shalehudin |
- Susah sungguh nak buang perangai Umno
- Terjunan terakhir dia di Alor Setar
- 1 Malaysia dah makan diri
- Nazri dah jumpa penyakit... kahkahkah...
- Istimewanya Mahathir
- Apa kata Umno !!
- Eeeee... hipokritnya politik Umno Penang
- Sah Anwar kini ejen British pulak
- Bersembur air liur
- Betul ka, PKR Diganggu Kerana Ia Kuat
- Zul hidup lagi hangpa dok berebut dah, wakaka.....
| Susah sungguh nak buang perangai Umno Posted: 28 Sep 2010 08:37 AM PDT Dalam PKR! Masih ada virus Umno Diantara perkara negatif yang tak mahu kita lihat tapi sudah pun berlaku,..contoh,.. menceritakan kelemahan orang lain, menyentuh soal-soal peribadi, kondem pemimpin , mengungkit sejarah penubuhan parti dan lebih buruk lagi yang bercakap sesuatu yang tak sepatutnya!.. Malang seribu kali malang andainya nanti ada yang beranggap PKR adalah sebuah parti jelmaan UMNO!! Ini yang sangat-sangat perlu dielakkan!! Walaupun politik wang belum menunjukkan tanda-tanda tetapi tidak mustahil perkara ini akan berlaku!.. maklumlah, bekas ahli UMNO, sedikit sebanyak virusnya masih ada. Saya sarankan jika ada ahli PKR yang masih gian nak berpolitik cara UMNO, segeralah keluar parti. Ikutlah contoh Ezam, Lokman dan yang lain-lain tu! InsyaAllah anda akan dapat keuntungan jangka pendik untuk diri sendiri, bukan untuk agama,bangsa dan Negara. Kepada ahli PKR yang masih teguh prinsip dan tebal semangat refomasi nya bersabarlah!! Kuatkan iman! Bertanyalah kepada PAS,,yang sudah lebih 50 tahun bertapak tapi semangat perjuangan sedikitpun tak luntur! malah semangat ukhwah semakin kental dan segar! Politik wang tidak pernah wujud dalam kamus perjuangan PAS. Bertanyalah mereka apa rahsianya? Banyak perkara baik yang boleh dipelajari dari PAS. Ambil dan praktikkanlah! Tentang menghadapi suasana pertandingan dan pemilihan,. contohilah PAS. Keikhlasan, kejujuran dan kesopanan dalam menghadapi suasana dan mood pertandingan amat dijaga. Mereka kelihatan lebih sabar, tenang dan sentiasa redha di atas segala apa juga keputusan. Susah sangat kah nak meninggal perangai buruk orang UMNO. Sia-sia menjadi ahli PKR, jika perubahan yang hendak dibawa oleh parti dipermain atau cuba dihangat-hangat taik ayamkan. Kalau begitu sikap anda adalah lebih baik anda terjun semula kedalam tong najis itu (UMNO) daripada menyusahkan parti di belakang hari! - RM |
| Terjunan terakhir dia di Alor Setar Posted: 28 Sep 2010 06:30 AM PDT |
| Posted: 28 Sep 2010 05:00 AM PDT Isu BTN: MIC, DAP gesa tindakan tegas, dakwa perlekeh 1 Malaysia Oleh Clara Chooi dan Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pemimpin-pemimpin MIC dan DAP berpendapat konsep 1 Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Razak menjadi 'mangsa' tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri ekoran kenyataan terbaru seorang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) hari ini. Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) juga berkata tindakan timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong BTN secara terbuka sebelum ini juga memudaratkan idea 1 Malaysia digerakkan perdana menteri. Pemimpin veteran itu mendakwa pendirian Muhyiddin, salah seorang yang menjadi juara mempertahankan jentera kerajaan BTN, yang didakwanya rasis juga menjadi sebab mengapa beliau gagal mengambil tindakan tegas ke atas pengetua yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman bulan lalu. "Sepanjang 18 bulan dalam Kabinet, Muhyiddin telah bertindak sebagai juara mempertahankan racun antinasional dan anti 1 Malaysia dari BTN," kata beliau. Lim menambah, itu sebabnya Muhyiddin terus-menerus mengambil tindakan 'membisu' daripada mengecam dua pengetua yang mengeluarkan kenyataan berbaur rasis. Sehubungan itu Lim mengecam kata-kata yang dikeluarkan oleh timbalan pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Husin pada majlis dialog tertutup bersama Puteri Umno hari ini. Hamim dipetik berkata hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara ini dan mereka perlu bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang. Baru-baru ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu akan hilang kuasa jika penguasaan Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat. "Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas," kata Hamim, timbalan pengarah BTN Wilayah Persekutuan, pada majlis dialog anjuran Puteri Umno di sini hari ini. "Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran," tambah beliau. Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasaam dengan masyarakat-masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi. "Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC," katanya lagi. Kata beliau Dr Mahathir dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan juga masyarakat Cina, India dan Orang Asli hanya mempunyai hak kepada satu undi. "Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi. "Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi," kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini. "Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu," kata beliau. Dalam ulasannya, Lim berkata ia dengan jelas menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib diperlekehkan oleh musuh-musuh dalam kumpulannya sendiri. "Kenyataan ini adalah bukti terbaru bahawa musuh utama 1 Malaysia Najib ialah daripada kem sendiri, bukan sahaja dari Umno tetapi juga BTN dalam kerajaan," kata beliau. Lim menambah, apabila BTN terus-menerus menggunakan pendekatan ofensif, tidak sensitif dan kempen percambahan fikiran yang bersifat rasis, bukan sahaja di kalangan kakitangan awam tetapi diperluaskan meliputi aktivis politik dalam lingkungan Umno termasuk Puteri Umno, maka adalah jelas Najib berhadapan dengan tentangan terbuka, yang mempunyai sokongan Muhyiddin. Dalam pada itu, Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam juga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini. Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut. Subramaniam juga bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri. "Saya merujuk kepada artikel dalam portal berita yang memetik timbalan pengarah BTN menggunakan kata-kata kesal ke atas bukan Melayu pada mesyuarat tertutup Puteri Umno hari ini. "Saya ingin menekankan bahawa BTN adalah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. "Jika seorang pegawai dari agensi itu didapati mengeluarkan kenyataan seumpama itu, ia boleh dilihat sebagai menggambarkan pandangan kerajaan," katanya. Subramaniam menggesa Ketua Pengarah BTN Datuk Shagul Hamid Abdullah agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan susulan. |
| Nazri dah jumpa penyakit... kahkahkah... Posted: 28 Sep 2010 03:30 AM PDT Nazri kini jelas pemangkin perpecahan Melayu Setelah kemelut polemik yang ditimbulkan pemimpin UMNO pro-Liberal seperti Dato' Seri Mohd. Nazri "Pengkhianat Melayu" Tan Sri Aziz yang menentang NGO pro-Melayu seperti PERKASA dan mempersoalkan akhbar Utusan Malaysia yang memberikan sokongan kepada agenda Melayu yang didukung dan bawa NGO tersebut, kini keadaan makin rumit. Hari ini, Nazri mencabar PERKASA didaftarkan sebagai parti politik dan bukan hanya sebuah NGO. "Jangan cakap banyak, kalau PERKASA anak jantan, daftarlah sebagai parti politik. Buktikan ianya masih mendapat sokongan orang Melayu", cabar Nazri di majlis rumah terbuka beliau di Kuala Kangsar. Jelas cabaran Nazri ini wajar dilihat sebagai agenda strategik untuk memecahkan untuk mengeruhkan keadaan dan lebih memecah belahkan Bangsa Melayu. Semalam Perdana Menteri ke IV dan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan amanat bahawa orang Melayu sedang berada dalam ancaman dan akan kehilangan kuasa dan berakhir sebagai 'minoriti' walaupun mempunyai bilangan 'majoriti' akibat perpecahan. Dewasa ini Bukan Melayu mula lantang menuntut agar hak istimewa orang Melayu dikurang dan akhirnya dimansuhkan dan laungan ini disambut golongan Melayu Liberal. Sejarah membuktikan orang Melayu yang bersatu padu mempunyai kuasa politik yang jitu, walaupun berada serba kekurangan. UMNO berjaya mengumpul 29 NGO Melayu pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor dan menjadi satu gerakan politik yang amat kuat sehingga Malayan Union yang telah pun ditanda tangani oleh sekelian DYMM Raja Raja Melayu digagalkan. Kemudian Perjanjian Tanah Melayu bertarikh 1 Februari 1948 yang ditanda tangani oleh British dan Raja Raja Melayu dengan UMNO sebagai pemerhati dan saksi penjanjian dikuat kuasakan sebagai ganti Malayan Union. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditanda tangani pada 21 Januari 1948 ini merupakan bukti bahawa negara ini ujud bawah 'Ketuanan Melayu' dimana kedudukan orang Melayu merupakan tunggak asas landasan negara ini dilahirkan dan peruntukan perjanjian ini merupakan semangat dan roh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957 apabila Kemerdekaan dicapai. Dalam keadaan ancaman keganasan pemberontakan kominis, UMNO berjaya menjana kerjasama politik bersama MCA dan MIC sehingga mendapat mandat besar dalam pilihanraya pertama 1955 dan kerajaan autonomi terdiri dari warga Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Kemudian kerajaan kerjasama yang diterajui oleh pemimpin UMNO ini berusaha keras untuk Kemerdekaan dirundingkan. Nasionalism Melayu yang berjaya dijana UMNO merupakan tunggak kuasa demokrasi yang membuahkan hasil kerana semasa pilihanraya 1955, lebih 80% pengundi berdaftar merupakan orang Melayu. Nazri juga secara angkuh mengatakan, "Politik perkauman sudah tidak relevan lagi". Ini adalah pendapat yang amat salah kerana Perjuangan menjaga kepentingan dan memartabatkan orang Melayu merupakan asas kuasa yang dijana oleh UMNO melalui lunas demokrasi, yang juga kekuatan kuasa pada parti parti komponen Barisan Nasional yang bergantung kepada undi Melayu dan memboleh 'Kerajaan Kongsi Kuasa' yang ditubuhkan semenjak 55 tahun lampau. Tanpa UMNO memperjuangkan kuasa politik orang Melayu, nescaya BN tidak mampu berjaya menubuhkan kerajaan yang stabil dan mampu menjana pembangunan dan memacu pengembangan ekonomi, pertumbuhan fizikal dan peningkatan sosio-budaya dan kedudukan ekonomi sehingga Malaysia sampai ketahap ini, tanpa berlaku konflik antara kaum dan kepercayaan dalam keadaan komposisi majmuk dan kepelbagaian masyarakat Malaysia. Sebelum ini, Nazri pernah secara keterlaluan menggelar Negarawan Unggul Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai 'Rasis' kerana mempertahankan Biro Tata Negara. Beliau juga menuduh BTN sebagai agen perkauman. Baru baru Nazri secara angkuhkan menafikan kedudukan beliau sebagai anak kelahiran Melayu yang sejarah telah membuktikan kelayakan automatik sebagai warga Persekutuan Tanah Melayu (berbanding dengan Bukan Melayu yang perlu membuktikan kelayakan dan ketaat setiaan mereka untuk mendapat tahap kewarga negaraan itu). Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Md. Yassin pernah secara tegas mengumumkan bahawa beliau "Melayu dahulu, (warga) Malaysia kedua". "I am Malay first. But being a Malay does not mean that I am not Malaysian". Sebagaimana yang dijelaskan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin, bahawa Gagasan 1 Malaysia merupakan satu ketetapan untuk semua rakyat Malaysia bersatu dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Hak Istimewa dan kedudukan orang Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Pengarang Mingguan Malaysia Awang Selamat minggu ini memilih untuk menjawab kenyataan reaksi Nazri kepada artikel"Alahai Nazri…." (Ahad 19 September 2010), yang dipaparkan melalui media anti-Melayu Malaysian Insider "Surat terbuka kepada Awang Selamat" pada 26 September 2010. Perbalahan melalui media termasuk pro-anasir yang sememangnya mahu melihat penguasaan politik Melayu gagal merupakan perkembangan amat tidak sihat bagi politik orang Melayu, yang akan diperkuda dan manipulasikan segelintir Bukan Melayu yang mencari peluang dalam perpecahan Melayu dan golongan Melayu Liberal. Sudah amat jelas bahawa Nazri sudah menjadi liabiliti kepada UMNO dan Bangsa Melayu. Beliau juga telah membuktikan sebagai tidak layak menjadi pemimpin tinggi mewakili orang Melayu (kerana kedudukan beliau diangkat melalui UMNO). Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak wajar tidak melengahkan pemecatan Nazri dari Kabinet dan membawa usul agar Majlis Tertinggi UMNO menggantung keahlian Nazri kerana menjadi 'pemangkin perpecahan Melayu'. Amat malang sekiranya Nazri keluar meninggalkan Kabinet dan UMNO untuk menuruti Mantan Menteri Undang Undang Dato' Zaid Ibrahim untuk menyertai PKR kerana ianya mempunyai kekalahan moral kepada Perjuangan Agenda Melayu dan Melayu Liberal yang berjaya mendapatkan 'untung politik'.- KB |
| Posted: 28 Sep 2010 02:00 AM PDT Mahathir istimewa bukan disebabkan dia cacat dan dianggap sebagai insan istimewa. Dia jadi terlalu istimewa pasai walaupun dah berumur lanjut tapi masih laku diusung kesana sini melalak bagi pihak Melayu. Aku kadang kadang tu tumpang malu jugak kerana kita kaum Melayu rupanya masih ketandusan pemimpin Melayu yang berkaliber untuk membela Melayu. Begini ramai Melayu dibumi Melayu ini tapi tak satu pun dapat menandingi kehebatan Mahathir dalam membela Melayu, hatta Berahim Ali sekalipun. Inilah istimewanya manusia yang bernama Mahathir ni. Beliau masih gagah sebagai sumber ilham bagi Perkasa dan Umno. Kata katanya menyengat... hihi... bagi orang Umno saja la. Fatwanya dipatuhi... kahkah... bagi BN saja laaa... wakaka... Dikala orang sebayanya bertenggek setia atas tikar sembahyang sambil muhasabah diri, dia masih gagah memperjuangkan nasib Melayu yang bagai sudah tersilap nasib tuu... Silap nasib la pasai Melayu dah 53 tahun bergayut kat Umno...... wakaka...... |
| Posted: 28 Sep 2010 12:30 AM PDT Bab bab halal haram ni aku mengaku la, aku tak mahir sangat. Cukup untuk lepas diri dan keluarga saja. Sebab tu aku pun tak berani cakap lebih tentang isu bantuan kerajaan Pulau Pinang terhadap warga emas di negeri Pulau Pinang tu. Cuma aku pasti rakan rakan dalam Pakatan tentu tak tengok saja yang halal bercampur baur dengan yang haram berlaku dalam kerajaan negeri bawah Pakatan. Tapi bila bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram, maka terbuka sikit minda aku terutamanya bahawa Islam tidak sempit seperti yang difikirkan oleh sesetengah pihak yang sengaja meriuhkan isu ini demi menangguk sokongan Melayu Pulau Pinang. Pandangan Dr Asri tak semestinya benar, tapi bagi aku beliau setakat ini masih berjaya mengekalkan sikap non partisannya dalam melontar pendapat. Beliau juga bagi aku adalah seorang yang tepat sebagai rujukan diatas sikap non partisannya. Pandangan beliau jelas telah memisahkan hak sebagai rakyat yang mendapat bantuan dengan tanggungjawab kerajaan dalam memberi bantuan serta memastikan sumber pendapatan tersebut tidak haram. Rakyat mendapat hak dan bukannya berjudi. Justeru, sekiranya ada maka kesalahan akan terus ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi dan bukannya rakyat. Begitu jugak bagi yang makan gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan. Apa kata Umno... |
| Eeeee... hipokritnya politik Umno Penang Posted: 27 Sep 2010 11:00 PM PDT Surat Terbuka Kepada Ketua Penerangan Pemuda UMNO, En Reezal Merican Loke Siew Fook 27 September 2010 En Reezal Merican, Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut. Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda UMNO begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda. Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi; Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian. JAWAPAN: 1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara. 2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial 3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam. Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal. Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal. Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal! Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti UMNO, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan! Sekian dimaklumkan, terima kasih "MALAYSIAN FIRST" Berkhidmat untuk rakyat, LOKE SIEW FOOK Ketua Pemuda Sosialis DAP Dan Ahli Parlimen Rasah |
| Sah Anwar kini ejen British pulak Posted: 27 Sep 2010 09:00 PM PDT Ini yang aku meluat dengan Anwar ni. Dulu jadi ejen Amerika, la ni dah jadi ejen Britain pulak. Sanggup dia habiskan duit rakyat, sampai hati dia pecahkan tabung anak anak semata mata nak menyogok sekoq lagi budak hingusan rakyat Britain untuk sokong dia. Tak percaya ka, hangpa baca bawah ni. Malaysiakini melaporkan sorang usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson kata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini... Kah... kah... kah.... sapa nak percaya kat mat saleh ni. Sapa dia mat saleh ni kalau nak dibandingkan dengan idea bernas dari Nazri Aziz. Sapa dia mangkok hayun warga Britain ni kalau nak dibandingkan dengan geliganya otak Muhyiddin. Sapa dia ular ayaq dari Britain ni kalau nak dibandingkan dengan bijaknya Najib yang jadi kepala pada 1Malaysia.... kah... kah... kah.... "Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia," katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini. "Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara," katanya. Hangpa jangan percaya kata kata malaun dari Britain ni. Sapa percaya aku sumpah hangpa tak boleh jadi Melayu Perkasa... wakaka.... Berani sungguh budak ni mai KL buat fitnah... |
| Posted: 27 Sep 2010 07:00 PM PDT |
| Betul ka, PKR Diganggu Kerana Ia Kuat Posted: 27 Sep 2010 05:00 PM PDT Ada yang rela menjadi sampah dalam PKR? Paling bermakna ia menjelaskan kedudukan sebenar parti itu dimuka umum. Dengan adanya sistem pemilihan itu kini orang mulai celek mata dengan kekuatan PKR dan pengaruhnya yang makin melata di seluruh negara. Pergaduhan dan kekecohan di beberapa buah cabang semasa proses pemilihan menunjukkan parti berkenaan mendapat perhatian. Orang mula melihat PKR sebagai parti yang bakal mengugat Umno dan bakal menunjunag pemerintahan di masa akan datang bersama Pas dan DAP. Sebelum ini orang merasakan PKR hanya parti melukut saja. Ia dianggap sebagai tokol kayu yang hayut dalam lautan luas. Tidak ada siapa yang pedulikannya. Mesyuarat atau kongresnya sebelum ini tidak pernah mendapat sorotan dan ulasan 'live' apa lagi dari pihak lawannya. Namun hari ini setiap aktiviti dan mesyuarat cabang PKR mendapat sorotan dan ulasan. Untuk apa memantau mesyuarat PKR kalau ia tidak membimbangkan? Yang jelasnya hari ini PKR mempunyai cabang di 212 kawasan parlimen di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Paling mengejutkan juga semua cabang itu aktif. Ini terbukti bila mana semua cabang mengambil bahagian dalam proses pemilihan pemimpin masing-masing. Ini bermakna hanya 10 kawasan Parlimen saja yang ketiadaan cabang PKR. Pihak media yang memberi gambaran kekecohan di persidangan peringkat cabang itu untuk memburukkan parti berkenaan. Sebalik dari sisi lain ia menjelaskan PKR berkembang maju. Pergaduan dan kekecohan biasa itu itu sekaligus menggambarkan ahli PKR masih aktif dan elemen demokrasinya jelas. Lagi pun soal pergaduhan dalam pemilihan ini semua parti sekular kecoh melainkan Pas. Kalau mereka tidak aktif dan cabang tidak mempunyai ahli yang mencukupi korom mesyuarat, sudah pasti tidak akan ada kekcohan. Ketua dan jawatankuasa cabang boleh dilantik begitu saja. Tetapi bila ada pencalonan, pemilihan dan perbalahan ia menunjukkan PKR wujud di sesuatu kawasan itu. Mengenai kekecohan ini kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ianya sengaja dilakukan bagi mesebotaj mesyuarat PKR. Gunanya untuk memberi gambaran yang PKR kalut. Kekecohan itu dilakukan dan diunsuri oleh orang luar yang dengki dan sakit hati melihat kepesatan PKR. Manakala satu lagi bukti menunjukkan PKR kuat dan menghantui pemikiran musuhnya apabila beberapa pemimpin Umno termasuk Muhyiddin Yassin turut sama mengulasnya. Kata Muhyiddin kekecohan itu menunjukkan kelemahan PKR dan tidak mampu memerintah negara. Untuk apa Muhyiddin sibuk untuk mengulas mengenai PKR? Jelas sekali ulasan Muhyiddin itu menggambarkan kebimbangan beliau. Perkembangan menerusi pemilihan ini menyedarikan Muhyiddin bahawa PKR bersemangat dan orang ramai mulai menaruh keyakinan kepada parti itu. Sekiranya tidak ada perasaan itu baik Muhyiddin atau sesiapa saja tidak wajar menyetuh PKR kerana pemilihan itu adalah urusan peribadi meeka. Dan kalau pun mereka yang pernah menjadi ahli parti itu atau dipecat ingin mencari sedikit wang, carilah dengan cara lain dan bukannya menganggui urusan PKR. Perbuatan mereka itu nampak sangat tidak gentleman dan tidak memahami parti politik demokrasi.- KB |
| Zul hidup lagi hangpa dok berebut dah, wakaka..... Posted: 27 Sep 2010 03:00 PM PDT PAS Tuntut Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu KULIM: PAS menuntut kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu dikembalikan kepada parti itu dalam pilihanraya umum akan datang, kata Yang Dipertuanya, Hassan Razak. Ketika ini kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu diwakili oleh Zulkifli Nordin yang bertanding atas tiket PKR tetapi telah keluar parti dan menjadi ahli bebas. "Kesemua 42 cawangan parti (PAS) di kawasan ini mahu kerusi itu ditanding oleh PAS kerana mereka kecewa dengan ahli parlimen tersebut. "Bukan sahaja berpaling tadah tetapi juga gagal berkhidmat untuk rakyat," katanya di sini. Hassan berkata, bagaimanapun, ini bukan bermakna ahli PAS menyalahkan PKR Kulim Bandar Baharu. Tetapi, katanya, ahli-ahli PAS bimbang kalau-kalau pisang berbuah dua kali dan mereka lebih meyakini istiqamah (komitmen) sesama ahli PAS berbanding parti lain. Surat tuntutan itu sudah diserahkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beliau juga sudah bertemu dengan Azizan berhubung perkara itu. Katanya, pihaknya tetap mengutamakan perpaduan sesama parti Pakatan Rakyat (PR) dan ini sekadar tuntutan. "Hal ini sudah tentu memerlukan perbincangan lanjut yang lebih teliti," katanya. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan