Selasa, 12 Oktober 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Perbicaaran Kes Bunuh Aminulrashid Bermula

Posted: 11 Oct 2010 09:55 PM PDT


Perbicaraan seorang koperal yang didakwa menembak mati remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dan dijadualkan berlangsung selama 11 minggu.

Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid tanpa niat di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Saksi pertama dalam perbicaraan ini adalah lans koperal Mohd Sabri Salleh.

Katanya, ketika kejadian pada 26 April lalu, beliau ditugaskan di Bahagian Gerakan di Shah Alam antara tengah malam hingga jam 8 pagi.

Pada sekitar 1.45 pagi Mohd Sabri berkata beliau menerima panggilan dari kereta peronda SL589 memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.


Katanya, kereta peronda berkenaan memohon bantuan bagi menghentikan kereta tersebut.

"Setelah beberapa minit kemudian, Saya menerima panggilan dari kereta peronda SL614 memaklumkan mereka sedang mengejar kereta Iswara dari Hotel Concorde Hotel ke Bulatan Kayangan dan kemudiannya menghala balik."

"Saya panggil anggota di SL614, Koperal Jenain (tertuduh) melalui telefon bimbitnya. Dia memaklumkan bahawa kereta Iswara itu telah hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2."

Mohd Sabri berkata Jenain kemudiannya meminta beliau memanggil ambulans kerana pemandu Iswara itu cedera.

Saksi kedua, detektif lans koperal Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25, memberitahu mahkamah bahawa dia merakamkan 41 keping gambar di lokasi kejadian.

"Saya ambil gambar di jalan, pokok yang dilanggar, kelongsong peluru, juga gambar di dalam kereta dan mangsa," katanya.

Menurut timbalan pendakwa raya persekutuan, DPP Mohd Dusuki Mokhtar, sejumlah lima saksi akan dipanggil.

Jenain diwakili oleh peguambela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Bangga Betul Puak Nie Dapat Hina Islam

Posted: 11 Oct 2010 07:13 PM PDT

Najib Hina Islam Di Depan Soi Lek


"Meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan, parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan "pendirian autokratik Islam" jika PR menguasai Putrajaya." – Chua Soi Lek

Kemaruk Najib kepada undi orang-orang Cina seperti kucing jantan kemaruk betina. Kini dia bersedia bersekongkol dengan sesiapa sahaja, asalkan undi orang Cina memihak kepada BN.

Najib sebagai Presiden Umno adalah sebaris dengan Soi Lek sebagai Presiden MCA. Najib tidak kisah siapa Soi Lek asalkan dia boleh menarik pengundi Cina. Dan, samada Soi Lek boleh menariknya atau tidak, Soi Lek perlu dipergunakan untuk tujuan itu.

Berbanding dahulu, kini orang-orang Cina mula dihargai oleh Umno. Kalau dulu pemimpin Umno mengajar orang Melayu 'menumbuk Cina' melalui kursus BTN, kini dimana-mana sahaja pemimpin BN menggonggong Cina macam ibu kucing menggonggong anak.

Soi Lek hentam PAS dalam ucapannya. Semasa dia hentam PAS, dia tidak sedar dia turut menghentam Islam. Soi Lek boleh hentam PAS dari sudut lain, bukan dari sudut agama.


Soi Lek kata PAS 'berpendirian autokratik Islam'? Itu bahasa lunak Soi Lek. Maksud tersiratnya ialah, kalau PR menang, PAS akan menggunakan Islam untuk menindas orang bukan Islam.

Bagi Soi Lek pendirian Islam PAS akan menyusahkan orang Cina. Pendirian 'negara Islam' PAS dan usaha PAS memastikan Islam 'berkuasa' walau pun bersama PR mengancam kehidupan masyarakat Cina atau orang bukan Islam.

Najib pula menjadi 'nasi tambah', menyokong Soi Lek dengan membangkitkan isu 'langkah mayat saya dulu' oleh Karpal Singh. Ucapan Karpal dieksploit untuk menggambarkan kepada orang Cina bahawa Karpal juga tidak setuju dengan Islam kerana Islam turut mengancam kehidupannya.

Najib dan Soi Lek cuba memasukkan ke dalam otak orang MCA bahawa Islam tidak sesuai untuk orang Cina. Cuma disebabkan PAS adalah parti Islam, maka sasarannya adalah PAS. Najib dan Soi Lek mengebom perahu untuk membunuh nakhoda dan penumpangnya.

Kalau Soi Lek dan Najib tidak berhasrat menghina Islam, mengapa mereka perlu menghentam PAS dari sudut agama sedangkan mereka boleh menghentam PAS dari sudut lain?

Mungkin bagi Najib dan Soi Lek, apa yang mereka maksudkan adalah 'Islam PAS'. Kalau orang Cina dan bukan Islam mahu selamat mereka mesti menerima 'Islam Umno'.

Ini juga adalah penghinaan kepada Islam secara tidak langsung bahkan ini lebih teruk. Orang Cina akan lebih susah jika berada di bawah 'Islam Umno' yang bersekongkol dengan Israel yang memusuhi semua orang termasuk orang Cina.

Kalau Soi Lek tidak mendapat gambaran yang betul mengenai Islam, bahkan kalau dia memusuhi Islam sekali pun, itu kurang menghairankan. Namanya pun Soi Lek dan kawannya pula adalah Umno.

Sedihnya, kalau Najib jahil tentang Islam, kemudian menghina Islam di hadapan Soi Lek, bolehkah orang Islam di Malaysia termasuk orang Islam Umno memaafkan Najib?
--------------------------------------------
Kampong Kubang Paya, Arau - 11:29 pm
Posted by Zolkharnain Abidin

Gani Patail Dan Musa Hasan Pemusnah Sistem Keadilan Jenayah Negara

Posted: 11 Oct 2010 05:51 PM PDT

12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.

12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah BAB XI dalam Kanun Keseksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak ujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada "precedent" yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri. Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka. Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig.Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Brigade Sabah (saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuloh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu (walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di-Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff.

Sumber Dan Artikel Penuh Di Sini

Lagi Cerita Abdul Rahman Palil Dengan Kes Pembunuhan Sosilawati

Posted: 11 Oct 2010 07:49 AM PDT

Malaysiakini hari ini ada melaporkan:
The involvement of a former Selangor exco member in the business dealings of at least one of the suspects in the Banting murders has raised questions of how much political backing the lawyers implicated in the case enjoyed before their arrest last month.

According to Companies Commission of Malaysia (CCM) documents obtained by Malaysiakini, former Selangor exco member and Sementa state assemblyperson Abdul Rahman Palil was a director in Ample Quality Sdn Bhd along with one of the suspects in the murder of cosmetics millionaire Sosilawati Lawiya and three others.

Cuma hendak berkongsi fakta berkaitan dengan kes pembunuhan Dato Sosilawati berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai:

1. Seperti yang sudah mula diketahui peguam yang terlibat itu adalah Datuk Patmanaban yang tinggal di Banting dan mempunyai kekayaan yang luar biasa. Peguam ini sememangnya baik dengan orang-orang politik dan telah dikenali seorang peguam yang kaki putar-belit dan menipu. Bagaimanapun penampilannya sangat profesional dengan perawakan yang baik serta bersopan-santun. Menurut sumber yang diterima, beliau telah bercerai dengan isterinya yang sekarang telah duduk berasingan. Walaupun imej luaran Datuk Patma ini kelihatan baik, tetapi hakikatnya beliau seorang yang licik, di kelilingi gangster dan kaki perempuan, selain daripada hubungan yang kuat dengan 'orang atasan'.


2. Dato Sosilawati berurusan dengan Datuk Patma supaya dapat menjual tanahnya di Penang disebabkan Datuk Patma ini ada jaringan dengan ahli-ahli perniagaan dan politik. Tanah Datok Susilawati ini nilainya mencecah RM 200 juta. Setelah berurusan dengan Datuk Patma, tanah ini berjaya dijual kepada Dato' Rahman Palil (BN - Sementa dan bekas exco Agama Selangor zaman Khir Toyo) dan kroni-kroni perniagaan. Dato' Rahman Palil telah membayar pendahuluan sebanyak RM 4 juta dan baki selebihnya akan dibayar selepas urusan awal pembangunan tanah ini dapat diselesaikan termasuklah meng'halau' setinggan-setinggan yang menduduki kawasan ini (semasa menghalau nanti yang jadi mangsanya LGE Open-mouth smile). Bagaimanapun Dato Rahman telah berjaya memperolehi PA asal tanah tersebut.

3. Datuk Patma pada masa yang sama telah berurusan dengan ramai pihak yang juga berminat untuk membeli tanah tersebut dan telah menerima beberapa bayaran pendahuluan antara RM 3 - 4 juta setiap kali berurusan. Dengan erti kata lain, ramai ahli-hali perniagaan dan politik yang telah dipedaya kerana hakikatnya tanah tersebut telah dimiliki oleh Dato Rahman Palil. Salah seorang yang berurusan dengan Datuk Patma itu telah berkesanggupan untuk membeli tanah itu dengan harga RM 200 juta lebih tinggi daripada perjanjian dengan Dato Rahman. Lalu Datuk Patma telah mencadangkan kepada Dato Sosilawati untuk membatalkan penjualan kepada Dato Rahman Palil dan mengembalikan pendahuluan RM 4 juta yang telah dibayar. Diberitakan berlaku pertengkaran antara Dato Rahman dengan Datuk Patma berhubung dengan perkara ini. Kemungkinan penipuan-penipuan ini telah diketahui oleh Dato Sosilawati lalu beliau bersemuka dengan Datuk Patma yang seterusnya membawa kepada pembunuhannya.

4. Kes ini telah ditangani sendiri oleh Dato Seri Bakri Zinin Pengarah Siasatan Jenayah dari Bukit Aman, bukan PDRM Banting. Bila Bukit Aman sendiri turun besar kemungkinan menunjukkan bahawa kes ini 'tidak mampu' diselesaikan oleh Polis Daerah. Betapa pula telah ditemui beberapa abu mayat yang lain yang dipercayai ada kaitan dengan beberapa ahli perniagaan yang hilang yang tidak ditemui sehingga kini. Situasi ini seperti menunjukkan bahawa Polis Banting telah gagal menjalankan tanggungjawab dan tidak boleh ditolak kemungkinan wujud unsur-unsur rasuah sehingga tindakan memberkas jenayah Datuk Patma gagal dihidu. Perkara ini sekali lagi menjejaskan kredibiliti pihak polis yang gagal menyelesaikan kes-kes kehilangan individu-individu ini dan tindakan tegas perlu diambil sekiranya benar wujud persekongkolan dengan pihak Datuk Patma.

5. Datuk Patma ini mendapat anugerah Datuknya dari Sultan Kelantan. Menurut sumber itu beliau begitu rapat dengan Tengku Fakhry. Hubungan ini juga menimbulkan tanda tanya? Mungkinkan Datuk Patma ini turut terlibat dalam konflik Istana Kelantan?

6. Setakat itu dulu maklumat yang saya terima, mungkin sahabat-sahabat ada maklumat tambahan. Pada pandangan saya, kalau kita ingin memberi pandangan terhadap isu ini, ialah dengan mempersoalkan kebenaran data dalam mencapai NKRA yang menyatakan bahawa indeks jenayah telah turun 16% dari Januari sehingga Ogos tahun ini sedangkan menjelang raya sahaja telah berlaku beberapa pembunuhan sadis termasuk dua beranak dibunuh di Port Dickson. Kita juga boleh menuntut supaya diumumkan hasil siasatan ini secara telus tidak seperti yang dilakukan oleh media yang cuba mengaburi kisah sebenar, kerana kita percayai Datuk Patma ini mempunyai hubungan rapat dengan ahli-ahli politik. Dan jangan pula kita lupa kisah VK Linggam yang sampai sekarang tiada tindakan bahkan dia telah dibenarkan mencabar keputusan Suruhanjaya DiRaja.

Sumber di sini

Rahman Palil Terlibat Kes Bunuh Sosilawati?

Posted: 11 Oct 2010 04:49 AM PDT

Info Tak Enak Dato' Rahman Palil, Suspek Terbaru Kes Bunuh Sosilawati


Abdul Rahman Palil..tiba-tiba namanya jadi gah hari ini. Gah bukan kerana apa, tapi gah kerana kes bunuh. Dia dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai individu yang melindungi suspek kes bunuh Sosilawati. Lagipun dia merupakan pengarah syarikat yang dibawahnya turut disertai oleh suspek. Kalau nak tubuh syarikat, mesti ada kenal satu sama lain. Jadi nampaknya si Rahman Palil ni kena bebenor dengan suspek pembunuh ini.

Dan sebelum ini pun, bekas Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Selangor yang mula jawat jawatan sejak 2004 ini seringkali terpalit dengan kes roswah dan penyelewengan. Antaranya :


Didapati bangkrap kerana menipu dalam urusan jual beli tanah (sini)

Skandal PKFZ. Beli RM 3 sekaki, jual pula RM 29.. (sini)

Bahkan dia sebenarnya menang free dalam Pilihanraya Umum lalu kerana ada seekor mamat PKR yang tak hadir hari penamaan kerana pergi 'bercuti' di Port Dickson. Bahkan dikatakan mamat berudu yang cepat sangat bertukar katak ini sebenarnya dibeli oleh adun umngok sementa ini..

Apalagi polis, jadikanlah dia ni sebagai suspek juga. Sebab nampak sangat si suspek pembunuh ini dilindungi oleh orang 'besar' yakni orang politik. Untung-untung kalau mahkamah dapati dia bersubahat dalam pembunuhan bersiri peguam itu, maka ber'PRK' lah kita buat kali ke-14. Ye lah, dia pun pernah kata tak nak bertanding PRU 2008 lepas (sini)..tut, tup..dia bertanding juga sebab tahu dah menang free..

Juctice For All

Rahimi Semakin Galak Bercakap

Posted: 11 Oct 2010 04:43 AM PDT

Enggan menamakan sesiapa, Rahimi Osman meminta pihak berkenaan bertanyakan sendiri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang siapakah yang membawanya masuk ke pejabat ketua umum PKR itu.

"Ada juga yang tanya siapa bawa masuk saya dalam pejabat Anwar? Jawapan saya, tanyalah Anwar sendiri.

"Yang penting, saya tidak direkrut oleh sesiapa di dalam PKR. Saya dah jadi penyokong parti sejak dahulu lagi," kata bekas pembantu Anwar itu.

Rahimi (kanan) dipercayai merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub semalam yang menimbulkan persoalan yang didakwanya tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR, iaitu siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR?

Mustaffa (kiri) juga mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor sekarang sedangkan kedua-dua mereka begitu berdiam diri.


Dalam satu kenyataan hari ini, Rahimi juga menjelaskan beliau langsung tidak berkecil hati dengan kenyataan yang mengatakan beliau seorang sahaja beria-ia mempertahankan Najib dan Rosmah sedangkan kedua-dua mereka cuma berdiam diri.

"Saya bukannya beria-ia untuk mempertahankan perdana menteri dan isteri. Lagipun sebagai PM, kenapa pula dia perlu buang masa untuk melayan perkara-perkara sebegini sedangkan ia dalam siasatan polis.

'Tak baca berita?'

"Biarlah polis buat kerja," katanya sambil menyifatkan Mustaffa sebagai terdesak dan "kurang perhatian" daripada bosnya sendiri.

Lagipun, menurut Rahimi lebih penting bagi perdana menteri memfokuskan kepada tugas utama sebagai 'kapten' yang mengemudi Malaysia.

Beliau juga menyelar tindakan pihak tertentu yang terus mempersoalkan kenapa beliau mengambil tindakan itu sekarang, walaupun mendakwa dipaksa menandatangani akuan bersumpah itu pada 2008 lagi.

Menurutnya, persoalan itu telah pun dijawab dengan penuh terperinci dan disiarkan dalam akhbar.

"Cita-citanya ingin bertanding jawatan tinggi dalam PKR, tetapi nampak sangat dia sendiri tak baca berita. Macam mana nak jadi pemimpin?

"Nasihat saya, lain kali kalau nak cakap gunalah akal dahulu, jangan terlalu terdesak mencari populariti untuk meraih undi ahli serta mendapatkan pujian dan sokongan pemimpin atasan yang sebenarnya memandang rendah pada mereka," kata Rahimi.

Minggu lepas, Rahimi mendakwa dipaksa dua peguam PKR Latheefa koya dan Saiful Izham Ramli untuk menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya juga pemimpin PKR - bagaimanapun menafikannya.

Tiada ulasan: