D'Perbatasan |
- PERKASA tukar haluan pulak dah!
- Chua: Ada pemimpin Umno 'tak berapa cerdik'
- Masjid mati sebelum manusia mati angkara Umno
- Karpal Yakin Keterangan Dr Razali Berbeza Dengan Catitan Di Dalam Nota Klinikal
- Seorang Tokoh Umno Kelantan,Siap Untuk Meninggalkan Parti
- Tanah orang Melayu semakin kurang... hempa yang sapu!
- Megalomaniacs And Mega Towers
- Pemilihan MPP Bermula 29 Okt Hingga 21 Nov
| PERKASA tukar haluan pulak dah! Posted: 28 Oct 2010 05:35 AM PDT "PERKASA berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini," kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan. PERKASA menjadi NGO terbaru yang sejak beberapa hari lau, semakin ramai menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan membina pusat hiburan itu. Mereka termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM). Sehubungan itu, menurut Arman Azha, PERKASA akan menganjurkan satu bantahan bagi menentang cadangan kerajaan itu. "Saya akan anjurkan satu bantahan dengan kerjasama bersama semua NGO yang tidak mahu perlaksanaan hub hiburan (ditubuhkan) di Malaysia dalam masa terdekat ini. "Kami ingin rundingan meja bulat dibuat bersama NGO yang terlibat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Program Transformasi Negara agar (tindakan) tidak menganggu gugat imej Malaysia di mata negara-negara OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam) dan Islam di dunia," katanya. Semalam Arman Azha berkata "lebih baik disediakan hab untuk operasi bagi memenuhi permintaan mereka yang sebegitu di suatu tempat yang khusus." Katanya, tindakan itu dapat memudahkan pemantauan daripada aspek keselamatan dan jenayah kerana pusat hiburan sekarang ini ada di mana-mana dan sukar dikawal. Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan awal minggu ini, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan. Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014. |
| Chua: Ada pemimpin Umno 'tak berapa cerdik' Posted: 28 Oct 2010 05:26 AM PDT Rakaman video di internet yang memaparkan seorang pemimpin bahagian Umno yang membuat ucapan bahawa partinya tidak memerlukan sokongan Cina dan India, dijangka tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil DUN Galas, kata presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno. "Jika kita mahu jawapan yang jelas, tanya perdana menteri. Perdana Menteri dengan jelas mempromosikan polisi 1Malaysia untuk setiap kaum. Ini amat jelas," katanya kepada wartawan di pekan Gua Musang hari ini. Chua (gambar) berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.Katanya, pemimpin Umno itu gagal bertindak atas semangat BN bagi menjaga kepentingan semua kaum. "Ini (klip vedeo) memberitahu kita bahawa ada pemimpin akar umbi Umno yang tidak berapa cerdik dari segi politik. Mereka ini kurang bijak. Kita akan laporkan kepada perdana menteri. "Mereka tidak sepatutnya keluar. Kita akan ikuti kes ini. Mereka tidak tidak mewakili BN dan sepatutnya bersara dan pulang," kata Chua. Chua mengulas klip video yang memaparkan ucapan ketua Umno bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Pusat Dagangan Dunia Putra pada tarikh yang tidak disebut. Menurut Johari, bagi membolehkan Umno menawan semula kerusi parlimen Titiwangsa, mereka memerlukan sokongan 70 peratus undi Melayu di sana. "Tuan-tuan, jika kita dapat 70 peratus daripada 32,000 undi Melayu, maka kita tidak lagi perlu undi Cina dan India," kata Johari sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di majlis itu. Ketika berita ini ditulis, video yang dimuat-naik di Youtube itu telah menarik minat 50,000 orang menontonnya dengan 600 komen yang kebanyakan mereka membidas Johari. |
| Masjid mati sebelum manusia mati angkara Umno Posted: 28 Oct 2010 05:18 AM PDT Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid. Akhirnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati. Sehubungan itu, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengatakan bahawa PAS meniru Umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam. ![]() "Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah tahaluf siasi tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS, sedangkan kerjasama Umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk wala', yang menggadaikan prinsip Islam," ujarnya dalam satu kenyataan. Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran,as-Sunnah, ijmak dan qias. PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa kerana perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam. "Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini," ujarnya sinis. Sehubungan itu, tegasnya PAS mencabar Muhyiddin jelaskan bila PAS menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Katanya, tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya, kata beliau Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam BN telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al-Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007. Jelasnya lagi, tahaluf siasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas di mana masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu. Dari Harakahdaily |
| Karpal Yakin Keterangan Dr Razali Berbeza Dengan Catitan Di Dalam Nota Klinikal Posted: 28 Oct 2010 05:15 AM PDT Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh yakin keterangan yang diberikan doktor pakar Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim adalah berbeza dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal yang enggan diserahkan kepada pihak pembelaan.Perbicaraan kes Fitnah 2 yang bersambung pagi tadi, mendapati pihak mahkamah dan pasukan pembelaan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibekalkan dua laporan perubatan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berlainan. Pada sesi soal balas hari ini, Karpal mengemukakan semula sama ada hakim, Datuk Zabidin Mohd Diah memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan. "kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya. Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu." kata beliau. Perbicaraan kemudian berhenti seketika sementara Zabidin mengarahkan kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan secara tertutup di kamar hakim berhubung tuntutan tersebut. Prosiding itu bersambung semula dengan Karpal mula bertanyakan soalan kepada Dr Mohd Razali berhubung nota klinikal yang enggan dijadikan sebagai rujukan beliau. Selepas berkali-kali mengasak dengan pertanyaan itu, mahkamah akhirnya berehat sekali lagi. Sementara itu, pihak pendakwaan pula menuntut Karpal supaya tidak berbuat demikian. Seorang lagi peguam, Sankara Nair kemudiannya bangun dan mepersoalkan tindakan pihak pendakwaan yang cuba menghalang peguam menyoal Dr Razali. Karpal dalam penghujahannya berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal. Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia. Perbicaraan kemudiannya dihentikan dan hakim mengarahkan semua pihak terbabit berbincang di kamarnya buat kali kedua dalam tempoh sejam. Semalam, Dr Razali memberikan keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia. Beliau turut mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia. Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu. Menurut Karpal, PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu. Mahkamah dihentikan buat kali ketiga pagi ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia. Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan. |
| Seorang Tokoh Umno Kelantan,Siap Untuk Meninggalkan Parti Posted: 27 Oct 2010 11:19 PM PDT NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alis pelolongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat. Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja. Ternyata ucapan dan rangsangan Najib Razak untuk membawa perubahan dan tranformasi kepada Umno tidak menyentuh hati tokoh berkenaan untuk terus berada dalam Umno. Gilang gemilang wajah puteri mungkin sudah tidak mampu mengikat langkahnya dari keluar dari rumah Umno. Mungkin keadaa Umno sudah teruk berbau sehinggakan beliau mengambil keputusan itu. Tidak dapat dipastikan apakah tindakan tokoh berkenaan akan disertai dengan segerombolan para pengikut dan penyokongnya? Tidak juga dipastikan apakah tindakan itu satu persaraan beliau dalam politik ataupun akan menyertai parti Pakatan Rakayt? Tetapi dari cakap-cakap orang sekelilingnya tindakan itu bakal memberi tsunami politik kepada Umno Kelantan terutamanya dibahagiannya. Apa sudah jadi dengan Umno Kelantan? Apakah ini menunjukkan kelemahan Mustapa Mohamed sebagai pengerusi perhubungan ataupun salah siapa? Tentu ada sebab musabab kenapa tokoh berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengucapkan sayonara kepada Umno? Elok juga kalau Umno Kelantan membuat kajian menyeluruh kenapa tokoh berkenaan sanggup meninggalkan parti yang dikatakan keramat itu. Mungkin Umno sudah kehilangan keramat atau dianggap berkarat oleh tokoh berkenaan. Kerana kalau Umno masih membawa berkat dan rahmat nan mungkin tokoh yang dikatakan pernah berpeluh pelai untuk membela dan menjaga hayat Umno sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun kita tunggu apakah alasan dan sebab musabab yang akan dinyatakan oleh tokoh berkenaan dalam sidang akhbar yang dijangka pada 1 November nanti |
| Tanah orang Melayu semakin kurang... hempa yang sapu! Posted: 27 Oct 2010 10:28 PM PDT Umno P.Pinang sudah lupa siapa yang merampas tanah orang melayu di P.Pinang, Lihat kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad didalam sinarharian hari ini. Beliau seperti melatakan kesalahan dan kegagalan kerajaan terdahulu (BN) yang merampas tanah-tanah penduduk melayu di P.Pinang dan di Seberang Perai kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) yang baru memerintah P.Pinang belum pun sampai 3 tahun. Kepada YB-YB Umno rakyat P.Pinang masih kuat ingatan mereka, Hempa yang rampas tanah-tanah orang melayu dekat Pulau dan sebelah seberang perai.. Ini lah Umno bila tak berkuasa baru ingat pada bangsa, tapi bila berkuasa bangsa hempa jijak! - Dperbatasan Tanah orang Melayu semakin kurang GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mempertahankan tindakannya mendedahkan masalah tanah orang Melayu di Pulau Pinang bagi menyedarkan mereka daripada terus terlena.Menurutnya, langkah tertentu perlu diambil bagai memastikan tanah yang ada tidak terus terlepas ke tangan orang lain yang mempunyai kuasa beli tinggi. "Orang Melayu dihimpit dari pelbagai sudut sama ada oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP dan kuasa beli sektor swasta yang dikuasai kaum tertentu. "Pelbagai polisi dan cara dilakukan untuk 'menghalau' atau meminggirkan orang Melayu dari tanah mereka sendiri. "Orang Melayu menjual tanah yang ada kepada pemaju swasta kerana tawaran harga lumayan manakala penduduk berdekatan tidak mampu membeli rumah kerana harga di luar kemampuan mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Menurutnya, tuduhan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa beliau bersikap rasis dengan membangkitkan masalah itu pada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur minggu lalu adalah tidak berasas. "Saya membuat kajian terperinci. Hasilnya saya dapati tanah milik orang Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). "Secara keseluruhannya tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hanya 20.41 peratus sahaja," katanya. Katanya, keadaan Melayu di Pulau Pinang kritikal adalah kerana kajian mendapati 7,000 orang akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di tanah milik orang lain seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas. -SinarHarian |
| Posted: 27 Oct 2010 10:20 PM PDT "Rakyat Malaysia mengatakan TAK NAK kepada Menara Warisan 100-tingkat yang memakan kos RM5,000,000,000 yang dicadangkan oleh PM Najib Razak dalam Bajet 2011. … Malaysians saying no to the RM5-billion 100-storey Mega Tower proposed by PM Najib in the 2011 budget. Malaysia needs better education, better health care, better public transportation, safer neighbourhood, cleaner water, but not taller building. We don't need another white elephant! … "Malaysia perlukan pendidikan, perubatan dan pengangkutan awam yang lebih baik, jiran-tetangga yang lebih selamat, air yang lebih bersih, dan bukannya bangunan yang lebih tinggi. … Kita tidak perlukan seekor lagi gajah putih yang membazirkan wang rakyat jelata. … Wahai, saudara-saudari warga Malaysia sekalian, biar kita bersatu tak mengira kaum, agama, budaya, bahasa, pendirian politik, geografi atau kelas. Biar kita bersatu dan membela nasib endiri. Merdeka! Merdeka! Merdeka!" ![]() I am beginning to sense that the issue will contribute to the downfall of the current regime of Barisan Nasional in the next general election. It is as if the last BN hurrah to showcase megalomania and illusions of grandeur will be a rallying point for the masses/rakyat fatigued by he struggle to survive the daily grind while robber barons rob, dine, and wine. The issue however is, developmental priority and what lies behind the proposal and what the proposed tower signifies. It is a question of political-economy and semiotics of developmentalism. Even the name "Warisan" begs the question of authentic history of Malaysia and reminds me of the propaganda song "Warisan" (Anak kecil main api …) used by the indoctrination outfit Biro Tata Negara to create unthinking and unquestioning and mentally-domesticated citizens out of the civil servants especially. Mega tower and idiotic pride I wrote this as my Facebook status when I read about the proposal: Tall towers do not symbolise progress. If the Malaysian government insists on otherwise, stick two toothpicks on top of the Petronas Twin Towers to make the building tallest in Malaysia, taller than the previous twin towers. Malaysia can then be known as the Toothpick Capital of the world – ar Or – a cheaper path towards grandiose-ness is, as a Facebook friend of mine suggested, is to build two high rise towers on top of Mount Kinabalu. The ruling regime is suffering from a complex called idiotic pride; trumpeting grandioseness on the outside but trampling democracy inside. I see the image of the oppressors smiling at the camera globally while an army boot is on the head of a screaming citizen on the ground, locally. This is the image of how the nation is responding to the five-billion ringgit question: The Warisan Tower, proposed as yet another megalomanic project to boost a national ego unprepared for a regime change. Instead of fixing the education system, attending to abject poverty in East Malaysia, poverty everywhere in general, addressing environmental degradation, improving race relations, fixing the judiciary, battling crime by instilling ethics in law enforcement, giving educational financial aid to deserving Malaysians of ALL races, the focus of the developmental agenda is on more towers, palaces, useless real estate projects, and translating meaningless developmental policies derived from a poorly-understood idea of development. This goes to the ultra-modernisation of our national defense system itself. We didn't even need to 'modernise the armed forces' – the enemy is inside the country, amongst the corrupt politicians and robber barons, not outside of us amongst the internally-problematic Asean nations themselves. In the history of human civilisations, the erecting of tall structures has in it the question of the winners and losers in history and of megalomanic rulers. Glorifying tyrants, sacrificing the masses From the ancient architectures of symbolic power such as the pyramids of Gizeh, the temples of the Incas and the Mayans, the Hanging Gardens of Babylon, the Great Wall of China, the Collosus of Rhodes, and many more – all these are about glorifying tyrants and sacrificing the masses. Millions died unknown in history whilst names such as Ramses, Shah Jehan, Shih Huang-Ti, and Nebuchadnezzar are remembered for their fame or infamy. In the history of postmodern civilisations, the erecting of the tallest structures has become a race for idiotic pride and madness. The Eiffel Tower, the Empire State building, the Sears Tower, and the Petronas Twin Towers, Xujjahui in China, International Commerce Centre in Hong Kong, Shanghai World Financial Centre, Taipei 101, Burj Khalifa, and the proposed Lotte World II – all these are symbols of idiotic pride of the both the capitalist and socialist worlds. Down below these towers lie a population characterised by marked disparity between the haves and the have-nots, and of those living in decaying urban slums. No, we do not need to trumpet our megalomanic tendencies. We need to look at our immediate needs and prioritise as a nation that is losing its sense of direction guided by a regime that is intoxicated with power derived from the orchestration of the archaic strategy of divide and rule using race as a tool. No, we cannot afford another tower of raw power. DR AZLY RAHMAN, who was born in Singapore and grew up in Johor Bahru, holds a Columbia University (New York) doctoral degree in International Education Development and Masters degrees in the fields of Education, International Affairs, Peace Studies, and Communication. He has taught more than 40 courses in six different departments and has written more than 300 analyses on Malaysia. His teaching experience spans both in Malaysia and in the United States and in a wide range of teaching context; from elementary to graduate education. He currently resides in the United States. |
| Pemilihan MPP Bermula 29 Okt Hingga 21 Nov Posted: 27 Oct 2010 10:17 PM PDT Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail berkata pemilihan bagi Majlis Pimpinan Pusat Parti pemilihan-PKR1PETALING JAYA 28 Okt - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail berkata pemilihan bagi Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat akan bermula pada 29 Oktober hingga 21 November, selama sepuluh hari bagi semua cabang-cabang KEADILAN di seluruh Malaysia dari Perlis hinggalah ke Sabah."Saya ingin menyeru semua 400,000 anggota KEADILAN yang layak mengundi dalam Pemilihan 2010 untuk turun beramai-ramai memenuhi hak mereka memilih pemimpin parti. "Semangat meraikan demokrasi menerusi pengenalan dasar satu anggota satu undi yang pertama di Malaysia yang dilihat sewaktu Pemilihan peringkat Cabang kini diteruskan di peringkat nasional," kata beliau dalam satu kenyataan media semalam. Saifuddin berkata pada masa parti-parti Barisan Nasional masih lagi terbelenggu dengan budaya politik kolot dan ketinggalan zaman, KEADILAN sekali lagi mencipta pembaharuan dengan membudayakan semangat politik baru. |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan