Khamis, 9 September 2010

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SELAMAT HARI RAYA

Posted: 08 Sep 2010 07:16 PM PDT





JAM 4. 17 PETANG


dalam beberapa minit lagi akan berangkat
ke jelebu - ikut genting perah -
hutan dan berhutan.

sampai titi - leh cari makan di sana.

restauran china d titi terkenal
dan kalau nasib baik ada orang asal jual
petai.

jaga diri !

jangan lupa makan tapai !



INGATAN UNTUK BERHARI RAYA



bertapailah kamu sebelum kamu di tapaikan

ingat sebelum tapai
tapai sebelum ingat

hanya mutu yang mengenal maniam
hanya tapai yang mengenal tuak

tanpa tapai raya tak jadi
tapai tak jadi
raya pun tak jadi


nota:
tahun ini gagal dapat mercun
anak anak di sekeliling rumah pasti kecewa
janji nak bawa mercun

tokan mercun kehabisan supply




SEBELUM MENAPAI

sila baca laman ini dahulu:

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11072

WOIT !


lu ingat tt ini ada buat salah ke?
mana lu tahu salah?

maaf dari tim tukar tiub
kalau lawak tak menjadi
nak lawak tapi jadi seram

maaf dari tim tukar tiub
kalau tak panggil datuk dan tun
ini kerana kami tak tahu macam mana nak eja

maaf dari tim tukar tiub
kalau sensitif terusik tentang bangsa
ini kerana tim tukar tiub semunya orang asli

maaf dari tim tukar tiub
kalau sensitif terusik hal agama
ini kerana hari raya pun hari tak sama
macam mana agama nak sama

nota:
jangan makan banyak banyak
nanti jadi badak macam bik mama kah kah kah..

laaa.... baru minta maaf dah mula tibai kah kah kah


INI BUKAN CERITA POLIS PENCEN



nota:
raya memang raya
tapi mana sempat kita ketuk
kita ketuk juga kah kah kah








AWEK DAN BALAK



sapa ada awek
jangan lupa pakai kondom
sapa ada balak
jangan lupa beli kondom

- iklan khidmat khusus untuk orang muda -



JANGAN LUPA


jangan lupa untuk makan tapai
kalau dirumah sendiri tak ada
sila cari di rumah tetangga
kalau di rumah tetangga tak ada

bakar diri sebagai bantahan kah kah kah



TAHU KAH ANDA ?


hari bulan telah muncul lebih awal
di libya dan di eropah

warga libya dan warga warga negara eropah
telah berhari raya pada hari ini - hari khamis.

tapi ini tidak sehebat beberapa keluarga di kangar perlis
mereka telah berhari raya dari kelamrin lagi kah kah kah

DI NEGARA CHINA PUN DEPA DAH NAMPAK ANAK BULAN ... CISssssss

nota:
ramai china masuk surau
dan masjid di negara china
dari orang melayu masuk masjid
dan surau di malaysia kah kah kah





INGATAN DARI MENTERI PENGANGKUTAN



tt menerima satu sms dari datuk seri kong chu ha
menteri pengangkutan.

datuk menteri ini teman tt - kami sama masuk ke
kolej ke lima universiti malaya pada tahun 1971
dan sama di orientasi pada tahun itu.

ini bunyi sms itu:

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Satu Malaysia
Maaf Zahir dan Batin
Pandulah dengan cermat jiwa selamat
Daripada DS Kong Cho Ha MOT
Ahli Parlimen Lumut

dan ini jawapan dari tt:

Terima Kaseh Datuk.
Saya tidak ada kereta.
Saya tidak pandai memandu.
Saya naik bus. Kalau bas lagi
banyak saya lagi suka. Tq


UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

tim tukar tiub
sidang pengarang
pemberita , penulis.
pembantu teknikal memgucapkan
selamat hari raya kepada semua
pelayar blog tt.

kalau ada kekasaran memang di sengajakan
kalau ada silap typo memang di sengajakan

tapi jangan salah lapor

ketika dalam perjalanan berhari raya berwaspada
ketika berhari raya bercanda canda berjaga jaga
ketika jumpa sanak suadara bermata mata

ketika makan ketupat jangan lupa lemang
ketika makan lemang jangan lupa bahulu
ketika makan bahulu jangan lupa rendang

boleh lupa semuanya tapi jangan lupa tapai !


Tiada ulasan: