Khamis, 23 September 2010

SharpShooter

SharpShooter


Polis perlu bersikap profesional - Shamsul Iskandar

Posted: 23 Sep 2010 12:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata adalah tidak adil dan tersasar dari lunas undang-undang jika polis Selangor mendakwa beliau gagal dihubungi berhubung dakwaannya yang mengaitkan pihak berkuasa ini dengan kes Datuk Sosilawati Lawiya.

Sambil mendakwa tidak ada sebarang percubaan menurut kaedah undang-undang untuk menghubunginya dilakukan, Shamsul Iskandar menggesa Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar bersikap profesional dalam hal ini.

"Sekiranya saya mahu dipanggil, sewajarnya prosedur yang betul dipatuhi, bukannya siasatan melalui media.

"Sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi sebagai pengamal undang-undang saya tertakluk kepada undang-undang, bukannya hebahan media seseorang pegawai kanan polis," kata Shamsul Iskandar dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Shamsul Iskandar memberitahu, beliau juga akan menghantar sesalinan respons rasminya ke laman sosial Facebook Khalid memandangkan "kaedah Facebook" ini merupakan kegemaran beliau.

"Saya telah mengarahkan peguam saya, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau untuk bertindak bagi pihak saya di dalam isu ini dan berurusan dengan pihak polis," katanya lagi.

Shamsul Iskandar juga berkata beliau akan memperincikan pendirian dan kenyataannya kepada umum bersabit kes ini di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang esok.

Semalam, Khalid memberi amaran kepada Shamsul Iskandar bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya jika terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya ke atas polis.

Khalid berkata Shamsul Iskandar sepatutnya hadir di balai polis jika benar mempunyai bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaannya itu.

"Shamsul sendiri tahu keterangannya diperlukan polis bagi membantu siasatan kes ini, namun dia masih tidak muncul dan telefon bimbitnya pula ditutup sekarang.

"Kalau ada bukti, datang kepada polis dan sahkan dakwaannya itu ... kita beri peluang.

"Polis akan keluarkan perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah jika enggan untuk hadir membantu siasatan polis. Bagaimanapun, tindakan mengeluarkan waran tangkap terhadap Shamsul Iskandar adalah sebagai langkah terakhir jika polis masih gagal hubungi beliau," kata Khalid.

Shamsul Iskandar berkata beliau memandang serius akan dakwaan Khalid yang mendakwanya gagal dihubungi bersabit kenyataan mengenai spekulasi kes pembunuhan Sosilawati.

"Ini sehingga membawa kepada kemungkinan waran tangkap dikeluarkan kepada saya berikutan kegagalan saya, kononnya, untuk bekerjasama dengan pihak polis.

"Suka saya menegaskan beberapa perkara untuk diambil maklum oleh pihak polis khususnya Datuk Khalid sendiri," kata beliau.

"Pertama, saya tidak pernah membuat sebarang tuduhan, sebaliknya saya melontarkan pertanyaan apakah mungkin wujud sebarang bentuk salah guna kuasa dan penyelewengan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Banting yang gagal bertindak untuk beberapa kes bunuh terdahulu yang melibatkan suspek, yang telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Kes-kes ini, hanya dibuka semula selepas kes pembunuhan Datuk Sosilawati meletus yang nyata mendapat perhatian luar biasa daripada media.

"Kedua, ingin saya tegaskan, sehingga hari ini saya tidak pernah dimaklumkan menurut kaedah-kaedah dan amalan undang-undang seperti yang diperincikan di dalam Kanun Acara Jenayah di dalam hal yang bersabit dengan prosedur memberikan sebarang kenyataan untuk membantu siasatan polis," kata beliau lagi.

Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 September lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai yang didakwa terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga lagi rakannya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu, Kamarudin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang 30 Ogos lepas sebelum ditemui mati dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Waran tangkap Shamsul Iskandar

Posted: 22 Sep 2010 11:05 PM PDT

Polis memberi amaran kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya jika terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Shamsul Iskandar sepatutnya hadir di balai polis jika benar mempunyai bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaannya itu.

"Shamsul sendiri tahu keterangannya diperlukan polis bagi membantu siasatan kes ini, namun dia masih tidak muncul dan telefon bimbitnya pula ditutup sekarang. Kalau ada bukti, datang kepada polis dan sahkan dakwaannya itu ... kita beri peluang.

"Polis akan keluarkan perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah jika enggan untuk hadir membantu siasatan polis. Bagaimanapun, tindakan mengeluarkan waran tangkap terhadap Shamsul Iskandar adalah sebagai langkah terakhir jika polis masih gagal hubungi beliau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Balai Polis Bergerak dan Motosikal oleh Sime Darby Property Bhd kepada Polis Kontinjen Selangor dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diubahsuai menjadi balai polis bergerak dan tiga buah motosikal jenis Honda Wave 100cc yang kesemuanya bernilai RM617,250 diserahkan kepada polis oleh Pengarah Urusan Sime Darby Property Bhd (Sime Darby), Tunku Datuk Putra Badlishah Tunku Annuar.

Media sebelum ini melaporkan, Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 Sept lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai yang didakwa terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga lagi rakannya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu, Kamarudin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang 30 Ogos lepas sebelum ditemui mati dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

Khalid juga memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam supaya tidak mengganggu siasatan polis dengan membawa isteri ahli perniagaan warga India yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini, S. Usharani ke lokasi pembunuhan Sosilawati.

"Polis sudah pun merekodkan keterangan Usharani pada 8 September lepas dan akan meminta beliau datang semula dengan anaknya untuk membantu siasatan kita lagi termasuk untuk mengambil sampel DNA.

"Jadi, mana-mana ahli politik jangan cuba menjadi pegawai penyiasat dengan mencampuri urusan kita. Kalau jadi ahli politik buatlah kerja untuk membantu rakyat bukannya buat kerja polis," katanya.

Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi media sebelum ini, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Sementara itu, dalam majlis berasingan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor menyampaikan penghargaan kepada Khalid atas kejayaan polis menyelesaikan kes Sosilawati.

Yang Dipertuanya, Abdullah Mansor berkata, Sosilawati dan tiga rakannya itu adalah anggota biasa Perkasa daerah Klang sejak pertubuhan itu ditubuhkan. – Bernama



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

umno dan judi..macam sinonim je..

Posted: 22 Sep 2010 10:29 PM PDT

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan negeri menggunakan hasil sumber judi untuk tujuan pembayaran wang ihsan melalui program penghargaan warga emas.

Katanya, dakwaan sebuah blog dan Pemuda Umno pusat minggu lalu adalah berdasarkan kepada imaginasi, berniat jahat serta fitnah yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran.

Menurut beliau lagi kerajaan negeri yang mengamalkan amalan berjimat cermat melalui konsep cekap, akauntabiliti dan telus telah berjaya menjimatkan jumlah peruntukkan dalam bajet kerajaan negeri sebanyak RM20 juta bagi program tersebut.

"Daripada peruntukkan yang diberikan kita telah membelanjakan sebanyak RM10.7 juta dan masih mempunyai lebihan RM9.3 juta untuk meneruskan program penghargaan warga emas.

"Suka ditegaskan di sini bahawa wang ihsan tersebut bukan hasil dari sumber judi. Ia adalah hasil dari pungutan cukai tanah serta sumber selain dari judi.

"Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan lesen judi sedangkan kerajaan pusat sahaja yang mempunyai kuasa untuk meluluskan semua lesen judi yang ada dalam negara kini," katanya lagi.

Sabtu lalu, Pergerakan Pemuda Umno meminta kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi.

Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "pisau.net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam

Malik menambah, dakwaan mereka adalah umpama pekerja upahan yang sentiasa menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Pada anggapan mereka dengan membuat fitnah dan tohmahan sedemikian rakyat akan mengalih sokongan kepada mereka.

"Namun begitu, tidak mudah untuk memperdayakan rakyat yang telah memberi sokongan kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

"Selama hampir 30 bulan kita menerajui kepimpinan kerajaan negeri, rakyat sudah merasa selesa dengan amanah dan tanggungjawab yang diterajui oleh Guan Eng bersama-sama kepimpinan PAS dan PKR," ujarnya lagi.

Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung menambah, kerajaan negeri terpaksa mengadakan penjelasan dan penerangan kepada rakyat negeri ini ekoran dakwaan-dakwaan tidak berasas itu.

Program penerangan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai tuduhan yang dibuat.

"Risalah penerangan dan penafian mengenai setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Umno dan BN yang bertopengkan blogger-blogger yang ada akan kita pantau dan ambil tindakan supaya rakyat tidak terpedaya dengan dakwaan mereka," tegasnya lagi.

Kelmarin, Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Utara di Butterworth.

Dalam laporan itu Pemuda Pakatan Rakyat meminta suruhanjaya itu membuat siasatan segera terhadap dakwaan yang berunsurkan fitnah yang dilemparkan oleh blog berkenaan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nurul Izzah calon Naib Presiden

Posted: 22 Sep 2010 09:57 PM PDT

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang sebelum ini belum berhasrat untuk bertanding jawatan kanan dalam PKR, telah mengubah keputusannya setelah mendapat lapan pencalonan untuk jawatan naib presiden, semalam.

Menurutnya, langkah beliau untuk bertanding jawatan ini adalah demi memastikan masa depan parti yang cerah terutama dalam usaha untuk menawan Putrajaya.

"Tujuan saya bertanding kali ini adalah untuk menjaga masa depan parti ini dan juga disebabkan sokongan yang baik oleh akar umbi yang mahu saya berbuat demikian.

"Apa-apa pun tunggu pengumuman saya esok (hari ini) saya akan memberi penjelasan yang lebih terperinci mengenai hasrat untuk bertanding kali ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi di pusat khidmatnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada jam 2.30 hari ini.

Turut mengintai jawatan yang sama adalah Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, yang sebelum ini tewas dalam dua kali percubaannya itu.

Pertandingan merebut empat jawatan Naib Presiden PKR bertambah sengit kepada calon yang lain apabila dua ahli parlimen parti itu menawarkan diri.

Sharpshooter :- Susahnya bila ada banyak YB...semua nak bertanding jawatan tinggi..he..he..Apapun sharpshooter menyokong penuh calon anak muda sama seperti Shamsul Iskandar calon Naib Presiden, Fariz Musa, Muzaffar (Perak) dan Ramlan Naim (Sabah).


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Siapa punya angkara ni....

Posted: 22 Sep 2010 09:34 PM PDT

PUCHONG – Kecurigaan seorang pemancing yang pada mulanya menyangka terdapat longgokan sampah di tepi lokasi aktiviti hobinya membawa kepada penemuan ratusan surat di tepi tasik berdekatan pusat beli-belah di Bandar Puchong Jaya, di sini.

Pemancing berkenaan, Soh Kian Lee, 54, berkata, pada 18 September lalu, dia ke tasik itu untuk memancing seperti biasa kira-kira jam 5 petang.

Katanya, lokasi yang menjadi tarikan beberapa pemancing lain itu disedarinya berubah menjadi tempat longgokan sampah sebelum mendapati apa yang dilihatnya itu adalah timbunan surat.

"Kali pertama melihat sampah itu (longgokan surat) saya memang buat tidak tahu sahaja, tetapi apabila ke destinasi sama pada hari kedua, saya terkejut apabila melihat longgokan sampah itu sebenarnya adalah timbunan surat yang masih belum dibuka.

"Selepas dibelek, saya mendapati kebanyakan surat adalah baru dan ada antaranya sudah terkoyak dan terkeluar beberapa kepingan cek dari dalamnya," katanya yang kemudian menghubungi RakanCop untuk melaporkan aduan.

Katanya, individu yang membalas panggilan memaklumkan akan menghantar anggota ke lokasi segera, sebelum dia kemudian mengambil keputusan menunggu di tepi tasik itu.

Sharpshooter : Setem pos sudah naik, kalau dulu 30 sen sekarang 60 sen tetapi alangkah malangnya oleh kerana perbuatan tidak amanah segelintir posmen seperti ini, nama POS tercemar, seekor kerbau membawa lumpur...satu kampong terpalit lumpur.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Keprihatinan AMK Tasek Gelugor

Posted: 22 Sep 2010 08:32 PM PDT

Pegawai Penyelaras KADUN Teluk Air Tawar, En Salehin Mohamed bersama Angkatan Muda Keadilan Tasek Gelugor telah mengadakan Program Kembara Ramadhan bagi menyampaikan sumbangan keperluan menyambut Hari Raya kepada orang-orang miskin, Ibu Tunggal dan orang kurang upaya.

Kawasan yang terlibat seperti Bagan Tambang, Kampung Setul, Permatang Binjai, Kampung Contoh dan Bagan Ajam.

Keprihatinan AMK Tasek Gelugor wajar dicontohi. Inilah salah satu cara AMK Tasek Gelugor untuk menawan kerusi umno yang masih agak kuat di sebelah utara Seberang Perai iaitu Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

Namun begitu AMK Tasek Gelugor yakin senario politik sudah mula berubah apabila kebanyakkan orang Melayu kawasan ini sudah mula sedar bahawa kerajaan PakatanRakyat yang memerintah P.Pinang hari ini jauh lebih baik dari kerajaan umno dan bn.

Wang Ehsan kepada Warga Emas adalah salah satu contoh di mana sejak dari dahulu kerajaan umno bn tidak pernah memberinya malah di peringkat awal umno menghasut orang kampung mengatakan bahawa ini semua adalah satu pembohongan kerajaan Pakatn Rakyat.

Tetapi setelah perkara ini menjadi satu realiti, maka orang kampong sudah mula sedar bahawa mereka selama ini telah ditipu oleh umno bukannya kerajaan Pakatan Rakyat. Terbaru, oleh kerana umno sedar kesannya kepada masa depan umno tergugat, umno telah sebarkan fitnah lagi dengan mengatakan bahawa wang ehsan warga emas adalah duit judi.

Begitulah sikap umno yang dari dulu, kini dan selamanya...menipu orang Melayu. Syabas kepada Penyelaras Kadun Teluk Ayer Tawar dan AMK Tasek Gelugor yang kini diterajui oleh Ketua baru bernama Syed Mikael Rizal Aidid. Semoga usaha menawan Dun Teluk Ayer Tawar menjadi realiti bukan lagi fantasi.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: