Isnin, 4 Oktober 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Cik DAP, Puan Sri PKR dan Puan PAS ...

Posted: 04 Oct 2010 08:40 AM PDT

Cik DAP, Puan Sri PKR dan Puan PAS.

Gambar dan cerita di sini.

Wooiii, kenapa lari sampai pecah teloq ...?

Posted: 04 Oct 2010 06:05 AM PDT

"Ibrahim Enggan Sahut Cabaran Khalid
Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM 4 Okt - Keengganan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyahut cabaran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Ibrahim supaya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Galas membuktikan pertubuhan itu sememangnya bersekongkol dengan Umno.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Ibrahim Ali keberatan menjawab soalan yang diajukan berhubung cabaran Khalid lalu memberi alasan sedang memandu kereta.

"Saya tengah memandu ni dari Ipoh ke KL," begitu jawapan Ibrahim walaupun diminta masa hanya seminit untuk memberi jawapan.

Dalam responsnya terhadap sikap Ibrahim, Khalid berkata cabaran beliau adalah 'acid test' atau penentu kepada samada benar Umno tidak berpakat dengan Perkasa atau retorik pemimpin Umno menolak badan itu sekadar retorik politik semata-mata.

"Kalau benar-benar Perkasa tidak bersama Umno seperti didakwa, Ibrahim sepatutnya beranilah untuk bertanding di Galas. Tetapi kalau dia tidak berani memang sahlah Perkasa dan Umno adik beradik," jelas beliau."

Sepenuhnya di sini.

Lucu tahap gila mamat ni ... Kah kah kaahhh ...?

Posted: 04 Oct 2010 12:30 AM PDT

"Perkasa gesa ahli PKR pilih Mustaffa timbalan presiden, tolak Azmin

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Pertubuhan bukan kerajaan Perkasa yang kecewa dengan kenyataan Azmin Ali semalam, menggesa ahli-ahlinya tidak mengundi naib presiden itu yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR, sebaliknya meminta supaya memilih Mustafa Kamil Ayub.

Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakang Abimnya.

"Mustaffa dari Abim, beliau mempunyai agenda Islam dan berjuang untuk kebaikan orang Melayu... Azmin di sebelah lain tidak berminat untuk memperjuangkan kepentingan komuniti orang Melayu," kata beliau.

"Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar," kata Arman.

Pemimpin Perkasa ini kecam Azmin berhubung kenyataannya ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan cabang PKR Gombak semalam."

Sumber.

Kubu UMNO/BN di Tenom Mula Reput

Posted: 03 Oct 2010 11:16 PM PDT

"KEPIMPINAN Cabang PKR Tenom meneruskan misi kempen menambah keanggotaan PKR Cabang Tenom. Hari ini bertempat di Kg Lalandang Enubai Tenom di kediaman Tangian dan mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk kampung, sedangkan pilihanraya masih jauh.

Kata Tangian (Tuan Rumah), bahawa mereka yang tinggal di kampung ini rata-rata menolak UMNO dan BN kerana kami sudah jemu dengan janji-janji BN selama 47 tahun dan maka kerana itulah mereka memilih PKR.

Penduduk kampung tersebut yang hadir bersama orang ramai yang ingin menyertai PKR Tenom menandakan keinginan rakyat Tenom untuk melakukan perubahan pentadbiran Kerajaan.

Selaku Ketua Cabang, Halik Zaman mengalu-alukan kehadiran rakyat Sabah yang begitu berminat untuk menganggotai PKR Tenom dan sempat menyuntik semangat dengan memberikan rangsangan dan kefahaman mengenai hala-tuju dan motif perjuangan PKR yang lebih menitik-beratkan kebajikan rakyat dari kepentingan diri sendiri."

Sepenuhnya di sini.

Sejuk mata memandang wajah ini ...?

Posted: 03 Oct 2010 06:34 PM PDT

Sejuk mata memandang wajah ini.
Berbagai bayangan di wajahnya.
Ye lah, wajah al-imam al-khalifah ...?
Wajah serba cerita dan makna ...?

Kah kah kaahhh ...?

Tiada ulasan: