Jumaat, 1 Oktober 2010

jiwo kelate

jiwo kelate


Hari Terbuka PAS pada 3 Oktober 2010

Posted: 30 Sep 2010 08:58 PM PDT

Semua Rakyat Malaysia dijemput hadir untuk beramah mesra dengan Pemimpin Tertinggi PAS …


ANAK tuntut 5 perkara kepada FELDA

Posted: 30 Sep 2010 04:54 PM PDT

Sidang media Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub bersama Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman di Pejabat Agung PAS, Jln Raja Laut, KL pada 30 September 2010.

Antara tuntutan ANAK kepada FELDA adalah:
1. Kembalikan caruman wang tanam semula peneroka serta merta tanpa syarat.
2. Hentikan potongan caruman tanam semula kali ke 2 hingga jelas soal Bantuan Tanam Semula MPOB dan kadar sebenar yang patut dikenakan.
3. Isytiharkan penyata yang tepat dan disahkan odit setiap kos pembangunan tanam semula mengikut semua jenis potongan seperti benih, jalan pertanian, baja dan lain-lain.
4. Kaji semula penggunaan baja Felda kerana terlalu mahal sedangkan kualitinya sangat dipersoalkan.
5. Hentikan khidmat Anak syarikat Felda, Techno Plant Sdn Bhd, yang menyelenggara kebun peneroka kerana gagal memberi pulangan yang memuaskan kepada peneroka. Sebaliknya pendapatan peneroka yang mengurus sendiri kebun mereka jauh lebih tinggi daripada yang diselenggara oleh Techno Plant Sdn Bhd.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan 11 lagi bentuk penyelewengan Felda mengkhianati peneroka yang majoritinya Melayu.

Menurut beliau, melalui Tabung Tanam Semula yang ditubuhkan sejak Januari 1985, sepatutnya setiap peneroka layak mendapat RM17,000 sebagai bayaran tanam semula.

Ini kerana, setiap peneroka pada setiap bulan telahpun mencarum sebanyak RM4 seekar supaya Felda memulangkan RM17 ribu kepada setiap peneroka bagi kerja-kerja tanam semula.

Di sebalik penubuhan Tabung Tanam Semula itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Peneroka dan Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, pertamanya Felda enggan menyerahkan Wang Tanah Semula kepada peneroka yang melaksanakan kebun mereka secara persendirian meskipun telah mengikuti semua garis panduan yang ditetapkan.

“Peneroka ini telah ikut garis panduan seperti pokok tua perlu ditebang, peneroka perlu tanam pokok yang baru.

“Segala yang Felda mahu mereka patuhi tetapi wang tanam semula yang dijanjikan Felda itu tidak juga diberikan oleh Felda,” ujarnya.

Kedua, katanya Felda bertindak melampau memotong RM8,500 untuk 10 ekar Wang Tanam Semula (RM17,000) tanpa persetujuan peneroka atas alasan peruntukan input pertanian.

“RM8,500 Felda sudah ambil, separuh lagi yang sepatutnya diberikan kepada peneroka, tetapi tetap tidak beri,” ujarnya.

Ketiga, katanya Felda tidak membayar Wang Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui.

Penyelewengan keempat, katanya Felda sewenang-wenangnya membuat potongan baru caruman tanam semula kali kedua antara RM114 hingga RM119.

“Kali pertama RM17 ribu tidak dibayar, kali pertama dipotong RM40 dan potongan kali kedua meningkat tiga kali ganda.

“Borang (tanam semula kali kedua) baru edar, tetapi dia dah potong dulu,” ujarnya sambil menganggap Felda bertindak melampau ke atas peneroka.

Keempat, katanya Felda menyembunyikan maklumat mengenai insentif tanam semula yang diberikan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjumlah RM1,000 bagi setiap hektar kebun sawit peneroka.

“Dia tak beritahu pun pada peneroka, rupa-rupanya ada insentif,” ujarnya.

Keenam, katanya Felda tidak menyalurkan Bantuan Tanam Semula kepada peneroka sedangkan Risda memperuntukkan RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar (getah ke sawit).

“Bantuan ini adalah ketipan dari wang ses yang dikenakan kerajaan ke atas setiap jualan getah berasaskan seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahan getah, Akta Penanaman Semula, 1952.

“Rupanya wang itu telah digunakan Felda, maknanya tidak amanah, wang yang disalurkan Risda tidak diserahkan (kepada peneroka),” ujarnya.

Ketujuh, katanya Felda tidak menyediakan penyata lengkap kos pembangunan tanam semula hingga hutang peneroka begitu tinggi dan tidak munasabah.

“Bayangkan kos tanah semula di Pengeli Timur sahaja sudah mencecah RM62,740 dalam tempoh empat tahun dalam keadaan peneroka tidak diberitahu apakah potongan yang sebenar,” ujarnya.

Kelapan, katanya Felda masih mengekalkan kadar faedah atas kos tanam semula 6.25 peratus hingga sekarang.

“6.25 peratus mengambil kira pinjaman yang dibuat oleh Felda melalui Bank Dunia (sedangkan) pada tahun 1996, hutang dengan Bank Dunia telah langsai.”

Kesembilan, katanya hasil jualan kayu getah tua tidak disalurkan terus kepada peneroka, sebaliknya masuk ke akaun Felda serta dibuat pemotongan sesuka hati.

“Felda khianat sebab Felda mengambil duit itu dulu, dia cek hutang-hutang yang peneroka pun tak tahu berapa hutang dia dan kemudian dia kata inilah baki,” ujarnya.

Kesepuluh, beliau mempersoal tentang kos tanam semula Felda yang begitu mahal berbanding kos tanam semula oleh Sime Darby, IOI dan sebagainya.

“Sepatutnya kos tanam semula kali kedua lebih murah sebab jalan pertanian, teres sudah sempurna , Felda tak perlu buat," katanya.

Kesebelas, ujarnya Felda mengambil masa yang begitu lama, sekitar 2 tahun hingga 4 tahun selepas sawit dan getah mengeluarkan hasil untuk membuat pembayaran penuh.

Katanya, pendahuluan hasil yang diberikan sangat terdedah pada penipuan kerana tiada penyata lengkap mengenainya.

Sehubungan itu, beliau menuntut supaya caruman wang tanam semula dikembalikan kepada rakyat serta-merta tanpa syarat.

“Untuk maklumat, lebih 4,000 peneroka sebelum akhir tahun ini akan menyaman Felda (kerana) selepas kemenangan peneroka (Felda Sungai Koyan 2 dan 3, dan Kemahang 3), imej Felda nampak buruk.”

“Kalau mereka (Felda) masih enggan, sombong dan angkuh, mereka bersedialah menghadapi kesedaran peneroka nanti,” nasihatnya kepada Felda.

Berita berkaitan
Satu lagi bukti siapa khianat Melayu


Muhyiddin lari dari tanggungjawab

Posted: 30 Sep 2010 09:43 AM PDT

Tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyerahkan jentera pilihan raya kecil dewan undangan negeri (DUN) Galas dianggap sebagai “lari daripada tanggungjawab”, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Katanya, telah menjadi kelaziman bagi BN meletakkan tanggungjawab pengarah pilihanraya di atas bahu timbalan perdana menteri tetapi kali ini, Muhyiddin menyerahkan beban itu untuk digalas oleh Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

“Kenapa Umno lari daripada norma biasa di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin, yang mana (beliau) akan menjadi pengarah pilihan raya setiap kali pilihan raya kecil berlaku bagi BN.

“Kali ini kenapa dia (Muhyiddin) lari. Mana janjinya untuk jambatan di Manek Urai. Mana janji dia untuk memberikan sumbangan untuk warga tua di Manek Urai. Ke mana dia lari?” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Salahudin berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung keputusan BN melantik Tengku Razaleigh mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaiman Isnin lalu.


Pada sidang media itu juga, Salahudin berkata PAS tidak menghadapi masalah walaupun ketua Umno Gua Musang yang mesra dengan panggilan ‘Ku Li’ itu akan mengetuai jentera pilihan raya kecil BN.

Ini kerana, dakwanya, parti itu mempunyai hubungan “sangat akrab” dengan ahli parlimen Gua Musang berkenaan kerana puteran raja tersebut pernah dan sedang bersama-sama PAS memperjuangkan isu royalti minyak di Kelantan.

Bagaimanapun, Salahudin turut mengingatkan supaya ahlinya tidak meremeh dan merendah keupayaan jentera pilhan raya lawan untuk mempertahankan DUN tersebut.

Menurutnya, PAS akan menghadapi “cabaran yang cukup besar”.

“Jentera pilihan raya parti perlu bersiap sedia. Jangan ada (ahli) yang terlalu yakin, (dan) rasa selesa untuk menghadapi pilihan raya. Tingkatkan keupayaan dan komitmen untuk mengadapi pilihan raya. Kita perlu menghadapinya dengan penuh kebjaksanaan,” katanya.

Katanya, PAS pusat akan bermesyuarat bagi membincangkan persediaan parti itu termasuk melantik pengarah pilihan rayanya yang akan diumumkan dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan akan diadakan di Pusat Khidmat DUN Gombak Setia Ahad ini jam 3 petang.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Calon PAS itu mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi yang memperolehi 3,753 undi.

Majoriti pengundi di kawasan ini terdiri daripada seramai kira-kira 6,200 pengundi Melayu, diikuti 2,000 Orang Asal, 1,900 pengundi Cina dan juga India (170). – Sumber Malaysiakini


Tiada ulasan: