D'Perbatasan |
- AKUAN SUMPAH YANG DIPAKSA - BENARKAH RAHIMI BERBOHONG ?
- Muhyiddin!! Tunggu...
- Kaum Cina Tidak Lagi Fobia Pada Islam
- BN Bayar Gaji Kaki Tangan Kerajaan Dari Sumber Judi
- Bekas kakitangan Pejabat Anwar lancar kempen PRK Galas bagi pihak Umno
- Populariti Najib Merudum Akibat Sikap 'Flip Flop'
- Saifuddin sahut cabaran Muhyiddin, dedah nama
- The Making Of Liwat or Lewat lll
- Setiap ahli termasuk Zaid perlu hormati larangan dampingi media ‘musuhi’ PKR
- Chegubard Wajar Di Beri Ruang Mantapkan AMK
- Puteri Reformasi Layak Bergelar Naib Presiden
- Sistem Baru Berjaya Suburkan Amalan Demokrasi
- Pak Tam telah kembali ke Rahmatullah....
- Pelajar sekolah seks di tempat terbuka
- Pilihanraya Galas 4 November Ini Berapa Penjuru?
- Bagaimana Jika Umno Guna Hasil Judi Untuk Disedekahkan Kepada Umat Islam!
| AKUAN SUMPAH YANG DIPAKSA - BENARKAH RAHIMI BERBOHONG ? Posted: 06 Oct 2010 06:05 PM PDT Jawapan Sharpshooter - Ya memang benar kata Chegubard, sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang diamanahkan menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam. Manakala 2 orang amk dari N9 diamanahkan pula menjaga Rashid. Siapa Rashid? Mengapa Rahid? Sharpshooter akan dedahkan kemudian.Memang lucu, lawak & pelik, mengapa Rahimi membuat pengakuan setelah lebih daripada 2 tahun????Rahimi mungkin terlupa bahawa Sharpshooter waktu tu bersama Zulkifli Ibrahim (gambar kiri) yang waktu itu telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi kerana waktu itu beliau cukup tidak yakin & takut Najib yang waktu itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau dibenarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini' Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia. Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya. Rahimi menceritakan bahawa Saiful adalah kawan sekolahnya dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Rahimi bertemu semula dengan Saiful ketika dalam siri roadshow Ceramah Anwar semasa kempen PRU12. Rahimi terkejut bertemu Saiful semasa ceramah Anwar kerana Rahimi tahu Saiful merupakan penyokong kuat UMNO. Belum tiba masanya nak citer semua pengakuan Rahimi. Cuma rumusan pada hari ini, Sharpshooter ingin menegaskan bahawa jika Rahimi mengatakan beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah adalah satu pembohongan yang besar. Berita lanjut akan menyusul... Sumber: Sharpshooter |
| Posted: 06 Oct 2010 05:56 PM PDT Pantang dicabar!! Itulah dia Saifudin Nasution, S/U Agong Parti Keadilan. Don't play-play with him. You cabar him, dia tak lari dan dia tak berdalih. Tetapi.... he'll come up with proof dan kembalikan buah keras kepada you. Jangan you all tak tahu..... itulah dia abang Saifuddin Nasution.Dalam siri proses pemilihan MATC Parti Keadilan yang baru selesai diadakan, terdapat beberapa insiden kacau bilau yang berlaku. Tak banyak pun.... Boleh dibilang dengan jari jer. Itu pun kecoh dan diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak yang tak senang hati dengan sistem pemilihan baru yang diperkenalkan oleh Parti Keadilan. Semua laporan disensasikan untuk memberi persepsi buruk terhadap parti dan sistem pemilihan yang baru ini. Ada yang gatai mulut untuk turut masuk campur dalam urusan 'dalam kain PKR' dengan membuat cabaran bangang!! Yang peliknya.... tak pasal-pasal pulak dia berasa pedas?? Aha... sebagai menyahut cabaran Muhyiddin, hari ini Saifuddin telah mendedahkan siapa maloan yang membuat kacau semasa MATC PKR dulu. Tapi, Saifuddin ni bijak.... dia tak exposekan semuanya at one shot tetapi dia simpan sikit dulu. Ha... ha.. Saja nak bagi suspens. Mula-mula dia nak bagi Muhyiddin sengal perut. Later on... mungkin dia nak bagi pualk Mat Sembab tu tercirit dan terkincit!! Malaon yang buat kacau itu dikenal pasti melalui rakaman video. Aha... aha... Here we go!! Malaon itu ialah Razak Halili. Siapa maloan ini?? Anggota parti celam-celom. Sekejap parti itu, sekejap parti ini and then nak masuk balik parti ini tetapi dia direject. Kah... kah... kah... Barangan REJECT rupanya. Jeng... Jeng... Jeng.... Ada seorang lagi yang lebih sensasi. Tapi, dia belum mahu dedahkan identitinya buat masa ini, sebab... mungkin bukti belum lengkap lagi. Apabila semuanya settle nanti.... kita akan tahulah siapa malaon itu. Buat masa ini, cukuplah sekadar dia bagi sikit-sikit klu dulu... Perhaps, this will be a BIG SURPRISE for Muhyiddin. Bijak... Bijak... May be, Saifuddin is saving the best for last, kot?? So... Muhyiddin, jangan ke mana-mana, ya?? Tunggu..... |
| Kaum Cina Tidak Lagi Fobia Pada Islam Posted: 06 Oct 2010 05:53 PM PDT Marilah kita tinggalkan perjuangan kebangsaan kerana langit, bumi, bukan bangsa melayu yang buat, bukan bangsa Arab, tapi dibuat oleh tuhan segala bangsa, Allah! Perjuangan Islam yang kita galas, bukan satu pilihan tapi suatu kewajipan bila kita hidup menumpang muka bumi tuhan. Mana mungkin kita boleh berjalan atas muka bumi tuhan, makan dan minum dari rezeki tuhan, bernafas dengan oksigen tuhan, tiba-tiba kita tak nak buat kerja untuk tuhan, tak nak buat kerja untuk Islam. Atas dunia pun kalau kita masuk kedai, makan, minum kemudian tak nak bayar, orang akan marah apatah lagi kita tumpang segala-galanya milik Allah, tiba-tiba kita nak semuanya secara percuma. Mana ada jalan. Alhamdulillah, Islam bukan lagi satu fobia di dalam masyarakat kita. Malah pada malam ini kita menampilkan penceramah berbangsa Cina, YB Drs Khalil Idham Lim Abdullah, Adun Titi Serong. Indah dan terbukanya PAS kerana boleh terima siapa saja asalkan Islam. Umnolah yang bertanggungjawab mewujudkan suasana fobia masyarakat kepada Islam demi kepentingan politik sempit mereka. Mereka tahu, kalau masyarakat faham Islam dan mengamalkan cara hidup Islam, mereka akan kehilangan sokongan. Rakyat tak akan sokong Umno lagi. Lantas, demi survival politik, tak apa masyarakat rosak, asal mereka tak hilang sokongan. Inilah antara intipati ucapan saya dalam program Ceramah Umum sempena Program Hari Raya PAS DUN Langkap. Hadir sama Ustaz Mohd Pauzi Muda, Yang Dipertua Pas Kawasan, YM Tengku Ahmad Tengku Husin, Pengarah DUN Langkap dan Ustaz Rozali Mohammad.(Gambar) YB Drs Khalil Idham dalam ucapannya menceritakan di Negara Cina terdapat kira-kira 130 juta ummat Islam malah ada satu masjid di sebuah wilayah di Cina, kehadiran solat Jumaat mencecah sehingga 20,000 orang jamaah. Beliau yang berasal dari Bachok, Kelantan mengucapkan kalimah syahadah ketika berusia 22 tahun mengakui ketenangan berada dalam agama Allah. Islam mengajar kita, dengan kuasa anugarah Allah, wajib kita berlaku adil kepada semua rakyat walau apa bangsa sekalipun. Inilah yang telah dipraktikkan ketika era kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Bohong tuduhan Umno bahawa DAP anti Islam. Ini semua tuduhan orang buta maklumat. Kelulusan pemberian tanah kepada Pondok Pok Teh di Pengkalan Hulu, Perak disokong oleh Exco DAP sedangkan lebih 10 tahun permohonan tersebut terbengkalai dizaman kerajaan Umno. Semua orang tahu siapa yang hentikan bantuan kepada SAR kalau bukan Umno. Semua orang tahu siapa yang sambung balik peruntukan untuk SAR kalau bukan kerajaan Pakatan Rakyat termasuk kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang dituduh Umno sebagai kerajaan kafir harbi. Salahkah Lim Guan Eng kerana dia Cina sedangkan sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang semua Cina. Exco DAP Perak juga yang mencadangkan qari dan qariah Perak yang menjadi johan ujian tilawah peringkat kebangsaan ditaja untuk mengerjakan haji dengan biaya kerajaan negeri. Ini cuma beberapa contoh. Pemberian hak milik tanah kepada orang-orang Cina yang rata-ratanya miskin di Kampung Baru dan telah menetap di situ hampir 2 generasi tanpa dapat hak milik di zaman Umno, apakah boleh dikira mengadaikan tanahair kita kepada bangsa lain sedangkan kerajaan Umno mengurniakan puluhan ribu hektar tanah kepada tauke-tauke Cina yang kaya raya. Seolah-olah bantu orang-orang Cina miskin, salah! tapi bantu tauke Cina yang kaya raya, tak apa! Ini undang-undang mana Umno guna pakai. Lantas, apa untungnya Umno cuba mengapikan sentimen perkauman dan keagamaan. Kononnya Najib menawarkan bantuan kepada Obama bagi mengatasi masalah Islamofobia tanpa dia sedar Umnolah yang sebenarnya fobia dengan Islam. Dr Azman Ibrahim |
| BN Bayar Gaji Kaki Tangan Kerajaan Dari Sumber Judi Posted: 06 Oct 2010 09:27 AM PDT |
| Bekas kakitangan Pejabat Anwar lancar kempen PRK Galas bagi pihak Umno Posted: 06 Oct 2010 08:24 AM PDT Umno panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di DUN Galas. Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais peembakar suhu perkauman sudah tentu pilihanraya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka. Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik. Bn cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini 'KuLi' sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur. Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Pakatan Rakyat jika turun dengan jentera yang padu pasti Bn tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar. Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim. Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2. Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu. Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi. Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu. Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar. Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah. Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi. Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam. Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana. Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ? |
| Populariti Najib Merudum Akibat Sikap 'Flip Flop' Posted: 06 Oct 2010 05:52 AM PDT Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah laman web pro-Umno, nobisha.com mendapati tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jatuh menjunam di kalangan pengundi Melayu hampir 30 peratus dalam masa tiga bulan.Dalam kajian bertajuk "Analisis Malaysia", hanya 56.5 peratus atau 1,383 responden yang terdiri daripada kaum Melayu atas pagar berpuas hati dengan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri. Kajian terbaru ini sekaligus menyanggah kajian yang dijalankan Merdeka Centre pada Mei 2010 yang mengatakan 78 peratus pengundi Melayu berpuas hati dengan kepimpinan Najib. Ahli Parlimen Datuk Johari Abdul yang dihubungi Suara Keadilan berkata beliau bersetuju dengan pandangan tersebut kerana apa yang diuar-uarkan oleh Najib melalui slogan 1 Malaysia hanya retorik semata-mata. Menurutnya, apa yang dilaungkan Najib mengenai 1 Malaysia hanyalah omongan kosong kerana mengamalkan dua polisi yang berbeza dalam melayan kehendak swaya, Petubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa). "Dalam pada Najib menghebah-hebahkan semangat 1 Malaysia, pada masa yang sama beliau melayan permintaan Perkasa yang ekstrimis dan tidak munasabah. Malahan, beliau nampaknya tidak konsisten dalam isu Perkasa dan dilihat semakin menjadi-jadi menyemarak sentimen perkauman. "Beliau kena buktikan 1 Malaysia kerana rakyat boleh baca Najib hanya bermain politik semata-mata untuk memancing undi. "Saya tidak berasa was-was jika sokongan orang Melayu merundum kerana sikap dan dasar 'flip-flop' beliau sehinggakan pemimpin Umno turut tidak mempercayai beliau," ujarnya. Kata Johari lagi, Najib sekarang ini diibaratkan seperti masuk ke dalam tanah jerlus, terperangkap dan berada di dalam keseorangan tanpa sesiapa pun ingin membantu beliau. Pengendali web berkenaan, Norizan Sharif yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif INMIND, sebuah organisasi pemikir bagi kerajaan negeri Selangor semasa di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional, mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam pengurusan organisasi termasuk terlibat secara langsung dalam aktiviti penyelidikan, penulisan dan latihan. Beliau juga membuat pengkhususan dalam bidang Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Kajian beliau tersebut adalah siri projek kajian pendapat awam komuniti atas talian yang dilaksanakan menerusi blog "Bicara Nobisha" http://www.nobisha.com. Kajian tersebut dijalankan bagi mengetahui pendapat komuniti atas talian terhadap isu sosio-politik bagi mengalakkan perbahasan isu secara berhemah; sekaligus mematangkan proses politik di negara ini. Siri pertama kajian ini memaparkan pandangan 1,383 responden berbangsa Melayu dalam soal kepimpinan negara dan politik Malaysia dari sejumlah 1,483 responden berbilang bangsa. Kajian itu juga mendapati hanya 28 peratus responden berpuas hati dengan prestasi anggota Kabinet secara keseluruhannya manakala hanya 36.4 peratus berpuas hati dengan cara mereka menguruskan isu dalam negara. Dalam kajian pendapat awam tersebut, sejumlah besar responden iaitu 42.8 peratus tidak berpuas hati dengan cara anggota Kabinet menguruskan isu dalam negara manakala 20.8 peratus lagi tidak pasti mengenai hal itu. Menurut laman web tersebut, antara yang dipertikaikan ialah perlantikan Senator sebagai Menteri dan parti komponen Barisan Nasional yang kalah diberikan tempat yang banyak dalam Kabinet. Selain itu percanggahan keputusan antara seorang Menteri dan seorang Menteri yang lain seperti pengumuman pemindahan Parlimen ke Putrajaya, pembatalan keputusan kerajaan dalam isu kenaikan harga minyak, perbezaan pendapat antara Menteri dan Timbalan Menteri dalam isu isu Akta Universiti dan Kolej adalah antara perkara yang menjadi perhatian komuniti atas talian. Umno tidak berubah Sebanyak 43.7 peratus responden tidak bersetuju bahawa Umno telah berubah menjadi sebuah parti yang lebih baik selepas Pilihan Raya Umum ke-12 sementara 20.4 peratus lagi menjawab tidak pasti. Hanya 35.9 peratus sahaja responden bersetuju Umno telah berubah menjadi lebih baik. Bagaimanapun, ini tidak bermakna Pakatan Rakyat boleh berada dalam keadaan yang cukup selesa. Ini kerana hampir separuh iaitu 48.1 peratus responden tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat telah memenuhi harapan pengundi, manakala 27.9 peratus lagi merasa tidak pasti. Hanya 24.0 peratus responden sahaja yang setuju Pakatan Rakyat telah memenuhi harapan pengundi. Sebanyak 66.8 peratus responden berpendapat, Barisan Nasional akan kekal mentadbir Kerajaan Persekutuan, manakala 33.2 peratus responden lagi berpendapat Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU-13. Keputusan kajian ini juga menunjukkan kerajaan mengawal dan mengongkong organisasi media utama di negara ini tanpa memberi ruang kepada kebebasan media menyebabkan rakyat memperolehi maklumat yang terhad. Sebahagian besar responden iaitu 86.0 peratus yang berpendapat BN akan membentuk kerajaan pada PRU-13, mendapat sumber utama dari akhbar (media cetak) dan radio serta tv (media penyiaran). Bagaimanapun, jawapan responden yang mengatakan sumber utama mereka ialah internet berpendapat Pakatan Rakyat akan membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-13 ialah sebanyak 48.3 peratus. Ini bermakna media maya akan menjadi lapangan pertarungan utama kepada parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. |
| Saifuddin sahut cabaran Muhyiddin, dedah nama Posted: 06 Oct 2010 05:48 AM PDT Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau menjawab cabaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dengan mendedahkan satu nama didakwa mendalangi kekecohan ketika pemilihan cabang parti itu dua minggu lalu.Selain itu menurut Saifuddin (gambar), beliau sedang meneliti satu lagi nama yang dipercayai ahli sebuah "parti terbesar" dalam Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun beliau enggan menamakan parti itu, tetapi memberitahu akan "checkmate" Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, sebagai sahaja memperoleh maklumat lengkap. "Ya, boleh sifatkan begitu," kata beliau ketika ditanya sama ada respons beliau hari ini boleh dianggap sebagai menerima cabaran Muhyiddin minggu lalu. "Saya ada satu lagi nama, yang tengah saya teliti, yang terlibat di cabang Klang... apabila saya dapat, saya akan 'checkmate' Tan Sri Muhyiddin," kata Saifuddin pada pertemuan khas di pejabatnya di sini hari ini. Ahli Parlimen Machang ini memberitahu, selaku pentadbir proses pemilihan beliau menerima cabaran Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN). "Dia kata namakan, saya kata OK. Saya berikan satu nama... Razak Halili, dia bukan anggota parti," kata Saifuddin sambil menegaskan, Razak adalah antara beberapa individu bukan ahli PKR yang didapati menyebabkan kekecohan di tiga cabang di Selangor dua minggu lalu. Kata Saifuddin, beliau sebenarnya tidak mengkategorikan mereka sebagai ahli Umno ketika mendedahkan isu berkenaan 27 September lalu. Pada sidang media 27 September lalu, kata Saifuddin, beliau hanya mengatakan mereka yang dipercayai menyebabkan kekecohan pada waktu "serentak" di tiga cabang berkenaan sebagai individu bukan anggota PKR, segelintir yang mencetuskan provokasi dan sekumpulan ahli PKR. "Saya tidak sebutpun nama Umno. (Pemimpin Umno) bacalah dulu, adakah saya menyebutkan perkataan Umno. "Hari ini saja saya sebutkan nama Razak, bekas ahli Umno, masuk Keadilan dan keluar Keadilan... sama ada dia masuk Umno, yang itu Muhyiddin kena semaklah... boleh jadi...," katanya lagi. "Tetapi yang di Klang saya sedang tengok, memang ahli satu parti terbesar dalam BN, bukan Keadilan, bukan PAS, bukan DAP... parti itu parti terbesar, agak terbesar juga, dalam BN. "Bila saya teliti nombor (keahlian), saya akan 'checkmate', saya berlapik begitu sekali apabila berdepan dengan isu ini, jangan gopohlah, jangan gelojohlah Timbalan Perdana Menteri... nama (ahli membuat kekecohan di Klang) nanti dulu, saya sedang tengah siasat," kata beliau lagi. Razak juga telah membuat laporan polis terhadap kepimpinan cabang Kuala Langat berhubung kekecohan 26 September lalu. Saifuddin juga berkata Razak pernah memohon untuk kembali menyerati PKR tetapi ditolak. "Razak asal Umno, kemudian Keadilan. Bila kita kalah teruk tahun 2004, ramai orang tawar hati, dia tulis surat (untuk keluar), saya dapat laporan lengkap, surat... kita ada semua maklumat. "Kemudian dia pernah memohon masuk parti semula, tetapi parti tidak luluskanlah, kamu keluar ketika parti berada di garis paling rendah tetapi (apabila) parti ada kerajaan, kamu hendak datang balik, jadi ada masalah. "Jadi bila dalam keadaan begitu, jangan cerai bini senang-senang," katanya sambil menegaskan Razak juga tidak mengundi pada pemilihan cabang Kuala Langat. "Dia tidak mengundi, tetapi datang berucap dalam tempat mengundi," katanya. Pertengahan minggu lalu, Muhyiddin mencabar Saifuddin supaya membuktikan dakwaannya bahawa pihak luaran telah mensabotaj pemilihan beberapa cabang parti itu 26 September lalu. "Jika mereka ada isu atau masalah, mereka sendiri perlu memikul tanggungjawab... jangan menyalahkan orang lain. "Itu adalah masalah mereka," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN. "Saya mencabar Saifuddin agar memberikan bukti. Beritahu kami siapa dan di mana. Jika orang luar bermaksud kami (Barisan Nasional)," kata beliau. Dalam kenyataan minggu lalu, Saifuddin berkata kekecohan yang berlaku pada mesyuarat agung dan proses pemilihan peringkat cabang PKR di beberapa lokasi kelmarin terpaksa ditangguhkan kerana beberapa isu termasuk kerosakan kotak undi oleh orang luar. Saifuddin berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan foto, yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme. "Melalui rakaman foto, petugas kami mengesahkan individu yang dikenal pasti bukan ahli parti, cuba mencemarkan imej PKR. "Kami boleh mengesahkan wujudnya elemen provokasi kerana apa yang berlaku sama sahaja caranya iaitu kotak undi dipecahkan, kertas undi diselerakkan dan selepas itu mereka beredar," katanya. Malah, anggota Majlis Pimpinan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie pula mendakwa kekecohan di cabang PKR Kapar, Klang, Kuala Langat dan Kota Raja merupakan satu pelan terancang oleh kumpulan yang sengaja mahu memburukkan imej parti. Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, kekecohan tersebut didalangi oleh bukan anggota parti dengan niat membuat kekacauan ketika pemilihan. "Mereka memang dikenal pasti sengaja melakukan provokasi termasuk mengganggu proses pemilihan, merampas kertas dan kotak undi serta menyerbu ke dalam dewan," katanya. Shuhaimi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, mendakwa kumpulan itu merancang pelan itu lebih awal dan mahu menunjukkan pemilihan PKR itu tidak telus dan tidak teratur. |
| The Making Of Liwat or Lewat lll Posted: 06 Oct 2010 05:44 AM PDT Rahimi Osman memang tidak pernah dipercayai dari dahulu lagi. Masakan orang kuat Anwar Ibrahim Club pernah menyerang dia di dalam blognya sendiri. Kenapa Rahimi Osman tampil untuk tuduhan liwat kali ke-3. Ini kerana tuduhan Saiful terhadap Anwar tidak cukup kuat. Rakyat tidak percaya walaupun ada segelintirnya percaya. Maka Rahimi tampil sekali untuk menyedapkan cerita lagi. Percayalah Anwar harus masuk penjara. Melalui cara ini, maka Pakatan Rakyat akan musnah. Jangan siapa nafikan. Tahun depan akan wujud lagi pertuduhan tak masuk akal terhadap pimpinan Pakatan Rakyat. Tahun depan merupakan sweeping pemimpin Pakatan Rakyat. Semua ini kerana mahu menjamin kemenangan Barisan Nasional. Tahun depan jugalah Najib akan bertindak lebih kejam dan ganas. Buat rakyat Malaysia, bersiap - sedia dengan tindakan ganas Najib. Siap sedia dengan berita - berita penahanan dan pertuduhan yang tak masuk akal terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Orang - orang penting dalam Pakatan akan dihumbankan dalam penjara. Tujuannya agar Pakatan Rakyat lemah dan musnah. Buat rakyat Malaysia, apa tindakan kita untuk menghadapi cabaran ini? Bak kata Hishamuddin Rais "Kalau pilihanraya ini dapat menumbangkan BN, sudah lama pilihanraya akan diharamkan!" Dari dragsuperstar |
| Setiap ahli termasuk Zaid perlu hormati larangan dampingi media ‘musuhi’ PKR Posted: 06 Oct 2010 12:59 AM PDT Setiap ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mematuhi keputusan komponen Pakatan Rakyat (PR) itu yang tidak membenarkan media-media tertentu daripada membuat liputan aktiviti parti tersebut. Keputusan itu merangkumi calon-calon yang bertanding pada pemilihan parti kali ini, termasuklah Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden.Diminta mengulas amaran Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa calon-calon yang bertanding pemilihan kali ini harus mengelak daripada memberi kenyataan kepada media yang dilarang PKR, Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan parti adalah jelas dalam isu ini. "Apakah keputusan parti? Disiplin parti ialah ahli parti mesti mematuhi keputusan parti. "Dalam soal ini parti telah membuat keputusan bahawa media tertentu, dalam kes ini Utusan yang secara berterusan, bertubi-tubi menyerang parti, maka ahli-ahli perlu mematuhi keputusan parti," katanya. Kata Saifuddin, setiap ahli boleh mempunyai pendirian masing-masing mengenai kebebasan media. "Tetapi apabila ada keputusan parti, keputusan parti kena diterima," kata beliau pada pertemuan khas di sini hari ini. ![]() Zaid minggu lepas bertemu-bual dengan akhbar Mingguan Malaysia and New Straits Times. — Gambar fail |
| Chegubard Wajar Di Beri Ruang Mantapkan AMK Posted: 06 Oct 2010 12:38 AM PDT Bagi jawatan Ketua AMK pula, Chegubard dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk mengambil alih kepimpinan daripada Samsul Iskandar Md Akin. Apa rasionalnya, kerana Samsul sudah diberi ruang yang secukupnya untuk membawa perubahan dalam AMK.Namun banyak kelemahan yang dikesan masih berlaku dalam gerakan anak muda itu. Antaranya, tiada gerakan besar-besar untuk menarik seberapa ramai anak muda menyertai AMK. Akhirnya berlakulah mesyuarat AMK cabang yang ketandusan ahli, malah ada yang tidak cukup calon untuk dilantik sebagai AJK di peringakt cabang. Jika dilihat kepada jumlah anak muda yang menyertai AMK juga amatlah membimbangkang. Dua tahun selepas kemenangan di Pilihanraya Umum 2008 yang lalu, namun masih ada cabang yang ahli AMK tidak sampai 20 orang. Apakah yang berlaku sebenarnya. Samsul tidak boleh dipersalahkan sebenarnya, mungkin kerana ada Exco AMK yang hanya mengejar jawatan tetapi lemah untuk melakukan tindakan. Akhirnya ini jelas dilihat berlaku di MATC baru-baru ini. Disamping itu, AMK juga dilihat gagal menggerakkann jentera "perang siber" untuk berhadapan dengan musuh. Walhal ramai pihak yang berminat menawarkan diri untuk berkerjasama. Akhirnya cabang AMK langsung tidak mempunyai jaringan siber untuk diterokai oleh anak muda. Sepatutnya setiap cabang sudah mempunyai blog sendiri untuk memperkemaskan aktiviti. Ada sesetengah cabang AMK yang tidak langsung berfungsi akibat kekurangan dana dan latihan yang secukupnya untuk memimpin. Justeru itu, satu perubahan besar perlulah dibuat mulai sekarang. Gerakan anak muda perlu diperkemas dan dimantapkan lagi agar ia berupaya meneruskan agenda perjuangan. Chegubard dilihat berupaya melaksanakan tugas tersebut berdasarkan pengalamannya selama ini. |
| Puteri Reformasi Layak Bergelar Naib Presiden Posted: 06 Oct 2010 12:37 AM PDT Tawaran Nurul Izzah untuk bertanding jawatan Naib Presiden telah dipandang sinis oleh ramai pihak. Kononnya beliau masih terlalu muda untuk berada disitu. Tambahan pula, wujudnya unsur kronisme andai beliau bertanding disitu. Apa tidaknya, bapanya Anar Ibrahim Penasihat Umum, ibunya Wan Azizah Presiden dan jika beliau menang maka dia akan menjadi salah seorang Naib Presiden. Namun harus diingat bahawa Nurul Izzah telah lama berkorban masa dan tenaga untuk meneruskan agenda perubahan itu sendiri sebenarnya. Beliau terpaksa bergelumang dengan berbagai keperitan sejak era reformasi lagi. Semuanya dek kerana hasratnya untuk membela nasib keluarga dan rakyat yang terus tertindas ketika itu. Mendapat jolokan "Puteri Reformasi" ketika itu, maka Nurul berupaya membawa perubahan besar kepada parti andai dipilih ke jawatan itu. Hubungan erat dengan pucuk pimpinan tertinggi parti boleh menjadi landasan mudah untuk beliau meneruskan agenda perubahan itu. Ramai yang terkilan apabila beliau mengumumkan hasrat tersebut, kerana Wanita PKR sebulat suara telah mencalonkan nama Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) ke jawatan itu. Ramai yang mengandaikan bahawa undi wanita akan berpecah dua susulan hasrat Nurul itu. Namun, kekuatan sebenarnya ada pada diri masing-masing dan tidak perlu dipertikaikan. Nurul dan Fuziah mempunyai kehebatan tersendri untuk menarik undi. Tidak ada perbezaan ketara andainya Nurul berjaya atau Fuziah berjaya. Apa penting, suara wanita itu perlu diperkasakan dalam membawa misi untuk menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Justeru itu, Nurul Izzah adalah calon paling sesuai untuk mewarisi ketokohan ibubapanya kelak. |
| Sistem Baru Berjaya Suburkan Amalan Demokrasi Posted: 06 Oct 2010 12:35 AM PDT Percubaan PKR dengan sistem baru ini amatlah menarik bagi menyuburkan amalan demokrasi. Persoalannya, apakah ia praktikal dibuat pada masa ini? Sedangkan jentera petugas pemilihan parti dilihat tidak mencukupi untuk mengawasinya. Apapun, PKR dilihat berani mencuba dan sanggup berhadapan dengan risiko besar sebenarnya. Risiko pertama yang berlaku sudah pun dilalui. Kekecohan akibat berbagai masalah yang terjadi semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan Pemilihan parti diperingkat cabang baru-baru ini. Masalah timbul akibat, kurangnya persediaan parti untuk melaksanakan sistem baru itu. Ramai pihak yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan perlaksanaannya. Namun begitu, ia harus dilihat dari sudut yang positifi kerana secara keseluruhannya sistem itu berjaya membendung berbagai masalah lain yang berlaku selama ini. Memang benar ada sesetengah cabang yang bermasalah, tetapi jumlahnya agak kecil dan tidak menggambarkan kegagalan sistem tersebut secara keseluruhannya. Kini semua mata tertumpu kepada pemilihan pucuk pimpinan parti yang dijadualkan berlangsung November ini. Kerusi panas yang dinantikan sudah pasti bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Angkatan Muda (AMK). |
| Pak Tam telah kembali ke Rahmatullah.... Posted: 06 Oct 2010 12:24 AM PDT ![]() Pak Tam telah kembali keRahmatullah pada jam 10:30 malam di Hospital Besar P.Pinang sebentar tadi. Pak Tam merupakan Bekas Ahli Majlis MPSP dan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh. Permatang Pauh kehilangan seorang tokoh yang gigih dalam perjuangan. Beliau memberi laluan kepada TKM 1 untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh pada pemilihan tahun 2010 biarpun agak kontroversi sebab adanya "tangan ghaib" yang mendesak Pak Tam menarik diri. Jenazah Pak Tam akan dikebumikan esok selepas Zohor. Takziah dari seluruh pejuang REFORMASI dan PAKATAN RAKYAT ucapkan kepada keluarga Pak Tam. Semoga Allah menempatkan roh Pak Tam bersama orang-orang beriman...Amin.. Al-Fatihah. |
| Pelajar sekolah seks di tempat terbuka Posted: 06 Oct 2010 12:21 AM PDT ![]() Tahniah diucapkan kepada Ketua Menteri Melaka, Ali Ketam atas jasa mewujudkan Sekolah Termengandung Ali Rustam (STAR) Maka dengan ini dapatlah kiranya budak - budak yang termengandung dihantar ke sana. Tentu sekali Ali Ketam sangat berbesar hati sekiranya dapat membentuk satu kumpulan anak-anak haram yang dihasilkan oleh remaja-remaja sekolah hasil dari persetubuhan haram. Sebelum ini secara rasminya sudah lima orang pelajar mendaftar masuk ke STAR, JASIN: Sekolah Harapan semalam menerima kumpulan pertama lima pelajar hamil luar nikah, dengan empat daripada mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November dan Disember ini. Pengerusi sekolah itu, Datuk Ab Rahaman Ab Karim, berkata keempat-empat pelajar terbabit masing-masing berusia 17 tahun, termasuk seorang daripadanya berbangsa Cina itu kini sedang mengandung enam bulan. -Berita Hairan ![]() Pada kali ini ReJaM© nak beritahu Ali Ketam, seorang lagi pelajar sekolah akan mendaftar di sekolah Ali Ketam, bukan dalam masa terdekat ini, tetapi dalam masa sembilan bulan akan datang. Di sini ReJaM© berikan gambar mereka untuk rujukan Ali Ketam dan pihak pengurusan Sekolah Termengandung. Pelajar ini baru sahaja melepasi kriteria pertama untuk mendaftar di Sekolah Ali Ketam iaitu mereka sudah melakukan persetubuhan haram. Maka tunggu masa sahajalah untuk kriteria kedua iaitu termengandung! Ali Ketam sila klik gambar-gambar remaja ini ye untuk membesarkan image sebagai rujukan Ali Ketam. ![]() ![]() Dari ReJaM© |
| Pilihanraya Galas 4 November Ini Berapa Penjuru? Posted: 05 Oct 2010 11:55 PM PDT Saya difahamkan, PRK Galas akan disertai oleh sebuah pertubuhan serba rasis iaitu PERKASA.Saya menyambut berita ini sebagai berita baik untuk kem Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Galas yang jatuh pada hari bekerja 4 November iaitu sehari sebelum Deepavali. Apabila UMNO meletakkan calon, begitu juga dengan PERKASA, maka seharusnya undi terhadap parti kemelayuan akan terbahagi dua manakala undi untuk parti keislaman akan solid menjadi satu. Ini merupakan kelebihan yang terserlah apabila kita menjadikan Islam itu sebagai landasan perjuangan. Tiada dua Islam, hanya satu Islam melalui PAS. Semoga hasrat untuk melihat pertandingan 3 penjuru di antara UMNO, PERKASA DAN PAS akan menjadi kenyataan, dan pasti kemenangan besar akan memihak kepada PAKATAN RAKYAT apabila undi polular BN akan terbahagi dua. Terima kasih PERKASA ! Ulasan Pendek EDYES |
| Bagaimana Jika Umno Guna Hasil Judi Untuk Disedekahkan Kepada Umat Islam! Posted: 05 Oct 2010 11:48 PM PDT Mengumumkan sumbangan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata berita itu disampaikan kepadanya oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sports Toto Berhad, Tan Sri Vincent Tan." Sumber: Berita Harian HIPOKRIT: Kalian lihatlah sendiri wajah munafiq parti yg bernama Umno ni..betapa mesra dan intimnya pemimpin Umno dengan tokeh judi negara Vincent Tan...bukan sahaja menerima sumbangan judi haram, bahkan mendermakan wang itu pada rakyat Iraq yang sengsara akibat peperangan! Mana suara lantang penyokong Umno? mana demontrasi PERKASA? mana ulasan YB Zul? mana bantahan ulamak muda Umno?..ternyata kalian hipokrit jika sudah tahu dan mendiamkan diri dlm isu ini... Artikel berita ini mungkin cuba dipadamkan oleh Berita Harian kerana sehingga kini penulis gagal menemui artikel asalnya...namun melalui 'library.perdana.org', penulis dapat mengesan dan memaparkan balik berita tersebut sepertimana link diatas.. Penulis akan mengemaskini berita ini dalam satu entry khas "Koleksi UMNO dan JUDI" di SINI utk memudahkan rujukan di masa hadapan...wallahua'lam... P/s: Penulis arif bab hukum sedekah hasil judi ini..penulis cuma ingin melihat reaksi penyokong tegar Umno..kalau di PP mereka sanggup buat drama supaya org kampung memulangkan duit tu balik kononnya tidak suci dan sebagainya, bagaimana pula dgn kes ini.. Walaupun dah dijelaskan oleh tokoh agama bahawa mereka tidak perlu memulangkan wang itu kerana itu hak mereka, lakonan memulangkan semua duit ini tetap diaturkan oleh Umno PP demi politik sempit mereka...sungguh jahil..sekarang rasakan sendiri... |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan