Isnin, 4 Oktober 2010

Biaqpila

Biaqpila


UMNO pilih Ku Li kerana terdesak

Posted: 04 Oct 2010 03:00 PM PDT



Heboh di dada-dada akhbar tentang berita yang mengatakan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) dilantik secara langsung oleh Muhyidin Yassin Timbalan Perdana Menteri untuk mengetuai barisan jentera pilihanraya Barisan Nasional untuk Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Apa yang menghairankan, Tengku Razaleigh yang sepatutnya ditendang keluar daripada UMNO kerana sudah banyak menongkah arus sebaliknya diberikan tugas besar merampas DUN Galas yang sebelum ini dimiliki oleh ADUN dari pihak PAS.

Apa yang jelas sebelum ini Ku Li, dengan lantang menentang dasar parti UMNO tentang isu royalti minyak Kelantan, beliau yang juga merupakan pengasas Petronas menentang keras kenyataan bodoh pemimpin UMNO yang memutar belitkan perjanjian sedia ada tentang royalti minyak Kelantan. Malah Ku Li juga turut terlibat menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bagaimana perjanjian royalti dibuat. Selain itu, Ku Li juga telah membuat satu road show seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia tentang pengkhianatan Kerajaan UMNO BN terhadap rakyat Kelantan berhubung isu royalti ini.

Usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh Ku Li ini untuk menentang pengkhianatan Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak terhadap rakyat Kelantan jelas sekali menimbulkan kegusaran di kalangan pemimpin UMNO. Tindakan yang perlu diambil untuk penentang seperti ini sepatutnya adalah hukuman, sama ada hukuman tatatertib Parti ataupun ditendang keluar dari UMNO. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ku Li diberikan tugas untuk memikul tanggung jawab mengetuai jentera BN merampas DUN Galas.

Kalau dilihat di sini, ternyata pemimpin atasan UMNO termasuk Muhyidin Yassin dan Najib Tun Razak sememangnya sudah sedia maklum, tanah jajahan Tuan Guru Nik Aziz itu terlalu kebal untuk ditembusi. Kalau mahu diharapkan Najib dan Muhyidin sememangnya kewibawaan kedua-dua pemimpin UMNO ini tidak cukup untuk menandingi pengaruh Nik Aziz di Kelantan. Dengan kata lainnya, kalau PRK Kelantan UMNO memang mati kutu! Oleh itu hanyalah Ku Li yang boleh diharapkan dalam UMNO.

Dari sini jelas sekali UMNO tidak mampu menyingkirkan Ku Li walaupun beliau menentang arus pimpinan UMNO. Ku Li nampaknya menjadi talian hayat UMNO yang terakhir untuk bertanding di Negeri Kelantan secara bersih, (?) Kerana UMNO sudah kehabisan duit untuk menggunakan taktik kotor merampas kerusi secara khianat!




ReJaM©: "Dewasa ini bila dengar sahaja PRK, UMNO memang jadi pening kepala"

MiLo SuaM

Khemah dalam hutan untuk melampiaskan nafsu

Posted: 04 Oct 2010 05:31 AM PDT

Dua lelaki dan seorang gadis sanggup membina khemah yang dilengkapi tilam di bawah rimbunan perdu pokok buluh di tepi hutan sebagai tempat melampiaskan nafsu. Mereka yang berusia 21 tahun itu dikatakan mendirikan khemah berkenaan sebelum Ramadan lalu apabila banyak kondom baru dan lama ditemui bertaburan di sekitarnya.


Lokasi maksiat itu hanya kira-kira 100 meter dari rumah seorang penduduk di Simpang Perah, Kampung Kuala Rui. Mereka meninggalkan motosikal mereka dalam semak dan berjalan kaki kerana sebatang balak yang tumbang menghalang laluan ke lokasi khemah berkenaan. Bagaimanapun, hajat mereka bertiga untuk melampiaskan nafsu terbantut apabila lokasi rahsia itu diserbu sekumpulan penduduk termasuk Ketua Kampung Kuala Rui kira-kira jam 10.15 malam kelmarin.


Empat pegawai Pejabat Agama Islam Gerik diketuai Mohd Ikbal Mohd Rosli dan dua anggota Rela turut bergegas ke lokasi berkenaan pada jam 12.30 tengah malam semalam selepas dimaklumkan penduduk. Pihaknya terkejut selepas mendapati tempat itu begitu selesa kerana bukan saja terletak di bawah rimbunan pokok buluh, malah juga mempunyai khemah yang dibina supaya terhalang daripada pandangan umum dan hujan.


Selain itu, sebuah tilam turut diletakkan dalam khemah berkenaan. Kami menemui banyak kondom baru dan lama di sekitar khemah berkenaan sebagai bukti mereka sering melakukan perbuatan tidak bermoral di situ. Bagaimanapun, ketika disoal siasat, mereka mengaku tidak sempat melakukan seks ketika serbuan itu".  Menurutnya, dua lelaki dan seorang gadis itu adalah dari luar kampung terbabit, manakala gadis berkenaan bekerja di sebuah pusat ternakan ikan di Tasik Banding. “Ketiga-tiganya turut mengaku mendirikan khemah sejak sebelum Ramadan lalu

Ayaq Paip Besi - Harga Serupa PEPSI

Posted: 04 Oct 2010 12:30 AM PDT

Isu AYAQ di Kedah: MB vs Ex-MB



Baca Mingguan Malaysia hari ini 3/10/10, nampak gambar Ust Azizan MB Kedah kat m/s 13.

Saya dah agak dah, cerita AYAQ naik harga di Kedah nie mesti akan jadi isu besaq punya.

Dalam Malaysiakini pun ada jugak cerita ini, yang memetik kenyataan ex-MB Kedah yang mempertikaikan kenyataan MB Kedah sekarang yang mengatakan bahawa kenaikan harga air ini PUNCAnya adalah berasal daripada tindakan kerajaan Pusat yang menyusun semula industri air negara pada tahun 2006 melalui Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Akta Industri Perkhidmatan Air yang diluluskan oleh parlimen.

Kata MB Kedah: “Kalau kerajaan Pusat tak kacau, kerajaan Negeri tak mau naik harga ayaq”

Jawab ex-MB Kedah: “Kerajaan Pusat hanya tetapkan harga siling ayaq, terpulanglah kpd kerajaan negeri nak penaik harga ayaq atau pun tidak”

Oleh kerana saya ini mcm juga majoriti rakyat marhain yg lain kat negeri Kedah ini, kami tak berapa tau sangat pasal bab jual beli dan niaga ayaq ini, rasanya kenyataan depa dua orang boleh buat orang lagi celaru.

Tak taulah sapa yang betoi sapa yang salah, tapi yang pastinya rakyat biasa kat bawah ini tak puas hati dengan kenaikan harga ayaq ini; dan sebagai pengundi PAS, saya rasa keputusan ini dibuat dalam keadaan yang kurang bijak dan tergesa-gesa tanpa meminta pandangan ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi.

Macam saya kata, saya bukan pakar bab-bab harga ayaq ini, mungkin ada rasionalnya yg tersendiri kenapa SADA perlu naikkan harga ayaq, tapi masalahnya rakyat marhain kat bawah ini tak paham. Lalu, hasilnya boleh dilihat melalui kiriman gambar ini, saya ambik gambaq ini dua hari lepas, kat traffic lite kat tengah Pekan Padang Serai, banner buatan tangan ini bertulis:

“Ayaq Paip Besi - Harga Serupa PEPSI. SADA = Syarikat Ayaq Datuk Azizan. Awat Lagu Tuuu”


Bila nampak banner tu, terus saya call si Apit, kepala masam PAS kat Pekan Padang Serai ini, selalunya kalau banner-banner mcm tu, tak kiralah nak tibai BN ka sapa ka, mesti Apit tau sapa kepalanya. Tapi kali ni Apit pun tak tau, cuma dia kata mungkin perang saraf drpd puak pembangkang (UMNO).

Tak kiralah kerja UMNO ka sapa, tapi waktu saya pi snap gambaq tu, kereta jem kat traffic light tu, ada sorang hamba Allah, dia perturun cermin kereta dia, dia kata kat saya:

“Eloklah tu, ambik gambaq tu boh dalam surat khabag!!”

Makna kata, sapa pun yg boh banner tu, suara hati dia sedikit sebanyak mewakili suara hati rakyat biasa kat bawah ini.

Saya pulak nak kongsi sikit kat sini isu ayaq dari kacamata pelabur asing di sektor industri. Bagi depa, kenaikan ayaq ini bab yg cukup sensitif sebab bil-bil ayaq sesetengah kilang tu bukannya RM35 ringgit mcm kat rumah kita, hat paling koman mungkin RM350,000 dan bagi kilang-kilang yang besaq tu boleh langkau sampai berjuta. Makna kata, naik sikit saja terus Finance Director kena panggil dgn boss besaq dari luar negeri ini suruh explain detail.

Kalau nak tau, dalam keadaan ekonomi dunia yg separuh masak la ni, pelabur-pelabur luar yg nak masuk dan pelabur-pelabur yang sedia ada memang berkira sungguh bab-bab harga ayaq, letrik, kos tenaga buruh dll ini.

Hari tu saya pernah ditakdirkan hadir dalam satu penerangan oleh salah satu kumpulan pelabur yg membuat keputusan untuk mai melabur di Malaysia/Kedah ini, dalam slides yg dia tunjukkan itu, dia habag antara faktor yg depa memlilih Malaysia atau pun negeri Kedah khususnya, selain drpd faktor kos tenaga buruh dan limpahan tenaga kerja yang ada skills (highly teknikal), depa buat keputusan untuk masuk mai sini adalah juga kerana kos utilities (letrik & air) yang murah.

Saya dok risau bila depa baca dlm surathabag kenyataan ex-MB Kedah yang mengatakan bahawa MB Kedah la nie saja-saja ja (suka hati dia saja) bawa naik harga ayaq walaupun sepatutnya tak perlu bawa naik, maka golongan pelabur ini akan jadi confuse, depa akan rasa yg kerajaan negeri Kedah yang ada la nie tak mesra pelabur, dan untuk pelaburan akan datang atau yg sedia ada, depa mungkin akan mula buat plan nak pindah pi luaq.

Untuk pengetahuan, menurut kwn-kwn di sektor industri, baru-baru ini ada sebuah syarikat Stesen TV Antarabangsa mai buat liputan/dokumentari di kawasan Kulim Hitech. Depa habag, depa mai dua tempat saja di negara ASEAN ini, satu di KHTP dan satu lagi di Vietnam. Makna kata, kita tengah dok bertarung dengan Vietnam dlm agenda nak tarik pelabur asing masuk ini, kenaikan harga ayaq ini tak akan membantu kalau depa tersekat antara dua – nak mai KHTP ka nak pi Vietnam?

Last sekali nak habag satu cerita yg org-org lama dlm sektor industri dok habag kat saya; waktu zaman PM sebelum PM yang sebelum ini; ada sebuah MNC (Syarikat Multinational) nak masuk melabur mai di Malaysia, lebih drpd RM1 billion depa kata. Bila dpt tau kompeni tu nak masuk mai Malaysia, team dari Singapore dah pi tackle depa awal-awal lagi.

Pegawai2 kerajaan Singapore pi bawa depa pi Singapore, sampai kat Airport, PM Singapore sendiri sambut depa. Dia offer depa melabur di Singapore; akhirnya depa setuju melabur di sana instead of Malaysia.

Nak tau pasal apa?

PM Singapore waktu itu offer AYAQ Free kat depa – walhalnya ayaq tu Singapore beli kat kita.
Alah, ayaq free banyak manalah sangat kalau nak dibandingkan nilai pelaburan yang berbillion dan kesan jangka panjang untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat jelata tu.

Rugi Malaysia, kalau tidak makin bertambahlah peluang pekerjaan untuk anak-anak dan adik-adik kita.

Macam tu jugak di Kedah ini, ada eloknya kerajaan negeri pertimbangkan halus-halus bab ini. PAS mungkin akan memerintah penggal ini saja, penggal depan mungkin org lain ambik alih, tapi sekali pelabur asing lari keluar atau pelabur baru tak masuk mai sebab keliru dengan isu ayaq ini, semua org rugi, tak kira apa parti.

Sekian feedback dari saya yg tak berapa pandai bab jual beli dan niaga ayaq ini, tapi dalam benak saya selalu dok fikir pasal peluang pekerjaan untuk anak-anak kita yang sedang menuntut di bangku sekolah nu. Awat taknya, h/p saya ni tak berenti berdering org dok tanya kot-kot ada kerja kosong kat mana-mana kilang di area belah sini; mungkin sebab tu kot dlm bab nak kena jaga pelabur asing ini, saya agak emosional sikit.

Untuk MB dan ex-MB, tok sahlah dok politikkan pasal isu ayaq ini, pi mai pi mai nanti kita semua rugi.

moniermatdin@yahoo.com
4.10.10
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com


Puad kena ‘boo’ kata Kelantan tidak disisih

Posted: 03 Oct 2010 10:30 PM PDT



Wartawan Kita

KOTA BHARU, 3 Okt: Jarang kita melihat ada menteri yang diboo orang ramai pada wacana perdana apabila jawapan diberi tidak dapat diterima penonton.

Itulah nasib yang menimpa Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zakarshi apabila menganggap Kelantan tidak disisih dalam konteks semangat federalisme di negara ini.

Katanya, penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tidak menggambarkan Kelantan diganggu gugat kerajaan Persekutuan.

"Sebenarnya ramai tidak faham apa itu federalisme," katanya ketika menjawab soalan pada wacana perdana bertajuk Wawasan 2020, Realiti atau Ilusi yang diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre di sini, malam tadi.

Belum pun sempat Puad menjawab orang ramai meneriak dan memboo berkali-kali jawapannya.

Ekoran itu katanya, "kalau tidak mahu mendengar tak apa lebih baik saya alih kepada soalan lain."

Sejak awal wacana lagi Dr Puad tidak disenangi penonton apabila banyak jawapannya lebih bersifat teknikal yang sukar difahami orang ramai yang memenuhi ruang dewan tersebut.

Dua lagi ahli panel, anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Maamor Osman. Manakala Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof bertindak sebagai moderator.

Wacana siri keenam itu dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Pada wacana yang diadakan pertengahan tahun lepas, Puad membatalkan kehadiran di saat-saat akhir.

Ekoran itu pihak penganjur menjemputnya buat kali kedua malam tadi.

Ketika menjawab isu tuntutan royalti minyak kerajaan Kelantan, Puad mengulangi pendirian kerajaan pusat dengan mengatakan negeri ini tidak layak menerimanya.

Asas jawapan yang digunakan iaitu lebih dari tiga batu nautika.

Bagaimanapun hujah itu ditolak Saifuddin dengan membentang fakta perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.

Ketika Dr Puad menyebut fakta 3 batu nautika penonton sekali lagi naik angin dengan menyebut pelawak (bohong).

Malah katanya, kalau ramai masih tidak puas hati beliau sanggup menyertai debat dalam isu tersebut.

Namun katanya, beliau tidak mahu menghurai panjang isu berkenaan kerana ia sudah dibawa ke mahkamah oleh kerajaan negeri.

"Biarlah mahkamah yang membuat keputusan," katanya.

Turut mengikut forum tersebut ramai di kalangan warga pendidik.

Bagaimanapun ramai di kalangan mereka tidak senang dengan jawapan diberi Puad dalam banyak isu.

Seorang dari mereka menyebut jawapan timbalan menteri hanya berputar pada perkara yang sama kerana tidak ada hujah bernas.

Seorang lagi guru yang juga aktivis Umno mencadangkan kerajaan negeri menganjurkan wacana bertajuk 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan.

Pada sidang media selepas itu, Dr Puad memuji pihak penganjur mengadakan wacana tersebut yang dianggap sebagai satu permulaan yang baik.

Bagaimananapun beliau agak terkilan apabila penonton tidak dapat mengawal emosi.

"Sepatutnya kita mendengar dahulu pandangan orang lain.

"Wacana ini merupakan satu platform yang baik dan perlu diteruskan. Ini dapat melahirkan generasi muda yang lebih terbuka," ujarnya.

HD

PAS Sanggup Bubar Jika Umno Ikut Islam

Posted: 03 Oct 2010 08:30 PM PDT

Oleh Fazli Othman


SHAH ALAM 2 Okt - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau sanggup mencadangkan agar PAS dibubarkan sekiranya Umno benar-benar mengikuti lamdasan Islam.
"Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.
"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia," soal Nik Abdul Aziz dalam blognya semalam.
Kata Nik Abdul Aziz, Umno adalah punca utama umat Islam di negara ini keliru apabila mengamalkan politik perkauman sempit dengan melaungkan 'Hidup Melayu' tetapi pada masa yang sama menolak hukum Islam (Hudud).
Menteri Besar berkata Umno mengaku memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama menolak undang-undang jenayah dalam Islam.
Nik Abdul Aziz menegaskan beliau sudah berkali-kali mengajak parti itu agar mengubah dasar tetapi Umno terus berkeras dengan semangat kebangsaan (perjuangan untuk bela Melayu) malahan berbangga dan mengagung-agungkan semangat perkauman yang sempit dengan melaungkan 'hidup Melayu.'
Berhubung dengan dasar Perlembagaan Negara, beliau menjelaskan pernah ada kenyataan dari pihak Majlis Peguam Muslim, betapa di dalam Perlembagaan itu tidak pun dinyatakan sebarang peruntukan yang mengesahkan negara kita adalah sekular.
Malah, seorang pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari turut menegaskan hakikat Islam adalah agama persekutuan yang sepatutnya diperundangkan dan diamalkan di dalam setiap segi kehidupan di negara ini.
"Kenapakah pemimpin Umno memandang sepi kenyataan ini? Sedangkan di sisi Perlembagaan Negara ia tiada halangan untuk memakai Islam, kerana ia adalah hak mutlak umat Islam. Maka tiadalah sekular sebagaimana didakwa.
"Soalnya, ada pula pemimpin Umno yang beria-ia mempertahankan amalan sekular dengan menolak dasar Islam dalam keadaan tertentu, dan menerima Islam di mana ia menguntungkan Umno.
Justeru katanya, memang selayaknya Umno dikalahkan dalam pilihan raya demi untuk diberi pula peluang kepada pihak lain berkuasa barulah Perlembagaan dapat diperjelaskan mengikut maksud sebenarnya.
"Dalam hal ini, orang Umno patut malu kepada orang India (yang belum Islam) seperti Balasundram dari Dewan Himpunan Penyokong Pas yang sedia menganjurkan seminar bagi memperjelaskan keadilan Islam kepada pihak yang belum memahami hakikat adilnya hukum Islam!.
"Apakah selama ini, pihak Umno tidak terfikir untuk membuat perkara yang sama kepada rakan-rakan dalam BN?," soal beliau lagi.

SK


Keputusan TM Piala Malaysia 03/10/10

Posted: 03 Oct 2010 06:30 PM PDT

Apabila PKR mula baling kerusi

Posted: 03 Oct 2010 04:39 PM PDT

Oleh Tok Perak


WALAUPUN secara keseluruhan pemilihan PKR peringkat cawangan berjalan lancar, tercetus juga perkara-perkara tidak diingini, termasuk berkelahi hingga bersinsing lengan dan membaling kerusi. Mujur tidak ada yang patah gigi!

Pada peringkat lebih tinggi, perebutan untuk jawatan Timbalan Presiden, juga menjadi semakin hangat dan tersasar dari garis kesopanan. Walaupun ada calon lain, jawatan No.2 ini adalah pertandingan antara Azmin Ali dengan Datuk Zaid Ibrahim.

Masing-masing pihak sejak awal lagi saling tuduh-menuduh – walaupun tidak secara langsung – dan menimbulkan keburukan masing-masing. Penyokong masing-masing pun saling dedah-mendedah, sama ada dalam media atau ketika lepak di kedai kopi.

Terkini tersebar pula video yang kononnya konspirasi Azmin untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Dibangkitkan juga perihal kamera 'ala-James Bond 007' yang diletakkan di bilik Menteri Besar Selangor. Adakah ini salah satu konspirasi juga?

Apa yang berlaku ini membuktikan bahawa PKR, sama juga dengan parti-parti lain, mula diresapi unsur-unsur negatif, termasuk budaya samseng, tamak, gila kuasa, hasad dengki, dan perangai-perangai busuk yang lain.

Dulu-dulu budaya singsing lengan, bertumbuk dan baling-baling kerusi semasa mesyuarat hanya berlaku pada parti-parti tertentu sahaja. Budaya itu kemudian menular ke parti lain, dan kini masuk pula ke parti Anwar Ibrahim.

Memang, bukan luar biasa benda-benda seperti itu meresap ke dalam PKR. Lagi pun ahli-ahli PKR manusia biasa juga, malah sesetengahnya bekas ahli dari parti-parti lain yang masuk PKR sebab tidak puas hati dengan parti asal mereka.

Tetapi PKR adalah parti baru dan tunjang dalam Pakatan Rakyat (PR) yang baru tiga tahun memerintah beberapa negeri. Sepatutnya inilah masa untuk menampilkan sikap toleransi, budaya murni dan kesungguhan membela rakyat.

Kalau asyik berkelahi sesama sendiri untuk merebut jawatan, takut rakyat hilang keyakinan. Jadi, henti-hentikanlah perangai berebut jawatan itu. Ini masa bekerja untuk rakyat, bukan untuk diri sendiri.



*GALAS menjadi satu lagi cabaran kepada BN dan PR. Terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang yang diwakili Tengku Razaleigh Hamzah, DUN ini memang menjadi kubu BN (UMNO). Pada pilihan raya umum lalu calon Pas menang hanya dengan kelebihan sekitar 600 undi.

Tentu sekali BN, khasnya UMNO, ingin merampas semula kawasan ini. Maka tidak mustahil Ku Li dijadikan calon pilihan raya kecil ini, memandangkan putera raja itu mempunyai pengaruh yang kuat di sini.

Dalam waktu yang sama Pas pun tidak akan menyerah kalah dan pasti akan meletakkan calon yang dapat mengekalkan kerusi tersebut. Maka tidak syak lagi pilihan raya kecil Galas untuk seminggu dua ini akan menjadi tumpuan semua orang.



*KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyenaraihitamkan 1,049 pemaju di seluruh negara. Menurut menterinya Datuk Chor Chee Heung, turut termasuk dalam senarai hitam ialah 3,782 anggota lembaga pengarah syarikat terbabit.

Harap-harap mereka yang ditukar menjadi hitam itu termasuk kontraktor-kontraktor yang menyebabkan banyak bangunan penting runtuh, banyak projek rumah terbengkalai, juga pejabat kerajaan, termasuk Kompleks Mahkamah, yang selalu bocor.

Menurut Chor, pihaknya akan mengetatkan lagi syarat-syarat kepada pemaju untuk mengelakkan masalah projek terbengkalai. Sebenarnya sudah lama kita dengar kenyataan hendak mengetatkan syarat dan peraturan, tetapi satu demi satu bangunan kita runtuh, sementara rumah-rumah yang terbengkalai terus bertambah.

Ada berpuluh ribu pembeli rumah – sebahagian besarnya rakyat biasa – yang sejak sekian lama menderita sebab rumah mereka tidak siap-siap. Setengahnya sudah menunggu dalam derita lebih sepuluh tahun.

Mereka terpaksa membayar ansuran bank atas rumah yang tidak siap, dan dalam waktu sama terpaksa juga membayar sewa rumah tempat tinggal sekarang. Setiap bulan dikejar bank, setiap bulan faedah naik.

Sebenarnya ramai telah diisytiharkan muflis gara-gara kegagalan menjelaskan hutang bank untuk membeli rumah. Hutang perlu bayar, tetapi rumah tidak siap-siap. Aduan, laporan, tunjuk perasaan, protes semua tidak ada kesan. Demikianlah malangnya pembeli rumah.

Sebaliknya, pemaju tidak menderita apa-apa. Memang mereka diletakkan dalam senarai hitam, tetapi masih boleh duduk rumah besar, pakai kereta mewah, selalu makan angin luar negara. Sesusah-susah pemaju boleh juga makan angin, tetapi pembeli hanya makan hati.



*AKHIR kalam, Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan akan melepaskan jawatan Presiden MIC yang telah dipegang sejak lebih tiga dekad lalu, pada Januari akan datang. Tempoh jawatannya sekarang sepatutnya berakhir Mac 2012.

Pemimpin paling liat berusia 74 tahun itu memberitahu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat parti minggu lalu akan menyerahkan jawatan tertinggi parti itu kepada timbalannya, Datuk G Palanivel.

Dengan pengumuman tersebut Gerakan Anti-Samy Vellu, atau GAS, telah dibubarkan. Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Muligan yang juga pemimpin GAS berkata, oleh sebab Samy hendak berhenti, gerakan tersebut dirasakan tidak lagi perlu wujud.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan perjuangan Samy selama menjadi orang No.1 MIC. Saya percaya rakyat jelata, khasnya masyarakat keturunan India juga mengucapkan terima kasih atas perjuangan Samy.

GAS sudah bubar, ucapan terima kasih pun telah diberikan oleh PM dan rakyat jelata, jangan pula Samy menarik balik pengumumannya itu. Tabik Datuk!

DD

Tiada ulasan: