Khamis, 28 Oktober 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Politeknik di Pekan dah 10 Tahun Tak Siap Lagi...

Posted: 28 Oct 2010 06:53 AM PDT

Kalau Politeknik yang kos pada awalnya ialah RM219Juta tetapi kini telah meningkat menjadi RM294.74 Juta pembinaannya telah memakan masa melebihi 10 tahun.. berapa puluh tahun pula kah yang diperlukan untuk menyiapkan Menara Warisan setinggi 100 tingkat yang menelan belanja RM5000 Juta itu?

Projek Politeknik telan RM295 juta, tak siap 10 tahun...di Pekan

Projek Pembinaan Politeknik Muadzam Shah yang tidak siap biarpun hampir 10 tahun dimulakan, kini mengalami peningkatan kos sejumlah RM75.74 juta, iaitu 34.6% berbanding kos asal.

Malah, kos ini belum mengambil kira kos perkhidmatan perunding yang perlu dibiayai kerajaan berjumlah RM10.55 juta. Apa yang menarik, projek ini terletak di daerah Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009, projek yang beralih tangan dari Kementerian Pelajaran ke Kementerian Pengajian tinggi pada tahun 2004 ini, sepatutnya disiapkan pada 14 September 2003.


Namun demikian, ia belum siap bina sehingga kini biarpun hampir 10 tahun berlalu, dan RM294.74 juta telah dibelanjakan berbanding kos asal projek, iaitu RM219 juta.

"Memandangkan politeknik ini masih belum disiapkan, Kerajaan terpaksa menanggung kos sewaan tempat belajar sebanyak RM2500 sebulan, dan setakat bulan Disember 2009, sejumlah RM130,000 telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Selain itu, bilangan pengambilan pelajar juga terpaksa dihadkan setakat 64 hingga 347 pelajar sahaja berbanding 5,000 pelajar yang dirancang."

Pada pandangan Audit, prestasi kerja dan kedudukan kewangan sesebuah syarikat perlu dijadikan asas dalam pemilihan kontraktor dan subkontraktor bagi melaksanakan projek Kerajaan supaya projek berjalan lancar dan tidak merugikan Kerajaan.

"Selain itu, pihak Kementerian dan JKR juga hendaklah memantau dan memberikan pengawasan yang rapi terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor serta perunding bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut spesifikasi dan siap dalam tempoh yang ditetapkan."

Latar belakang projek

Pada masa yang sama, Ketua Audit Negara juga mengingatkan Jabatan Kerja Raya untuk mengambil tindakan bagi memungut denda kelewatan yang berjumlah RM4.34 juta daripada Kausar.

Menurut laporan, projek ini dilaksana secara reka dan bina oleh Yayasan Kontraktor Melayu Pahang Corporation Bhd (YKMP) yang dilantik secara rundingan terus, pada peringkat awal. Nilai kontrak berjumlah RM219 juta dan tempoh siap projek selama 24 bulan, dari 15 September 2001 hingga 14 September 2003.

YKMP telah melantik anak syarikat Kausar Corporation Sdn.Bhd, iaitu V.C.Technologies Sdn.Bhd sebagai subkontraktor untuk melaksanakan projek tersebut.

Projek ini gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kontraktor berkenaan telah ditamatkan kontraknya pada 15 Disember 2003.

Kemudiannya, Syarikat Kausar Corporation Sdn.Bhd telah dilantik untuk menyiapkan projek ini, diberi tempoh antara 10 November 2005 hingga 9 Mei 2007. Bagaimanapun, sejarah berulang dan syarikat ini ditamatkan kontrak pada 6 Mei 2008.

Seterusnya, syarikat MMN Bina Sdn.Bhd (MMN Bina) telah dilantik untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh 12 bulan, mulai 24 Februari 2009 hingga 23 Februari 2010.


MerdekaReview

Tuduhan liwat: Rektum Saiful ‘Kosong’

Posted: 28 Oct 2010 03:13 AM PDT

"Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim mengaku, bukan mudah untuk menjalankan pemeriksaan "proctoscopy" ke atas Saiful meskipun dengan menggunakan bahan pelincir. "

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu "kosong."

"Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong," kata pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.

Razali juga memberitahu, pemeriksaan dubur dijalankan pada 28 Jun 2008 bukan pemeriksaan klinikal yang pertama dikendalikan ke atas Saiful.


Disoal bertubi-tubi oleh Sankara, beliau yang kini berkhidmat dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengaku, bukan mudah untuk menjalankan pemeriksaan "proctoscopy" ke atas Saiful meskipun dengan menggunakan bahan pelincir.

Penggunaan sebarang instrumen secara tiba-tiba di dubur boleh menyebabkan kecederaan ke atas bahagian-bahagian yang sensitif, kata Razali.

Pada akhir Jun 2008, Saiful mengunjungi Hospital Pusrawi, pusat perubatan swasta, untuk pemeriksaan ekoran sakit di bahagian dubur sebelum dirujuk kepada HKL.

Laporan perubatan dari Pusrawi, yang bocor tahun lalu, mendedahkan bahawa Saiful tidak buang air besar selepas dia diliwat.

Semalam, Razali tegas dengan pendiriannya untuk tidak merujuk nota klinikal bagi menyegarkan ingatannya.

Walaupun diasak berulang kali oleh Karpal, Razali mendesak bahawa beliau tidak merujuk nota yang diambil semasa pemeriksaan perubatan ke atas Saiful selama tiga jam pada malam 28 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi kemudian menolak permohonan lisan Karpal, yang mewakili Anwar, untuk mendapatkan nota mengenai sejarah dan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata pasukan pembelaan tidak berhak mendapatkan nota-nota tersebut kerana ia tidak dirujuk oleh Razali dalam pemeriksaan utama oleh pihak pembelaan.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.


The Malaysian Insider

Samseng UMNO, Ugut Petugas Wanita KEADILAN

Posted: 28 Oct 2010 12:50 AM PDT

SANDAKAN 28 Okt - Kumpulan perayu undi dan culaan wanita Parti Keadilan Rakyat yang membuat tugasan pilihan raya di Kampung Istimewa dekat sini tengahari tadi ditakutkan dengan tindakan ala gengster segerombolan ahli dan penyokong Umno dan Barisan Nasional yang menghalang dan menakut-nakutkan mereka daripada mendekati penduduk kampung.

Menurut Noraliza Abdul Wahab dari Cabang Permatang Pauh beliau bersama-sama 20 petugas lain sampai di kampung tersbeut kira-kira pukul 11.15 pagi tetapi setiba mereka terus dihalang oleh beberapa petugas bilik gerakan BN yang terletak berhampiran dengan jalan raya.


"Ini kali kedua kami berkempen di kampung ini dan pertama kali semalam kami datang tidak ada masalah. Penduduk kampung pun menyambut kami dengan mesra dan menunjukkan respons yang baik terhadap kehadiran kami.

"Namun hari ini berlainan pula, sekumpulan lelaki dari bilik gerakan BN menunjukkan sikap yang agresif dengan mengelurakan kata-kata kesat, mengugut serta menghalau kami. Serorang daripada mereka mengatakan kampung ini kubu kuat BN dan orang luat tidak boleh masuk.

"Kami kata ini negara kami, kenapa halang kami bergerak bebas dan setiap rakyat Malaysia berhak mengundi tanpa dipaksa atau ditakut-takutkan," kat Noraliza.

Teman beliau, 'Mama' Doris Chua dari Cabang Bayan Baru berkata selama beliau terlibat dalam tugas merayu undi dalam pilihan raya, inilah pertama kali beliau berdepan dengan tindakan samseng penyokong BN yang ganas dan juga biadap.

"Saya sudah berumur dan memberi salam serta menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi mereka terus menepis tangan saya. Saya terkejut kerana saya yakin rakyat Sabah semuanya berbudi bahasa dan tinggi budi pekerti tidak seperti beberapa individu yang memberi imej buruk kepada orang Batu Sapi," kata Chua.

Ketua Cabang Batu Sapi, Hassnar Ebrahim yang menerima panggilan kecemasan dariapda petugas wanita KEADILAN terus bergegas ke lokasi lalu menenangkan keadaan.

Bagaimana ketika aktivis KEADILAN meneruskan kempen mereka di kampung tersebut, sekumpulan petuga BN terus mengikuti mereka sambil mengarahkan kepada wanita, kanak-kanak dan orang tua, 'tutup pintu, masuk dalam, jangan buka pintu, jangan kasi ini orang masuk' bagi menghalang mereka berinteraksi dengan perayu undi KEADILAN.

Seorang penyokong BN, Ibrahim Uling berkata beliau tidak bersetuju dengan tindak tanduk penyokong BN mengganggu aktivis KEADILAN menjalankan tugas mereka.

"Saya amat tidak setuju cara ini. Biarkanlah rakyat yang menentukan kepada siapa undi yang mereka mahu berikan. Undi saya pun rahsia tapi kalau begini caranya BN mahu menakutkan-nakutkan rakyat saya pun mahu undi Pakatan Rakyat kali ini," tegas Ibrahim.

Suara Keadilan difahamkan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol berada di dalam bilik gerakan ketika kejadian berlaku tetapi hanya berdiam diri dan tidak bertindak untuk meredakan keadaan.

Bagaimanapun keadaan berjaya dikawal oleh beberapa anggota polis yang berada di situ.

Hassnar berkata ini adalah tindakan tidak bertamaddun dan kurang sopan.

"Pilihan raya adalah sebahagian daripada proses demokrasi dan setiap warganegara berhak memilih pemimpin yang mereka mahu, bukan digertak dan dihalang seperti 'hooligan' oleh BN," kata Hassnar.

Sehubungan itu beliau membuat laporan di Balai Polis Sandakan di Jalan Bandaran kira-kira pukul 1.00 tengahari tadi.


Suara Keadilan

Video : Kempen PR di kawasan pengundi Cina DUN Galas

Posted: 27 Oct 2010 10:14 PM PDT

Tuduhan Liwat : Karpal tuntut dokumen 3 doktor HKL

Posted: 27 Oct 2010 08:11 PM PDT

Tidak sampai dua minit, perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bermula, ia terpaksa ditangguhkan seketika.

Tindakan itu bagi membolehkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berbincang dengan pihak pendakwaan dan pembelaan di kamarnya.

Ini berikutan peguam bela utama, Karpal Singh yang ingin membuat hujahan bagi mendapatkan nota klinikal tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Semalam mahkamah menolak permohonan berkenaan atas alasan pihak pembelaan tidak berhak dibekalkan nota-nota itu kerana saksi tidak pernah merujuk dokumen itu sewaktu pemeriksaan utama.


8.58am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.

Doktor bedah am Hospital Kuala Lumpur - Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil ke kandang saksi.

9am: Karpal berkata beliau ingin mengemukakan semula sama ada hakim memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan.

Katanya, kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya.

"Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu."

Hakim Zabidin berkata keputusannya semalam adalah jelas. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan tertutup di kamarnya.

Mahkamah berehat seketika.

9.05am: Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar masuk ke mahkamah dan duduk di galeri awam.

Masih terdapat banyak ruang kosong di mahkamah hari ini. Hanya terdapat kira-kira 40 orang. Kebanyakan wartawan asing dan penyokong Anwar yang biasanya hadir tidak kelihatan.

9.23am: Semua pihak yang terlibat keluar dari kamar hakim Zabidin.

9.26am: Mahkamah bersambung.

9.27am: Karpal terus mengasak Dr Razali mengenai keberatannya untuk merujuk kepada nota perubatan.

9.31am: Mahkamah sekali lagi berehat apabila Karpal berkeras mengasak saksi bertubi-tubi mengenai perkara berkenaan.

Karpal membantah apabila pihak pendakawaan menuntut beliau supaya berhenti berbuat demikian. Sankara Nair, seorang lagi peguam bela bangkit dan bertanya mengapa pihak pendakwaan cuba mengahlang peguam menyoal Dr Razali.

Karpal berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.

Hakim Zabidin meminta semua pihak terlibat sekali lagi ke kamarnya untuk berbincang - ini kali kedua pagi ini, mereka berbuat demikian.

9.55am: Semua pihak kembali ke mahkamah.

10.02am: Hakim Zabidin memasuki mahkamah. Perbicaraan disambung semula.

10.10am: Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia.

Dr Razali semalam memberi keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia.

10.20am: Dr Razali mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia.

Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Menurut Karpal, that PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.

10.25am: Mahkamah dihentikan seketika lagi - ini kali ketiga pagi ini. Kali ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia.

Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.

10.52am: Perbicaraan masih belum diteruskan. Peguam Karpal dan Sankara sedang berbincang dengan Anwar di luar mahkamah.


Malaysiakini

PRK DUN Galas : Skrip Lama di Kitar Semula..

Posted: 27 Oct 2010 07:59 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra



GUA MUSANG, 28 Okt — PAS menuduh Barisan Nasional (BN) sanggup melakukan apa sahaja bagi mencari kemenangan termasuk menggunakan isu agama sebagai alat dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sebagaimana pernah disaksikan ketika beberapa pilihan raya terdahulu termasuk di Hulu Selangor, kerjasama PAS dan DAP di bawah Pakatan Rakyat muncul lagi kali ini.


Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata, BN akan menggunakan isu agama untuk menjatuhkan PAS dan mendapatkan sokongan daripada pengundi.

"BN bukan sahaja akan gunakan isu agama untuk jatuhkan PAS tetapi sanggup gunakan apa sahaja cara dan isu termasuk isu perkauman.

"Bukan ada peraturan dalam BN, bagi mereka semuanya halal.

"Ini menunjukan BN sudah ketandusan isu apabila sanggup menggunakan isu agama dalam kempen mereka. Kita sudah tahu budaya BN, mereka sanggup gunakan agama untuk jatuhkan lawan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kain rentang yang dipamerkan di tepi jalan tertulis "'Karpal Singh Hina Perjuangan Islam', Kenapa PAS masih menyokong DAP (Harbi)?"

Kain rentang itu juga mempamerkan laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu — Karpal Singh".

Dalam ceramah pertama kelmarin selepas kempen bermula, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu dan DAP menjalankan kerjasama selama ini adalah untuk membawa perubahan kepada negara.

Dalam mencapai matlamat itu kata beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi "jambatan" antara kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Walaupun DAP bukan parti Islam tapi PAS menjalin kerjasama dengan DAP kerana mahu melakukan perubahan terhadap pimpinan kerajaan sekarang," kata beliau.

Kerjasama PAS dan DAP menjadi kritikan Umno termasuk ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu.

Abdul Fatah juga berkata isu yang dibangkitkan ini adalah perkara lama dan rakyat sudah mengetahui perkara sebenar kerjasama antara PAS dan DAP.

"Itu cerita lama, buat apa nak bangkitkan perkara lama. Kalau nak bangkitkan juga susahlah.

"Terpulang kepada BN nak buat macam mana pun, ia tidak beri kesan kepada PAS. Rakyat sudah tahu perkara itu, mereka sudah cerdik. Saya percaya mereka tidak akan tertipu dengan taktik BN ini," katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah. Pengundian diadakan 4 November ini.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu yang mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS pula menurunkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

Tambah Abdul Fatah, PAS dan BN sepatutnya berperang dengan menggunakan isu, bukan menggunakan agama sebagai alat untuk menjatuhkan lawan.

"Kalau sebelum ini BN kata PAS ketandusan isu tapi sekarang nampaknya lain pula ceritanya.

"Jadi mari kita lawan siapa yang mempunyai lebih banyak isu, tengok siapa yang menang," katanya.


The Malaysian Insider

Angka Korban di Indonesia semakin meningkat.

Posted: 27 Oct 2010 05:57 PM PDT

2010/10/28

282 mati kejadian tsunami dan gempa bumi; 28 maut gunung berapi

JAKARTA: Indonesia bertungkus-lumus menangani tiga bencana alam sekali gus semalam dengan usaha membantu mangsa terselamat dan mencari mayat mangsa tsunami di kepulauan Mentawai dan mereka yang tertimbus dalam debu muntahan lahar Gunung Merapi di Jawa Tengah.

Kelmarin, Gunung Merapi di Jawa Tengah meletus dan memuntahkan lahar dan debu beracun, menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh.

Pesawat dan helikopter yang membawa pekerja penyelamat dan bekalan bantuan mendarat buat kali pertama semalam di kawasan terpencil di kepulauan Mentawai yang dilanda gelombang besar setinggi hingga tiga meter, menghanyutkan kampung, menyebabkan sekurang-kurangnya 282 orang terbunuh dan 411 lagi masih hilang.

Pasukan menyelamat yang menjalankan kerja mencari melihat kawasan luas yang ditenggelami air, manakala rumah roboh dilanda gelombang besar.


Dua hari selepas gempa bumi dengan kekuatan 7.7 mencetuskan gelombang tsunami, angka kematian semakin meningkat ketika penyelamat yang berdepan pelbagai kesukaran, akhirnya berjaya tiba di kepulauan Mentawai yang paling hampir dengan pusat gempa dan paling teruk terjejas.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memendekkan lawatan beliau ke Vietnam dan kembali ke tanah air bagi menangani bencana besar yang melanda dalam tempoh 24 jam.
"Saya mahu memastikan usaha menghulurkan bantuan kecemasan dapat dijalankan dengan lancar. Saya mahu melihat sendiri keadaan mangsa," kata Susilo kepada wartawan di Hanoi.

Semalam, pegawai pengurusan bencana, Ade Edward berkata angka kematian gempa bumi dan tsunami dianggarkan 282 orang manakala 412 orang masing hilang.
Beliau berkata penyelamat yang tiba semalam menerima maklumat terbaru angka kematian daripada ketua kampung.

Gempa bumi dan letusan gunung berapi berlaku di kawasan yang berada pada kedudukan dikenali Lingkaran Api Pasifik yang kerap terbabit dengan gempa bumi dan letusan gunung berapi menganjur dari Hemisfera Barat melalui Jepun dan Asia Tenggara.

Ombak besar dan cuaca buruk menjejaskan operasi bantuan menyebabkan penduduk terpaksa melindungi diri sendiri.

Ketua daerah, Edison Salelo Baja berkata, tanpa tenaga yang cukup untuk menggali kubur, banyak mayat kini terbiar dan bergelimpangan di pantai serta di tepi jalan raya.

Beliau berkata pesawat kargo pertama dengan muatan 16 tan khemah, ubat, makanan dan pakaian tiba tengah hari semalam. Empat helikopter juga mendarat di Sikakap, sebuah bandar di pulau Pagai yang dijadikan pusat operasi bantuan.

"Akhirnya cuaca buruk berakhir. Kini kami berpeluang mencari mangsa terselamat dari pesawat dan dapat membaut anggaran kerosakan akibat bencana alam ini," katanya.

Sementara itu, pegawai bencana meneruskan usaha untuk tiba di berpuluh kampung di kepulauan Mentawai, sebuah destinasi pelancongan popular yang memerlukan 12 jam perjalanan menggunakan bot.

Bagaimanapun, ketua pusat krisis Kementerian Kesihatan Mujiharto berkata, beratus-ratus beg mayat sudah dihantar ke kawasan itu berikutan lebih banyak mayat dijangka ditemui.


Berita Harian Online

Gambar : Setelah Tsunami meninggalkan Mentawai..

Posted: 27 Oct 2010 10:53 AM PDT



Jumlah yang terkorban akibat tsunami di Kepulauan Mentawai, Sumatra Barat, melonjak menjadi 272 orang hari ini.

Sementara itu usaha diteruskan untuk mencari 412 warga yang dilaporkan hilang sejak tsunami pasca gempa melanda kepulauan itu kelmarin selepas gempa bumi berkekuatan 7,7 pada skala Richter.

Gelombang pasang berketinggian tiga meter dan meluap hingga 400 meter ke darat Kepulauan Mentawai setelah gempa dahsyat melanda hari Isnin (25/10).

Pengiriman misi kemanusiaan dan pengiriman bantuan tertangguh akibat dari cuaca buruk, namun kini bantuan makanan dan perubatan maupun misi kemanusian dari luar kepulauan itu sudah mulai tiba.




Mentawai Edison Salaeubaja mengatakan kepada BBC Indonesia beberapa dusun tersapu habis oleh gelombang pasang, termasuk di Pagai.


Tanda-tanda kehancuran terlihat di semua sudut Pulau Sipora, salah satu pulau utama di Kepulauan Mentawai, Sumatra Barat pasca gempa dan tsunami Senin (25/10) yang menelan lebih dari 100 korban jiwa.


Tanda-tanda kehancuran juga terlihat di semua sudut Pulau Pagai Utara, salah satu dari empat pulau utama di Kepulauan Mentawai.


Sebuah rumah tampak bergeser ke jalan umum setelah gelombang pasang menerjang Pagai Utara menyusul gempa berkekuatan 7,7 pada skala Richter.


Sebagian warga mencoba menyelamatkan harta benda mereka yang tersisa di rumah mereka yang porak-poranda akibat gempa yang disusul tsunami.


Banyak rumah warga tidak berpenghuni di Pulau Pagai Utara, setelah penghuninya menyelamatkan diri ke bukit-bukit yang jauh dari pesisir.


Sebuah perahu tergolek di tengah perkampungan penduduk Pulau Pagai Utara jauh dari air laut setelah disapu gelombang pasang pasca gempa bumi hari Senin (25/10).


Bayi comel ini ditemukan dalam keadaan yatim piatu di Desa Muntei Baru, Cikakap, setelah orangtua mereka menjadi meninggal akibat tsunami.


Sementara itu, kelompok warga Australia yang setelah kapal mereka diterjang tsunami di perairan Kepulauan Mentawai tiba di pelabuhan Padang Sumatra Barat.



Sumber dari SINI

Tiada ulasan: