DIALOG RAKYAT |
- Sultan Ismail Petra Hendak Dilarikan Ke Siam?
- Pak Kudus Selamat Dikebumikan
- PAS Sanggup Bubar Jika Umno Ikut Islam
- Sumbangan Misi Ulama Ke Mekah Tidak Sama Bayaran Umno Kepada Apco
- Muhyiddin Lantik Ku Li Mahu Sokongan Dalam Pemilihan Umno Tahun Depan
- Laksanakan NKPA serentak dengan NKEA
- Tutup sahaja Kursus Sains Politik di UKM
- Pemilihan 2010: Mengukuhkan PKR untuk masa depan Malaysia
- Kerajaan Pusat Belanja RM1 Bilion Untuk Kelantan
- Buku "The March to Putrajaya" kini dalam Internet
- Nazri: RPK akan selamat jika pulang ke M'sia
- MP Anthony Loke dirompak RM10,000
- Informasi perubatan salah jejas kesihatan
- Galas: PAS belum putus calon
- Mahfuz yakin Ku Li tidak mahu galas biawak hidup
- Galas: Razaleigh belum beri jawapan
- SPRM tahan dua pegawai imigresen, seorang pengantara di PD
- MB Selangor kekal ketua cabang Kuala Selangor, majoriti 427 undi
- KUBU UMNO/BN DI TENOM MULA REPUT
- P.G.D.K UNTUK PENJENAYAH?
| Sultan Ismail Petra Hendak Dilarikan Ke Siam? Posted: 03 Oct 2010 11:23 PM PDT KELAB GREENBOC
1. Kami telah menerima maklumat terperinci dari sumber-sumber yang berwibawa mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi-sembunyi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra keluar dari Kelantan menuju ke Thailand melalui Takbai dan Pattani untuk bersemayam di sana.2. Kami merasa amat bimbang jika perancangan ini, yang akan cuba dibuat di dalam masa terdekat ini, berjaya direalisasikan oleh pihak berkenaan maka ia akan mendatangkan kesan yang amat negatif ke atas kebajikan dan keselamatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra yang masih di dalam keadaan gering. 3. Kami dengan ini menyeru pihak berkenaan supaya segera menghentikan usaha-usaha untuk terus mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra untuk kepentingan diri sendiri, apatah lagi apabila usaha-usaha ini menjangkaui tahap membawa lari sekaligus memperjudikan kebajikan dan keselamatan Baginda. 4. Kami dengan ini juga menyeru pihak-pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan perancangan untuk membawa keluar secara sembunyi-sembunyi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra keluar dari Kelantan menuju ke Thailand ini tidak terlaksana. 5. Kami memandang amat serius perkara ini kerana apabila sempadan negara telah diseberangi maka apa-apa sahaja perkara mungkin boleh berlaku kerana kita tidak lagi mempunyai sebarang kawalan ke atasnya. Cukuplah dengan hanya satu insiden yang menyayat hati itu sahaja. 6. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra bukanlah milik peribadi sesiapa sahaja tetapi Baginda adalah milik semua golongan rakyat yang masih tetap mengasihi Baginda seperti dahulu. Sebarang cubaan untuk memisahkan Baginda dari mereka adalah satu tindakan yang amat zalim. 7. Ingatlah, jika kita ditimpa kesusahan, Allah mengajar kita supaya tidak berputus asa daripada, malah supaya menaruh sepenuh harapan kepada, rahmat serta pertolongan-Nya (dan bukan supaya menaruh sepenuh harapan kepada rahmat serta pertolongan pihak-pihak lain!): Firman Allah, mafhumnya: "Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: Ayat 87) Firman Allah, mafhumnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia-lah jua yang Amat Pengampun, lagi Amat Mengasihani." (Surah al-Zumar: Ayat 53) 8. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi agar Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sentiasa berada di dalam peliharaan dan lindungan-Nya. Jauhkanlah Baginda, ya Allah, dari sebarang perbuatan zalim walau oleh mana-mana pihak sekalipun. kelantaninsider | |||||
| Posted: 03 Oct 2010 10:40 PM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM - Pengasas Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Allahyarham Abdul Kudus Omar aka Pak Kudus selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Parit Serong, kira-kira pukul 6.30 petang semalam. Ketua Cabang KEADILAN Tanjung Karang Mohd Yahya Mat Sahri berkata jenazah Pak Kudus sebelum itu di bawa ke Masjid Kampung Parit Serong dari Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur untuk memberikan ruang kepada sahabat handai, saudara mara dan jiran tetangga memberikan penghormatan terakhir. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam 'twitter'nya menyifatkan Pak Kudus sebagai seorang sahabat yang setia dan merupakan pejuang dan reformis yang kental pada era Reformasi. "KEADILAN kehilangan seorang pejuang keadilan, iringan doa semoga rohnya diangkat bersama golongan solihin," ujar beliau. Sebelum itu, Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menziarahi Pak Kudus di IJN membacakan Surah Yassin sebelum jenazah di bawa ke kampung halamannya untuk dikebumikan. Dr Wan Azizah berkata kehilangan Pak Kudus amat dirasai dan berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 11.40 pagi tadi di IJN setelah dimasukkan ke Unit Penjagaan Intensif (ICU) sejak minggu lalu. Beliau pernah memegang jawatan Ketua Cabang Tanjung Karang sebelum memberi laluan pada Mohd Yahya pada pemilihan kali ini. | |||||
| PAS Sanggup Bubar Jika Umno Ikut Islam Posted: 03 Oct 2010 10:38 PM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau sanggup mencadangkan agar PAS dibubarkan sekiranya Umno benar-benar mengikuti lamdasan Islam. "Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno. "Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia," soal Nik Abdul Aziz dalam blognya semalam. Kata Nik Abdul Aziz, Umno adalah punca utama umat Islam di negara ini keliru apabila mengamalkan politik perkauman sempit dengan melaungkan 'Hidup Melayu' tetapi pada masa yang sama menolak hukum Islam (Hudud). Menteri Besar berkata Umno mengaku memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama menolak undang-undang jenayah dalam Islam. Nik Abdul Aziz menegaskan beliau sudah berkali-kali mengajak parti itu agar mengubah dasar tetapi Umno terus berkeras dengan semangat kebangsaan (perjuangan untuk bela Melayu) malahan berbangga dan mengagung-agungkan semangat perkauman yang sempit dengan melaungkan 'hidup Melayu.' Berhubung dengan dasar Perlembagaan Negara, beliau menjelaskan pernah ada kenyataan dari pihak Majlis Peguam Muslim, betapa di dalam Perlembagaan itu tidak pun dinyatakan sebarang peruntukan yang mengesahkan negara kita adalah sekular. Malah, seorang pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari turut menegaskan hakikat Islam adalah agama persekutuan yang sepatutnya diperundangkan dan diamalkan di dalam setiap segi kehidupan di negara ini. "Kenapakah pemimpin Umno memandang sepi kenyataan ini? Sedangkan di sisi Perlembagaan Negara ia tiada halangan untuk memakai Islam, kerana ia adalah hak mutlak umat Islam. Maka tiadalah sekular sebagaimana didakwa. "Soalnya, ada pula pemimpin Umno yang beria-ia mempertahankan amalan sekular dengan menolak dasar Islam dalam keadaan tertentu, dan menerima Islam di mana ia menguntungkan Umno. Justeru katanya, memang selayaknya Umno dikalahkan dalam pilihan raya demi untuk diberi pula peluang kepada pihak lain berkuasa barulah Perlembagaan dapat diperjelaskan mengikut maksud sebenarnya. "Dalam hal ini, orang Umno patut malu kepada orang India (yang belum Islam) seperti Balasundram dari Dewan Himpunan Penyokong Pas yang sedia menganjurkan seminar bagi memperjelaskan keadilan Islam kepada pihak yang belum memahami hakikat adilnya hukum Islam!. "Apakah selama ini, pihak Umno tidak terfikir untuk membuat perkara yang sama kepada rakan-rakan dalam BN?," soal beliau lagi. | |||||
| Sumbangan Misi Ulama Ke Mekah Tidak Sama Bayaran Umno Kepada Apco Posted: 03 Oct 2010 10:36 PM PDT SUARA KEADILAN SHAH ALAM - Misi 40 ulama seluruh negeri Kelantan bermunajat di Mekah berhubung isu royalti minyak tidak sama seperti tindakan Kerajaan Pusat pimpinan Umno-Barisan Nasional yang mengambil dana rakyat untuk membayar RM77 juta kepada syarikat Zionis-Israel, Apco Worldwide. Pengerusi Bersama Jawatankuasa Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan di Selangor dan Kuala Lumpur, Wan Mohd Johari Wan Omar berkata ulama muda Umno diseru supaya kembali kepada niat asal mereka menyertai parti itu iaitu untuk memperbaiki dan menjadi penegur kepada pemimpin dari dalam. Wan Johari membidas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU ), Fathul Bari Mat Jahya di dalam sebuah portal berita yang disiarkan baru-baru berhubung komentarnya mengenai Misi Munajat Royalti Rakyat yang dicadangkan oleh seorang Exco kerajaan negeri Kelantan. "Penghantaran 40 orang ulama ini, menggunakan duit derma dan sumbangan orang ramai. Tidak ada satu sen pun dari tabung dana kerajaan negeri, yang merupakan harta rakyat Kelantan."Kami melihat, tindakan ini tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan ini, tidak seperti mana larangan nyata mengenai nas pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh Umno. "Kami berharap ulama muda Umno ini kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu memperbaiki Umno dan mahu menjadi penegur parti itu dan bukannya memperlihatkan mereka seperti balaci Umno dalam usaha melawan tindakan yang tidak sealiran dengan parti yang berasas perkauman," kata Wan Johari dalam satu kenyataan Khamis lalu. Sehubungan itu, Wan Johari mengumumkan jawatankuasa itu akan mengadakan satu majlis bagi meraikan rombongan misi 40 ulama itu yang akan bertolak ke Mekah pada 28 November depan. | |||||
| Muhyiddin Lantik Ku Li Mahu Sokongan Dalam Pemilihan Umno Tahun Depan Posted: 03 Oct 2010 10:33 PM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM- Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas dilihat sebagai usaha orang nombor 2 Umno itu menarik sokongan bekas Menteri Kewangan itu pada pemilihan parti tahun depan. Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Muhyiddin berkeyakinan tinggi bahawa Umno-BN boleh memenangi kerusi tersebut disebabkan jumlah majoriti tipis yang dimenangi PAS. "Apa yang menariknya di sini, selepas beliau berjaya menarik sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Perkasa, kini beliau cuba menarik sokongan pemimpin kanan di dalam Umno seperti Ku Li untuk menentang Najib pada pemilihan Umno tahun depan. "Walaupun begitu, Ku Li yang lebih arif dan berpengalaman dalam sepak terajang di dalam Umno mengambil pendekatan untuk berdiam diri dengan tawaran Muhyiddin itu. "Apa yang pasti, Ku Li yang lebih berpengalaman sudah tentulah mempunyai pandangan politik yang berbeza. Apa pun, kita tunggu dan lihat permainan mereka yang pastinya lebih menarik selepas ini," kata Shamsul ketika dihubungi Suara Keadilan. Shamsul juga tidak menyangkal Umno juga akan melaksanakan sistem satu anggota satu undi yang tidak akan membabitkan perwakilan seperti mana yang dilaksanakan pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kini. "Sebab itulah saya yakin Muhyiddin akan benar-benar menentang Najib dan mempunyai keyakinan tinggi beliau mampu mengalahkan Najib," komen beliau. Dr Mahathir dalam kenyataannya minggu lalu menyalahkan Najib sebagai punca yang menyebabkan visi Wawasan 2020 ilham beliau tidak akan tercapai. Sementara itu, dalam satu majlis Najib pula menyalahkan Dr Mahathir dan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca Umno semakin lemah. | |||||
| Laksanakan NKPA serentak dengan NKEA Posted: 03 Oct 2010 10:31 PM PDT
Kerajaan telah menggariskan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bersama-sama dengan 131 Projek Permulaan (EPP) serta 60 peluang perniagaan sempena Hari Terbuka Program Transformsi Ekonomi (ETP) di PWTC. Melalui ETP, kerajaan berhasrat menarik keseluruhan jumlah pelaburan swasta sebanyak USD266 bilion dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dan turut menyumbang kepada 60% jumlah pelaburan berjumlah USD444 bilion.
Untuk mencapai negara berpendapatan tinggi, selain daripada dasar pembangunan ekonomi, kerajaan Najib harus melaksanakan langkah perubahan dan pembaharuan dalam bidang politik secara serentak supaya perkara ini dapat menjana impak yang mampu melipatgandakan usaha peningkatan pelaburan dan daya saing negara. Dengan itu, KPRU menggariskan 5 Bidang Politik Utama Negara (NKPA) sebagai langkah perintis bagi mewujudkan suasana pembangunan ekonomi dan pelaburan yang kondusif di Malaysia. NKPA 1: Pembaharuan Proses Penyediaan Belanjawan Negara Seperti yang dihuraikan dalam kenyataan KPRU bertajuk "Buktikan KPI Kerajaan dengan Pembentangan Laporan Penilaian Separuh Penggal Belanjawan Negara 2010", negara yang tidak mempunyai proses penyediaan belanjawan telus dan terbuka lazimnya merupakan negara berpendapatan rendah. Kebanyakan negara dalam golongan tersebut adalah negara yang banyak bergantung kepada pendapatan hasil minyak atau pinjaman luar negara yang mempunyai samada institusi demokrasi yang lemah ataupun diperintah oleh regim kukuh besi. Maka, sebagai langkah pertama membuktikan kepercayaan dan keazaman kerajaan hari ini terhadap ketelusan dan tadbir urus yang baik, kerajaan wajar menjadi teladan dengan memperbaharui proses penyediaan Belanjawan Negara. NKPA 2: Pembaharuan PDRM Melalui Penubuhan IPCMC
Sehingga hari ini, penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis masih belum dilaksanakan. Malahan, cadangan tersebut turut digantikan dengan versi mini yang digelar Suruhanjaya Aduan Khas (SCC) dan kemudian Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang sememangnya jelas tidak dapat meyakinkan orang ramai. Sudah tiba masanya kerajaan meneliti semula cadangan penubuhan IPCMC bagi memulihkan keyakinan orang ramai dan para pelabur terhadap badan penguatkuasaan dan juga taraf keselamatan negara ini. Kepentingan dan kedaulatan Parlimen sebagai badan perundangan di Malaysia dilihat sama sekali tidak diberikan perhatian sewajarnya sebelum ini. Peranan pembangkang sebagai kuasa semak dan imbang (check and balance) juga tidak ditiikberatkan dan diinstitusikan dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Oleh yang demikian, beberapa inisiatif wajar dilaksanakan untuk menonjolkan imej Malaysia sebagai negara maju yang dapat menjalankan urusan kerajaan secara demokratik dan matang. Antaranya termasuk: Selepas siasatan inkuiri dibuat oleh Suruhanjaya Diraja mengenai kemelut pita video Lingam, bukan sahaja tiada pihak yang dikenakan tindakan, malah dua bekas ketua hakim negara bersama peguam VK Lingam yang terlibat dalam kes tersebut berjaya mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar hasil penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya tersebut. Hari ini, terdapat sekurang-kurangnya 4 juta senarai warga Malaysia berkelayakan mengundi yang masih belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Pada masa yang sama, terdapat lebih kurang 750 ribu warga Malaysia yang sedang bekerja/bermastautin di luar negara yang tidak dapat mengundi dalam pilihanraya lalu. Bagi memulihkan sistem semak dan imbang, kerajaan wajar meneliti kelemahan sistem dan pentadbiran pilihanraya yang sedia ada. Pendaftaran menjadi pengundi secara automatik, mengadakan mekanisma mengundi bagi warga Malaysia di luar negara, rombakan sistem undi pos yang kurang telus, peranan media semasa pilihanraya umum dan langkah-langkah lain haruslah disemak dan dilaksanakan secara berperingkat. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://kpru2010.wordpress.com/.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang. | |||||
| Tutup sahaja Kursus Sains Politik di UKM Posted: 03 Oct 2010 10:28 PM PDT
"Mahasiswa tidak bodoh, kami ada otak. Kami sudah muak dengan dogma tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik," - Ahmad Syukri, jurucakap Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS), 28 September 2010.
Hal ini timbul berikutan dengan tindakan UKM yang mendakwa pelajar-pelajar tersebut di Mahkamah Universiti kerana ditangkap di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor, kononnya kerana menyokong parti pembangkang yang berkempen di sana.
Kami tidak dapat memahami mengapa tindakan pelajar-pelajar itu boleh dianggap sebagai menjejaskan kenteraman mana-mana pihak selain pihak parti pemerintah, namun ini adalah untuk diputuskan oleh Mahkamah Universiti yang disidangi oleh panel yang dilantik pihak universiti sendiri. Mungkin selepas ini pihak Universiti akan mendakwa semua pelajarnya yang menunjukkan sokongan kepada parti politik dengan mengundi dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Adalah menjadi persoalan mengapa pelajar berusia 21 tahun, tidak dibenarkan berpolitik sehinggakan mereka dihalang untuk memiliki risalah-risalah parti politik, tetapi boleh mengundi dalam pilihanraya umum.
Hak berpolitik adalah hak setiap warganegara yang waras, hak seperti ini tidak wajar disekat oleh mana-mana parti politik. Tekanan terhadap palajar-pelajar yang ingin berpolitik adalah tidak boleh diterima kerana tindakan seperti itu umpama membunuh bakal-bakal pemimpin masa depan. Sikap cemburu kerajaan juga sudah mencapai satu tahap yang menjengkel dan merimaskan semua pihak. Sepatutnya Kerajaan menghargai pemuda-pemudi yang berminat dalam politik tanahair, lebih-lebih lagi pelajar jurusan sains politik yang bukan sekadar mahu berpolitik tetapi memahami apa itu politik sebenarnya. Idealisme dan semangat mereka itu tidak wajar dihukum dengan tekanan sebegini rupa semata-mata kerana mereka tidak menyokong parti pemerintah.
Jika kerajaan sudah tidak hormat kepada rakyat, bagaimana harus rakyat menghormati kerajaan? Kerajaan perlu menghormati kehendak Mahasiswa yang lantang, kerana mereka adalah peneraju masa depan negara. Jika ini caranya kerajaan melayan pelajar Universiti, minda-minda terbaik negara, bayangkan apa nasib rakyat marhaen? *Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas. | |||||
| Pemilihan 2010: Mengukuhkan PKR untuk masa depan Malaysia Posted: 03 Oct 2010 10:25 PM PDT
Saya telah pun mendapat pencalonan dari Cabang-cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Saya akan membuat pengumuman untuk menerima tawaran ini tidak lama lagi. Jika dipilih, berikut adalah antara cadangan yang akan saya laksanakan jika perubahan ini mendapat persetujuan pemimpin parti yang lain:
3. Kekuatan Keadilan sangat kritikal bagi penyatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat. Hakikatnya, Keadilan perlu menguasai lebih kerusi di Parlimen supaya melayakkan kita menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat selain bertindak sebagai Ketua Pembangkang yang berkesan. Parti perlu mempunyai kekuatan tersendiri; kita juga perlu mempunyai hubungan akrab dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Saya mampu memainkan peranan ini dengan lebih berkesan supaya kekuatan parti terjamin. Kerajaan negeri yang dipimpin oleh rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat juga akan diberi peranan besar supaya usaha menguasai pelbagai lapisan rakyat bagi memastikan kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang dapat digerakkan bersama secara bersepadu.
Justeru, sebagai sebuah parti politik masa depan, Keadilan perlu menghidangkan wadah perjuangan politik yang lebih terbuka dan demokratik yang melepasi sempadan kaum, agama dan budaya dalam konteks perlembagaan yang sedia ada supaya semua kepelbagaian ini dapat dimanfaat oleh seluruh rakyat di negara ini.
Memanglah, saya tahu ramai pemimpin kanan dalam parti yang menolak gagasan dan wawasan saya ini dengan berbagai-bagai alasan. Itu sebenarnya tidak penting bagi saya tetapi saya menyedari rakyat dan ahli-ahli parti telah cukup matang untuk melihat dan menilai setiap pemimpin yang ada. Maka terpulanglah kepada ahli-ahli menilai gagasan yang saya bawa ini. Pemilihan 2010 adalah mercu tanda dalam sejarah negara dan untuk Keadilan. Dan jika ahli-ahli parti bersehaluan dengan cadangan-cadangan yang telah saya ajukan di atas, saya yakin yang perubahan dalam parti PKR mampu menjadi batu loncatan untuk mengubah Kerajaan kita. *Tulisan blog Zaid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijangka akan mengumumkan keputusannya untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR, dalam masa terdekat. | |||||
| Kerajaan Pusat Belanja RM1 Bilion Untuk Kelantan Posted: 03 Oct 2010 10:21 PM PDT BERNAMA GUA MUSANG: Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM1 bilion untuk melaksanakan 58 projek pembangunan bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat seluruh Kelantan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Makhtar Mustapha berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM50 juta dibelanjakan bagi pembinaan sebuah hospital baru Gua Musang dan ia antara projek yang terbesar dilaksanakan di negeri itu. "Selain itu, 20 klinik desa yang dinaiktaraf dengan pembinaan bangunan baru juga sedang dalam persiapan akhir dan boleh digunakan sebelum akhir tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. Beliau berkata hospital terbabit mampu memuatkan 56 katil berbanding hospital lama yang hanya boleh memuatkan 34 katil. "Hospital yang turut dilengkapi dengan dewan bedah itu dijangka mula beroperasi bulan ini," katanya. Makhtar berkata pembinaan hospital baru itu membuktikan kerajaan persekutuan mengambil berat mengenai masalah kepadatan hospital sedia ada terutama ketika berlaku kemalangan dan kejadian yang melibatkan jumlah pesakit yang ramai. Beliau mengakui sebelum ini banyak rungutan penduduk terutama pengguna jalan raya yang menyatakan Gua Musang perlu ada hospital serba lengkap dan doktor pakar kerana setiap kali berlaku kemalangan teruk terpaksa dikejarkan ke Hospital Kota Baharu. "Masalah itu dijangka selesai dalam masa terdekat ini apabila hospital baru mula beroperasi dan orang ramai boleh mendapat perkhidmatan rawatan yang baik serta selesa. "Sebelum ini pesakit kritikal terpaksa dikejarkan ke hospital di Kota Baharu hingga mengambil masa lebih tiga jam untuk sampai dan berdepan dengan pelbagai risiko," katanya. | |||||
| Buku "The March to Putrajaya" kini dalam Internet Posted: 03 Oct 2010 10:18 PM PDT FREE MALAYSIA TODAY
Dalam satu kenyataan media semalam, pengarangnya Kim Quek berkata, "beginilah sepatutnya. Rakyat di negara ini tidak seharusnya dihalang dari mendapat maklumat tersebut semata-mata kerana maklumat yang terkandung di dalamnya tidak memihak kepada pemerintah."
"Sebuah negara yang mengawal warganegaranya dari akses kepada maklumat yang penting seperti ini ialah sebuah negara yang mundur dan akan menemui kegagalan dalam era globalisasi dan teknologi maklumat," ujar beliau. Beliau berkata, melihat di serata dunia, negara-negara yang dianggap terbaik dan dipuji dari sudut pencapaian sosial dan ekonominya adalah masyarakat yang memiliki media yang bebas. "Hanya melalui aliran idea yang bebas, potensi pemikiran rakyatnya dapat dibangunkan sepenuhnya. Kualiti mindalah yang menentukan sesebuah masyarakat sedang menuju ke hadapan atau mundur ke belakang. | |||||
| Nazri: RPK akan selamat jika pulang ke M'sia Posted: 03 Oct 2010 10:16 PM PDT
"Ini (alasan keselamatan) hanya satu alasan untuk tidak bekerjasama... Malaysia bukan sebuah republik pisang." Nazri berkata, daripada melanggar syarat-syarat jaminannya, Raja Petra yang juga dikenali sebagai RPK, sepatutnya berkongsimaklumat dengan pihak berkuasa. "Saya berharap dia akan bantu kami...saya lebih suka jika dia boleh pulang dan menghadapi pertuduhan dan mematuhi undang-undang negara," kata Nazri. Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya.
Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya. Raja Petra dipercayai melarikan diri ke Britain selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah. | |||||
| MP Anthony Loke dirompak RM10,000 Posted: 03 Oct 2010 10:14 PM PDT
"Mereka masuk dan ke bilik sya dan menghidupkan suis lampu. Mereka kemudiannya dengan terus mengikat saya. Ibu bapa saya yang berusia dalam lingkungan 70an yang sedang tidur di bilik bersebelahan juga dikejutkan dan perompak mengarahkan mereka ke bilik saya. "Mereka menghabiskan kira-kira 30 minit untuk gelidah rumah saya," katanya. Menurut ahli parlimen DAP itu, perompak berjaya melarikkan RM3,000 wang tunai, televisyen, komputer peribadinya, blackberry dan beberapa botol arak. Loke berkata kerugian ditaksirkan berjumlah hampir RM10,000. "Ibu saya kemudian berjaya melepaskan dirinya. Dia kemudiannya membebaskan saya dan ayah saya," katanya. Loke berkata sejurus dibebaskan beliau membuat laporan polis di ibu pejabat polis Seremban. Katanya, beliau terkejut dengan kejadian berkenaan kerana kawasan perumahannya dianggap sebagai kawasan yang selamat. Namun Loke berkata beliau berpendapat rompakan itu tidak bermotifkan politik. | |||||
| Informasi perubatan salah jejas kesihatan Posted: 03 Oct 2010 10:10 PM PDT
| |||||
| Posted: 03 Oct 2010 10:08 PM PDT
| |||||
| Mahfuz yakin Ku Li tidak mahu galas biawak hidup Posted: 03 Oct 2010 10:06 PM PDT
| |||||
| Galas: Razaleigh belum beri jawapan Posted: 03 Oct 2010 10:04 PM PDT
| |||||
| SPRM tahan dua pegawai imigresen, seorang pengantara di PD Posted: 03 Oct 2010 05:23 PM PDT BERNAMA SEREMBAN — Dua pegawai Imigresen dan seorang orang awam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin (Pati) ke negara ini. Bernama difahamkan pegawai Imigresen berusia dalam lingkungan 40an dan 50an bersama seorang awam yang bertindak sebagai pengantara dengan tekong feri dari Indonesia ditahan di jeti Port Dickson pada pukul 7 malam, Rabu lepas. Hasil intipan selama dua tahun oleh SPRM mendapati dua pegawai Imigresen dan pengantara tersebut telah melakukan kegiatan rasuah sejak empat tahun lalu. Difahamkan pihak SPRM juga menemui wang rasuah sebanyak RM26,000 di pejabat salah seorang pegawai terbabit. Pegawai tersebut difahamkan mengenakan bayaran sebanyak RM5,600 bagi setiap feri yang membawa 70 orang Pati dari Dumai, Indonesia, yang ingin masuk ke negara ini. Setiap minggu terdapat tiga buah feri dari Dumai akan menurunkan Pati di jeti Port Dickson yang membabitkan dua operator perkhidmatan feri berlainan. Difahamkan juga pegawai berkenaan menerima RM33,600 suapan daripada tekong feri setiap minggu dan kegiatan itu dipercayai sudah berjalan selama empat tahun. Pegawai terbabit dipercayai mengambil wang rasuah setiap minggu di Dumai bagi mengaburi mata pihak berkuasa sejak tiga tahun lalu. Namun pada tahun ini, mereka mengutip wang rasuah daripada tekong di negara ini dan jika tekong gagal membayar wang tersebut, mereka tidak dibenarkan menurunkan penumpang. Difahamkan kedua-dua pegawai dan orang awam itu kini ditahan reman di pejabat SPRM Negeri di sini. Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti sama ada pengawai Imigresen mahupun kakitangan yang lain turut terlibat sama dalam kegiatan tersebut. Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri, Hishamuddin Hashim, yang dihubungi di sini, mengesahkan tangkapan tiga suspek berkenaan. | |||||
| MB Selangor kekal ketua cabang Kuala Selangor, majoriti 427 undi Posted: 03 Oct 2010 05:21 PM PDT ![]() Tan Sri Khalid Ibrahim Bekas pengerusi PKR Selangor ini memperoleh 772 undi untuk menewaskan dua pencabar lain. Majoritinya 427 undi walaupun dilihat 'bekerja keras' untuk mempertahankan kerusinya. Seorang pencabar telah menarik diri saat-saat akhir sebelum pemilihan. Kuala Selangor antara 34 cabang terakhir yang mengadakan pemilihan kelmarin dan semalam menjadi tumpuan selepas ia berhadapan dengan tindakan 11 ahli jawatankuasa meletakkan jawatan serentak awal tahun ini dan dianggap 'lumpuh'. Bagaimanapun Khalid menafikan cabang PKR Kuala Selangor itu telah dibubarkan ekoran tindakan mereka. Julai lalu kedudukannya sebagai pengerusi PKR negeri pula digantikan dan diambil alih oleh Naib Presiden Azmin Ali agar beliau boleh memberi tumpuan sebagai menteri besar. Awalnya Khalid berdepan dengan pertandingan empat penjuru bagi mempertahankan jawatan ketua cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan yang diadakan semalam — hari terakhir pusingan awal mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang. Selain Khalid, tiga lagi nama yang mengesahkan pencalonan mereka ialah bekas Ketua Wanita PKR Kuala Selangor Fauziah Sulaiman bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor Mazli Saring dan bekas guru Muhammad Kamil Vaanan Abdullah. Mazli memperoleh 122 undi dan Kamil pula 345 undi. Undi rosak sekitar 202. Sebelum ini Mazli pernah memberitahu bahawa keputusan untuk bertanding merebut jawatan ketua cabang dibuat bertujuan memperbaiki beberapa perkara yang tidak betul yang sedang berlaku dalam pimpinan sekarang. Beliau berkata antara perkara yang perlu diperbetulkan ialah isu Mesyuarat Agung PKR Kuala Selangor pada Mac lepas yang didakwa tidak sah kerana tiada notis pemberitahuan yang sewajarnya diberikan manakala penyata tahunan yang dibentang tidak mengikut peraturan. Muhammad Kamil berkata,beliau bertanding untuk membuktikan demokrasi masih wujud dalam PKR. Seramai 6,218 ahli PKR di bahagian berkenaan layak mengundi pada pemilihan kali ini dan sekitar 1,400 orang keluar mengundi semalam. Terdahulu ketika ditemui wartawan, Khalid berkata beliau akan mengumumkan esok sama ada akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR atau tidak. Setakat petang semalam, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ini telah mendapat empat pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu berbanding Azmin Ali yang dilaporkan telah menguasai 102 pencalonan, Datuk Zaid Ibrahim (37), Mustaffa Kamil Ayub (17) dan Tian Chua (lima). Empat pencalonan sudah cukup untuk bertanding di peringkat pusat. Setakat ini Azmin, Zaid dan Mustafffa dilihat sebagai calon timbalan presiden PKR. Menteri Besar Selangor berkata, beliau menolak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden daripada cabangnya kerana mendapati Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail turut dinamakan untuk jawatan itu. Khalid menjelaskan beliau telah meminta supaya cabangnya Kuala Selangor mencadangkan Dr Wan Azizah sebagai presiden tetapi sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih. Cabang itu mencalonkan Dr Wan Azizah ke jawatan timbalan presiden. Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin memenangi persaingan ketua cabang PKR Ampang, yang keputusannya juga diketahui awal pagi tadi. | |||||
| KUBU UMNO/BN DI TENOM MULA REPUT Posted: 03 Oct 2010 04:47 PM PDT Oleh: KREW SABAHKINI.NETKEPIMPINAN Cabang PKR Tenom meneruskan misi kempen menambah keanggotaan PKR Cabang Tenom. Hari ini bertempat di Kg Lalandang Enubai Tenom di kediaman Tangian dan mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk kampung, sedangkan pilihanraya masih jauh. Kata Tangian (Tuan Rumah), bahawa mereka yang tinggal di kampung ini rata-rata menolak UMNO dan BN kerana kami sudah jemu dengan janji-janji BN selama 47 tahun dan maka kerana itulah mereka memilih PKR. Penduduk kampung tersebut yang hadir bersama orang ramai yang ingin menyertai PKR Tenom menandakan keinginan rakyat Tenom untuk melakukan perubahan pentadbiran Kerajaan. Selaku Ketua Cabang, Halik Zaman mengalu-alukan kehadiran rakyat Sabah yang begitu berminat untuk menganggotai PKR Tenom dan sempat menyuntik semangat dengan memberikan rangsangan dan kefahaman mengenai hala-tuju dan motif perjuangan PKR yang lebih menitik-beratkan kebajikan rakyat dari kepentingan diri sendiri. "Berubahlah sekarang kalau tidak, bila lagi kita mahu merubah penghidupann anak cucu kita," kata Halik Zaman. Turut hadir di perjumpaan ini ialah Hj Razali Danis yang turut menyumbangkan buah fikirannya kepada hadirin yang berpandangan betapa perlunya rakyat untuk berubah bagi memperbaiki kehidupan rakyat Tenom terutamanya bagi penduduk di pedalaman. | |||||
| Posted: 03 Oct 2010 04:46 PM PDT Oleh: MOHD YATIM SUHAILI PINGAT Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) semakin tidak berharga apabila ramai penjenayah telah menerimanya termasuklah Mafia Labuan, Datuk Goh Kian Guan @ Goh Swee Hing (2002) dan terbaru, bekas Tahanan ISA kerana sabotaj terhadap ekonomi Negara, Freedy Lim Nyuk Sang (2 Oktober 2010). Datuk Goh Kian Guan @ Goh Swee Hing semakin menjadi kontroversi di Majlis Kurniaan Pingat Kebesaran Negeri Sabah di Istana Negeri pada 27 Oktober 2007 merupakan tokoh yang paling dikenali di Labuan, melebihi populariti Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana terlibat dalam penyeludupan dan penggubahan wang haram setelah menerima Pingat S.P.D.K bersama-sama dengan Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Panglima Ahmad Said Hamdan. Freedy salah seorang tertuduh dan masih dalam ikat jamin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan jenayah penggubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan bersama 'The Untouchable' Michael Chia Tien Foh merupakan pengarah sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) iaitu Kretam Holdings Berhad. Freedy turut memiliki sebuah jet peribadi Falcon 20 yang telah digunakan (disewa) Michael Chia untuk melarikan diri ke Hong Kong ketika SPRM melancarkan operasi penangkapan semua suspek termasuk Freedy sebelum dipintas oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia dan dipaksa mendarat di KLIA. Selain daripada kes yang sedang disiasat SPRM, Freedy juga diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kastam Di Raja Malaysia berhubung pelbagai kesalahan lain dan kini sedang dalam proses pendakwaan. Jika Admond Looh terus meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah Java Incorporated Berhad sebaik sahaja diberkas SPRM, namun Freedy masih berbangga dengan kedudukannya dan enggan meletakkan jawatan di syarikat BSKL dan GLC (Sabah Softwood Sdn.Bhd) sehingga membahayakan pemegang saham kerana kes perbicaraan yang bakal dihadapinya akan melibatkan nama baik syarikat berkenaan. Pada 2 Oktober 2010, Freedy menerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) bersama 52 penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk termasuk (ADUN) Inanam Johnny Goh; ADUN Bingkor, Justin Guka; Pengarah Pelajaran Sabah, Dr Muhiddin Yussin; Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Abdul Jaffear Henry; Presiden Persatuan Jururawat Sabah, Bibi Florina Abdullah; Ketua UMNO Sepanggar, Jumat Idris; Penasihat Teknikal Tabung Hidupan Liar (WWF) Bagi Program Borneo, Dr Junaidi Payne; Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Mariati Robert Abdullah. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Sebelum persaraan Ketua Polis Negara Musa Hassan,
Langkah pembaharuan terhadap institusi parlimen dapat memberikan gambaran kepada pelabur dan orang ramai bahawa kerajaan Malaysia mengambil berat terhadap cabang perundangan, fungsi pembangkang sebagai kuasa semak dan imbang, dan juga representasi suara rakyat yang terbanyak. Malahan, amalan persidangan dewan di Malaysia sekarang ini pun tidak memberikan ruang yang berpatutan kepada peranan semak imbang untuk berfungsi dengan baik.
Perkara ini telah menyebabkan imej institusi kehakiman Malaysia sekali lagi terhakis lebih-lebih lagi apabila Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim didakwa di mahkamah atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya yang bernama Saiful Bukhari. Proses pembicaraan yang kurang telus dan penuh dengan kecurigaan itu telah menimbulkan keraguan dalam kalangan pelabur, orang awam dan masyarakat antarabangsa. Perkara ini telah
*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
Pada 28 September yang lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menghulurkan satu penghakiman terhadap saman oleh empat orang pelajar Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, berhubung pemakaian Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pelajar-pelajar yang kini lebih dikenali dengan gelaran UKM 4 telah mencabar undang-undang tersebut sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bersuara dan ekspresi.
Mereka ditemui dengan beberapa risalah parti pembangkang, yang menjadi asas kepada dakwaan pihak Universiti. Kami tidak mempersoalkan dakwaan pihak Universiti yang jelas sekali bermotifkan politik. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM boleh sahaja menyelesaikan isu ini dengan merestui penglibatan pelajar-pelajarnya dalam pilihan raya kecil tersebut. Ini adalah kerana beliau mempunyai kuasa untuk berbuat sedemikian, akan tetapi apa yang lebih afdal kepada pihak Universiti adalah untuk tunduk kepada "pihak atasan" dan mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin-pemimpin pelajar itu supaya dijadikan satu amaran kepada pelajar-pelajar lain yang sudah pun "dibonsaikan" pemikiran mereka, supaya tidak memegang risalah-risalah pihak pembangkang.
Tindakan Universiti sememangnya tidak masuk akal, tindakan mendakwa pelajar jurusan Sains Politik kerana menjadi pemerhati politik jelas sekali bertentangan dengan matlamat mendidik mereka untuk menjadi ilmuwan dalam bidang Sains Politik. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, malah telah dijangkakan. Apa yang tidak diduga adalah pendirian Mahkamah Tinggi dalam memutuskan kes berprofil tinggi ini. Alasan kehakiman yang diberikan, menyatakan bahawa Seksyen 15 AUKU adalah sah kerana sekatan hak di bawah Perkara 10 Perlembagaan boleh dilakukan dengan alasan untuk menjaga ketenteraman komuniti pelajar di Universiti. Mungkin perkara ini tidak dapat difahami orang ramai kerana melibatkan pandangan undang-undang yang kompleks.
2. Kegiatan akar umbi menjadi ukuran penting kejayaan sesebuah parti politik. Cabang-cabang parti perlu diberi tenaga dan dokongan kewangan yang berterusan. Hari ini banyak Cabang "hidup segan mati tak mau" disebabkan faktor kekurangan sokongan kewangan. Saya mampu menghidupkan kembali kekuatan Cabang ini, termasuk mencari jalan mengisi tabung Cabang supaya kita mempunyai jentera yang kuat dan bersemangat. Dengan itu, Cabang dapat berfungsi dengan baik dan berkesan terhadap rakyat dan ahli-ahli parti yang lain di cabang masing-masing. Saya telah mengenalpasti punca utama kelemahan cabang-cabang disebabkan oleh kekurangan dana untuk menggerakkan kegiatan parti disemua peringkat walaupun pemimpin-pemimpinnya bersemangat tinggi.
4. Keadilan adalah parti berbilang kaum dan agama. Keunikan ini juga merupakan suatu kekuatan kita. Kejayaan kita menyatupadukan ahli-ahli dari kepelbagaian kaum, agama dan budaya ini adalah pengukur kejayaan usaha penyatuan kaum di negara ini. Sedangkan usaha penyatuan kaum ini ternyata gagal dilaksanakan oleh pemerintah sekarang walaupun telah lebih 53 tahun merdeka. Kita mempunyai ruang dan peluang yang terbuka luas untuk membuktikan bahawa impian kita untuk menyatukan kaum-kaum akan menjadi kenyataan oleh lebih 28 juta rakyat di negara ini. Ruang ini perlu diisi, peluang ini perlu direbut. Masanya telah tiba untuk melenyapkan prejudis dan syak wasangka antara kumpulan, kaum dan agama ini dari terus menguasai minda rakyat. Dasar pecah dan perintah sebagaimana diamalkan oleh pemerintah sekarang bukanlah cara berpolitik yang sihat dan progresif.
5. Seseorang pemimpin tidak akan berkesan kalau ia mempunyai masalah yang banyak (sama ada berbentuk politik atau peribadi). Masanya akan lebih banyak tertumpu untuk penyelesaian perkara-perkara ini dari melunaskan masalah yang membabitkan parti dan rakyat. Saya (Zaid Ibrahim, gambar kiri) berkeyakinan saya mempunyai kemampuan untuk memberi tumpuan secukupnya kepada hal ehwal parti.




Rakyat di negara ini masih kurang pengetahuannya khususnya pengetahuan dalam bidang perubatan akibat kekurangan buku dan bahan penerbitan dalam Bahasa Melayu.
Perkara itu disahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini semalam.
GOMBAK: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah tidak menerima keputusan Umno untuk meletakkan beliau sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil N45 Galas.
Memberi respons ringkas di laman twitter beliau berkata, sehingga kini beliau tidak pernah memberi sebarang jawapan kepada sesiapa termasuk kepada Timbalan Perdana Menteri itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan