Jumaat, 1 Oktober 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Audio] Pengakuan Murtad Gadis Melayu di AS

Posted: 01 Oct 2010 05:00 AM PDT


Audionya:


[Audio] Rakaman Pertengkaran antara Tajudin Felcra (MP Pasir Salak) dengan Pemandunya. Panas & Lawak!!!

Posted: 30 Sep 2010 11:24 PM PDT

Seingat saya, YB ini pernah mengamuk apabila YB Saifuddin PKR membangkit isu MP mabuk. Hari ini, YB ini terpalit dengan satu lagi kontroversi baru. Dia dikatakan telah memukul pemandu barunya kerana lewat sampai ke rumah TPM. Keterangan lanjut ada diberitakan dalam petikan berita di bawah ini.

Berita berkaitan saya petik dari HD dan rakaman audio pertengkaran antara Tajudin dengan pemandunya tentang hal ini ada disertakan di bawah ini. Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 1 Okt: Kisah Pengerusi Felcra, Datuk Tajudin Abdul Rahman, bergaduh dengan seorang pemandunya di hadapan lebih 400 warga Felcra pada 3 Mei lalu kini tersebar luas dan mendapat perhatian ramai.

Ia menarik perhatian kerana kecaman Tajuddin terhadap bekas pemandunya yang juga seorang kakitangan Felcra berlaku di majlis yang berlangsung pada 3 Mei di Ibu pejabat Felcra, Jalan Rejang Setapak Jaya lalu di jawab secara berdepan oleh pemandu berkenaan.

Hasilnya, 15 minit pertama perhimpunan warga Felcra itu menjadi tempat melepaskan geram Tajudin kepada pemandu berkenaan.

Harakahdaily yelah mendapat audio rakaman pertembungan berkenaaan. Berita awal mengenai hal ini telah disiarkan dalam akhbar politik Siasah keluaran hari ini.

"Mana dia, hari ini ada dia datang...mana dia," tanya Tajudin di perhimpunan itu. Orang ramai yang menyertai perhimpunan itu menjawab,"Ada...dia ada."

"Saya yang buat laporan polis," kata pemandu berkenaan yang tampil ke depan di majalis perhimpunan itu.

"Mana dia laporan polis itu," tanya Tajudin.

"Mana dia tanda kena pukul," tanya Tajudin bertalu-talu.

"Ada, ini dia," kata pemandu itu.

"Mari sini," kata Tajudin..."Biarkan perkara ini diselesaikan di sini...mana dia tanda kena pukul itu...mana....mana," tekan Tajudin.

"Mana ada...dah lama," sampuk satu suara yang kedengaran dari rakaman itu.

"Kenapa polis tak datang sampai hari ini...kenapa tidak ada sebarang tindakan (terhadap dia)," tekan Tajudin lagi.

Ekoran itu, pemandu berkenaan tampil ke depan di majlis itu dan kedengaran berkata:-

"Majlis rasmi start pukul lapan, Datuk keluar rumah 9.05 malam....satu jam lewat...Datuk tahu saya orang baru. Dia tunjuk jalan, masuk kiri masuk kanan sampai jumpa jalan mati," kata pemandu itu diiringi tepukan kakitangan Felcra yang hadir di majlis itu.

Ekoran itu, ia telah menaikkan darah Tajuddin dan berkata, "Saya tidak minta tepuk...tak perlu tepuk, ini bukan majlis politik," dengan nada marah.

"Saya minta ambil tindakan mahkamah hari ini juga,....kenapa selepas enam bulan tidak ada tindakan," kata Tajuddin marah dan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan kerana memalukannya.

"Dia kata dia hormat tetapi dia buat laporan polis. Saya sabar hampir beberapa bulan kerana saya fikir dia budak tidak perlu ambil tindakan. Tetapi hari dia nak tunjukkan dia benar, saya tak takut," kata Tajudin.

Menurut sumber Harakahdaily, peristiwa yang membawa pergaduhan secara berdepan di hadapan kakitangan Ibu Pejabat Felcra ini berlaku pada 21 Oktober 2009 lagi.

Ketika itu, dua pemandu Tajudin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak tidak dapat membawanya kerana seorang sakit dan seorang lagi terpaksa cuti secara tergesa-gesa.

Pemandu ini telah diarahkan membawa Tajudin ke satu majlis di rumah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Namun, mereka tidak jumpa rumah berkenaan. Tajudin menyalahkan pemandunya dan memukul kepala pemandunya dan mengambilalih stering kereta.

Ekoran pukulan itu, pemandu itu membuat laporan polis pada keesokan harinya (22 Oktober) di Balai Polis Johor Bahru Central, Johor.

Ekoran kejadian di ibu pejabat Felcra pada 3 Mei itu, pemandu berkenaan dikatakan telah membuat sekali lagi laporan polis iaitu pada 4 Mei sehari selepas keajadian itu. Laporan kali ini dibuat di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam majlis pada 3 Mei itu, Tajudin yang berucap di majlis itu marah-marah kerana pemandu berkenaan telah membuat laporan polis kononnya dia telah dipukul kira-kira enam bulan sebelum itu.

"Ada laporan kata, saya pukul driver saya....seluruh orang di Perak pun tahu. Kononnya supaya menteri ke, perdana menteri ke tidak dengar cakap saya, dengar cakap dia," mula Tajudin mengaitkan isu ini dalam ucapannya itu.

"Budak driver ini bawa saya pada satu malam nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin...ada dalam blog pun...pembangkang gunalah ini, kita dok bagi buahnya," kata Tajudin.

"Nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin, dia tak tau jalan...pusing-pusing, dekat satu jam...aik bila nak sampai, majlis nak habis dah...nak suruh saya senyum je dalam motokar...siang tadi kamu tidak pergi recky, mana rumahnya, senang kita nak pergi. Sudahnya saya pula ambil stering bawa dia, dia jadi bos..kita pula jadi diriver dia, hotlah kita," Tajudin memulakan serangannya kepada drivernya itu dalam perhimpunan bulanan yang disertai oleh semua kakitangan ibu pejabat Felcra termasuk semua pegawai kanannya.

Di majlis itu, Tajudin yang akan tamat kontraknya pertengahan Oktober depan turut memperkenalkan CEO baru Felcra Berhad.

"Esoknya, dia boleh berani pergi buat laporan polis dan dakwa dia kena pukul...tak ada tanda pun," kata Tajudin.

Ekoran itulah, pemandu Felcra itu bangun dan memberikan penjelasan di majlis itu dengan di sambut tepukan gemuruh perserta perhimpunan bulanan di Auditorium Felcra Berhad itu.


Bahagian 1


Bahagian 2



   

Gambar Amoi Cun dari The Malaysian Insider & Persoalan Besarnya, Benarkah Si Hamin Berkata Begitu?

Posted: 30 Sep 2010 08:45 PM PDT

Saya baca artikel di Agenda Daily tentang isu "si sepet mata dan si kaki botol". Yang menjadi kupasan artikel itu ialah etika kewartawanan wartawan The Malaysia Insider, Boo Su-Lyn, yang didakwa menyusup ke dalam majlis tertutup anjuran Puteri UMCO. Amoi itu "dihentam & disindir" dalam artikel itu. Majikan amoi ini turut juga menjadi mangsa sindiran. Antara tulisan itu menyebut:

..,Bab Hamin didakwa cakap rasis adalah satu hal lain.Tapi bagi kalangan rakan wartawan isu yang besar di sini ialah isu etika kewartawanan.
Ini etika jenis tok nenek sapa yang ajar boleh main ' intip' berlakon duduk dalam majlis tertutup orang gitu.
Semua wartawan kecil besar tua muda tahu adab dan sopan serta undang-undang tak bertulis kalau majlis taklimat tertutup itu ' no coverage '.TITIK.
Seorang wartawan veteran terdengar kata ' bullshit punya kerja ….kalau gila nak dapat story eksklusif pun…ini bukan caranyalah.'... 

Wah! Kalau begitu, penceramah atau sesiapa sahaja bolehlah mengutuk kaum lain atas alasan majlis yang dihadiri itu tertutup dan tidak membenarkan liputan media. Itu sahaja hujahnya! Walhal perkara yang perlu dibangkitkan, benarkah laporan wartawan itu? Jika tidak benar, negara ini menyediakan undang-undang untuk menghukum mereka yang membuat fitnah. Jika ada bukti wartawan ini memfitnah, sila kemukakan saman kepada amoi cun ini dan majikannya, The Malaysian Insider!  

Jadi persoalan wartawan ini "menyusup" masuk ke majlis orang bukanlah isu besar. Memang boleh dipertikaikan sedikit, namun jika majlis itu berlangsung tanpa menyentuh sensitiviti kaum lain dan mendukung semangat 1Malaysia yang dicanang-canangkan oleh Presiden UMCO, maka sudah tentu tiada masalah yang timbul. Persoalan besarnya ialah, benarkah Si Hamin itu berkata: "Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC....Si mata sepet tidak pernah menjejak ke masjid atau surau tetapi mempunyai satu undi. Si botol hanya tahu naik dan turun ke Batu caves dan juga mempunyai satu undi," 

Selain persoalan besar itu, timbul persoalan lain, adakah penjawat awam seperti Hamin ini menentang semangat yang digagas oleh PM? Perlukah juga kita berfikir bahawa Puteri UMCO juga menderhaka terhadap titah Tuan Presiden UMCO?

Polis Kawal Ladang Gadong Diganggu Fenomena Mistik!

Posted: 30 Sep 2010 07:00 PM PDT

Saya petik:
[UM] KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.

Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.

Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.

"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.

"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.

Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.

Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.

Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam....- Sharilfuddin Saari

* Gambar sekadar hiasan.

Lelaki ini Merogol dan Mencederakan Lebih 1000 Wanita!

Posted: 30 Sep 2010 05:20 PM PDT

Lelaki Jerman ini mengaku telah melakukan serangan seksual dan merogol lebih 1000 wanita selama 22 tahun melakukan jenayah itu. Berdasarkan pengakuannya, dia melakukan jenayah itu dengan meniru helah dalam filem Hollywood, iaitu The Silence Of The Lambs.

Joerg P, 46, mengaku bahawa dia melakukan serangan seksual atas dorongan kebencian dan keinginan untuk menghina dan merendah-rendahkan kaum wanita. Dia menggunakan helah yang dipaparkan dalam filem Hollywood itu untuk memerangkap mangsa.

Dalam filem The Silence of The Lambs, Anthony Hopkins yang membawa watak Jame Gumb menggunakan helah tangan patah untuk meraih simpati mangsa sebelum menyerang mereka. Suspek berpura-pura mengalami kecederaan yang sama lalu meminta izin menggunakan tandas di rumah mangsa.

Joerg mengaku terlibat dalam kes rogol dan serangan seksual di Belanda, Jerman, Belgium, dan Luxembourg. Biarpun begitu, lelaki ini diramal hanya akan meringkuk di penjara selama 15 tahun, iaitu hukuman maksimum bagi kesalahan itu.

Cerita lanjut di sini.

Tiada ulasan: