Khamis, 28 Oktober 2010

Biaqpila

Biaqpila


Anwar ulang alik dari KL ke Galas setiap hari

Posted: 28 Oct 2010 03:00 PM PDT


GUA MUSANG - Walaupun perlu berada di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur setiap hari bagi mengikuti kes liwatnya, namun tidak mematahkan semangat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tiba di Galas sehingga 4 November ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, pihaknya tidak akan tertipu dengan mainan politik pihak lawan yang mahu membataskan pergerakan beliau untuk membantu Pas di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Menurutnya, beliau akan terus berjuang walaupun terpaksa berulang alik setiap hari dari Kuala Lumpur ke Gua Musang untuk menghadiri ceramah perdana sehingga 3 November ini.

"Walaupun selepas (ceramah) ini saya perlu kembali hadir ke mahkamah pagi esok, esok selepas selesai urusan di mahkamah, saya akan terus ke sini semula.

"Jangan kita tertipu dengan mainan mereka, semoga kemenangan berpihak kepada kita pada 4 November nanti," katanya ketika menyampaikan ucapan di ceramah perdana Kampung Kerinting, kelmarin.

Dalam ceramahnya, Anwar menggesa pengundi DUN Galas menolak kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang dilihat suka menjadikan isu perkauman sebagai pendebatan mereka.

"Beza Pakatan Rakyat (PR) dan UMNO ini besar, kita walaupun mempunyai perbezaan kaum dan agama kita tidak nafikan perkara itu tetapi UMNO gunakan ia sebagai alat untuk menghina kaum lain.

"Bagi PR, kita anggap semua sebagai rakan dan kita tidak hukum sesiapa kerana warna kulit, dalam PR, Melayu, Cina dan India semua sama sahaja. Kita jaga kebajikan semua dan kita tolong semua," katanya.

Anwar berkata, pengundi di Galas perlu memilih Dr Zulkefli sebagai wakil rakyat memandangkan beliau mempunyai pengaruh dan sentiasa berkhidmat kepada rakyat.


SH



Seks beramai-ramai sambil hisap dadah

Posted: 28 Oct 2010 09:08 AM PDT


ANGGOTA AADK menyoal siasat lima penagih dadah yang ditahan dalam serbuan di Jalan Datuk Dalam, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU - Melakukan seks beramai-ramai sambil menghisap dadah.

Itulah tindakan yang disyaki sering dilakukan oleh sekumpulan lima penagih dadah sebelum dicekup sepasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Johor di sebuah pondok haram di Jalan Datuk Dalam di sini petang kelmarin.

Difahamkan, kesemua penagih dadah termasuk seorang wanita berusia 20-an sedang khayal ketika dicekup. Beberapa kondom terpakai juga ditemui bersepah di lantai pondok haram terbabit.

Malah, hasil pemeriksaan di pondok penagih terbabit turut menemui pelbagai pakaian yang disyaki disimpan penagih-penagih terbabit sebagai kemudahan untuk mereka menginap di situ.

Penolong Pegawai AADK Johor, Zulhilmi Ahmat berkata, kesemua penagih terbabit ditahan dalam Ops Res-Q selama tiga jam bermula pukul 3.30 petang kelmarin hasil maklumat orang ramai.

Turut ditemui ialah beberapa kad pengenalan, lesen memandu, kad-kad bank serta kad kredit dipercayai diperoleh daripada kegiatan ragut yang dilakukan oleh penagih-penagih terbabit.

Katanya, selain itu, beberapa dadah jenis heroin, morfin dan ganja juga ditemui.

"Pihak kami percaya pondok haram yang didirikan ini merupakan markas penagih-penagih dadah berkumpul untuk menghisap dadah selain melakukan aktiviti maksiat.

"Hasil siasatan juga mendapati pondok yang berdindingkan kayu serta beratap kain khemah itu dipercayai telah didirikan baru-baru ini," katanya semasa dihubungi semalam.

kosmo


Ibu maut digilis lori

Posted: 28 Oct 2010 05:00 AM PDT


PENDANG – Seorang wanita maut digilis lori pasir di Titi Kampung Hampar, di sini, petang Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, Rosiah Hussin, 47, dari Kampung Tok Sedau, dekat sini, dikatakan terjatuh apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan lori berkenaan sebelum digilis. Mangsa ketika itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari pekan ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik daerah Pendang, Cif Inspektor Abdul Ghani Khamis berkata, mangsa yang meninggalkan suami dan empat anak, menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.

"Motosikal mangsa dan lori itu datang dari arah jalan Sungai Tiang ke Pekan Pendang ketika lori terbabit tergesel dengan motosikal mangsa yang berada di kiri laluan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan digilis tayar belakang lori itu," katanya.

Abdul Ghani berkata, kejadian itu berlaku ketika kedua-dua kenderaan tiba di pangkal jambatan berikutan laluan yang sempit, tambahan pula ada kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

Menurutnya, lori yang membawa muatan pasir melebihi had itu datang dari Bukit Selambau.

Abdul Ghani berkata, pemandu lori terbabit terus melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh orang awam yang melihat kejadian itu.

"Seorang pemandu lain yang menyedari pemandu lori itu cuba lari meminjam motosikal penduduk untuk mengejar dan berjaya menahan lori itu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian," katanya.

Abdul Ghani berkata, pihak polis meminta lelaki terbabit tampil ke balai polis bagi membantu siasatan memandangkan dia yang melihat kejadian yang berlaku.

Selain itu, beliau meminta semua pemandu lori yang melalui jalan itu lebih berhati-hati dan mematuhi undang-undang memandangkan laluan di tempat itu begitu sempit dan digunakan ramai penunggang motosikal.

"Pemandu lori harus lebih berhati-hati memandangkan jalan Sungai Tiang ke Pendang itu sempit selain banyak selekoh. Pemandu lori harus memberi ruang kepada penunggang motosikal kerana banyak kes kemalangan maut yang membabitkan penunggang motosikal dengan lori di laluan itu," katanya.

SH

Ibu koma kena penumbuk anak

Posted: 28 Oct 2010 03:00 AM PDT

KEMAMAN – Seorang juruteknik Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) Kerteh boleh dianggap sebagai Si Tanggang moden apabila tergamak menumbuk ibu sendiri sehingga koma gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang di Kampung Mak Cili Paya di sini Ahad lalu itu berlaku ketika mangsa, Azizah Deraman, 47, didatangi anaknya yang mempersoalkan mengenai kelewatan persiapan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 6 November ini.

Difahamkan, suspek yang berusia 25 tahun tiba-tiba naik angin sebelum melepaskan tumbukan ke arah muka ibunya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, tindakan biadap suspek itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mukanya tersembam ke meja.

kosmo

WIFI DI PERKAMPUNGAN GUA MUSANG, ORANG JELEBU JANGAN BERSEDIH

Posted: 28 Oct 2010 12:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK semena-mena atau `tanpa dirancang' maka perkampungan di Gua Musang mencipta rekod `kampung WIFI' pertama di Malaysia. `Kebetulan' projek tersebut dijalankan di Gua Musang sewaktu Pilihanraya Kecil Dun Galas akan berlangsung. Sebelum ini `kebetulan' juga berlaku di Bagan Pinang apabila kem tentera dijanjikan dengan kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal sewaktu PRK Dun Bagan Pinang.
Setiap kali berlakunya PRK, ada sahaja `projek kebetulan' dan kesemuanya diakui dan dipercayai oleh SPR dan SPRM sebagai `kebetulan'. Jika bukan `kebetulan', sudah tentu ianya merupakan rasuah politik dan ianya menyalahi peraturan dan undang-undang pilihanraya. Tetapi kerana `kebetulan' makan dibolehkan.

Saya tidak tahu samada di Bagan Pinang kem tentera di situ sudah menikmati kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal atau belum. Tetapi, apa yang pasti `projek' pertama selepas Tan Sri Isa Samad menang di Dun Bagan Pinang adalah `projek' Tan Sri Isa sendiri iaitu beliau berkahwin baru setelah kematian isterinya. Saya difahamkan oleh rakan tentera di sana, satu apa pun tidak berjalan sebagaimana yang dijanjikan.

Saya anak Jelebu, MP Jelebu adalah DSU Dr Rais Yatim yang menjadi Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi. Di kampung saya, usahkan kemudahan WIFI, rangkaian 3G pun tiada. Lojiknya, tentulah kawasan Jelebu terlebih dahulu mendapat kemudahan WIFI tersebut memandangkan MP Jelebu adalah Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan. Lagi pun, Jelebu dirasakan lebih baik pembangunannya sedikit dari Gua Musang, cuma bas sahaja yang bermasalah di Jelebu. Namun demikian orang Jelebu jangan kecewa, mungkin jika ada Wakil Rakyat di tempat kita mati nanti adalah WIFI tu tiba secara `kebetulan'.

Gua Musang terdapat ramai masyarakat Orang Asli dan di dalam PRK Dun Galas ini masyarakat Orang Asli akan diberi keistimewaan. Bayangkan orang-orang Asli ini akan menggunakan kemudahan WIFI di rumah mereka. Saya tidak tahu samada majoriti rumah di Gua Musang sudah memiliki komputer atau tidak. Tetapi, WIFI tetap diberikan cuma bila projek ini akan bermula, Wallahu Aklam. Mungkin esok, lusa, tulat, tahun depan atau selepas `kiamat'. /wfauzdin.blogspot.com



Pelacur diarah pakai jaket cerah

Posted: 27 Oct 2010 09:00 PM PDT


GAMBAR menunjukkan beberapa pelacur memakai jaket berwarna cerah di Els Alamus, Sepanyol baru-baru ini.

ELS ALAMUS - Pelacur jalanan di sebuah bandar di Sepanyol diarahkan memakai jaket cerah oleh polis bagi mengelakkan kemalangan jalan raya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka mula memakai jaket keselamatan itu pada minggu lalu ekoran satu operasi yang dilakukan pasukan polis Catalan, Mossos d'Esquadra.

Dalam operasi itu, pekerja seks yang gagal mematuhi arahan tersebut di tempat mereka bekerja di lebuh raya LL-11 dekat sini, di Catalonia, timur laut Sepanyol akan disaman £35 (RM175).

Marah dengan tindakan polis, para pelacur berkenaan memakai jaket terang berwarna kuning itu bersama pakaian seksi mereka semasa bekerja walaupun kelihatan agak janggal.

Seorang jurucakap polis berkata, pihaknya bukan menjadikan pelacur sebagai sasaran kerana undang-undang lalu lintas itu melibatkan semua pejalan kaki.

Namun, sebelum ini, Datuk Bandar Els Alamus, Josep Maria Bea cuba mengusir pelacur-pelacur itu dari kawasan tersebut. - Agensi

kosmo


"Juru Kunci" Gunung Merapi Dipercayai Rentung Dalam Keadaan Sujud

Posted: 27 Oct 2010 06:00 PM PDT

Jenazah mirip Mbah Maridjan sedang sujud ditemui

YOGYAKARTA: Mbah Maridjan, Jurukunci Merapi yang berkeras enggan meninggalkan gunung berapi berusia 400,000 tahun itu, dipercayai meninggal dunia dalam kejadian letusan gunung itu petang semalam.

Pihak berkuasa termasuk doktor percaya satu jenazah melecur yang ditemui dalam keadaan bersujud ke arah kiblat dalam bilik tidur di rumahnya di kaki gunung itu di Cangkringan daerah Sleman, adalah Mbah Maridjan yang berusia 83 tahun.

Mereka, bagaimanapun, enggan mengesahkan perkara itu sehingga hasil ujian DNA diperolehi.

Dr Kresno Heru Nugroho dari Hospital Sardjito di sini berkata, mayat berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal Mbah Maridjan, termasuk satu ibu jari tangannya yang bengkok, serta warna dan pakaian terakhir yang dikenakannya sebelum bencana itu petang semalam.

Beberapa hari sebelum ini, Mbah Maridjan dilaporkan memberitahu saudara maranya bahawa beliau tidak akan meninggalkan gunung Merapi kerana memikul amanah sebagai Abdi Dalem Kraton Jogja (menghamba diri kepada Sultan Jogja) sebagai penjaga gunung itu.

Pasukan penyelamat malam tadi menemui 15 mayat di dalam dan luar rumah beliau yang melecur akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan abu dalam kejadian letusan Merapi petang semalam.

Satu daripada empat jenazah itu, yang ditemui dalam rumah Mbah Maridjan dikenalpasti sebagai wartawan portal berita vivanews.com berdasarkan dokumen pengenalan diri di mayat itu.

Mayat selebihnya ditemui bergelimpangan di halaman rumah jurukunci Merapi itu turut melecur.

Selain mereka, seorang bayi juga mati akibat hujan abu panas gunung merapi itu.

Puluhan ternakan lembu penduduk kampung di lereng gunung Merapi juga ditemui mati dalam kejadian berkenaan.

Sungguhpun sudah mengambil alih sebagai Jurukunci Merapi sejak awal 1980-an, nama Mbah Maridjan hanya menjadi popular semasa bencana letusan Merapi 2006 ketika beliau enggan berpindah meninggalkan rumahnya dengan alasan belum mendapat perintah Sultan Jogja untuk meninggalkan gunung itu.

Ketika itu, katanya beliau menerima tugas sebagai Jurukunci Merapi dari Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX dan belum ada perintah dari sultan sekarang untuk beliau pergi dari situ.

Padahal masa itu Sultan Hamengku Buwono X yang juga Gabenor Yogyakarta (anak Sultan Hamengku Buwono IX) sudah mengeluarkan perintah beliau berpindah namun Mbah Maridjan menganggap putera Sultan HB IX itu bukan raja, melainkan hanya seorang gabenor. - BERNAMA


Mbah Maridjan
Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Mbah Maridjan (nama asli: Mas Penewu Suraksohargo; lahir di Dukuh Kinahrejo, Desa Umbulharjo, Cangkringan, Sleman pada tahun 1927) adalah seorang juru kunci Gunung Merapi. Amanah sebagai juru kunci ini diperoleh dari Sri Sultan Hamengkubuwono IX.

Setiap Gunung Merapi akan meletus, warga setempat selalu menunggu komando dari beliau untuk mengungsi.

Ia mulai menjabat sebagai wakil juru kunci pada tahun 1970. Jabatan sebagai juru kunci lalu ia sandang sejak tahun 1982.

Sejak kejadian Gunung Merapi mau meletus tahun 2006, Mbah Maridjan semakin terkenal. Karena faktor keberanian dan namanya yang dikenal oleh masyarakat luas tersebut, Mbah Maridjan ditunjuk untuk menjadi bintang iklan salah satu produk minuman energi.

Keluarga

Mbah Maridjan mempunyai beberapa anak
Mbah Ajungan
Raden Ayu Surjuna
Raden Ayu Murjana
Raden Mas Kumambang
Mbah Ajungan menjadi penasihat presiden Sukarno tahun 1968-1969, kemudian menjadi wali Mangkunagara VIII tahun 1974-1987.

Dugaan Meninggal

Artikel ini terkait dengan suatu peristiwa terkini. Informasi di halaman ini bisa berubah setiap saat.

Pada tanggal 26 Oktober 2010, terjadi letusan gunung merapi yang disertai awan panas setinggi 1,5 kilometer. Gulungan awan panas tersebut meluncur turun melewati kawasan tempat mbah marijan bermukim. Sebuah jasad yang diduga kuat jasad dari Mbah Maridjan ditemukan kemudian oleh tim SAR bersama dengan 16 orang lainnya telah meninggal dunia, umumnya kondisi korban yang ditemukan mengalami luka bakar serius. -wikipedia






Tiada ulasan: