Rabu, 27 Oktober 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Hub Hiburan - Tahniah Najib Dan Tunggu Pilihanraya 13

Posted: 26 Oct 2010 11:25 PM PDT

Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.


Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Dr Ma'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

Ditanya berhubung tindakan susulan PPIM bagi menyatakan menangani rancangan itu, Ma'mor berkata:

"Kita tak pergilah (ke kelab malam). Boikot pun tak guna. Tak ada ahli kita yang pergi ke kelab malam. Tunggu pilihan rayalah nanti."

PPIM antara NGO pengguna Islam yang diingati kerana kempen boikot produk barangan tertentu seperti barangan keluaraan Yahudi dan Amerika Syarikat sebelum ini.

Galas - Inikah 'Kempen Sederhana' Umno?

Posted: 26 Oct 2010 09:34 PM PDT


Inikah Kempen Sederhana Ku Li? Umno Memang Tidak Pernah Berubah..


Siaran TV 24 Jam Khusus Untuk Pakatan Rakyat

Posted: 26 Oct 2010 09:26 PM PDT

TV Malaysia.net beri liputan untuk Pakatan Rakyat di PRK Galas dan program Kerajaan Negeri Kelantan.

Era baru dalam kebebasan media di Malaysia. Sebuah syarikat swasta dari Kuala Lumpur telah melancarkan satu saluran TV Internet yang dikenali sebagai TV Malaysia.net atau TV 6 yang berkonsep TV On Demand

Kemunculan TV Malaysia.net ini memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menyiarkan program-program yang selama ini terhalang dan terkunci kemas oleh kerajaan Pusat.Liputan Pilihanraya DUN Galas , Kelantan juga boleh dipantau melalui TV Malaysia.net

Encik Hifdzi, CEO TV Malaysia.net mengalu-alukan berita semasa dari semua pihak sama ada pihak kerajaan pusat ataupun pihak kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menggunakan khidmat platform siaran TV Malaysia.net. TV Malaysia.net adalah tv yang bebas dari mana-mana parti politik.

Menurut beliau, TV Malaysia.net tidak membangkang kerajaan pusat dan tidak anti kepada pakatan rakyat.


TV Malaysia.net adalah berkonsep TV jalanan atau street tv yang lebih bebas dan tepat dengan liputan yang pantas. Orang ramai boleh menyumbangkan berita bervideo atau teks kepada TV Malaysia.net untuk siaran. Aduan rakyat juga amatlah digalakkan untuk dihantar kepada TV Malaysia.net untuk siaran dan makluman pihak berkaitan.

TV Malaysia.net juga memberi peluang kepada ahli perniagaan untuk mempromosikan produk mereka dengan kadar yang murah dengan liputan meluas.

Kerajaan negeri Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim, YB Haji Husam Musa merakamkan jutaan terima kasih kepada TV Malaysia.net kerana sudi mempromosikan iklan montaj Ekspo Cheng Ho dan Liputan Tuntutan Royalti Minyak Kelantan dalam siaran 24 jam TV Malaysia.net

TV Malaysia.net boleh ditonton 24 jam sehari tanpa henti melalui laman web www.tvmalaysia.net

Bangang.. Sukaneka Dikatanya Ceramah...

Posted: 26 Oct 2010 08:13 PM PDT

Wei Det.. Mana pernah Pas buat ceramah waktu siang hari.. Ceramah orang buat malam la... Jangan tunjuk bangang sangat la..


Cabutan Bertuah Untuk Tarik Orang Datang Ceramah PAS.


Bagi menarik orang ramai datang ke ceramah-ceramah pas, dewan ulama pas kelantan bersepakat untuk membuat cabutan bertuah di setiap tempat ceramah-ceramah mereka, pelik juga, pas selama ini berlagak mengatakan ceramah mereka dapat sambutan hangat walau pun tak ada makan-makan seperti yang selalu depa kutuk umno, alih-alih buat ceramah siap dengan cabutan bertuah.

Aku bukan nak pertikai cabutan bertuah tu, tapi bila aku dengar hadiah cabutan bertuah tu di sponsor oleh pmbk dan berberapa anak syarikat kerajaan negeri kelantan, rasa pelik juga, pas tak rasa bersalah ke pakai duit kerajaan negeri untuk kepentingan parti? pas selalu kutuk umno, kata umno pakai jentera kerajaan, tapi pas pun pakai juga jentera kerajaan, adakah pmbk itu bukan jentera kerajaan negeri?

Apa pun pas telah meludah ke langit dan ludah mereka itu selepet kena bedebuk atas muka mereka sendiri. - darulehsan today

Galas - 'Kempen Sederhana' Ku Li Merisaukan BN

Posted: 26 Oct 2010 07:31 PM PDT

Ku Li utamakan kempen sederhana hadapi saingan PAS di Galas

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) menafikan beliau tidak memperlihatkan peranan menonjol dalam menghadapi persaingan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang bermula semalam.

Pengundian akan berlangsung 4 November.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang ini berkata, beliau mahu lebih mengutamakan "persaingan mesra" memandangkan keputusan pilihan raya kecil ini tidak akan membawa sebarang kesan ke atas kedudukan kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang.

"Saya merasakan kita perlu mengubah cara kita berkempen. Meskipun ini adalah pilihan raya yang sangat penting, tetapi bagi PAS mereka mempunyai majoriti yang secukupnya (di DUN), lebih dua pertiga. Ia bonus jika mereka menang," kata Tengku Razaleigh ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke sebuah restoran di sini malam tadi.

"Bagi kami jika menang, ia tidak akan mengubah kedudukan dalam pentadbiran Kelantan.


"Bagaimanapun bagi saya adalah penting bagi semua wakil yang dipilih dalam bahagian ini berada di bawah lambang (BN) yang sama," kata beliau merujuk kepada kedudukan kerusi DUN Galas di bawah PAS.

Dua lagi DUN terletak dalam penguasaan BN bersama kerusi Parlimen Gua Musang yang disandang Tengku Razaleigh sejak 1969.

"Ini persaingan mesra," kata beliau yang mesra dikenali "Ku Li".

Kerusi DUN Nenggiri dan Paloh dimenangi oleh BN dengan majoriti 2,090 dan 2,833 undi.

Pada 8 Mac 2008, Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS menguasai 39 daripada 45 kerusi dan bakinya oleh BN.

Dalam pertemuan malam tadi, Tengku Razaleigh juga menolak cakap-cakap bahawa beliau mengambil "langkah ke belakang" dalam menerajui jentera kempen pilihan raya kecil di Galas sekarang.

Kata Tengku Razaleigh, bukan salah bagi beliau tidak mengiringi calon BN Abdul Aziz Yusoff ke pusat penamaan calon semalam. - MI

Lintas Langsung Perbicaraan Liwat DSAI

Posted: 26 Oct 2010 06:24 PM PDT


Lintas langsung proses perbicaraan boleh diikuti melalui jeebond tweets - Bloglist Malaysia di sini

Hadi: PAS, DAP Jalin Kerjasama Demi Perubahan

Posted: 26 Oct 2010 06:18 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulakan kempen pilihan raya kecil di DUN Galas malam tadi dengan menegaskan bahawa parti itu dan DAP menjalankan kerjasama selama ini adalah untuk membawa perubahan kepada negara.

Dalam mencapai matlamat itu kata beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi "jambatan" antara kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Walaupun DAP bukan parti Islam tapi PAS menjalin kerjasama dengan DAP kerana mahu melakukan perubahan terhadap pimpinan kerajaan sekarang," kata beliau.

Kerjasama PAS dan DAP menjadi kritikan Umno termasuk ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu.


Dalam ceramahnya itu, Hadi terus mengutuk tindakan Barisan Nasional (BN) yang melantik Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil BN sambil menyifatkan parti itu tidak menghormati pemimpin yang lebih senior.

Ketika menyampaikan ceramah di Kampung Kerinting di sini malam tadi, Hadi berkata, Tengku Razaleigh tidak lagi dihormati dalam kepimpinan BN sekarang.

"Kita dalam PAS menghormati semua pemimpin sama ada yang tua atau muda tapi Umno-BN tidak.

"Dulu ketika Tun Abdul Ghafar Baba (bekas timbalan perdana menteri) selepas tidak menjadi menteri dibiarkan sahaja oleh pemimpin Umno-BN.

"Kita PAS ada melawat beliau ketika sakit tapi sekarang Tengku Razaleigh pula jadi mangsa. Mereka (Umno-BN) buat hina pada orang tua (Tengku Razaleigh) ini.

"Umno-BN main benda ini, permainkan Tengku Razaleigh tapi kita tidak, malah kita menghormati beliau di Kelantan," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 250 penduduk setempat.

Sebelum ini Hadi berkata bahawa tindakan BN melantik Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil BN dilihat satu cubaan merendahkan kedudukan Tengku Razaleigh sendiri.

Turut hadir dalam ceramah itu Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

"Selepas Tengku Razaleigh tidak menjadi menteri, Umno-BN buat macam-macam kepada beliau. Jadi saya harap pengundi di Galas dapat membuat keputusan bijak," kata Hadi.

Sambil berseloroh Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pengundi Galas perlu mengundi calon pilihan PAS kerana parti Islam itu mampu menerangi mereka.

"Bulan bagus, kalau kita nak tanya pada orang berapa hari bulan kita akan tanya hari ini berapa hari bulan, kita tidak kata berapa kati, kalau perempuan mengandung kita akan tanya berapa bulan, kita tidak tanya berapa kati kandungan. Jadi bulan ini bagus, bulan juga cerah.

"Bulan ini juga bulat, kalau kita pusingkan ikut mana sama sahaja tapi dacing kalau kita pusingkan terbaliklah," katanya sambil ketawa.

Banglo Ini Buatkan Bloggers Umno Hilang Akal

Posted: 26 Oct 2010 07:08 AM PDT

Tak Puas Bejoget Selepas Perhimpunan Agung, Sambung Pula Di Galas

Posted: 26 Oct 2010 05:15 AM PDT

Fitnah Khalwat - Blogger Umno Minta Maaf

Posted: 26 Oct 2010 01:42 AM PDT

Blog sudah minta maaf saya tak saman, kata calon PAS

Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad kelihatan melepasi 'halangan pertama' saingan dengan menegaskan beliau telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan fitnah kononnya pernah ditangkap khalwat.

Beliau berkata, pihak yang menyiarkan berita tersebut telah pun memohon maaf dan telah menyedari akan kesilapan yang dilakukan.

"Kes ini sudah selesai, saya tidak akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut," kata beliau di sini hari ini.

"Blogger yang siarkan cerita itu sudah minta maaf secara terbuka dan menyedari ia adalah tidak benar," kata beliau ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini.
Zulkefli Mohamad


Kelmarin, beliau dipetik berkata, laporan blog dan kemudian disiarkan oleh Umno Online adalah fitnah yang dilakukan dengan sengaja mahu memburukannya nama beliau.

Sehubungan itu beliau bersama peguamnya bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

"Tindakan pertama meminta fitnah dimansuhkan daripada laman web Umno Online dan sekiranya tidak dipatuhi tindakan selanjutnya akan menyusul.

"Kedua, tempoh tindakan bergantung kepada tindakan dilakukan Umno Online terhadap permintaan pertama itu," katanya kelmarin.

Zulkefli sejak hujung minggu lalu menjadi sasaran media rasmi Umno iaitu Umno Online yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Serangan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas nama beliau diumumkan sebagai calon PAS.

Tiada ulasan: