Rabu, 13 Oktober 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Bergambar] 16 Dis Sebutan Semula Kes Sosilawati

Posted: 13 Oct 2010 01:05 AM PDT

Banting: Seorang peguam, N Pathmababhan dan tiga yang lain didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38.

Tiada pengakuan di rekodkan, sebaliknya keempat-empat mereka mengangguk menyatakan mereka faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Pertuduhan terhadap Pathmanabhan, 41, dibacakan dalam bahasa Melayu manakala pertuduhan terhadap tiga yang lain dibacakan dalam bahasa Tamil.


Tiga lagi tertuduh, yang dipercayai pekerja tertuduh pertama, ialah T Thilaiyalagan, 19 tahun, R Matan, 20 tahun, dan R Kathavarayan, 30 tahun.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan, membunuh Sosilawati dan tiga mangsa lain antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot no. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes itu bagi mengemukakan laporan kimia.

Terdahulu, tertuduh dibawa masuk ke mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi dan mereka dibawa masuk ke kamar Mahkamah Majistret pada jam 8.59 pagi.

Keadaan di perkarangan Mahkamah Majistret Telok Datok juga menjadi tumpuan penduduk setempat dan petugas media yang sudah menunggu sejak sebelum jam 7 pagi.

Perkarangan mahkamah itu juga dikawal ketat oleh anggota polis. -BH





Istana Kelantan Tarik Balik Gelaran "Datuk" Daripada Ibrahim Ali dan Wan Hashim

Posted: 12 Oct 2010 11:55 PM PDT

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

"Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka," katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

"Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka. -mk

Ulasan GB

Wan hashim Wan Daud ialah orang yang pernah mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan dan telah disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu menipu dengan cara menyamar, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ramalan GB di SINI ada kaitan.

Rais Buat Laporan Polis Terhadap Penulis Blog

Posted: 12 Oct 2010 10:45 PM PDT

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam membuat laporan polis terhadap penulis blog, Rocky's Bru kerana membuat tuduhan palsu terhadap anak lelakinya seperti yang disiarkan dalam blog berkenaan.

Blog tersebut mendakwa anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Difahamkan, Rais turut membuat laporan sama terhadap blog Taikors and Taikuns (TnT) dan Bigdogdotcom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Siasatan akan dilanjutkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika dihubungi semalam. -Kosmo


Rais Yatim lodges police report against this blog

Wassup, Minister? The Information, Communication and Culture Minister Rais Yatim this morning lodged a police report against me for my posting Who gets Santa Rais' RM1 billion handout?

I'm not really certain what inspired Rais to go to the police. As far as I remember, no Cabinet minister has lodged a report against a blogger.

The Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC ) has summoned me to its office in Cyberjaya to assist them with an investigation they have been ordered yesterday to conduct into my blog. I've agreed to meet them at noon tomorrow (Wednesday).

The cops have not contacted me but they will have to. I guess it's back to Bukit Aman's cyber unit for me, again. -rocky's bru

Menteri KDN Perlu Disiasat Kerana Enggan Menyiasat Dakwaan Musa Hassan

Posted: 12 Oct 2010 09:15 PM PDT

KDN tak cadang siasat dakwaan campur tangan dalam urusan PDRM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang untuk membuat siasatan ke atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan polis.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementerian juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan ke atas dakwaan berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu hasil siasatan dakwaan bekas Ketua Polis Negara itu, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 6 September lalu, Musa melahirkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

Kementerian berkenaan kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan. - Bernama

IMBASAN

IGP kecewa KDN campur tangan urusan polis
Sep 7, 10 9:00am

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.

"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pahit dan manis sepanjang 41 tahun bersama pasukan PDRM itu.

Katanya jika ada arahan dari pihak yang salah, masalah lapuk (campur tangan) ini akan terus menerus berlaku selain menegaskan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau.

Selain itu beliau turut kecewa ada sesetengah anggota dan pegawai PDRM yang tidak bersama-sama menanamkan sifat integrasi dalam diri mereka ketika anggota lain berbuat sedemikian.

"Bila saya cuba hendak tingkatkan integrasi, ada sebilangan yang cuba rosakkan seperti terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa serta merosakkan imej PDRM," katanya.

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini.

Ketika ditanya mengenai bagaimana perasaannya apabila diumumkan beliau tidak akan disambung kontrak tempoh hari, Musa berkata perkara terbabit tidak diketahuinya sehinggalah pengumuman dibuat.

"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya yang menyambut baik pengumuman itu selain berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya sepanjang perkhidmatannya.

Ketika ditanya mengenai nasihatnya kepada orang awam, beliau berkata masyarakat perlu mempunyai 'first class mentality' dengan tidak bertindak sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga melanggar undang-undang.

Menurutnya masyarakat juga perlu menghormati anggota polis yang bertugas sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjaga keselamatan negara.

"Bila kes kematian penjenayah akibat tindakan polis, sesetengah masyarakat pandang serong.

"Bagaimana dengan kematian anggota polis ketika bertugas? Jangan layan kami seperti penjenayah kerana kami juga sebahagian dari masyarakat dan kami menjaga keselamatan kamu," katanya.

Dalam pada itu, Musa berharap agar penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, dapat meneruskan pelan strategik lima tahun PDRM dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat dan anggota mereka sendiri.

"Pelan Strategi Lima Tahun PDRM tidak boleh dihentikan kerana ada pelan untuk penstrukturan semula polis untuk fokus pada tugas penting terutamanya membanteras jenayah.

"Sebab itu kita wujudkan jabatan baru seperti 'terrorism and research'. Ini adalah penting supaya kita boleh bertindak dengan cepat dalam sesuatu kes," katanya.

Menurut beliau ketika ini pelan terbabit baru mencapai tahap 48 peratus dan diharap pelan ini akan diteruskan yang antara lain meningkatkan kualiti penyiasatan, menambah anggota dan memperbanyakkan balai polis.

Ketika ditanya apa yang ingin dilakukannya selepas bersara, Musa berkata kini adalah masa yang paling sesuai baginya untuk berehat panjang memandangkan jarang mengambil cuti selain ingin menjadi rakyat yang baik.

"Ya, jika ada kesempatan saya ingin melawat rakan-rakan saya di mana-mana balai atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

"Selain itu mengajar cucu saya untuk menjadi rakyat yang lebih baik," katanya. - Bernama


Ulasan GB

Menteri berkenaan patut disiasat, mengapa beliau tidak mahu menyiasat dakwaan KDN telah campur tangan dalam urusan PDRM.

Mudah-mudah untuk beliau memberikan jawapan sedemikian di Parlimen.

Laporan SPRM perlu dilakukan tentang hal ini berdasarkan bukti kenyataan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tersebut.

Kes Bunuh Sosilawati: 4 Orang Termasuk Peguam Didakwa Hari Ini

Posted: 12 Oct 2010 08:04 PM PDT

Empat Orang Termasuk Peguam Didakwa Atas Pertuduhan Membunuh Sosilawati

BANTING, 13 Okt - Empat orang termasuk seorang peguam didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini Rabu atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Dis ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van manakala seorang lagi suspek yang juga peguam dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.

Beberapa minit kemudian pasukan pendakwaan yang terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah. -- BERNAMA


Kes Sosilawati: Empat suspek termasuk seorang peguam didakwa

Selepas genap sebulan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain disahkan mati dibunuh dengan kejam dan penuh tragis di Ladang Gadong di sini, empat suspek hari ini menghadapi tuduhan membunuh mereka.

Empat suspek itu termasuklah seorang peguam adik-beradik — N. Pathmanabhan, 41, yang ditahan untuk siasatan awal bulan lalu.

Keempat-empat mereka didakwa di Mahkamah Majistret Banting di sini sebentar tadi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiga tertuduh lain ialah T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavarayan, 30
.

Ketiga-tiga mereka ini dipercayai pekerja kepada peguam berkenaan.

Kesemua mereka mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pertuduhan terhadap Pathmanabhan, dibacakan dalam bahasa Melayu manakala pertuduhan terhadap tiga yang lain dibacakan dalam bahasa Tamil.

Kesemua mereka didakwa membunuh Datuk Sosilawati dan 3 yang lain di antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos lalu.

Ketiga-tiga pekerja itu adalah rakyat tempatan.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van manakala seorang lagi suspek yang juga peguam dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.

Beberapa minit kemudian pasukan pendakwaan yang terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah.

Terdahulu, peguam kepada peguam adik-beradik itu Ravi Nekoo berkata, mereka didakwa 9 pagi ini di Mahkamah Majistret di sini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh dua peguam adik-beradik dan seorang suspek terhadap perintah lanjutan tahanan reman mereka yang diperoleh polis berhubung kes ini.

Sosilawati (gambar) bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah.

Pada 6 September, dua kereta iaitu BMW M5 dipercayai milik Sosilawati, ditemui di parkir kenderaan Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5 series milik Ahmad Kamil pula dijumpai berhadapan sebuah rumah teres yang terletak berhampiran sebuah hotel di sini.

Misteri kehilangan keempat-empat individu terbabit terungkai pada 12 September apabila pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu sidang akhbar, mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.

Mohd Bakri berkata ekoran perkembangan terbaru itu, seorang peguam bergelar "Datuk", adik lelakinya, dua wanita bersama empat yang lain, termasuk pekerja ladang itu, ditahan

Beliau berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati, dan mayat mereka dibakar.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kemudian ditahan reman selama tujuh hari di Balai Polis Bukit Jalil, dengan tangkapan pertama ke atas peguam dan adik lelakinya pada 9 September, lima individu lagi pada 10 Sept dan seorang lelaki pada 12 September lepas.

Penahanan reman kesemua suspek itu ternyata memberi ruang kepada pasukan forensik melakukan siasatan secara terperinci, termasuk mencari bukti yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi tersebut.

Antara bahan bukti yang ditemui di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut dan beberapa lokasi lain adalah tulang-temulang, gelang emas, jam tangan, zink dan rambut, dipercayai milik mangsa.

Pejabat guaman milik Datuk berkenaan turut digeledah bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan yang membawa kepada pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata suspek utama siasatan kes pembunuhan itu turut dikaitkan dengan beberapa kes orang hilang, pembunuhan dan jenayah komersial di daerah Kuala Langat.

Beliau berkata suspek utama itu yang turut disiasat berhubung kes kehilangan ahli perniagaan dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja yang tiba di negara ini pada 18 Januari lepas.

Khalid berkata peguam tersebut juga disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas.

Akhbar melaporkan bahawa wanita itu T.Selvi, 44, isteri seorang pemilik bengkel kenderaaan, dipercayai dibunuh ekoran perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.

Beliau berkata polis menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu, antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak 2005, yang melibatkan kerugian sebanyak RM7.1 juta.

Kertas siasatan berhubung kes itu kemudian dihantar kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 21 September lepas, namun dipulangkan kepada polis sehari selepas itu, untuk dilengkapkan termasuk menyertakan laporan DNA.

Penahanan reman ke atas semua suspek pula dilanjutkan beberapa kali bagi membantu siasatan berhubung laporan kes kehilangan beberapa individu lain di sekitar daerah itu, yang dikaitkan dengan peguam bergelar Datuk.

Suspek itu turut disiasat bagi kes kehilangan kontraktor dari Sungai Petani, Kedah iaitu Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya.

"Empat orang didakwa, dan seorang daripada mereka adalah peguam," kata beliau ketika dihubungi pagi ini.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Banting sekitar 8 pagi tadi.

Malah, difahamkan kes itu jika disebut hari ini akan dibuat permohonan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.


Ladang Rakyat Dirampas? UMNO Ketandusan Isu Di Galas

Posted: 12 Oct 2010 07:30 PM PDT

Kelantan nafi rampas tanah bangunkan ladang rakyat

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini menafikan dakwaan ia merampas tanah rakyat bagi memajukan Program Pembangunan Ladang Rakyat, termasuk di Gua Musang.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, berkata sebaliknya ada antara tanah yang dimajukan untuk program itu adalah tanah kerajaan yang diduduki peneroka secara haram dan tidak sah.

Beliau berkata, tanah yang dibangunkan menerusi program itu terutama di Gua Musang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit di tanah milik kerajaan negeri.

"Mungkin ada antara rakyat yang terbabit dengan pembukaan tanah bagi melaksanakan program itu tinggal di situ secara haram dan tidak sah yang terpaksa akur berpindah dari situ lalu mendakwa kerajaan rampas tanah mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini hari ini.

Ahmad yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat berkata, peserta Ladang Rakyat diberi dividen RM200 sebulan hasil keuntungan melalui program itu sejak berpuluh tahun lalu. - BERNAMA

Mayat Wanita Ditemui Tanpa Seurat Benang

Posted: 12 Oct 2010 07:00 PM PDT

Mayat seorang wanita ditemui dipercayai mati akibat lemas ditemui terdampar dalam keadaan bogel di tebing pantai berhampiran gelanggang squash dekat Tembeling Resort di sini, petang semalam.

Mayat wanita tanpa identiti berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemui kira-kira jam 5.15 petang oleh sepasang suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an yang datang ke kawasan itu untuk mencari cacing umpan memancing.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha berkata, identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan pihaknya meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga, menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan

Menurutnya, mayat mangsa berbadan agak gempal yang ditemui tanpa sebarang pengenalan diri itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

"Berdasarkan laporan bedah siasat yang dikeluarkan, mangsa disahkan mati akibat lemas dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah memandangkan tiada kesan kecederaan ditemui pada bahagian tubuh mayat itu.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati mangsa tidak mengalami serangan seksual atau dirogol dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Zulkifli berkata, mangsa dipercayai mati dalam tempoh antara lima atau enam jam sebelum mayatnya ditemui terdampar di atas pasir pantai selepas air laut surut.

"Kita juga tidak menemui sebarang pakaian atau barang-barang milik mangsa di kawasan terbabit. Ada kemungkinan mangsa lemas di tempat lain sebelum mayatnya terdampar di situ akibat di bawah arus," katanya.

Beliau berkata, usaha mengenal pasti identiti mayat wanita itu masih dijalankan termasuk membuat semakan cap jari.

"Kita juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kes orang hilang sehingga hari ini (semalam)," katanya. -SH

Suspek Kes Sosilawati DIjangka Didakwa Pagi Ini

Posted: 12 Oct 2010 06:15 PM PDT

Suspek bunuh Sosilawati dijangka didakwa pagi ini

BANTING: Dua peguam adik beradik dan dua suspek lain yang ditahan bagi siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Beberapa akhbar melaporkan, peguam bagi dua beradik yang juga suspek utama kes berkenaan mengesahkan anak guamnya itu akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Pasukan peguam yang mewakili suspek berkenaan berkata, mereka juga akan membuat permohonan kepada mahkamah pagi ini agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sementara itu, kira-kira jam 8.30 pagi ini, dua peguam kepada suspek, Amer Hamzah Arshad dan Ravi Nekoo dilihat tiba di Mahkamah Majistret Telok Datuk, di sini.

Bagaimanapun, pasukan peguam itu tidak pasti kedua-dua anak guamnya akan didakwa mengikut seksyen mana. -BH


Kes Sosilawati: Empat suspek termasuk seorang peguam didakwa hari ini

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Selepas genap sebulan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain disahkan mati dibunuh dengan kejam dan penuh tragis di Ladang Gadong, Banting, empat suspek kes akan didakwa hari ini.

Empat suspek itu termasuklah seorang peguam adik-beradik yang ditahan untuk siasatan.

Peguam kepada peguam adik- beradik itu Ravi Nekoo berkata mereka didakwa 9 pagi ini di Mahkamah Majistret Banting.

"Empat orang didakwa, dan seorang daripada mereka adalah peguam," kata beliau ketika dihubungi pagi ini.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Banting sekitar 8 pagi tadi.

Malah, difahamkan kes itu jika disebut hari ini akan dibuat permohonan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh dua peguam adik-beradik dan seorang suspek terhadap perintah lanjutan tahanan reman mereka yang diperoleh polis berhubung kes ini.

Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah.

Pada 6 September, dua kereta iaitu BMW M5 dipercayai milik Sosilawati, ditemui di parkir kenderaan Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5 series milik Ahmad Kamil pula dijumpai berhadapan sebuah rumah teres yang terletak berhampiran sebuah hotel di sini.

Misteri kehilangan keempat-empat individu terbabit terungkai pada 12 September apabila pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu sidang akhbar, mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.

Mohd Bakri berkata ekoran perkembangan terbaru itu, seorang peguam bergelar "Datuk", adik lelakinya, dua wanita bersama empat yang lain, termasuk pekerja ladang itu, ditahan

Beliau berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati, dan mayat mereka dibakar.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kemudian ditahan reman selama tujuh hari di Balai Polis Bukit Jalil, dengan tangkapan pertama ke atas peguam dan adik lelakinya pada 9 September, lima individu lagi pada 10 Sept dan seorang lelaki pada 12 September lepas.

Penahanan reman kesemua suspek itu ternyata memberi ruang kepada pasukan forensik melakukan siasatan secara terperinci, termasuk mencari bukti yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi tersebut.

Antara bahan bukti yang ditemui di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut dan beberapa lokasi lain adalah tulang-temulang, gelang emas, jam tangan, zink dan rambut, dipercayai milik mangsa.

Pejabat guaman milik Datuk berkenaan turut digeledah bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan yang membawa kepada pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata suspek utama siasatan kes pembunuhan itu turut dikaitkan dengan beberapa kes orang hilang, pembunuhan dan jenayah komersial di daerah Kuala Langat.

Beliau berkata suspek utama itu yang turut disiasat berhubung kes kehilangan ahli perniagaan dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja yang tiba di negara ini pada 18 Januari lepas.

Khalid berkata peguam tersebut juga disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas.

Akhbar melaporkan bahawa wanita itu T.Selvi, 44, isteri seorang pemilik bengkel kenderaaan, dipercayai dibunuh ekoran perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.

Beliau berkata polis menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu, antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak 2005, yang melibatkan kerugian sebanyak RM7.1 juta.

Kertas siasatan berhubung kes itu kemudian dihantar kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 21 September lepas, namun dipulangkan kepada polis sehari selepas itu, untuk dilengkapkan termasuk menyertakan laporan DNA.

Penahanan reman ke atas semua suspek pula dilanjutkan beberapa kali bagi membantu siasatan berhubung laporan kes kehilangan beberapa individu lain di sekitar daerah itu, yang dikaitkan dengan peguam bergelar Datuk.

Suspek itu turut disiasat bagi kes kehilangan kontraktor dari Sungai Petani, Kedah iaitu Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya. -TMI




Ular Menyusur Akar Takkan Hilang Bisanya....

Posted: 12 Oct 2010 05:45 PM PDT

Demikian perumpamaannya. Perhatikan....


Berpakaian macam rakyat biasa.. sehingga tak dapat dikenali bahawa beliau Sultan Mohamad Ke V, Tengku Mohammad Faris Petra





Isk, siapa sepatutnya di depan... Tuan Guru Menteri Besar sendiri gamam apabila Tuanku Faris memberikan laluan kepadanya supaya berada bersama Baginda di hadapan



Membawa kenderaan sendiri... tanpa pemandu, tanpa pengawal..



Bersama rakyat jelata tak kira siapa


... dan berita terkini dikhabarkan Tuanku Sultan akan berangkat menunaikan haji bersama TG Menteri Besar Kelantan awal bulan depan.

Pergilah ... rakyat senang hati dengan tuanku dan tuan guru, dan rakyat akan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejarahteraan kedua-dua insan mulia yang tak tahu erti apa itu darjat dan kedudukan...

Genap Sebulan Sosilawati Dan 3 Lagi Dibunuh

Posted: 12 Oct 2010 03:30 PM PDT

Genap Sebulan Sosilawati Dan Tiga Lagi Disahkan Dibunuh Dengan Kejam

KUALA LUMPUR: Hari ini (Selasa) genap sebulan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, serta tiga yang lain disahkan mati dibunuh dengan kejam dan penuh tragis di Ladang Gadong, Banting.

Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah.

Pada 6 Sept, dua kereta iaitu BMW M5 dipercayai milik Sosilawati, ditemui di parkir kenderaan Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5 series milik Ahmad Kamil pula dijumpai berhadapan sebuah rumah teres yang terletak berhampiran sebuah hotel di sini.

Misteri kehilangan keempat-empat individu terbabit terungkai pada 12 Sept apabila pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu sidang akhbar, mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.

Mohd Bakri berkata ekoran perkembangan terbaru itu, seorang peguam bergelar 'Datuk', adik lelakinya, dua wanita bersama empat yang lain, termasuk pekerja ladang itu, ditahan.

Beliau berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati, dan mayat mereka dibakar.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kemudian ditahan reman selama tujuh hari di Balai Polis Bukit Jalil, dengan tangkapan pertama ke atas peguam dan adik lelakinya pada 9 Sept, lima individu lagi pada 10 Sept dan seorang lelaki pada 12 Sept lepas.

Penahanan reman kesemua suspek itu ternyata memberi ruang kepada pasukan forensik melakukan siasatan secara terperinci, termasuk mencari bukti yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi tersebut.

Antara bahan bukti yang ditemui di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut dan beberapa lokasi lain adalah tulang-temulang, gelang emas, jam tangan, zink dan rambut, dipercayai milik mangsa.

Pejabat guaman milik Datuk berkenaan turut digeledah bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan yang membawa kepada pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata suspek utama siasatan kes pembunuhan itu turut dikaitkan dengan beberapa kes orang hilang, pembunuhan dan jenayah komersial di daerah Kuala Langat.

Beliau berkata suspek utama itu yang turut disiasat berhubung kes kehilangan ahli perniagaan dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja yang tiba di negara ini pada 18 Jan lepas.

Khalid berkata peguam tersebut juga disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas.

Akhbar melaporkan bahawa wanita itu T.Selvi, 44, isteri seorang pemilik bengkel kenderaaan, dipercayai dibunuh ekoran perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.

Beliau berkata polis menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu, antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak 2005, yang melibatkan kerugian sebanyak RM7.1 juta.

Kertas siasatan berhubung kes itu kemudian dihantar kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 21 Sept lepas, namun dipulangkan kepada polis sehari selepas itu, untuk dilengkapkan termasuk menyertakan laporan DNA.

Penahanan reman ke atas semua suspek pula dilanjutkan beberapa kali bagi membantu siasatan berhubung laporan kes kehilangan beberapa individu lain di sekitar daerah itu, yang dikaitkan dengan peguam bergelar Datuk.

Suspek itu turut disiasat bagi kes kehilangan kontraktor dari Sungai Petani, Kedah iaitu Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya. - BERNAMA

ADUN Kuala Nerang Pertahan Sokong MB Kedah

Posted: 12 Oct 2010 09:02 AM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil memberi penjelasan kepada pimpinan UMNO negeri berhubung kenyataannya menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu air yang mencetuskan kontroversi sejak minggu lalu.

Syed Sobri yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap berkata, beliau juga bersedia untuk menjawab mengenai tindakannya mengkritik Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim yang mendesak Azizan meletak jawatan jika isu itu terus berlarutan.

"Kenyataan saya mengenai sokongan kepada Menteri Besar hanya berhubung isu laporan kepada SPRM, bukannya menyentuh mana-mana parti politik atau untuk kepentingan peribadi.

"Saya bercakap demi kepentingan rakyat dan saya bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan penjelasan kepada Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal jika dikehendaki berbuat demikian," katanya.

Syed Sobri berkata, beliau akan tetap mempertahankan kenyataan itu yang dianggap tidak melanggar disiplin parti.

"Saya sedia dihukum jika didapati bersalah namun saya akan tetap mempertahankan kenyataan yang saya buat demi kepentingan rakyat," katanya.

Sementara itu, kata Syed Sobri, isu kenaikan tarif air perlu dilihat secara positif sebagai kempen agar rakyat lebih sedar akan kepentingan air dan menggunakannya dengan bijak.

"Kita belum lagi terima bil untuk bulan ini bagi melihat sejauh mana kesannya, bagaimanapun saya akan membuat semakan Januari depan bagi menilai kualiti perkhidmatan air yang disalurkan Syarikat Air Darul Aman (Sada) kepada rakyat selepas kenaikan tarif air.

"Jika masih ada kawasan yang terputus bekalan air atau menerima air yang tidak bersih, keputusan Sada menaikkan tarif air wajar dipertikaikan," katanya.

Syed Sobri berkata, Sada wajar diberikan peluang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan seiring dengan kenaikan tarif air.

Ditanya mengenai maklum balas yang diterima selepas beliau membuat kenyataan menyokong Azizan, Syed Sobri berkata, ramai juga yang menyokong kenyataannya itu termasuk pemimpin UMNO.

"Yang marah, mungkin mereka tak baca kenyataan saya itu dengan teliti sehingga habis. Kalau faham, mereka takkan marah," katanya. -SH

Hanya Negara Afrika Turut Serta Sidang Wanita Pertama?

Posted: 12 Oct 2010 07:45 AM PDT

Kenapa hanya 14 wanita pertama sertai sidang?

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.

Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.

"Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.

Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu.

Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.

Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.

Jangan Biarkan Lebih Ramai Terkorban

Posted: 12 Oct 2010 06:30 AM PDT

Usah biar lebih ramai terkorban Oleh Ratinawati Rasidi(BH)



SUDAH terhantuk baru terngadah, pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tahap kesedaran pengguna jalan raya di negara ini. Menurut kajian, 60 hingga 70 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pemandu. Selebihnya, membabitkan masalah kenderaan dan persekitaran jalan raya.

Adakah perlu untuk kita melihat lebih ramai lagi terkorban dek kelewatan melaksanakan apa juga bentuk peraturan dan polisi. Kerajaan berusaha sedaya mungkin memperkenalkan peraturan mahupun jalan penyelesaian, tetapi adakah ia memadai? Sejauh manakah semua peraturan itu benar-benar difahami dan diamalkan. Adakah perlu kita gunakan alat perakam maklumat seperti kotak hitam atau menguatkuasakan penggunaan had kelajuan kenderaan untuk memantau sikap pemandu.

Tidakkah semua ini dilihat umpama memantau kanak-kanak yang belum mampu mengerti apa itu bahaya, mahupun kematian. Berapa banyak lagi akta atau peraturan yang perlu kita perkenalkan semata-mata memantau pelakuan pemandu atau pihak berwajib bersikap acuh tak acuh dalam menguatkuasakan undang-undang.

Baru kelmarin kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri meragut 12 nyawa dan mencederakan 40 penumpang bas, kereta, van dan seorang penunggang motosikal.

Ops sikap ke-22 lalu mencatatkan 16,817 kemalangan berlaku dan angka ini sudah cukup membuktikan betapa pengguna jalan raya kurang mengambil iktibar daripada setiap kemalangan yang berlaku. Benar ia dilaporkan menurun 9.5 peratus, berbanding Ops Sikap ke-21 tetapi kemalangan ngeri tetap berlaku dan ia sebenarnya mampu dikurangkan jika semua pihak bekerjasama.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata tidak ada sesiapa yang mahukan kemalangan berlaku tetapi tragedi tetap berlaku atas sebab dan alasan tersendiri. Apa yang pasti, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sedang menyiasat secara terperinci kemalangan itu.

"Di negara ini, apabila sudah berlaku kemalangan, baru orang sibuk memperkatakan siapa yang bersalah, ngerinya kemalangan dan punca kemalangan. Sebaliknya, kita gagal mengambil iktibar. Kita tidak pernah mengharapkan semua ini berlaku dan kita tidak mahu pun ia berlaku. Apa yang penting, sudah tiba masanya pengguna bekerjasama dengan kerajaan. Kerajaan tidak mampu bertepuk sebelah tangan dan jangan hanya memandang ia sebagai tragedi," katanya.

Prof Dr Ahmad yakin sudah tiba masanya semua pengusaha bas mempraktikkan secara keseluruhan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE) bagi mengurangkan kemalangan terutama bas ekspres. Kod amalan itu, mencakupi komitmen pengurusan tertinggi syarikat terhadap keselamatan, pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan risiko dan perjalanan dan pengurusan dokumen pengurusan kenderaan.

SHE tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994). Kod ini diperkenalkan pada 2007 dan Kabinet memutuskan untuk mewajibkan semua pengusaha kenderaan melaksanakan Kod Amalan SHE.

Mengulas penggunaan Alat Sistem Kedudukan Global (GPS), Prof Dr Ahmad berkata, penggunaan 'technology in a vacuum' bukanlah sesuatu yang digalakkan kerana Kod Amalan SHE dilihat lebih sesuai berbanding kebergantungan terhadap alat elektronik.

Walaupun diperkenalkan tiga tahun lalu, masih ramai pengusaha bas tidak memahami kod amalan SHE, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai salah satu syarat wajib lesen. Perkara ini pernah didedahkan Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

"Apabila kita ambil keputusan jadikan SHE syarat lesen, rupanya hampir semua syarikat tak faham apa itu jawatankuasa dan polisi SHE, inikan pula nak tubuhkan audit dalaman... mereka tak faham apa patut dibuat. Oleh kerana mereka tidak faham, kita tak dapat kuatkuasakan SHE.

"Jadi, sekarang kita nak beri kefahaman kepada mereka dulu. Justeru, selepas kita selesai memberi penerangan kepada mereka mengenai SHE, kita akan beri mereka tempoh tiga bulan untuk bangunkan ketiga-tiga elemen ini dan kemudian baru boleh kenakan tindakan penguatkuasaan," katanya.

Berikut ialah senarai nama mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin:

R Ramachandra, 52 – pemandu bas Ekspres Delima (Alamat: Batu 3 Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka)
Muhammad Farizuddin Talib, 19 – penumpang bas (Balai Panjang, Malim, Melaka)
Azizi Ajis, 20, – penumpang bas (Kampung Japis, Nyalas, Melaka)
Norazmi Abdul Karim, 24 – penumpang bas (Kampung Pondok Kempas, Selandar, Melaka)
Sharene Sofia Fadzry Tan, 18 – penumpang bas (Taman Semabok, Melaka)
Nur Shafika Baba, 19 – penumpang bas (Jalan Pokok Mangga, Melaka)
Ng Sok Kuan, 52 – penumpang bas (Sungai Udang, Melaka)
Pau Khaw Tual, 21 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Kam Khaw Tual, 19 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Cin Chwen Tuang, 30 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Goo Chuan Heng, 34 – pemandu van Toyota(Taman Maju, Batu Pahat, Johor)
Pang Shi Moe, 57 – penumpang kereta Honda Accord (Taman Segar, Segamat, Johor)

Mangsa dirawat (mengikut hospital)

Hospital Tuanku Jaafar, Seremban – 23 orang (4 parah, 19 cedera ringan)
Hospital Melaka – 11 orang (2 parah, 9 cedera ringan)
Hospital Kuala Lumpur – 1 orang (parah dan kritikal)
Hospital Pantai, Melaka – 3 orang (parah dan kritikal)

Timbalan Presiden: Kedudukan Nurul Izzah Masih Tergantung

Posted: 12 Oct 2010 05:30 AM PDT

Senarai Terakhir Pencalonan 30 Cabang PKR Bakal Tentukan Nasib Nurul Izzah

Jika baki 30 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tidak mencalonkan Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti, maka sah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak layak merebut jawatan nombor dua itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Molly Cheah memberitahu mStar Online, data lengkap berkaitan pencalonan Nurul Izzah masih tidak diperoleh oleh pihaknya.

Sebaliknya, ia hanya akan diketahui sebaik sahaja kesemua baki 30 cabang parti terbabit menyerahkan senarai pencalonan mereka kepada Ibu Pejabat PKR.

"Saya sendiri tak begitu pasti mengenai kedudukan terkini senarai pencalonan bagi mereka yang layak.

"Setahu saya ada kira-kira 30 cabang lagi yang belum menyerahkan senarai pencalonan," katanya di sini, Selasa.

Molly berkata demikian ketika ditanya mengenai status pencalonan Nurul Izzah bagi bertanding jawatan berkenaan.

Sehingga kini, difahamkan Nurul Izzah hanya menerima satu pencalonan iaitu dari Keningau, Sabah.

Mengulas lanjut, Molly berkata perkara tersebut masih belum dapat dipastikan secara rasmi.

"Saya tak pasti mengenainya kerana kita masih belum terima senarai pencalonan daripada cabang-cabang berkenaan.

"Dalam 30 cabang itu, mungkin ada yang calonkan Nurul Izzah (jawatan Timbalan Presiden) atau mungkin juga tidak... anda kena tunggu senarai rasmi nanti," jelasnya. -mstar


Timbalan presiden: Nurul tunggu notis rasmi pencalonan

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan kali ini.

Dalam khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih menunggu notis rasmi tentang senarai calon yang layak bertanding untuk jawatan tertinggi parti sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya sedang menunggu kenyataan rasmi dari pejabat pusat tentang senarai calon yang layak bertanding untuk jawatan-jawatan tertinggi parti.

"Bila keluar kenyataan rasmi barulah keputusan boleh dibuat," katanya.

Tiga pemimpin sudah mengesahkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR iaitu Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub yang masing-masing merupakan naib presiden PKR dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kelmarin Khalid telah mengumumkan untuk bertanding jawatan nombor dua PKR.

Sebelum ini Nurul Izzah berkata akan mengumumkan pendiriannya kelmarin.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu merupakan antara 27 orang yang layak telah bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan secara langsung yang juga kali diadakan oleh PKR.

Datuk Zaid Ibrahim yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR disebut-sebut akan bertanding kerusi ini, minggu lalu menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Nurul Izzah jika bersedia bersaing jawatan timbalan presiden. -TMI



Kes Aminulrasyid: 19 Peluru Ditemui, Polis Memang Nak Kasi Budak Itu Mati

Posted: 12 Oct 2010 04:20 AM PDT

19 peluru ditemui di kawasan Aminulrasyid ditembak

SHAH ALAM, 12 Okt — Sebanyak 19 butir peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.

Empat saksi memberi keterangan di mahkamah hari ini, hari pertama perbicaraan. Perbicaraan akan berlangsung sehingga 11 November ini.

Hakim Latifah Mohd Tahar kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga petang ini selepas jurugambar forensik polis Mokhtar Hussein memberikan keterangan.

Pada 10 Mei lepas, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu pagi tadi, perbicaraan kes bermula dengan seorang anggota polis dipanggil untuk menceritakan apa yang terjadi pada malam kejadian.

Saksi pertama perbicaraan hari ini adalah Lans Koperal Mohd Sabri Salleh dari Balai Polis Shah Alam.

Dia berkata dia menerima panggilan daripada kereta peronda yang dinaiki Jenain pada pukul 1.45 pagi memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.

Kereta peronda berkenaan memohon bantuan Mohd Sabri bagi menghentikan kereta tersebut dan memaklumkan sedang mengejar kereta itu dari Hotel Concorde ke Bulatan Kayangan.

Dia kemudian menghubungi telefon bimbit Jenain dan dimaklumkan bahawa kereta Iswara itu hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2.

Mohd Sabri kemudian berkata, Jenain menyuruhnya menghubungi ambulans untuk membantu pemandu kereta Iswara itu.

Detektif Lans Koperal Ahmad Zamzani Abdul Wahab yang dihantar ke tempat kejadian berkata, dia mengambil 41 gambar kereta Iswara itu dan Aminulrasyid termasuk peluru, pokok patah dan juga jalan.

Jenain diwakili oleh peguam bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Persekutuan Mohd Dusuki Mokhtar, lima saksi akan dipanggil dan dijangka perbicaraan itu akan mengambil masa selama 11 hari.

Ulasan GB

19 peluru digunakan untuk menembak seorang remaja 15 tahun!

Tidak ada apa yang dapat menjelaskannya kecuali sememang ia satu modus operandus polis untuk menembak mati "at all costs" remaja berkenaan.

Itulah persepsi rakyat terbanyak.

Pelajar Sekolah Diantara 12 Pencuri Motosikal Yang Ditahan

Posted: 12 Oct 2010 02:45 AM PDT

Curi Motosikal: 12 Termasuk Sembilan Pelajar Sekolah Ditahan Polis

Gambar: Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu melihat rangka motosikal curi yang ditemui dalam dua sungai berasingan iaitu Sungai Segantang Garam dan hutan paya bakau Sungai Pial semalam, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.

YAN: Dua belas orang termasuk sembilan pelajar sebuah sekolah di sini berumur antara 15 dan 21 tahun ditahan polis dalam dua operasi berasingan pada 4 Okt dan semalam kerana mencuri motosikal.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu berkata dalam operasi Ops Lejang Bersepadu semalam, polis menahan lima suspek, termasuk tiga pelajar sekolah, iaitu dua ditahan di sekolah dan tiga lagi di rumah masing-masing di Singkir Badung di sini.

"Polis telah merampas tiga buah motosikal curi dan sebuah motosikal yang menggunakan komponen yang dicuri manakala polis juga turut merampas empat rangka motosikal dan beberapa komponen yang lain yang telah dibuang ke dalam sungai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini pada Isnin.

Beliau berkata selepas kelima-lima suspek itu ditahan, mereka telah membawa pasukan polis ke Sungai Segantang Garam dan menunjukkan tempat rangka dan komponen motosikal itu dibuang.

"Semua suspek ini mempunyai pertalian persaudaraan dan rumah mereka juga berdekatan," katanya.

Ismail berkata dalam operasi berasingan iaitu pada 4 Okt lepas, polis telah menahan tujuh suspek termasuk enam masih bersekolah kerana melakukan kes yang sama.

"Mereka juga berasal dari kampung dan sekolah yang sama dengan kes semalam tetapi mereka itu adalah kumpulan yang berbeza.

"Suspek telah membawa pihak polis ke hutan paya bakau Sungai Pial dan polis menjumpai sebuah rangka motosikal di situ," katanya.

Beliau berkata semua suspek direman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

"Dengan tertangkapnya dua kumpulan ini, kita telah menyelesaikan banyak kes kecurian di sekitar daerah ini dan Sungai Petani," katanya. - BERNAMA

Ribut Di Pokok Sena, Beberapa Rumah Dan Kedai Rosak Teruk

Posted: 12 Oct 2010 01:30 AM PDT

20 Rumah, Kedai Makan Rosak Teruk Akibat Ribut Di Pokok Sena

Gambar: Beberapa rakan-rakan pemilik kedai makanan, Abd Ghani Yahya, 52, memotong sebatang pokok yang meranapkan kedai tersebut dalam kejadian angin kencang petang semalam di Kampung Tengah Tualang dekat sini, hari ini. Foto: Bernama

POKOK SENA, 12 Okt (Bernama) -- Sebanyak 20 rumah dan kedai makan di tiga kampung di sini rosak teruk dalam satu kejadian angin kencang dan ribut petang Isnin.

Kejadian yang melibatkan Kampung Tengah Tualang, Kampung Permatang Limau dan Kampung Gulau itu, yang pertama kali terjadi di kawasan tersebut, berlaku kira-kira pukul 5.20 petang semalam, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Saksi kejadian, Loo Boon Wah, 53, berkata pada waktu kejadian dia dan lima rakannya sedang minum di sebuah kedai makan.

Tiba-tiba dia ternampak satu pusaran angin kuat menghala ke kedai makan itu sebelum pokok besar di belakang kedai berkenaan tumbang lalu menghempap kedai tersebut.

"Masa pusaran angin yang pertama datang ranting-ranting kayu jatuh atas bumbung kedai seperti hujan sebelum saya menjerit suruh mereka lari apabila nampak ada pusaran angin kedua yang terlalu kuat sehingga menumbangkan sebatang pokok besar yang berusia kira-kira 300 tahun dan menghempap kedai makan berkenaan.

"Pada masa itu kami tidak dapat menyelamatkan barangan dan kenderaan lain kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya kepada pemberita.

Abu Bakar Said, 49, berkata kejadian seumpama itu adalah yang pertama berlaku di kampung berkenaan dan tidak menyangka kejadian seperti itu boleh merosakkan kediaman dan kedai makan yang sudah lama dibina di kawasan itu.

Sementara itu, pemilik kedai makan, Abd Ghani Yahya, 52, berkata dia kerugian RM10,000 apabila kedai makan miliknya ranap dihempap pokok dalam kejadian ribut itu.

Akibat kedai yang ranap, semua peralatan di kedai makan itu rosak dan lima motosikal milik pelanggannya turut mengalami kerosakan yang teruk akibat dihempap serpihan dahan pokok dan bumbung kedai berkenaan.

"Semasa kejadian hanya ada lima pelanggan sahaja dalam kedai dan kebetulan pada masa itu saya pulang ke rumah yang berhampiran dengan kedai," katanya.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: