Sabtu, 25 September 2010

Pulakdah!

Pulakdah!


150 Flat Perkampungan Sukan Komanwel Belum Boleh Diduduki

Posted: 25 Sep 2010 11:20 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCfr1itzX_61Z2nZyBQW0a5-pX4Es6KQDjWIAEfNa4D8y0WNxEeR_pJNoZ_dGM3o6GVpsX2mqgRNxoG1hF0wiVX0XIytiyioL6qpg5C7cUbvvahoDX7zkWmSOPAjo1WNKfJG9kTDRb_Q6u/s1600/2.jpg
Atlet-atlet boling padang Malaysia dalam perjalanan untuk latihan dari kampung Sukan Komanwel di New Delhi pada 25 September, 2010.


NEW DELHI: Walaupun hanya tinggal lapan hari bermulanya Sukan Komanwel 2010 di sini, pegawai Malaysia masih belum berpuas hati dengan keadaan di perkampungan sukan berkenaan.

"Saya masih menaruh harapan, banyak lagi kerja yang perlu disiapkan (di tempat di mana atlet Malaysia akan menginap). Kerja pemasagan paip, bekalan elektrik dan kebersihan perlu diperbaiki.

"Kami harap segalanya akan siap menjelang Selasa ini apabila atlet kita tiba.Kami mendesak mereka (penganjur) menyiapkannya, ada beberapa kemajuan," kata pengurus besar Sukan Komanwel Malaysia, Jefri Ngadirin hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, makanan dan hal berkaitan kesihatan tidak menjadi isu kerana ia diberi perhatian sewajarnya oleh penganjur.

Delegasi Malaysia dengan tujuh anggota yang diketuai Jefri, tiba di Delhi dua malam lalu, untuk memeriksa keadaan venue dan zon kediaman atlet, selepas pihak penganjur sukan itu gagal menyiapkan segala kemudahan yang diperlukan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Hingga hari ini, pekerja termasuk lelaki dan wanita, kebanyakan mereka dari beberapa negeri berdekatan, masih kelihatan bertungkus-lumus membersihkan ibu negara India itu yang akan menjadi tumpuan warga media dari seluruh dunia beberapa hari lagi.

Dari 3 hingga 14 Oktober, hampir 7,000 atlet akan berkampung di Delhi untuk mengambil bahagian dalam edisi kesembilan Sukan Komanwel yang julung kalinya diadakan di India.

Pasukan boling padang dengan 15 anggota adalah kumpulan atlet pertama Malaysia yang tiba di Delhi malam tadi dan mereka terpaksa menginap di sebuah hotel di bandar raya itu kerana bilik penginapan mereka di perkampungan sukan berkenaan masih belum disiapkan.

Mereka bagaimanapun berpindah ke perkampungan itu tengah hari ini dan memulakan latihan.

Malaysia akan menghantar kira-kira 200 atlet serta 90 pegawai ke sukan itu untuk mengambil bahagian dalam 14 acara.

Menurut laporam media di India, 150 flat perkampungan Sukan Komanwel disahkan masih belum boleh diduduki. Manakala segala sampah sarap dianggarkan seberat 40 tan belum dibuang dan 120 tan sampah sarap sudah dibuang setakat ini. Ketua Menteri telah memanggil mesyuarat tergempar di Delhi bagi menyelesaikan masalah ini.



Sumber : Bernama, The Times of India

Jika anda minat artikel ini :
thanks1

Perkampungan Sukan Komanwel Delhi Teruk!!

Posted: 24 Sep 2010 08:33 PM PDT

Laporan pertama Sukan Komanwel Delhi beri gambaran menakutkan

ITULAH gambaran me­­nakut­­kan daripada laporan pertama diberikan urus setia kontinjen negara diketuai Pengurus Besar yang juga Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin selepas tiba di New Delhi, kelmarin

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, berkata dia menerima emel pertama daripada Jefri, semalam yang membayangkan keadaan temasya Sukan Komanwel dari 3 hingga 14 Oktober ini teruk berikutan banyak kemudahan yang belum siap sepenuhnya. "Jadi, kita akan meng­­am­­bil langkah sewajarnya da­­ripada gambaran yang diberikan urus setia yang sudah berada di sana un­­tuk memastikan kontinjen ne­­gara tidak berdepan masalah besar sepanjang berada di banda raya itu," katanya.

Mengulas lanjut mengenai emel yang dihantar Jefri, Zolkples berkata, pasukan urus setia turut memberitahu mereka terpaksa menunggu empat jam untuk memasuki perkampungan sukan dan tambahan satu jam setengah lagi untuk memasuki pangsapuri se­­mentara yang dise­­diakan.

"Jefri memaklumkan blok penginapan yang disediakan untuk kontinjen negara tidak memuaskan dan se­­dang berusaha memohon menukar blok yang terletak di hujung ke kawasan tengah yang kelihatan lebih baik.

"Dia juga tidak pasti bila perkampungan sukan berkenaan akan dibuka secara rasmi kerana sukar mendapat maklumat berikutan ketiadaan penyelarasan di antara pegawai yang bertugas," katanya.
Zolkples berkata, atlit juga perlu berdepan kawalan keselamatan yang ketat dan melampau di perkampungan sukan yang turut menjadi topik perbincangan hangat di kalangan kontinjen yang sudah berada di sana.

"Kita akan terus berhubung dengan pasukan urus setia di sana bagi mendapatkan perkemba­­ngan terkini mengenai situasi yang berlaku dan me­­ngambil langkah susulan untuk memastikan kontinjen negara lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfsODlpgEo-RKYawqV9oapupKtsGRD-nC4Txchk10GLp_7WH8twD981iNdrQFFQWXrbFsDyrk_pEQid2hMNo9FubbOjd8xVm5-zamA6OJluopsTlSNFNWq8TqpCSUT5iGMSCv0IaLdTjDz/s1600/1.jpg
Keadaan sinki yang kotor.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQIGCr9Bps2eXJpA73fBUZJWuoUZuFjJR6S_WKpjVki82mhegkjWkKE7_cD7TFbwUQE3FTqDPWl-5W2aj6_0li1HBMchNYDO6auWxJqI6dhE49Hhk57hFNyudD41T2FEeoHjucQGNwesnL/s1600/2.jpg
Bilik air juga turut kotor.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeuFvrJClecaA2AHmBPnfy8zlwgxyEundJBpbZ4X3H1jnrc1pnf56qNDe9SY3vSciZYne-5ABy1uy7_L_JRFY0xLpeYZWYvz-oEIMXWKma5KHBjWurnhNj_tJqspBvEvs5XR5seXX0mUUt/s1600/3.jpg
Kesan kotoran daripada tapak kaki anjing di atas tilam.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBYYhRFHz2z_fgEla0b7TLehNakdH46IcUhLQ_Z5MIM8AaqZgxGHkb5N3IatqwyXTxOVbjm4WFnp7Z-l6t8ZmFVk7Es_RF2XlmTx5981B1HldNLEqD4fAoSui2Pflu2OQT02bMzm48qoBM/s1600/4.jpg
Kebocoran di bilik mandi utama.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsmhfUFeRrp0FOwFxNB0mcI6jk4AGaxQwprxhDBxR6q-YLl61i2vpXK_aJsB3puOeOY9XczgErC-HxJbaeiAdFQ2hi14g376976lzywrGmpbu2UrhEiahdE3CUigsHenqCuwgbOXlvLuho/s1600/5.jpg
Keadaan sinki dan tandas yang sangat jijik.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuksJoeYpaT1ZVWSzwnLbPz1NVEYHej3IuDhReD5VazpFYm-Ma2IP7zF24HGFzKQz2ykVcZVW7TGVam8RsAi6XRfjTUV0GeeLhBaDRd9J__NC-PIfIP7LPq7xczqwS9hXLynl50yGO12vv/s1600/6.JPG
Keadaan di luar perkampungan sukan.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9oRlwI5hS973Lo_epGkDoakO6CZDs5JhRnUVRUoNBGbhN4eqgXcfhVTHU4gv3rTmeKP-zi0sN8LpbhJVemY6YIxpOuBEKSMDsonQLGi_SlsoWJ8w43vKhZXRaSNW2FgzhUrUM4eACPEzQ/s1600/7.jpg
Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhagZeaC2hmPp29RFZUvDz5Hh6c3c3WBqLE0XpY64qv6h8auW51Ag3Ds7LnymJEhIgv8u3haaIW-9uq3Q6hbkSgJ-TgHEMeDC6cNm7VBCsnyxxbvtebZXoGTdWB57qis3OBEm64WymDm-u2/s1600/8.jpg
Kabel yang masih belum diselenggara dengan sempurna.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidnkirKV2cO-XnOaC9Ao0d96GxFE9K5C56ZzyrxxHPYxIOQapm9-1ad7QPC1NBc9Nuz3oQbakn5NUv-l49Bku0J1cXGQL2Vie7Jh-481J8xmL6FAYCSliUrUJTC-FfR-j1qURP8Ng0q85k/s1600/9.jpg
Laluan masuk ke perkampungan sukan yang kotor dan tidak terurus.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWsdy0d7TBeeHXLjTryCmG7p7c1OjMNdI_phvoJKTjG4uTI-Mb1wybcV653eVSXJm1dVA7Uu0xLVBE6H3nD9PS-F5ZqJJ83kJgVSt_lacTSiIuILvgs_oLWjRhFCmwS-RPOzwQTzTmnA-_/s1600/10.jpg
Pembinaan yang tidak disiapkan dengan sempurna.



Sumber : Sky News, Berita Harian

Jika anda minat artikel ini :
thanks1

Saintis Wanita Cuba Bunuh FBI Dipenjara

Posted: 24 Sep 2010 06:22 PM PDT

Gambar fail ini menunjukkan gambar-gambar yang dikeluarkan oleh FBI pada 26 Mei, 2004 menunjukkan dua imej-imej Aafia Siddiqu.

NEW YORK, Sept. 23 -- Seorang saintis wanita Pakistan yang pernah menjalani latihan sebagai seorang saintis di Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun pada Khamis lalu setelah disabitkan dalm cubaan membunuh askar-askar Amerika dan agen-agen FBI di Afghanistan dua tahun lepas.

Seorang juri di Manhattan mensabitkan Aafia Siddiqui dengan tujuh tuduhan, termasuk cubaan membunuh dan serangan bersenjata ke atas PEGAWAI-PEGAWAI AS. Dia akan menjalani hukumannya di Texas di mana tempat ia ditahan sebelum ini sementara menunggu perbicaraan.


23 September, 2010 di sebuah bilik mahkamah lukisan menunjukkan ilustrasi saintis Pakistan Aafia Siddiqui (kanan) dan Hakim Richard Berman di New York. Mahkamah persekutuan AS Khamis lalu menjatuhkan hukuman Aafia Siddiqui untuk dipenjarakan selama 86 tahun kerana cubaan membunuh pegawai-pegawai AS di Afghanistan. "Ia pengadilan saya Dr Siddiqui dijatuhkan hukuman menjalani tempoh pemenjaraan selama 86 tahun," kata hakim Richard Berman. Aafia Siddiqui, 38, mengecam perbicaraan dan berkata membuat rayuan akan hanya "membuang masa. Saya hanya merayu kepada Tuhan."


Ismat Siddiqui, ibu kepada Aafia Siddiqui, semasa bercakap pada satu sidang media di rumahnya di Karachi pada 23 September, 2010 berkaitan isu Aafia yang dihukum di AS.


Siddiqui, 38, didapati bersalah kerana merampas senapang M-4 daripada seorang askar dan cuba untuk menembak sekumpulan ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan askar di pejabat polis Afghanistan pada Julai 2008.

Ketika ia ditahan pada 2008, di dalam beg tangannya terdapat segala panduan membuat bahan letupan dan satu senarai mercu tanda di New York, termasuk Statue of Liberty, Brooklyn Bridge dan Empire State Building.

Siddiqui menerima ijazah-ijazah sarjana dari Massachusetts Institute of Technology dan Brandeis University dalam bidang biologi dan neurosains dan menetap di Amerika Syarikat antara 1991 dan Jun 2002.


Sumber : AFP



Jika anda minat artikel ini :
thanks1