pemuda cheh |
- Walau diasak,Pakatan Rakyat Makin Kukuh
- BN usah mimpi hendak tawan Pulau Pinang
- PRU ke-13 tidak mungkin sebelum 2012
- IBRAHIM ALI KATA TUAN GURU NIK ABD. AZIZ KURANG BERTAQWA
| Walau diasak,Pakatan Rakyat Makin Kukuh Posted: 02 Sep 2010 09:06 AM PDT Riuh rendah 1 Malysia. PAS kini gadai maruah. Peristiwa Ahli Parlimen Sedang, Teo Nie Ching hadir di sebuah surau dalam kawasannya telah dijadikan isu besar. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin, wakil rakyat yang berpaling tadah dari rakyat memperli sikap umat Islam, menulis dalam blognya bahawa mereka "tanpa segan (dan) malu menghulur tangan menagih angpau dan bantuan dari tangan kafir harbi ini." Sebelum isu ini, tindakan seorang khatib di Pulau Pinang, Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan ketua menteri, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat telah dieksploitasi bagi mengapi-apikan kebencian orang Melayu kepada pemimpin pembangkang bukan Melayu itu. Soal hukum hudud yang tiba-tiba muncul dalam seminar sambutan hari hududullah di Kota Bharu pula dirasakan peluang terbaik media perkauman pro pemerintah untuk melaga-lagakan orang-orang PAS dan DAP. Dengan penuh gembira, pemimpin-pemimpin perkauman dalam Barisan Nasional memperalat isu-isu ini bagi memecahbelahkan pakatan pembangkang yang kini bersama dalam Pakatan Rakyat (PR). Mereka penuh yakin semua ini akan menimbulkan persepsi buruk orang ramai terhadap PR yang kini mentadbir Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan itu. Sasaran mereka yang lebih penting ialah untuk menimbulkan perbalahan di kalangan parti-parti dalam PR khususnya antara PAS dan DAP. Dengan berseru-seru supaya orang Melayu perlu bersatu mepertahankan maruah Islam dan kepentingan orang Melayu, mereka dengan rakus menggambarkan para pemimpin DAP kurang ajar, anti Islam dan berperlakuan menghina Islam dan umatnya. Perkembangan rakyat dalam menghadapi situasi ini bagaimanapun jauh berbeza dengan apa yang mereka jangkakan. Dalam isu mendoakan orang bukan Islam dalam khutbah Jumaat, bukan sekadar para pemimpin PAS yang mempertahankan kaharusannya, malah ulamak-ulamak berkecuali turut tidak membantah. Malah ulamak yang selalu diperalat untuk mempetahankan Umno seperti Mufti Perak turut terdiam. Apa yang berlaku ialah sambutan rakyat yang semakin menonjol kepada Lim Guan Eng. Beliau kini semakin sibuk berbuka puasa hampir setiap hari dengan masyarakat Islam. Bukan sekadar di Pulau Pinang, malah di pelbagai lokasi di luar Pulau Pinang. Dengan menggemparkan kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang dikatakan mencemar dan menghina kesucian tempat ibadat Islam, perbahasan hangat berlaku dalam semua saluran media. Akhirnya terserlah kejahilan mereka yang cuba menimbulkan kontroversi ini apabila pelbagai sumber seperti keputusan majlis fatwa dan amalan masjid seluruh dunia yang mesra dengan kedatangan pengunjung bukan Islam didedahkan. Isu-isu ini telah menjadikan pertentangan berkenaan hukum hudud seakan-akan tenggelam. Bagaimanapun sebenarnya kontroversi hubungan muslim non muslim ini membawa satu penyelesaian baru. Islam kini semakin difahami bukan musuh orang bukan Islam. Islam bukan datang untuk melihat mereka yang bukan Islam sebagai habuan mereka tetapi sebagai sahabat yang berpotensi untuk bersama mencari kebaikan. Jika realiti ini diterima, soal menolak hukum hakam Islam tidak berbangkit sama sekali. Apa yang perlu diperlihatkan Ialah semua yang diperkenalkan oleh Islam, termasuk hudud adalah bermotif untuk menyelamatkan semua manusia, bukan menyusahkan atau memusuhi mereka. Implikasi kepada semua rentetan peristiwa ini ialah keyakinan yang semakin mantap terhadap gabungan baru rakyat Malaysia dalam Pakatan Rakyat. Penyokong PAS dan DAP kini semakin faham apakah bentuk persahabatan mereka. Mereka tidak perlu ditakut-takutkan dengan mitos lama perkauman sempit yang menanam perasaan benci membenci antara satu sama lain. Selagi mana kita berbuat sesuatu untuk kebaikan, kita boleh bersatu walaupun berlainan bangsa dan agama. Kepada mereka yang mengapikan-apikan permusuhan, kebencian dan hina menghina semata-semata kerana berlainan bangsa dan agama adalah ditolak. Walaupun yang melakukan demikian dari kalangan saudara mara kita sendiri. Dengan asas ini kita semakin yakin Malaysia baru akan dibentuk dengan lebih teguh. Semua ini sedang menjadi kerisauan kepada para pemimpin perkauman yang selama ini hidup atas dasar pecah dan perintah serta terus menerus menggunakan sentimen kebencian tanpa asas kebenaran. |
| BN usah mimpi hendak tawan Pulau Pinang Posted: 02 Sep 2010 02:29 AM PDT Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya 'jangan bermimpi' untuk merampas Pulau Pinang daripada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) ekoran kedudukan parti itu kini disifatkan sangat kukuh di negeri itu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, walaupun pelbagai tuduhan dan 'serangan' yang dibuat UMNO dan BN terhadap parti itu namun tidak menggugat kedudukan mereka, malah semakin stabil dengan segala usaha bagi memajukan negeri itu. "Kalau kita lihat pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikit 'diganggu' pihak lawan, namun ia masih stabil kerana pentadbiran yang diguna pakai sangat disenangi rakyat kerana Selangor sangat diingini oleh BN untuk menakluk semula sebab itu mereka sanggup buat apa saja untuk dapatkan semula Selangor. Pulau Pinang mereka sudah tahu mereka 'tidak boleh makan'," katanya. Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Lawatan Delegasi Kerajaan Wilayah Anhui dan Program Pemadanan Perniagaan: Meneroka Pasaran Antarabangsa China, semalam. Menurutnya, BN kerap mengatakan PR tidak stabil selain tidak kukuh namun apa yang terjadi adalah sebaliknya kerana pergolakan yang berlaku sekarang bukannya di dalam PR namun pada BN. "PR kukuh walaupun diserang 'musuh' dalaman dan luaran yang mana 'musuh' dalaman semuanya sudah habis iaitu tiada lagi yang ingin lompat parti atau sebagainya, proses pencerahan juga semuanya sudah selesai dan yang tinggal semuanya yang betul-betul setia pada pegangan parti. "Saya akui, walaupun ada baki-baki 'musuh' ini, namun mereka sudah tidak bermaya dan peluang sangat cerah untuk PKR bertapak di sini kerana mereka yang tidak bermaya ini tidak berpeluang lagi untuk menimbulkan masalah dalam parti selain tiada lagi isu lompat parti atau keluar parti kerana ini isu sudah lapuk," katanya. Dalam perkembangan lain, Mansor berkata program Pemadanan Perniagaan: Meneroka Pasaran Antarabangsa China itu diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pengusaha-pengusaha tempatan dalam pelbagai bidang mengenai peluang pemasaran di China. |
| PRU ke-13 tidak mungkin sebelum 2012 Posted: 01 Sep 2010 10:30 PM PDT Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetuai kerajaan pusat sejak lima dekad lalu tidak mungkin akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum 2012 meskipun banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum tergempar, kata laporan Economist Intelligence Unit (EIU) dikeluarkan semalam. EIU berpendapat meskipun prestasi yang lebih baik akan memperkukuhkan mandat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, keputusan pilihan-pilihan raya kecil baru-baru ini menunjukkan pengundi menjadi semakin "mudah berubah hati" khususnya di kalangan pengundi bukan Melayu. Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal bulan lalu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menjangkakan pilihan raya umum lebih awal. Mandat semasa BN yang diperoleh pada Mac 2008 akan berakhir Mei 2013. Spekulasi menyebut Umno dan komponen BN kini bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum Parlimen tahun depan. Laporan tersebut menambah, Najib berhadapan dengan bangkangan daripada kumpulan-kumpulan konservatif berhubung rancangannya mahu melakukan pembaharuan ke atas tindakan afirmatif. Jelas laporan itu, Najib yang juga Pengerusi BN kelihatan mengharapkan yang beliau masih mempunyai latitud secukupnya untuk melakukan pembaharuan susulan ke atas dasar-dasar ini, sementara pengundi pula diharap akan menerima beberapa dasar yang tidak popular, antaranya cukai barangan dan perkhidmatan. Malah ia juga menambah, perdana menteri juga sedar usaha menggalakkan keharmonian kaum adalah sangat penting bagi pelannya untuk memikat undi daripada kaum minoriti, yang mengetepikan BN dalam pilihan raya umum lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR). Laporan itu berkata, Najib yang turut menerajui Umno iaitu komponen dominan BN, ingin melihat ikatan pembangkang bertambah "bercelaru" sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13. Sementara Umn-BN mempertingkatkan serangan ke atas PR, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kemungkinan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan dalam tuduhan liwat kedua yang beliau hadapi sekarang. EIU juga meramalkan KDNK Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan 4.2 peratus tahun depan, lebih rendah daripada enam peratus disasarkan pentadbiran Najib bagi Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi. |
| IBRAHIM ALI KATA TUAN GURU NIK ABD. AZIZ KURANG BERTAQWA Posted: 01 Sep 2010 09:38 AM PDT Hebat betul Ibrahim Ali ni, selepas muncul juara lompat melompat kini cuba untuk mengambil alih tugas Majlis Fatwa. Semalam dalam majlis Berbuka Puasa di Kelab Sultan Sulaiman beliau berkata Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang beriman tetapi kurang bertakwa apabila bertindak mempertahankan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu. Kehebatan Presiden Perkasa ini begitu terserlah kerana dapat menilai tahap taqwa dalam diri seseorang. Cuma saya nak bertanya pada Ibrahim Ali siapa pemimpin Umno yang paling tinggi nilai taqwanya ? Rahim Tamby Chick, Ali Rustam atau Jamaludin Jarjis? Manakala di antara Dr. Mahathir dan Dato Seri Najib siapa yang paling tinggi taqwanya? Saya juga mencadangkan agar Ibrahim Ali dilantik sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Melayu jika tewas selepas pilihanraya umum nanti supaya fatwa-fatwanya dapat digunakan oleh generasi akan datang khususnya dalam bab lompat melompat! Saya yakin Khairy Jamaludin turut bersetuju dengan pandangan saya. |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan