Khamis, 23 September 2010

al-brangi

al-brangi


Waran tangkap untuk Shamsul?

Posted: 23 Sep 2010 01:00 AM PDT

Bagi kami yang tak tahu undang-undang......mungkin tertanya-tanya...........

Susah sangat ke pihak polis hendak menghantar surat atau telegram pada Shamsul supaya pergi ke Balai Polis?

atau

Susah sangat ke Shamsul nak pergi ke Balai Polis? Wajar ke perlu protokol dan karenah birokrasi?

dan

Orang ramai mungkin tertanya-tanya...........

Apa untungnya kalau Shamsul berdiam diri sehingga tunggu surat jemputan rasmi dari Polis dan apa ruginya kalau beliau terus ke Balai Polis dan menceritakan apa yang terbuku dalam hatinya kepada pihak polis?

Jika polis mengeluarkan waran tangkap.........

Apa untung dan ruginya Saudara Shamsul?

Anda fikirlah sendiri

Nota:

Yang pastinya jika waran tangkap dikeluarkan......sudah pasti nama beliau seperti pisang goreng panas ketika pemilihan PKR nanti.....jangan marah.....alahai [sumber .]

4, 4 juta dan 4 billion......wow banyak tu

Posted: 22 Sep 2010 05:30 PM PDT

Akhir-akhir ini angka '4' menjadi angka yang popular di Malaysia.

Ada orang kaitkan angka '4' dengan berkahwin 4.

Tak berapa lama dulu angka '4' iaitu RM4.0 juta kononnya digunakan oleh organisasi tertentu untuk menjatuhkan reputasi orang tertentu di bongkarkan oleh orang tertentu.

Baru-baru ini balu kepada hartawan terkenal di zaman Al-Marhum Tunku Abdul Rahman menuntut harta sepencarian sejumlah RM4.0 juta.

Yang paling sensasi sekali ialah di bulan Ramadhan yang baru lalu, kes 4 orang mangsa yang dikatakan dibunuh, dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai yang melibatkan jutawan kosmetik terkenal.

Yang paling terkini dan tidak kurang sensasinya iala kononnya seorang saudagar, hartawan, dermawan yang ber'jihad' dengan menghulurkan derma berupa replika cek sejumlah RM4.0 billion......entah apa niat di sebaliknya.....kita ber'sangka-baik' sajalah.

Rupa-rupanya saudagar tersebut adalah saudagar 'taik minyak'.....akhirnya terbongkar.

Saudagar yang busuk......lebih busuk dari taik kucing ini akhirnya terserlah juga niat 'jahat'nya.

Masalahnya dengan orang 'kita' ni......suka sangat bersangka baik dan lurus bendul.

Tapi ada juga hikmahnya bersangka baik dan lurus bendul ini.....dengan bersangka baik serta lurus bendul, niat jahat seseorang akan terencat.

Selebihnya sila baca Di SINI.

Tiada ulasan: