Khamis, 9 September 2010

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Banner ucapan Selamat Hari Raya

Posted: 09 Sep 2010 04:39 PM PDT













































Drama Umno-PERKASA: 13 parti kompenan sokong jauhi PERKASA, Ibrahim Ali putuskan hubungan dengan Umno!

Posted: 09 Sep 2010 04:38 PM PDT



Anda percaya sandiwara Umno-PERKASA ini? sila baca entry PANAS di sini terlebih dahulu sebelum anda melanjutkan bacaan di bawah...

BERITA 1

13 parti komponen BN sokong jauhi PERKASA

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.

Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di sini semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada PERKASA.



Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

"PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita.

"UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beberapa parti komponen BN secara terbuka membidas kepemimpinan PERKASA kerana tindakan mereka menjejaskan usaha kerajaan mencapai matlamat konsep 1Malaysia, walaupun Datuk Seri Najib Razak menegaskan hak orang Melayu akan sentiasa dilindungi dan terjamin. - BeritaHarianOnline

BERITA 2

Ibrahim Ali: Perkasa tidak perlukan sokongan Umno
(versi Inggeris klik link disebelah, "Perkasa severs ties with Umno"...)

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataan lebih tegas hari ini berbanding semalam berkata, pertubuhan bukan kerajaan pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.



"Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik.

"Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa," kata beliau dalam kenyataan SMS susulan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.

"Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini kepada The Malaysian Insider hari ini.

Pihak Luar Mahu Berkuasa Dalam PKR......

Posted: 09 Sep 2010 09:21 AM PDT

Yang menarik mengenai kumpulan yang mahu mengambil alih kuasa dalam PKR ialah mereka yang berada di luar barisan pimpinan. Ini bukan bererti mereka tidak tahu menggunakan orang dalam untuk merampas kuasa tetapi fasa itu telah dicuba tetapi gagal.
Pada awalnya kumpulan ini mengenal pasti beberapa pemimpin berpotensi untuk ditaja. Dengan sokongan kewangan pemimpin-pemimpin ini dihulurkan dengan pelbagai maklumat dan hujah supaya kelihatan cerdik dan boleh mempengaruhi bukan sahaja rakyat jelata tetapi pimpin tertinggi dalam parti.
Cara ini berhasil meletakkan beberapa muka diberi kepercayaan memegang  jawatan penting dalam parti. Melalui prasarana parti sendiri, kumpulan ini menggerakkan pemimpin upahan mereka itu untuk mempengaruhi halatuju parti.
Nasib baik PKR tidak ketandusan pemimpin yang mempunyai akal budi yang luhur dan tinggi. Kemaraan idea dan ideologi soldadu upahan ini secara lumrah bersilang pandangan dengan pemimpin-pemimpin sejati parti. Sebab itu sering terjadi pertembungan idea dan perbalahan dalam parti.
Apabila pemimpin upahan ini kalah hujah atau dalang mereka dapat dilondehkan, mereka bergegas keluar parti. Ada yang terus menghilangkan diri tetapi ada yang menyalak dari luar memburuk-burukkan parti, khususnya Anwar Ibrahim.
Oleh itu, kumpulan yang menyusun konspirasi ini terpaksa bertindak sendiri. Semua sokongan moral dan juga kewangan ditarik balik dan menyusun pula mereka yang telah terpelanting dari medan kepimpinan parti untuk meneruskan serangan terhadap parti. Ingat lagi tak usaha hendak tubuhkan secretariat untuk ahli-ahli parlimen bebas? Ia masih bergerak sebab penajaan masih berjalan.
Apabila pemikiran mereka tidak mudah ditelan oleh pimpinan parti, kumpulan ini terpaksa berhadapan sendiri dengan pimpinan kanan parti. Pun mereka sering kalah hujah. Akhirnya, mereka pun menggerakkan plan B dengan menggunakan media mereka yang telah disusun rapi sebelum ini untuk menyerang kepemimpinan parti.
Hasil terbesar pelaburan mereka dalam bidang ini ialah apabila media arus perdana mula mengutip laporan portal ini yang memburukkan kepimpinan dalam isu seperti penggantungan 12 pemimpin PKR Sabah kerana berusaha tubuh parti cinta sabah kerana calon sokongan mereka tidak dipilih untuk memimpin PKR Sabah.
Kini jelas siapakah mereka di luar parti tetapi berusaha menggunakan kekuatan kewangan mereka untuk membeli hak untuk menerajui PKR. Proses pemilihan parti kali ini benar-benar melontarkan mereka di tengah gelanggang. Dan, mereka tidak dapat menyembunyikan wajah dan niat sebenar.

Even without Perkasa, Chinese won't support MCA :Ibrahim Ali

Posted: 09 Sep 2010 08:43 AM PDT

Ibrahim Ali's Perkasa - used and discarded by Umno
PETALING JAYA (Star) - Perkasa brushed off Umno's statement that the largest component party in the Barisan Nasional neither needs nor has ties with Perkasa.

"We have no ties to sever with Umno as we do not have ties in the first place," its founder Datuk Ibrahim Ali said.

"People often mistake us as Umno's tool when we are not. We do not need Umno or their support to fight for the rights of the Malays. Perkasa has nothing to do with Umno," he said Thursday.

Ibrahim went one step further by blaming Umno and other Barisan component parties such as MCA, MIC and Gerakan for the reduced support among Malays, Chinese and Indians.

"Even if Perkasa does not exist, the Chinese will not support MCA or Gerakan or the Indians the MIC.

"If Malays are indeed supporting Umno, then why are they coming to us? We have never invited Umno members but they are joining us voluntarily.

"If they (Umno) thought they are strong, they should have won the last general-election easily," he added.

Ibrahim claimed that 60% of its members were Umno members while its younger members were not politically-affiliated.

"Some are still Umno members but no longer like the party nor are they voting for Barisan. Put 10 Malays in a group, and you will find six supporting PAS, two for PKR and two for Umno," he claimed.

Ibrahim also did not discount the possibility that Perkasa might support Pakatan in the next general election.

"It is too early to say. We will cooperate with anyone who supports our principles especially in defending Malay rights according to the Constitution," he said when asked if he would root for Barisan or Pakatan in the next general election.

Ibrahim also sarcastically wished Umno 'good luck' in gaining the support of the Chinese community.

"I hope by saying they do not need Perkasa, the Chinese will support them."

Ibrahim also disagreed that Perkasa's action was disrupting the country's unity and racial harmony.

"We are actually uniting the country as when the Malays, who are the majority, are united, so will the country. There is no united Malaysia without the unity of Malays."

Gambar Yang tersirat kah kah kah....

Posted: 09 Sep 2010 08:41 AM PDT


Lambat lagi jatuh BN ni. Panjang ni lagi. Aik PM. Tak sampai sejengkal ke?


Aku tak kisah. Aku taknak turun. Biar kalah kat SIBU pun. Boleh tahan lagi. Panjang ni lagi hah.

A'ah. Boleh tahan lagi. Kalau kail panjang sejengkal. Lautan dalam jangan diduga. uhuukkss.

Auw. Sempat lagi. Aku baru pegang naib presiden. tapi tak cukup sejengkal ni. Sempat tak?
Relax. Boleh tahan lagi. Takkan tak sempat jadi PM. Sekejap cukuplahh.
Ish dang lagi. Bertahan. Terus bertahan. Paling kurang dang reboh Mat Said jadilah.



Helo brother. Jangan khoyal banyok sangat. Dok dang doh ni . Tinggal skat ni doh. Pr- 13 mapuh


Hoh. Orang dok caye doh ke BN. Umur pendek doh
Betul tu. Betul tu. Singkat doh nyawa tu
Ceh. Dok syok gitu lah tu. Rakyat dok berahi belaka doh ke mung. Rasuah pun orang dok pakoh jugok. P'raye umum kekgi mampuh lah lagu ni.
aku panggil dulu nok royak hok nilah. Setakat ni je. Mung dok sibuk caye ke APCO.

Jangan bimbang. Abang him ada. Panjang lagi masa. Dang kita perkasa kan lagi.

Tutup kun doh. Brahim mung nok lompat mane lagi. Rapat jip dah ni. Tenggelam doh kapal ni.

Hah! hah! hah! mung khianat sgt kat ku. Sampai masa doh. Giliran mu pulok. Pong!!!!

Apa pandangan Tok Guru Presiden? Hah! Setakat ni je. Nyawa2 ikang.

Pandangan Tok Guru? Ambo raso supo ja. Takat ni. Bleh gali liang doh siap2.

Saya sependapat. Setakat ini saja lagi tinggal nyawa UMNO-BN ni

Aik. Cik Lim. makin singkat pe. Rakyat dah meluat maa..

Wan Azizah. Bersabar dik. Habis dah UMNO-BN. Mereka dah takde chance

Yes! Sudah sampai ajal kamu.

Sememangnya kezaliman tiada masa depan.

I rasa pun macam tu jugak. Giliran PR pulak

Habis macamana Tok Guru? Oooo kito tolak UMNO-BN tepilah. Giliran Kitolah pulok




Datuk Seri. Kalau dia main tipu macamana? Haiyakkk! Kita ada strategiii.



Itu macam ke? alamak! susahlah

Jangan libatkan aku. Nasib ko lah labu! Aku nak pindah Australia. bagi kat depalah memerintah.

Boleh masuk Pas semula ka?
Hancussssssss... oak alohhh... setakok je lagi... uwaaaa



Hi HI Bye Bye.... semua aku kecewa kerja kami digangu pihak ketiga...ha ha ha dah pencen baru kecewa ....

Serangan DDOS Terhadap Blog Anwar, FMT Dan Laman RPK

Posted: 09 Sep 2010 08:38 AM PDT


Selain blog Anwar, FMT dan laman Raja Petra turut digodam

Blog Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama portal berita freemalaysiatoday.com (FMT) dan laman web Raja Petra Kamarudin tidak dapat diakses hari ini dipercayai ekoran serangan siber.

Penyelaras media kepada Anwar, Mohd Eekmal Ahmad juga mengesahkan blog ketua pembangkang itu tidak boleh diakses hari ini.

"Kami masih menyiasat punca gangguan tetapi ketiga-tiga insider dilihat terjadi secara kebetulan," katanya.

Editor FMT, K. Kabilan berkata portal itu berhadapan dengan gangguan Distributed Denial of Service (DDOS) sekejab-kejab sejak dua tiga minggu lalu sebelum tidak dapat diakses sama sekali mulai pukul 3 pagi tadi.

DDOS adalah satu bentuk serangan berterusan untuk mengelak laman web daripada berfungsi secara berkesan dengan menyalurkan permintaan-permintaan luaran secara berlebihan.

"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan hubungan hari ini," kata Kabilan kepada The Malaysian Insider.

Menurut Kabilan, laman web malaysia-today.net juga tidak dapat diakses ekoran gangguan sejak awal minggu ini.

Dalam pada itu, ketua pegawai teknikal FMT Thirun Nadason dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata pihaknya percaya yang DDOS adalah kerja mereka yang profesional dalam bidang ICT.

"Pasukan kami sedang mengambil tindakan untuk memastikan perkhidmatan boleh disediakan sedia kala tanpa gangguan," katanya.

Pengarang Urusan FMT Phllip Rodrigues mengecam tindakan itu.

"Ini kali kedua insiden seperti ini terjadi tetapi FMT tidak akan terganggu dengan tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab dan akan terus membuat laporan tanpa rasa bimbang dan takut," katanya.

"FMT ingin memohon maaf kepada pembaca kami atas sebarang ketidakselesaan yang wujud," katanya.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberitahu pihaknya telah mengesan peningkatan ketara dalam jumlah laman web dalam Negara yang digodam bulan ini, dan sedang bekerjasama dengan pemilik-pemilik laman web berkenaan untuk memulihkannya.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM Zeti Marziana Muhamed berkata bilangan laman web yang digodam meningkat kepada 262 kes minggu pertama bulan ini berbanding 168 kes bulan lepas.

"SKMM ingin mengingatkan semua pemilik laman web untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengemaskini pelayan serta aplikasi-aplikasi yang berkaitan pada laman web itu.

"Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko penggodaman sekiranya terdapat kelemahan pada ciri-ciri keselmatan laman web," katanya.

Katanya pemilik laman web juga disaran mengambil langkah-langkah yang mencukupi supaya keselamatan web mereka terjamin dan diberi perhatian sewajarnya semasa cuti perayaan.

Perangai Umno, Perkasa pun dia salahkan

Posted: 09 Sep 2010 08:32 AM PDT

Sifat pemimpin politik dari parti mana pun memang sebijik sama. Orang lain semua salah, dia dan puak dia ja yang tak salah. Buruk kelaku itu kemudiannya menjadi "agama" pengikut-pengikut mereka. Orang lain semua salah, depa dan parti yang depa ikut saja yang tak salah.

Hari ini, dilaporkan bahawa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menuduh Perkasa menghakis sokongan kepada Umno (lihat Malaysian Insider hari ini "Ibrahim Ali: Perkasa tidak perlukan sokongan Umno"). Hello Nan, sebelum dan semasa pilihan raya umum 2008, jangankan Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pun tak wujud dalam kamus Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mengapa undi kepada Umno BN terhakis teruk pada waktu itu?

Mungkin kerana hendak mencari projek, selepas pilihan raya itu Ibrahim dilihat kembali menjilat Umno dan Barisan Nasional (BN). Dia pun tubuhkan Perkasa, segala bagai. Biasalah Ibrahim, dia di mana pun dia histeria.

Bila dia dalam Semangat 46, sampai terkeluar ayat nak jilat punggung Tun Dr Mahathir Mohamad. Bila dia Umno balik, dia maki cukup-cukup PAS dan parti-parti lain. Bila dia bergaduh dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pak Tidur itu ketepikan dia sebagai Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, ada puak-puak dalam PAS yang ingat depa hebat sangat strategi (aku pun terpengaruh) pi kutip dia dan tak lama selepas itu dia menggelejat histeria terhadap Umno pula sehingga macam-macam buruk kelaku Umno dia dedahkan kepada kita.

Sekarang, ikan pulung ke lubuk kerana ramai sangat orang kata di dalam lubuk ada banyak tersedia habuan. Ibrahim hanya hendak cari projek, jika benar laporan-laporan yang saya terima. Tetapi, sebagai orang politik, dia tidak mahu lagi kelihatan tidak bergaya dalam langkah-langkah politiknya. Dia tidak ada tujuan hendak menghakis sokongan kepada Umno seperti yang Adnan kata. Dia hanya hendak kelihatan bergaya dalam langkah politiknya.

Dan, kalau betul orang bercerita, Ibrahim hanya hendak mencari projek.

Apa-apa pun, Adnan memang hebat. Hari ini, untuk kali kedua, dia jerit lagi kuat-kuat bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah tidak diperlukan lagi (lihat Malaysian Insider hari ini "BN yakin kekalkan Sarawak tidak kira PRU diterajui Taib atau sebaliknya"). Dilihat mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terus terang Adnan menghambat Taib. Taib bukan bodoh dan tak faham, tetapi dia jugak nak beritahu Najib, "kitak kuat atau kamek kuat?!!"

Sambil cerita bab tu, saya nak ambik kesempatan merakamkan kesedihan dan mengucapkan selamat berpisah wahai bulan Ramadhan yang dikasihi. Selamat bertemu semula Syawal nan fitri.

TaqabbalaLlahu minna wa minkum. Minal 'aidin wal faizin wal maqbulin. Kullu amin wa antum bi khair.

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA

Posted: 09 Sep 2010 04:08 AM PDT

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI DARI TEAM RAKYAT MARHAEN 
BUAT SEMUA PEMBACA.

MAAF ZAHIR DAN BATIN..MOGA-MOGA AMALAN RAMADHAN TAHUN INI DITERIMA ALLAH SWT SERTA MENDAPAT GANJARAN YANG SEMPURNA.

DIHARAP KITA AKAN BERTEMU RAMADHAN TAHUN HADAPAN..TAKBIR.

Mahathir marah kerana PAS bakal gantikan UMNO

Posted: 09 Sep 2010 03:26 AM PDT

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 9 Sept — PAS mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh parti Islam itu menjual agama untuk kepentingan politik sambil menyifatkan bekas perdana menteri itu marah kerana parti Islam itu semakin menghampiri untuk menggantikan Umno.

Hakikatnya, menurut Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad, apa yang berlaku ialah Umno yang memperkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politiknya.

Kelmarin, Dr Mahathir (gambar) berkata agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin PAS yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan.

Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, beliau berkata pemimpin PAS sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran, dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengenepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.

Beliau berkata pemimpin PAS pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.

"Tun melahirkan kemarahan kepada PAS kerana insya-Allah PAS akan mengganti Umno sedikit masa lagi.

"Beliau sedar generasi baru hari ini mual dengan Umno, dan telah menjadikan PAS pilihan mereka dalam perjuangan walaupun bapa mereka berkarat biru macam Tun Dr Mahathir.

"Kenapa PAS menjadi pilihan mereka, tidak lain dan tidak bukan kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS yang sentiasa segar berbanding dengan dasar Umno yang sudah lapok dan berkulat," kata beliau dalam tulisan blognya.

Kata Idris, mreka yang sokong Umno termasuk anak-anak Dr Mahathir adalah mereka yang hanya berkepentingan untuk memenuhi tembolok dan perut sahaja.

"Perjuangan untuk bela agama dan bangsa memang jauh kebelakang," katanya.

Kata Idris, PAS menyangkal tuduhan Dr Mahathir yang menyamakan partinya bekerjasama dengan bukan Islam sama seperti Umno dalam Barisan Nasional.

"Untuk maklumat Tun, PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam bentuk 'Tahalluf' yang tidak menggadaikan prinsip Islam yang PAS bawa sejak daripada PAS ditubuhkan.

"Umno berkawan dengan orang bukan Islam sehingga menggadaikan prinsip Islam. Selama 53 tahun Umno dalam kerajaan BN gagal mempertahankan Islam, malah imej Islam semakin buruk pada pandangan orang bukan Islam. Rakan-rakan dalam parti komponen BN makin keliru pemahaman Islam mereka.

"Walaupun mereka lihat setiap tahun musabaqah al-Quran diadakan di negara ini, isteri pemimpin Umno daripada muda sampai tua tidak menutup aurat. Kalau perkara yang kecil macam ini pun Umno gagal memahamkan rakan-rakan BN, apakah lagi perkara yang lebih besar," katanya.

Justeru, kata beliau, PAS ingin menegaskan dalam kerjasama politik yang pernah dilalui oleh PAS sejak kerajaan campuran, Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, semuanya mengangkat martabat Islam.

"Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat telah berlaku proses Islamisasi yang lebih baik walaupun usia tidak sampai tiga tahun berbanding dengan Umno yang berkuasa lebih 53 tahun," katanya.

Oleh itu kata beliau, PAS mengharapkan Dr Mahathir masih normal dalam membuat penilaian dan perbandingan kejayaan PAS berbanding dengan Umno.

Idris berkata, Dr Mahathir juga pertikai kenapa PAS sokong orang bukan Islam masuk ke masjid dan surau.

"PAS berpendirian demikian bukan kerana PAS membelakangkan hukum agama. Sebelum satu keputusan hendak dibuat PAS merujuk pada hukum dahulu, bukan menyatakan secara membuta tuli sahaja," kata beliau sambil berkata pendirian itu selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 1 Mac lalu.

"Tun perlu jujur, apakah tidak ada wakil rakyat BN yang masuk ke masjid? Apakah hukum menjadi halal kalau wakil rakyat bukan Islam daripada BN masuk ke masjid dan berubah menjadi haram kalau daripada DAP, feqah mana yang Tun rujuk.

"Memanglah Feqah Umno bukan sahaja orang bukan Islam daripad DAP tidak boleh masuk, malahan ustaz PAS seperti Datuk Dr Harun Din, Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus pun tidak boleh masuk masjid atau surau untuk memberi ilmu, kerana ini ulamak politik.

"Kalau ustaz Umno bercakap supaya sokong Umno itu tidak politik, kalau cakap sokong Islam maka ini politik," katanya.

Malaysia Today and Free Malaysia Today Attacked by DDOS!

Posted: 09 Sep 2010 03:26 AM PDT


SHAH ALAM, Sept 9 — Both online new portal freemalaysiatoday.com (FMT) and Raja Petra Kamarudin's malaysia-today.net are inaccessible due to attacks today.

When contacted, FMT Editor K. Kabilan said the news portal had been under intermittent Distributed Denial of Service (DDOS) attack for the last two or three weeks before it became inaccessible at 3am.

A DDOS attack is a concerted effort to prevent an Internet site or service from functioning efficiently by saturating the website with external communication requests.

"We are trying our best to restore connection by 5pm." said Kabilan to The Malaysian Insider.

He pointed out that malaysia-today.net had also been hit by disruption for the last three or four days.

Meanwhile FMT's chief technical officer Thirun Nadason, in a statement, said the they believed the DDOS is the work of professionals.

"Our tech team is working on ensuring that service can be provided uninterrupted," he said.

FMT's managing editor Phlip Rodrigues condemned the attacks.

"This is the second time such an incident has happened but FMT will not be discouraged by such unscrupulous action and will continue to report without fear or favour,

"FMT wishes to apologise to our readers for any inconvenience caused," he said.

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) said yesterday they had detected a 50 per cent increase in hacking on Malaysian websites in the first week of this month.

They warned that unmonitored websites during festive seasons may lead to more attempts of cyber mischief.

A total of 262 web defacement activities in the first week of September compared to 168 cases were recorded last month.

Malangnya Umno, Senangnya Diperlekeh Perkasa

Posted: 09 Sep 2010 03:22 AM PDT


Umno lebih malang. Dahlah koyak-rabak sana-sini, belum ditampal. Kali ini koyak- rabak Umno, malang Umno kerana ia senang-senang diperlekeh dan disekeh Perkasa. Walaupun cakap-cakap Ibrahim lebih gema bebanding isinya, lebih riuh dan lebih riak, namun Perkasa yang setahun jagung senang-senang memperlekehkan Umno.

"Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik." Itulah keangkuhan Ibrahim. Ini berikutan Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Apa-apa pun memang Umno boleh diperlekehkan oleh sesiapa sahaja. Baru lepas ia diperlekehkan oleh Cina gila glamor Namewee dan kini oleh Perkasa pula. Kasihan Umno...tak lama dah tu!!!

Panggil pulang duta: KJ cari publisiti murahan

Posted: 09 Sep 2010 03:15 AM PDT

Duta Besar Malaysia ke Indonesia tidak akan dipanggil pulang kerana tindakan itu hanya akan memburukkan hubungan harmoni antara kedua-dua negara yang terjalin sekian lama, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Mengulas saranan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, beliau berkata gesaan tersebut bertujuan mencari publisiti murahan yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan.

"Memanggil duta kita pulang adalah langkah terakhir sebelum kita memutuskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Saya tidak pasti sama ada Khairy tahu atau tidak mengenai perkara ini.

"Dia mungkin seorang yang pandai, tapi tidak bermakna dia seorang yang bijak," katanya pada sidang media di Wisma Putra, di Putrajaya hari ini.

Khairy sebelum ini menggesa agar Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat.

Beliau turut mendakwa Anifah sebagai tidak tegas dalam mengeluarkan kenyataan mengenai keselamatan kedutaan Malaysia dan tidak menyampaikan kepada Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natalegawa mengenai perkara itu dalam pertemuan kedua-dua pemimpin Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Anifah berkata kenyataan Khairy itu menunjukkan Ketua Pemuda Umno tersebut tidak mengikuti perkembangan isu.

"Kita tidak sepatutnya masuk dalam perangkap jenis ini. Dia masih muda dan banyak lagi yang perlu dipelajari mengenai diplomasi," katanya.

Anifah berkata semua pihak harus memahami bahawa dalam isu 'Ganyang Malaysia' oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA) bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut.

Beliau juga berkata sudah tidak ada sebarang tunjuk perasaan dilakukan BENDERA di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sejak Selasa lalu, iaitu satu perkembangan baik yang diharap berterusan.

- Bernama

Jangan keruhkan hubungan Malaysia-Indonesia

Posted: 09 Sep 2010 03:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Sept: PAS menyeru semua pihak menghentikan segala kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia yang agak tegang buat masa ini. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, isu kedua-dua negara ini perlu diselesaikan atas semangat ukhwah sempena Aidil Fitri, bukan dengan keegoan dan emosi semata-mata.
Tindakan yang tidak cermat ujarnya, bakal mengundang campurtangan pihak ketiga dan akan lebih mengeruhkan lagi keadaan.
Kenyataan penuh beliau seperti berikut:
Parti Islam SeMalaysia (PAS) memandang serius perkembangan isu sempadan dan tindakan agresif serta beremosi yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam isu hubungan dua hala Malaysia-Indonesia akhir-akhir ini.
PAS menyeru semua pihak agar dapat melihat hubungan ini dalam konteks hubungan erat selama ratusan tahun yang banyak menyumbang kepada keamanan serantau. Sikap saling hormat menghormati, dan bertindak dengan jiwa yang besar serta berlapang dada adalah antara teras yang boleh memperkukuhkan ikatan persaudaraan Islam yang dibentuk oleh Al Quran dan As Sunnah.
Sehubungan dengan itu semua pihak wajar menghentikan sebarang kenyataan dan tindakan yang boleh mengeruhkan suasana dan mengguris hati jiran serantau ini, yang bukan sahaja wujud dalam satu rumpun tetapi mempunyai hubungan kekeluargaan dan persaudaraan sesama Islam. Tindakan beremosi sebenarnya tidak menyumbang kepada suasana yang lebih aman dan tenteram dalam hubungan dua hala kedua-dua negara ini.
Kami menyeru agar mana-mana pihak yang mungkin telah terkhilaf dan silap dalam tindakan mereka, walaupun dilakukan oleh kerajaan dan agensi penguatkuasaan Malaysia atau Indonesia, agar dapat berbincang dengan semangat ukhuwwah dan saling bermaafan dengan membuka lembaran baru di bulan Syawal yang mulia ini. Sikap ego dan berkeras tanpa bertempat akan hanya mengundang campurtangan pihak ketiga yang senantiasa menanti untuk mengambil kesempatan bagi melebarkan perselisihan pendapat saudara seagama ini. Apa yang sepatutnya kita sama-sama laksanakan ialah memanfaatkan hubungan ini untuk memperkasakan Islam di rantau Nusantara ini.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Kad Raya dari Tok Guru

Posted: 09 Sep 2010 03:10 AM PDT



Ini dia kad raya dari tok guru kesayangan kita semua.

Kenapa takut raya hari Jumaat?

Posted: 09 Sep 2010 03:09 AM PDT


Oleh DAP Melayu

Baru-baru ini Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah.  Kenyataan Wan Mohamad dan Zamihan telah diulangi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Benarkah rakyat Malaysia enggan menyambut hariraya hari Jumaat ? Sedangkan belumpun setahun berlalu umat Islam menyambut hariraya 'Eidul Adha pada hari Jumaat iaitu pada 27 November 2009, malah sudah banyak kali kita merayakan samada hariraya puasa ataupun hariraya haji pada  hari Jumaat.
Sepatutnya Wan Mohamad, Zamihan dan Jamil Khir tidak membuat spekulasi sebegitu kemudian meninggalkan umat Islam dengan seribu persoalan tentang hariraya pada hari Jumaat. Sebagai ahli ilmu serta berautoriti sepatutnya mereka bertiga secara jujur menyampaikan 'yang benar' riwayat-riwayat Rasulullah tentang berhariraya di hari Jumaat.
Telah meriwayatkan Abu Dawud (1070), An Nasa-i (3/194), Ibnu Majah (1310), Ibnu Khuzaimah (1464), Ad Darimi (1620) dan Ahmad (4/372) dari Iyas bin Abi Ramlah Asy Syami ia berkata:
Aku menyaksikan Mu'awiyah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam, ia berkata, Apakah engkau pernah menyaksikan bersama SAW apabila bertemunya dua hari raya pada satu hari? Zaid berkata, Ya. Mu'awiyah berkata, Lalu apa yang beliau lakukan? Zaid menjawab, Baginda solat Eid (hariraya) kemudian Baginda memberi keringanan untuk solat Jumaat, beliau bersabda 'Siapa yang ingin Solat Jumaat maka solatlah'. (Imam Ali Ibnul Madini mensahihkan hadits ini sebagaimana dalam At Talkhisul Habir (2/94))
Abu Hurairah dan selainnya membawakan riwayat tentang hal ini dari Nabi SAW dan ini yang diamalkan para sahabat Radhiyallahu 'anhum.
Abdurrazzaq meriwayatkan dalam Al Mushannaf (3/305) dan juga Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf (2/187) dengan sanad yang sahih dari Ali Radhiyallahu 'anhu, bahawasanya berkumpul dua hari raya pada satu hari, maka ia berkata:
"Siapa yang ingin menghadiri solat jumaat maka hadirilah dan siapa yang ingin duduk di rumah maka duduklah".
Dalam sahih Bukhari (5251) disebutkan riwayat yang sama dengan ini dari Utsman Radhiyallahu 'anhu. Dalam Sunan Abi Dawud (1072) dan Mushannaf Abdurrazzaq (5725) dengan sanad yang sahih dari Ibnu Zubair:
"Dua hari raya bertemu dalam satu hari, maka ia mengumpulkan keduanya bersama-sama dan menjadikannya satu. Ia solat E'id pada hari Jumat sebanyak dua rakaat pada pagi hari, kemudian ia tidak menambah solat hingga solat Asar".
Asy-Syaukabi yang bermazhab Syafi'e berkata dalam Nailul Authar (3/348) mengikuti riwayat ini, zahir riwayat ini menunjukkan bahawa ia tidak mengerjakan solat Zuhur.
Dalam riwayat ini menunjukkan bahawa solat Jumaat jika gugur dengan sebab telah bersolat hariraya, maka tidak wajib bagi orang yang gugur darinya solat Jumaat untuk mengerjakan solat Zuhur.  Kerana itu Atha' berpendapat.
"Nampak bahawa orang-orang yang berkata demikian kerana Jumaat adalah pokok. Dan engkau tahu bahawa yang diwajibkan oleh Allah Ta'ala bagi hamba-hamba-Nya pada hari Jumat adalah solat Jumat, bukannya solat Zuhur. Maka mewajibkan solat Zuhur bagi siapa yang meninggalkan solat Jumaat kerana uzur atau tanpa uzur perlu kepada dalil, dan tidak ada dalil yang kuat yang boleh dipegang dalam hal ini sepanjang yang aku ketahui".
Syeikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu' Fatawa (jilid 23, ms. 161) berkata: "oleh kerana itu, kami mentarjih (menguatkan) bahawa solat Aidilfitri itu wajib bagi setiap individu muslim, sebagaimana pendapat Abu Hanifah dan lain-lainnya. Dan ini merupakan salah satu pendapat al-Syafi'i, dan ia merupakan salah satu dari dua pendapat di dalam mazhab Ahmad".
Berdasarkan petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW, adalah lebih wajar umat Islam menerima rukhsah (kelonggaran) yang dianugerahkan itu.
Sebaik-baik petunjuk, ialah petunjuk Rasulullah SAW.

Polis diingat tidak jadi peminta sedekah - ha..ha..ha...wasiat musa...!!!

Posted: 09 Sep 2010 03:08 AM PDT

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan bersara pada 13 September ini, mengingatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak sekali-kali menjadi 'peminta sedekah'.
Dalam amanat semalam, Musa berkata, sebagai pasukan berintegriti, setiap anggota dan pegawai polis perlu menjaga maruah pasukan yang telah diamanahkan oleh kerajaan.
"Tugas sebagai polis memang banyak cabaran kerana sentiasa dikritik. Biar kita dikritik asalkan kita menjalankan tugas.
"Maruah PDRM perlu dijaga, kita bukan peminta sedekah (minta rasuah). Kita (PDRM) diwujudkan untuk menjaga keselamatan negara," kata beliau ketika berucap pada Majlis Serah dan Terima Tugas jawatan KPN di sini semalam.
Musa dalam ucapan sama juga melahirkan keyakinan terhadap pimpinan baru Tan Sri Ismail Omar (gambar kecil) yang akan menggantikan beliau bagi menerajui PDRM.
"Saya yakin Ismail dapat menjalankan tugas. Bagaimanapun (dia) mesti mendapat sokongan daripada pegawai.
"Jadi saya minta kepada semua pegawai supaya dapat memberi kerjasama selepas Ismail menjawat jawatan sebagai KPN nanti," katanya.
Mengulas lanjut, Musa berkata, beliau mengenali Ismail sejak 14 tahun lalu semasa mereka sama-sama berkhidmat di Jabatan Perundangan PDRM.
Ketika itu, Musa memegang jawatan sebagai ketua Jabatan Perundangan manakala Ismail pula merupakan timbalan Musa.
Pada masa sama, Musa memberitahu, sepanjang menerajui PDRM, banyak tindakan yang telah beliau ambil dalam menambah baik mutu dan kualiti pasukan.
Beliau juga berharap segala perancangan yang telah dibuat termasuk strategi memerangi rasuah dan jenayah dapat diteruskan oleh Ismail.
"Ismail perlu tambah baik lagi dan sambung perjuangan saya supaya pasukan polis jadi lebih baik di mata masyarakat," kata beliau.
Musa memberitahu, antara perkara yang belum dilaksanakan beliau ialah berkaitan penstrukturan semula Struktur Operasi (PSSO) melibatkan gred pangkat anggota dan pegawai PDRM. -

Daya saing global: Malaysia jatuh ke tangga 26..meningkat 2 anak tangga..!!! 1 Malaya maa.....

Posted: 09 Sep 2010 03:01 AM PDT

Malaysia merosot dua anak tangga ke tempat ke 26 daripada anak tangga ke-24 sebelum ini dalam Laporan Daya Saing 2010-2011 Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan hari ini.

Penarafan negara telah berada pada trend menyusut untuk tiga tahun berturut-turut daripada kedudukan ke-21 pada 2008/09, kata laporan itu sambil berkata bidang latihan dan kesediaan teknologi antara teras yang harus dipertingkatkan.

Dalam indeks daya saing keseluruhan, bagaimanapun, negara berada pada kedudukan yang hampir sama iaitu 4.88 daripada tujuh berbanding 4.87 yang dicapai pada 2009.

"Di kalangan negara-negara Asia-Pasifik, Malaysia berada pada tempat ke-8, mendahului China, Thailand, India, Indonesia dan Filipina," kata satu kenyataan daripada Kemterian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysia mencapai kedudukan tertinggi pada Indeks Hak Perundangan, bersama-sama Hong Kong dan Singapura.

Negara itu juga mencapai kedudukan tertinggi pada kekuatan melindungi pelabur, tempat ke-4 selepas New Zealand, Singapura dan Hong Kong.

Sepuluh negara teratas dalam laporan itu adalah Switzerland, Sweden, Singapura, AS, Jerman, Jepun, Finland, Belanda, Denmark dan Kanada.

Arab Saudi dan Israel, masing-masing berada pada tempat ke 21 dan 24, telah mendahului Malaysia.

Laporan itu meliputi 139 negara, yang mana enam, iaitu Angola, Cape Verde, Rwanda, Swaziland, Iran dan Lubnan adalah negara-negara baharu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sementara kementerian itu mengakui terdapat banyak bidang yang perlu diberi perhatian, ia gembira melihat laporan itu menggariskan beberapa elemen psoitif terhadap ekonomi Malaysia.

Mustapa berkata Malaysia juga dinilai mempunyai pembangunan pasaran kewangan yang maju dengan kemudahan pembiayaan menerusi ekuiti tempatan, mendapat tempat ke-11 daripada ke-15 sebelum ini, dan kemudahan mendapatkan pinjaman pada tempat ke-10.

"Kesediaan modal teroka, kekukuhan bank, peraturan bursa saham dan ketelusan peraturan dalam pertukaran sekuriti turut menyumbang kepada pembangunan pasaran kewangan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata pencapaian Malaysia juga memuaskan dalam kategori yang lebih kompleks seperti kecanggihan perniagaan (ke-25) dan inovasi (ke-24).

Mengenai kebimbangan yang ditimbulkan oleh laporan itu, beliau berkata kerajaan telah pun melancarkan inisiatif kebangsaan untuk menanganinya.

"Antara langkah-langkah proaktif untuk meningkatkan daya saing Malaysia adalah Model Baru Ekonomi, yang menekankan pencapaian pendapatan tinggi, Program Transformasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan kerajaan dan perlaksanaan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia ke-10.

"Apabila inisiatif ini mula menampakkan hasil, kita menjangka dapat melihat peningkatan daya saing Malaysia secara menyeluruh dalam masa terdekat," katanya.

- Bernama

Umno-Perkasa fight: More phony, manipulative politics from BN

Posted: 09 Sep 2010 02:59 AM PDT

Umno's divide-and-rule: Entrenched racism, corruption
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Pakatan Rakyat leaders have dismissed Umno's parting of ways with Perkasa as the latest stage-managed drama rolled out by the BN's traditional and electronic media, warning Malaysians not to forget that racial and religious politicking was actually Umno's forte while Perkasa was just a recent copy-cat.

"Pure wayang kulit by Umno. Firstly, isn't it true Umno financed Perkasa and Ibrahim Ali? Secondly, has Umno ordered its members to leave Perkasa," Bukit Gantang MP Nizar Jamaluddin told Malaysia Chronicle.

"If Umno really wants to break off with Perkasa, then where does Tun Mahathir stand? As the past Umno president, shouldn't he show the way and dissociate himself with Perkasa? Also, if Umno really means it, the party should push for legal action to be taken against Perkasa for its highly-charged, seditious and racist rhetoric. Both Perkasa and Umno's own newspaper Utusan have shamed the Malays rather than help them."

Umno's forte, Perkasa's just a copy cat

Mimicking Umno
Indeed, in the past even before Perkasa became the flavor of the day, round after round of news reports were fired out by the Umno media to warn Malays that their political dominance, social status, wealth and even Islam was being undermined by the Chinese and Indians.

Perkasa only added to the Umno bombast and lethal cocktail of racial and religious politicking. So traumatizing has Umno's relentless push to get the Malay vote been that Nurul Izzah, the daughter of Opposition Leader Anwar Ibrahim, was finally compelled to ask her own community point-blank – is Malaysia for all Malaysians or is it only for Malays?
 
Unsurprisingly, Perkasa and even Prime Minister Najib Razak have rushed to brand her a traitor to her own race. But as Nurul's crystal-clear two-part Malaysia or Malaysaja article took off with the citizenry, especially the young professionals, Najib has been forced to backpedal.

Nizar - latest Umno wayang kulit
"There is growing internal pressure in BN and even Umno itself to reject racial and religious politicking. So in the famous Umno tradition, they are now putting the blame on Perkasa but Perkasa only came into being this year. When Sarawak state elections are over, Perkasa will be elevated again. If not, Umno can always re-assume their own mantle of being the undisputed champion at the divide-and-rule game," said Nizar.

Phony and manipulative

Even so, it is significant that Najib has personally not said a word against Perkasa and only his lieutenants Nazri Aziz and Tengku Adnan have called on Umno members to shun racial extremism. With 3.1 million members, Umno is the largest Malay-based political party in the country, followed closely by the Islamist PAS which is part of the Pakatan coalition.

"It would be most silly and naïve of Malaysians to believe this drama. They would also be very foolish to think that Najib has changed strategy and is now going multi-racial because Umno's Malay-first-and-only weapon which they tried through Perkasa has not worked," PKR vice president Lee Boon Chye told Malaysia Chronicle.

Lee - reject phony politics
"Malaysians must remember this is not about tactics and strategies – this is about principles and our way of life. Umno-BN leaders must be taught a good lesson. They cannot keep manipulating the people just to achieve their own vested goals and stay in power. Malaysians must go for good leaders who think about the future of the country, what sort Malaysians should we nurture and how do we continue our heritage? Not one day Malay-first-and-only, and then when it doesn't work, we suddenly shift into we-are-all-Malaysians! Reject these sort phony manipulative politicians. Don't let them waste our time."

On Wednesday, Umno secretary-general Tengku Adnan had said in a press statement to several BN-controlled newspapers and in an interview with The Malaysian Insider that his party would not back Perkasa or its president Ibrahim Ali in the next general election.

This immediately elicited a string of responses from Perkasa. "Perkasa NGO does not need Umno's support or that of any other political parties," said Ibrahim.

Menangani pola pemikiran politik Melayu

Posted: 09 Sep 2010 02:56 AM PDT

Permasalahan agama menjadi sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan pasca Tsunami Politik pilihanraya umum ke-12.
Pola pemikiran politik kaum Melayu yang merupakan hampir keseluruhannya adalah penganut Islam dilihat statik dengan purata 40 peratus menyokong Umno, 30 peratus menyokong Pakatan Rakyat dan 30 peratus selebihnya tidak membuat keputusan.
Pola dan corak pemikiran ini adalah statik dan tiada perubahan yang signifikan untuk kita lihat memberi kesan kepada politik Malaysia pada masa akan datang.

Pada hemat saya, kelompok 30 peratus yang tidak membuat keputusan ini adalah merupakan cabaran kepada politik baru pakatan rakyat untuk merangka perjalanan ke Putrajaya. Kelompok ini tidaklah cenderung kepada Umno, tetapi mereka juga tidaklah menentang Pakatan Rakyat.
Tidak lindungi Melayu

Isu fenomena ini adalah soal kepercayaan kaum Melayu kepada Pakatan Rakyat untuk melindungi kepercayaan, yang kaum Melayu anggap sebagai keistimewaan dan sesuatu yang suci di Malaysia.

Hal pokok ini termasuklah berkisar persoalan agama. Dalam hal agama ini, pihak pemerintah BN berjaya untuk mencanang pemikiran tertutup, budaya takut dan menghakis kepercayaan kaum Melayu.
Pakatan Rakyat dipropagandakan tidak melindungi hak Melayu dan Islam sedangkan Pakatan Rakyat cukup kaliber untuk mengorak masa depan kaum Melayu yang lebih cerah.

Bagi saya isu yang dekat dengan umat Islam adalah yang melibatkan institusi seperti Masjid, Kesultanan Melayu, majlis Agama dan lain-lain. Cuma yang sedihnya kita banyak berkisar kepada bermasalah ranting bukan pokok.

Umat Islam lebih mementingkan Syiar bukan Syariat.

Permasalahan yang berlaku melibatkan Islam dan Melayu di Malaysia adalah disebabkan model dan cara yang dibawa oleh kerajaan BN yang menjadikan Islam dan Melayu ini kelihatan jumut dan sempit.
Penuh seksaan

Islam seakan penuh dengan hukuman dan seksaan. Melayu penuh dengan sensitiviti dan pantang larang. Mengakibatkan imej Islam sebagai sebuah agama yang indah tercalar dan Melayu sebagai kaum yang kehadapan sentiasa kelihatan tergugat.
Contoh yang melucukan adalah pengharaman bukan Islam untuk memasuki masjid atau rumah ibadah ummat Islam.

Masjid adalah satu kawasan atau institusi yang hanya eksklusif untuk umat Islam sedangkan kalau di barat malah di zaman Rasulullah SAW masjid adalah seperti pusat kommuniti, pentadbiran masyarakat setempat tanpa mengira kaum dan bangsa.
Seperti di Amerika Syarikat dan Singapura peranan masjid juga adalah pusat kebudayaan Islam yang bukan sahaja berperanan untuk ibadah malah adalah untuk melebarkan kefahaman Islam merentas agama dan kaum.
Diskriminasi umat Islam

Ironi, apabila kita berasa marah apabila masyarakat majoriti di barat dilihat mendiskriminasi umat Islam tetapi di negara sendiri yang majoriti Islam sendiri, kita lakukan hal yang lebih kurang sama.
Contoh terkini adalah satu protes yang dijangka diadakan di Amerika Syarikat Sabtu ini berhubung idea membina pusat kebudayaan Islam dan masjid di kawasan yang berhampiran dengan tempat tragedi September 11, Pusat Dagangan Dunia WTC.

Protes ini diura-urakan bakal disertai oleh pemimpin-pemimpin yang anti-Islam termasuk Geert Wilders. Pada hari yang sama di Gainesville, Dove World Outreach Center merancang untuk membakar al-Quran.

Di Malaysia tidak tidak kurangnya, apabila hal seperti doa, bukan Islam memasuki masjid isu kalimah Allah dan isu-isu lain yang melibatkan agama Islam dan bukan Islam tidak diwacanakan secara rasional dan matang di dalam masyarakat majmuk.

Kita didorong oleh pimpinan BN dan media arus perdana dengan pemahaman Islam yang songsang dan hanya membawa emosi dalam menjawap permasalahan agama.

Umat Islam hanya sekitar 55 peratus di Malaysia, merupakan jurang yang tipis. Kita tidak boleh merasa membuta tuli tanpa mengetahui isu asas dan ilmu yang dalam berhubung agama.

Adalah penting bagi rakyat mengetahui bahwa Pakatan Rakyat secara kukuh dan ampuh mendokong perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara.

Berasaskan perlembangaan negara ia menjamin hak dan keharmonian semua pihak termasuk Islam dan bukan Islam. Sekali lagi ingin ditegaskan seluruh parti di dalam Pakatan Rakyat berpegang bahawa Islam adalah agama persekutuan yang mana kedaulatannya dan keistimewaannya terjamin.
Langkah ke Putrajaya
Di akhir tulisan ini saya ingin membahawa kita untuk mengingat kembali pilihan raya umum ke-10 telah berjaya merubah politik kaum Melayu akibat kezaliman yang berlaku tetapi tidak kaum bukan Melayu.
Pada pilihan raya umum ke-12, perubahan besar-besaran secara drastik rakyat terutama kaum bukan Melayu tetapi perubahan Melayu tidak sekata berbanding kaum lain.

Pada pilihan raya umum ke-13, adalah menjadi hal pokok kepada Pakatan Rakyat untuk memastikan gelombang perubahan kaum Melayu dan bukan Melayu adalah sekata demi melangkah untuk ke Putrajaya.

Kepercayaan kaum Melayu terutama Melayu 30 peratus yang tidak membuat keputusan itu harus kita dakapi, isu yang berkisar Islam harus kita selesaikan, permasalah ummat harus kita menjadi dhammir alternatif untuk melihat Islam yang lebih cerah di bumi Malaysia.

Akar umbi S'gor saran Anwar, Azizah teraju PKR

Posted: 09 Sep 2010 02:53 AM PDT

Sekumpulan pemimpin akar umbi PKR yang mengelar diri mereka sebagai Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Negeri Selangor (MMKKNS) mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden PKR pada November ini.
Timbalan pengerusinya Abdul Kudus Omar berkata langkah itu bagi mengatasi kemelut dalam perebutan jawatan timbalan presiden yang semakin panas di antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.
"Dengan ini calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden hendaklah menarik diri," kata Abdul Kudus ketika membaca kenyataan media bagi pihak pengerusi, Syed Shahir Syed Mahamud.

"Kami juga berpendirian bahawa mencalon dan memilih mereka berdua bukanlah bermakna kita mahu menyuburkan amalan nepotisme dalam parti tetapi dilakukan atas pertimbangan menjaga keharmonian dan kemantapan parti," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya hari ini.
Dasar nepotisme

"Saya ingin tegaskan kami bukan menggalakkan dasar nepotisme dalam parti. Dalam isu ini ia bukan di antara Anwar Ibrahim dan isterinya tetapi di antara dua orang tokoh yang telah diuji.
"Cuma secara kebetulan Azizah adalah isteri kepada seorang manusia hebat bernama Anwar. Azizah pula adalah satu manusia cemerlang, telah terbukti kemampuannya memimpin sebuah parti walaupun baru dan tidak besar tetapi ia telah mencapai kejayaan yang belum ada tolok bandingnya," jelas Abdul Kudus yang juga ketua cabang Tanjung Karang.
Bagaimanapun katanya, jika saranan itu tidak diterima, majlis itu menyarankan agar status quo untuk kedua-dua jawatan tertinggi PKR dikekalkan iaitu Azizah sebagai presiden dan Syed Husin Ali sebagai timbalannya.

"Dengan cara ini kami yakin kemelut pertandingan jawatan timbalan presiden akan dapat diselesaikan.
Beliau juga berkata dakwaan bahawa kononnya Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim telah memporak-perandakan parti itu sebagai tidak benar.

"Kami tidak menyelar beliau dan tidak nampak dia memporak-perandakan parti cuma kita mahukan satu cara yang lebih teratur dan lebih terpelihara dari sudut sopan dan santun.

Bagaimanapun beliau melihat amalan pertandingan merebut jawatan dalam sebuah parti adalah sesuatu yang sihat.

"Itu hak mereka. Kita parti yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya tetapi kami berkeyakinan mereka juga adalah tokoh-tokoh yang berpengalaman. Kami pasti mereka akan mengambil keputusan yang bakal memberi keuntungan dan faedah kepada semua pihak terutamanya parti. Kami tahu mereka mementingkan kepentingan parti, mendahulukan parti daripada diri sendiri.
Kata putus

"Ini menjadi petanda baik. 'Everybody explore their own channel' dan pasti nanti kita akan dapat satu cara yang paling baik. Kami mengharapkan inilah cara yang terbaik," ujar Abdul Kudus lagi.
Beliau juga ditanya samada cadangkan MMKKNS akan memberi kesan kepada keputusan Syed Husin terhadap jawatanya sebagai timbalan presiden.

"Kalau kita melihat dahulu Dr Syed Husin (kiri) ada memberi petanda mungkin beliau mahu berundur tetapi kebelakangan ini beliau hanya berdiam diri. Ini menunjukkan kematangannya kerana beliau mahu melihat keadaan sebelum membuat keputusan muktamad. Beliau mahu melihat di sekeliling dulu sebelum beri kata putus," kata beliau.

Abdul Kudus juga tidak melihat sebarang masalah dalam pertandingan merebut jawatan naib presiden.

"Bagi jawatan naib presiden kami rasa tidak menjadi isu besar kerana calon-calon yang menyandang dan juga yang baru adalah daripada kalangan yang berfikiran dingin, mudah diatur. Tidak ada masalah langsung dan kami yakin mereka berlapang dada apabila menawarkan diri menjadi calon," katanya.

Beliau berkata MMKKNS berpendapat usaha strategis perlu dilakukan bagi mmastikan proses pemilihan kepimpinan parti dapat dilaksanakan secara demokratik dan harmonis serta dapat memperkasa perpaduan dan kejituan parti.

Malaysia negara saman?

Posted: 09 Sep 2010 02:52 AM PDT

Bersempena dengan musim kita semua ramai yang balik kampung beraya, ada baiknya semua berhati-hati di sepanjang perjalanan. Bacalah doa sebelum berlepas/turun dari rumah untuk ke kenderaan dan baca Basmalah bila masuk kenderaan diikuti dengan doa manaiki kenderaan. Bagi yang menaiki pesawat terbang (apa jenis sekali pun-murah, mahal, kelas ekonomi/business), harap tak lupa juga berdoa seperti menaiki kereta. Dalam perjalanan pula tidaklah dilalaikan dengan percakapan kosong (lagha) dan bercerita sampai lupa kepada Allah. Sebaiknya berzikir dan baca al-Quran, sesuai dengan amalan Ramadhan. Semoga perjalanan anda sekalian bergerak dengan rahmat Allah SWT.
Sambil-sambil itu, ingatlah setiap perjalanan kita ni akan diawasi dan dicatit sentiasa oleh Malaikat. Amat tidak disenangi, bila ada polis trafik turut memerhati kita. Paling tidak suka juga, bila polis itu sekat dan beri notis saman. Mungkin paling mengejutkan bila ada singal, ada speed track (saman ekor di selekoh depan). Maka, sebelum pulang tu, ambillah masa sikit baca ANALISIS di bawahuntuk dijadikan imbauan dan peringatan.
Kisah saman-menyaman
Kisah saman menyaman hangat diperkatakan kebelakangan ini. Mungkin ia hangat ekoran daripada tindakan Kerajaan Barisan Nasional menguatkuasakan "senarai hitam" kes-kes saman ekor oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Paling hangat lagi, apabila mangsa yang disaman dan tersenarai dalam senarai hitam pihak PDRM itu berhadapan dengan tamat cukai jalan dan dihalang memperbaharuinya di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia berlaku kerana sudah dilakukan hubungan maklumat mana-mana kenderaan yang disenarai hitam oleh PDRM, maka akan 'terkunci' peluang memperbaharui cukai jalan di JPJ.

Akibatnya ramai pemilik kenderaan yang 'terkena' senarai hitam naik berang, merungut malah menyumpah pihak berkuasa, hatta pemimpin Barisan Nasional. Lalu muncul pula beberapa kerat pemilik kenderaan yang tidak dapat menerima hakikat tindakan PDRM itu. Mereka itu sanggup membawa perkara itu ke mahkamah––mahu saman balik pihak PDRM dan JPJ––kerana menganggapnya tidak adil dan bercanggah dengan peraturan yang ada.

Sampai satu peringkat pihak PAS melalui Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar telah menawar khidmat untuk membuat "move" para pemilik kenderaan yang terlibat agar tampil bersatu untuk mendesak pihak kerajaan Barisan Nasional menarik balik tindakan saman ekor itu. Move itu kemudian dilaksanakan oleh Pemuda PAS Pusat dengan melancarkan kempen tanda tangan online membantah saman ekor. Walhasilnya, pihak JPJ terpaksa berhubungan semula dengan PDRM, kerana sudah ramai kenderaan yang tamat cukai jalan tetapi pemiliknya enggan membayar cukai jalan baru. Kini JPJ sudah merosot pendapatannya. Seiringan itu, pihak PDRM tidak kurang juga ternganga, bila mana ada pemilik yang disaman ekor sudah tegar dan berkeras tidak mahu membayar. Mereka itu adalah antara yang bersetuju dengan saranan move oleh Mahfuz Omar. Akhirnya, move itu sudah menampakkan hasil apabila pihak Kerajaan Barisan Nasional yang mengimpikan rakyat membayar saman ekor sudah membuat keputusan menangguhkan penguatkuasaan senarai hitam itu.

Perkembangan terbaru (mulai 1 September 2010) saman ekor telah ditarik balik tindakan senarai hitam dan mereka terlibat boleh membayar secara ansuran sehingga 28 Mac 2011. Mulai 1 Mac 2011 mereka yang tidak membuat pembayaran akan disenarai hitam sekali lagi malah mereka juga dilarang membuat bayaran secara berkala. Maka saman ekor sudah tidak mengerunkan orang yang menjadi mangsa saman. Malah mereka sedia menyaman balik Kerajaan Barisan Nasional!

Saman Felda

Bulan lepas Kementerian Dalam Negeri gagal meperbaharui permit penerbitan Suara KeADILan kerana antara lain tidak berpuas hati dengan penyiaran berita yang dikatakan memfitnah Felda atas dakwaan 'bangkrap.' Ia tidak berhenti di situ, kerana pihak Felda melalui Ketua Penerangan Umno telah bertindak menyaman parti KeADILan atas isu 'Felda bangkrap' yang disiarkan muka depan Suara KeADILan. Berlakulah saman fitnah dengan pengiraan kos dituntut supaya KeADILan membayar sebanyak RM200 juta. Saman Felda tetap menjadi realiti, namun parti KeADILan terus bersuara atas isu Felda bangkrap. Meskipun, Suara KeADILan sudah tamat permitnya, namun pemimpin KeADILan tetap boleh bersuara. Parti itu melalui pemimpinnya 'sanggup' berdepan dengan saman RM200 juta. Mereka terus bersuara mempertahankan dakwaan 'bangkrap' itu dengan laras bahasa berbeza. Pemimpinnya, Datuk Zaid Ibrahim dan Ketua Pemuda, Shmasul Akmal terus mendedahkan Felda yang sudah tenat.

Sekadar ingatan, sebelum ini Felda telah disaman oleh masyarakat peneroka Kemahang kerana membeli buah sawit secara menipu. Pihak peneroka menang dan fakta kes penipuan itu telah dijaja di seluruh Negara. Malah peguam, Wan Rahimi yang memenangkan kes itu telah menjaja ke segenap ceruk masyarakat Felda betapa ada penipuan itu. Terbaru, mahkmamah Rayuan sekali lagi tidak menyebelahi Felda dan mengekalkan perintah membayar RM11 juta kepada peneroka Kemahang yang pernah ditipu sebelumnya.

Kononnya, cerita penipuan itu tidak tamat di Kemahang sahaja. Malah pihak Pengerusi Anak, Mazlan Aliman turut mendedahkan 22 penyelewengan dan salah urus pihak Felda di dalam projek dan tugasannya. Kelantangan Mazlan, membuatkan Felda hilang sabar. Sampai peringkat berlaku cabar-mencabar mahu berdebat antara Mazlan dengan Ahmad Maslan. Kedua-dua dari Johor itu sudah bersidang media di parlimen dan bersetuju berdebat. Tetapi kesungguhan berdebat itu tidak disambut RTM. Tidak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek satu ketika dulu yang jadi berdebat atas isu harga petrol. Mungkin RTM dulu lain, sekarang lain. RTM sekarang dipengaruhi Datuk Seri Utama Rais Yatim hanya suka meraih publisiti peribadi, tetapi tidak suka membuat publisiti untuk menteri lain.

Mazlan saman Felda

Berikutan kesungguhan Mazlan mendedahkan penyelwengan Felda kepada masyarakat peneroka, maka bulan Mac lalu beiau dicekup polis, direman dan ditahan serta disoal siasat. Hanya atas kes tindakan seorang PDRM berpangkat inspektor bertindak kononnya atas lunas undang-undang dengan menuduh Mazlan menceroboh kawasan Felda Lembah Klau, Pahang. Mungkin Mazlan baru terpikir, kerana pada awal Ogos baru tindakan saman dibuat di Temerloh. Peguam yang mewakilinya adalah hero peneroka Kemahang, Wan Rahimi. Beliau telah menyaman pihak terbabit dan menuntut bayaran 'kerugian' akibat ditahan PDRM itu sebanyak RM20 juta. Jelaslah isu saman menyaman sudah jadi budaya dan 'orang' nampaknya tidak takut lagi kepada saman dan suka pula untuk menyaman balas. Mazlan adalah 'orangnya' yang turut pandai saman balas. Kesannya, pihak mahkamah dan peguam pula yang terpaksa pikul beban yang sudah banyak terbeban kerana terlalu banyak kes tertangguh.

Isu saman Felda itu tidak tamat di situ sahaja. Satu lagi saman dikemukakan pada 9 Ogos 2010 oleh sekumpulan 766 orang peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias Negri Sembilan. Asas saman atas dakwaan Felda menipu gred buah sawit mereka. Saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban (Malaysianinsider, 9 Ogos 2010). Menurut peguam yang mewakili peneroka, Sivarasa Rasiah, selama ini Felda telah melakukan penyelewengan dan penipuan terhadap peneroka-peneroka di kedua-dua rancangan Felda tersebut.

Semoga gelombang kesedaran warga peneroka tersebut akan turut membuka minda dan keberanian seluruh warga peneroka untuk menuntut hak meraka serta bersatu menghentikan penyelewengan Felda.

Saman royalti minyak

Muka depan akhbar Sinar Harian (edaran Kelantan, 26 Ogos 2010) mempamerkan wajah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dengan tajuk "Jumpa di mahkamah" yang menyentuh keputusan mesyuarat majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pada Rabu, 25 Ogos bersetuju meneruskan saman terhadap Petronas Writ saman dicadang dikemukakan pada Isnin (30 Ogos) di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur. Tujuan saman adalah bagi menuntut royalti minyak seperti mana yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975. Ekoran itu pada Isnin 30 Ogos 2010, tindakan saman itu telah menjadi realiti dan sah Petronas sebagai pihak yang saman kerana dikatakan tidak mematuhi butiran perjanjian dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

Kesan daripada saman itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (Harakahdaily, 2 September 2010) melihat ia sudah menjadi ketakutan kepada pemimpin BN. Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Sinar Harian, 2 September) yang mengatakan keputusan menukar wang royalti kepada wang ehsan itu adalah atas khidmat nasihat Peguam Negara. Sudah nampak sangat BN tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN sementara nasihat Peguam Negara itu kini sedang dicabar di mahkamah. Sewajarnya, Peguam Negara menjadi saksi penting di mahkamah nanti. Apa pun tunggu keputusan pengadilan yang mungkin memberi harapan baru kepada rakyat Kelantan.

Semoga perhimpunan solat hajat (28 Januari 2010) di Stadium Sultan Muhammad IV yang menghimpunkan puluhan ribu rakyat bakal menjadi realiti. Apa yang utama, sokongan rakyat telah menolak tindakan mempolitikkan wang hasil minyak apabila angkara pemimpin BN menukarnya kepada wang ehsan. Maka, tindakan dan usaha serta perjuangan kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sedang bergerak dilandasan yang betul demi maruah dan harta rakyat Kelantan. Justeru sepakat kita menolak gerakan politik songsang pemimpin BN itu yang sudah tergelincir daripada kehendak dan aspirasi rakyat.

Khatib mahu saman

Khatib Zakaria Ahmad memberi tempoh dua hari kepada beberapa individu, akhbar arus perdana dan sebuah stesen televisyen membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan tindakan saman berhubung kontroversi doa khutbah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Samannya berasaskan tidak puas hati dengan pihak berkenaan yang memutar belitkan fakta berkaitan doa khutbah ke dua solat Jumaat yang dibacakannya di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang. Malah terdapat sebilangan pihak cuba menjatuhkan reputasi khatib itu yang seolah-olah jahil di dalam agama Islam ekoran kenyataan dan berita yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai. Sasaran samannya adalah dua akhbar arus perdana, sebuah stesen televisyen dan beberapa individu yang dikenalpasti sebagai memutar beli berita mengenainya.

Antara individu yang paling awal membangkitkan isu doa dalam khutbah ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Diikuti oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang menyatakan kesediaan untuk menampilkan saksi khatib yang membacakan doa tersebut. Sementara televisyen yang begitu ghairah mensensasikan cerita doa dalam khutbah pula mungkin televisyen milik pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, peristiwa ahi parlimen Sepang (22 Ogos lalu) belum ada pihak yang ingin menyaman ekoran tindakannya memasuki Surau al-Huda, Kajang tanpa tutup aurat. Jika ada pihak yang ingin menyaman, mungkin banyak sangat peristiwa sebegitu boleh disaman. Ini kerana ekoran kebelakangan ini sudah banyak pendedahan dibuat mengenai tindakan yang serupa, termasuk melibatkan isteri orang kenamaan.

Saman penyelesai?

Justeru itu, apakah saman menyaman itu boleh menguraikan segala kekusutan, kecacatan dan kebobrokan semacam apa yang berlaku antara KeADILan dengan KDN, peneroka dengan Felda, Mazlan dengan Ahmad Maslan, PDRM-JPJ dengan pemilik kenderaan 'senarai hitam' atau antara mahkamah dengan peguam serta antara khatib dengan media?

Mungkin kata kunci untuk menyelesaikan kesemuanya itu adalah keadilan. Persoalannya di manakah keadilan itu? Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui, tetapi rakyat di negara ini sudah menunggu untuk menjawabnya. Mungkinkah, salah satu petunjuk protes rakyat terhadap saman menyaman itu adalah perubahan kuasa dalam pilihan raya umum (PRU) 13? Maksudnya PRU13 nanti, mungkinkah parti Mazlan atau parti Ahmad Maslan yang akan dipangkah rakyat. Ataukah dacing terus berkuasa? Perdana Menteri ada jawapannya, kerana tarikh membubar parlimen ada padanya dan SPR sedia menetapkan waktu untuk rakyat memangkah nanti.
Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Hubungan UMNO-PERKASA di media berlainan...

Posted: 09 Sep 2010 02:47 AM PDT

UMNO-BN akhirnya menyatakan pendirian untuk menjarakkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), setelah Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sedemikian kepada media, semalam.
Hubungan antara UMNO dengan PERKASA menarik perhatian ramai sejak badan bukan kerajaan (NGO) ini muncul di arena politik tanahair, dan mendakwa dirinya sebagai pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan Melayu.
Sementara PERKASA disifatkan sebagai batu penghalang kepada perubahan yang ingin dibawa Perdana Menteri Najib Razak ketika BN berdepan dengan komuniti bukan Melayu-Islam, PERKASA memainkan peranan seakan-akan "sayap UMNO" untuk melancarkan serangannya terhadap Pakatan Rakyat di kalangan umat Melayu-Islam.
Seperti slogan 1Malaysia yang diberi tafsiran berbeza mengikut keperluan masing-masing, ketika ia dilaungkan kepada komuniti yang berbeza; PERKASA juga memainkan peranan yang lebih kurang sama untuk BN.  Malah, kekeruhan ini tidak dijernihkan sepenuhnya biarpun pendirian UMNO-BN telah dinyatakan...
NST dan Star
Pendirian untuk menjauhkan diri daripada PERKASA dinyatakan oleh Tengku Adnan dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider  yang disiarkan semalam.  Beliau kemudian mengulangi kenyataan yang sama, ketika dihubungi beberapa media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Setiausaha Agung parti komponen BN.
New Straits Times, akhbar bahasa Inggeris yang dimiliki UMNO, meletakkan berita ini di muka depannya, dengan tajuk - Pemimpin BN diberi jaminan oleh Setiausaha Agung - "UMNO tidak sokong Perkasa" ('Umno does not support Perkasa' - BN leaderders given assurance by sec-gen).
Mengikut laporan, "UMNO dengan jelas (unequivocally) menjauhkan diri daripada PERKASA, yang disifatkan oleh pemimpin BN sebagai langkah penting untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu."
"Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu parti komponen BN bahawa UMNO tidak akan menyokong PERKASA, atau Presidennya Ibrahim Ali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang."
Begitu juga dengan Star, akhbar bahasa Inggeris milikan MCA, dengan tajuk UMNO menolak PERKASA (Umno rejects Perkasa) pada muka surat kedua.  Malah di bawah tajuknya, Ku Nan (Tengku Adnan) dipetik berkata, "pertubuhan yang menyebabkan kehilangan sokongan terhadap parti."
Star memetik Tengku Adnan daripada media internet, yang berkata, "Apabila mereka berbicara mengenai kawan Cina dan India saya, mereka membuatkan kami kehilangan lebih undi.  Apa yang kamu mahukan untuk Malaysia?  Kamu mahukan satu perang sivil?"
Ketika menyentuh Ibrahim Ali, Tengku Adnan bertanya, "Mengapa harus UMNO menyokong beliau?  UMNO seharusnya meletakkan calon di Pasir Mas.  Kami akan bertanding di Pasir Mas."
Utusan Malaysia dan Berita Harian
Bagaimanapun, kenyataan Tengku Adnan ini tidak ditonjolkan sebagaimana akhbar Inggeris, dalam ruang dada akhbar bahasa Melayu, seperti Utusan Malaysia dan Berita HarianUtusan Malaysia, yang selama ini senada dengan PERKASA, tidak menyiarkan kenyataan Tengku Adnan tersebut.
Dalam liputan berita Utusan Malaysia berhubung mesyuarat kali pertama di kalangan setiausaha agung dan setiauasaha kerja parti-parti komponen BN, yang berjudul "Parti komponen BN digesa selesaikan masalah parti" pada muka surat kedua, isunya hanya tertumpu kepada pendaftaran pemilih, langsung tidak mengungkit isu PERKASA.
Berita Harian pula, menyiarkan berita ini pada muka surat ke-9, dengan tajuk "13 parti komponen BN sokong jauhi PERKASA".  Laporannya berbunyi, "Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum."
"Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN."
Malah, Berita Harian memetik Tengku Adnan untuk berkata, "PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita."
"UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Akhbar bahasa Cina
Di samping itu, akhbar bahasa Cina pula, China Press memetik berita ini daripada The Malaysian Insider, dan disiarkan pada muka surat A7 dengan tajuk, "Tiada hubungan antara UMNO dengan PERKASA".
Malah, laporannya memetik Tengku Adnan Tengku Mansor yang menolak kemungkinan untuk bertemu dengan Ibrahim Ali, "Saya tak perlu berbincang dengan Ibrahim Ali.  Adalah sesuatu yang sukar untuk berbincang dengan Ibrahim Ali.  Biar beliau hidup dalam dunianya sendiri."
Nanyang Siang Pau juga memetik berita ini dari The Malaysian Insider, dan disiarkan pada muka surat A8, bahawa UMNO tidak akan menyokong Ibrahim Ali untuk bertanding dalam PRU akan datang.  Malah, Nanyang Siang Pau sempat menyiarkan respon Ibrahim Ali di bawah berita itu, yang mengkritik Tengku Adnan bahawa beliau hanya mahukan undi Cina dan tidak mahu undi Melayu.
Sin Chew Daily yang selama ini menonjolkan watak Najib Razak sebagai pembawa perubahan, dan PERKASA sebagai penghalang perubahan, tidak memetik berita ini.  Seperti Utusan Malaysia, Sin Chew Daily (gambar kiri) hanya melaporkan isu pendaftaran pemilih yang dibincangkan dalam mesyuarat, pada muka surat ke-11-nya.
Dua akhbar bahasa Cina bukan milikan Tiong Hiew King, Oriental Daily, hanya menyiarkan berita pendaftaran pemilih pada muka surat A12, sementara Kwong Wah Yit Poh menyiarkan kenyataan Tengku Adnan pada muka surat kedua, dengan tajuk Khuatir dibeban PERKASA - UMNO akan bertanding di Pasir Mas (kawasan Ibrahim Ali).
*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media cetak.  Media yang dirujuk bertarikh 9 September 2010, berkisar pada kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa UMNO-BN akan menjauhi dirinya dari PERKASA.

Syed Shahir : Kekalkan Status Quo Atau Pilih Anwar

Posted: 09 Sep 2010 02:42 AM PDT

9 Sept - Sekumpulan pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor yang mengelarkan diri mereka Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Selangor mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.
Ketuanya, Syed Shahir Syed Mohamud berharap alternatif ini diterima akar umbi dan kepimpinan atasan parti supaya pertandingan untuk dua kerusi terkanan PKR tidak menjejaskan keutuhan parti.
Sejumlah kepimpinan utama dari 22 Cabang di Negeri Selangor telah berkumpul dan bermuzakarah mengenai proses pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung bermula awal November depan.
Jurucakapnya, Abdul Kudus Omar, berkata alternatif ini dicadangkan supaya pertandingan dua jawatan kanan itu tidak menjadi penyebab kepada politik kotor dan taktik cantas-mencantas yang boleh membantutkan evolusi PKR sebagai wadah perjuangan rakyat.
Setakat ini, bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim bersetuju supaya dia dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden, manakala 18 Ahli Parlimen dan Senator  telah menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.
Kumpulan hari ini bagaimanapun mencadangkan supaya kerusi Presiden dan Timbalan Presiden yang sekarang ini dipegang oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Senator Syed Husin Ali tidak dipertandingkan.
 "Kedudukan status quo bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sekarang ini hendaklah dikekalkan ( Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan YB Senator Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden). Dengan ini,calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden hendaklah menarik diri" ujar Abdul Kudus.
Namun begitu, menyedari bahawa pemilihan para pemimpin kanan parti menjadi hak mutlak ahli, permuafakatan ini mengumumkan sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden, dan Dr Wan Azizah sebagai calon Timbalan Presiden.
"Jika muafakat di atas sukar dicapai,maka kami ingin menyarankan agar ahli di peringkat akar umbi, mencalonkan dan memilih YB Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalon dan diangkat sebagai Timbalan Presiden, dengan cara ini kami yakin kemelut dan kegawatan pertandingan Jawatan Timbalan Presiden akan dapat diselesaikan" kata beliau lagi dalam satu sidang media.

Perutusan Aidilfitri Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim

Posted: 09 Sep 2010 02:36 AM PDT

Berikut adalah perutusan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia yang dihormati, sempena Hari Raya Aidilfitri:
Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Menjelang Syawal, saya mengambil kesempatan ini, mewakili keluarga dan Parti Keadilan Rakyat mengucapkan Salam Eidulfitri kepada seluruh umat Islam. Saya berharap kita menyambut hari yang penuh bahagia ini dengan mengingati saudara kita yang berada dalam penderitaan walau di mana pun mereka berada. Tatkala kita semua menyambut hari lebaran dengan rasa syukur dan meriah bersama keluarga, ada di kalangan kita yang meratapi pemergian mereka yang dikasihi. Moga Allah Yang Maha Besar memberi kesabaran buat kita semua.
Eid ul Fitr, salah satu dari maknanya adalah hari di mana kita sedar dan kembali kepada fitrah, mengingatkan sesungguhnya kita dicipta sebagai makhluk yang penuh kasih sayang, bukannya kebencian. Ramadhan selama hampir sebulan itu sewajarnya memupuk nurani kita untuk menghindarkan rasa dengki, benci dan dendam. Sering diungkapkan bulan yang mulia itu madrasah ampuh buat melebur dinding hitam pekat yang merosak jiwa dan qalb, serta memangkin kemurnian agar kembali dengan rasa kasih yakni fitrah kita sebagai insan mahkluk kepada Pencipta Yang Agung.
Malangnya sepanjang Ramadhan, masih ada yang menabur kebencian, fitnah dan berharap untuk memecah belahkan sesama kita. Menuduh dan menuding menjadi amalan dan budaya. Tatkala masyarakat menginginkan jurang perbedaan dirapatkan, fitnah dan kebencian disemai rekayasa golongan pelampau yang alpa akan fitrahnya sebagai makhluk. Keangkuhan meresapi diri kerana merasa tidak terkalahkan dan ramai.
Makanya saya memohon izin berkongsi ibrah dari sirah Rasulullah SAW ketika Perang Hunain yang meletus pada bulan Syawal. Selepas kejayaan Pembukaan Kota Mekah, umat Islam ternyata begitu bersemangat, oleh itu ketika menuju medan perang, ada yang mula mengungkapkan:
"di hari ini kami tidak akan terkalahkan"
Keangkuhan menjalar dan merasuk! Seperti yang kita semua ketahui, umat Islam kalah pada pusingan awal sehinggalah ampunan dan pertolongan dari Allah SWT tiba merubah kekalahan yang sebelumnya hampir pasti. Turunlah ayat 25, Surah at Taubah yang menegur dan mengingatkan umat Islam:
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri."
Allah SWT menempelak sikap yang tergelincir jauh dari fitrah, iaitu gagal bersikap merendah hati dan pemurah serta mengasihani. Mengakhiri pesan ringkas sempena sambutan hari yang penuh keberkatan ini, saya nukilkan pesan dari Quran yang mulia, ayat 128, Surah al Nahl, buat menjadi pedoman untuk saya dan semua:
"sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan"
Moga Eid ul Fitr tahun ini mendorong kita untuk merenung diri dan menjana perubahan agar tidak tidak tergelincir dari fitrah yang murni serta luhur. Bersesuaian dengan pesananNya, perbanyakkan lah amal dan berbuat kebajikan.
Salam Eidulfitri. Minal 'aidil wal faiziin. Maaf zahir dan batin.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Ni PULAK GAMBAQ RUPA JANTAN TAKGUNA TU! Kanibui!

Posted: 08 Sep 2010 10:18 PM PDT

INi bukan bapak budak mati tu.. Tapi! Muka cam geng2 786 Zambry Mugebe!


Ensem tak!? Camnelah Janda tu leh minat kat dia? Patut nya Janda tu pilih HJ JAMALUDIN tapi apa leh bikin orang kata negro punye besar.. wkakaka Tapi memang lahanat lah ini jantan...

Sape nak tengok gambar Ibu tak guna tu leh keSINI

Baca berita pulak!

SHAH ALAM: Kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dibunuh, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah mempunyai 34 kesan kecederaan pada sekitar tubuh badannya termasuk kesan cubit atau dipulas pada bahagian kemaluan.

Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang, dekat sini, Dr Abdul Karim Tajudin, 61, berkata, kesan lebam yang diakibatkan oleh pukulan didapati pada bahagian punggung manakala kesan seperti tumbukkan di bahagian belakang badan.

Selain itu, Aaliyah yang hanya seberat 10.58 kilogram juga patah dua tulang rusuk sebelah kiri, ditumbuk di mulut, digigit pada bahagian tangan, ditampar dengan kuat di telinga dan tangannya digenggam atau dicengkam dengan kuat.

Mangsa juga cedera di bahagian dahi dan terdapat darah beku di bawah kulit kepala serta keadaan kuku yang kebiruan menunjukkan kekurangan oksigen dalam darah.

Abdul Karim yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketiga dalam perbicaraan seorang warga Sudan, Mohannad Taha Ismail adalah doktor yang bertanggungjawab menjalankan bedah siasat terhadap jasab Aaliyah. Beliau yang berpengalaman sejak 1984 dan pernah melakukan lebih 25,000 bedah siasat menjalankan bedah siasat terhadap mangsa pada pukul 10 pagi, 14 Oktober 2009. 

Hasil bedah siasat, beliau merumuskan sebab kematian mangsa ialah pendarahan subdural yang teruk akibat goncangan yang kuat. "Goncangan pada badan mangsa secara kuat telah menyebabkan otak bergerak dalam tempurung kepala dan mengakibatkan saluran darah vein putus sehingga berlakunya darah keluar di bawah selaput otak yang keras.

"Pendarahan berlaku secara perlahan dan berkumpul di bawah selaput otak sehingga mencapai satu tahap yang mencukupi untuk menyebabkan tekanan dalam tempurung kepala sangat tinggi dan menekan batang otak. "Itu akan menyebabkan kematian batang otak di mana pusat pernafasan dan jantung terletak di situ," ujar Abdul Karim.

Beliau berpendapat, kejadian digoncang berlaku lebih daripada sekali atau berulang-ulang dalam tempoh masa seminggu daripada masa kematian, iaitu pada pukul 10.10 malam, 12 Oktober 2009.

Abdul Karim juga memberitahu, kecederaan di otak boleh dirawat jika mendapat rawatan segera selepas berlakunya simptom seperti tidak sedarkan diri dan muntah yang memancut daripada mulut.

"Kecederaan seperti ini boleh menganggu sistem perkumuhan seperti tidak boleh mengawal kencing. Kadang-kadang akan menahan kencing dan ada kala terlepas kencing," katanya. Beliau yang disoal pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin menambah, warna lebam yang berlainan pada badan mangsa menunjukkan umur kecederaan yang berbeza.

Abdul Karim juga menolak bahawa kecederaan seperti itu boleh terjadi kerana terlanggar benda keras. Malah, jika ia disebabkan oleh jatuh, ia mestilah lebih tinggi daripada katil.

Mohannad Taha, 25, dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah pada antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, di kediaman bernombor 9/D3/9, Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat.

Aaliyah merupakan anak kepada teman wanita tertuduh, Ellina Maulad Mahather, 25, seorang bekas pelayan kelab malam dan setiausaha di syarikat pembinaan.

Ellina sebelum ini menyatakan, dia menerima panggilan telefon daripada tertuduh yang marah kerana Aaliyah yang dijaga tertuduh semasa dia bekerja kencing merata.

Tertuduh yang masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelajar kini berhadapan dengan hukuman mati, jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dia diwakili peguam J.Kuldeep Kumar dan Saranjeet Kaur Sidhu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Salim Abdullah bersambung 27 September ini

Tiada ulasan: