Fakulti Siyasah Syar'iyah |
- Jual Tubuh ...? Patutlah kaya ...?
- Selangor Serambi Madinah ...?
- Kesiaannn mereka ini ...?
- Kah, kah kaahhh ... Kah kaaahhhhh ...
| Jual Tubuh ...? Patutlah kaya ...? Posted: 28 Sep 2010 05:37 AM PDT "Satu lagi kesalahan berulang, tidak cukup yang dilakukan oleh Datuk Nasir Safar, seorang pegawai khas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," ujarnya. Baginya, slogan 1Malaysia yang dipopularkan oleh Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sebelum ini sekadar untuk menutup wajah sebenar Umno. "Mereka sebenarnya telah terlalu benci kepada orang Cina dan India dalam negara kita, cuma mereka cuba sembunyikan perasaan mereka itu di sebalik 1Malaysia. "Itulah wajah sebenar mereka, mereka tidak pernah menghilangkan warna diri mereka yang sebenar," katanya." Sedutan dari sini. |
| Posted: 28 Sep 2010 12:20 AM PDT SHAH ALAM 28 Sept - Dalam usaha kerajaan negeri Selangor pelaburan luar dalam sektor pendidikan di negeri ini, Universiti Madinah telah menunjukkan minat yang serius untuk membuka kampusnya di Lembah Beringin. Sehubungan itu Exco Pelaburan, Industri dan Perdagangan, Teresa Kok mencadangkan universiti dan kolej yang menghadapi masalah kos operasi yang tinggi dan kesesakan jalan raya supaya membuka cawangan mereka di kawasan Lembah Beringin, Bukit Beruntung atau Bernam Jaya. "Kerajaan negeri dalam perancangan untuk membangunkan kawasan ini sebagai bandar baharu dan sudah ada beberapa pelabur antarabangsa menunjukkan minat termasuk Universiti Madinah yang bercadang membuka kampusnya di Selangor. "Kawasan ini masih belum membangun dan sudah tentu tiada masalah kesesakan jalan raya dan kos operasi rendah. Pelajar juga tidak dibebani dengan kos sewa rumah yang tinggi seperti di bandar-bandar besar," kata beliau pada sesi dialog Pelan Induk Selangor 2011-2013 bersama sektor pendidikan di Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) di sini semalam. Pada dialog itu juga Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri Selangor tidak mengabaikan kehendak dan keperluan pelabur sektor pendidikan di negeri ini dalam penggubalan dan pelaksanaan Pelan Induk Selangor 2011-2013 (Selangor Blueprint) yang bertujuan menjadikan Negeri Selangor lebih maju dan kompetitif." Sepenuhnya di sini. |
| Posted: 27 Sep 2010 07:31 PM PDT "Sarawak Report: Tanah Iban pula ditipu.Portal berita Sarawak Report mendakwa sebuah firma yang dikaitkan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud cuba membayar 'pampasan' RM4,000 - bagi mendapatkan keuntungan membalak yang bernilai lebih RM230 juta. Tanah berukuran 3,305 hektar itu membabitkan 16 perkampungan Iban di di Kampung Ensika di mana penduduknya sejak beberapa generasi telah bercucuk tanam, menghuni, dan memburu. Mereka mendakwa tanah berkenaan telah digazetkan sebagai tanah hak warisan pribumi (native customary rights - NCR) sejak 1956. Menurut Sarawak Report, kawasan yang terancam itu adalah kawasan berbukit bakau berhampiran Sebangan yang tidak dimasukkan sebagai kawasan 'pembangunan' kerana kedudukannya yang tinggi berbanding kawasan sekitar yang telah ditebang." Sepenuhnya di sini. |
| Kah, kah kaahhh ... Kah kaaahhhhh ... Posted: 27 Sep 2010 02:58 PM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menegaskan, ugutan Ibrahim kelmarin sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap "rasisme" yang dibawa oleh Perkasa. "Saya mahu Ibrahim Ali mendedahkan apa saja rahsia yang beliau ada tentang diri saya. Saya mencabar beliau. "Lebih baik beliau mendedahkan secepat mungkin kerana saya akan terus menyerang Perkasa dan saya akan terus melawan beliau," kata Nazri kepada The Malaysian Insider." Sedutan dari sini. |
| You are subscribed to email updates from Fakulti Siyasah Syar'iyah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan