shalehudin |
- Gambar rapper kantoi
- Cerita lama yang mesti dibaca
- Memang layak dia ni ahli bangsa Umno
- Tertutup satu lagi lubang Umno nak cari makan
- Umno dah jadi raja segala gelabah
- Hyper aktif dan kreatif tak kena tempat puak puak Indon nih
- Ketua Polis: Selamat jalan Musa Hassan
- Masjid Perkasa
- Anak merdeka
- Nak raya dah oii
- Sama tapi tak serupa
- Panas: Timb KM Sabah keluar parti
- Katak belaan Umno
- Sultan Selangor bertindak lagi
- Fitnah Umno terbongkar
- Orang Najib rupanya
- 10 tahun Polis Malaysia tercabar
- Alahai... Namewee
| Posted: 01 Sep 2010 10:00 AM PDT Saja ja buat kenang kenangan sorang rapper yang terkantoi di dalam blog aku ni... haha... Weng Meng Che atau Namewee (dua dari kiri) yang mencetuskan klip video dipercayai berunsur perkauman, ditemani peguamnya, Ravin Singh (kiri) keluar selepas memberi keterangan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, semalam. 1 Sept 2010- Foto Aizuddin Saad |
| Posted: 01 Sep 2010 08:00 AM PDT LIM GUAN ENG : Sebelum Internet Lahir Di Malaysia usinkata;..Ramai yg taw dan ramai juga yg xtaw..laa aku nk bgtaw ..sapa2 nak taw bole baca...xmau taw bole abaikan..huhuhuhu..ini bukan cerita yg mengghairahkan huhuhu..xbest pon..huhuhu Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 . "Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim." "Cucu saya,telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994." "Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya." "Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995." "Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Lim Guan Eng semasa ditangkap Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen." Lim dipenjara "Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya." "Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-" "Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu." "Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim." "Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik." "Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas." "Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan." "Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami." "Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya." Pendek binti Ahmad Sabri bin Mohamad Yasin |
| Memang layak dia ni ahli bangsa Umno Posted: 01 Sep 2010 07:00 AM PDT Tindakan kurang bijak presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Rozali Ismail yang mengkritik pimpinan Pakatan Rakyat Selangor dalam sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh sultan Selangor dikira amat dayus dan bangang. Aku tak heran malah meyokong penuh tindakan Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mencabar supaya presiden DPMMS yang berasa terlalu benar dan berpengaruh meletakkan jawatan dan bertanding saja dalam pilihan raya umum akan datang. Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad. Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat sedangkan pimpinan negeri tidak berpeluang memberi ucapan balas. "Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," kata Khalid Samad lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini. |
| Tertutup satu lagi lubang Umno nak cari makan Posted: 01 Sep 2010 06:00 AM PDT Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) hari ini mengambil tindakan drastik dalam isu khatib membaca khutbah Jumaat di Pulau Pinang dengan melarang semua masjid di negeri tersebut daripada mengundang khatib-khatib jemputan. Sebagai rakyat negeri ini, aku rasa berat sikit la nak terima keputusan drastik ni. Tapi demi kebaikan agama dan rakyat agar tak sekali lagi diperkotak katikkan oleh bangsa Umno maka aku rasa mungkin itu jalan terbaik buat sementara waktu ini. Aku rasa MAIPP jugak sedar, menutup pintu ini bermakna kita mengelak dari masuknya ilmu ilmu dari ilmuan luar yang mungkin baru bagi kita yang bakal mencambahkan lagi cabang ilmu yang kita ada. Keputusan drastik ini dibuat dalam mesyuarat majlis itu pada 26 Ogos lalu. Dalam pekeliling yang diedarkan awal minggu ini, Setiausaha MAIPP, Sazali Hussein berkata majlis memutuskan untuk melarang pihak pentadbiran masjid membawa mana-mana khatib jemputan bagi menyampaikan khutbah berkuat kuasa mulai 26 Ogos lalu. Larangan itu terpakai sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, kata Sazali. |
| Umno dah jadi raja segala gelabah Posted: 01 Sep 2010 05:00 AM PDT Punya gelabah tak gelabah Umno ni sampaikan Racun pun Umno dah sangka ubat... haha... bukan aku yang kata, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang kata. Memang betoi pun, gelabah biawak pun Umno, gelabah tikus pun Umno... wakaka... ********************************* "Umno sudah tidak tentu arah lagi untuk mencari formula ubat bagi menyembuhkan wabak kronik yang kini dideritainya hingga ubat luput tarikh seperti pandangan Zam (bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin) pun dilahap dengan penuh rakus oleh parti itu. "Ubat Zam tak ubah seperti botol kicap yang bukan sahaja luput tarikh malah sudah ke peringkat menjadi racun," kata beliau. Zam menuduh PAS meminta bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina tempatan selepas tragedi 13 Mei 1969. Menurut Mahfuz, apa yang dituduh oleh Zam itu amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku di mana Kelantan yang diperintah oleh PAS ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei itu terbukti paling aman. "Sebab itulah saya kata 'ubat' Zam itu sebenarnya racun yang akan memburukkan lagi wabak yang kini dideritai oleh Umno. "Bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Zam kerana bersungguh-sungguh menyumbat racun ke dalam mulut Umno yang kini bagaikan dibelasah wabak kencing tikus," katanya sambil membangkitkan kembali dokumentari RTM mengenai Kelantan ketika Zam menjadi Menteri Penerangan. "Dokumentari itu akhirnya terbukti penuh pembohongan dan menjadi bahan ketawa rakyat Kelantan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Harakahdaily tahun lalu pernah menceritakan apa yang berlaku di Kelantan ketika peristiwa 13 Mei di mana memang tidak dinafikan bahang rusuhan kaum itu mendorong kira-kira 50 hingga 60 orang pemuda berkumpul di atas Jambatan Yahya Petra. Menurut bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan yang juga pembantu kanan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Ustaz Salahuddin Abdullah, dengan penuh semangat pemuda-pemuda itu dibakar dengan kata-kata "jangan biar orang-orang Melayu di Selangor dianiayai dan tak ada pembelaan kita". Salahuddin mendakwa, pemuda-pemuda itu, termasuk dari Umno dan PAS, diapi-apikan beberapa pemimpin Umno Kelantan. Sebaik sahaja mendengar kekecohan itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kelantan meminta Salahuddin dan beberapa yang lain pergi memujuk para pemuda itu. Setelah dipujuk, mereka dibawa ke kediaman Menteri Besar yang terkenal dengan panggilan JKR 10. Ketika di bawa ke JKR 10, kira-kira 100 orang berhimpun termasuk pemuda-pemuda yang dipujuk itu. "Mereka dijamu dengan mi dan nasi lemak," kata Salahuddin. Asri menjelaskan kepada mereka bahawa PAS yang ketika itu memerintah Kelantan berjuang berdasarkan landasan Islam. PAS, katanya, sentiasa tunduk kepada ajaran Islam. Bekas Presiden PAS itu menasihatkan mereka supaya berwaspada dan jangan terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam termasuk hasutan rusuhan perkauman. Ketika pertemuan itu berlangsung, seorang kontraktor yang terlibat dengan projek-projek membuat jalan di Kelantan, Chua Say Paw, tiba-tiba datang ke JKR 10. Sebelum datang ke kediaman Menteri Besar itu, beliau tidak tahu-menahu tentang kejadian yang berlaku dan datang kerana urusan lain. Asri terus memanggil beliau ke hadapan dan memberitahu jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan. Menteri Besar itu tak mahu dengar apa-apa berlaku. Sambil memandang Chua, Asri juga memberi jaminan tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan di mana PAS memerintah. Selepas itu, kehidupan seharian di Kelantan berjalan seperti biasa. |
| Hyper aktif dan kreatif tak kena tempat puak puak Indon nih Posted: 01 Sep 2010 04:00 AM PDT Bendera kumpul cap jari darah 'hadiahkan' Malaysia JAKARTA, 31 Ogos — Bantahan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia terhadap Malaysia berikutan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat kepulauan Riau terus dilakukan, walaupun pada hari Malaysia merayakan Hari Kemerdekaan Ke-53 hari ini. Dalam satu lagi demonstrasi yang diadakan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, selain membakar Jalur Gemilang, puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T putih yang mereka sebut sebagai ''hadiah'' Hari Kemerdekaan Malaysia. "Kami sengaja memberi hadiah untuk ulang tahun Malaysia hari ini. Kami ingin menyerukan bahawa kami tidak takut dengan Malaysia, kami ingin menunjukkan kekuatan kami," katanya. Sebelum melakukan aksi, mereka turut melakukan ''apel siaga'' iaitu upacara menyatakan siap sedia untuk perang kepada sukarelawan ''Ganyang Malaysia''. Aksi berkenaan telah mencetuskan kekecohan dengan anggota polis yang menghalang para anggota Bendera yang cuba menutup jalan dengan kerusi dan meja sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Diponegoro. Pada 23 Ogos lalu, sekumpulan penunjuk perasaan daripada Bendera telah membawa ''hadiah'' najis manusia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dan melemparkan najis itu ke dalam kawasan bangunan kedutaan besar itu. Kumpulan itu turut mengotorkan bendera Malaysia yang sedang mereka pijak di atas jalan ketika itu, dengan najis manusia juga. Hari ini sekumpulan 20 orang dari Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) atau Pusat Maklumat Rakyat berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini membawa patung Upin dan Ipin yang diletakkan dalam plastik bersama beberapa ekor tikus. Mereka menganjurkan warga Indonesia memboikot produk Malaysia. Bantahan berterusan melalui demonstrasi berlaku di sini dan beberapa tempat di seluruh Indonesia bagi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu. Dalam insiden itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu kerana didakwa masing-masing menceroboh perairan wilayah negara masing-masing. Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos oleh pihak berkuasa kedua-dua negara. — Bernama |
| Ketua Polis: Selamat jalan Musa Hassan Posted: 01 Sep 2010 03:17 AM PDT Selamat jalan buat Musa Hassan, perkhidmatan cemerlang anda membantu fitnah jahat Umno akan dikenang sehingga akhir hayat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar. Menurut SMS berita dari Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir hujung bulan ini. Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia. |
| Posted: 01 Sep 2010 02:00 AM PDT Sumber: Pak Long Lagi ngeri masjid kita, lagi perkasa jadinya... Salam semua... Tu yang Pak Long segan sangat nak bercakap banyak ngan Mak Long hang ni. Asai Mak Long hang bukak mulut saja, mesti meletup punya idea. Lagi dekat ngan raya, lagi geliga otak Mak Long hang, tengok la bini sapa... heh... heh... Mak Long hang rasa lambat sangat kot kalau nak tunggu parlimen buat undang undang haramkan bukan Islam masuk surau dan masjid ni. Hangpa ingat senang ka nak himpun penuh satu parlimen tu, depa pun nak soping raya jugak. Jadi pasai nak segera punya, Mak Long hang cadang semua pagaq masjid dan surau, kita boh letrik voltan tinggi. Sapa pegang mesti hangit kena karen. Baru orang bukan Islam tau macamana sayangnya kita pada surau dan masjid kita. Mengkalu tidak depa tak tau. Lagi satu Mak Long hang cadang cari C4 tanam keliling masjid,, tak payah banyak sangat agak agak dalam 100 biji sudah la. Yang ni kita nak pastikan sapa sapa yang masuk, tak boleh pi mana mana selain tempat parking kereta saja. Langkah saja, meletup. Baru orang bukan Islam ni ketaq sikit dan depa gerenti tak mai dah ke masjid dan surau kita lepaih ni... Tak percaya boleh tanya Mak Long hang... Wassalam... |
| Posted: 01 Sep 2010 01:00 AM PDT |
| Posted: 01 Sep 2010 12:00 AM PDT Tarikh lihat anak bulan Syawal - 8 Sept Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Aidilfitri tahun ini ialah pada 8 Sept ini. Ia akan dilakukan di 30 tempat yang telah ditetapkan di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan. Tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan). Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindung, Kuantan (Pahang). Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). - Bernama |
| Posted: 31 Aug 2010 11:00 PM PDT |
| Panas: Timb KM Sabah keluar parti Posted: 31 Aug 2010 09:33 PM PDT Berita yang masih panas panas mengatakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Peter Pang En Yin hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar dari parti itu. Ini sudah bagus, ini berita baik. Berita macam ni buat Najib darah tinggi. Berita macam ni buat bik Mama hilang mood shopping nak raya. Berita macam ni buatkan penduduk Sabah gembira. Berita ni sebagai petanda Sabah bakal jatuh... wakaka.... Pang adalah naib presiden parti LDP, parti mana jadi pilihan... PKR? PCM? PPP? or UMNO? wakaka... |
| Posted: 31 Aug 2010 09:00 PM PDT Apa lah yang Ibrahim Ali ni pandai buat selain dari membuka luas mulut besarnya. Sepatutnya YB Nurul Izzah tak perlu bagi perhatian kepada Ibrahim Ali dan Perkasanya. Ibrahim perlukan kontroversi untuk terus hidup, tanpa isu si Ibrahim dan Perkasa dah lama jalan... Jika UMNO sendiri sudah menolak si Ibrahim ni, buat apa lagi kita nak layan. Dia tu tak dak apa apa, lawan dia sebenar ialah KJ saja. UMNO sendiri kini dan kian menjauhkan dirinya daripada kata-kata Ibrahim Ali walaupun se Malaysia dah tau si Ibrahim adalah katak belaan UMNO yang dipaksa bercakap tentang isu Perkara 153. Perkasa adalah serpihan serpihan yang terbuang daripada UMNO. UMNO adalah parti yang busuk hingga keusus, bayangkan serpihan serpihan yang terbuang dari parti busuk ini. UMNO juga menyedari, menyebelahi Perkasa bererti menggali kubur lebih awal untuk UMNO, silap silap sebelum pilihanraya yang akan datang lagi dah jalan. Sentimen perkauman yang dimainkan oleh Perkasa amat merbahaya, Hisham terpaksa mendiamkan diri lantaran si katak itu adalah katak belaan mereka. Apa yang diperjuangkan Perkasa adalah gerakan halus yang ada di dalam lubuk hati pemimpin dan ahli UMNO yang sebenarnya. Cuma UMNO masih bersembunyi dan segan dengan MCA, Gerakan dan MIC sebab sudah terlanjur menggagaskan slogan 1Malaysia. Tetapi MCA, Gerakan dan MIC telah menghidunya lama, bahawa sahabatnya UMNO itu menikam kawan. UMNO jelas membiarkan Perkasa terus hidup memabawa sewenang-wenangnya isu bangsa Melayu ke mana-mana. Orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama pun sedar dan terbuka mata mereka. Kita sebagai orang yang waras patut biarkan Perkasa dengan wawasannya. Cita cita Perkasa jua lah yang sebenarnya sedang mengheret UMNO terjun ke lubang kubur untuk disemadikan bersama-sama dengannya. |
| Sultan Selangor bertindak lagi Posted: 31 Aug 2010 08:33 PM PDT Sultan Selangor hari bertindak selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang telah bersidang pada 19 Ogos lalu telah menggantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu atau juga seringkali dikenali sebagai OC Phang. Dalam satu kenyataan, setiausaha kerajaan negeri Selangor berkata keputusan itu dibuat oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini. |
| Posted: 31 Aug 2010 07:00 PM PDT Amat memalukan dan menjijikkan, ini saja kata kata yang layak buat Umno yang kita akan tabalkan menjadi mereka menjadi juara fitnah serta pencetus sentimen agama di negara kita ini. Lihat saja, Ramadhan ternyata tidak memperlahankan usaha fitnah mereka terhadap Pakatan Rakyat. Ramadhan bagai tiada kesannya bagi Umno membina dosa dosa walau bulan puasa sudah menjangkau di minggu minggu terakhir kini. Fitnah menjadi satu instrumen penting bagi memburukkan imej PAS dan Pakatan Rakyat. Tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama. "DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah," ujar Herman Samsudeen dalam satu kenyataan. Demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam. |
| Posted: 31 Aug 2010 05:00 PM PDT Senang kerja Polis, tak payah dok susah susah kerah anggota sampai sakit kepala kepala dok pikiaq. Penulis lagu kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee hadir sendiri menyerah diri di balai polis Taman Tun Dr Ismail semalam. Kehadiran Namewee ekoran beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya ekoran klip video yang didakwa berbaur rasis tetapi menegaskan, dia menyokong 1 Malaysia dan bukannya rasis. Ooo, orang Najib la ni... hihi... Sah, kalau orang Najib, hang tak akan dikenakan apa apa tindakan dibawah akta hasutan. Jangan takut, gerenti lepas punya. |
| 10 tahun Polis Malaysia tercabar Posted: 31 Aug 2010 03:00 PM PDT Penjenayah Malaysia Michael Soosai ditahan polis India CHENNAI, 31 Ogos — Michael Soosai, penjenayah Malaysia yang melarikan diri ke selatan India sejak beberapa tahun lalu, ditahan di sebuah hotel di sini Khamis lepas setelah polis India menjejakinya dengan menggunakan teknologi canggih. Pesuruhjaya Polis Bandaraya Coimbatore, C. Sylendra Babu memberitahu Bernama hari ini, satu unit khas jenayah siber memantau pergerakan Soosai dengan mengesan nombor telefon bimbitnya kepada kenderaan yang dia sedang naiki. "Dia tidak menyedari kami sedang menjejakinya. Dia terkejut apabila kami menahannya di hotel tersebut. Dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Dia berada di Nepal, Bhopal dan Goa," katanya. Polis turut menahan isteri dan tiga orang anaknya dan merampas satu kilogram emas, dua buah komputer riba dan beberapa buah telefon bimbit dalam operasi mengesan selama tiga bulan. Soosai bersembunyi daripada polis Malaysia hampir 10 tahun lalu. Dia dikehendaki kerana beberapa siri penipuan yang membabitkan hampir RM1 juta serta satu pembunuhan di selatan India. Dia didakwa membunuh seorang rakyat Malaysia, N. Subramaniam di Cheyyur, daerah Kancipuram pada 2002. Soosai, 47, pernah memalsukan kematiannya sendiri di Malaysia dan kemudian menghilang diri dari polis untuk beberpa tahun, namun terus mencabar polis Malaysia untuk menahannya. Menurut polis India, Soosai berpangkalan di negeri Andra Pradesh, selatan India dan menyelinap masuk untuk untuk melakukan di negeri lain dengan berpura-pura menjanjikan kerja lumayan di luar India kepada mangsanya. "Dia tinggal di hotel mewah dari mengelak daripada pihak polis dan sering memujuk pelanggannya dengan menjanjikan mereka pekerjaan di luar negara tetapi kemudiannya hilang bersama wang mereka. "Selepas selesai menjalankan tugasnya, dia akan membuang SIM kad telefon bimbitnya dan kembali semula ke Andra Pradesh," kata Sylendra mengenai modus operandi Soosai. Polis India merancang untuk menghantar cap jari suspek yang ditahan itu kepada polis Bukit Aman bagi memastikan sama ada suspek tersebut adalah Soosai. Dua anak Soosai iaitu dua anak lelaki berumur 7 dan 3 tahun dan seorang anak perempuan berumur 15 tahun sedang ditahan di sebuah pusat tahanan remaja di Coimbatore. — Bernama |
| Posted: 31 Aug 2010 01:00 PM PDT Polis rekod kenyataan Namewee Polis hari ini merekodkan kenyataan penyanyi rap dan pengarah filem Wee Meng Chee berhubung video kontroversi terbarunya berjudul 'Nah'. Tiba di balai polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira 9.15 malam tadi, beliau - yang lebih dikenali sebagai 'Namewee' - memberikan sidang media ringkas sebelum masuk ke balai berkenaan. Merujuk kepada kematian Teoh Beng Hock selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Namewee secara nakal memberitahu pemberita beliau tidak pernah bermaksud untuk membunuh diri sendiri. "Saya masih waras, tiada kerosakan dan saya tidak akan bunuh diri," katanya yang ditemani peguam Ravin Singh. Namewee juga berkata beliau percaya tidak membuat sebarang kesalahan.- Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan