Rabu, 29 September 2010

shalehudin

shalehudin


Senyum... senyum sikit... haha...

Posted: 29 Sep 2010 08:30 AM PDT

Tinggi sungguh semangat ingin membantu puteri puteri Umno kita ni. Sampai sanggup dok keras tengah panas demi menyumbangkan derma untuk mangsa banjir di Pakistan tuh... hehe..... senyum sikit.....

Naib Ketua Puteri Umno, Shahanim Mohamad Yusoff menyampaikan replika cek RM10,000 kepada Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Masood Khalid pada majlis penyampaian sumbangan untuk mangsa banjir Pakistan, di sini pada Rabu. Puteri Umno juga melancarkan kempen kutipan baju terpakai yang akan berakhir 12 Oktober depan sebagai kesinambungan daripada program derma tersebut. Bencana banjir di Pakistan setakat ini menyaksikan lebih enam juta orang memerlukan bantuan kecemasan termasuk khemah dan ubat-ubatan. - foto BERNAMA

Orang kampung boleh la Umno gempaq

Posted: 29 Sep 2010 07:16 AM PDT

Haru laaa, depa dok ingat depa dok makan duit Umno tu bersih sangat kot... haha....

WARGA emas memulangkan semula wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri Pulau Pinang di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, hari ini selepas curiga dengan sumber wang berkenaan. - Foto Rosli Ahmad

Aku pun tercengang cengang

Posted: 29 Sep 2010 02:00 AM PDT

Ada serigala dalam PKR?

Oleh Siddique Ghouse
Bila Nurul Izzah menyebut adanya "serigala berkulit bebiri" dalam PKR beberapa hari yang lalu, kebanyakan ahli parti itu tercengang-cengang kehairanan; Bila pula adanya serigala seperti itu dalam PKR?

Apakah kenyataan seperti itu suatu sandiwara atau apakah ini benar-benar suatu peristiwa? Kalau Nurul bersandiwara, ahli parti kena tarik balik gelaran srikandi yang diberi padanya.

Jika ini peristiwa yang benar, ahli parti kena ambil berat dan tidak boleh main-main. Ini bukan sekadar cerita penglipur lara "The Shepherd Boy and the Wolf" dalam koleksi ceritera yang ditulis oleh Aesop.

Jika "serigala" itu hanya dijumpai di kota Kuching, tempat Nurul meneriakkan amaran serigala dan hanya akan "membaham bebiri" di persekitaran kota Kucing, barangkali Nurul tidaklah "cemas" sangat.

Dia mungkin boleh bisik-bisik kepada ahli dan pimpinan PKR di kota Kuching supaya "berjaga-jaga" kerana serigala itu sudah kelihatan di situ.

Tetapi apabila Nurul melihat serigala itu sudah merayau-rayau ke seluruh pelusuk kota dan desa di negeri satu Malaysia, untuk menjadikan dirinya "ketua bebiri" dan nantinya akan membaham lebih banyak bebiri dalam PKR, makanya Nurul sudah tentu menjadi amat cemas lalu meneriakkan amaran dengan nyaring "Awas ! Awas! Serigala itu sudah datang !!"

Dia memakai kulit bebiri, dia mahu jadi ketua bebiri! Dia akan membaham bebiri! Parti bebiri akan hancur tinggal tulang! Yang boleh bunuh; bunuh! Yang tidak boleh bunuh; lari! Lari!

Barangkali itulah teriakan dalam hati srikandi yang namanya Nurul itu. Hebat juga srikandi Nurul ini.

Tak nampak

Ahli-ahli parti juga hairan bagaimana srikandi Nurul boleh mengenali serigala itu walhal hampir semua pemimpin besar dalam PKR macam tak "perasan" adanya seekor serigala seperti itu dalam PKR.

Takkanlah ketua umum tidak nampak dan beri amaran awal. Takkan presiden, timbalan, naib, setiausaha dan pemimpin kanan PKR lain tak nampak. Hatta ketua strategik yang bertanggungjawab ehwal keselamatan PKR pun macam tak nampak juga.

Atau mungkin juga mereka betul-betul tidak nampak kerana barangkali kulit serigala itu "sebijik" macam kulit orang-orang besar dalam PKR.

Bila cerita serigala ini di dedahkan oleh srikandi Nurul, ramai orang tertanya-tanya dan pelbagai soalan timbul; macam mana Nurul boleh kenal serigala itu?

Bila agaknya kulit bebiri yang dipakai serigala itu terselak dan ternampak oleh wajah sebenar serigala itu?

Di mana Nurul nampak wajah sebenar serigala itu ? Di tengah-tengah majlis parti, atau di pejabat parti atau di rumah ketua parti - tempat di mana bebiri selalu bertemu dan berkumpul.

Dan persoalan yang paling dinantikan jawabannya ialah siapakah gerangannya pemimpin dalam PKR yang dikatakan serigala berkulitkan bebiri itu?

Mengikut Nurul pemimpin seperti serigala ini tidak harus diangkat menjadi pemimpin PKR. Jika baru masuk harus ditendang. Jika sudah lama di dalam parti dia harus diterajang, kerana itulah layanan selayaknya kepada serigala yang ganas yang menyembunyikan jatidirinya semata-mata untuk mempastikan matlamatnya dicapai, iaitu membaham mampus seluruh warga bebiri dan memusnahkan terus "parti bebiri" yakni parti PKR.

Siapa serigala PKR?

Apapun jua soalan yang dikemukakan, srikandi Nurul mungkin tidak akan mendedahkannya kepada umum siapakah yang dimaksudkan itu. Kecuali orang yang bertanya itu kenalan rapat Nurul atau orang yang dipercayai Nurul.

Yang pastinya orang itu bukan Datuk Zaid Ibrahim kerana semasa Nurul memberi amaran serigala dalam PKR di Kota Kucing tempohari, dia dengan jelas menyatakan bahawa ahli-ahli PKR harus memberi tempat kepada tokoh seperti Zaid Ibrahim.

Takkan pula Nurul nak sokong seorang tokoh yang bersifatnya "Serigala yang menyamar sebagai Bebiri" yang akan membaham mati ahli dan parti yang diperjuangkan. Jadi tak mungkin serigala itu bernama Zaid.

Jadi siapakah yang dimaksudkan?

Nak kata naib presiden nombor satu, Azmin Ali itu berwatak serigala dalam PKR, barangkali tak mungkin juga kerana Azmin diketahui sangat rapat dan disayangi ketua umum. Takkan pula "serigala itu boleh masuk kandang bebiri sampai begitu dalam dan berkampung begitu lama" malah bergandingan erat pula dengan ketua umum.

Banyak "bual kosong" orang politik di kota yang berjiran dengan kota Kucing, heboh "menggosip" perihal gandingan mantap Azmin-Anwar yang sedang diatur sekarang ini dan gandingan itu katanya turut mahu "membaham" Zaid Ibrahim.

Tidak mungkin juga serigala itu naib presiden Mustafa Kamil Ayub kerana Mustafa amat dikenali sebagai budak baik, kerja rajin dalam PKR. Macam-macam projek dia buat untuk mempromosi PKR cumanya kekadang dia lebih banyak memperaga wajahnya yang lawa itu lebih dari imej PKR. Taring Mustafa belum nampak ada "kesan darah membaham bebiri"

Terbakar dan bisa

Kalau bukan dua Naib Presiden tersebut maka siapa lagi serigala itu kerana serigala yang dimaksudkan oleh Nurul itu adalah yang mahu menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kanan PKR.

Barangkali serigala itu mengikut Nurul mahu menjadi timbalan presiden atau naib presiden kanan. Kalau serigala itu setakat mahu bertanding AJK Pusat, mungkin Nurul tidak kisah sangat dan tidak akan "sibuk-sibuk" menimbulkan isu yang panas seperti ini. Dia pasti akan turut "terbakar" akibat kepanasan isu ini, kerana "ngauman serigala" itu "bisa" membakar sesiapa sahaja yang berani mengganggu pelan strategiknya.

Jadi ahli parti kena mula teropong jauh ke dalam parti mengenalpasti serigala itu. Jangan sampai sudah banyak yang terkorban baru para ahli nak berkonvensyen dan merumuskan resolusi menghapuskan sang Ssrigala itu.

Dalam pemilihan PKR kali ini srikandi Nurul sudah memberi isyarat awal bahawa serigala itu sedang bersiap sedia untuk menjadi pemimpin utama parti dan Nurul amat resah jika serigala itu kali ini berjaya lagi sebab itu dia berteriak nyaring kali ini.

Mesej Nurul adalah supaya ahli parti segera menganalisis watak serigala ini dan segera mengenalpasti orangnya dan segera menghalau atau membunuhnya dari perkampungan PKR.

Orang yang berwatak serigala yang menyamar sebagai bebiri ini mengikut Nurul tidak boleh dibenar memimpin parti PKR.

Begitulaj mesej Nurul yang terkandung dalam ucapannya di kota Kuching, Sarawak yang dipetik oleh media alternatif yang ulung, yang antara lain berbunyi; "they should be aware of leaders who were just like a wolf wearing a sheepskin. It means he is being deceitful, dishonest and not to be trusted"

Berita ini tidak sempat berlegar luas di media alternatif lain kerana ia tiba-tiba tenggelam atau sengaja dipadam, selepas bermulanya pencalonan bagi jawatan utama PKR yang sedang rancak berjalan sekarang ini.

Ahli parti yang sempat mendengar dan faham mungkin sudah mulakan sesuatu untuk menghalau serigala ini. Namun ia tidaklah semudah meneriakkannya kerana serigala tersebut mungkin sudah punya ramai sekali pengikut dari kalangan "bebiri yang pekak dan bisu" yang sedang berkira-kira nak menjadi "ketua umum kepada Ketua JKKK" apabila serigala itu sudah memperoleh kuasa dalam PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat tahun depan. -mk

Adduuss...!!

Posted: 28 Sep 2010 09:00 PM PDT

Tuntutan RM1.38j Daripada Nash Mungkin Diteruskan – Anak Sosilawati

Oleh IZRA ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR: "Kami mungkin akan meneruskan proses tuntutan sejumlah wang tersebut atas dasar permintaan ibu. Mungkin ia pemintaan terakhir ibu, jika tidak, takkan dia bersungguh-sungguh untuk mendakwa dan membuat tuntutan."

Demikian jelas anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari yang mengulas mengenai tuntutan wang pemberian sebanyak RM1.38 juta daripada bekas suami ibunya, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50.

Bagaimanapun, tambah Erni Dekritawati atau lebih dikenali sebagai Rita berkata, keputusan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas dia dan adik-adiknya sepakat membuat keputusan mengenainya.

"Kami adik-beradik sudah berbincang tentang perkara ini malam tadi (Ahad) dan masih lagi berbincang.

"Sekarang masih belum ada keputusan dibuat dan saya tak dapat beritahu apa-apa. Apa-apa pun kena tunggu keputusan adik-beradik dulu, barulah boleh " katanya.

Dia berkata demikian semasa menjadi tetamu eksklusif program 'Kerusi Panas' terbitan Bernama Radio24 pada Isnin.

Anak-anak Allahyarham selain Rita ialah Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13.

Pada 26 Ogos lalu, Hakim syarie, Mohammad Adib Husain membenarkan permohonan itu dan perbicaraan mengenai tuntutan Sosilawati yang akan disambung pada 2 dan 3 Februari tahun depan.

Bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash berkahwin dengan Sosilawati, 47, pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, Rita memberitahu, mereka adik-beradik tidak menghadapi masalah dengan bekas bapa tiri mereka itu.

Dalam pada itu, mengenai tindakan bapa tirinya sekarang yang juga seorang ahli perniagaan dari Indonesia yang enggan mendedahkan identiti kepada umum, dia berkata menghormati pendirian beliau.

"Saya menghormati privasi yang bapa tiri saya mahukan. Mungkin cara itu boleh buatkan dia tenang," katanya.

Seperti mana mereka adik-beradik menjalin hubungan baik dengan Nash, begitu juga hubungan yang terjalin dengan bapa tiri mereka.

Malah, bapa tirinya itu juga menjadi penasihat dan tempat rujukan untuk sebarang keraguan atau masalah yang timbul.

Sementara itu, wanita itu turut memberitahu tentang hasrat arwah ibunya yang ingin melihat perniagaan mereka disenaraikan di bursa saham.

"Itu adalah harapan ibu saya sebenarnya. Kita tengoklah bagaimana nanti. Mungkin dalam masa dua tahun akan datang," katanya.

Jom kita tanam Umno di Galas

Posted: 28 Sep 2010 08:00 PM PDT

Pihak Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah sekarang. Jangan tunggu semboyan berbunyi kerana perjuangan menamatkan riwayat Umno telah lama bermula.

Jom, kita gerakkan langkah bermula dari sekarang dengan memastikan semua isu dikumpulkan sebanyak mungkin untuk dibawa ke Galas. Isu isu seperti judi, rasuah, jenayah berprofil tinggi hinngalah isu isu perkauman sempit Umno seperti tiada tindakan ke atas pengetua rasis dan juga isu si sepet dan si botol diheret sama.

Selain dari isu isu tempatan, masyarakat Galas juga perlu diberitahu dan dibukakan minda mereka dengan isu isu nasional lain. Masyarakat bukan Melayu telah lama memendam rasa dan mereka mempunyai banyak isu ekoran dari semangat perkauman yang dimainkan Umno bersama-sama dengan Perkasa.

Ayuh, kita cabar Perkasa dan Mahathir agar turun bersama sama berkempen merayakan demokrasi secara sihat. Perdebatan secara ilmiah perlu dihormati.

Isu isu seperti royalti minyak untuk Kelantan juga seharusnya diperhalusi dengan fakta yang meyakinkan rakyat dan diperdebatkan secara sihat. Biar Umno tenggelam dan hanyut dengan isu ciptaan mereka.

Mengapa Perkasa takut berdebat

Posted: 28 Sep 2010 07:00 PM PDT

Mengapa Saya Ajak PERKASA Berdebat?

NURUL IZZAH ANWAR

Sejak tulisan saya menjemput Perkasa untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu pada 31 Ogos lalu diterbitkan, bermacam-macam tohmahan dikeluarkan terhadap saya.

Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut.

Hairan, kerana orang yang cadangkan supaya pemilikan tanah Kampung Baru dibuka 40 peratus kepada bukan Melayu tidak pula alami nasib sama seperti saya.

Saya sudah jelaskan, bukan niat untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh Perkasa tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

Apa saya hujahkan dalam tulisan sebelum ini, bukan mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi pelaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan?

Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Perkasa dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincang hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan.

Kerana jemputan saya sudah ditolak, biarlah saya jelaskan sahaja di sini, apa sebenarnya menimbulkan kegusaran saya tentang perjuangan Perkasa dan soal kedudukan istimewa orang Melayu.

Pertama soal kuota dalam perkhidmatan awam. Mengikut statistik 2009, 78.2 peratus kakitangan awam adalah Melayu, dan Bumiputera lain membentuk 7.7 peratus. Selebihnya adalah bukan Melayu dan bukan Bumiputera.

Namun, kerajaan juga sedang berusaha merekrut lebih ramai bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, kerana keperluan menyampaikan perkhidmatan kepada warga pelbagai kaum.

Bagaimanakah dasar kuota ini selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

Kedua, soalan yang sama juga boleh ditanya dalam hal kuota biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya mahu melihat lebih banyak biasiswa diberikan sebagai usaha memastikan kesaksamaan yang boleh tercapai dengan pendidikan yang menyeluruh.

Oleh itu, bukankah lebih baik sekiranya semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa penuh sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan? Saya juga percaya Perkasa tentu setuju dengan saya kalau dicadangkan sebahagian pendapatan Petronas (30 peratus keuntungan tahunan misalnya) disalurkan kepada satu dana pendidikan untuk biayai biasiswa anak-anak kita.

Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Ini sebenarnya lebih bermanfaat daripada laungan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain. Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Apa yang saya perjuangkan ialah banyakkan biasiswa kepada 100 tempat (contohnya) sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat.

Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi.

Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan Perkasa?

Saya juga tertarik dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meliberalisasikan 27 sub-sektor dalam sektor perkhidmatan.

Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan "Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini."

Kepentingan ini termasuklah dalam keutamaan lesen-lesen perniagaan. Adakah ini bermakna liberalisasi ini bertentangan dengan perlembagaan? Tidakkah ia memberi kesan kepada "hak Melayu"?

Oleh kerana kedudukan bahasa Melayu juga dijamin perlembagaan, bagaimana pula dengan usaha Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan? Soal Perlembagaan tidak dibangkitkan ketika itu. Jelas, peruntukan perlembagaan itu bukanlah kaku, sebaliknya ia fleksibel dan boleh disesuaikan dengan tuntutan zaman.

Mahkamah Tinggi pada Mei lalu juga isytihar PPSMI tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah-sekolah masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Perkara paling besar dalam soal kedudukan orang Melayu ini tentulah pegangan ekuiti Bumiputera yang ditetapkan kadar minimum 30 peratus.Inilah dasar yang kuat dipertahankan Perkasa dan sekutunya UMNO.

Dasar ini pada saya cukup kabur kerana tidak jelas apa yang dipertahankan. Adakah memperuntukkan minimum 30 peratus itu akan mengayakan seluruh orang Melayu dan nenaikkan taraf hidup orang Melayu? Adakah ia dapat menyelesaikan masalah kemiskinan bandar, yang mangsanya kebanyakannya ialah orang Melayu?

Data-data berkenaan polisi ini juga sebenarnya terlalu kabur. Kajian terbitan Universiti Malaya (2002) mengatakan pegangan orang Melayu sudah mencapai 33.7 peratus, Institut Kepimpinan Strategik Asia pada 2006 pula meletakkan angka 45 peratus. Sementara pihak kerajaan pada 2006 mengatakan pegangan ekuiti Bumiputera hanya 18.9 peratus.

Perbezaan angka dikatakan berpunca daripada masalah metodologi. Namun, walau apa angkanya, orang Melayu tidak mendapat faedah daripada dasar ini.

Jika Perkasa bersungguh dan ikhlas, saya menjemput Perkasa untuk sama-sama mencadangkan satu dasar 'Pengagihan Semula secara Adil Kekayaan Ekuiti Bumiputera' sedia ada di dalam syarikat-syarikat tersenarai dan bukan tersenarai yang memperolehi projek kerajaan dan penswastaan dari kerajaan, konsesi lebuh raya dan penjanaan elektrik, dan syarikat berkait dengan kerajaan (GLC) untuk dijualkan 30 peratus daripada saham milik individu atau syarikat Bumiputera dengan menggunakan nilai saham par-value yang menjadi metodologi penilaian saham rasmi kerajaan kepada seramai mana orang Melayu, di mana 25 peratus saham tadi dimasukkan ke dalam Tabung Biasiswa Pendidikan dan selebih 5 peratus kepada koperasi pekerja syarikat penyumbang tadi. Baki 70 peratus masih dalam tangan pemilik dan syarikat bumiputera tadi.

Untuk uji keberkesanan dasar ini, saya cadangkan kita mula dengan Kenchana Petroleum, Scomi, CIMB, Perimekar, APCO dan sebuah syarikat pembinaan yang menerima kontrak bina sebuah jambatan di Pasir Mas satu ketika dahulu.

Apa yang dibangkitkan ini bukan perkara baru, kerana itu saya terkejut apabila pelbagai tohmahan ke atas saya.Debat yang saya cadangkan ini sebenarnya adalah sesuatu yang telah dijangka oleh sesetengah pengasas negara kita.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail sendiri pernah kata kedudukan istimewa adalah satu penghinaan kepada kemampuan orang Melayu. Jangan lupa Allahyarham juga anggota Kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.

Beliau mengatakan kedudukan orang Melayu akan ditentukan oleh orang Melayu sendiri. Beliau ramal dengan semakin ramai Melayu berpendidikan dan dapat keyakinan diri, mereka sendiri akan menghapuskan kedudukan istimewa itu.

Tujuan saya bukan untuk hapuskan peruntukan perlembagaan itu, tetapi yang dipersoalkan ialah dasar dan pelaksanaan seperti diramalkan Tun Dr Ismail, bahawa proses perubahan hanya boleh bermula dengan muhasabah melalui perdebatan.

Jangan dok gempaq orang kampung

Posted: 28 Sep 2010 06:00 PM PDT

Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri

Salhan K Ahmad
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan,"

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.

Ku Li gelabah?

Posted: 28 Sep 2010 05:00 PM PDT

Pilihan Raya Kecil Galas Menyulitkan Tengku Razaleigh

PEMERGIAN Che Hashim Sulaima semalam tidak dapat tidak ada hikmah dan rahmat di sebaliknya. Disebalik Tuhan menyanyangi Allahyarham, mungkin Ianya juga ingin memuliakan hamba-Nya yang lain. Kerja Tuhan tidak dapat diteka dan ditebak oleh sesiapa. Penuh rahsia bagi yang buta tetapi terang ternyata bagi yang makrifat dengan-Nya.

Dalam konteks pilihan raya dan demokrasi, pilihan raya kecil di kerusi berkenaan tidak dapat dielakkan. Apabila pilihan raya kecil diadakan di Dun Galas sedikit sebanyak ia akan meletakkan semula Tengku Razaleigh Hamzah di atas takhta politik. Tentu nama Tengku Razaleigh akan menjadi penting dan diingat dengan tiba-tiba sebaik saja SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Ini kerana Gua Musang dikenali sebagai kubu kuatnya. Adun Galas adalah satu daripada tiga Adun yang terletak di bawah Parlimen Gua Musang yang dikuasai Tengku Razalegih Hamzah sejak 36 tahun lalu. Dalam hierariki Umno pula beliau masih ketua bahagian Umno Gua Musang.

Pengaruh Tengku Razaleigh sudah berakar umbi di situ. Tengku Razaleigh menguasai parlimen berkenaan sejak tahun 1974 dengan menenanginya tanpa bertanding. Malahan di Kelantan beliau adalah satu-satu ahli parlimen yang paling lama.

Sebagai orang berpengaruh dan berakar umbi di situ sudah tentu pengundi di Galas masih setia kepada beliau. Mulutnya masih masin di Galas dari kalangan penduduknya terutamanya ahli Umno. Orang Asli sudah pasti menjadi penyokongnya utamanya. Selamanya mereka berajakan kepadanya.

Apakah Tengku Razaleigh yang sebelum ini sudah dilupakan dan dibiarkan Umno dan BN akan didatangi kembali? Beliau akan diingatkan kembali dan tenaga dan baktinya diperlukan oleh Umno untuk merampas kerusi Galas itu?

Jika Umno tidak ada maruah mereka akan mendekati Tengku Razaleigh. Akan memujuk dan merayu Tengku Razaleigh agar berkempen untuknya. Tetapi apakah Tengku Razaleigh bersedia berpatah balik, membantu Umno yang sudah melupainya? Mungkin itu akan diperhitungkan semula oleh Tengku Razaleigh. Sekiranya beliau ingat apa yang Umno lakukan kepadanya tidak mudah untuk Tengku Razaleigh mencemar duli bagi membantu Umno dan BN.

Tengku Razaleigh sudah lama dipermainkan oleh Umno. Baik di zaman Mahathir Mohamad menjadi presiden terbawa kepada Abdullah Badawi jadi presiden hingga ke Najib Razak menjadi presiden. Tengku Razaleigh tidak diberi peranan penting sesuai dengan pengaruh dan kebolehannya. Beliau dilupakan dan dianggap sebagai Quran buruk dalam Umno.

Kalau Tengku Razaleigh mengingati segala perbuatan Umno itu beliau tidak akan bersedia untuk membantu Umno. Pun begitu sukar untuk diramalkan. Tengku Razaleigh terkenal sebagai seorang pemimpin yang berakhlak dan begitu menghormat kepada perjaungan Umno. Beliau membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno kerana beliau sayang kepada Umno. Malangnya pengorbanan itu tidak dinilai sewajarnya oleh Umno.

Apakah bagi memastikan Tengku Razaleigh membantu BN dalam pilihan raya itu nanti tiba-tiba Tengku Razaleigh akan diberi peranan besar. Ataupun Umno akan memberi boat penyelamat buatnya bagi memulihkan cita-cita politiknya?

Tetapi kalau beliau merasakan sudah cukup dia memperhambakan diri kepada Umno sedangkan perngorbanan itu tidak dibalas setimpal, Tengku Razaleigh akan mengambil sikap mendiamkan diri kalau pun tidak berhasrat untuk mengajar Umno pada pilihan raya berkenaan.

Namun melihat kepada hati budi dan kelembutan hati seorang anak raja ini, tidak mungkin beliau hanya akan menjadi pemerhati saja di pilihan raya itu, apa lagi akan bersama Pas dalam pilihan raya itu. Beliau akan turun juga berkempen untuk Umno. Dan kalau itu terjadi peluang Umno memenanginya cerah tetapi Tengku Razaleigh sendiri pula akan menjadi ular air kehabisan lumpur untuk melindungi warna politiknya kalau beliau sedia membantu Umno.

Dari sisi lain kalau Tengku Razaleigh sedia melupai perbuatan Umno kepadanya apakah beliau sedia untuk menafi balik kata-kata dan pendiriannya berhubung dengan royalti minyak? Sebelum ini Tengku Razaleigh dilihat senada dengan rakyat Kelantan dalam menuntut royalti minyak yang dinafikan oleh Umno. Beliau pernah duduk bersama pemimpin kerajaan Kelantan atas pentas dalam memperjuangkan itu.

Sudah pasti tape ucapan beliau ketika menyatakan pendirian berhubung royalti minyak itu akan ditayang di semua pos pilihan raya kecil Galas nanti. Apakah Tengku Razaleigh sendiri menafikan semula kata-kata itu kerana ingin membantu Umno? Pilihan raya Galas sedikit sebanyak menjadi Tengku Razaleigh serba salah. Bagaimana beliau menghadapi situasi itu sama-samalah kita tunggu. Politik itu serba mungkin dan janji dan ikrar dalam politik tidak boleh dipercayai.

http://msomelayu.blogspot.com/

Aku sokong cadangan ni

Posted: 28 Sep 2010 03:00 PM PDT

Nurul Izzah: Tukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan kenapa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa universiti tidak ditukarkan kepada biasiswa penuh, sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dilaporkan menolak jemputan debatnya berhubung kedudukan istimewa orang Melayu, Nurul Izzah berkata, NGO itu tentu setuju sekiranya pendapatan Petronas disalurkan kepada dana pendidikan untuk tujuan itu.

"Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu," katanya.

Menulis dalam blognya, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperli PERKASA dengan berkata, tindakan itu lebih bermanfaat daripada laungan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain.

"Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Apa yang saya perjuangkan ialah banyakkan biasiswa kepada 100 tempat (contohnya) sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat," jelasnya.

Beliau juga menimbulkan kembali tentang kuota universiti yang diubah pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri supaya lebih bersemangat meritokrasi.

"Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan PERKASA?" katanya mempersoalkan tindakan penasihat PERKASA itu.

Dalam tulisan bagi menjelaskan kegusarannya tentang perjuangan PERKASA dan kedudukan istimewa orang Melayu itu, Nurul Izzah mengambil peluang membela dirinya setelah digelar "pengkhianat", "tidak matang" dan "buta sejarah" dalam isu peruntukan kedudukan istimewa Melayu.

'Saya hanya mahu bincang pelaksanaan'

"Saya sudah jelaskan, bukan niat untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh PERKASA tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

"Apa saya hujahkan dalam tulisan sebelum ini, bukan mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi pelaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan," kata puteri sulung ketua pembangkang itu.

"Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan PERKASA dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincang hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan," kata Nurul Izzah.

Dalam tulisan itu juga, Nurul Izzah turut membangkitkan beberapa perkara, antaranya:

(1) Bagaimana dasar kuota dalam perkhidmatan awam selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

(2) Adakah ini liberalisasi 27 sub-sektor ekonomi bertentangan dengan perlembagaan dan memberi kesan kepada "hak Melayu"?

(3) Kenapa soal perlembagaan tidak dibangkitkan ketika Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan?

(4) Adakah memperuntukkan pegangan minimum 30 peratus ekuiti bumiputrea akan mengayakan seluruh orang Melayu dan nenaikkan taraf hidup orang Melayu; sekali gus menyelesaikan masalah kemiskinan bandar?

Tiada ulasan: