Selasa, 12 Oktober 2010

Era Pasca

Era Pasca


SIAPA RAHIMI DISAMPING JUTAWAN DATOK SOH CHEE WAN!?

Posted: 11 Oct 2010 08:37 PM PDT

Apabila seseorang itu tiba-tiba muncul di khalayak ramai berpakaian kot dan dengan pasukan peguamnya sendiri untuk mengadakan sidang akhbar,selepas dua tahun menghilangkan diri, kita harus berasa sangsi.

Justeru, kehadiran Rahimi Osman yang tampil membuat laporan polis dengan pasukan peguamnya sendiri membangkitkan satu persoalan menarik.

Siapakah dalang di belakang bekas pembantu Anwar Ibrahim itu yang sebelum ini hanya bergaji RM3,000 tapi kini mampu mempunyai pasukan peguam dan mengatur sidang medianya sendiri.

Tangan siapakah yang mengatur untuk Rahimi mengubah nada, selepas bersumpah dua tahun lalu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Anwar menerusi satu lagi tuduhan liwat.

Semalam, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa oleh orang-orang Anwar termasuk peguam Lateefa Koya untuk menandatangani kenyataan bersumpah itu di sebuah hotel di Shah Alam.

Rahimi nampaknya mempunyai kemampuan luar biasa untuk mengatur sidang akhbar bertempat di sebuah restoran di Kelang, Selangor semalam.

Pasukan media beliau juga mengatur untuk wartawan dan jurufoto berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang untuk Rahimi membuat laporan polis untuk menarik balik dua akuan bersumpah yang dibuatnya sebelum ini.

Sidang media yang menyusul bagaimanapun terpaksa dibatalkan kerana sekumpulan orang melarang Rahimi dan peguamnya untuk memberi sebarang kenyataan.

Kenapa Rahimi menyepi selama ini dan tiba-tiba muncul untuk menafikan kenyataan bersumpah yang dibuatnya lebih dua tahun lalu? Adakah ia berkait dengan pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi semakin rapuh, khususnya selepas hubungan sulit antara pengadu Saiful Bukhari Azlan dan seorang timbalan pendakwaraya didedahkan?

Selain itu laporan doktor juga mendapati tidak ada kesan tusukan pada dubur Saiful untuk menyokong dakwaannya bahawa beliau mangsa liwat.

Sebelum membuat laporan polis semalam, Rahimi sepatutnya menjadi saksi penting peguambela Anwar untuk membuktikan pembabitan Najib dan Rosmah berhubung tuduhan-tuduhan liwat yang dibuat oleh Saiful.

Ini kerana dalam kenyataan bersumpahnya dua tahun lalu, beliau mengaitkan Najib dan Rosmah kepada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar menerusi dakwaan fitnah yang dibuat oleh Saiful.

Penafian Rahimi atas akuan sumpahnya yang dibuat dua tahun lalu tentu sekali lagi menyempitkan lagi ruang Anwar untuk membela diri.

Dalam pada itu calon untuk timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat Zaid Ibrahim menafikan beliau adalah dalang di belakang Rahimi.

Beliau mencabar pihak yang membuat tuduhan itu untuk mengemukakan bukti.

Zaid yang lantang mengkritik Anwar dalam kehangatan pemilihan parti, bagaimanapun mahu pihak polis menyiasat dakwaan terbaru Rahimi kerana "mungkin ia betul, mungkin tidak".

Blog-blog tertentu mendakwa Rahimi selama ini telah "dibela" oleh Soh Chee Wen, seorang jutawan yang disifatkan sebagai pengurus dana kempen Zaid dalam pemilihan PKR.
-SK

NASIHAT BAGUIT NAJIB PADA ORANG CINA.. TAPI TAK NASIHAT SAMA PERKASA!

Posted: 11 Oct 2010 05:57 PM PDT

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu parti MCA melipatgandakan kerja dan khidmat mereka bagi mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadapnya dan seterusnya membantu Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

Katanya, selain menjadi suara masyarakat Cina, para pemimpin MCA perlu berusaha mendekati rakyat dan berkhidmat dengan jujur daripada menggunakan jalan mudah dengan hanya meminta dana daripada kerajaan Pusat.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, mereka tidak seharusnya menganggap hanya dengan pemberian wang dan projek sahaja dapat menarik semula sokongan masyarakat dan seterusnya menyelesaikan semua masalah.

"(Dengan memberikan dana) ia terbukti tidak akan berjaya. Rakyat tidak menyokong anda bukan kerana anda memberikan mereka wang (atau tidak) tetapi kerana mereka suka atau membenci anda. Semuanya dari dalam hati.

"Berkhidmat(lah) kepada rakyat tanpa mengira kaum. Jangan hanya meminta wang untuk projek tapi sebagai pemimpin kita mesti dekat dengan rakyat. Jangan memencilkan diri atau sombong, sentiasa bersedia dan mudah didekati rakyat," katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA di sini, hari ini.

Beliau berkata, membuat tuntutan dalam politik adalah perkara yang normal tetapi ia perlu dilakukan dalam konteks kepentingan nasional, dengan semangat permuafakatan dan tolak ansur.

"Dalam pada itu, janganlah kita asyik membuat tuntutan sahaja tetapi apabila minta sokongan tak bagi, susahlah jika begini," katanya.

Najib berkata, MCA juga perlu memastikan segala krisis dalaman partinya berjaya diselesaikan termasuk di peringkat akar umbi, walaupun ia telah berjaya menyelesaikan di peringkat nasional.

Najib berkata, beliau lebih khuatir apabila wujudnya masalah dalaman di dalam parti-parti komponen BN daripada bimbang tentang keputusan sesuatu pilihan raya.

"Pertama, saya mahu melihat kepimpinan MCA menjadi suara kepada kaum Cina di Malaysia. Oleh itu, BN terutama UMNO perlu memberi ruang kepada MCA untuk bersuara kerana jika tidak bagaimana MCA akan berjuang pada pilihan raya umum.

"Sebab itulah saya sudah berulang kali menegaskan, tolong selesai masalah dalaman dan saya tidak mahu (ia berterusan), melainkan melihat MCA menjadi kuat. BN perlukan MCA yang kuat dan efektif," katanya.

Beliau turut menyatakan rasa keyakinan terhadap kepimpinan baru MCA di bawah presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berusaha untuk memulihkan semula parti berikutan krisis dalaman yang berlaku selama setahun setengah.

Selain itu, Najib menegaskan, parti itu juga perlu memastikan akar umbi yang benar-benar setia sahaja berada di dalam MCA dan melaksanakan tugas serta khidmat tanpa mengira kaum dan agama di kawasan masing-masing.

"Sudah tiba masa mereka yang tidak setia kepada parti 'ditendang' keluar. Pilih mereka yang benar-benar ikhlas mahu bekerja demi rakyat," katanya.

gambar takdak kene mengena.. kahkahkah

SUDAH NAMPAK DAH... NAMPAK DAH... NAJIB SUDAH GOYANG DAH...

TAPI PATUTNYE NAJIB G NASIHAT PERKASA BUKAN MCA...

Ada Kaaaa!?

OWH! INI RUPANYA ADUN YANG LINDUNGI PEMBUNUH!

Posted: 11 Oct 2010 08:01 AM PDT

TAPI aku jamin kalau betul pun MAMAT nih pasti lepas punye! Pasai apa!? PASAI die geng EZAM MATNOR! kahkahkah

Abdul Rahman Palil..tiba-tiba namanya jadi gah hari ini. Gah bukan kerana apa, tapi gah kerana kes bunuh. Dia dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai individu yang melindungi suspek kes bunuh Sosilawati. Lagipun dia merupakan pengarah syarikat yang dibawahnya turut disertai oleh suspek. Kalau nak tubuh syarikat, mesti ada kenal satu sama lain. Jadi nampaknya si Rahman Palil ni kena bebenor dengan suspek pembunuh ini.

Dan sebelum ini pun, bekas Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Selangor yang mula jawat jawatan sejak 2004 ini seringkali terpalit dengan kes roswah dan penyelewengan. Antaranya :

Didapati bangkrap kerana menipu dalam urusan jual beli tanah (sini)

Skandal PKFZ. Beli RM 3 sekaki, jual pula RM 29.. (sini)

Bahkan dia sebenarnya menang free dalam Pilihanraya Umum lalu kerana ada seekor mamat PKR yang tak hadir hari penamaan kerana pergi 'bercuti' di Port Dickson. Bahkan dikatakan mamat berudu yang cepat sangat bertukar katak ini sebenarnya dibeli oleh adun umngok sementa ini..

Apalagi polis, jadikanlah dia ni sebagai suspek juga. Sebab nampak sangat si suspek pembunuh ini dilindungi oleh orang 'besar' yakni orang politik. Untung-untung kalau mahkamah dapati dia bersubahat dalam pembunuhan bersiri peguam itu, maka ber'PRK' lah kita buat kali ke-14. Ye lah, dia pun pernah kata tak nak bertanding PRU 2008 lepas(sini)..tut, tup..dia bertanding juga sebab tahu dah menang free..

arusperjuangan

DAN BERAT KATA HATI AKU MEREKA NIH AKAN JADIK KAMBING HITAM JE SEMATA2

Tiada ulasan: