Rabu, 1 September 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dokumentari : UMNO bukanlah Pejuang sebenar KEMERDEKAAN..

Posted: 01 Sep 2010 09:14 AM PDT

20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.

Individu-individu tersebut ialah

1~ Lim Kean Chye / Malayan Democratic Union (MDU)

Dilahirkan di Penang pada bulan Disember 1919.

Mendapat pendidikan di Cambridge University dalam bidang guaman.

Beliau merupakan ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura bersama-sama dengan pakciknya, Philip Hoalim Sr., sahabatnya Lim Hong Bee dan John Eber pada 21 Disember 1945.

MDU merupakan pertubuhan politik golongan berpendidikan Inggeris yang menuntut hak demokrasi dan hak berkerajaan sendiri dari penjajah British.

2~Yahya Nassim / Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Berasal dari Ulu Langat, Selangor.

Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob.

Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang

Beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka.

3~Hashim Said / Angkatan Pemuda Insaf (API)

Berasal dari Kuala Kangsar, Perak.

Beliau bertugas sebagai cikgu di Sekolah Melayu Padang Gajah sebelum mula menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945.

Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.

Beliau merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, memimpin 400 orang pemuda.

4~Zainuddin Andika / Angkatan Pemuda Insaf (API)

Berasal dari Sayong, Kuala Kangsar, Perak.

Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sejak penubuhannya pada 17 Oktober 1945.

Kemudiannya memasuki barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) bahagian Padang Rengas, Perak.

API telah diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak.

5~Majid Salleh / Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU)

Berasal dari Ipoh, Perak.

Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa.

Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU).

PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.

Saksikan..


10 Tahun Sebelum Merdeka (1 of 4)




10 Tahun Sebelum Merdeka (2 of 4)




10 Tahun Sebelum Merdeka (3 of 4)




10 Tahun Sebelum Merdeka (4 of 4)





sebuah dokumentari oleh Fahmi Reza

Teo Nie Ching Perlu dapatkan kebenaran MAIS untuk melawat Surau atau Masjid.

Posted: 01 Sep 2010 08:04 AM PDT

Macam ni punya undang-undang pun ada? Kalau macam ni.. hanya pemimpin UMNO sajalah yang boleh melawat Masjid dan Surau…

Teo Nie Ching telah mendedahkan hari ini bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengeluarkan surat amaran kepada Ahli Parlimen Serdang tersebut supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat bagi semua Surau dan Masjid di dalam negeri Selangor tanpa kebenarannya.

Difahamkan surat amaran tersebut telah dikeluarkan kepada Teo atas perintah Sultan Selangor yang telah melahirkan kemurkaan baginda berikutan tindakan Teo yang memasuki Surau Al-Huda di daerah Kajang setelah kejadian itu dijadikan tajuk dimuka hadapan media milik UMNO, Utusan Malaysia.

Teo menjelaskan beliau telah menerima surat tersebut melalui fax dan surat tersebut menyatakan bahawa beliau perlu mendapatkan kebenaran dari MAIS jika beliau hendak melakukan sebarang lawatan ke Surau atau Masjid..


Mais bars Teo from visiting suraus, mosques without its nod

By Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, Sept 1 – The Selangor Islamic Religious Council (Mais) has warned Serdang MP Teo Nie Ching not to enter the prayer areas of any suraus or mosques in Selangor without its permission, she revealed today.

It is understood that the warning letter had been issued upon orders of the Sultan of Selangor after an uproar over her August 22 visit to Surau Al-Huda in Kajang Sentral which was highlighted by Umno-owned newspaper Utusan Malaysia.

Teo (picture) said that she had received the letter via fax and that the letter stated that she needed to obtain permission from Mais beforehand if she wanted to visit any suraus in the future.

"Yes, I have received the letter at 1.30pm today. The letter stated that I was barred from entering the the prayer areas of mosques and suraus in Selangor without the permission of Mais," Teo told The Malaysian Insider.

The DAP lawmaker said that she would abide by Mais' warning, and would in the future refer to Mais before visiting any suraus or mosques.

"Of course I will heed this advice, this is the decree of the Sultan of Selangor. What else can I do?

"I have to abide by this because in the letter Mais says it is an order from the Sultan of Selangor himself," said Teo.

Teo's visit to a Kajang surau drew the ire of Umno as well as Malay rights pressure group Perkasa, with the latter calling for a ban on non-Muslims from entering mosques and suraus. Mais also claimed that the visit had displeased the Selangor Sultan.

The National Fatwa Council, however, had decided on March 1 that non-Muslim tourists may enter mosques and prayer rooms with the condition that they receive permission from the respective management and ensure that their actions do not violate the sanctity of the mosque.

Perkasa has demanded that syariah laws be created to ban non-Muslims from entering mosques and suraus.

The group's call comes in the wake of controversy surrounding Teo's visit to the surau in her constituency to deliver aid to the surau.

PR leaders including Nik Aziz have defended Teo over her mosque visit.

Perkasa president Datuk Ibrahim Ali also accused Nik Aziz of failure to defend Islamic principles by backing Teo.

Meanwhile, former Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin has advised Muslims not to use the non-Muslims in mosques issue to win political points.

Asri said such an action would only tarnish Islam's image.

Another PR lawmaker William Leong has also come under fire from Utusan Malaysia for visiting a mosque in his parliamentary constituency, Selayang.


The Malaysian Insider

Isu Masjid : UMNO mengigit jari lagi..

Posted: 01 Sep 2010 06:54 AM PDT

1 SEPT – Usaha beberapa ulama dan para pemimpin PAS mengemukakan hujah Al-Quran dan Sunnah yang mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid, setelah mendapat izin pihak berkenaan, telah dapat membersihkan imej Islam yang dikotori golongan tertentu.

Malah telah mempererat lagi hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta menggagalkan usaha mereka memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu yang bersifat fitnah, tuduhan dan rangkaian kata-kata karut marut yang disebarkan dalam media tradisional yang dikuasai golongan itu.

Tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr Muhd Nur Manuty, Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain serta para tokoh pemimpin PAS, Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain telah benar-benar membantu menjernihkan keadaan, di samping memperlihatkan wajah Islam sebenar kepada anggota Pakatan Rakyat.

Dengan itu, gagallah usaha musuh politik Pakatan Rakyat – Umno/BN – untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat dengan menaburkan isu karut marut yang sangat berbau perkauman dan kebencian.

Malah kita terkesan juga bahawa umat Islam sendiri kebanyakannya faham hal ini dan tidak terpedaya dengan isu palsu yang ditimbulkan. Masjid dan surau, kuliah-kuliah, tazkirah tidak lansung membangkitkan isu ini bahkan melawan balik – suatu isyarat bahawa umat Islam sedar isu ini hanya "permainan" golongan politik sekular yang bangkrap idea.

Bahkan susana Bazaar Ramadan sendiri – tempat rakyat biasa pelbagai kaum dan agama – tetap harmonis, dengan pelbagai golongan rakyat membeli pelbagai juadah dengan wajah ceria, seperti tidak terkesanpun dengan berita palsu yang karut marut.

PAS telah berdiri gagah menampilkan kebijaksanaannya dengan mengemukakan pandangan Islam yang sebenar mengenai isu palsu yang dibangkitkan itu, iaitu seperti isu khatib dikatakan berdoa kepada pemimpin bukan Islam, isu wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid dan surau untuk menyampaikan bantuan dan berucap pendek.

Pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat dari kalangan Islam dan bukan Islam mendapat fahaman Islam yang cukup jelas mengenai isu ini dengan penerangan para tokoh in. Sementara ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr Muhd Nur Manuty, Dr Asri Zainal Abidin dan lain-lain telah menjernihkan imej Islam yang dikotori oleh golongan tertentu. Tokoh ulama berwibawa ini telah mengemukakan hujah ilmu mereka berdasarkan hujah Al-Quran, sunnah dan hadis.

Setakat ini, para tokoh Umno/BN dan penyokong serta "ulama" mereka tidak mampu mengemukakan hujah ilmu untuk mempertahankan sikap mereka.

Kenyataan demi kenyataan mereka hanya berupa rangkaian tuduhan karut marut yang berbau politik kepartaian, perkauman dan prejudis, tidak lebih dari itu.

Ini menunjukkan kedangkalan ilmu Islam mereka, tetapi malangnya pandanga mereka ini benar-benar merosakkan imej Islam.

Saya memetik pandangan tokoh ulama berwibawa, Dr Muhd Nur Manuty mengenai hal ini. Dalam sebuah kenyataan beliau berkata:

"Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai persoalan orang bukan Islam masuk dalam masjid. Pertama: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.

"Kedua: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.

"Ketiga: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana dharurat kerja."

Menurut Dr Muhd Nur Manuty lagi, beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan solat mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini.

Hakikatnya, kata beliau, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid biasa dengan syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, tambah beliau lagi, adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al- Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di negara ini.

Lebih jauh lagi, kata Muhamad Nur Manuty, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat yang telah ditentukan.

Menurut beliau, amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Sewajarnya, para wakil rakyat Pakatan Rakyat perlu diberikan pujian kerana kesungguhan mereka dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.

"Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu," kata beliau.

Lebih-lebih lagi, katanya, berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan.

Dr Muhamad Nur sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno ini. Ini kerana ia akan menjadikan kita semakin lesu sementara masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita.

Hakikatnya, kata beliau lagi, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan.


Harakah Daily

Kontrak Musa Hassan tidak disambung..

Posted: 01 Sep 2010 03:13 AM PDT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar.

Menurut SMS berita dari Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir hujung bulan ini.

Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia.

Malaysiakini.

Media UMNO pula melaporkan..

PUTRAJAYA 1 Sept. - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dilantik menjadi Ketua Polis Negara yang baru menggantikan Tan Sri Musa Hassan berkuatkuasa 13 September ini.

Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pula akan disandang Datuk Hussin Ismail, 57, yang merupakan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam

Mencari Pemimpin Rakyat (1)

Posted: 01 Sep 2010 02:53 AM PDT

Pemilihan kepimpinan PKR akan diadakan mulai bulan ini bermula diperingkat Cabang. Kemudian peringkat Majlis Pimpinan Pusat pada bulan November. Tapi ini hanyalah untuk mencari kepimpinan parti. Pemimpin parti belum tentu boleh menjadi pemimpin rakyat. Malah ada yang dipilih nanti pun belum tentu boleh memimpin parti.

Aku lebih berminat mencari pemimpin rakyat untuk diketengahkan. Mereka yang sanggup berkhidmat untuk rakyat walaupun tidak ada jawatan dalam parti politik. Tapi macam mana?

Ketika orang Umno sibuk menyambut kemerdekaan dengan mengadakan perhimpunan haram distadium, anak muda mengadakan lumba motor di highway dan pemimpin PKR terus dengan majlis Ihya Ramadan dan majlis berbuka puasa, aku mencari ketenangan di Kg. Gerachi dengan guru aku…Pak Akop.

Sebelum ini, sejak aku menyertai PKR, tak pernah ada majlis Ihya Ramadan atau majlis berbuka puasa. Ketua Cabang mana ada duit nak panggil orang berbuka puasa dihotel. Tapi tahun ni, tiba-tiba Cabang-Cabang ada banyak duit. Buka puasa di hotel…bersama pemimpin pulak!! Dah jadi macam Umno.

Dengan jeans, baju Pagoda dan selipar, aku rasa terasing bila berbuka puasa di hotel. Sedangkan orang lain pakai baju batik atau baju melayu. Siap dengan capal.

Tak ramai muka-muka tukang gantung poster atau bendera. Tak ramai muka-muka tukang bancuh kopi atau tukang bentang tikar. Yang ramai hanyalah Mamat berbaju batik..cuma perut belum boroi lagi.

Aku lebih senang dengan Pak Akop. Tak payah pergi hotel untuk berbuka puasa sebab dia hanya puasa malam. Mungkin dalam sehari dua ni, dia akan berpuasa…sebab orang-orang Pejabat Agama akan datang untuk berbuka puasa dengan masyarakat orang asli Kg. Gerachi sambil menghadiahkan duit raya.

Aku tanya kat Pak Akop. "Wujudkah pemimpin rakyat dalam parti politik?". Pak Akop jawab, "Ada! Tapi, mereka ni dikongkong oleh politiking dalam parti politik. Mereka ini harus dibawa keluar dari 'party politicking' supaya bakat dan kemampuan mereka itu dapat digunakan. Kalau tidak, mereka ini akan tenggelam dalam parti kerana politiking."

"Siapa mereka?" aku tanya.

"Mana aku tau. Kalau nak cari pemimpin rakyat, rakyat la yang kena cari. Kalau aku yang pilih, itu pemimpin aku. Kalau parti yang pilih, itu pemimpin parti. Kalau mahu pemimpin rakyat, rakyat la yang kena pilih. Tapi kena jelas…rakyat tu sapa? Ahli Umno saja ka…ahli Pas atau PKR saja ka?"

"Aku tak minat dengan Umno atau Barisan." aku jawab. "Aku cuma minat dengan Pakatan Rakyat."
"Kalau macam tu, kamu tak boleh kata pemimpin rakyat..tapi pemimpin Pakatan Rakyat saja." balas Pak Akop.

"Sori la. Aku fobia dengan nama BN atau Umno."

"Orang umno/BN pun macam kamu jugak…fobia dengan nama Pas atau PKR. Pernah dengar radio atau TV sebut Pakatan Rakyat? Mereka cuma sebut Pakatan Pembangkang." kata Pak Akop.

"Habis macam mana nak cari pemimpin rakyat?" aku tanya lagi. Aku ingatkan, senang saja nak dapat jawapan, tapi makin lama makin susah.

"Tak susah. Dunia ini dibina dengan nombor. Dari nombor, terhasil numerology, astrologi, falak dan ilmu hisab. Kita boleh cari pemimpin rakyat dengan menggunakan nombor atau ilmu hisab." kata Pak Akop.

Ini lagi satu bala. Kalau aku cakap kat orang politik, gerenti aku kena tembak hidup-hidup. Politik perlu berasaskan idealisma. Kira atau kanan. Demokrasi atau autokrasi. Sosialis atau ugama. Tapi macam mana nak berpolitik berasaskan nombor dan matematik?

"Kamu kena keluar dari kepompong pemikiran politik parti. Politik bukan hak orang parti. Semua orang mempunyai hak untuk berpolitik, walaupun dia tak berparti.

"Aku tak masuk mana-mana parti…tapi adakah aku tak patriotik? Adakah aku tak ambil berat hal negara? Adakah aku tak ambil berat hal rakyat?" Pak Akop tanya aku. " Bila orang kampung kena sampuk, kena santau, mereka datang cari aku. Mengapa mereka tak cari wakil rakyat?"

Terdiam aku. Betul jugak. Tapi pasai apa aku tengok orang kampung asyik cari wakil rakyat? Bil air tak bayar pun cari wakil rakyat. Bergaduh laki bini pun cari wakil rakyat. Seolah-olah wakil rakyat penyelesai kepada semua masalah!!

"Ini masalah kita. Kita mengasingkan wakil rakyat dengan rakyat. Kita menganggap wakil rakyat sebagai penyelesai masalah…sedangkan mereka lah yang menjadi punca masalah!!" kata Pak Akop." Orang parti bergaduh pasal nak berebut jadi wakil rakyat. Bila dah jadi wakil rakyat, tak cukup makan sebab nak menyelesai semua masalah rakyat. Akibatnya, mereka terpaksa cari jalan. Kalau tak dapat yang baik, mereka buat yang buruk.

Macam ni la Mat. Jangan fikir yang berat-berat. Nak makan kijang seekor pun, kena makan seketul-seketul. Buat apa yang kita boleh buat. Jangan fikir apa yang orang lain kena buat. Kalau nak jadi pemimpin rakyat, kena fikir apa yang kita boleh buat untuk rakyat. Kalau nak jadi pemimpin parti, kena fikir apa yang boleh dilakukan untuk parti. Tapi kalau kita asyik fikir apa yang orang lain kena buat, kita tak boleh memimpin." panjang juga cakap Pak Akop.

"Habis..apa yang perlu aku buat. Tukar parti?" aku tanya.

"Tak perlu. Aku bukan suruh keluar parti..tapi perkara pertama ialah keluar dari "party politicking". Oleh kerana kamu fobia dengan BN, jangan ingat pasai BN. Kamu cuma ingat Pakatan Rakyat. Ada kertas kosong?" Pak Akop tanya aku.

Aku bawa keluar kertas yang dah peronyok dalam beg aku. Pak Akop mengambil kertas tersebut dan melukis tiga bulatan. Duit sekupang untuk PKR. Duit dua kupang untuk DAP dan duit lima kupang untuk PAS.Dan kemudian dia membuat garisan dengan menggunakan kotok rokok.




"Rajah ini dipanggil "radical center". Tiga bulatan yang berwarna biru, merah dan hijau itu adalah parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan saiznya mengikut kekuatan parti masing-masing." terang Pak Akop.

"Pasai apa PKR kecik sangat?" aku tanya.

"Berapa ahli PKR kamu ada?" tanya Pak Akop. Aku tak jawab. Buat bodoh…sebab aku tau dia dah tau.

"Macam mana garisan tu boleh bertemu kat situ? Pasai apa garisan PKR kat tepi bulatan? Garisan Pas tidak terletak ditengah-tengah bulatan Pas. Cuma garisan DAP saja yang terletak ditengah-tengah bulatan DAP?". aku tanya Pak Akop.

"Rajah ni dikenali dengan nama Monge's Theorem. Kalau nak tau pasai apa garisan itu tidak terletak ditengah-tengah bulatan, kena belajar tentang Appolonius problem, Three conics theorem, Monge problem……kena belajar ilmu hisab." kata Pak Akop.

Fuiyo!! Dulu kat sekolah, masa ilmu hisab, kami cari batang betik dengan botol.ha..ha. Tapi aku tak berani nak cakap kat Pak Akop. Naya kena tibai.

"Pertama sekali…kamu kena pergi ketengah-tengah point. Sebab disiitu adalah titik pertemuan yang seimbang. Kamu tak boleh tarik orang PKR untuk berbincang dalam bulatan Pas. Kamu juga tak boleh tarik orang Pas kedalam bulatan DAP. Dan sebenarnya, sudah ada pemimpin Pas, PKR atau DAP yang sudah boleh duduk ditengah-tengah tu.

Jangan risau dengan mereka yang tak mau keluar dari bulatan masing-masing. Aku tau, ada pemimpin Pas yang hanya memikirkan tentang Pas. Ada pemimpin PKR yang hanya pikir tentang PKR. DAP pun macam tu. Itu bukan pemimpin rakyat…tapi pemimpin parti." jelas Pak Akop.

"Kemudian…cuba tanya diri masing-masing pasai apa kamu mahu berada di titik pertemuan itu. Kena cari persetujuan, kalau tidak…balik kebulatan masing-masing.

Hah!! macam main dam ular pulak.


http://ureka.asia

Kilang Anak Haram ditangguh pembukaannya..

Posted: 01 Sep 2010 01:07 AM PDT

Melaka tangguh buka Sekolah Harapan ke 16 Sept ini

MELAKA, 1 Sept — Sekolah untuk remaja hamil dikenali Sekolah Harapan yang dijadualkan mula beroperasi hari ini, ditangguhkan pembukaannya ke 16 September ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata penangguhan itu disebabkan beberapa keperluan logistik seperti pengambilan staf masih belum dapat dipenuhi oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

"Buat permulaan, kita perlu lima ke enam orang staf wanita seperti guru, warden dan kaunselor," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas askar British di pejabatnya di Seri Negeri di sini, hari ini.

Sekolah Harapan itu akan beroperasi di sebuah bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad di Jasin dan setakat ini, seramai tiga orang remaja telah memohon untuk memasuki sekolah itu.

Mohd Ali berkata MAIM juga sedang mencari calon yang sesuai untuk menjawat jawatan pengetua sekolah itu dan berharap dapat melantik pendidik yang berpengalaman dan berdedikasi seperti pesara guru agama yang cemerlang.

Beliau berkata mereka yang berminat untuk menjawat pelbagai jawatan secara sepenuh atau separuh masa boleh terus menghubungi MAIM dan calon berpengalaman seperti pesara guru dan bekas pembantu kebajikan masyarakat digalakkan memohon.

Katanya kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 setahun untuk mengendalikan sekolah itu meliputi tempat tinggal, makan, minum dan kos bersalin untuk remaja tersebut.


Bernama

Daftar pemilih: DAP masih di depan, UMNO mula kejar.. PKR masih ketinggalan..

Posted: 01 Sep 2010 12:31 AM PDT

Pada Julai lalu mengikut pecahan yang dikeluarkan oleh SPR, Umno mendaftar 7,230 pengundi baru, MCA (455), MIC (18), Gerakan (83), DAP (9,106), PAS (3,961), PKR (1,749), PPP (98), PBS (225), SAPP (20), LDP (68), PBB (303), SUPP (490), SPDP (93), dan PRS (12).

Oleh G Manimaran

PUTRAJAYA, 1 Sept — DAP masih berada di hadapan dalam mendaftar pengundi baru setakat ini tetapi pesaing terdekatnya — Umno kelihatan cuba merapatkan jurang pada Julai lalu.

Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, DAP mendaftar seramai 9,106 pengundi sepanjang Julai lalu manakala Umno pula 7,230 orang.

Kedudukan itu masing-masing bersamaan dengan 38 dan 30 peratus.

Sepanjang bulan berkenaan penolong pendaftar parti-parti politik mendaftar seramai 23,911 pengundi.

Jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.

Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu.

"Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya 'semakin agresif' pada bulan Julai berbanding bulan Jun.

"Pada Jun, peratusan pengundi baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar DAP adalah sebanyak 42 peratus berbanding 21 peratus di pihak penolong pendaftar dari Umno. Pada bulan Julai, DAP merekodkan 38 peratus manakala Umno pula 30 peratus," katanya lagi.

Penolong pendaftar dibayar RM1 bagi setiap permohonan baru dikemukakan kepada SPR.

Terdapat 2,378 penolong pendaftar yang dilantik mewakili parti-parti politik di seluruh negara.

Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu.

Mengikut pecahan yang dikeluarkan SPR, pada Julai lalu, Umno mendaftar 7,230 pengundi baru, MCA (455), MIC (18), Gerakan (83), DAP (9,106), PAS (3,961), PKR (1,749), PPP (98), PBS (225), SAPP (20), LDP (68), PBB (303), SUPP (490), SPDP (93), dan PRS (12). Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, DAP telah mendaftarkan 55,321 pengundi berbanding Umno 54,872.

MCA pula mendaftarkan 2,917 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu, MIC (1,109), Gerakan (476), PAS (36,618), PKR (13,098), PPP (empat), PBS (686), SAPP (218), Upko (241), LDP (37), PBB (649), SUPP (972), SPDP (435), PRS (191) dan SNAP (enam).

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, SPR telah mewartakan daftar pemilih tambahan suku kedua 2010 membabitkan pemilih yang terdiri daripada seramai 164,812 permohonan pemilih baru dan 27,149 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Pada masa yang sama kata beliau, SPR telah mengeluarkan sebanyak 58,303 nama daripada rekod pemilih berdaftar atau sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara.

Daftar pemilih suku kedua itu telah diwartakan hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, dengan pengesahan daftar tambahan suku kedua ini negara mempunyai seramai 11,381,193 pemilih yang sah berbanding 11,247,225 sebelum ini.

Daripada seramai 11.4 juta itu, 4,344,101 orang merupakan pengundi berusia 40 tahun dan ke bawah manakala 7,037,092 lagi berusia 41 tahun dan ke atas.

"Dengan proses ini, SPR telah dapat mengurangkan bilangan mereka yang mendaftar daripada 4.3 juta kepada 4.2 juta," katanya.

Secara perbandingan kata beliau, SPR menerima 191,970 permohonan baru sepanjang suku kedua 2010 melibatkan April dan Jun lalu berbanding 157,327 pada suku pertama.

"Secara purata kami menerima 170,000 permohonan bagi setiap suku tahun ini setakat ini berbanding 85,000 permohonan setiap suku sepanjang tahun lalu.

"Pada tahun pilihan raya umum 2008 (yang berlangsung bulan Mac), SPR hanya menerima secara purata 50,000 berbanding purata 300,000 setiap suku pada tahun 2007," katanya.

Oleh itu beliau menjangkakan purata permohonan baru yang diterima akan meningkat selepas ini mengambil kira pilihan raya umum dan negeri Sarawak.


The Malaysian Insider

RM250 Duit Raya buat Guru KAFA di Pulau Pinang..

Posted: 31 Aug 2010 11:50 PM PDT

Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menambah RM100 lagi sebagai pemberian kewangan khas kepada kakitangan awam di negeri itu, menjadikkan jumlahnya RM500.

"Walaupun pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos lalu adalah hanya RM400, namun namun tindakan awal ini telah berjaya mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM 500.

"Oleh yang demikian, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun bantuan kewangan tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang bernilai RM500," kata ketua menteri, Lim Guan Eng ketika majlis perhimpunan bersama anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang, hari ini.

Selain bayaran RM500 itu, beliau juga mengumumkan bayaran RM 250 untuk guru Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain).

"Pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 ini melibatkan sejumlah 3,700 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.85 juta.

"Pemberian kepada 1,396 guru Kafa sebanyak RM 250 akan melibatkan RM 349,000. Sekiranya kita mengambilkira semua pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri dan agensi negeri, ia membabitkan RM5.2 juta," kata Lim.

Menurut Lim, beliau berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memperkukuhkan tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih berdaya saing di persada antarabangsa.


Malaysiakini

10 Dongeng Hari Kemerdekaan...

Posted: 31 Aug 2010 10:00 PM PDT

31 Ogos telah datang lagi! Dalam menyambut kemerdekaan ini ketahuilah sebenarnya banyak fakta mengenai sejarah dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita telah diputarbelit

Jadi today sempena hari merdeka, aku nak kongsi my top ten favourite myths pasal kemerdekaan 31 Ogos 1957 yang masih banyak bikin kita confuse.

#10. Lagu "Tanggal 31" dicipta oleh Sudirman
Sudirman only covered lagu Ahmad C.B. from the 60's & changed one line from the lyrics. Kalau tak percaya, listen to this!


Tanggal 31 Original version oleh Ahmad CB


Tanggal 31 Cover version oleh Sudirman

#9. Kita ada "Social Contract" masa merdeka

Where got? Idea kontrak 'bukan-Melayu dapat citizenship in exchange for hak istimewa orang Melayu' mula surface in the 80's. "Ketuanan Melayu" also the same.

#8. Malaysia sebuah "negara Islam" sejak merdeka

Sebenarnya Malaysia negara sekular dengan Islam sebagai official religion, bukan Islamic-state!

#7. Malaysia bebas 100% dari penjajahan British masa merdeka

Until 1970's British controlled over 60% kekayaan ekonomi negara dan British military terus stay kat Malaysia sampai 1971!

#6. UMNO-MCA-MIC mulakan kerjasama politik antara kaum untuk merdeka

Putera-AMCJA dah start much earlier in 1946. Tengok filem '10 Tahun Sebelum Merdeka' kalau tak percaya.

#5. Mamat yang design bendera Malaysia tak ciplak bendera US

Sure or not? :)

#4. Perjuangan gerila komunis masa darurat bukan untuk kemerdekaan

In 1948, gerila komunis & non-communists lancar revolusi angkat senjata untuk halau penjajah British dari Malaya. Tengok filem 'Revolusi '48' kalau tak percaya.

#3. Tugu Negara simbol perjuangan kemerdekaan Malaysia

Kita berjuang untuk kemerdekaan dari komunis atau dari British? Masa kecik, tugu ni buat aku confuse.

#2. UMNO pengasas perjuangan kemerdekaan

Before UMNO (est. 1946), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (est. 1945) fought for merdeka oredi. Before PKMM, Kesatuan Malaya Merdeka (est. 1938) fought for merdeka oredi. Before KMM, Communist Party of Malaya (est. 1930) fought for merdeka oredi.

#1. Malaysia mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah

Inilah bapak segala merdeka myths, ditulis dalam semua buku teks, reinforced setiap tahun sejak merdeka. Realitinya, ribuan gerila anti-British terkorban dalam anti-colonial war of independence melawan British. Ribuan askar Melayu terkorban dalam perang penjajah melawan komunis. Ribuan rakyat juga terkorban kat tengah-tengah…

Dedicated to the heroic fighters in the cause of liberty, justice and equality. Selamat Hari Merdeka.


x Fahmi Reza

Sultan S'gor gantung gelaran Dr Ling, OC Phang

Posted: 31 Aug 2010 09:27 PM PDT

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menggantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu atau juga seringkali dikenali sebagai OC Phang.

Dalam satu kenyataan, setiausaha kerajaan negeri Selangor berkata keputusan itu dibuat oleh Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada 19 Ogos lalu.

Ling dikurniakan keahlian darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992.

Pada 29 Jun lalu, bekas presiden MCA itu didakwa atas pertuduhan mengikut seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Putrajaya.

Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ling bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Hakim kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

OC Phang pula dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) bergelar Datin Paduka pada tahun 2001.

Dia pula didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Klang.

Phang, 63, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.

Dia menghadapi dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kesnya pula yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada 25 Ogos lalu ditangguhkan ke 26 hingga 29 Okt ini.

Menurut kenyataan itu, penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kedua-dua mereka itu akan disemak semula jika mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan.


Malaysiakini

13 Mei : Racun yang disangka ubat oleh UMNO.

Posted: 31 Aug 2010 08:04 PM PDT

Menurut Mahfuz, apa yang dituduh oleh Zam itu amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku di mana Kelantan yang diperintah oleh PAS ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei itu terbukti paling aman.


13 Mei: Racun pun Umno sangka ubat
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Umno kini umpama diserang wabak kencing tikus sehingga racun pun disangka ubat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Umno sudah tidak tentu arah lagi untuk mencari formula ubat bagi menyembuhkan wabak kronik yang kini dideritainya hingga ubat luput tarikh seperti pandangan Zam (bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin) pun dilahap dengan penuh rakus oleh parti itu.

"Ubat Zam tak ubah seperti botol kicap yang bukan sahaja luput tarikh malah sudah ke peringkat menjadi racun," kata beliau.

Zam menuduh PAS meminta bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina tempatan selepas tragedi 13 Mei 1969.

Menurut Mahfuz, apa yang dituduh oleh Zam itu amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku di mana Kelantan yang diperintah oleh PAS ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei itu terbukti paling aman.

"Sebab itulah saya kata 'ubat' Zam itu sebenarnya racun yang akan memburukkan lagi wabak yang kini dideritai oleh Umno.

"Bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Zam kerana bersungguh-sungguh menyumbat racun ke dalam mulut Umno yang kini bagaikan dibelasah wabak kencing tikus," katanya sambil membangkitkan kembali dokumentari RTM mengenai Kelantan ketika Zam menjadi Menteri Penerangan.

"Dokumentari itu akhirnya terbukti penuh pembohongan dan menjadi bahan ketawa rakyat Kelantan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Harakahdaily tahun lalu pernah menceritakan apa yang berlaku di Kelantan ketika peristiwa 13 Mei di mana memang tidak dinafikan bahang rusuhan kaum itu mendorong kira-kira 50 hingga 60 orang pemuda berkumpul di atas Jambatan Yahya Petra.

Menurut bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan yang juga pembantu kanan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Ustaz Salahuddin Abdullah, dengan penuh semangat pemuda-pemuda itu dibakar dengan kata-kata "jangan biar orang-orang Melayu di Selangor dianiayai dan tak ada pembelaan kita".

Salahuddin mendakwa, pemuda-pemuda itu, termasuk dari Umno dan PAS, diapi-apikan beberapa pemimpin Umno Kelantan.

Sebaik sahaja mendengar kekecohan itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kelantan meminta Salahuddin dan beberapa yang lain pergi memujuk para pemuda itu. Setelah dipujuk, mereka dibawa ke kediaman Menteri Besar yang terkenal dengan panggilan JKR 10.

Ketika di bawa ke JKR 10, kira-kira 100 orang berhimpun termasuk pemuda-pemuda yang dipujuk itu.

"Mereka dijamu dengan mi dan nasi lemak," kata Salahuddin.

Asri menjelaskan kepada mereka bahawa PAS yang ketika itu memerintah Kelantan berjuang berdasarkan landasan Islam.

PAS, katanya, sentiasa tunduk kepada ajaran Islam.

Bekas Presiden PAS itu menasihatkan mereka supaya berwaspada dan jangan terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam termasuk hasutan rusuhan perkauman.

Ketika pertemuan itu berlangsung, seorang kontraktor yang terlibat dengan projek-projek membuat jalan di Kelantan, Chua Say Paw, tiba-tiba datang ke JKR 10.

Sebelum datang ke kediaman Menteri Besar itu, beliau tidak tahu-menahu tentang kejadian yang berlaku dan datang kerana urusan lain.

Asri terus memanggil beliau ke hadapan dan memberitahu jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan.

Menteri Besar itu tak mahu dengar apa-apa berlaku.

Sambil memandang Chua, Asri juga memberi jaminan tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan di mana PAS memerintah.

Selepas itu, kehidupan seharian di Kelantan berjalan seperti biasa.


Harakah Daily

Kemerdekaan ke 53 : Bukan Melayu Perlu Tahu Melayu dan Islam Yang Sebenar

Posted: 31 Aug 2010 09:12 AM PDT

" Selami dan Jiwailah Melayu dan Islam Yang Sebenar , Jauhilah Melayu dan Islam UMNO dan Perkasa"

Oleh : Shen Yee Aun

Perpaduan tidak dapat dicapai sekirannya kita yang berbangsa bukan Melayu ada prejudis , pemikiran negatif , perasaan takut dan gementar dan salah faham dan pandangan terhadap erti Melayu dan Islam yang sebenar. Kita akan cenderung untuk lebih menjarakkan dan menjauhkan diri daripada mereka.

Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelangga. Jangan disebabkan beberapa pemimpin Melayu yang memiliki kepentingan politik dan peribadi sendiri dengan menggunakan nama Melayu dan Islam sebagai alat dan senjata maka kita terus menyalahkan seluruh komuniti Melayu dan Islam.

Keris

Sebelum ini ada seorang pemimpin Melayu menghunus keris ke langit dan mencabar bukan Melayu jangan mencabar mereka. Bukan Melayu kena faham bahawa itu bukan budaya dan adat Melayu. Hakikatnya dalam adat mereka keris tidak boleh dihunus sesuka hati. Keris hanya boleh dihunus apabila mereka dicabar dan bukannya digunakan untuk mencabar. Sebab itu dalam adat Melayu ada pepatah menyatakan biar mati anak jangan mati adat. Namun ada juga sebilangan pemimpin yang lebih rela biar mati adat jangan mati UMNO.

Terdapat juga seorang pemimpin Melayu di Pulau Pinang yang menyatakan Cina adalah pendatang. Tindakan biadap dan kurang ajar ini juga bukan Melayu. Melayu yang sebenar kaya dan budi perkerti dan budi bahasa mereka. Jika benar sekalipun bukan Melayu adalah pendatang maka Melayu yang sebenar dalam budaya dan karya kesusasteraan mereka merupakan satu – satunya bangsa di dunia yang banyak menekankan tentang melayan tetamu mereka dengan baik.

Dalam Islam juga merupakan antara agama yang amat memuliakan tetamu.

"Setiap kamu terhadap kehidupan ini adalah seperti rumah tamu. Setiap hari kamu dikunjungi pelbagai tamu dengan pelbagai kerenah. Bukalah pintu untuk mereka dan layan sebaik yang kamu mampu. Andai kamu menutup pintu, kamu sangka diri makin selesa tetapi hakikatnya kamu semakin kehilangan segala-galanya".

(Jalaluddin al-Rumi)

Hak Beragama dan Beribadat

Terdapat juga segelintir pemimpin Melayu yang tidak menghormati hak beribadat dan beragama orang lain. Mereka ini bukan Islam yang sebenar. Realitinya dalam perlembagaan madinah iaitu perlembagaan pertama di dunia yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri memperuntukkan fasal – fasal perundangan untuk melindungi bukan Islam termasuk Yahudi dan mereka bebas mengamalkan dan mempraktikkan agama mereka.

Kelemahan Pemimpin Melayu

Soal negara ini lemah dipimpin oleh Melayu Islam. Tidak. Sejarah dan tamadun Islam kaya dengan kecermerlangan dan kegemilangan mereka. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz kekayaan negara sampai boleh bertahan sehingga beberapa generasi. Begitu unggulnya pemerintahan dan pentadbiran Islam yang sebenar.

Isu Melayu malas dan tidak maju. Tidak. Itu bukan Islam yang sebenar. Tuhan mereka merupakan satu – satunya Tuhan di dunia dalam wahyu pertamanya menekankan tentang soal membaca dan menimba ilmu pengetahuan.

Keistimewaan dan Ketuanan Melayu

Melayu dikatakan telah merasakan mereka istimewa berbanding kaum di tanah ini. Itu juga bukan Melayu dan Islam yang sebenar. Pada pandangan Tuhan mereka tiada perbezaan antara keturunan dan warna kulit. Jika tidak mengapa Tuhan mereka memilih seorang rasul yang suku kaumnnya bukannya majoriti di Makkah pada ketika itu? Yang membezakan sesama diri kita di mata Tuhan adalah dosa dan pahala yang kita bina selama ini.

Isu ketuanan dan keistimewaan Melayu. Tidak itu juga bukan Melayu yang sebenar. Antara perjuangan awal Nabi Muhammad s.a.w di Makkah adalah hak persamaan taraf antara golongan hamba dengan suku kaum utama di Makkah iaitu Arab Quraisy pada ketika itu. Ciri – ciri Arab jahiliah seperti semangat kabilah dan assabiyah ditentang sepenuhnya oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Dendam Melayu

Melayu pada hari ini dikatakan berdendam. Tidak. Itu bukan Melayu Islam yang sebenar. Bangsa Arab Quraisy yang menyeksa penganut Islam , memulaukan Nabi dan keluarga , mencaci , menentang dan cuba membunuh Nabi Muhammad sendiri tetapi apabila Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad. Baginda sendiri tidak pernah membalas dendam terhadap segala ketidakbaikkan yang dilakukan oleh mereka.

Segala keganasan dan provokasi yang dilakukan oleh organinasi dan pemimpin tertentu juga bukan Melayu yang sebenar. Melayu amat mementingkan tentang sifat keserdehanaan. Islam pula mementingkan kedamaian.

Muafakat

Melayu yang sebenar amat mementingkan tentang soal muafakat , kerjasama dan perpaduan. Sebab itu banyak peribahasa Melayu yang berunsur sedemikian. Contoh bersatu kita teguh , bercerai kita roboh , sehati sejiwa , berganding bahu , berat sama dipikul , ringan sama dijinjing , bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat dan pelbagai lagi.

Tun Mahathir

Ada juga seorang bekas Perdana Menteri negara baru – baru ini garang memperjuangkan agenda Melayu. Muka talam sebeginilah yang menggunakan Melayu dan Islam demi populariti sendiri. Beliau sendiri ada 22 tahun untuk memajukan Melayu tetapi ke manakah Melayu pada hari ini?

Hudud

Terdapat juga Melayu Islam sendiri yang cuba takutkan bukan Melayu terhadap perundangan Islam seperti Hudud. Pertama perundangan tersebut hanya tertakluk kepada Islam. Kedua jika kita tidak mencuri , merogol dan melakukan kejahatan mengapa kita perlu takut pada perundangan sebegini? Ketiga jika pada hari ini anak , adik dan orang terdekat kita yang menjadi mangsa penjenayah bukankah perundangan sebegini baik untuk kita?

Sekolah Vernakular

Terdapat juga Melayu Islam yang hendak menghapuskan sekolah vernakular. Hakikatnya dalam hadis mereka ada menyatakan tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.

PERKASA dan Ibrahim Ali

Perjuangan pertubuhan ini terlalu radikal. Kita lihat bagaimana Nabi Muhammad menyebarkan Islam. 3 tahun secara sulit dan 10 tahun secara terbuka namun tidak pernah menggunakan paksaan dan kekerasaan. Melayu pula percaya pada falsafah berpuasa iaitu hidup besederhana maka segala tindakan mereka seharusnya bersederhana.

Bukan Islam Masuk Masjid dan Isu Berdoa Untuk Bukan Islam

Isu ini hanya dipolitikkan semata – mata. Dalam al – Quran iaitu sumber rujukkan , tertinggi dan utama dalam Islam hanya menyebut hanya satu masjid al-haram dan tanah haram sahaja yang tidak boleh dimasuki oleh bukan Melayu. Nabi Muhammad sendiri membenarkan bukan Islam tinggal dan berada di dalam masjid pada zaman pemerintahannya. Iman Shafee juga menyatakan tiada masalah untuk bukan Melayu memasuki masjid.

Isu berdoa untuk bukan Islam juga dipolitikkan oleh pemimpin , organisasi dan media kawalan mereka. Sebagai bukan Islam saya tidak berani untuk mengatakan dari segi hukum boleh atau tidak namun yang saya pasti jika benar sekalipun mereka silap Islam yang sebenar adalah membenarkan mereka. Mengajar mereka dan membawa mereka ke arah jalan yang benar. Bukannya mengaibkan mereka di media , memaki , memalukan dan menyerang mereka. Saya pasti itu bukan Islam yang saya kenali.

Lagipun isu ini Teo Ni Ching sudah memohon maaf. Masih ingat bagaimana Khalifah Ali bin Abu Talib berhenti menyerang apabila pihak lawan menyerah diri dan mengaku kalah?

Isu Ekonomi Melayu Dirampas

Ekonomi mereka dirampas oleh Melayu UMNO dan bukannya bukan Melayu. Banyak Cina dan India yang kaya juga disebabkan oleh UMNO yang menjadikan mereka kaya . 52 Billion yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan Melayu lesap di tangan mereka. Fitnah dan tohmahan dalam Islam lebih teruk daripada membunuh. Sebab itu mereka bukan Melayu dan Islam yang sebenar. Mereka cuba mengasingkan penguasaan GLC yang dimiliki 100% oleh Melayu dalam ekuiti sebenar negara. Jika tidak Melayu sudah memiliki ekuiti lebih daripada 60% jika mereka jujur untuk melaporkannya.

Segala serangan dan kenyataan mereka yang bodoh , dangkal , keterlaluan , melampaui batas dan jahil juga bukan Melayu. Melayu amat berjaga – jaga dan tutur kata mereka. Terkenal dengan sifat kelembutan dan budi bahasa yang tinggi. Sebab itu dalam peribahasa Melayu ada menyatakan terlanjak perahu boleh diundur tetapi terlanjur kata buruk padahnya.

Saya Merayu Supaya Kita Adil Kepada Melayu dan Islam Lain

Bukankah Melayu dan Islam sebenar yang saya bongkarkan kepada kalian jelas menunjukkan betapa agungnya dan tingginya nilai , moral , etika dan kebaikkan Melayu dan Islam yang sebenar ? Jangan sesekali kita keliru untuk membezakan antara yang tulen dan yang palsu. Yang benar dan yang salah. Yang baik dan yang buruk.

Cubalah mendekatkan diri lagi kepada Melayu dan Islam yang sebenar yang banyak terdapat dalam masyarakat dan individu biasa di negara ini. Janganlah kita dipengaruhi oleh segelintir pemimpin dan organasisi sehingga kita ada Melayuphobia dan Islamphobia.

Kamus Melayu dan Islam

Masyarakat bukan Melayu perlu membezakan antara Melayu UMNO dengan bukan UMNO. Istilah Melayu UMNO seharusnya wujud dalam kamus dewan negara kita kerana sekirannya tidak masyarakat tidak akan dapat membezakan antara UMNO Melayu dan UMNO PERKASA dengan Melayu. Nama dan erti Melayu yang sebenar akan terus dicemarkan.

Melayu – beradab , penuh dengan nilai murni , baik , istimewa dan unggul

Melayu UMNO – pentingkan diri sendiri , miskin dengan budi pekerti , kaya dan senang

Melayu PERKASA – biadap , kurang ajar , keterlaluan

Islam – Kedaiman , Kebaikan , Kemulian , Bermoral , Beretika

Islam Melayu dan Perkasa - musuh dalam selimut , munafik , memiliki agenda

Saya seru blogger , pemimpin , masyarakat dan setiap individu di dunia ini menggunakan istilah kamus ini supaya Melayu dan Islam sebenar tidak tercemar. Apabila kita hendak menyerang Melayu dan Islam UMNO maka kita perlu gunakan istilah Melayu dan Islam UMNO dan PERKASA dan bukannya Melayu dan Islam yang suci dan murni. Jika tidak masyarakat akan terus salah faham dan pandang terhadap kesucian , kedaulatan dan keagungan Melayu dan Islam itu sendiri sampai bila – bila.

Melayu dan Islam tidak berdosa. Nama baik dan imej hanya tercemar apabila dijadikan alat , nama dan senjata oleh pihak tertentu demi merealisasikan impian mereka.

Dalam bulan kemerdekaan yang ke 53 kita bersatulah dengan Melayu dan Islam yang sebenar. Kita cuba mendekatkan lagi dengan mereka. Sesungguhnya mereka merupakan bangsa dan agama yang agung yang mulia dan baik di permukaan bumi ini. Bersaudaralah sesama diri kita.

Yang perlu kita cari dan jauhi adalah Melayu dan Islam Palsu.Melayu , Cina , India dan bangsa Malaysia yang lain kita bersatulah dalam pentas persada arena ini demi membangunakan sebuah tamadun Malaysia di peta dunia.

" Selami dan Jiwailah Melayu dan Islam Yang Sebenar , Jauhilah Melayu dan Islam UMNO dan Perkasa"


http://politik.shenyeeaun.com

Tiada ulasan: