shalehudin |
- 18 cedera, bas terbalik di Karak Highway
- Wa ampu sana, wa ampu sini
- Kelaku hangpa ada orang dok perati
- Musuh Pakatan gagal
- Remaja2, tolong jangan hamil sekarang
- Akibat dari Islam keturunan
- Haha... tembelang Khusrin dah pecah
- Umno memang jenis tak tau malu
- Suara keras dari seberang
- Besar harapan rakyat terhadap anda
- Gambar Guan Eng di Masjid Jamek Bagan Jermal
| 18 cedera, bas terbalik di Karak Highway Posted: 02 Sep 2010 08:50 AM PDT Keadaan bas persiaran yang terbalik di KM 35.1 Lebuh Raya Karak dalam perjalanan dari Genting ke Batu Pahat hari. – Foto Bernama KUALA LUMPUR, 2 Sept — Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-KualaLumpur hari ini. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor Supt Che Hussin Omar berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan lebat. Bas itu yang dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Batu Pahat dan membawa 25 penumpang terbabas akibat jalan licin ketika menuruni jalan di laluan tersebut, katanya kepada Bernama di sini. Che Hussin berkata mangsa yang cedera dirawat di Hospital Selayang manakala yang tidak mengalami kecederaan meneruskan perjalanan ke destinasi dengan menaiki bas lain. Tujuh yang cedera mengalami patah dan retak tulang manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar, katanya. Beliau berkata antara yang mengalami cedera agak teruk itu ialah seorang wanita warga China dan seorang lelaki rakyat Indonesia. Bas tersebut katanya, membawa tujuh rakyat tempatan manakala bakinya adalah warga asing. Sementara itu, pemandu bas Atan Mohamad, 44, berkata dia tidak memandu laju kerana keadaan hujan lebat serta jalan yang licin. "Semasa saya memandu tiba-tiba air melimpah di atas jalan menyebabkan saya tidak dapat mengawal bas lalu melanggar penghadang jalan dan terbalik," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Atan, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu. Seorang penumpang, Manja Kasim, 28, yang mengalami cedera ringan berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila menyedari bas tersebut sudah terbalik. — Bernama |
| Posted: 02 Sep 2010 07:22 AM PDT Bukan waktu sesuai Taib berundur, kata Wan Junaidi Memandangkan suasana politik di Sarawak sedang melalui fasa yang agak tidak menentu, termasuk masalah dalaman yang melanda beberapa parti komponen BN negeri, maka adalah tidak wajar bagi sesiapa jua menuntut agar Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatannya, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata Taib, yang bakal menggenapkan tahun ke-30 perkhidmatannya sebagai ketua menteri pada Mac tahun depan, perlu terus memimpin Sarawak untuk menyelesaikan pelbagai isu penting yang mendepani parti gabungan itu. "Bukan waktu yang sesuai...ibarat anda sedang belayar di laut dalam dan dilanda badai dan taufan, sudah tentulah nakhoda anda tidak boleh meninggalkan kapal kerana adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengemudi kapal berkenaan dengan selamat," katanya kepada Bernama hari ini. Wan Junaidi, yang juga anggota majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tulang belakang BN Sarawak pimpinan Taib, berkata perbalahan dalam kalangan pelbagai puak, termasuk dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), terus berlarutan, sedangkan pilihan raya negeri semakin hampir. Walaupun penggal semasa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berakhir pada Jun tahun depan, pembubarannya boleh dibuat pada bila-bila masa untuk merintis jalan kepada pilihan raya negeri. Wan Junaidi berkata walaupun pemimpin PBB itu pernah berkata secara terbuka bahawa beliau akan berundur pada 2006, sebelum mengambil keputusan sebaliknya selepas banyak pihak dalam parti itu memujuk beliau supaya terus berkhidmat, tetapi khabar angin bertiup kencang kononnya Taib berura-ura untuk mengumumkan persaraannya dalam tempoh terdekat. "Tidak dapat dinafikan memang ada banyak khabar angin, pereka cerita (kiri dan kanan) pun berkata tentang banyak hal, di samping blog, akhbar serta pemberita (yang berkata itu dan ini)...macam-macam hal orang kata," katanya. Bagaimanapun, kata beliau, terpulanglah kepada angota PBB untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan oleh presiden mereka dalam suasana demikian. Mengenai khabar angin itu, beliau berkata sebagai pengerusi BN kebangsaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhak mengadakan perbincangan hati ke hati serta mendengar pandangan Taib tentang perkara tersebut. Baru-baru ini, Taib dilaporkan berkata beliau sedia berundur sekiranya beliau sudah tidak lagi diperlukan oleh rakyat, parti dan Perdana Menteri. Wan Junaidi juga berkata dalam membuat keputusan berhubung perkara itu, pandangan seluruh anggota parti, yang merupakan majoriti senyap, perlu diambil kira, bukan berdasarkan pendapat seorang dua anggota sahaja. Sebab itulah, kata beliau, dalam mesyuaratnya di Miri pada Isnin, anggota majlis tertinggi PBB yang diketuai Timbalan Presiden Tan Sri Alfred Jabu, mengambil pendirian menyokong penuh Taib untuk kekal sebagai ketua menteri. Sebagai wakil majoriti senyap dalam PBB, pendirian itu mencerminkan kesediaan mereka untuk berkorban dan menentang semua ancaman yang bertujuan menjadikan kedudukan kerajaan BN Sarawak tidak stabil. Sumpah taat setia dan sokongan terhadap Taib, yang sekali lagi menunjukkan dengan jelas bahawa khidmat beliau masih diperlukan untuk menjamin semua rancangan pembangunan dan transformasi berjalan lancar, diserahkan kepada ketua menteri Sarawak itu sejurus beliau tiba di Lapangan terbang Miri untuk menghadiri sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 peringkat negeri. Wan Junaidi berkata keputusan sama ada untuk berundur atau sebaliknya bukan terletak di tangan pengerusi BN Sarawak berusia 74 tahun itu semata-mata kerana ia juga perlu mengambil kira pendirian kesemua empat parti komponen BN negeri. PBB sendiri telah menyatakan pendiriannya dengan begitu jelas pada Isnin, kata beliau.- Bernama |
| Kelaku hangpa ada orang dok perati Posted: 02 Sep 2010 06:00 AM PDT Peringatan buat para pengguna jalan raya seluruh negara, sedarlah keranan tingkah laku anda diatas jalanraya sepanjang musim perayaan ini sedang diperhati. Perlu diingat, hendaklah sentiasa mematuhi peraturan jalanraya. Mematuhi peraturan bukan saja kerana anda diperhatikan oleh polis trafik saja. Ia hendaklah dijadikan sebagai amalan harian samaada dengan ataupun tanpa pantauan Polis trafik. Polis trafik diseluruh negara telah dikerahkan mengorbankan cuti raya memasing untuk memantau jalan-jalan raya di negara ini selama 24 jam sempena Ops Sikap 22 bermula 3 hingga 17 September ini. - Foto Bernama |
| Posted: 02 Sep 2010 04:00 AM PDT Isu masjid: Usaha musuh Pakatan gagal – Abd Shukur Harun 1 SEPT – Usaha beberapa ulama dan para pemimpin PAS mengemukakan hujah Al-Quran dan Sunnah yang mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid, setelah mendapat izin pihak berkenaan, telah dapat membersihkan imej Islam yang dikotori golongan tertentu. Malah telah mempererat lagi hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta menggagalkan usaha mereka memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu yang bersifat fitnah, tuduhan dan rangkaian kata-kata karut marut yang disebarkan dalam media tradisional yang dikuasai golongan itu. Tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr Muhd Nur Manuty, Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain serta para tokoh pemimpin PAS, Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain telah benar-benar membantu menjernihkan keadaan, di samping memperlihatkan wajah Islam sebenar kepada anggota Pakatan Rakyat. Dengan itu, gagallah usaha musuh politik Pakatan Rakyat – Umno/BN – untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat dengan menaburkan isu karut marut yang sangat berbau perkauman dan kebencian. Malah kita terkesan juga bahawa umat Islam sendiri kebanyakannya faham hal ini dan tidak terpedaya dengan isu palsu yang ditimbulkan. Masjid dan surau, kuliah-kuliah, tazkirah tidak lansung membangkitkan isu ini bahkan melawan balik – suatu isyarat bahawa umat Islam sedar isu ini hanya "permainan" golongan politik sekular yang bangkrap idea. Bahkan susana Bazaar Ramadan sendiri – tempat rakyat biasa pelbagai kaum dan agama – tetap harmonis, dengan pelbagai golongan rakyat membeli pelbagai juadah dengan wajah ceria, seperti tidak terkesanpun dengan berita palsu yang karut marut. PAS telah berdiri gagah menampilkan kebijaksanaannya dengan mengemukakan pandangan Islam yang sebenar mengenai isu palsu yang dibangkitkan itu, iaitu seperti isu khatib dikatakan berdoa kepada pemimpin bukan Islam, isu wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid dan surau untuk menyampaikan bantuan dan berucap pendek. Pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat dari kalangan Islam dan bukan Islam mendapat fahaman Islam yang cukup jelas mengenai isu ini dengan penerangan para tokoh in. Sementara ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr Muhd Nur Manuty, Dr Asri Zainal Abidin dan lain-lain telah menjernihkan imej Islam yang dikotori oleh golongan tertentu. Tokoh ulama berwibawa ini telah mengemukakan hujah ilmu mereka berdasarkan hujah Al-Quran, sunnah dan hadis. Setakat ini, para tokoh Umno/BN dan penyokong serta "ulama" mereka tidak mampu mengemukakan hujah ilmu untuk mempertahankan sikap mereka. Kenyataan demi kenyataan mereka hanya berupa rangkaian tuduhan karut marut yang berbau politik kepartaian, perkauman dan prejudis, tidak lebih dari itu. Ini menunjukkan kedangkalan ilmu Islam mereka, tetapi malangnya pandanga mereka ini benar-benar merosakkan imej Islam. Saya memetik pandangan tokoh ulama berwibawa, Dr Muhd Nur Manuty mengenai hal ini. Dalam sebuah kenyataan beliau berkata: "Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai persoalan orang bukan Islam masuk dalam masjid. Pertama: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. "Kedua: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. "Ketiga: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana dharurat kerja." Menurut Dr Muhd Nur Manuty lagi, beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan solat mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)" Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, kata beliau, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid biasa dengan syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, tambah beliau lagi, adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al- Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di negara ini. Lebih jauh lagi, kata Muhamad Nur Manuty, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat yang telah ditentukan. Menurut beliau, amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam. Sewajarnya, para wakil rakyat Pakatan Rakyat perlu diberikan pujian kerana kesungguhan mereka dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor. "Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu," kata beliau. Lebih-lebih lagi, katanya, berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Dr Muhamad Nur sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno ini. Ini kerana ia akan menjadikan kita semakin lesu sementara masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Hakikatnya, kata beliau lagi, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan.- harakahdaily.net |
| Remaja2, tolong jangan hamil sekarang Posted: 02 Sep 2010 02:00 AM PDT Aku menyeru semua remaja remaja terutamanya remaja remaja di Melaka, tolong la jangan hamilkan diri anda sekarang kerana sekolah hamil yang pengetuanya si Ali Rustam belum bersedia. Pada remaja remaja yang bercita cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran di sekolah hamil ni, tolong simpan dulu cita cita murni tuh... haha... Aku nak bagi cadangan la kat Ali Rustam tuh, kesemua tenaga pengajar, warden dan jugak kaunselor nanti diambil dari kalangan orang orang hamil... wakaka... Pada sesapa yang berminat, sila lah kemukakan permohonan anda sekarang pada MAIM... ish... ish... *************************************** Mohd Ali: Buat permulaan, kita perlu lima ke enam orang staf wanita seperti guru, warden dan kaunselor. MELAKA, 1 Sept — Sekolah untuk remaja hamil dikenali Sekolah Harapan yang dijadualkan mula beroperasi hari ini, ditangguhkan pembukaannya ke 16 September ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Beliau berkata penangguhan itu disebabkan beberapa keperluan logistik seperti pengambilan staf masih belum dapat dipenuhi oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). "Buat permulaan, kita perlu lima ke enam orang staf wanita seperti guru, warden dan kaunselor," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas askar British di pejabatnya di Seri Negeri di sini, hari ini. Sekolah Harapan itu akan beroperasi di sebuah bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad di Jasin dan setakat ini, seramai tiga orang remaja telah memohon untuk memasuki sekolah itu. Mohd Ali berkata MAIM juga sedang mencari calon yang sesuai untuk menjawat jawatan pengetua sekolah itu dan berharap dapat melantik pendidik yang berpengalaman dan berdedikasi seperti pesara guru agama yang cemerlang. Beliau berkata mereka yang berminat untuk menjawat pelbagai jawatan secara sepenuh atau separuh masa boleh terus menghubungi MAIM dan calon berpengalaman seperti pesara guru dan bekas pembantu kebajikan masyarakat digalakkan memohon. Katanya kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 setahun untuk mengendalikan sekolah itu meliputi tempat tinggal, makan, minum dan kos bersalin untuk remaja tersebut. — Bernama |
| Posted: 02 Sep 2010 12:30 AM PDT Keindahan Islam: Masjid untuk semua Oleh: wanibrah "Pendekatan bertugas Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang, 22 Ogos lalu semata-mata untuk memenuhi permohonan bantuan surau dan menyerahkan kepada pihak terbabit serta menyampai ucapan berhubung program pendidikan Kerajaan Negeri Selangor dilihat sudah dipromosi secara salah oleh pihak tertentu. Menyebabkan terbongkar satu lagi kejahilan amalan beragama sesetengah orang Melayu yang beragama Islam secara "keturunan." Rasa sedikit pilu atas keserlahan kejahilan beragama itu turut dirasai oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana pendekatan itu merupakan antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah. Namun, menurut Tuan Guru ia menjadi bising kerana sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni. Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah. Menurut Tuan Guru lagi sepertimana dipetik Rizal (Harakahdaily 28 Ogos 2010), "kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid. Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi." Benarkah mereka ini jahil? Kejahilan amalan beragama sesetengah orang Melayu yang beragama Islam secara "keturunan" dapat dibaca secara terbuka, terang dan nyata. Antaranya dalam Utusan Online (27 Ogos 2010) menyiarkan kenyataan jahil tuke, seorang pejuang Melayu (bukan pejuang agama) merangkap Yang Dipertua kepada sebuah pertubuhan (peringkat Negeri Selangor) yang ada kaitan dengan pejuang Melayu Pasir Mas ada berkata, pihaknya memandang serius tindakan Nie Ching kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan titah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik sebelum ini. Lalu menganggap tindakan ahli parlimen itu sebagai bertentangan dan menyalahi hukum kerana orang bukan Islam tidak boleh memasuki ruang solat masjid atau surau apatah lagi untuk menyampaikan ceramah kepada umat Islam dalam rumah ibadat itu. Lantas menyifatkan ia betul-betul satu penghinaan yang amat besar kepada umat Islam apabila ada seorang bukan Islam yang keadaannya tidak 'bersih' memasuki ruang solat utama surau berkenaan untuk mengadakan majlis dan membuat ucapan di situ. Malah turut mempersoalkan pula tindakan Teo Nie Ching itu, apakah kerana politik, maka hukum dan larangan orang bukan Islam masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau boleh dihalalkan. Semua kenyataan itu disiarkan secara terang (bercetak) oleh akhbar Utusan Malaysia (28 Ogos). Turut disiarkan oleh akhbar yang sama ialah selaran oleh individu yang mengaku sebagai pengerusi kepada majlis gabungan pertubuhan tertentu (juga peringkat Negeri Selangor) dan sasarannya ialah menyelar tindakan pihak jawatankuasa surau Al-Huda ekoran berita membiarkan orang kafir (mungkin dimaksudkan kepada ahli parlimen Serdang) yang memasuki ruang solat dan memberikan ucapan dalam rumah ibadat itu. Selarannya itu turut dipetik sebagai berkata, sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan aktiviti surau terbabit, barisan jawatankuasa surau itu seharusnya bersikap lebih peka dan sensitif dalam hal melibatkan persoalan agama. Lalu mengaitkan peristiwa (dimaksudkan kepada orang kafir masuk surau) itu dengan persoalan, adakah ideologi politik yang menjadi kepercayaan ahli-ahli PAS yang dikatakan berada dalam surau berkenaan melebihi daripada hukum dan larangan yang ditetapkan oleh ajaran Islam. Kemudian menyindir tindakan ahli politik (ahli parlimen wanita yang dimaksudkan itu mungkin Teo Nie Ching) dengan penegasan, "jika mahu memberikan bantuan atau mengadakan ucapan, kenapa tidak pilih saja tempat lain, kenapa perlu diadakan di dalam ruang solat surau berkenaan." Kenyataan mengejutkan Sesuatu yang mengejutkan ialah kenyataan salah seorang pihak bertanggungjawab mengurus sebuah majlis agama di Negeri Selangor (bukan Dato' Dr. Hassan Mohamed Ali) yang telah membuat siasatan ke atas kes ahli parlimen wanita bukan Islam memasuki surau al-Huda sebagai benar berlaku (Utusan Malaysia 28 Ogos), lalu pihaknya membuat keputusan untuk mengambil alih Surau al-Huda dan mengurus pentadbrian surau itu serta merta. Jika kenyataan itu diamati, maka orang awam akan memahaminya sebagai suatu kesalahan besar bagi mana-mana pihak yang mentadbir masjid atau surau menerima kehadiran orang politik (bukan Islam) menyampaikan sumbangan dan berucap dengan menyentuh program Kerajaan Negeri Selangor. Maka layak dipersoalkan, apakah hukum (fatwa) menerima sumbangan dan ucapan dari orang politik di atas masjid? Atau apakah hukumnya orang bukan Islam hadir ke dalam masjid untuk menyampai sumbangan dan berucap? Implikasinya, jika hukum (fatwa) yang dipakai bagi kedua-dua keadaan itu adalah hukumnya haram, nyatalah ajaran Islam yang dianuti itu bukan menggambarkan keterbukaan Islam dan hakikat Islam itu bukan indah dan bukan untuk semua kaum. Natijahnya pendirian hukum itu boleh disifatkan batil. Tidak mengejutkan Di sebalik ada tindak balas sepertimana di atas, ada pula tindakan pemimpin cabang pemuda Umno Selangor (Bernama 28 Ogos) yang menganggap pendekatan ahli parlimen Serdang itu sebagai "mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara." Kenyataan itu tidaklah mengejutkan kita kerana memang Umno berkarat memperjuangkan sentimen kaum Melayu. Kenyataan hampir sama dengan ulasan ketua cabang wanitanya (Utusan Malaysia 28 Ogos) yang menganggap pendekatan ahli parlimen wanita (katanya dari DAP) itu adalah "menifestasi kebiadapan" pemimpin pembangkang kepada umat Islam. Persoalannya, adakah memberi sumbangan dan menceritakan program Kerajaan Negeri Selangor sebagai suatu kebiadapan? Mungkin bagi mereka (dua pemimpin Umno itu) rumah Allah (masjid, surau dan madrasah) hanya layak dimasuki orang Melayu sahaja. Lalu mata dacingnya begitu sensitif seakan-akan ahli parlimen (seorang dari kaum Cina) sudah menghunus senjata kepada pemimpin 1Malaysia. Jika demikian benarnya apa yang dipetik oleh Bernama (28 Ogos) itu, maka memang parah pemikiran 1Malaysia pemimpin generasi baru Umno, sampai gopoh begitu sekali! Penjelasan tuan terbabit Sehubungan dengan beberapa ulasan dan kenyataan yang mensasarkan kepada ahli parlimen Serdang itu, maka tuan punya diri (Teo Nie Ching) telah menjawabnya seperti dilapor menerusi blognya (http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21522314). Antaranya beliau mengeaskan kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau, dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau. "Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. "Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik. "Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan." Berdasarkan pengakuan di atas, apakah pengadilan yang harus diberikan kepada ahli parlimen Serdang itu? Ataukah kita menerima apa yang dilaporkan media dan menganggap segala kecaman serta amaran daripada pelbagai pihak itu sesuatu yang benar dan adil? Hanya kerasionalan mampu menterjemahkan sesuatu yang benar dan adil. Kes sama dihadapi Jayakumar Pengarang Utusan Malaysia sebelum ini (5 November 2009) turut melaporkan cerita yang sama melibatkan sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang yang membenarkan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dalam masjid. Lalu dikatakan seorang ketua bagi pihak berkuasa agama menegaskan, "orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid." Kenyataan itu berbau hukum (fatwa) sahih kerana membuat analogi yang tepat, iaitu Islam melarang wanita berhaid masuk dalam masjid. "Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat." Realitinya, Jayakumar hanya hadir berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan dibuat di dalam masjid (pada 31 Ogos 2009). Peristiwa itu seakan sama dengan apa yang dihadapi Teo Nie Ching. Apapun, tindakan pihak berkuasa agama itu adalah seakan menyokong memorandum Pemuda UMNO ketika itu yang dikatakan melihat tindakan Jayakumar itu hanya boleh berucap di pekarangan masjid tanpa perlu menggunakan dalam masjid. Fatwa bukan Islam boleh masuk masjid Apa yang difahami daripada beberapa kenyataan pemimpin Umno, pihak berkuasa agama mahupun beberapa penulisan yang termuat dalam Utusan Malaysia (akhbar Penyebar Fikiran Rakyat) pada 30 Ogos 2010 dilihat menyerang Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Malah kesan daripada kenyataan dan penulisan itu secara terang telah memberi imej buruk kepada ajaran Islam itu sendiri. Justeru Islam sudah tiada keindahan lagi dalam konteks hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Hayatilah kenyataan fatwa yang dibaca seperti berikut: "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. "Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. "Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang." Landasan mengukuhkan fatwa Sehubungan dengan fatwa tersebut, kita umat Islam seharusnya berfikiran rasional berasaskan beberapa landasan hukum harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid. Berpandukan beberapa sumber, tulisan ini memaparkan beberapa pandangan ulama' mengenai hukum harus dan haram bagi orang bukan Islam memasuki masjid. Antaranya pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi yang menyatakan harus termasuklah Masjidil Haram dengan berhujah bahawa Rasulullah SAW pernah menerima tetamu dari Thaqif, yang masih belum Islam pada masa itu di masjidnya dan tinggal di situ sebelum mereka memeluk Islam. Dalam hal ini, Imam Ahmad Hanbal menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan yang munasabah. Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi SAW untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, Nabi menyebut kepada sahabat, "biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)." Selain itu, Imam Bukhari menerusi sebuah hadis menyebutkan bagaimana seorang bukan Islam bernama Thumamah ibn Athal diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu): "Rasulullah SAW menghantar seorang berkuda ke arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah (sedang mengintip) bernama Thumamah ibn Athal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Selepas tiga hari, yakni setelah Thumamah melihat bagaimana umat Islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, akhirnya dia memeluk Islam kerana tertawan dengan keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam. Meskipun firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini." Namun, ayat ini menegah orang-orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram dalam keadaan telanjang sebagaimana adat mereka ketika jahiliyyah adalah menghina Masjidil Haram. Ini kerana apa yang menjadi najis bukan tubuh badan mereka tetapi iktikad mereka. Imam Abu Hanifah menyatakan orang bukan Islam dibenarkan memasuki Masjidil Haram sekadar lalu, tidak dibenarkan duduk dan menetap (sebagaimana sebahagian umat Islam) dan 'kotor' sebagaimana difahami adalah kekotoran syirik yang melibatkan hati bukan kekotoran fizikal. Begitu pula ada pandangan ulama-ulama mazhab Syafie membolehkan bukan Islam memasuki masjid dengan izin kaum Muslimin kecuali Masjidil Haram (rujuk Raudhah Tolibin, Jil.1. Hlm. 296). Pandangan yang sama dengan Imam Ahmad dan sebahagian ulama Mazhab Hambali. Ia berlandaskan kata-kata Said bin Musayyib: "Sesungguhnya Abu Sufyan masuk ke Masjid Madinah ketika dia belum Islam, namun itu tidak diizinkan untuk Masjidil Haram (Rujuk Tafsir Ibnu Abi Hatim mengenai ayat 28, surah al-Taubah). Apapun, ada pandangan Imam Ahmad bin Hanbal yang menghukumkan haram bagi orang-orang bukan Islam memasuki masjid. Ia disokong majoriti fuqaha mazhab Hambali. Asasnya berpandukan hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Umar bin Al-Khattab pernah menyuruh seseorang memasuki masjid tetapi dihalang oleh Abu Musa kerana orang itu seorang Nasrani. Saidina Umar tidak membantah halangan Abu Musa. Pandangan ini diperkuatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya mengenai ayat 28 surah al-Taubah. Namun, pandangan mazhab Malik (rujuk Hasyiah al-Showi dan Hasyiah al-Dusuki) orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid sekalipun diizinkan oleh orang-orang Islam melainkan dalam keadaan darurat (tertentu). Asasnya kerana dibimbangi akan berlaku perkara-perkara yang menghina kesucian masjid. Keadaan darurat itu dirujuk kepada perbezaan jenis orang bukan Islam itu sama ada harbi, zimmi atau 'ahdi. Maka yang bertaraf zimmi adalah mereka yang sedia mesra dengan Islam tidak mungkin menghina kesucian masjid. Kunci fatwa Apapun perbahasan harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid tetap berteraskan kepada firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini." Justeru itu, ada pandangan yang melihatnya paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh ulama Islam: pertama, orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, kedua mengapa orang bukan Islam dilarang memasuki Masjidil Haram, dan ketiga orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram. Sehubungan itu perlu juga dirujuk kepada maksud firman Allah (an-Nisa' ayat 43), "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja." Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat ini. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad menghalusi dalam hal tersebut. Sementara di sisi mazhab Maliki dan Syafie pula melarang memasuki Masjidil Haram, namun demikian bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) dibolehkan untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu. Masjid selain Masjidil Haram Imam Ibn Hajar Al-'Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap melarang orang bukan Islam memasuki masjid. Manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan memasuki masjid-masjid selain Masjidil Haram dengan syarat-syarat tertentu. Ibn Hajar juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah (merujuk hadis mengenai Thumamah ibn Athal) tersebut. Imam Nawawi yang merujuk kepada hadis ini berkata harus mengikat tawanan dan menahannya serta harus bagi seorang yang bukan Islam memasuki masjid. Bagi Mazhab Syafie keharusannya dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam sama ada orang bukan Islam itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya (rujuk Syarah Sohih Muslim 12/87). Selain yang di atas, al-Muzani merupakan murid Imam Syafie juga berbeza ijtihad dengan gurunya. Bagi al-Muzani menyatakan tidak harus orang bukan Islam memasuki masjid, apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat (an-Nisa':43) di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja. Bagi al-Mawardi pula, apa dimaksud al-Muzani, iaitu sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika tidak harus bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah orang bukan Islam lebih-lebih lagi dilarang––kerana mereka dikira sentiasa berjunub. Malah kata-kata Imam Syafie dalam hal ini, iaitu "tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram (rujuk al-Hawi al-Kabir 2/268). Rumusan hukum Majoriti ulama bersepakat orang bukan Islam tidak boleh memasuki Masjidil Haram. Sementara agak jelas terdapat ijtihad yang berbeza di dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid selain Masjidil Haram. Namun didapati majoriti ulama silam dan masa kini dilihat mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa, tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Antara syaratnya mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan, mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya, dan orang bukan Islam mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya. Sesungguhnya Islam menggalakkan toleransi dan keharmonian hidup antara Islam dan orang bukan Islam. Jika masuknya orang bukan Islam itu untuk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kepada persefahaman lebih baik, maka ia amat digalakkan. Selari dengan hakikat Islam ialah agama yang mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud dengan semua kaum dan agama. Selari dengan panegasan Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar bahawa mengikut fuqaha' mengenai maksud firman Allah SWT (merujuk kepada at-Taubah: 28 dan an-Nisaa': 43) majoriti fuqaha' termasuk kalangan Mazhab Maliki, Shafie dan yang lainnya hanya musyrikin atau penyembah berhala tidak dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Mekah. Bermakna tidak salah kalau orang Kristian (Nasrani) dan Yahudi memasukinya. Berdasarkan kepada pandangan dinyatakan, umumnya orang bukan Islam dibenarkan untuk memasuk masjid dengan berpandukan keadaan, iaitu tidak harus memasuki Masjidil Haram kecuali dengan kebenaran pihak berkuasanya, ada alasan kukuh atas sifat memberi kebaikan di sisi Islam, menghormati kemuliaan masjid sebagai tempat suci untuk beribadah dan menjaga tingkahlaku termasuk berpakaian sopan menurut Islam. Apapun pandangan ulama' membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid adalah bersandarkan sirah di zaman Nabi yang menghukum Thumamah ibn Athal diikat di tiang Masjid Nabawi dan orang Nasrani Najran dibenarkan masuk ke Masjid Nabawi. Rumusannya, jalur mazhab Hanafi membenarkan orang bukan Islam memasuki semua masjid, Syafie pula membolehkan bagi semua masjid melainkan Masjidil Haram dan sekitar tanah haram Mekah, dan mazhab Maliki pula tidak harus melainkan kerana darurat ada kerja yang kepakaran berada pada orang bukan Islam. Oleh: Wan Nik Wan Yussof Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan |
| Haha... tembelang Khusrin dah pecah Posted: 01 Sep 2010 11:00 PM PDT Kita nak mintak tolong kat sapa pulak tengok tengokkan kes macam ni? Jelas tindakan Khusrin melanggar titah perintah Sultan Selangor yang melarang aktiviti politik dijalankan di surau dan masjid masjid seluruh Selangor. Chiss... dasar bangsa Umno yang cuba menjaga jugak kepentingan politik lapok Umno ********************************* Khusrin Talam Dua Muka Didakwa Pujuk Nazir Masjid Benarkan Program Umno SHAH ALAM 1 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini melabelkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai 'talam dua muka' apabila didakwa menggunakan kuasanya untuk memujuk nazir Masjid Nurul Ehsan di Kampung Medan, Petaling Jaya supaya membenar Umno menggunakan masjid itu untuk satu program bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Justeru itu, Khalid berkata beliau akan mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan tegas terhadap Khusrin yang dianggap sebagai ejen Umno dan bekerja demi kelangsungan dan kepentingan parti itu. Bercakap pada satu sidang media di pejabatnya petang tadi, Khalid memberitahu Badan Perhubungan Umno Selangor telah menghantar satu surat bertarikh 12 Ogos 2010 kepada nazir masjid untuk menggunakan masjid tersebut yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja, Badrul Hisham Badrudin. Tindakan ini kata beliau melanggar titah perintah Sultan Selangor yang melarang supaya masjid atau surau di negeri ini digunakan untuk tujuan politik. "Saya menerima salinan surat menggunakan kepala surat Umno yang dihantar kepada nazir Masjid Nurul Ehsan untuk meminta kebenaran menggunakan masjid itu untuk majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri. "Apa yang saya kesalkan adalah tindakan Pengarah Jais yang dilihat telah menyalahgunakan kedudukkannya untuk memujuk nazir masjid itu agar memberi kebenaran kepada Umno melaksanakan programnya. "Bagi saya sikap Khusrin ini seperti 'talam dua muka' kerana beliau mempunyai kepentingan politik. Sebelum ini beliau mengecam Pakatan Rakyat apabila ada pemimpin menggunakan surau atau masjid untuk bertemu penduduk atau menyampaikan sumbangan tetapi kali ini beliau pula menjadi orang yang paling beriya-iya mendapat kelulusan masjid. "Tindakan menggunakan surat parti dan platform Umno jelas melanggar titah Sultan Selangor serta bertentangan dengan etika beliau sebagai penjawat awam," jelas Khalid lagi. Khalid berkata nazir tersebut bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa itu di masjid tetapi membenarkan ia diadakan di kawasan letak kereta dengan menggunakan surat permohonan baru yang tiada kaitan dengan badan politik. "Apa yang saya tahu, Khusrin masih lagi berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan agar program itu dapat diadakan juga. Ini menunjukkan beliau ini adalah sebagai ejen kepada Umno untuk kepentingan politik lapok mereka, bila melibatkan Pakatan Rakyat beliau bising tetapi dengan Umno sanggup merayu sedemikian rupa," tegas Khalid. |
| Umno memang jenis tak tau malu Posted: 01 Sep 2010 09:00 PM PDT Bukan main punya sedap kalau kita dengar apa yang Najib Razak sampaikan sempena kemerdekaan negara ke 53 yang lalu. Najib tanpa segan silu menyatakan bahawa masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan dirosakkan oleh budaya kejumudan serta sikap melampau menerusi isu perkauman dan agama. Memang bangsa Umno ni jenih tak tau malu. Patutnya kenyataan tu ditujukan pada pemimpin Umno dan BN yang terlalu ghairah keluarkan kenyataan mengancam kesatuan kaum. Sapa yang berdemo dengan cara provok kaum Melayu di Pulau Pinang pada 14 Mac 2008, pasai Guan Eng hendak hapus Dasar Ekonomi Baru? Sapa yang berlagak panglima berdemo di Perak 16 mac 2008, pasai kerajaan Pakatan menindas orang Melayu? Sapa yang berlagak pejuang Melayu berdemo pijak kepala lembu di Shah Alam? Macamana pulak dengan ucapan berbaur perkauman ala ala BTN yang diucapkan oleh seorang Pengetua Sekolah di Kulai Jaya Johor dan Guru Sekolah di Bukit Selambau Kedah. Aku percaya, fakta fakta diatas gagal ditangkis Umno dan BN dengan hujah hujah yang jelas. Apa yang jelas disini ialah Umno dan BN gagal belajar menerima kekalahan dan lebih penting tidak tahu meletakkan diri mereka sebagai pembangkang dik kerana sikap ketuanan Umno yang menebal dijiwa mereka selama ini. |
| Posted: 01 Sep 2010 07:00 PM PDT Kita dikejutkan dari mimpi lunak atas kononnya kemesraan serumpun antara Malaysia dan Indonesia dengan balingan najis manusia. Demo dari "Bendera" ini bukan baru tapi kali ni dilihat lebih tersusun rapi. Demo ini dianjurkan sebegitu rupa agar kebangkitan terhadap "Ganyang Malaysia" menyeluruh ke seluruh Indonesia. Baru baru ini terdengar suara suara yang meminta pemerintah republik Indonesia agar lebih tegas dalam menyelesaikan sebarang masalah berbangkit antara Malaysia dan Indonesia. Seorang ahli parlimen pembangkang, Rieke Diah Pitaloka berkata demikian ketika mengulas perasaan rakyat Indonesia yang ketara bangkit membenci Malaysia akhir akhir ini. Wakil rakyat pembangkang itu berkata, semua pihak jangan melihat tindakan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang mengadakan demonstasi di Kedutaan Malaysia di Jakatra baru-baru ini dari sudut negatif kerana mereka lakukan sebab kecewa dengan tindakan kerajaan Malaysia yang tidak adil. Rieke Diah bagaimanapun berkata beliau menolak segala bentuk kekerasan. |
| Besar harapan rakyat terhadap anda Posted: 01 Sep 2010 05:00 PM PDT Aku nak ucapkan selamat jalan pada Musa Hassan dan selamat bertugas pada Ismail Omar selaku KPN yang baru. Kepada sdr Musa Hassan, tahniah kerana anda telah berjaya menjalankan tugas yang telah diamanahkan terhadap anda oleh Umno sebagai Polis bagi Umno. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas segala jasa baik anda yang berjaya melanjutkan usia Umno sehingga kehari ini. Tahniah jugak buat sdr Ismail Omar, ingatlah harapan rakyat Malaysia terhadap anda yang berjawatan KPN ini amat tinggi dan amat besar. Rakyat sekalian berharap bebanan tugas yang anda akan pikul nanti dilaksanakan dengan penuh perhatian, prihatin serta ketelitian dan tak lupa jugak keadilan sehingga ia dapat disempurnakan tanpa cacat cela dengan berdasarkan prinsip "minima masa maksima usaha". Ingatlah kalian semua, rakyat akan memerhati anda dengan cara anda memikul amanah Allah s.w.t |
| Gambar Guan Eng di Masjid Jamek Bagan Jermal Posted: 01 Sep 2010 03:00 PM PDT Sambutan meriah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Masjid Jamek Bagan Jermal. Lim Guan Eng bertanya kepada YDP Pas Bukit Bendera Tuan Hj Halim mengenai perkembangan masyarakat di kawasan qaryah Masjid Bagan Jermal. Sumbangan dari Adun Pulau Tikus YB.Koay Teng Hai Gambar gambar macam ni la yang buatkan Umno Pulau Pinang tidoq tak lena... jauh lagi la hangpa nak perjatuh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.... wakaka.... Sumber: sini |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan