Blog-list Malaysia |
- Kisah Mahathir Membuli Petronas Untuk Kayakan Kroni
- Calon PAS Dun Galas Ditentukan Malam Ini
- Inchek Ibrahim Ali.. KahKahKah
- Malu Besar - Gelaran Datuk Kepada Ibrahim Ali Ditarik Balik
- Umno Pening Adun BN Sokong MB Kedah
- Rais Yatim Beri Projek RM1 Billion Kepada Anak Sendiri
- Berita Lawak - Pembocor Maklumat Umno Umum Keluar PKR
- Tidak Semua Warga Emas P. Pinang Bodoh Macam Umno
- Najib Razak Meminggirkan Bangsanya Sendiri
| Kisah Mahathir Membuli Petronas Untuk Kayakan Kroni Posted: 12 Oct 2010 11:55 PM PDT Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda. "Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir. "Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut," kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam. Suara Keadilan difahamkan daripada sumber dalaman Petronas, Lembaga Pengarah syarikat petroliam itu sememangnya telah 'dipulas tangan' oleh bekas Perdana Menteri itu supaya membeli pada harga tersebut. "Beberapa ketika dahulu syarikat minyak Shell dan Esso telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa Petronas adalah salah sebuah syarikat petroliam yang amat sukar dalam rundingan urusniaga dengan mana-mana pihak pun di dunia. Ini menunjukkan Petronas akan berusaha sedaya upaya dalam setiap urusan perniagaan untuk mendapatkan rundingan harga terbaik dan perjanjian yang menguntungkan syarikat itu. "Tetapi dalam kes tanah KLCC, Lembaga Pengarah KLCC dipaksa membayar harga yang telah ditetapkan 'harga mati' tanpa dibenarkan untuk merundingkan harga walau sesen pun. Bagaimana sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang diiktiraf dan dihormati pesaing sebagai rakan kongsi yang sangat sukar dalam rundingan perniagaannya dipaksa sebegitu rupa untuk tunduk kepada kuasa politik dan ketamakan bekas Perdana Menteri dan kroninya yang begitu rakus. Urusan jualbeli tersebut benar-benar satu malapetaka yang menimpa Petronas dan mulai saat itu kroni Dr Mahathir mula meletakkan tangan mereka pada kantong Petronas," kata sumber itu. Tanah seluas ekar yang terletak dalam kawasan tiga segi emas atau 'golden triangle' dikatakan bertaraf pertanian pada awalnya sebelum ditukar statusnya kepada tanah komersial setelah dibeli kroni Dr Mahathir pada harga RM300 juta. Hanya setelah taraf tanah tersebut ditukar kepada komersial baru ianya dijual kepada Petronas pada harga RM900 juta. Ini bermakna kroni tersebut telah mendapat keuntungan atas angin dengan senang sebanyak RM600 juta padahal persoalan yang timbul mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus dengan pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut? "Ini jelas menunjukkan bagaimana mantan Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga Petronas untuk mengkayakan kroninya dengan menggunakan dana awam. "Malah apa yang mengejutkan kroni tersebut berjaya mengaut keuntungan dengan begitu besar sebanyak RM600 dalam masa beberapa bulan sahaja tanah tersebut ditukar status daripada tanah pertanian kepada komersial," tegas Dr Tan lagi. Dr Tan menjelaskan pada asalnya pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf DiRaja Selangor di mana terletaknya Hospital Prince Court sekarang. "Ini perlu dilakukan memandangkan ibu pejabat di Bangunan Dayabumi ketika itu sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung perkembangan pesat Petronas. "Bagaimana pun pembinaan ibu pejabat baru tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam kerana ia terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi," jelas beliau lagi. Dr Tan berkata Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah di Jalan Ampang, dibelakang dahulunya Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta. "Tiba-tiba Mahathir masuk campur dan mengumumkan rancangan liciknya untuk merompak wang daripada khazanah Petronas dengan tujuan mengkayakan kroni beliau. "Sebahagian daripada rancangan beliau ialah dengan mencipta isu di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu. "Selepas isu itu disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang. Dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Keenam di Dewan Rakyat pada 18 Julai 1991, Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan. "Tanah Kelab Lumba Kuda dijual berikutan arahan kerajaan kepada kelab tersebut supaya keluar dari pusat Kuala Lumpur kerana lokasinya meyebabkan kesesakan lalulintas. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan wang untuk membina padang lumba kuda baru, kelab itu memutus untuk menjual tanahnya di Jalan Ampang. "Mengikut laporan sebuah majalah asing, Encik (Ananda) Krishnan membeli tanah ini pada masa resesi di waktu mana harga tanah jatuh dengan teruk dan ramai yang bankrap dan tidak ramai yang berminat atau mampu membeli hartanah. "Tanah seluas 96 ekar ini terletak dalam kawasan tiga segi emas atau dengan izin "golden triangle" yang amat diminati oleh pemaju-pemaju. Sekarang apabila ekonomi telah pulih dan terdapat dengan izin "building boom", tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi," kata Dr Mahathir. Dalam ucapan beliau, Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50 peratus saham Seri Kuda, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ananda. "Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda bahawa lebih dari 50 peratus tanah kelab hendaklah dijadikan 'public park'. Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100 peratus. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar hanya bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51 peratus dari saham Seri Kuda. Sebuah firma penilai bebas telah ditugas oleh Petronas untuk menilai tanah tersebut. Jika harga yang ditawarkan kepada Petronas menguntungkannya, baharulah Petronas akan membeli saham Sri Kuda. "Jika harganya akan merugikan Petronas, maka Petronas tidak akan membelinya. Jika Petronas tidak mengambil saham ini, berpuluh syarikat lain akan berebut-rebut membelinya," kata beliau. Suara Keadilan |
| Calon PAS Dun Galas Ditentukan Malam Ini Posted: 12 Oct 2010 11:47 PM PDT PAS akan memutuskan calon yang bakal mewakili parti Islam itu dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas di sini, malam ini.Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu, kepimpinan parti itu akan mengadakan mesyuarat khas malam ini untuk memutuskan perkara tersebut. "Kami akan bertemu di ibu pejabat parti hari ini untuk menentukan calon kami," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Terdahulu seorang lagi Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengesahkan perkara itu. "Ia akan diputuskan malam ini, mesyuarat kami selepas mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat petang ini," kata beliau ketika dihubungi di Pahang. Tarikh pengisytiharan nama calon juga akan ditetapkan malam ini, kata beliau. Laporan kelmarin menyebut PAS akan mengumumkan calonnya 24 Oktober manakala laporan terbaru hari ini menyebut ia akan diketahui 22 Oktober. |
| Inchek Ibrahim Ali.. KahKahKah Posted: 12 Oct 2010 09:57 PM PDT Sultan Mohamed Ke V Tarik Gelaran Dato' Dari Ibrahim Ali BERITA yang menjadi bualan hangat di Pasir Mas khasnya dan di seluruh negeri Kelantan hingga ke Galas hari ini ialah penarikan balik gelaran Dato' yang dianugerkan kepada Ibrahim Ali oleh Sultan Kelantan. Penarikan balik itu dibuat oleh Sultan Mohamad Ke V. Perkara ini diumumkan dalam satu kenyataan rengkas oleh Pejabat Sultan dan dipetik beberapa blog dan protal berita.Dari konteks Kelantan Ibrahim tidak lagi bergelar Dato'. Jadi mulai hari ini bolehlah ramai-ramai panggil Inchek saja, seperti mana saya panggil sebelum ini, Inchek Ibrahim. Saya sudah memanggil Ibrahim sebagai Inchek Ibrahim sejak beberapa bulan lalu. Bagaimana pun di luar Kuala Lumpur Inchek Ibrahim boleh lagi dipanggil Datuk. Saya faham dia masih ada dua gelaran Datuk, satu dari Melaka dan satu lagi dari Selangor. Datuk dari Melaka adalah terawal diterimanya tetapi beliau jarang menggunakan Datuk itu kerana nilainya dikata rendah berbanding Dato' Kelantan. Datuk dari Melaka diterima semasa Rahmim Taby Chik menjadi Ketua Menteri Melaka. Menganihkan juga penarikan gelaran Dato' ini kerana Inche Ibrahim yang juga Presiden kepada sebuah NGO dikatakan sangat memperjuangkan institusi raja-raja dan Melayu. Dalam pada itu Jumaat lepas beliau dilaporkan telah berjumpa dengan bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. [wm.kl.11:00 am 13/10/10]- mso |
| Malu Besar - Gelaran Datuk Kepada Ibrahim Ali Ditarik Balik Posted: 12 Oct 2010 09:45 PM PDT Istana Kelantan menarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dan bekas setiausaha kerajaan negeri, Wan Hashim Wan Daud. Penarikan semula gelaran itu selang beberapa hari setelah Ibrahim mengadap Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra. Selepas kunjungan pada Jumaat lalu, Ibrahim dipetik sebagai berkata, Tuanku Ismail kononnya sangat gembira bertemu beliau dan sempat berkongsi pengalaman bersama beberapa tahun lalu. Wan Hasim pula merupakan setiausaha sulit kepada Sultan Kelantan sebelum ini. - Mstar |
| Umno Pening Adun BN Sokong MB Kedah Posted: 12 Oct 2010 06:43 PM PDT ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil memberi penjelasan kepada pimpinan UMNO negeri berhubung kenyataannya menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu air yang mencetuskan kontroversi sejak minggu lalu.Syed Sobri yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap berkata, beliau juga bersedia untuk menjawab mengenai tindakannya mengkritik Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim yang mendesak Azizan meletak jawatan jika isu itu terus berlarutan. "Kenyataan saya mengenai sokongan kepada Menteri Besar hanya berhubung isu laporan kepada SPRM, bukannya menyentuh mana-mana parti politik atau untuk kepentingan peribadi. "Saya bercakap demi kepentingan rakyat dan saya bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan penjelasan kepada Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal jika dikehendaki berbuat demikian," katanya. Syed Sobri berkata, beliau akan tetap mempertahankan kenyataan itu yang dianggap tidak melanggar disiplin parti. "Saya sedia dihukum jika didapati bersalah namun saya akan tetap mempertahankan kenyataan yang saya buat demi kepentingan rakyat," katanya. Sementara itu, kata Syed Sobri, isu kenaikan tarif air perlu dilihat secara positif sebagai kempen agar rakyat lebih sedar akan kepentingan air dan menggunakannya dengan bijak. "Kita belum lagi terima bil untuk bulan ini bagi melihat sejauh mana kesannya, bagaimanapun saya akan membuat semakan Januari depan bagi menilai kualiti perkhidmatan air yang disalurkan Syarikat Air Darul Aman (Sada) kepada rakyat selepas kenaikan tarif air. "Jika masih ada kawasan yang terputus bekalan air atau menerima air yang tidak bersih, keputusan Sada menaikkan tarif air wajar dipertikaikan," katanya. Syed Sobri berkata, Sada wajar diberikan peluang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan seiring dengan kenaikan tarif air. Ditanya mengenai maklum balas yang diterima selepas beliau membuat kenyataan menyokong Azizan, Syed Sobri berkata, ramai juga yang menyokong kenyataannya itu termasuk pemimpin UMNO. "Yang marah, mungkin mereka tak baca kenyataan saya itu dengan teliti sehingga habis. Kalau faham, mereka takkan marah," katanya. |
| Rais Yatim Beri Projek RM1 Billion Kepada Anak Sendiri Posted: 12 Oct 2010 05:53 PM PDT Blog tersebut mendakwa anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara. Difahamkan, Rais turut membuat laporan sama terhadap blog Taikors and Taikuns (TnT) dan Bigdogdotcom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. "Siasatan akan dilanjutkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika dihubungi semalam. -Kosmo |
| Berita Lawak - Pembocor Maklumat Umno Umum Keluar PKR Posted: 12 Oct 2010 05:14 PM PDT Puak-puak UMNO Pahang nampaknya semakin terdesak dan ketandusan idea, apabila membuat propaganda kononnya seramai 215 orang ahli PKR Cabang Paya Besar telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini. Kes berkenaan telah disiarkan dalam Berita Terkini TV3 jam 4.00 malam tadi. Ia telah mengejutkan ramai pihak dan seolah-olah menggambarkan rakyat sudah mula menolak Parti Keadilan itu sendiri. Kami cuba mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu ini dan telah berjaya membongkarkan beberapa penipuan yang telah dilakukan oleh puak-puak UMNO Paya Besar tentang hal berkenaan. Menurut salah seorang pemimpin PKR Pahang yang dihubungi mengatakan bahawa mereka tidak terkejut dengan laporan berkenaan kerana itu sahajalah cara UMNO ingin menagih simpati rakyat. "Sungguh melucukan, wakil kumpulan berkenaan iaitu Abdul Rahim Darus sebenarnya bukanlah ahli PKR.. tetapi ahli UMNO tegar di Lepar Utara. Malah keahlian PKR di ranting itu hanyalah sekitar 115 orang, maka bagaimana mereka melaporkan ada 215 orang keluar parti", katanya. Malah beliau tidak terkejut dengan tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar (foto) itu. "Tajuddin merupakan pemimpin yang talam dua muka. Selama ini beliau adalah orang yang banyak membocorkan rahsia kerajaan negeri, UMNO dan Felda kepada parti pembangkang. Ketika namanya merudum akibat krisis dengan MB, beliau sering berhubung dengan pemimpin PKR untuk memaklumkan tentang banyak perkara termasuk isu Felda. Mungkin Tajuddin kini agak seronok untuk mengampu Dato' Nan dan juga Ku Li susulan pilihanraya kecil DUN Galas tidak lama lagi. Malah, beliau pernah membawa Ku Li ke Paya Besar satu ketika dulu. Maka itu kita tidak hairan beliau sanggup menipu", tambah beliau lagi. [Malah menurut pemimpin terbabit, ketika ditolak oleh MB Adnan Yaakob dulu Tajuddin terpaksa merintih simpati rakan-rakan dari kalangan parti pembangkang. Banyak maklumat sulit telah disalurkan untuk dihebahkan oleh pembangkang. Malah, isu Felda bangkrap yang hangat diperkatakan sekarang ini juga antara rahsia sulit yang telah didedahkan kepada pembangkang. "Pendek kata Tajuddin adalah Spy UMNO yang bertanggungjawab dalam pendedahan tersebut. Kami difahamkan kini hubungannya dengan MB telah kembali pulih, dan beliau juga telah mendapat projek bernilai jutaan ringgit yang ditawarkan oleh Adnan di kawasan Rompin. Maka itu, inilah masanya dia ingin memulihkan kembali imejnya di mata rakyat. Dengan membuat pembohongan kononnya 215 orang ahli PKR sertai UMNO, ia seolah-olah meningkatkan kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi parti terhadap dirinya" tambahnya. Kami difahamkan, PKR Pahang tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan kerana telah cuba mengeluarkan kenyataan tersebut]. - Pahang Daily |
| Tidak Semua Warga Emas P. Pinang Bodoh Macam Umno Posted: 12 Oct 2010 05:18 AM PDT Wang judi: Warga emas tolak fitnah Umno BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi. Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal. Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang. "Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi. Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan."Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya. Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat. "Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.Bagi Sambasivam pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja. Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng. |
| Najib Razak Meminggirkan Bangsanya Sendiri Posted: 12 Oct 2010 04:39 AM PDT UTILITI BILL SRJK CINA AKAN DI TANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN BN Perhimpunan Agung MCA hari ini berjaya dalam usaha mereka untuk memperkasakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, bilamana kerajaan Barisan Nasional telah bersetuju untuk menanggung semua perbelanjaan utiliti sekolah tersebut. Tahniah kepada PM Najib yang begitu perihatin dan pemurah kepada masyarakat cina di negara ini. Tahniah juga kepada PM Najib yang telah "meminda" buku sejarah dengan mengiktiraf kaum cina negara ini bukan lagi sebagai kaum pendatang sebaliknya adalah kaum atau masyarakat yang "setia" kepada negara. Buktinya kerana kes wanita bogel dalam tahanan polis suatu hari dahulu, menteri kerajaan terpaksa mengadap pemerintah negara cina untuk menjelaskannya.PM Najib, kamu juga perlu lakukan perkara yang sama kepada Masyarakat India, SRJK(Tamil) juga perlu di biayai bil-bil utilitinya, Buku sejarah Melayu perlu di pinda agar masyarakat India di baca sebagai masyarakat yang wujud dari ladang Gadong Banting Selangor bukan masyarakat yang datang dari India. Mereka adalah juga masyarakat yang "setia" kepada negara, buktinya dalam kes Hindraf Raja kaum India di Malaysia (yang dah nak turun takhta Januari 2011 nanti) terpaksa mengadap Raja di India untuk menjelaskannya. Pak Najib apa hal dengan bil-bil utiliti untuk Sekolah Agama Persendirian, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Kerajaan Negeri, Sekolah Agama Pondok. Tak kan sekolah nie semua tak guna utiliti seperti Air, Api, Talipon dan Internet? Tak kan buku Sejarah Melayu telah di tukar lagi dengan mencatitkan orang -orang Melayu bukan masyarakat asal negara ini sebaliknya adalah pendatang yang masih lagi tidak setia kepada negara Malaysia kerana Tanah Melayu telah hilang di dalam peta dunia?. Tuk Najib, MPG menulis artikel ini bukan dengan nawaitu menimbulkan isu perkauman atau menjolok isu perkauman, sebaliknya merasakan bahawa Datuk Seri lah yang memulakan perkara ini. Pendapat MPG yang buta huruf ini, sepatutnya PM 1 Malaysia ini berusaha untuk menyatukan seluruh masyarakat dan kaum dalam negara ini melalui mekanisma perpaduan yang sangat halaus iaitu dengan memperkasakan "SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA". SATU BUDAYA UNTUK MALAYSIA, SATU BAHASA UNTUK MALAYSIA. Lihat siapa yang setia kepada Negara tercinta Malaysia ini. Ingatan MPG kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, jangan lah DS menjadi salah seorang pemimpin yang "cakap tak serupa bikin". Dalam perhimpunan NGO Melayu baru-baru ini di Ampang DS mengingatkan agar kuasa yang ada di pegang kuat seumpama memegang hulu keris agar tidak tercabut, tetapi di dalam perhimpunan MCA ini DS seolah-olah memberikan sedikit kuasa itu kepada kaum lain untuk di kongsikan bersama. Ingatlah adat dan Pantang Pahlawan Melayu kita. Pantang derhaka kepada Bangsa dan Agama. Datuk Seri Najib orang Melayu dah lama bertanyakan kepada Pemimpin Melayu yang ada kuasa, kenapa kawasan majoriti Melayu tetapi wakil rakyat masih orang bukan Melayu?. Wakil rakyat adalah utiliti rakyat, salah ke atau susah ke untuk tunaikan hajat orang melayu di kampung-kampung dan kawasan luar bandar hendakkan UTILITINYA yang sama sebangsa dan seagama agar dapatlah nanti menyarahkan bantuan dan ber tazkirah bersama-sama rakyat di dalam surau-surau dan masjid-masjid. Untuk generasi ku akan datang maafkan atuk kau ini kerana hanya mampu menulis di blog ini sahaja. Posted by Melayu Pasir Gudang |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan