Sabtu, 25 September 2010

shalehudin

shalehudin


Terkini politik cara baru dalam PKR

Posted: 25 Sep 2010 10:30 AM PDT

100 cabang, Azmin terus dominasi pencalonan

Abdul Rahim Sabri
Setelah separuh keputusan yang diterima daripada seluruh negara, Naib Presiden PKR Azmin Ali terus mendominasi percalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Daripada 100 cabang daripada 205 di seluruh negara, beliau yang juga ahli parlimen Gombak setakat ini mendapat 58 pencalonan.

Manakala dua lagi pencabarnya Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendapat 25 pencalonan dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 13 pencalonan.

Sementara tiga calon lagi - pengarah strategik PKR Tian Chua mendapat dua pencalonan, pengarah pilihan raya Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masing-masing mendapat satu pencalonan.

Berikut jumlah pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan:

Presiden
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - 92
Datuk Seri Anwar Ibrahim - 8

Timbalan presiden
Azmin Ali - 58
Datuk Zaid Ibrahim - 25
Mustaffa Kamil Ayub - 13
Tian Chua - 2

Belum layak
Fuziah Salleh - 1
Tan Sri Khalid Ibrahim - 1

Naib Presiden
Fuziah Salleh - 45
Shamsul Iskandar Md Akin - 33
Mustaffa Kamil Ayub - 29
Datuk Mansor Othman - 25
Lee Boon Chye - 22
R Sivarasa - 17
Tian Chua - 16
N Gobalakrishnan - 13
Nurul Izzah Anwar - 11
Tan Sri Khalid Ibrahim - 11
Azmin Ali - 11
Ansari Abdullah - 10
Datuk Jeffrey Kitingan - 9
Datuk Chua Jui Meng - 9
Xavier Jayakumar - 6
Mohd Noor Manuty - 6
Datuk Zaid Ibrahim - 6
S Manikavasagam - 5
Yahya Shaari - 4
Abdullah Sani - 4
Suresh Kumar - 4
Saifuddin Nasution - 3
Badrul Amin Baharon - 2
Yusmadi Yusoff - 2
Jimi Donald - 2

Belum layak bertanding
Zamri Yusof - 1
James Ghani - 1
Saiman Marzuki - 1
Kamarul Baharin Abbas - 1

Untuk melayakkan bertanding jawatan di peringkat pusat, seseorang calon mestilah mendapat dua pencalonan minumum daripada cabang.

Mengejutkan, hebatnya politik PKR

Posted: 25 Sep 2010 07:10 AM PDT

Tiada yang mustahil dalam politik, malah politik juga menjanjikan seribu satu kemungkinan. Ini yang terjadi pada sdr Mustaffa Kamil yang tak disangka sangka telah tewas sebagai ketua di cabang yang sebelum ini mencalonkannya sebagai calon timbalan presiden disamping Presiden Wan Azizah.

Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub telah tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak hari ini. Dalam pertembungan dua penjuru, Mustaffa mendapat 94 undi manakala pesaingnya Osman Abdul Rahman - bekas ketua cabang itu - mendapat 111 undi.

Keputusan mengejutkan itu baru diumumkan sebentar tadi.

Menurut seorang pemimpin cabang itu, Mahmud Yahya, Mustaffa bagaimanapun akan membuat bantahan berhubung kekalahannya itu dalam masa terdekat kerana mengesyaki berlakunya "politik wang".

"Ada konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Mustaffa di Perak dan peringkat pusat," dakwa Mahmud yang juga salah seorang penyokong kuat bekas pemimpin NGO Islam itu.

Setakat ini, tambah Mahmud, pihaknya sedang mengumpul bukti berkaitan untuk dikemukakan kepada jawatankuasa pemilihan PKR.

Pemerhati politik berpendapat, kekalahan itu bakal menyukarkan lagi laluan Mustaffa yang juga merebut jawatan timbalan presiden parti menentang dua tokoh heavyweight Naib Presiden Azmin Ali dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Untuk pencalonan sebagai jawatan nombor dua PKR itu, Mustafa setakat ini mendapat 13 pencalonan daripada 100 cabang yang keputusannya telah diperoleh.

Beliau ditinggalkan jauh oleh Azmin dengan 58 pencalonan manakala Zaid pula sebanyak 25 pencalonan cabang setakat ini.

Berahim Ali panas punggung

Posted: 25 Sep 2010 06:00 AM PDT

Kerusi Pasir Mas: Nasib Ibrahim Ali pada PRU-13?
Oleh Syed Mu'az Syed Putra


Pengundi di Parlimen Pasir Mas tidak akan undi Ibrahim lagi. - Gambar oleh Jack Ooi

PASIR MAS, 24 Sept — Sejak lebih setahun lalu antara nama yang menjadi sebutan dalam arena politik tempatan ialah Datuk Ibrahim Ali yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas kerusi Pasir Mas, Kelantan. 

Tinjauan The Malaysian Insidermenunjukkan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh Ibrahim, namun nampaknya ia masih gagal untuk mendapatkan sokongan menyeluruh pengundi Melayu di kawasan Pasir Mas pada pilihan raya umum ke-13.

Majoriti pengundi Melayu di kawasan ini berpendapat Ibrahim adalah seorang pemimpin yang hanya pandai "bercakap kosong."

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 setelah menewaskan calon Umno Ahmad Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi.

Ketika itu Ibrahim bertanding atas tiket PAS.

Parlimen Pasir Mas mempunyai seramai 59,640 pengundi.

Pada pilihan raya umum ke-11 2004, Ibrahim turut bertanding di kawasan tersebut sebagai calon Bebas namun tewas.

Ia dimenangi calon PAS Ismail Noh (17,526 undi) manakala calon Umno Datuk Abd Rahim Ab Rahman hanya memperoleh 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198 undi.

Ibrahim buat pertama kali memenangi kerusi Pasir Mas pada pilihan raya umum 1986 dengan memperoleh 55 peratus atau 15,711 undi dan mempertahankan kerusi itu empat tahun kemudian atas menggunakan tiket S46.

Beliau tewas tiga pilihan raya umum seterusnya dan menang kembali dua tahun lalu atas tiket PAS.

Semenjak menjadi Ahli Parlimen, Ibrahim melalui Perkasa banyak membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu dan juga perpaduan Melayu yang dilihat semakin terhakis.

Malah beliau turut "menghentam" pemimpin PAS dan Umno dan Parlimen apabila ia berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu.

Seorang penduduk, Yusof Hasan, 72, berkata, Ibrahim tidak akan berpeluang untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana pengundi di Parlimen itu tidak menyukainya.

"Dulu beliau (Ibrahim) bertanding dengan tiket PAS dan dalam pilihan raya akan datang saya tidak akan lagi mengundi beliau.

"Ini kerana beliau hanya mendatangkan lebih banyak masalah, bukan kebaikan terutamanya kepada pengundi-pengundi di sini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambahnya, Ibrahim hanya bernasib baik menang dalam pilihan raya umun ke-12 kerana PAS memberikan ruang kepadanya.

"Pilihan raya akan datang saya pasti PAS tidak akan tertipu lagi, sejak menjadi Ahli Parlimen saya lihat beliau banyak menghentam PAS di Parlimen.

"Jadi saya rasa PAS pasti akan letakkan calon sendiri," katanya.

Bagi Salleh Hussin, 63, pula, sudah sampai masa Ibrahim melupakan hasrat untuk bertanding semula di Parlimen Pasir Mas kerana pengundi-pengundi di kawasan itu sudah muak dengan tindakan yang dilakukan beliau sejak menjadi wakil rakyat.

"Saya dah serik nak undi beliau lagi, semenjak jadi wakil rakyat tiada apa yang beliau lakukan untuk kami di sini.

"Beliau hanya tahu cakap sana, cakap sini... tapi tiada apa-apa yang dilakukan," katanya dengan nada kecewa.

Suhaimi Deraman, 42, berkata PAS perlu meletakkan calon lain dalam pilihan raya akan datang dan jangan memberikan mandat kepada Ibrahim untuk bertanding atas tiket parti Islam itu.

"Saya tidak mahu beliau jadi Ahli Parlimen lagi, saya mahu PAS letakkan calon lain kerana ramai lagi calon yang berkebolehan untuk menjadi wakil rakyat.

"Lagipun Datuk Ibrahim tidak buat apa-apa pun kepada penduduk di sini, beliau hanya tahu bercakap sahaja," katanya.

Menurut Salleh Junoh, 63, dia sanggup tidak membuang undi dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Ibrahim tetap bertanding atas tiket PAS.

"Saya sanggup tidak mengundi kalau PAS tetap memberikan mandat kepada Datuk Ibrahim.

"Jadi saya minta supaya PAS tidak lagi memberikan mandat kepada beliau sebaliknya meletakkan calon lain yang berkebolehan," katanya.

Bagi pesara Yusoff Mohamad, 56, tiada pengundi di Parlimen itu akan memberikan undi kepada Ibrahim sekiranya beliau bertanding atas tiket Umno ataupun sebagai calon Bebas.

"Dulu beliau menang atas tiket PAS, kalau beliau bertanding atas tiket Umno sudah pasti beliau akan kalah.

"Jadi Ahli Parlimen kemudian di Parlimen hentam pula pemimpin PAS... macam mana ini? Saya percaya dalam pilihan raya akan datang beliau pasti akan kalah," katanya.

Dia juga menjelaskan bahawa pengundi di Kelantan mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik.

"Kalau di kawasan lain pengundi pasti akan melihat kepada calon yang bertanding tetapi di sini (Kelantan) kita melihat parti.

"Saya percaya kalau PAS meletakkan calon yang kurang sempurna seperti buta pun boleh menang di sini (Pasir Mas)," katanya.

Seorang lagi pengundi di kawasan itu Rahman Mat, 48, berkata, tiada perubahan yang dilakukan Ibrahim semenjak menjadi wakil rakyat.

"Saya ada satu perkara untuk menggambarkan Datuk Ibrahim, kucar-kacir dan hanya tahu bercakap sahaja.

"Anda boleh tengok sendiri, selama ini apa yang beliau lakukan? Hanya tahu bercakap sahaja, cakap pasal orang Melayu, cakap pasal perpaduan tetapi akhirnya tiada juga perubahan," katanya.

Menurut peniaga, Syed Khalid Syed Zakaria, 38, apa yang dilakukan Ibrahim selama ini adalah semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terutamanya pengundi di Parlimen Pasir Mas.

"Tapi apa yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.

"Pengundi sudah serik dan tidak akan tertipu lagi dengan apa yang dicakapkan beliau. Cukuplah apa yang beliau lakukan selama ini. Kami lebih selesa dengan PAS berbanding beliau," katanya.

Parlimen Pasir Mas mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana ketiga-tiga tersebut dimenangi PAS pada pilian raya umum lalu. Ketiga-tiga DUN tersebut adalah DUN Tendong (Mohamad Mat Daud), Pengkalan Pasir (Hanifa Ahmad) dan Chetok (Abdul Halim Abdul Rahman).

Namun, masih ada pengundi di Parlimen Pasir Mas mahukan Ibrahim kekal menjadi wakil rakyat dan memenangi pilihan raya akan datang.

"Sebagai pengundi saya sayang akan wakil rakyat saya. Walaupun masih tiada perubahan yang dilakukan namun beliau banyak membantu rakyat di kawasan ini.

"Beliau memang seorang yang pemurah dan selalu menghulurkan bantuan kepada mana-mana penduduk yang memerlukan bantuan.

"Bahkan beliau juga ada memberikan sumbangan Hari Raya kepada penduduk," kata Hasan Ali, 63.

Dia berkata Ibrahim masih berpeluang untuk menang di kawasan itu dalam pilihan raya akan datang.

"Saya rasa beliau boleh menang lagi," katanya.

Bagi Azan Abdul Rahman, 24, walaupun masih baru menjadi wakil rakyat Ibrahim telah menunjukkan prestasi dan imej yang baik kepada rakyat.

"Beliau masih lagi baru, mungkin masih banyak perubahan yang boleh dilakukan.

"Jadi beliau perlu diberikan lebih masa dan peluang untuk menunjukkan apa yang boleh dilakukan," katanya.

Esok satu program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan akan diadakan di Pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas.

Selain Ibrahim, program tersebut turut disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

The Malaysian Insider difahamkan seramai 20,000 orang akan hadir ke program tersebut.

Dalam pada itu, walaupun Ibrahim dilihat sebagai pemimpin rasis, andaian yang dinafikannya, bagi masyarakat Tiong Hua di Kampung Cina di sini, ketua Perkasa itu merupakan seorang pemimpin yang memahami dan tidak membezakan taraf antara kaum.

"Saya lihat beliau (Ibrahim) adalah seorang pemimpin yang bagus.

"Walaupun masih tiada perubahan yang jelas dilakukan beliau semenjak menjadi wakil rakyat, tapi apa yang positif tentang beliau adalah tidak pernah membezakan orang Melayu dan orang Cina di sini," kata Teo Bo Tiap, 40, ketika ditemui The Malaysian Insider pada Pesta Tanglung di Kampung Cina di sini malam tadi.

Program anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia Pasir Mas dirasmikan oleh Ibrahim.

Ia disertai kira-kira 100 orang masyarakat Tiong Hua dengan Ibrahim disambut dengan perarakan tanglung sebelum dipersembahkan dengan tarian singa.

Tan Ah Wang yang berusia 61 tahun memberitahu walaupun masih lagi baru wakil rakyat di kawasan itu, namun Ibrahim telah menjalankan tugasnya dengan baik.

"Setakat ini apa yang beliau lakukan masih lagi tiada masalah.

"Sebagai pengundi di kawasan ini saya berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilakukan selama ini.

"Selain itu, saya juga melihat beliau tidak membezakan orang Melayu dan Cina, sebaliknya beliau memberikan hak sama rata kepada semua," katanya.

Tambahnya, hubungan antara orang Melayu dan orang Cina di kawasan itu boleh diibaratkan seperti adik-beradik.

"Kami di sini tiada masalah dengan orang Melayu. Kami juga selalu kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.

"Kadang-kadang kalau ada perayaan kami juga dijemput sama begitu juga sebaliknya," katanya.

Seorang lagi masyarakat Tiong Hua yang hanya mahu dikenali sebagai Yap, 38, berkata, sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat Ibrahim selalu turun padang untuk menemui penduduk.

"Beliau selalu juga turun padang jumpa dengan penduduk di sini.

"Kadang-kadang beliau juga ada memberikan sumbangan kepada penduduk yang mempunyai masalah dan bagi saya secara peribadi beliau merupakan seorang pemimpin yang baik dan pemurah," katanya.

Seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Tan memberitahum walaupun berlainan bangsa dan budaya, namun orang Melayu dan orang Cina di kawasan itu boleh hidup sebagai sebuah keluarga yang besar.

"Di sini orang Melayu atau orang Cina semua sama sahaja. Kami boleh duduk dan makan bersama.

"Kami di sini tidak ada gaduh seperti di bandar besar.. kau duduk sana, aku duduk sini, itu semua tidak berlaku di sini," kata yang berusia 50 tahun.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ong, 41, berkata, masih banyak perkara yang perlu dilakukan Ibrahim sekiranya mahu terus kekal menjadi wakil rakyat.

"Banyak lagi perkara yang perlu beliau lakukan. Beliau perlu membuktikan kepada semua bahawa beliau mampu membawa perubahan di sini.

"Beliau juga harus berhenti bercakap terlalu banyak dan buat perkara yang boleh meraih kepercayaan penduduk," katanya.

Sementara itu, Ong Lee Kin, 41, berkata dia tidak terlalu menyukai Ibrahim kerana pemimpin itu banyak bercakap kosong dan bersifat perkauman.

"Saya tidak berapa suka beliau. Sebab yang pertama beliau banyak cakap perkara yang bukan-bukan.

"Kedua, beliau banyak bercakap pasal perkauman yang saya anggap ia tidak wajar dilakukan," katanya.

Justeru dia menasihati Ibrahim supaya menghentikan daripada bercakap perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan kaum lain di negara ini.

"Apa yang beliau cakap pasal perkauman boleh menyinggung perasaan kaum-kaum lain.

"Jadi adalah lebih baik beliau berhenti bercakap akan perkara itu," katanya.

Guan Eng, lu jangan cakap banyak laa...

Posted: 25 Sep 2010 05:00 AM PDT

Guan Eng, lu jangan cakap banyak laa.. kalau dah betoi Umno tu pembohong, saman dan tarik naik court. Payah apa... cakap banyak banyak buat semak kepala laaaa...

Lu banyak kerja lain nak kena tengok, bukan dok layan puak puak tak dak kerja tuuu... Budak Reeeeeeezal tu biaq Malik saja hendel...


Guan Eng: Pemuda Umno bohong, wang ihsan bukan dana kelab kuda
Oleh Muaz Mustaqim
BUTTERWORTH, 25 Sept — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan dakwaan Pemuda Umno bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Sehubungan itu tegas beliau, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam sebagai "satu pembohongan."

Lim menjelaskan, dana daripada kelab tersebut hanya digunakan untuk membantu bukan Islam yang jumlahnya 10 peratus di kalangan miskin tegar negeri itu.

"Dakwaan Reezal adalah usaha Umno mahu mensabotaj program warga emas," kata Lim (gambar) selepas merasmikan program pembersihan pantai antarabangsa di sini hari ini.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Surat itu, bertarikh 9 Julai 2010, yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob mengesahkan sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.

Reezal berkata, surat itu dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali ke rumahnya di ibu negara Rabu lalu, kira-kira seminggu selepas beliau membuat kenyataan berhubung isu berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, surat tersebut membuktikan bahawa kenyataan beberapa pemimpin kerajaan negeri sebelum ini bahawa pentadbiran mereka tidak pernah menerima dana bersumberkan hasil perjudian adalah satu pembohongan.

Akhir minggu lalu Reezal mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog, Pisau.net bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan negeri menggunakan hasil sumber judi untuk tujuan pembayaran wang ihsan melalui program penghargaan warga emas.

Katanya, dakwaan sebuah blog dan Pemuda Umno pusat minggu lalu adalah berdasarkan kepada imaginasi, berniat jahat serta fitnah yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran.

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri yang mengamalkan amalan berjimat cermat melalui konsep cekap, akauntabiliti dan telus telah berjaya menjimatkan jumlah peruntukkan dalam bajet kerajaan negeri sebanyak RM20 juta bagi program tersebut. 

Apa kalut sangat pasai Mahathir ni

Posted: 25 Sep 2010 03:00 AM PDT

Sumber: Pak Long

Salam semua...

La ni heboh sekampung orang dok bincang pasai titah mantan mamanda Mahadhir. Melayu akan hilang kosa kalau BN kalah pilihanraya. Habih la ngan Che Kiah cendoi pun sembang pasai ni jugak. Janda Limah pun tumpang sekaki. Haji Karim bertengkaq ngan Wa Mat sampai keraih urat tengkok.

Tapi yang dok kalut riuh rendah ni hanya puak puak yang rasa depa tu Melayu saja. Lucy dok tak ketahuan kepala ekoq pun. si Ah Seng ngan Soi Lek relek saja. Petang tadi Pak Long jumpak depa minum ayaq kedai Haji Karim, tengah dok "binawe"kan Najib pasai naik minyak diam diam.

Mak Long hang pun tanya jugak Pak Long pasai cerpen yang Mahathir tengah baca tu. Mungkin lepaih berbahaih ngan Husin si setiausaha tu kot... hihi...

Bagi Pak Long la benda ni senang sangat. Tok sah dok kalut sampai hangit lauk goreng la. Tok sah dok sibuk sampai terlupa ingatkan Tuhan la. Hangpa kena paham apa yang Mahathir paham dulu, baru hangpa tau macamana dia pikiaq. Dia punya paham Melayu tu Umno dan Umno tu Melayu, sapa cikgu sekolah dia tak tau laa. Sebab tu bila yang kalah tu Umno maka Melayu akan kalah la.

Tapi kita kena paham yang Mahathir tak paham. Kita kena paham yang Mahathir tu dah salah paham. Bukan semua Melayu berbangsa Umno. Dan bukan Umno yang dilantik mewakili Melayu. Pak Long pun macam dah tak kenai yang mana satu Melayu dalam bangsa Umno. Pendekatanya, ke"Melayu"an depa diragui. Nampak lebih ke mamak berlambak... dok tak paham lagi ka?

Habih tu, lebih 50 tahun ketuanan Melayu berbangsa Umno perintah Malaysia, hangpa ada rasa jadi tuan ka? Biaq pi la kat dia nak baca kitab buruk mana pun... jangan dok layan la orang yang tak paham tu. Dah la, Pak Long nak pi tengok maggi Pak Long dah kembang nuu...

Wassalam...

Dua benda saja Mahathir ingat

Posted: 25 Sep 2010 02:00 AM PDT

Dua benda saja yang saya ingat, pertama Najib dan yang kedua Berahim... yang lain tu tok sah tanya laa...


Tun Mahathir tepati teori "Melayu mudah lupa"


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menepati teori sendiri iaitu "Melayu mudah lupa" apabila menyatakan Melayu hilang kuasa di bawah Pakatan Rakyat.

Sambil menyelar tindakan Mahathir yang cuba meniupkan api perkauman itu, Setiausaha DPPP Khairul Faizi Ahmad Kamil turut mempersoal akan kebenaran kenyataan tersebut.

"Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang 'tidak cerdik' dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan.

"Fakta-fakta yang diberikan menunjukkan beliau sememangnya mengesahkan teori beliau sendiri iaitu Melayu Mudah Lupa," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Utusan hari ini menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat yang digelarnya parti pembangkang mendapat kuasa.

Mahathir juga mengambil contoh negeri Perak ketika dibawah Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa, walaupun menteri besarnya iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Melayu dari PAS, tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.

Pemuda PAS bagaimanapun mengajak Mahathir melaihat secara waras negeri Kelantan yang diperintah PAS yang kini sudah lebih 20 tahun.

"Berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh Umno BN.

"Terbaru, sebanyak 118 projek di Kelantan telah dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991...

"Bukankah Kelantan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat orang Melayu? Mengapa dihalang pembangunan negeri yang majoritinya orang Melayu jika Umno benar-benar memperjuangkan Melayu?" soal Khairul Faizi lagi.

Beliau juga memberi contoh sewaktu Terengganu diperintah PAS pada tahun 1999.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar negeri itu jelasnya telah memberi tanah kepada orang Melayu namun dirampas kembali setelah Umno berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004.

"Apakah ini tidak khianat namanya?" beliau melemparkan soalan seterusnya.

Di Perak pula ketika 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah, 3,000 ekar tanah diberikan kepada orang cina manakala orang melayu mendapat 7,000 ekar.

"Jika Umno menuduh PAS boneka DAP, mengapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Hj.Abd.Latif (Pondok Pak Teh Kroh, Grik Perak) yang dipohon sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada tahun 2008 (setelah 12 tahun) sebanyak 45 ekar.

"Jika Datuk Seri Nizar adalah merupakan boneka DAP, pastinya permohonan beliau ditolak," jelasnya lagi.

Beliau turut mengemukakan beberapa kes yang didakwa pengkhianatan Umno kepada Melayu berhubung isu tanah antaranya:

- 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

- 5,000 ekar di Bruas yang mana 1,500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)

- 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) digadai kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar (dekat sebelah Lebuhraya PLUS)

- Pada tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang, Langkawi yang tinggal di atas TRM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort

- Sebanyak 930 hektar TRM di Kampung Mambau, N. Sembilan telah diambil untuk Projek Seremban 2 pada 1990.

- Juga pada tahun yang sama, 600 orang yang tinggal di situ, 26,000 hektar TRM di Tanjung Langsat – Tanjung Piai, Johor diambil oleh Kuok Brother Collabratioan UEM

"Hakikatnya Umno menjadi punca tanah rezab melayu banyak tergadai terutamanya dizaman Tun Mahathir sewaktu menjadi PM dahulu. Ini baru isu tanah. Belum lagi bab saham bumiputera yang tinggal 2 bilion daripada 52 bilion, isu rasuah dan salah laku pemimpin," katanya.

Sehubungan itu, pemuda PAS turut mencabar Mahathir untuk berdebat secara terbuka siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.

Cartoonist Zunar remanded for one day

Posted: 25 Sep 2010 01:00 AM PDT

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Sept 25 — Political satirist Zulkiflee Anwar Ulhaque, who was arrested under the Sedition Act yesterday, has been remanded for one day.

The remand order was issued by the Sepang Magistrate Court this morning, said his lawyer Latheefa Koya.

She also claimed that there was confusion over the arrest.

"At arrest time, they said sedition, when making report it was changed to Printing Presses and Publications Act, but finally in Sepang last night, the investigating officer said sedition but did not say which section," Latheefa told The Malaysian Insider.

Police yesterday raided Zulkiflee's (picture) office in Brickfields and seized copies of his new book titled, Cartoon-o-phobia.

The raid came several hours before the planned launch of the book, which was officiated by the ousted Perak Pakatan Rakyat menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Known more popularly as Zunar, he has had three other books — 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun and Isu Dalam Kartun — banned by the Home Ministry.

Dah sah teruk, tapi nak hantar gak...

Posted: 25 Sep 2010 12:00 AM PDT

Sah teruk!
Oleh Aziman Rosdi

TERUK. Itulah gambaran dapat dijelaskan satu pasukan awal dari Malaysia yang ditugaskan meninjau keadaan di perkampungan Sukan Komanwel sebaik tiba di New Delhi, India kelmarin.


DEMI TUGAS...pasukan polis India berkawal di perkampungan atlet Sukan Komanwel New Delhi, kelmarin.Menurut laporan ringkas yang dihantar oleh Pengurus Besar Sukan Komanwel, Jefri Ngadirin yang mengetuai pasukan itu kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong semalam, pihaknya menjangkakan kontinjen negara yang akan tiba dalam masa terdekat ini akan berdepan masalah jika mengambil kira keadaan perkampungan sukan ketika ini dalam keadaan tidak memuaskan.

Malah pasukan berkenaan turut disertai seorang pegawai perhubungan keselamatan dan doktor terpaksa menginap di penginapan sementara selepas menunggu empat jam untuk memasuki perkampungan sukan.

Tambah menyulitkan mereka apabila terpaksa berdepan kawalan keselamatan begitu ketat yang turut kurang disenangi kontinjen negara lain selain kelemahan pihak pengurusan tuan rumah dalam menyelia keadaan di perkampungan sukan itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Zolkples berkata, beliau masih menunggu laporan penuh daripada pasukan peninjau itu sambil mengharapkan pihak tuan rumah dapat mengatasi masalah yang berlaku di sana.

"Menurut laporan, keadaan di perkampungan sukan teruk, pasukan kita yang tiba semalam (kelmarin) kini tinggal di penginapan sementara kerana penginapan atlet masih belum siap. "Jefri dan anggotanya sedang memantau dan difahamkan melalui laporan akhbar tempatan, pihak kerajaan India sedang berusaha melakukan persiapan. Masalah ini bukan kita saja hadapi malah kontinjen negara lain pun turut berdepan perkara sama," katanya.

Dengan keadaan penginapan atlet masih belum siap sepenuhnya masih tiada sebarang perubahan dibuat setakat ini dengan skuad boling padang negara seramai 12 atlet dan empat pegawai akan menjadi kontinjen pertama negara yang akan tiba di sana apabila berlepas petang semalam.

"Pegawai kita sudah ada di sana untuk menguruskan skuad boling padang apabila tiba di India, penginapan untuk mereka ada cuma Jefri memberitahu beliau sedang berusaha untuk menukar penginapan ke bangunan yang dilihat dalam keadaan lebih baik dan saya berharap keadaan di sana akan bertambah baik," jelas Zolkples.

Pelbagai masalah timbul berkaitan dengan keselamatan menjelang Sukan Komanwel yang akan berlangsung 3-14 Oktober ini termasuk insiden jambatan pejalan kaki yang sedang dalam pembinaan runtuh dan bumbung stadium angkat berat tercabut.

Selain itu insiden serangan ke atas bas pelancong di New Delhi yang mencederakan dua rakyat Taiwan serta serangan wabak denggi yang melanda menyebabkan lapan negara kini mengancam menarik diri manakala New Zealand, Kanada dan Scotland mengambil keputusan menangguhkan pemergian atlet dan pegawai mereka.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam kenyataan semalam menjelaskan seramai 201 atlet akan tetap dihantar bertanding di Sukan Komanwel dengan memberi jaminan, langkah keselamatan akan dititik beratkan termasuk membawa dua pegawai keselamatan mengiringi kontinjen negara kali ini.

Meriahnya politik baru PKR, ada aksi ganas

Posted: 24 Sep 2010 11:16 PM PDT

Exco: Pemilihan PKR Merbok dicemari aksi 'ganas'

Abdul Rahim Sabri
Exco kerajaan Kedah S Manikumar mendakwa mesyuarat cabang tahunan Merbok dicemari dengan aksi "ganas" apabila perwakilan cuba menyerang, mengugut dan menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Bukit Selambau membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Muda dekat Kuala Kedah berhubung perkara itu awal petang semalam.

Katanya, dalam mesyuarat di sebuah dewan di Bedong semalam, terdapat "unsur-unsur penyelewengan" dan berlaku kekecohan apabila pengawas pemilihan menghentikannya.

"Ini mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan (perwakilan) pemilihan di situ dan mereka bertindak ganas untuk menyerang saya, mengugut dan menggamburkan kata-kata kesat.

"Saya rasa keselamatan saya dan keluarga saya terancam," laporan polisnya itu dipetik.

Semalam, Malaysiakini melaporkan proses pemilihan PKR cabang Merbok dan Jerai - kedua-dua di Kedah -ditangguhkan ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan.

Pemilihan bagi jawatan ketua cabang Merbok menarik perhatian apabila ketuanya Abdul Rashid Din menarik diri dan ahli majlis pimpinan pusat Saiful Izham Ramli merupakan calon tunggal bagi jawatan itu.

Manakala bagi jawatan timbalan ketua pula, Manikumar - yang memegang portfolio perdagangan dalam negeri - berdepan dengan naib ketua cabang, Mukhtar Ismail.

Usaha mendapatkan ulasan Manikmar hari ini belum berhasil. Malaysiakini difahamkan beliau kini berada di Thailand untuk urusan rasmi kerajaan negeri.

Manakala pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr Molly Cheah ketika dihubungi masih belum jelas berhubung kejadian itu. Bagaimanapun beliau mengakui "ada mendengarnya".

Sementara itu, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin hari ini mengesahkan penangguhan mesyuarat dan pemilihan di cabang itu.

Katanya, pihaknya telah menerima laporan awal daripada pengawas pemilihan yang bertugas di cabang tersebut dan "terdapat satu kumpulan yang menimbulkan kekacauan".

"Kita akan tunggu laporan penuh daripada pengawas dan akan membuat siasatan," katanya sambil menjangkakan masalah sebenar akan diketahui minggu depan.

"Selepas itu kita akan keluarkan kenyataan rasmi (mengenai perkara itu)."

Sementara itu, tambahnya, kecuali di Jerai, perjalanan mesyuarat dan pemilihan di tempat lain setakar ini berjalan lancar.

Nurul lebih laju dari pemuda

Posted: 24 Sep 2010 11:00 PM PDT

Kuasa Melayu: Nurul ajak Mahathir debat, Pemuda PAS dakwa 'tidak cerdik'

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Pemimpin muda PKR dan PAS – komponen Pakatan Rakyat (PR) – mengecam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mendakwa sekali lagi memainkan api perkauman ekoran kenyataan bahawa Melayu akan hilang kuasa kalau ikatan itu memerintah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata beliau berpandangan kenyataan Dr Mahathir semalam itu sebagai tidak bertanggungjawab dan merupakan sebahagian usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.

"Selain penggunaan isu perkauman untuk Umno juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir iaitu 'politik Ketakutan'.

"Politik ketakutan menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak," kata beliau yang menawarkan diri bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan kali ini.

Menurut Nurul, masyarakat Melayu diindoktrinasi melalui pelbagai cara termasuk penggunaan pertubuhan bukan kerajaan untuk berlakon sebagai mangsa dengan tujuan untuk mengeliru dan membantutkan seluruh anggota masyarakat supaya kekal terpasung fikirannya dan emosinya baik oleh kerajaan penjajah dan kini melalui penggantinya, Umno.

"Matlamat ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan dominasi politik oleh sekelompok kecil elit Melayu yang rapat dengan pusat kuasa, melalui rasuah, salah guna kuasa dan secara berterusan mengabaikan perlembagaan.

"Malang sekali kerana tindakan mereka ini dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN lain yang terus membisu dan membuang tanggungjawab yang sepatutnya digalas," katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu melawan usaha-usaha ini dengan menekankan 'politik berlandaskan harapan dan kebebasan' yang akan mengubah minda Melayu daripada kebimbangan palsu tentang kehilangan identiti dan pembangunan ekonomi kepada daya positif yang akhirnya mencipta masyarakat yang penuh keyakinan dan tidak lagi terkongkong.

"Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu – yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat – yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana 'takut Melayu hilang kuasa atau hilang harta'?" kata beliau.

Dalam pada itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil juga menyelar kenyataan Dr Mahathir yang terus-menerus meniupkan api perkauman.

"Persoalannya sekarang, benarkah apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir itu? Benarkah Melayu akan hilang kuasa dan 'suara' sekiranya pakatan pembangkang (disebut Pakatan Rakyat @ PR)?

"Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang 'tidak cerdik' dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan," kata beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO Pemuda PAS.

Beliau menambah, fakta-fakta yang diberikan menunjukkan Dr Mahathir sememangnya mengesahkan teori beliau sendiri iaitu "Melayu Mudah Lupa."

"Mengambil contoh Kelantan yang diperintah oleh PAS selama 20 tahun dan 18 tahun sebelumnya, berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati?

"Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh Umno-BN," katanya.

Kata beliau, terbarunya sebanyak 118 projek di Kelantan telah dibekukan sejak Rancangan Malaysia Keenam diperkenalkan pada 1991.

Jumlah itu kata beliau, meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 1,000 hektar (2,500 ekar) tanah dari 10 jajahan di negeri ini.

"Bukankah Kelantan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat orang Melayu? Mengapa dihalang pembangunan negeri yang majoritinya orang Melayu jika Umno benar-benar memperjuangkan Melayu?" katanya.Begitu juga ketika PAS dan Barisan Alternatif memerintah Terengganu setelah berjaya mengambil alih teraju pemerintahan negeri daripada Umno-BN pada 1999 yang mana ketika itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS menjadi menteri besar telah memberi tanah kepada orang Melayu, namun dirampas kembali setelah Umno berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004, kata beliau.

"Apakah ini tidak khianat namanya?" katanya.

"Fakta jelas menunjukkan bahawa PR ketika memerintah Perak selama 10 bulan, hanya 1,200 hektar (3,000 ekar) tanah sahaja yang diberikan kepada orang Cina sedangkan orang melayu juga mendapat 2,800 hektar (7,000 ekar).

"Itu pun setelah mereka menduduki tanah tersebut selama 70 tahun. Jika Umno menuduh PAS boneka DAP, mengapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Abd. Latif (Pondok Pak Teh Kroh, Grik Perak) yang dipohon sejak 1996 telah diluluskan oleh EXCO PR pada tahun 2008 (setelah 12 tahun) sebanyak kira-kira 10 hektar (45 ekar).

"Jika Datuk Seri Nizar adalah merupakan boneka DAP, pastinya permohonan beliau ditolak.

"Kenapa tidak pemberian tanah seluas 2,800 hektar (7,000 ekar) yang diberi kepada orang Melayu tidak disebut?" katanya.

Beliau juga bertanya siapa yang memerintah Perak sebelum ini kalau bukan Umno-BN yang sanggup menahan permohonan orang Melayu walaupun untuk pembinaan sekolah agama.

Malang tak berbau

Posted: 24 Sep 2010 10:00 PM PDT

Bayi perempuan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz, tiga bulan, yang maut selepas tercekik susu yang diberikan pengasuhnya.-Foto Bernama

Malang tak berbau, sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan kekadang tu boleh membawa maut. Memang ajal dan maut ditangan Tuhan tapi kita selaku manusia yang diberi akal dan fikiran perlu memastikan setiap sesuatu yang kita buat mesti bersandarkan pada kematangan diri mengikut keadaan semasa bagi mengelak sesuatu yang tak diingini terjadi.

Sorang bayi perempuan yang berusia tiga bulan menemui ajal yang dikatakan akibat tercekik susu yang diberikan pengasuhnya di Putrajaya Selasa lalu. Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz dikatakan dibiarkan bersendirian dengan botol susunya sementara pengasuhnya memasak di dapur.

Bapa bayi berkenaan Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada pukul 8 pagi sebelum pergi kerja.

"Farisha baru sahaja sembuh daripada selesema dan isteri saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pengasuh tersebut.

"Kemudian kira-kira 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri.

"Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan jiran pengasuh itu, bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya.

"Di unit kecemasan, isteri saya dimaklumkan bayi kami sudah meninggal dunia," katanya.

Mohd Fairuz berkata Farisha adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dihantar untuk dijaga pengasuh berkenaan sebaik isterinya habis pantang selepas bersalin.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa pengasuh berkenaan mempunyai sijil latihan dan lesen untuk mengasuh kanak-kanak serta dipantau sebulan sekali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia.

Selain Farisha, pengasuh tersebut yang mempunyai pengalaman selama empat tahun dalam penjagaan kanak-kanak, turut menjaga lima kanak-kanak lagi.

Fairuz berkata beliau menganggap kejadian tersebut sebagai takdir dan belum bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu.

"Pengasuh itu juga sudah memohon maaf. Namun saya berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi dan semua pengasuh perlu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh yang turut mengunjungi keluarga mangsa hari ini berkata, pihak bertanggungjawab perlu bertindak tegas dalam perkara tersebut dengan memastikan semua pengasuh sama ada pengasuh di rumah atau Taska diberikan latihan sepatutnya untuk mengelakkan lebih banyak kejadian yang sama berlaku. - Bernama

Ribut Matthew

Posted: 24 Sep 2010 09:30 PM PDT

Gambar satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan ribut tropika Matthew sedang melanda Honduras and Nicaragua yang dipertontonkan hari ini.

Tahniah: Mahathir tetap nombor 1

Posted: 24 Sep 2010 09:00 PM PDT

Tahniah diucapkan pada mantan Piem Umno yang masih mengekalkan tempat pertama dalam segala bidang.

Terbaru, Kit Siang menamakan Mahathir sebagai "No 1 Racist in Malaysia" atas statement berbaur rasisnya bahawa Melayu akan hilang kuasa sekiranya Pakatan berjaya dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN dalam PRU ke 13 nanti... haha....

Nyata Umno kini tersepit dicelah celah untuk memancing undi kaum Tionghua dan memastikan Melayu tak lari dari Umno... wakaka....

Lima maut dalam ribut Haiti

Posted: 24 Sep 2010 08:50 PM PDT

PORT-AU-PRINCE: Cuaca buruk dengan ribut yang melanda ibu kota Haiti menyebabkan lima maut, dalam kejadian Jumaat ini(waktu tempatan).

Pihak berkuasa negara itu berkata, ia juga mengakibatkan kerosakan teruk pada kem yang diduduki penduduk Haiti yang kehilangan rumah susulan gempa bumi di negara itu, Januari lalu. - AFP

Polis bagi promosi percuma

Posted: 24 Sep 2010 08:00 PM PDT

Meskipun kartunis politik Zunar ditahan Polis yang turut merampas lebih 60 naskah karya terbarunya - Cartoon-o-phobia, namun majlis pelancaran bukunya berjalan seperti yang dijadualkan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di bawah pemerhatian polis.

Kira-kira 10 anggota polis berkawal di luar dewan dan mereka meletakkan kon polis bagi menutup laluan masuk utama menuju ke tempat letak kereta.

Namun begitu, majlis pelancaran karya terbarunya mendapat sambutan sebagai tanda sokongan kepada Zunar untuk terus berkarya. Bahkan, dalam mesej kepada 150 hadirin, yang disampaikan melalui isterinya, Fazlina Rosley, Zunar berkata, rampasan bukunya itu tidak akan menghalang usahanya untuk mendedahkan perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Fazlina, bagi pihak suaminya, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

Pandai sungguh la Berahim ciluk

Posted: 24 Sep 2010 07:00 PM PDT

Ini yang dikatakan politik, sampai berbelit lidah depa punya ciluk. Bulan lepas kata lain, minggu lepas kata lain, semalam tukar lain. Hari ni akan kata lain, semuanya demi kepentingan diri dan kumpulannya.

Sapa agaknya penggerak minda pembelitnya haaa.....
Apa agendanya sehingga terlupa kesyumulan Islam sebagai asas....
Jangan sampai terlupa sapa pencipta kita sudah laaa...

Ibrahim Ali: 'Saya faham 1 Malaysia tapi Muhyiddin, Nazri tidak'
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Ibrahim Ali diraikan pada sambutan Pesta Tanglung di Kampung Cina, Pasir Mas malam tadi — Gambar oleh Jack OoiPASIR MAS, 25 Sept — Sambil menyatakan dirinya bukan rasis, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, maksud sebenarnya konsep 1Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Razak adalah bahawa semua rakyat berbilang kaum di negara ini mesti memberi kesetian padu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum menganggap diri mereka sebagai "rakyat Malaysia."

Sehubungan itu Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata berdasarkan konsep tersebut, beliau "setia kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu, kemudian baru rakyat Malaysia."

Bulan lalu beliau mendesak Perdana Menteri memperjelaskan konsep 1Malaysia. Gesaan itu diulangi Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali minggu lalu.

Ibrahim berkata, apabila rakyat sudah memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong baru mereka akan taat dan menghormati Perlembagaan Persekutuan.

"Bagi saya secara peribadi maksud konsep 1 Malaysia adalah sebagai seorang rakyat saya harus memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Kalau sudah taat kepada Yang di-Pertuan Agong baru kita boleh taat kepada Perlembagaan negara.

"Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1 Malaysia tapi mereka tidak," kata beliau selepas merasmikan program Pesta Tanglung di Kampung Cina di sini malam tadi yang disertai sekitar 100 orang.

Dalam menjawab tulisan Awang Selamat Mingguan Malaysia Ahad lalu, Nazri berkata. beliau adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru orang Melayu.

"Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?" kata beliau.

Pendirian itu bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno pada April lalu bahawa beliau orang Melayu terlebih dahulu, baru rakyat Malaysia.

Ibrahim berkata setiap rakyat di negara ini mempunyai hak masing-masing tetapi ada had yang tidak sepatutnya dipersoalkan.

"Sebagai contoh dalam sebuah keluarga, ada ayah, ibu, anak dan mungkin juga tukang sapu. Kesemua mereka ini mempunyai hak yang ditetapkan.

"Seorang isteri tidak mempunyai hak seperti suaminya, begitu juga dengan anak dan tukang sapu.

"Jadi kalau tukang sapu mengemas bilik anda, dia mempunyai hak untuk kemas tetapi pada masa dia tidak mempunyai hak langsung untuk tidur di atas tilam anda. Betul atau tidak?" soalnya.

Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 setelah menewaskan calon Umno Ahmad Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi.

Ketika itu Ibrahim bertanding atas tiket PAS. Parlimen Pasir Mas mempunyai seramai 59,640 pengundi. Ibrahim juga menggesa penduduk di kawasan Pasir Mas supaya tidak terpedaya akan usaha yang dilakukan parti politik yang mahu menjatuhkan imejnya.

"Bila saya katakan tentang hak Melayu, mereka (parti politik) kata saya rasis dan perkauman.

"Sedangkan apa yang saya perjuangkan adalah apa yang tertulis dalam Perlembagaan Negara. Adakah ini dikatakan rasis?" katanya.

Baru-baru ini pemimpin Umno-BN terlibat dalam perang kenyataan dengan Ibrahim berhubung kenyataan pemimpin-pemimpin perikatan itu bahawa BN tidak harus menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan itu kerana bimbang dasar perjuangannya boleh menghakis sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

Hari ini Perkasa akan mengadakan Perhimpunan Perdana Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas pada pukul 3 petang.

Program yang bertemakan "Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Rakyat Malaysia" turut akan disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Psstt... depa dok bincang apa tu?

Posted: 24 Sep 2010 06:00 PM PDT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ketika berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-65, semalam. Perdana Menteri juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Bergambar: Suspek dibawa ke ladang milik suspek

Posted: 24 Sep 2010 05:00 PM PDT

Unit Forensik Berserta Suspek Dibawa Ke Ladang Ternakan Milik Suspek


Gambar: Kelihatan kenderaan polis yang membawa suspek keluar dari ladang milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gandong, Tanjung Sepat dekat sini, hari ini. foto: Bernama

BANTING: Pasukan forensik polis hari ini melawat lagi ladang ternakan milik salah seorang suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ladang yang terletak di Ladang Gadong Tanjung Sepat, Banting, Selangor adalah tempat dipercayai Sosilawati, 47, pemandunya Kamarudin Shansuddin, 44 peguam peribadinya Ahmad Kamil Abd Karim 32 dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad,38 dibunuh dan dibakar selepas dilaporkan hilang pada 30 Ogos lepas.

Pada 13 September lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Tinjauan Bernama mendapati sebuah van dan kenderaan pacuan empat roda dari unit forensik, sebuah Mitsubishi Pajero berwarna biru dan sebuah van yang dipercayai membawa suspek tiba di Ladang Gadong petang tadi dengan diiringi oleh kereta peronda polis.

Enam buah kereta di mana dua daripadanya mempunyai logo Jabatan Forensik kelihatan memasuki Ladang Gadong di mana lokasi penyiasatan kes pembunuhan empat individu itu.

Sementara itu suspek utama kes pembunuhan tersebut dilihat dibawa ke hadapan sebuah firma guaman di Jalan Kemboja, Off Jalan Sultan Alam Shah Banting.

Bagaimanapun, dia tidak masuk ke firma guaman itu tetapi hanya menunjukkan petak meletak kenderaan di hadapan firma tersebut dan anggota forensik mengambil gambar di kawasan berkenaan.

Kemudian dia dilihat menaiki salah sebuah daripada enam buah kereta yang beredar dari kawasan firma itu.

Sepanjang unit forensik dan suspek-suspek berada di ladang ternakan milik salah seorang suspek itu, polis mengawal ketat tempat berkenaan dan berada kira-kira 600 meter dari kawasan ladang berkenaan.

Pihak media tidak dibenarkan melepasi tempat polis berkawal di hadapan sebuah kuil Hindu di Ladang Gadong itu.

Pasukan forensik dan anggota polis yang berada di ladang ternakan itu kemudiannya beredar ke arah Banting.

Tidak dapat dipastikan berapa jumlah suspek yang dibawa ke lokasi itu tetapi kelihatan empat lelaki berbaju warna oren, dan seorang lagi berbaju ungu di dalam kereta Proton Waja dan meninggalkan Ladang Gadong tersebut.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima memorandum daripada Manikavasagam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 1.10 tengah hari ini.

Dalam kenyataan malam ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata memorandum diterima oleh ASP Hasnul Hadi yang mewakili Ketua Polis Negara.

"Antara lain kandungan memorandum ini mencadangkan supaya PDRM menubuhkan satu badan khas menyiasat kes kehilangan Allalkathan Muthuraja, seorang warganegara India sebagaimana yang dilaporkan hilang oleh isterinya Usharani Sethuraman pada 8 Sept 2010," katanya.

Bakri berkata di samping memorandum itu, Hasnul juga menerima satu unit telefon bimbit daripada Usharani yang dikatakan mengandungi rakaman percakapan beliau dengan individu-individu di Malaysia.

"Ibu pejabat ini menjelaskan bahawa satu pasukan khas telah ditubuhkan diketuai oleh Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor bagi menyiasat kes kehilangan suami Usharani yang dipercayai dibunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan secara profesional dan terperinci," katanya. -BERNAMA

Ketar lutut jugak la BN Sarawak

Posted: 24 Sep 2010 03:00 PM PDT

Parti politik baru Sarawak ingin sertai pakatan pembangkang

SIBU, 24 Sept – Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS), parti terbaru yang akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik, mengulangi lagi hasratnya untuk menyertai Pakatan Rakyat negeri.

Presiden penaja Salleh Mahli, seorang ahli perniagaan berkata sebuah pakatan pembangkang yang bersatu akan mampu untuk memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada pihan raya negeri akan datang. Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada mangsa kebakaran kaum Penan di penempatan Long Luar dan and Long Kajang di pedalaman daerah Belaga di Bahagian Kapit, katanya parti itu telah memaklumkan

Bagaimanapun pemimpin PR belum lagi memberikan jawapan, mungkin mereka ragu-ragu bahawa PERS adalah parti tajaan BN, tambahnya.

Pada majlis itu seorang paderi yang kini menjadi aktivis sosial Micheal Jok menerima cek sumbangan itu yang diadakan di rumah panjang Iban Rh.Sudan di Naman dekat sini.

Salleh juga menyampaikan sumbangan kepada seorang wakil penduduk Orang Ulu, Uma Balui, Labuway, Nahajalay di daerah itu untuk membina sebuah kolam rawatan air untuk bekalan air mereka.

Katanya PERS akan bertanding dalam 30 kerusi pada pilihan raya akan datang jika parti itu diterima masuk ke dalam PR manakala 41 kerusi lain akan ditandingi oleh parti lain dalam pakatan itu.

"Tetapi jika mereka sekali lagi tidak menerima kita, kita akan bertanding dalam semua 71 kerusi," katanya ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang hanya akan berpihak kepada BN.

Mengenai PERS, beliau berkata jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan pendaftarannya menjelang pilihan raya akan datang, parti itu akan meletakkan calonnya sebagai calon bebas.

Salleh berkata PERS ditubuhkan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi khasnya penduduk luar bandar dengan menggalakkan mereka menanam pokok Jatropha yang mempunyai potensi sangat baik dalam ekonomi. – Bernama

Tiada ulasan: