesalahan yang wujud pada kertas soalan PMR BM 2010. Jika ada pertikaian pun mungkin hanya pada soalan 20. Pandangan saya mungkin silap, namun saya yakin penggubalan soalan peperiksaan awam telah dikaji dan disemak dengan teliti oleh pakar bahasa. Biarpun begitu, lebih afdal, jika pihak kementerian atau pakar bahasa yang arif mengulas lanjut tentang hal ini.

Tarikh PRK Galas & Imbasan PRK yang Lalu

Posted: 05 Oct 2010 10:59 PM PDT


Mengapa tarikh yang dipilih ialah hari bekerja? Adakah kerana UMCO tidak yakin dapat merampas kerusi DUN ini semula? Jika di Hulu Selangor dan beberapa tempat lain SPR boleh menetapkan pengundian dijalankan pada hari cuti, mengapa tidak di Galas? Adakah Ku Li menolak pelantikan sebagai Pengarah PRK di Galas atau UMCO sengaja mahu mengena Ku Li? Inilah sebahagian daripada persoalan yang muncul dalam fikiran saya. Tetapi saya tidak mahu mengulas apa-apa.

Saya petik:

[TMI] PUTRAJAYA, 6 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan diadakan pada 4 November ini.


Penamaan calon pula dijadualkan pada 26 Oktober.

Tarikh-tarikh pilihan raya kecil ke-12 ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar di sini sebentar tadi.

"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 28 September berhubung kekosongan kerusi DUN Galas berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Che Hashim Sulaima pada 27 September lalu.

"Kita telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya hari ini dan menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan itu.

"Dengan ini saya mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Galas akan diadakan pada 26 Oktober (Selasa) dan tarikh pengundian pula pada 4 November (Khamis)," katanya ketika sidang media di pejabat SPR....- Syed Mu'az Syed Putra

Imbasan PRK Selepas PRU 12:


PANAS: Blogger Pencacai Tuduh Azmin Jual Isteri Beli Ferrari

Posted: 05 Oct 2010 07:05 PM PDT

Sejak Azmin mengeluarkan kenyataan yang membayangkan "Tun M tersungkur", blogger UMCO menyerang Azmin. Biasalah, blogger Pakatan pun akan berbuat demikian jika tokoh mereka dihina.

Tatkala blogger UMCO mempersoal tentang adab susila (wah, blogger UMCO bercakap tentang adab susila) dan dalam masa yang sama menghentam Azmin, saya terbaca suatu kiriman yang turut menghentam Azmin. Bezanya, hentaman si pencacai ini melampau sangat. Terlalu biadap! Katanya "Hasil menjual Shamsidar, Azmin dapat Ferrari". Selebihnya, sila baca kirimannya yang saya petik dan salin sepenuhnya di bawah ini:

Penat jerih Azmin menjaga dan mencari rejeki untuk sekeluarga jelas dapat dilihat..
Sebijik Ferari merah berharga 1.8 Juta dibelikan untuk keluarga azmin hasil penat Shamsidar menahan sakit ditutuh anwar depan belakang siang dan malam...

WOW!!!Jual bini dapat ferari..hebat la hang azmin..
tak nak buat MLM ke..???
"De Shamsidar" kepuasan pasti teserlah....

hebat azmin nie..
jual bini dapat ferari...
tak semua boleh buat..
ntah apa anwar mandrem ko min..
heheheh

"bertahun sudah ku menjual dirimu..(shamsidar)
namun kau tetap jadi milik ku..."(ferari/shamsidar)- Sumber di sini.

Lelaki 7 Anak Mahu Bakar Isteri Kedua

Posted: 05 Oct 2010 06:06 PM PDT

Hal seumpama ini dapat dielakkan jika lelaki ini bersikap jujur, tolak ansur, sabar, dan penyayang. Jangan jadi dayus! Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Rahsia perkahwinan pertama yang terbongkar dan perebutan anak menyebabkan seorang lelaki berusia lewat 30-an bertindak di luar kawalan apabila menyimbah petrol serta mengugut mahu membakar isteri keduanya hidup-hidup, kelmarin.

Difahamkan, suspek mendirikan rumah tangga dengan wanita itu sejak dua tahun lalu, namun sepanjang setahun pertama perkahwinan mereka, mangsa yang berusia 26 tahun tidak tahu suaminya sudah mempunyai isteri serta enam anak.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila perkahwinan mereka memasuki tahun kedua selepas wanita itu mengetahui dia isteri kedua.

Menurut sumber, sejak rahsia itu terbongkar pasangan terbabit sering bertengkar dan suspek sering memukul wanita itu menyebabkan dia membawa anak tunggalnya berusia setahun keluar dari rumah serta tinggal di rumah kakaknya di Cheras, di sini.

"Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, suspek pergi ke rumah kakak iparnya dan meminta mangsa menyerahkan semula anak mereka.

"Akibatnya, berlaku lagi pertengkaran. Kali ini suspek seperti hilang kawalan mengugut membakar semua barang di rumah itu dan mangsa ditampar beberapa kali," katanya.

Menurutnya, apabila kakak mangsa dan ahli keluarganya campur tangan bagi mengelakkan mangsa terus dikasari, suspek semakin berang, lantas mengugut untuk membakar isteri keduanya itu.

"Suspek pergi ke kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah kakak mangsa sebelum berpatah balik dengan memegang sebuah botol. Suspek menyimbah cecair dipercayai petrol ke arah mangsa sambil berteriak mahu membakar isterinya hidup-hidup," katanya.

Sumber itu berkata, keadaan tegang itu bagaimanapun berjaya ditenangkan ahli keluarga mangsa selepas mengancam hendak menghubungi polis jika suspek berkeras untuk meneruskan niatnya.

Menurutnya, suspek meninggalkan kawasan itu, namun mengugut tidak akan membiarkan isteri keduanya itu hidup tenang.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields semalam, sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut....- Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

[Video] Tentera Pengganas Israel Menghina Gadis Palestine

Posted: 05 Oct 2010 05:11 PM PDT


CELAKA & LANAHAT ISRAEL!

Saya petik:
[Kosmo] BAITULMUQADDIS - Satu rakaman video yang menunjukkan seorang askar menari di sekeliling seorang tahanan wanita yang ditutup matanya telah mencetuskan kemarahan masyarakat Palestin semalam.

Klip itu mendapat perhatian selepas ditayangkan di sebuah televisyen swasta Israel, Channel 10 lewat malam kelmarin.

Ia menunjukkan seorang askar menari mengikut irama sebuah lagu Arab di sekeliling tahanan wanita tersebut.
Imej itu boleh dilihat menerusi laman YouTube.

Mangsa yang memakai tudung itu menghadap ke arah dinding dan matanya ditutup dengan menggunakan kain putih.

Wanita itu dilihat mengungkapkan perkataan Alllahuakbar berulang kali.

Berdurasi hanya lebih seminit, video tersebut pantas dikecam oleh pihak berkuasa Palestin sebagai sangat menghina maruah wanita.

"Ini adalah gambaran jijik tentang mentaliti sakit penceroboh. Ini bukan insiden terpencil," tegas satu kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad.

Sebagai maklum balas, tentera Israel mengutuk klip itu dan menyatakan polis tentera telah membuka satu siasatan atas insiden yang disifatkannya sebagai terpencil. -AFP

Videonya:

Tiada ulasan: