Rabu, 29 September 2010

PERAKITE

PERAKITE


Ku Li menjadi de fakto Prk Galas

Posted: 28 Sep 2010 05:42 PM PDT

Gelanggang sudahpun dibuka, kini orang ramai sedang berteka-teki mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian Pilihan raya kecil Dun Galas. Apapun pastinya ia akan diadakan seawal November kerana mengambil kira kedudukan semasa Umno yang sedang menghadapi pelbagai isu.

Sedang ramai berteki-teki mengenai tarikh PRK itu (yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya), tentunya bayangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada pandangan kerana beliau pastinya menjadi de fakto.

TPM TS Muhyiddin Yasssin seawalnya menyebut nama Ku Li - sedangkan beberapa bulan lepas beliau menghentam Ku Li kerana menyokong isu tuntutan royalti minyak oleh Kelatan. Muhyiddin secara khusus melontarkan nama Tengku Razaleigh Hamzah sebagai orang yang penting bagi PRK Galas.

Muhyiddin tentu bimbang bekas Presiden Semangat 46 itu membuat onar. "Kalu dia beronar, kohor kalah parak lagi Umno. Jamin kalah," kata kenalan di Kuala Krai.

PAS membuka gelanggang dengan nada merendah diri, dengan menggesa Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi itu terus kepada parti PAS demi perpaduan Orang Melayu atau bagi mengelakkan pergeseran berterusan antara Melayu.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

"Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan," katanya.

Isu semasa dan sentimen tempatan dijangka menjadi tumpuan pada PRK DUN Galas dan kemenangan Pas pada pilihan raya umum lepas dikatakan banyak bergantung pada kedua-dua isu itu. Kawasan berkenaan juga mempunyai ramai pengundi Orang Asli, yang pastinya juga menjadi penentu kemenangan.

Sesungguhnya kalangan Orang Asli teramat menghormati Ku Li, kerana beliau lah tokoh yang menjadi pengasas utama pembangunan di kawasan Gua Musang.

Bagaimanapun Umno seawalnya telah menuduh pengundi Galas telah membuat kesilapan pada PRU 12 kerana memilih PAS dan lantaran itu pada prk ini tidak sepatutnya mengulangi kesilapan lagi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa pengundi di Dewan Undangan Negeri(DUN) Galas, Kelantan telah pengundi kecewa dengan kegagalan pembangkang memenuhi janji seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

Umno tidak ada pilihan kecuali akan akur dan meminta restu daripada Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau berharap dan percaya, Tengku Razaleigh akan membantu Pengerusi Perhubungan Umno Dato' Mustapa Mohamad, memenangkan BN dalam PRK DUN Galas.

"Apabila pilihanraya kecil diumumkan, kita akan pilih calon dari Gua Musang, yang diketuai oleh Tengku Razaleigh (Hamzah), kita percaya Tengku Razaleigh, sebagai ketua bahagian akan membantu Datuk Seri Mustapa (Mohamed), selaku Pengerusi Perhubungan Umno bagi memastikan kemenangan BN,"kata Muhyiddin.

Muhyidin berhati-hati dan berharap Tengku Razaleigh tidak menjadi halangan kerana Tengku Razaleigh sering mengeluarkan kenyataan kontra terhadap dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional. (Baca Blog Ku Li)

Tengku Razaleigh berterus terang menyebelahi kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu dalam isu royalti petroleum bahkan beliau sanggup menjadi saksi dalam saman kerajaan Kelantan dan Terengganu terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yakin parti Islam itu dapat mengekalkan kerusi Galas kerana parti sudah membuat persiapan rapi.

Pada Pru 12 yang lepas, Che Hashim Sulaiman, memperolehi 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Tiada ulasan: