Khamis, 28 Oktober 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


MASIH INGAT KATA KATA NAJIB? SEBAB TULAH IA MEMPERBANYAK CLUB MALAM?

Posted: 28 Oct 2010 07:45 AM PDT



CLUB MALAM AKAN DIPERBANYAK , KENYATAAN TERSEBUT SENADA DENGAN KATA KATA NAJIB DIATAS. INI KARENA KALAU BANYAK UNDANG UNDANG ISLAM DITEGAKKAN DIAMALAYSIA NEGARA AKAN HURU HARA.. SO YANG BAIK IALAH MEMPERBANYAK BENDA HARAM?.. LU PIKIR SENDIRILAH..SIAPA YANG ANTI ISLAM SEBENARNYA?

DEMI PERDANA MENTERI INDIA:9 RAKYAT DITAHAN DI LITTLE INDIA HA HA HA

Posted: 28 Oct 2010 12:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 28- Polis menahan sembilan orang di depan sebuah restoran yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi majlis perasmian "little India" di Brickfield petang semalam.
Laporan Bernama menyebut mereka yang ditahan berumur antara 30 hingga 40 tahun dan dipercayai ahli kepada Persatuan Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia (PKPTM)
Kumpulan berkenaan dipercayai berada di kawasan berkenaan untuk membantah Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh merasmikan projek "Little India" hari ini.
Menurut polis, mereka ditahan pada jam 5 petang selepas enggan berkerjasama dengan polis yang meminta mereka menunjukkan kad pengenalan masing-masing.
Berlaku sedikit kekecohan selama 10 minit sejurus sebelum mereka ditahan namun keadaan dapat dikawal oleh pihak berkuasa.
Mereka kemudiannya ditahan dan dibawa ke balai olis Brickfield dengan van untuk di soal siasat sebelum dibebaskan dua jam kemudian.
PKPTM, adalah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak bersetuju projek "little India" berkenaan dirasmikan oleh Dr Manmohan dan berpendapat Perdana Menteri Datuk seri Najib Abdul razak ataupun seorang pemimpin kaum India tempatan yang sepatutnya merasmikan projek terbabit

MENGAPA KERAJAAN KITA SEAKAN TUNDUK DENGAN INDIA?

Posted: 27 Oct 2010 11:21 PM PDT

PUTRAJAYA 27 Okt. - Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh yakin sistem yang diamalkan di Malaysia mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menyelesaikan sebarang masalah berkaitan masyarakat keturunan India.
Keyakinan itu diluahkan oleh Dr. Manmohan apabila menjawab pertanyaan seorang wartawan dari negaranya bahawa kononnya wujud diskriminasi Kuala Lumpur terhadap masyarakat India di sini.
"Malaysia adalah negara berbilang kaum, etnik dan demokrasi yang menghormati asas-asas hak asasi rakyatnya.
"Saya tidak ada sebab untuk berasa khuatir terhadap masa depan masyarakat India dalam negara yang hebat ini," kata beliau pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Dr. Manmohan yang tiba di sini semalam dalam lawatan rasmi tiga hari sebelum itu mengadakan mesyuarat dua hala dengan Najib di Bangunan Perdana Putra.
Dalam pada itu, Najib berkata, Kuala Lumpur mengendalikan isu dalaman negara secara positif.
"Saya tidak fikir saya akan mengulasnya dan ia bukan perkara yang kami berdua bincangkan antara dua negara seperti mana kami menghormati apa yang berlaku di India, India juga (harus) menghormati apa yang kami lakukan di negara ini," kata beliau.
Sementara itu, Dr. Manmohan ketika ditanya mengenai minat negaranya terhadap sistem perbankan Islam berkata:
"Memang ada dari semasa ke semasa permintaan bahawa perlu diperkenalkan sistem perbankan Islam ini dan saya akan mencadangkan kepada Bank Pusat India untuk melihat apa yang berlaku (perjalanan sistem itu) di Malaysia,'' kata beliau.
Najib pula memberitahu, Malaysia telah memberi lesen menjalankan perkhidmatan bank komersial kepada sebuah konsortium bank di India dan mereka bersedia memulakan operasi di negara ini.

TIDAK HANYA DI PULAU PINANG: DI KL PUN TANAH MELAYU TERGUSUR SEDIKIT DEMI SEDIKIT:ULAH SIAPA KALAU BUKAN PEMERINTAH DAN SI KITUL

Posted: 27 Oct 2010 10:17 PM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mempertahankan tindakannya mendedahkan masalah tanah orang Melayu di Pulau Pinang bagi menyedarkan mereka daripada terus terlena.

Menurutnya, langkah tertentu perlu diambil bagai memastikan tanah yang ada tidak terus terlepas ke tangan orang lain yang mempunyai kuasa beli tinggi

mereka tidak punya taqwa? URUS HARTA MUSLIM IKUT USUS PERUT MEREKA?

Posted: 27 Oct 2010 08:15 PM PDT

Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan.

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan.

Miskin terus merempat
Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.

Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?

"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.

Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.

Ambil kesempatan asnaf amilin

"Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang) didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.

"Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri.

"Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf amilin (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan," kata Dr Mohd Asri.

Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti "institusi-institusi yang berjenama agama".

"Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut.

"Itu pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," tambahnya lagi.

SETUJUKAH RAKYAT BILA PASAR MALAM DAN KEDAI TEPI JALAN DIHAPUSKAN

Posted: 27 Oct 2010 07:04 PM PDT

Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu akan menjadi nostalgia apabila ia bakal digantikan dengan Pasar Komuniti, mengikut bidang ekonomi utama negara (NKEA) melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Isnin lalu.

Tujuan rancangan kerajaan itu adalah menyelaraskan beberapa pasar berkenaan dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.

"Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana.

"Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan,tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor," petik laporan ETP itu.

Projek ini dijangka menyaksikan peniaga terpaksa berbelanja lebih kerana pasar tradisional mereka sekrang ini adalah murah - mereka boleh menyewa satu lot untuk kurang RM10 sehari.

Bagi menyusun semula peniaga berkenaan, projek ini memerlukan dana swasta dan pelaburan RM15.5 bilion bagi membantu memperuntukan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah kepada peniagaan.

Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan itu dikatakan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8 bilion pendapatan negara kasar setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020.

Projek yang sama juga akan menyaksikan penjaja yang menjual makanan di gerai-gerai jalanan ditempatkan di pusat makan sehenti yang dinamakan Bazaar Makan di mana pengunjung boleh mencuba dan menikmati masakan Malaysia dan antarabangsa yang terbaik

Pusat makan besar premium itu turut akan mempunyai kedai makanan ternama seperti restoran keluarga, restoran perkhidmatan segera, kafe, bar dan restoran mewah.

Pusat makanan ini juga akan menyediakan daya tarikan seperti taman pancaindera, permainan dan gelanggang acara dan taman permainan, dan kedai runcit kecil seperti kedai serbaneka dan surat khabar.

Setiap Bazaar Makan yang didirikan akan bersaiz lebih kurang 9,000 meter persegi, dengan kapasiti tempat duduk sekitar 3,500
orang.

Sejumlah 10 Bazaar Makan akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang di bandar-bandar utama di Malaysia dan usahasama ini akan diuruskan secara persendirian dan oleh Wesria Food Sdn Bhd.

Projek ini melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM270 juta, di mana hampir 90 peratus daripadanya dicadangkan dari sektor swasta.

Kerajaan berharap Bazaar makan ini mampu akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM230 juta pendatan dalam negara kasar setahun dan mewujudkan 4,200 pekerjaan baru menjelang 2020.

UMNO MENGHARUSKAN SEGALA CARA UNTUK MENANG

Posted: 27 Oct 2010 06:01 PM PDT

Keresahan Umno BN untuk mendapat sokongan pengundi di Dun Galas semakin terserlah apabila mereka terpaksa mengeluarkan sendiri bahan cetak SUARA GALAS pada hari penamaan calon untuk dijadikan bahan kempen.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sedangkan dalam masa yang sama, mereka telahpun mempunyai pelbagai saluran media cetak dan elektronik.
Ketika ditemui mengulas perkara tersebut, katanya penyebaran risalah empat muka yang diterbitkan oleh Badan Perhubungan Umno negeri itu jelas menggambarkan mereka tidak lagi menaruh keyakinan akhbar arus perdana milik mereka untuk menawan hati pengundi di Dun Galas.
Beliau berkata, perbuatan tersebut seolah-olah meniru langkah PAS yang telah mengeluarkan GALAS KITO pada edaran pertama sehari sebelum penamaan calon.
"PAS telah mengambil langkah proaktif dalam penyebaran maklumat kepada pengundi kerana kita sedar sebaran media terhadap pelbagai aktiviti kita amat terhad, kita hanya ada Harakah, dikeluarkan dua kali seminggu sahaja," ujar beliau.
Sementara itu, Yamin Hamid, 35, dari Kampung Lembaga, Sungai Terah berkata, Umno BN yang menyebarkan risalah tersebut kerana mereka sedar akhbar arus perdana tidak mendapat sambutan di Gua Musang.
"Kalau dah orang umno-BN sendiri pun tak yakin dengan akhbar harian mereka, tak kanlah kita di Gua Musang ini pula nak percaya berita yang disebarkan oleh akhbar tersebut.
Bagi Nurul Hidayah Ahmad, 27, Batu Papan pula berkata, semasa berada di tempat pernamaan calon turut mendapat senaskah akhbar harian secara percuma.
"Nampak sangat pihak Umno BN ini terdesak untuk menyebarkan maklumat palsu mereka, sehinggakan sanggup mengedar akhbar secara percuma pada hari tersebut," katanya lagi

Tiada ulasan: