alkerohi |
| Syarikat Air Dato' Azizan (SADA) di Kedah Posted: 06 Oct 2010 05:16 AM PDT SADA (Syarikat Air Darul Aman) ada kena mengena dengan Syarikat Air Dato' Azizankah ? Tidak. Cuma orang UMNO Kedah yang kata begitu. Depa perli Azizan yang ada banyak maklumat berguni-gunilah kot tentang UMNO dan BN Kedah. Masihkah kau ingat suatu masa dulu SANJUN (Sanusi Junid) ada berguni-guni aduan tentang Osman Aroff ? Atau Ezam Md Nor yang ada berkotak-kotak surat atau dokumen rahsia melibatkan UMNO, BN dan Malaysia? Simpan saja Azizan rahsia-rahsia penyelewengan itu. Bukankah di Kedah PAS dan UMNO macam adik-abang dan adik-beradik. Jika UMNOlah yang ada rahsia-rahsia itu, bukan sahaja Azizan, malah PAS dan Pakatan Rakyat Kedah sudah dilondehkan oleh UMNO dan kelihatan berjalan -jalan di Tanjung Bendahara sambil ketawa bersendirian. Orang Kedah marah PAS dan Azizan bukan sangat kerana harga air naik tetapi kerana sindrom bisu Azizan sebelum ini sangat-sangat berdarah-dagingkan UMNO. Bukankah Azizan membisu dalam kebanyakkan penyelewengan UMNO dan BN sebelum ini di atas dasar adik-beradik. Selepas dibelasah UMNO dan BN Kedah, Azizan cuba memuntahkan apa yang terlekat dihalkumnya. Lama-lama nanti orang Tamil Bukit Selambau kata, Azizan dan Abdullah Badawi ada macam surpa (serupa) lah. Abdullah sudah kasi buang, Azizan pun kasi tarik sama ! Bolehlah baca, jika rajin : SADA |
| You are subscribed to email updates from alkerohi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan