Selasa, 7 September 2010

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


1 Malaysia Najib Hanya Sekadar Retorik

Posted: 07 Sep 2010 07:49 PM PDT

Shen Yee Aun, Malaysia Chronicle

Dalam konsep ini terdapat tiga teras utama yang ditekankan oleh Najib iaitu penerimaan, Kenegeraan dan Keadilan Sosial. Ketiga-tiga teras ini pula akan diperkukuhkan dengan lapan nilai yang diperkenalkan.

Nilai 1: Budaya Cemerlang
Nilai 2: Ketabahan
Nilai 3: Rendah Hati
Nilai 4: Penerimaan
Nilai 5: Integriti
Nilai 6: Kesetian
Nilai 7: Meritokrasi
Nilai 8: Pendidikan

Teras 1: Penerimaan

Persoalannya kini bagaimana Najib boleh memperkenalkan konsep yang bercanggah dengan perjuangan dan perlaksanaannya? Beliau mahu mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Namun begitu bagaimana konsep ini hendak dicapai sekirannya dasar pecah dan perintah halus Najib terus memecahkanbelahkan masyarakat berbilang bangsa di negara kita? Barisan Nasional sering melaungkan dasar dan idelogi politik mereka adalah sistem politik perkongsian kuasa namun sebenarnya sistem tersebut adalah sistem politik dasar pecah dan perintah dimana ada parti-parti tertentu khas untuk memperjuangkan nasib dan hak kaum masing-masing. Biasanya kita hanya mengenali dasar pecah dan perintah ekonomi British dimana dikatakan Melayu di kampung sebagai petani, Cina di bandar sebagai pedagang dan India di estet sebagai penoreh getah. Oleh itu, apakah bezanya kalau parti Umno untuk Melayu , parti MCA untuk Cina dan parti India untuk MIC? Dasar pecah dan perintah bukan sahaja boleh wujud dalam sistem ekonomi tetapi juga dalam politik.

Teras 2: Kenegaraan

Pada 28 April 2009 Najib mengingatkan mana-mana pihak agar jangan terlalu taksub terhadap tuntutan hak dan melupakan tanggungjawab mereka sebagai warganegara kerana kewarganegaraan bukan sahaja menggariskan hak tetapi juga menuntut tanggungjawab serta di bawah konsep 1 Malaysia, tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan.

Pertama siapakah golongan kaum yang dikatakan terlalu taksub menuntut hak mereka dalam pemikiran Najib? Namun tanpa perlu hurai lebih lanjut kita masing-masing sudah sedia maklum tahu kaum manakah yang dimaksudkan Najib. Jawapannya kepada Najib pula kalau seseorang itu diberikan makanan yang secukup dan sebaiknya dan sudah kenyang adakah orang tersebut akan meminta makanan lagi sedangkan perut sudah kenyang? Berbanding pula dengan orang yang perut mereka lapar sehingga perlu taksub meminta makanan.

Keadaan tersebut menandakan keadaan kaum tertentu yang hak mereka tidak lagi dipenuhi. Jangan hanya sebut tanggungjawab rakyat tetapi tanggungjawab kerajaan dan Perdana Menteri juga penting. Jangan hanya tahu suruh orang tidak menuntut tetapi sendiri tidak juga cuba sedaya upaya memenuhi segala keperluan yang diperlukan rakyat. Bunyi tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan cukup kelakar kerana rakyat di negeri Pakatan Rakyat sudi atau tidak kerajaan bantu? Kita mengkaji rentetan isu dan peristiwa yang berlaku antara Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan kerajaan persekutuan sudah boleh menilai sejauh mana kenyataan Najib retorik atau tidak.

Teras 3: Keadilan Sosial

Keadilan sosial rakyat atau keadilan sosial Umno? Kita lihat setelah 52 tahun negara kita merdeka namun segala dasar dan pembahagian yang retoriknya untuk rakyat tetapi akhirnya kroni dan ahli sendiri yang menikmatinya. Kalau benar di bumi bertuah ini ada keadilan sosial rakyat mengapa ramai graduan bijaksana semua berkhidmat di luar negara? Mereka mungkin dituduh tidak setia kepada negara tetapi adakah pemerintah adil kepada mereka?

Bagaimana keadilan sosial rakyat boleh tercapai sekirannya Najib terus memanipulasi hak yang ada pada kaum Melayu untuk terus menindakkan peluang dan hak kaum lain? Tidak pernah kaum lain mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu tetapi Umno sendiri yang selalu mengaburi mata rakyat dengan konsep ketuanan dan keistimewaan Melayu sehingga dipertikaikan tindakan mereka. Pertikaikan kaum lain terhadap tindakan Umno sangat berbeza dengan pertikaian terhadap hak dan keistimewaan Melayu. Kalau benar Umno benar-benar telus mempertahankan dan memperjuangkan keistimewaan orang Melayu mengapa pula ramai orang Melayu yang menentang Umno, ramai Melayu sendiri yang memangkah Umno dalam pilihan raya dan bilangan kaum Melayu dalam Pakatan Rakyat semakin hari semakin bertambah. Hal ini disebabkan perjuangan hak keistimewaan Melayu hanya sekadar laungan retorik dan manipulasi serta eksploitasi yang dilakukan oleh Umno. Mungkin benar ketuanan dan keistimewaan Melayu diperjuangkan tetapi bukan Melayu rakyat dan sebenarnya adalah Melayu Umno dan Najib.

Nilai 1 — Budaya Cemerlang

Bagaimana seorang penculik dan perompak negara boleh mewujudkan budaya yang cemerlang sedangkan segala tindakannya sudah memaparkan budaya sesat? Kita lihat bagaimana wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat diculik oleh seorang pemimpin negara dan kita juga lihat bagaimana seorang pemimpin negara merompak hak, undi dan demorkrasi rakyat di negara Perak. Adakah perbuatan ini menandakan satu budaya yang cemerlang atau sebaliknya? Kalian tepuklah dada dan tanyalah selera.

Bagaimana budaya yang cemerlang mampu diwujudkan apatah lagi dicetuskan apabila seorang Speaker dewan ditarik keluar menggunakan kuasa polis yang sudah menodai kemuliaan sesebuah dewan tersebut? Bagaimana budaya cemerlang mampu diwujudkan apabila perlembagaan negara terus diperkosa demi memuaskan hati dan nafsu seorang pemimpin dalam rampasan kuasa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dalam zaman pemerintahan kelima-lima Perdana Menteri negara?

Bagaimana budaya cemerlang mampu diwujudkan apabila Cina di China terus disembah tetapi Cina di Malaysia bagaimana pula? Bak kata pepatah Melayu hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri dan lebih baik di negara sendiri. Namun tindakan dan perjuangan pemimpin negara tidak berlandaskan kepada pepatah Melayu ini. Sepatutnya Cina China yang emas dilayan seperti batu tetapi Cina Malaysia batu dilayan seperti emas.

Bagaimana kita hendak mewujudkan budaya cemerlang sedangkan negara demokrasi yang bertunjangkan kepada hak kebebasan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu digantikan dengan pemerintahan ala komunis? Chin Peng komunis ditentang sekuat hati tetapi tindakan komunis yang menyekat hak kebebasan berhimpun, berparti dan bersuara disekat. Rakyat demi rakyat ditangkap seperti Ang San Su Kyi yang ditahan bawah pemerintahan Junta Tentera. Adakah di Malaysia pula pemerintahan Najib tentera hendak terus diamalkan?
Kalau kesemua persoalan di atas menandakan budaya yang cemerlang maka Malaysia akan cemerlang, gemilang, terbilang dan tidak terbilang.

Nilai 2 — Ketabahan

Barisan Nasional tidak belajar daripada sejarah. Bencana tsunami politik Mac 2008 tidak mampu membangkitkan mereka daripada tidur lena dan alpa mereka. Adakah mereka tabah menghadapi dugaan rakyat? Adakah mereka tabah menerima hakikat perubahan dan transformasi politik yang pertama kali berlaku dalam sejarah tanah air negara? Atau sebenarnya mereka masih terus leka dan lalai dalam mimpi indah mereka?

Adakah seseorang pemimpin negara tabah menunggu proses peralihan kuasa atau sebenarnya tidak sabar-sabar hendak berkuasa sehingga meja bekas Perdana Menteri Umno ada juga benda-benda jampi? Apakah maksud jampi tersebut dan siapakah yang melakukannya? Mungkin hanya Tuhan yang tahu.

Adakah pemimpin Umno tabah menerima kelemahan bekas Perdana Menteri Malaysia kelima dan sanggup terus berjuang bersamanya sehingga agenda rakyat dipenuhi dan luka Barisan Nasional diubati? Jawapannya tidak kerana ramai pemimpin yang sudah menunjukkan belang mereka meminta dan menyuruh Pak Lah kesayangannya negara meletak jawatan dan mempercepat proses peralihan kuasa. Sedangkan apabila Pak Lah baharu memegang kuasa suatu ketika dahulu disembah dan dijilat namun pada ketika Pak Lah paling lemah disebabkan kelemahan pemimpin bawahannya belang-belang sudah mula timbul untuk meludah dan memaksa Pak Lah ke jalan buntu dalam karier politiknya.

Adakah Samy Vellu tabah mengharungi perubahan yang melanda negara? Adakah Samy Vellu belajar daripada perubahan undi mendadak kaum India terhadap Pakatan Rakyat dan termasuk PAS berbanding MIC? Jawapanya tidak. Kita lihat bagaimana seorang demi seorang dilucutkan jawatannya apabila mereka bangkit hendak menentang Uncle Sam dalam merebut kerusi Presiden MIC. Siapa yang memecahkan masyarakat India daripada dahulu MIC kepada wujudnya IPF? Siapa yang memecahkan masyarakat India yang dahulunya sebelum merdeka hanya satu kepada puak A dan puak B apabila Subramaniam terus dipinggirkan walaupun layak demi memenuhi kepentingan peribadi dan politik seorang individu?

PPP tidak tabah menerima hakikat parti mereka semakin lemah. PPP tidak belajar bagaimana pepecahan dalam parti yang akhinrya mengundang kepada kekalahan seorang Presiden parti di Taiping. Mereka jauh lebih ekstrem apabila wujudnya PPP A dan B yang kedua-dua pihak mendakwa mereka merupakan parti PPP yang sah. Pergolakan kuasa dalam PPP baru-baru ini bagaikan gambar Hindustan yang mungkin akan mendapat lebih banyak anugerah daripada "Slumdog Millionaire" yang mendapat lapan anugerah antarabangsa.

Gerakan juga tidak tabah menghadapi dugaan yang menimba mereka. Mereka telah cedera dengan parah dan ada juga ramai penganalisis politik berpendapat mereka tidak mampu bangkit menawan Pulau Pinang selama-lamanya. Namun ahli mereka terus dimaki dan ditekan apabila bersuara memperjuangkan sesuatu isu yang melanda negara.

Kita juga lihat bagaimana MCA yang terus berdrama seperti wayang TVB Hong Kong antara Presiden dan Timbalan Parti yang tidak ada pengakhiran sehingga hari ini. Kita lihat bagaimana seorang Presiden parti cuba sedaya upaya menjatuhkan Edison Chen Johor Malaysia berbanding memulihkan kembali undi dan kepercayaan kaum Cina yang semakin hari semakin luntur dan pudar.

Tidak apa. Kita anggap sahaja kesemua tindakan Barisan Nasional ini sebagai bentuk nilai ketabahan mereka dalam mengharungi transformasi politik yang melanda negara. Teruskan.

Nilai 3 — Rendah Hati

Bagaimana Umno yang sombong boleh mencadangkan satu nilai yang tidak mungkin diamalkan oleh mereka? Kita lihat bagaimana seorang sepupu Perdana Menteri yang menghunus keris kepada kaum bukan Melayu supaya tidak mencabar kewibawaan Melayu? Persoalannya kini adakah keris itu satu mesej supaya jangan cabar Melayu atau jangan cabar Umno dan dirinya sendiri?

Kita juga lihat laungan perkongsian kuasa retorik Umno selama ini yang tidak penah memberi sebarang tempat kepada parti lain memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Negara. Perkongsian kuasa apa yang dilaungkan oleh mereka?

Ketua Menteri Melaka dengan suara lantang menyeru PPP keluar daripada perkongsian kuasa Barisan Nasional dan juga kenyataan Tuhan juga tidak mampu tengelamkan Umno. Kelakarnya tidak lama kemudian tidak perlu kuasa Tuhan pun dengan kuasa rakyat Umno hampir nyawa-nyawa ikan dalam pilihan raya lepas.

Rendah hati tidak bermaksud wayang yang dilakonkan oleh seorang pemimpin turun ke padang ke tempat awam dan seterusnya surat khabar memaparkan segala kejadian tersebut.

Nilai 4 — Penerimaan

Adakah Umno sedia menerima demokrasi rakyat yang mahukan perubahan politik apabila rakyat di Perak dicantas demokrasi mereka? Adakah Umno sanggup menerima hakikat di sebuah negara demokrasi rakyat bebas bersuara dan berhimpun secara aman apabila mereka terus melakukan penangkapan dan penahanan?
Bagaimana Umno hendak menerapkan nilai penerimaan sekirannya suara dan undi ahli Umno sendiri tidak dilayan apabila perwakilan memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda mereka namun individu yang kalah pula yang dipilih menjadi menteri.

Setahu saya Umno hanya menerima hakikat rakyat sudah tidak mahukan mereka lagi. Oleh sebab itu, mereka tidak berani bertanding di pilihan raya kecil Penanti. Mereka sudah menerima hakikat kekalahan mereka sebelum bertanding.

Nilai 5 — Integriti

Integriti apa sekiannya polis terus menyalahgunakan kuasa mereka yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan negara melakukan tindakan yang tidak menghormati Dewan Undangan Perak? Kita lihat bagaimana kematian boleh berlaku di penjara negara tercinta sendiri.

Kita juga lihat indeks rasuah Malaysia yang semakin hari semakin teruk. Apakah rasuah itu lambang integriti? Kita lihat bagaimana Umno sendiri mempertikaian perlantikan Menteri Besar Terengganu dan adakah tindakan ini berintegriti kepada instutisi beraja? Lihat juga bagaimana mereka cuba mengherat institusi beraja ke kancah politik di Perak dan mempolitikkan isu Kesultanan Perak.

Adakah seorang pemimpin Umno setelah 52 tahun negara merdeka berkata Cina adalah penumpang di negara ini merupakan satu tindakan yang berintegriti?

Cina dan India adalah penumpang tetapi itu adalah Cina dan India dahulu. Dahulu sebelum perkongsian kuasa wujud. Dahulu sebelum kontrak sosial wujud. Dahulu sebelum perlembagaan negara digubal. Cina dan India kini lahir dan mati di tanah ini juga maka kita bukan sahaja penetap tetap bahkan merupakan rakyat Malaysia yang sah dan tulen seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan dan seperti mana yang diperjuangkan oleh teras 2 Satu Malaysia iaitu kenegaraan.

Nilai 6 — Kesetian

Siapa yang tidak setia dalam isu yang melanda negeri Perak? Siapa yang menjadi punca kepada rakyat mempertikaikan tindakan Raja? Sebenarnya tindakan rakyat bukan menentang Raja tetapi menentang tindakan Umno yang mengherat Raja ke kancah politik.

Mereka tidak setia pada perlembagaan. Mereka tidak setia pada rakyat Malaysia berbangsa Melayu , Cina, India, Kadazan, Iban dan kesemuanya. Mereka tidak setia pada demokrasi. Mereka tidak setia pada hak asasi. Mereka tidak setia pada dewan.

Kesetian apa yang hendak mereka wujudkan lagi?

Nilai 7 — Meritrokrasi

Adakah Dasar Ekonomi Baharu yang terus bernyawa di negara kita menandakan keadaan meritrokrasi? Selaku rakyat Malaysia bukan niat saya untuk mempertikaikan dasar yang menguntungkan kaum Melayu tetapi penentangan saya ini kerana dasar tersebut gagal menguntungkan Melayu.

Dasar tersebut hanya dan terus menguntungkan Melayu Umno dan Melayu tidak mampu berdirikari sekirannya mereka masih hendak berpaut pada Dasar Ekonomi Baharu. Ramai Melayu yang bijak-bijak belaka dan untuk terus membantu mereka adalah penghinaan kepada mereka yang mampu bersaing dengan semua kaum dan dunia tanpa sebarang polisi dan dasar untuk membantu mereka.

Saya rasa semua agama percaya kepada konsep pahala dan dosa. Semakin banyak kita berbuat baik maka peluangnya semakin cerah untuk bertapak di syurga. Semakin banyak yang berbuat jahat akan cenderung dihukum ke neraka. Begitu juga dengan sistem demoraksi. Semakin banyak kita berusaha dan bekerja maka semakin banyaklah peluang di depan mata kita.

Melayu kini tidak perlu lagi dasar Umno untuk membantu mereka kerana mereka sudah mampu berjaya dalam mana-mana bidang di negara kita dan ramai individu sudah membuktikkan keadaan ini. Mengapa hendak terus menjajah minda Melayu dengan DEB? Adakah Umno sedar apabila Melayu sedar mereka sudah mampu berdikari tanpa bantuan Umno dan pada ketika itulah riwayat Umno akan berakhir? Adakah disebabkan ini Umno terus ingin menjajah minda dan kehidupan Melayu supaya terus bergantung pada laungan Umno? Adakah tindakan ini demi memajukan Melayu atau meneruskan kelansungan Melayu Umno?

Nilai 8 — Pendidikan

Sistem pendidikan apa yang terus melahirkan golongan Mat Rempit yang akhirnya ditaja sendiri oleh Putera Umno? Sistem pendidikan apakah sekirannya kadar pengganguran dalam kalangan graduan semakin hari semakin bertambah? Sistem pendidikan apakah yang menyebabkan bekas Menteri Pelajaran sendiri tidak menghantar anak beliau sendiri belajar di bawah sistem yang dirangka dan dijaganya sendiri?

Kata Umno mereka adalah pejuang bangsa Melayu. Keris dihunus demi Melayu. Namun keris dihunus dan ditikam juga kewibawaan bahasa Melayu mereka sendiri apabila PPSMI tidak lagi diajar dalam bahasa Kebangsaan.

Kesimpulan

Akhirnya adakah konsep 1 Malaysia adalah 1 Malaysia Rakyat atau sebenarnya 1 Malaysia Najib dan Umno? Kesemua laungan hanya sekadar retorik politi semata-mata kerana perpaduan kaum tiada akan bermasalah sekirannya ahli politik sendiri tidak mempolitikkan isu kaum demi kepentingan politik mereka sendiri. Segala-galanya hanya fantasi semata-mata sekirannya semua tindakan dan kenyataan bercanggah dengan konsep yang diperkenalkan.

Najib menyatakan 1 Malaysia berbeza dan Malaysia Malaysian DAP . Realitinya sememangnya terlalu banyak perbezaan dan perbezaan adalah perbezaan perjuangan dan cerminan realiti negara. DAP tidak pernah lari daripada perjuangan dan tindakan mereka secara konsisten terhadap Malaysia Malaysian dan segala yang terdapat dalam Malaysia Malaysian merupakan cerminan realiti Malaysia. Itulah perbezaanya.

Was RPK's Malaysia Today hacked because of Tajudin Ramli

Posted: 07 Sep 2010 07:47 PM PDT

Malaysia Chronicle

It looks like Malaysia Today may have been a victim of the latest government crackdown on the Internet. The popular political blog operated by the controversial Raja Petra Kamaruddin is now up again but for most parts of Tuesday, it was locked out - disappointing its hordes of followers.

"Our admins are still trying to resolve the issue. MT has been down for 13 hours now," was the e-mail reply to a query from Malaysia Chronicle at 8.32 pm last night.


Indeed many of Malaysia's politically-addicted 'netizens' were disappointed at having to forego their daily dose of the latest and the hottest from RPK.

The 60-year old has been in the headlines of late after BBC's HARDtalk cancelled a much-anticipated interview with him at the 11th hour. Although BBC denies it, speculation is rife it may have bowed to inter-governmental pressure not to proceed.

RPK has been the source of most of the damning news related to Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor. In particular, he has exposed their alleged roles in the murder of Mongolian translator Altantuya Shaariibuu and the purchase of two over-priced Scorpene submarines from French arms giant DCNS. Both Najib and Rosmah have denied any involvement in either of the cases.
.
The Tajudin factor

Mahathir and Tajudin
But the latest attack on Malaysia Today is likely to be related to RPK's most recent scoop on fallen tycoon Tajudin Ramli, the former chairman of national carrier MAS. Last month, RPK published a 7-page detailed report that MAS had lodged with the Malaysian Anti-Corruption Commission in 2009 after failing to get the authorities to act despite having lodged police reports in 2002 and again in 2005.

The trail of events showed the involvement of two former prime ministers Mahathir Mohamad and Abdullah Badawi as well as former finance minister Daim Zainuddin in helping to cover up for Tajudin, who was the MAS chairman from 1994 to 2001.

In the MACC report, the airline alleged that Tajudin was responsible for racking up as much of RM8 billion in losses due mainly to several chunky deals that favored his family and proxies.

MAS is a government-linked company and therefore a vessel of taxpayers' wealth but despite the staggering losses, neither Mahathir, Badawi or Najib has taken any action.

Raja Petra
Corruption, intimidation and suppressing information

On Tuesday, MAS released a statement to the local stock exchange informing that Tajudin had filed a RM500 million defamation suit against it. Tajudin also accused the airline of instigating several articles about him in the Malaysia Today website. It also assured investors it would not be intimidated.

"MAS has instructed its solicitors to take the necessary action to set the matter down for trial as soon as possible," the airline said. "This is to avoid further interlocutory proceedings that have already delayed this matter for over four years and which may further delay this matter."

Large-scale endemic corruption has been blamed for the ruling BN coalition's poor performance in the 2008 general election. It is still sharply on the rise despite promises by Najib to reform. The next general election is now expected only in 2012 as current conditions favor Opposition Leader Anwar Ibrahim and his Pakatan Rakyat.

Pundits are expecting the BN to launch further crackdowns especially on the Internet – a key communication channel for the Pakatan and Malaysians in general. Politically 'sensitive' news that never get to see the light of day in the mainstream media are openly discussed on the Net and the government's shortcomings on current issues scrutinized by both experts and the man-in-the-street alike.

Nurul sees red over court's 'un-green' ruling

Posted: 07 Sep 2010 07:46 PM PDT

By Teoh El Sen

PETALING JAYA: Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar is upset with the Kuala Lumpur High Court's decision on Monday to allow developer Gasing Meridian Sdn Bhd to proceed with the construction of 70 bungalows on the hill slopes of Bukit Gasing.
She said the court had "ruled against the people of Bukit Gasing" and that Kuala Lumpur City Hall (DBKL) mayor had broken his "promise" that Bukit Gasing would be gazetted as a forest reserve.

"The world is moving towards a new era of being green by developing sustainable neighbourhoods, yet DBKL has taken a step back by allowing an unscrupulous developer to ransack a pristine green lung that belongs to the people of KL," said the MP.

"The (previous) mayor (Ab Hakim Borhan) had promised the people that Bukit Gasing would be gazetted as a forest reserve.

"The current mayor (Ahmad Fuad Ismail) said that he would take hillside developments seriously and that he would not agree to the developments of four hills, namely Bukit Gasing, Bukit Nenas, Bukit Tabur and Sungai Besi. Where is the mayor then and where is the mayor now?" she asked.

A tale of two KLs

Nurul Izzah said with the construction of the bungalows, city folks, hikers and joggers, will be forever deprived of a breathing space. And on top of that, the area could face more landslides.

"The consequence of this inaction by DBKL is enormous. Three months ago, a landslide hit the Sri Maha Kaliaman Temple (in Bukit Gasing) where 20 devotees were in the midst of prayers.

"This was in addition to the countless landslides that have occurred there in the past 30 years," she said, adding that each bungalow would cost between RM2.6 and RM6.3 million.

"Where is sustainable living that DBKL promised the people living in this city? Where are our ministers? Isn't it time for them to act accordingly? The time to act is now and not later.

"This is a tale of two KLs where the state's unelected local authority transgresses the rights and interest of those they are supposed to serve. Whose rights and interests are they protecting?" she asked.

Only rich can afford nature's gift

Nurul Izzah said Bukit Gasing has been likened by World Wildlife Fund (WWF) to a green lung in the middle of an urban jungle.

"The hill has more than 10 hiking tracks. One can still see monkeys and various types of birds. This is an ideal place for people to relax and exercise while enjoying nature's scenery.

"Families and friends congregate on this hill frequently especially during the weekends. Sadly this panoramic view of KL and PJ will soon be inaccessible to our children," she said.

"The colorful plants, flowers, and fruits will be diminished among the eyes of the general public and only those who can afford it would be able to access nature's gift," she added.

Nurul Izzah said she hoped the residents of Bukit Gasing would appeal against this ruling for the benefit of all those who live in Kuala Lumpur and Petaling Jaya.

"I hope the mayor of KL would remember his pledge to the people. I hope that the developer would develop a conscience and leave this pristine hill untouched. Finally, I hope that the people would continue to voice their support to protect Bukit Gasing.

"We would not benefit most from this fight but rather our children, and the future generations to come that would grow up and appreciate this green space that is left for them," she said.

On Monday, High Court judge Aziah Ali dismissed a judicial review application by 108 Bukit Gasing residents to quash the development order to build 70 bungalows at Bukit Gasing.

The development order was issued by the then Kuala Lumpur mayor Ruslin Hassan.

The project, Sanctuary Ridge Kuala Lumpur City, is to be built on a 15.4 ha site in Bukit Gasing.

Nak Gantung, Gantung Ajelah

Posted: 07 Sep 2010 07:37 PM PDT


AJK masjid dikunjungi MP PKR Selayang mungkin digantung

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mungkin akan menggantung jawatankuasa pengurusan Masjid at-Taqwa ekoran tindakan mereka membenarkan Ahli Parlimen Selayang, William Leong dari PKR berada di ruang solat masjid itu bulan lalu.

Namun menurut Setiausaha Mais Datuk Mohammed Khusrin Munawi, tindakan itu bergantung pada hasil siasatan kelak.

"Setakat ini kami belum buat keputusan kerana masih mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkara itu.

"Kita juga akan dapatkan maklumat daripada Ahli Parlimen (William) itu juga kerana berdasarkan maklumat yang kita dapat, terdapat maklumat yang bercanggah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata keputusan rasmi akan dibuat sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh.

"Jika dakwaan itu benar kita akan ambil tindakan tegas dengan menggantung tugas jawatankuasa pengurusan masjid itu," katanya.

Laporan minggu llau menyebut wakil rakyat itu dibenarkan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Namun William ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, kunjungannya ke masjid tersebut adalah untuk memberikan sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian Parlimen Selayang.

"Saya datang kerana dijemput untuk beri sumbangan dan bila saya sampai di kawasan masjid program tersebut sudah pun bermula.

"Tetamu yang berada di luar menyuruh saya masuk ke dalam ruang solat untuk memberikan sumbangan," kata beliau yang juga Bendahari PKR.

Serangan terhadap Ahli Parlimen Selayang itu berlaku selepas seminggu daripada kejadian yang hampir sama dengan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.

Mais memberi amaran kepada Teo manakala jawatankuasa pengurusan surau itu pula digantung tugas mereka.

Mais juga telah mengambil-alih pengurusan surau tersebut.

Ketika ditanya mengenai tempoh penggantungan jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda, Mohammed Khusrin berkata ia bergantung kepada keadaan.

"Ia bergantung kepada keadaan mungkin kita akan putuskan tempoh penggantungan itu dalam mesyuarat yang akan datang," katanya. -TMI

Ulasan GB

Nak gantung gantung ajelah. Lagu baik kalau MAIS dapat gantung surau tersebut sampai kaki langit, bukan sekadar AJKnya. Begitulah respons dan kemarahan beberapa ahli kariah masyarakat Selayang yang menghubungi GB.

Rakyat Selangor akan jadikan ini sebagai satu peringatan.... menjelang pilihanraya ke 13 nanti.

Eh, Hassan Ali mana? Dah panggil Khusrin belum? Atau masih sibuk melobi MB Selangor agar tidak terlucut jawatan exco?

KJ: Ada persamaan saya dengan Najib..ha.ha..ada ka nak sama mcm Bik..!!

Posted: 07 Sep 2010 07:35 PM PDT

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan beliau kini keseorangan dalam parti Melayu itu, khususnya selepas pengunduran bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Ini dikatakan sesetengah pihak diburukkan lagi dengan pendekatan 'liberalnya' dalam memimpin pemuda.

"Contohnya bila saya keluarkan kenyataan, mereka tidak faham. Mereka tanya saya, kenapa begitu cepat bersuara terhadap orang Melayu yang didakwa buat kenyataan rasis. Mereka tanya, kenapa kamu lebih Pemuda BN daripada jadi pemimpin Pemuda Umno," kata Khairy.

Bagaimanapun, yang bagusnya, menurut ahli parlimen Rembau itu, apa yang berlaku merupakan satu proses pembelakaran untuk 700,000 anggota pergerakan itu.

"Saya mesti tekun dan tunjukkan mereka apa yang saya percaya. Jadi mereka akan perlahan-lahan fahaminya. Mereka harus tanya diri sendiri, 'kenapa dia (Khairy) buat begini' daripada buat kesimpulan bahawa saya bukan wira yang mempertahan orang Melayu.

"Jika saya berkeras, mereka akan menolaknya. Saya mahu mereka berfikir tentang apa yang betul dalam politik dan tidak betul secara politik. Jika tidak, kita akan kalah dalam pilihan raya umum nanti," katanya.

Khairy juga menafikan beliau sebenarnya bergerak secara persendirian dalam memimpin pemuda.

"Tidak, sekiranya saya rasa sendiri, saya akan lebih sedih daripada hari ini. Saya sudah lepas semua ini, saya seorang yang realis dalam politik. Saya tidak letakkan harapan dan cita-cita tinggi sangat.

"Jadi bila saya lihat masalah dalam Pemuda Umno sebagai satu masalah, saya perlu telitinya dan fikirkan bagaimana mahu menyelesaikannya. Tetapi sekarang, bagaimana saya hendak ubah satu sudut masalah itu.

Khairy memenangi jawatan ketua pemuda Umno pada pemilihan yang lalu dengan mengketepikan saingan sengit daripada Datuk Muhkriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Ramai penganalisis berpendapat faktor bapa mertuanya banyak mempengaruhi kejayaannya itu. Ini diburukkan lagi apabila beliau tidak diberikan sebarang jawatan dalam jemaah menteri sehingga hari ini. Bagi sesetengah pihak, keputusan itu sebagai tanda kepemimpinanya itu tidak diterima.

Pada masa yang sama, ketika ditanya sama ada beliau akan menjadi ketua Pemuda Umno sepenggal sahaja, Khairy senyum dan enggan memberikan kata putus.

"Semuanya tidak mustahil dalam politik," katanya sinis.

Ahli politik muda berumur 34 tahun itu juga meggambarkan ada persamaan antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengambil alih teraju pemerintahan daripada Abdullah.

Menurut Khairy, perkara itu dalam dilihat dalam tindakan mereka menseimbangkan sokongan pada BN dengan menarik undi bukan Melayu dan pada masa yang sama mengekalkan kumpulan setia di kalangan akar umbi.

Katanya, cabaran terbesar Umno dalam pilihan raya umum akan datang ialah bagi membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu telah berubah.

"Secara umumnnya, saya rasa rakyat suka arah yang dibawa Najib," kata Khairy ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

"Kritikan terbesar daripada pengundi kelas menengah dan atasan, yang terpelajar, sama ada beliau (Najib) bergerak solo. Dan disebabkan apa yang disebut 'kami percaya sebab pemimpin semestinya buat sesuatu yang baik', tetapi apakah beliau dapat sokongan daripada semua orang?

"Mungkin situasi yang sama seperti saya dalam Pemuda Umno."

Musa Hassan - Tahniah

Posted: 07 Sep 2010 07:32 PM PDT


Teman betul-betul terkejut dengan kenyataan bro IGP ni!
Pengakuannya bahawa ada banyak campurtangan Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh menteri UMNO terhadap PDRM selama ini benar-benar menggangu tugas Polis!!!

Kalau yang kata tu Ustaz Idris Ahmad..
Kalau yang kata tu Mat Sabu...
Kalau yang kata tu Azmin Ali..
kalau yang kata tu Lim Guan Eng..

Mau dan-dan tu gak kena ISA!!

Ini yang bercakap Ketua Polis Negara dow!!
Wakakakak!! Macam mana nak tangkap!!

Buat Musa Hassan.. jaga-jaga..
Jangan mata kamu pulak lebam lepas ni..
Tilam kamu pulak kena usung ke mahkamah!!!
wakakaka!
Cepat betul balasan tuhan!

sunsnake 08092010
Alat BN: Buka mulut setelah tarikh bersara diumum
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dipergunakan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN) hanya mampu membuka mulut apabila tarikh persaraan mereka diumumkan.
Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, ia sudah cukup memberitahu rakyat apa yang berlaku di sebalik pemerintahan BN di Putrajaya.
"Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya PAS melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis Diraja Malaysia hingga mengganggu struktur command and control dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar.
Katanya, PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri.

Darul Iman; Maksiat, GRO dan Pondan

Posted: 07 Sep 2010 07:13 PM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/maksiat.jpgTatkala menunggu-nunggu waktu berbuka puasa bagi memenuhi jemputan seorang teman di Kuala Ibai, hati tergerak untuk 'round-round' di Taman Rekreasi Masjid Tengku Intan Zaharah atau lebih tersohor dengan nama masjid terapung.

Sampai di pertengahan jalan, bersetentang dengan tasik berdepan masjid tersebut, terlihat seorang lelaki berbaju 'panas' putih berkain pelikat sedang berdepan dengan seorang pemuda.

Gaya lelaki tersebut bercakap dengan pemuda itu menarik perhatian ramai pengunjung di persekitaran itu.

"Buat malu orang Melayu, Islam….. awak puasa ke tidak…. Kalau puasa baik buka dan makan dari awak buat maksiat…..,"kata-kata lelaki itu masih kedengaran di telinga.

Rupa-rupanya, lelaki yang berkain pelikat dan berbaju 'panas' telah menangkap pemuda tersebut yang sedang berdua-duan dalam sebuah kereta Perodua Viva.

Mereka bukan setakat duduk diam-diam, tetapi si pemuda telah berbaring diatas riba si perempuan dalam kereta itu.

Walaupun dalam bulan Ramadhan, ada dikalangan pemuda dan pemudi di negeri Terenganu yang hanyut dengan maksiat.

Itulah satu sketsa di negeri Terengganu yang digelar DarulIman.

Bahkan ia semakin mengejutkan ketika Ramadhan menghanpiri penghujungnya.

Bulan mulia yang dijanjikan keampunan dan terlepas dari api neraka oleh Allah SWT rupa-rupanya penuh dengan kegiatan maksiat dan tidak bermoral.

Pada 5 September, bersamaan 26 Ramadhan, terpampang pula di dada akhbar berita yang panas dibawah;

Polis Tahan 21 Warga Asing Salah Guna Pas Lawatan Sosial

KUALA TERENGGANU, 5 Sept (Bernama) -- Polis menahan 21 warga asing kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini dalam Ops Noda yang dilakukan sepanjang Ramadan ini.
http://buletinonline.net/images/stories/berita32/pondan.jpg
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Zamri Shamsuddin berkata dalam tempoh tesebut 17 serbuan dilakukan dan daripada 21 warga asing yang ditahan itu masing-masing 18 wanita warga Thailand, dua wanita dari Laos dan seorang lelaki dari Myanmar.

"Mereka ditahan di bawah Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini dan disyaki bekerja sebagai pelayan di pusat-pusat hiburan di bandar raya ini," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Zamri berkata serbuan dibuat ke atas lima pusat hiburan itu adalah hasil maklumat daripada orang awam serta risikan.

Katanya polis juga telah menahan tiga pemilik premis di bawah Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 atas kesalahan mengambil atau menggaji seseorang yang tidak memiliki pas yang sah.
"Kita akan tahan selama 15 hari untuk jalankan siasatan sebelum mereka dituduh di mahkamah," katanya.

Polis juga telah mengeluarkan saman ke atas empat daripada lima pusat hiburan itu di bawah Seksyen 61 Enakmen Hiburan dan tempat-tempat hiburan di negeri ini kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Zamri berkata selain Ops Noda, polis juga mengadakan Ops Lejang iaitu mencegah curi motosikal, Ops Pintu (pecah rumah) dan juga Ops Rentap (Ragut) pada bulan Ramadan ini.

"Hasil operasi itu kita berjaya membendung peningkatan biasa kes-kes curi motosikal, pecah rumah dan juga kes ragut," katanya.
Beliau berkata, menjelang hari raya ini polis juga telah mengeluarkan notis yang akan diletakkan di peti-peti surat menasihatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan harta benda mereka.
"Kita harap orang ramai dapat beri kerjasama dengan memaklumkan kepada polis di balai-balai berdekatan jika ingin bercuti panjang semasa raya ini. Masukkan sekali nombor telefon untuk kemudahan pesanan ringkas (SMS) di dalam notis-notis berkenaan bagi kemudahan polis," katanya.-- BERNAMA

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/pondan1.jpgTimbul persoalan, mengapakah berlaku 'bala' sedemikian dinegeri yang terkenal dengan jolokan 'Serambi Madinah' suatu masa dulu.

Negeri yang penuh dengan kisah orang alim yang berjuang seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan Tok Sheikh Duyong mungkin sudah menjadi sejarah.

Bandar Kuala Terengganu yang digelar 'Bandaraya Warisan Pesisir Air' bukan lagi sebuah Bandar yang aman dan tenang sebagaimana mula dikenali 30 tahun lalu.

Semalam, dua hari menghampiri Syawal, ketika ramai umat Islam masih mengejar Lailatul-Qadar, ramai perantau, anak-anak Terengganu yang berhijrah ke luar mencari nafkah, pulang ke kampong halaman.

Agak memalukan, kepulangan anak-anak Perantau ke Bandaraya ini disambut dengan kegiatan maksiat dan tidak bermoral.

Namun, kerana tidak ada pekerjaan lain mungkin, pondan-pondan yang sudah pupus suatu masa dulu, muncul kembali sekitar Jalan Tok Lam!!

Timbalan Presiden PKR ... teman hanye sokong Dr. Syed Husin Ali

Posted: 07 Sep 2010 07:09 PM PDT


Dua tiga minggu lepaih teman ade belabun dengan oghang tiga ketua cabang PKR di Perak. Deme tanye pendapat teman tentang hasrat Mustapa Kamil Ayob mahu bertanding Timbalan Presiden PKR. Teman cebekkan mulut. Kemudian deme kate yang Azminpun nak jadi timbalan. Teman geleng kepala. Teman jawab, sebagai ahli PKR buat masa ini teman tak setuju dengan calon2 tersebut.

Teman tanye deme akan hei Dr. Syed Husin Ali. Deme kate Dr. Syed nak berundur. Teman kata mana aci. Takkan baru jadi senator udah nak berenti timbalan. Lagipun Dr. Syed Husin adalah orang sosiologi. Dia lebih tahu akan baik buruknye kalo dia berundur pada masa ini. Bahkan dia boleh meramei ape akan jadi jikalau dia berenti sebelum PRU 13. Ameno akan seghonok kalo Dr. Syed berundur. Dr. Syed adalah antara kekuatan yang ada pada PKR dan PR walaupun dia peghonah dicop sebagai 'komunih' oleh Tok Guru Nik Aziz.
Dr. Syed Husin Ali adalah tokoh akademik terkenei di Malaysia dan dunia. Ketokohannye dalam dunia akademik same naik dengan ketokohannye dalam politik kepartian. Beliau bukan seperti Dr. Chandra Muzaffar yang tak peghonah bergelumang dalam politik kepartian tetiba teghojun jadi timbalan KeADILan. Sebab itu Dr. Chandra laghi ninggeikan KeADILan.
Dr. Syed Husin tidak gilakan pangkat. Dia sanggup bubarkan PRM. Dia sanggup jadi timbalan PKR demi perjuangannye dan demi rakyat marhaen. Beliau tidak membalaih herdik kata2 Tok Guru Nik Aziz akan penolakannya sebagai calon Parlimen Kota Bharu. Beliau pasrah dan tetap terus bersame dengan PKR kerana beliau yakin dengan kepimpinan Anwar Ibrahim.
Teman yakin Dr. Syed agak keberatan menjadi senator. Tetapi apakan daye, beliau terpaksa juge terima demi sebuah perjuangan yang belum selesei. Kalo oghang lain yang dilantik, tentu timbui ghase dengki yang penyudahnye PKR tak abih2 dengan masalah dalamannye.
Sebelum pemilihan udah ada tiga oghang kuat PKR menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden PKR. Mustapa Kamil, Azmin dan Zaid Ibrahim seolah2 telah mengumumkan hasrat deme. Zaid kata dia akan bertanding jikalau MB Khalid tidak bertanding jawatan itu. Mustapa Kamil telah disokong sebulat suara oleh ketua2 cabang Perak untuk bertanding timbalan. Manakala Azmin yang disokong oleh Kamarul Baharin hanye akan memberi kata putus jikalau Dr. Syed Husin benar2 berundur.
Perwakilan Perak memang berdendam dengan Azmin kerana diyakini bahawa dialah antara punca awal kejatuhan kerajaan Perak. Zaid juga kecewa kerana Azmin sering menyinggung hati MB Khalid sehingga MB Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa Azmin tidak cukup pengalaman untuk mentadbir. Dan sehingge hari ini Azmin belum membalaih serangan atau memberi apa2 kenyataan terhadap ketidakpuasan hati deme yang tidak sukakan Azmin jadi timbalan.
Teman yakin dan cukup yakin bahawa Dr. Syed Husin Ali lebih arif apa akan jadi jikalau beliau berundur sebelum PRU 13. Peluang untuk PR menjadi kerajaan selepas PRU 13 akan lebih terbuka jikalau Dr. Syed kekal di kerusi timbalannye. Dan Anwar Ibrahim pula tidak perlu buang masa untuk menyeleseikan masalah dalaman PKR. Anwar ada banyak masa untuk menambah eratkan hubungan PKR dengan PAS dan DAP. Pada waktu yang sama Anwar akan berterusan mendedahkan kepincangan dan salah guna kuasa kerajaan ameno.
Dan lebih parah lagi jikalau Anwar dipenjarakan oleh ameno sebelum PRU 13. Sama ada Azmin, Zaid atau Mustapa Kamil yang jadi timbalan, masalah dalaman PKR akan semakin meruncing. Jikalau ini yang terjadi, bagi teman hanya Dr. Syed Husin yang mampu menenang dan meredakannye. Teman juge yakin kengkawan PAS dan DAP tidak sanggup melihat PKR lemah. Jikalau PKR lemah, peluang PR ke Putrajaya akan terencat.
Teman cadangkan kepada tiga ketua cabang berkenaan, usahakanle mana2 yang patut supaya Dr. Syed Husin Ali kekal di jawatannye sebagai Timbalan Presiden PKR. Kalo nak berundurpun, tunggule selepas PRU 13.
Teman yakin YB Senator Dr. Syed Husin Ali akan kekal di jawatannye. Dan serentak dengan itu juga ura2 yang Azmin, Zaid dan Musapa Kamil untuk bertanding timbalan akan tertangguh. Azmin ada kelebihannye. Zaid juge cemerlang dalam tugasannye. Mustapa Kamil juga tidak kurang hebatnya. Tetapi buat masa ini, kome kena tangguhkan dulu keinginan untuk jadi timbalan.
Satu pesanan teman sebagai ahli PKR yang membayar yuran, kita bukan ameno walaupun ada di antara kita yang berasei usui dari ameno. Matlamat kita bukan jawatan dalam parti. Matlamat kita ialah kekuatan parti. PKR mesti kuat jikalau mahukan PR kuat. Jangan jadikan rakyat marhaen getik pada kite.
"Abih mike idakke nak bertanding dalam pemilihan peringkat cabang?", tanye sorang ketua cabang.
"Idak", jawab teman selamba.
"Teman akan lantik juge mike", kata di deme.
"Kalo Dr. Syed Husin tak jadi timbalan, kome lantikpun teman takkan datang mesyuarat. Tahun depan teman tak nak bayo yuran".
oleh Mamamat

Selongkar sampah cari makanan...mana TPM dan UMNO Johor..??

Posted: 07 Sep 2010 07:02 PM PDT

JOHOR BAHRU: Dua beradik wanita warga emas bukan saja terpaksa makan dedak jagung makanan ayam untuk berbuka puasa dan bersahur setiap hari, malah ada beberapa jiran tetangga tergamak memaki dan meludah jika terserempak dengan mereka yang dianggap pembawa sial.
SUMBER REZEKI...Rahimah (kiri) bersama Fatimah dan Robiah melakukan kerja pengasingan barangan kitar semula.
SUMBER REZEKI...Rahimah (kiri) bersama Fatimah dan Robiah melakukan kerja pengasingan barangan kitar semula.
Kesengsaraan dua beradik berusia 70 dan 73 tahun itu makin bertambah apabila anak seorang daripada mereka berusia 37 tahun menghidap sakit mental manakala badannya penuh kurap.

Tiga bersaudara itu menumpang di kediaman seorang saudara mereka di rumah pangsa Blok 73, Taman Ungku Tun Aminah di sini, namun mereka hanya boleh menggunakan ruang tamu dan dapur selain dilarang menyentuh mana-mana peralatan milik tuan rumah atau masuk mana-mana bilik.

Lantaran kedaifan, tiga bersaudara itu terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan harian sehingga ada jiran seagama yang melabelkan mereka sebagai 'keluarga sampah'.

Bagaimanapun, dua warga emas itu, Fatimah Abdul Hamid, 72, dan adik perempuannya, Rahimah Abdul Hamid, 70, dan anak tunggal Fatimah, Robiah Ahmad, 37, nekad meneruskan hidup serba kekurangan itu walaupun masa depan mereka cukup kabur.

Rahimah berkata, dia mempunyai dua anak lelaki tetapi sejak kematian suami, kedua-dua anaknya bersikap lepas tangan dan enggan mengaku dirinya ibu kandung kerana menganggap kehadirannya boleh menimbulkan masalah dalam rumah tangga mereka.

Berikutan itu, dia yang mengalami masalah rabun teruk dan menghidap strok terpaksa menumpang kasih kakaknya, Fatimah yang sedia dibebani Robiah, seorang pesakit mental.

"Meskipun usia sudah lanjut, kakak bersama Robiah keluar rumah dua kali termasuk pada awal pagi dan petang dengan menolak kereta sorong bagi mencari sisa makanan dalam tong sampah untuk dijadikan juadah.

"Saya cukup gembira jika mereka membawa pulang roti, makanan dalam tin mahupun mi yang dijumpai dalam timbunan sampah biarpun sesetengah barangan itu sudah luput tarikh.
"Kami juga akan menyimpan baki makanan yang tinggal termasuk untuk bersahur dan berbuka puasa sepanjang Ramadan ini," katanya.

Rahimah berkata, sekiranya Fatimah dan Robiah menemui tin kosong, wayar serta besi terbuang, mereka juga akan mengutip dan menjualnya kepada peniaga barang kitar semula.

Rahimah berkata, pendapatan mingguan keluarga itu yang kurang RM10 juga akan dikumpul bagi membayar bil air dan elektrik kepada pemilik rumah hingga mengakibatkan mereka tidak mampu membeli pakaian selain hanya memakai baju lusuh.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan beberapa jiran memandang jijik terhadap mereka sehingga tidak membenarkan mereka menghadiri sebarang majlis keramaian di situ.

"Kami dipandang hina selepas Robiah mengalami alahan kulit di seluruh badan dipercayai akibat jangkitan kuman kerana terpaksa menyelongkar sampah pada setiap pagi bersama ibunya.

"Kami juga diludah dan dimaki dengan perkataan kesat sehingga sakit telinga sekiranya membuka pintu depan rumah. Sebab itu kami terpaksa keluar masuk menggunakan pintu dapur," katanya ketika melakukan kerja pengasingan barang kitar semula di belakang lorong rumah semalam.

Menurut Rahimah, berbanding keluarga lain yang sibuk melakukan persiapan raya, mereka bertiga hanya mampu menitiskan air mata.

"Sudah hampir lima tahun kami tidak membeli baju raya mahupun memasak makanan sedap ketika Aidilfitri sebaliknya seperti biasa hanya memakan dedak dan makanan basi.

"Rumah kami juga tidak dikunjungi tetamu. Pada hari raya selalunya kami hanya berkurung dalam rumah, mungkin sudah takdir hidup kami begini. Apapun, kami perlu hadapi dugaan Allah ini dengan hati tabah," katanya yang turut berharap kedua-dua anaknya menziarahinya pada 1 Syawal nanti.

Nilai di mana punca isu perkauman

Posted: 07 Sep 2010 07:00 PM PDT

Terlalu banyak hal berkaitan perkuaman berlaku tatkala umat Islam sedunia sedang berlatih menahan nafsu sepanjang Ramadhan tahun ini. Baik dari aspek perkauman Melayu mahupun bangsa lain.
Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya baru sahaja selesai membuat laporan polis berkenaan laman Facebook yang menghina Islam dan Allah. Akaun tersebut kelihatannya dinamakan atas nama seorang berbangsa Cina iaitu Katy Lim Li Lian.
GPMS juga baru sahaja membuat laporan polis yang sama terhadap satu akuan facebook yang menggunakan nama Melayu babi.
Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee pula telah membuat klip video terbaru beliau atas nama seni yang beliau bawa tetapi berunsur menghina suasana perpaduan keharmonain antara kaum di Malaysia.
Masalah ini bukan masalah lama malah ia adalah amalan majoriti penduduk malaysia baik dari kalangan pemimpin, media, artis dan rakyat jelata.
Adakah dengan saranan PM agar SKMM mengambil tindaka tegas terhadap sebarang penghinaan melalui media baru seperti facebook dan youtube akan menyelesaikan ketegangan kaum di Malaysia? Adakah benar kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa institusi keluarga yang gagal telah melahirkan para pemikir komunalisme, perkuaman dan sikap chauvinis yang menghina Melayu dan Islam.
Dari mana fahaman kebangsaan dan 'tekanan dalaman' (internal stress) yang berlaku di kalangan masyarakat bukan Melayu sehingga mereka juga berani membuat sesuatu tindakan yang kelihatan mencabar nama Islam dan toleransi kaum sejak merdeka?
Sebenarnya rangka asal kehidupan di Malaysia telah dirangkakan sebagai kehidupan yang penuh dengan nafas perkauman dan ini telah diteruskan denga jayanya oleh para pemerintah hari ini. Penghinaan terhadap dunia Melayu dan tradisi Melayu iaitu beragama Islam bukan sahaja dihina oleh kaum bukan melayu malah juga dicarik dan dirosakkan oleh gerakan atau individu seperti Abdul Kahar yang mengaku sebagai nabi melayu. Kes Ayah Pin yang juga terang-terang membina institusi sesat terkenal di Pantai Timur. Bukankah mereka juga disokong oleh segelintir elit Melayu yang menganut fahaman sekularism,  juga bercanggah dengan Islam? Lihat sahaja betapa sukarnya Mahkamah Syariah untuk mendakwa Abdul Kahar sehingga beliau juga masih berjaya membuat blog khas 'Nabi Melayu' walaupun telah lama diburu oleh mahkamah.
Ancaman Muhyuddin bahaawa si penghina agama dan Melayu tidak akan dilepas begitu sahaja, tidak membawa apa-apa remedi berkesan untuk merawat fitrah perkauman dan keresahan kaum di Malaysia.
Selagi mana gendang perkauman dimainkan di media massa, agenda perkauman masih lapuk dalam perlembagaan parti-parti politik Malaysia, selagi mana perpaduan kaum hanya dilampirkan dalam pakej 1Malaysia hanya sebagai kosmetik melalui tarian dan nyanyian beramai-ramai semata-mata, selagi itulah akan muncul beratus-ratus facebook dan klip video sepertimana yang kita lihat hari ini.
Silibus pendidikan AM, Tamadun Asia dan sebagainya yang diajar di kolej dan universiti masih kaku malah ia hanya membincangkan asal usul Tanah Melayu tanpa menggesa dan memandu anak-anak melayu, Cina dan India di negara ini untuk bertoleransi dan memahami antara agama yang lain. Kampus-kampus di Malaysia juga masih menjadi kilang pengeluar produk mahasiswa perkauman yang kemudiannya menghiasi pasaran kerja yang jauh lebih dahsyat perkaumannya.
Namun begitu, dalam membawa agenda perpaduan, bukan sekadar kerajaan dan Melayu yang merapatkan jurang sesama kaum, sebaliknya juga tindakan optimis dan progresif daripada bangsa lain untuk mengertikan hakikat perpaduan kaum. Agenda perpaduan kaum juga menjadi dingin memandangkan Malaysia masih terlapuk dengan politik komunalisme  yang sempit dan menyesakkan agenda ini berlangsung. Kaum-kaum yang daulunya  taat dan setia dengan negara asal mereka kini pula hanya taat kepada parti perkauman mereka. Mereka hanya dipujuk dan ditenteramkan melalui agenda negara serta kontrak sosial sahaja tanpa ada usaha oleh kerajaan untuk memecah tembok perkauman ini.
Kekabutan pemahaman perpaduan kaum adalah disebabkan sosio-politik negara ini. Lirik Namewee dan videonya serta beberapa laman facebook  adalah manifestasi isihati segelintir rakyat yang jelak dengan kepura-puraan integrasi kaum. Ia petanda bahawa agenda 1Malaysia masih teruk bermasalah dan belum merawat masalah lama.
Penyelesaian yang disarankan oleh Setiausaha Gabungan Ihtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) di dalam akhbar bahawa Namewee perlu diISA adalah langkah penyelesaian lapuk BN sejak dahulu dan ia bukan penyelesai penyakit ini.
Jika ingin menggunakan ISA, tentu parah Malaysia ingin ISAkan semua rakyat Indonesia yang terlibat memijak bendera Malaysia yang juga mengandungi simbol Islam iaitu Bulan dan Bintang! Malaysia juga perlu ISAkan TV3 yang jelas menyiar iklan perpaduan kaum ala liberal yang menyamakan Islam dengan agama lain. Adakah ini penyelesai masalah?
Akta zalim yang buta undang-undang tamadun ini bukan ubat bagi penyakit sosial sebegini. Banyak aspek yang perlu dinilai semula oleh pihak kerajaan khususnya di samping kesedaran rakyat. Jika budaya artis yang berleluasa dibenarkan menghina syariah dan agama Islam melalui kenyatan-kenyataan bodoh di media perdaanamereka dibiarkan sahaja, jangan harap kita berjaya menangani rakyat yang menggunakan ruang maya seperti internet.
Lebih malang apabila ada penganut fahaman perkauman Melayu menggesa melayu bersatu untuk menentang persekutuan kaum bukan melayu yang menggugat Islam dan Melayu. Bermakna kata si pembela itu juga 2 kali 5 sahaja dengan penghina kaum bukan Melayu itu.
Islam telah lama mengharamkan pemikiran chauvinis sempit. Malah tiada amalan dalam syariah yang cuba menerbitkan suasana tegang antara kaum jika diamalkan. Jika benar ingin memahamkan kaum bukan Melayu tentang Islam, berilah penerangan yang sahih tentang apa itu islam dan nyatakan di mana perkara yang menjadi sensitiviti Islam dan bukannya telah memalu gendang perkauman dalam akhbar-akhbar seperti yang berlaku hari ini.
Muhammad Nuruddin Bashah,
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng.

Dinar Emas buat Umno jadi kalut

Posted: 07 Sep 2010 06:56 PM PDT

RAMAI orang jadi gila kerana emas. Isteri mengamuk apabila si suami tidak menghiraukan membeli barang kemas menjelang Aidilftiri. Bagi sang kekasih mesti menyediakan gelang atau cincin emas untuk merebut hati bakal isteri.
Emas juga membuatkan segelintir manusia bertindak ganas. Lihat laporan media, saban kali ada berita kedai emas dirompak.
Ada yang memecah masuk kedai menyimpan emas di kedai pajak gadai kerana mahu cepat kaya. Ada juga perompak ditembak mati angkara emas.
Sekarang menjelang raya, kedai-kedai emas dipenuhi orang ramai. Ramai perempuan mahu bergaya sambut raya dengan bergelang emas.
Tidak kurang juga ada yang terpaksa menggadai nyawa kerana emas. Mereka bekerja di lombong emas sebagai punca pendapatan keluarga. Tengok apa yang berlaku di Chile, baru-baru ini.
Seramai 33 pelombong terperangkap di bawah tanah, lapor akhbar antarabangsa 31 Ogos lalu. Rupa-rupanya mereka sudah terperangkap selama 25 hari dalam lombong emas yang terletak 800 km di utara Santiago.
Akhbar  melaporkan kerja-kerja menyelamatkan mengambil masa tiga hingga empat hari bagi membolehkan pekerja dibawa naik ke atas seorang demi seorang.
Kedalaman lombong emas itu 702  meter. Keadaan udara lembap di lombong emas dan tembaga di San Jose menyebabkan ada pelombong dijangkiti kulat dan mengalami bengkak-bengkak pada badan.
Berdasar kepada risiko tersebut maka tidak hairanlah mengapa harga emas mahal di pasaran dunia. Risiko merupakan antara ciri istimewa yang ada pada emas.
Selain itu mudah dibahagi tanpa menjejaskan mutunya, mudah ditunaikan dan tidak boleh dibinasakan.
Berasaskan kepada kelebihan tersebut maka tidak hairanlah emas menjadi kegilaan ramai sejak dahulu sehingga sekarang.
Harga ayam kekal 1 Dirham
Di awal awal kebangkitan Islam sistem jual beli semuanya berasaskan kepada Dinar dan Dirham. Ia diperluaskan pada zaman Khulafa Al Rasyidin dan kemudian tersebar ke Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara.
Di kepulauan Melayu era kesultanan Melayu Melaka Dinar dan Dirham yang berteraskan emas dan perak digunakan sebagai mata wang.  
Sejak dari awal tamadun Islam di zaman Nabi Muhammad saw sehingga ke hari ini seekor ayam tetap kekal pada harga 1 Dirham di kebanyakan tempat di seluruh dunia.
Dalam al-Quran diberitakan kisah Ashabul Kahfi menggunakan wang perak untuk membeli makanan selepas tersedar dari tidur. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik. Maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorang pun."
Ayat di atas mengkisahkan pemuda yang ditidurkan oleh Allah SWT selama 309 tahun dalam sebuah gua. Kemudian telah menghantar salah seorang rakan mereka untuk membeli makanan dengan membawa wang perak.
Ini bermakna dalam tempoh 309 tahun, wang perak yang digunakan masih stabil dan mampu digunakan bagi membeli makanan.
Malangnya penggunaan wang Dinar dan Dirham gagal selepas kemerosotan empayar Islam pada abad ke-13 Masehi. Kedatangan penjajah yang berselindung di sebalik misi God, Glory and Gold menyebabkan umat Islam kehilangan tamadun yang gemilang.
Nilai emas syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya RM1,082 pada 18 Julai 2001, tetapi pada 1 Julai 2010 ia meningkat kepada RM4,104.
Pada kurun ke-19 negara-negara di Eropah menggunakan sistem kewangan yang dikenali sebagai 'gold standard' di mana emas dijadikan sandaran kepada rezab mata wang.
Namun sistem tersebut dirombak selepas tercetus perang Dunia Pertama. Selepas perang Dunia Kedua sistem kewangan Bretton Woods pula diperkenalkan.
Ketika itu mata wang Dollar Amerika (USD) mulai menjadi mata wang utama dunia telah ditambat kepada emas pada kadar USD35 setiap auns.
Malangnya sistem tersebut hanya dapat bertahan sehingga 1971, di mana masyarakat antarabangsa menggunakan pula sistem mata wang berasaskan nilai sah yang diterima umum. Dan ia tidak lagi bersandarkan kepada emas.
Switzerland merupakan negara terakhir yang bertukar kepada sistem wang fiat pada 2000.
Bina tamadun Islam
Setelah umat Islam kehilangan tamadun dalam tempoh begitu lama, kerajaan Kelantan berusaha untuk membina semula tamadun yang hilang.
Selepas bertahun-tahun menghebabkan kelebihan yang ada pada Dinar dan Dirham, akhirnya kerajaan PAS memperkenalkan Dinar Kelantan pada 2006.
Ketika itu koin Dinar syiling seberat 4.25 gm dengan ukuran 23 mm bernilai RM332.25 dilancarkan. Selain itu separuh Dinar dengan ukuran 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76 turut diperkenalkan.
Manakala suku Dinar pula seberat 0.5 gm berukuran 21 mm mempunyai nilai sebanyak RM99.38. Dan hari ini selepas empat tahun kemudian nilai bagi satu Dinar melonjak kepada lebih RM500.
Dan pada 2 Ramadan lalu sekali lagi Kelantan mencatat satu sejarah apabila mata wang syariah Dinar dan Dirham Kelantan diperkenalkan.
Kali ini penggunaan Dinar diperluaskan lagi fungsinya kepada pembayaran gaji, bayar zakat, mas kahwin dan urusniaga.
Kalau pada 2006 Dinar Kelantan hanya digunakan bagi mas kahwin dan simpan nilai tetapi hari ini fungsinya sudah berkembang.
Malah ada individu yang tampil menggunakan mata wang syariah untuk membeli barangan.
Kejayaan demi kejayaan yang dicatatkan di Kelantan menyebabkan Umno menjadi seperti cacing kepanasan.
Maka melalui 'tukang juara' mereka mencanangkan Dinar memberi kesan negatif, Dinar sekadar gimik politik dan macam-macam tohmahan.
Tukang 'karut' bagi pihak Umno yang tidak kering gusi untuk memperlekehkan usaha kerajaan PAS Kelantan ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Sedangkan beliau lupa pada 29 Julai 2003 Awang pernah mengeluarkan kenyataan The Royal Mint of Malaysia Sdn Bhd mengeluarkan syiling 1 dan 1/4 Dinar untuk pembayaran gaji kakitangan syarikat tersebut.
Ketika itu Awang adalah pengerusi Royal Mint. Anehnya hari ini beliau seolah-olah menyembur ludahnya ke langit sehingga terpercik ke muka sendiri.
Sepatutnya dalam soal ini Awang yang juga bekas Penolong Bank Negara lebih berhati-hati mengelak daripada mempersendakan dirinya sendiri. Maka tidak hairanlah seperti kata bekas pensyarah kanan USIM, Dr Zulkifli Muhamad Al Bakri, pemimpin yang sering klu klik merupakan pemikiran yang bahaya. Menurutnya pemikiran itu dianggap sudah mati akal.
Hari ini selepas orang ramai tidak menghiraukan momokan buruk Umno terhadap Dinar dan Dirham, Awang dan Umno Kelantan seperti kelu. Awang tambah malu selepas rakyat di Bachok menolaknya pada 8 Mac 2008 di kerusi parlimen Bachok dan Dun Perupok.
Awang sekarang menanggung malu berganda-ganda. Beliau juga pernah menobatkan dirinya sebagai calon MB Kelantan. Rakyat Kelantan kini tambah kenal siapa timbalan menteri yang bernama Awang Adek.

Penindasan agih bazar Ramadhan mesti dihentikan

Posted: 07 Sep 2010 06:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Penindasan yang didakwa berlaku berhubung pengagihan bazar Ramadhan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sewajarnya dihentikan, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Beliau dimaklumkan bahawa DBKL telah menganugerahkan 93 tapak secara berpihak kepada kumpulan tertentu yang rapat dengan sebuah parti politik dominan dalam negara.
Katanya, setiap tahun, DBKL menjanjikan ketelusan dalam pemberian tapak penjaja, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan.
Tambahan lagi, ujarnya SPRM juga telah menyediakan cadangan panduan khusus dalam proses pemberian tapak penjaja untuk bazar Ramadhan pada 30 Ogos yang lalu.
Malangnya, kata beliau peniaga-peniaga kecil masih lagi dipinggirkan sementara gedung-gedung peniaga besar diutamakan dalam pemberian tapak-tapak perniagaan sementara yang sepatutnya dikhaskan untuk golongan berpendapatan rendah.
Katanya, budaya political patronage sebegini menyaksikan penglibatan orang tengah yang mendapat tapak bernilai ratusan ringgit tetapi meraih keuntungan luar biasa apabila dapat menjual semula tapak tersebut kepada mangsa dalam ribuan ringgit.
"Dalam kes khusus yang dibawa kepada perhatian saya, sejumlah RM20,000 telah dibayar untuk mendapatkan sebuah tapak," katanya.
Justeru, katanya penindasan sebegitu harus dihentikan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan, bulan di mana mengangkat martabat insan untuk melakukan sedaya upaya demi membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Dalam bulan Ramadhan, katanya peniaga-peniaga kecil berusaha sedaya upaya untuk meraih rezeki di mana hampir 60 peratus daripada jumlah pendapatan mereka diraih melalui jualan di bazar Ramadhan.
"Bayangkan keperitan 74 peniaga di Jalan Masjid India yang dihalau seminggu lalu sementara mengetahui bahawa sebanyak 12 tapak diberikan kepada pemilik gedung borong besar atas budibicara DBKL?
"Saya kemukakan dakwaan-dakwaan di atas dengan harapan mendapatkan jawapan yang telus daripada pihak DBKL.
"Saya berharap pihak DBKL tidak akan mengelak daripada memberikan jawapan atau senarai pemberian tapak bazaar Ramadhan menggunakan alasan Akta Rahsia Rasmi," ujarnya.
Baginya, ternyata pemberian lesen tidak mungkin menggugat keselamatan negara dan itulah saat terbaik untuk DBKL membuktikan ketelusan dan pertanggungjawaban dalam pemberian khidmat mereka.
"Saya akhiri dengan sekali lagi mendesak supaya Pilihanraya Kerajaan Tempatan dikembalikan supaya warga KL dapat memastikan suara mereka kedengaran dan mendapat penghormatan yang sepatutnya," ujarnya lagi.

Kenyataan "Bangang" Seorang Pemimpim Sekularr..

Posted: 07 Sep 2010 06:50 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin PAS yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan. Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, beliau berkata pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran, dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengenepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.
Beliau berkata pemimpin PAS pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.
"Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik, kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan kerjasama itu dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.
"Umpamanya, isu ternakan babi dekat dengan kampung Melayu, mereka mengatakan dalam Al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tidak boleh makan babi, kalau nak ternak atau lakukan apa-apa tiada larangan dalam Al-Quran," katanya dalam wawancara khas bersama Umno-Online yang dipetik laman portal itu di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata golongan itu akan melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.
Mengulas mengenai tindakan khatib yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat baru-baru ini, beliau berkata perkara itu telah menimbulkan pelbagai polemic politik tempatan.
"Kalau kita tidak sebut nama Agong, tetapi sebut nama Ketua Menteri bukan Islam mereka kata tidak menjadi kesalahan kerana ia usaha untuk menarik mereka kepada Islam dan inilah kebaikan Islam," katanya.
Mengenai isu Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang memasuki ruang utama solat Surau Al-Huda, Kajang dan menyampaikan tazkirah, beliau berkata perkara itu dianggap tidak menjadi kesalahan kepada Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Dr Mahathir berkata Pas menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan di kalangan umat Islam dan mereka sebenarnya bukan pejuang Islam sebenar seperti yang digembar-gemburkan.
"Jika Islam itu menjadi halangan untuk mendapat sokongan orang bukan Islam, mereka sanggup cari jalan supaya Islam itu dikebelakangkan sikit, contohnya dalam soal hukum hudud, semua itu diketepikan, begitu juga dengan negara Islam, ia juga diketepikan supaya dapat sokongan bukan Islam.
"Itu memang naluri PAS, PAS guna Islam untuk memancing undi, dari dulu memang macam tu," katanya.
Beliau berkata perkembangan yang berlaku kebelakangan ini dalam PAS membuktikan ia adalah semata-mata untuk kelangsungan hidup politik parti itu supaya dapat terus berada dalam pakatan pembangkang demi mencapai cita-cita untuk menumpaskan Umno sebagai tonggak
pemerintahan negara.


Juragan : Hukum hudud..??siapa PM yang larang Kelantan laksanakan
Hudud pada era 90 an,sapa yang jadi PM masa tu,mamak kuti ka..??

Pantun Raya.

Posted: 07 Sep 2010 06:50 PM PDT

ADA ANGIN NAK JADI RAJA GOPAL

Posted: 07 Sep 2010 06:48 PM PDT


MADEY : AGAMA ISLAM , UMAT ISLAM JADI MANGSA PAS - minsider

Mahathir Mohamad berkata agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin PAS yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan.

Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, beliau berkata pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran, dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengenepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.

Beliau berkata pemimpin PAS pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.

KAH KAH KAH…

woit… YANG JADI MANGSA GEROMBOLAN NAPA TAK CERITA… kah kah kah..

kah kah kah... BERJUTA RAKYAT YANG JADI MANGSA KELENTONG FIRAUN... kah kah kah...

woit…. SEKURANG KURANG NYA PAS ADA BERCAKAP NAK LAWAN RASUAH…. kah kah kah..

woit… SEKURANG KURANG NYA PAS ADA CAKAP NAK MENEGAK KAN KEADILAN…. kah kah kah…

woit… SEKURANG KURANG NYA PAS ADA CAKAP MAHU HAPUS UNDANG UNDANG ZALIM… kah kah kah..

kah kah kah….MACAM LAH GEROMBOLAN INI PUTEH SUCI ... kah kah kah..

kah kah kah… SELALU MENIPU ORANG MELAYU….. kah kah kah
TT.

Alat BN: Buka mulut setelah tarikh bersara diumum

Posted: 07 Sep 2010 06:29 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dipergunakan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN) hanya mampu membuka mulut apabila tarikh persaraan mereka diumumkan.
Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, ia sudah cukup memberitahu rakyat apa yang berlaku di sebalik pemerintahan BN di Putrajaya.
"Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya PAS melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis Diraja Malaysia hingga mengganggu struktur command and control dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar.
Katanya, PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri.
Baginya, memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman.
Ini, ujarnya tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada kerajaan, kerana pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan pengganti itu ibarat tindakan "habis madu sepah dibuang".
Tambahnya, Musa begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan Umno Bahagian Tampin.
"Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009.
"Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM3 juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram. Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontroversi," ujarnya lagi.
PAS, katanya melihat Musa telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama kerajaan.
Namun, beliau berkata, cetusan rasa tidak puas hati yang disebutkan Musa baru-baru ini menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota polis di bawah pentadbiran BN.
Idris menambah, tangan dan kaki Musa terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik.
"Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya campur tangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya campurtangan dan penglibatan orang politik dalam kerajaan yang mengganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah," ujarnya.
Beliau berkata, rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran itu.
Katanya, kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang.
Justeru, beliau menambah, PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN.
Jika tidak, ujarnya mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui.

PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN

Posted: 07 Sep 2010 10:18 AM PDT

KEDAH SEJAHTERA - RAKYAT SELESA
23 Ramadan 1431 - Khamis - 2 September 2010
Rencana oleh:- IBN ABDULLAH AL AWAB
PERKUKUHKAN PARTI
Mukadimmah.
Dua ungkapan perkataan keramat diatas PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN, ianya merupakan rangkaian ucapkata, umpama irama dan lagu, siang dan malam yang tidak dapat dipisah dicerai tanggaikan. Retak atau cubaan melemahkan parti melalui apa-apa kaedah dan cara wajar dihindari dan dielakkan. Samada ia berpunca dari sumber dalam dibiar dibedong atau dari sumber anasir luar, wajib tidakkan menangkis dan tepis. Kalau tidak pasti akan menjejastempias kepada kerajaan akan habis ranap. Belajarlah dari sejarah dan rekod sejarah menimpa umNObn Kedah yang rebah tersungkur itu.
Ketka keadaan parti umNObn tidak kukuh - lemah; mengiringinya kerajaan umNObn 50 tahun ranap ditelan bumi. Justeru, ambillah sejarah kejatuhan umNObn Kedah. PR khususnya PAS jadikan ia garis panduan, iktibar dalam semua pekara oleh pimpinan PAS sendiri sebagai guru hidup dari kejatuhan umNObn. Dalam mendapat pengajaran yang berharga dan pungut pengalaman hasil pengalaman mereka, pungut yang baik darinya, tinggal sampah sarap samada dihanyutkan atau ditanam dalam perut bumi.
PR - khususnya PAS, PKR dan DAP wajarlah belajar menerima hakikat dalam membina urus sebuah kerajaan, ingatlah halangan dan galangan lebih besar ketika menjadi kerajaan tidak seperti zaman menjadi pembangkang. Garis pemisah diantara kerajaan dengan pembangkang adalah: Kerajaan berkuasa mentadbir negeri maupun negara manakala pembangkang pula berusaha mengambil kuasa melalui saloran parti politik menerusi PRU. Tetapi umNObn Perak berkuasa melalui cara tindakan melanun kanun rimba, kudeta - rampasan kuasa diwarnai oleh telunjuk mahkamah beruk.
Saya mempunyai seculin keberanian untuk membicarakan PAS secara umum atau secara khusus untuk Kelantan, Kedah, dan Perlis kerana saya mengenalinya dan mendampinginya sejak tahun 1960. Baik tokoh besar PAS Perlis, Kedah dan Kelantan. Ramai saya mengenali mereka dan mereka mengenali saya (pembaca, sedekahkanlah Al Fatehah untuk semua mereka yang kembali menemui Allah dulu dari kita). Inshaallah ianya akan membawa makna yang besar untuk negeri Kedah Darul Aman menjana kepada Kedah Sejahtera - Rakyat Selesa akan merasainya.
Saya yakin, apabila saya menyentuh tajuk ini, ramailah teman-teman diluar sana akan buka mata, merah cuping telinga kerana sedikit sebanyak mengena dikalangan kita. Menerusi rencana ini saya sedang menanti dengan asakan, tuduhan dan label-label tertentu dikemukakan kepada saya, memungkinkan kawan jadi lawan dan lawan jadi kawan. Semua itu akan saya menerima dengan tabah, berlapang dada dan dingin kepala seadanya, Inshaallah. Apakah melalui lebih dari 230 rencana sebelum ini, dengan terkeluarnya rencana ini umpama padi dijemor kering kontang; tetapi hujan 5 minit padi basah lencun, dan tak akan padi itu kering kembali? Tidak mampukah kita membuat penilaian dan hukuman melalui kata hati nurani yang murni?
Tukang kipas dan tukang ampu sepanjang masa disepanjang zaman, dalam parti dan dalam kerajaan dimana-mana juga tentulah ada. Bilangan mereka cukup ramai. Tetapi dikalangan yang menentang arus menulis membuat peringatan atau yang sanggup berani gantung dan tanggal rantai kalong loket dileher singa dan harimau amat sedikit bilangannya. Kerana, masing-masing menjaga keselamatan kedudukan tidak terancam dan pulangan habuan tak jadi tak ketahuan. Hanya mereka yang tegar, diatas nama kebenaran sanggup menghadapi dan mengalami tentangan dan hukuman. Membicara dan membincang tajuk ini samalah umpama memandu kenderaan menurun bukit dalam keadaan brek kereta tidak berfungsi.
Menjelang negara menghadapi PRU13 berpandukan pengalaman-pengalaman lama dan rasa hati saya mempunyai agakkan dan pengamatan yang mana PRU13 akan berlaku tahun hadapan 2010 diantara bulan April, Mei dan Jun. Justeru menjelang menghadapi tempoh masanya kurang dari setahun, makanya wajarlah (dalam kata wajib) dikalangan kita sendiri mengambil tanggungjawab dan dipertanggungjawaban sesama sendiri memberi pandangan dan koreksi untuk menggali permata dan disepuh. Dalam pengamatan kita membuat elemen baru, perencanaan, strateji tektik dan teknik, serta sen-seni pelengkap menghadapi PRU13, hendaklah dihidupkan sepenuhnya, bergerak dan mengarak menjulang panji-panji kemenangan ke Putrajaya.
Dengan hebat, smart dan bergaya dalam semua pekara, dalam masa yang sama kita menolak gejala negatif semasa melangkah menghadapi PU13 diatas nama PR. Justeru, tajuk yang tidak disukai dan digemari penulis dan para blogger, kerana ianya mengundang bala lebih besar dari penghargaan yang diterima. Sebagai manusia kerdil yang pernah menyaksiakan penubuhan Kerajaan Champoran, Bebas Bersatu, CCC, Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Pengalaman pribadi sebagai pengiat parti bersekali penulis cokia, saya mempunyai maklumat penubuhan Berjasa, Hamim dan Islah. Semuanya mempunyai sebab dan musababnya tersendiri yang berada dilengkongan lengkaran PAS ketika bersarang dan bertelor.
Sebab itulah bersedianya saya menghadapi tajuk saya perbincangkan ini, semuga ianya tidak berulang dalam PAS. Islah langkah PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN keluarlah juga setelah umurnya 2 tahun dan lebih dari 5 bulan, untuk PR Kedah Darul Aman yang memerentah Kedah sekarang.
Almarhum Ibn Muslim - Pak Su Hussein Yaacob anak Kelantan, Kuala Krai (anak angkat Pak Sako) mantan tahanan universiti berduri ISA berpesan kawasan Chow Kit, satu masa di restoren Yusof Suria (sudu sendok) bertentangan Hotel Asia dahulu mantan SU Politik TS Khir Johari dihadapan Almarhom Haji Ishak Haji Muhammad (Hantu Raya - Pak Sako) "Sheikh! Anta tulislah sehingga umNObn satu masa kelak menjadi pembangkang dalam negara". Terpegun saya mendengar pengukapan itu. Masih segar saya melihat Pak Sako, menganggok-anggok kepala dan menuding jari kepada saya. Kenangan itu cukup menghiris hari saya sampai kini masih segar bugar.
Ketika itu diluar sana saya jelas melihat sah orangnya adalah pelakon Mak Ainon (lanjut usianya ketika itu) meminta sedekah dengan membawa tin susu cap tekoa. Setiap saya mengenagi Mak Ainon air mata saya mengenang dan sentiasa saya mengiringi bacaan Surah Al Fatehah untuk Almarhumah Mak Ainon. Kalau diulang tayang film melibatkan Mak ainon.
Almarhom temanku, guruku Amarhum Tuan Guru Haji Daud bin Haji Yusoff Meranti (Tok Guru Haji Daud Meranti, Kampong Meranti, Pasir Mas, Kelantan, gelak tawanya kelakarnya masih didepan mataku. Satu pesanan mudah aku pungut darinya iaitu kain pelikat yang dipakai kebiasaannya cap jenama kain yang dipakai dibahagian bawah; tetapi Tok Guru Haji Daud Meranti pakai gulung diatas dan sampai sekarang ku pakai kain sebagaimana nasihat Tok Guru yang aku tidak tahun kurang lebihnya, Mungkin Ustaz Nasaruddin ketahui fazilatnya. - Adalah ayahnda kepada Ustaz Mansor dan Ustaz Nasaruddin Speaker Dun Kelantan Sekarang. Adun Meranti 4 penggal YB Datuk Nasaruddin) katanya 30 tahun dahulu padaku, "Akan sampai satu masa PAS diatas dan umNO dibawah; kita pegang Kuala Lumpur. Jangan sampai pemimpin PAS dan orang kanan dan orang kiri, patah tengkok pikul emas".
Manakala hampir masa yang sama dikedai Jaafar Rawas, di No 1960, Bangunan PAS, Jalan Dato' Pati, 15000 Kota Bharu (telah Almarhum) kami 6 mata berbincang. Saya, amin Jaafar Rawas dan Haji Ahmad Prai (Almarhum lebih lama mendahului dari Jaafar Rawas mengadap TuhanNya) saya paling muda ketika itu dikalangan bertiga. Saya yakin kalau mereka berdua masih hidup saya masih kekal muda dari mereka kini, pasti. Kata Haji Mat Perai, "Orang Kelantan cukup hebat, mereka rela terima sapa saja dari negeri manapun menjadi calun untuk PAS untuk ISLAM seperti ana, asai mai Province Walleslly. "Sheikh! Orang kata ana gila, kalau la la nie ana kata satu masa umNO akan jatuh dan PAS dengan kesatuannya bentuk Kerajaan Persekutuan, sah orang akan kata Aji Mat Perai dah gila, kena pi kurong Lorong Che Hussein".
Sebulan dan seminggu sebelum kerajaan PR Perak jatuh, saya telah membuat peringatan berjaga-jaga, dan berhati-hati dengan siap siaga dan awas. Kerana saya telah menghidu unggas, lutong kera di kalangan Adun PKR dan DAP ketika itu. Semuanya dipandang sepi. Kerana info dan peramaran itu datangnya dari blogger cokia kaki5 yang pupus nilai harga dan seumpamanya seperti saya. Sila rujuk kembali. Kata-kata Almarhum Tok Guru Haji Daud Meranti dan Almarhum Haji Mat Perai, Almarhum Ibn Muslim disahkan oleh Almarhum Pak Sako selepas 30 tahun berlalu terserlah kian hampir bertemu kenyataan tersebut. Titik kebenaran pandangan tokoh-tokoh tersebut dan separuh menjadi kenyataan selepas PRU13.
Sudah separoh negara dan Wilayah Persekutuan telah ditawan oleh PAS dan kesatuannya kata Almarhum Aji Mat Perai 30 tahun dulu. kini kian hampir dan saya menghidunya kebenaran 3 tokoh yang dah menjadi Almarhum. Subhanallah (Bacalah Al Fatehan untuk mereka).
PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN dalam mantik politik semasa untuk negeri Kedah Darul Aman, umNObn telah kehilangan kedua-duanya setelah 50 tahun memerentah negeri Kedah Darul Aman mengikut acuan dan gelanggang tempang yang semuanya berkecai menjadi abu angin selepas pengumuman keputusan PRU12 yang lepas. Selepas meletakan sejumlah 7 orang Menteri Besar mengetuai merentahan negeri Kedah diatas jenama kerajaan umNOperikatan, Kerajaan Champoran dan umNObn. Tempoh 60 tahun PAS berjuang dan berperanan mengisi keperluan tuntutan politik negeri Kedah sebagai pembangkang, akhirnya dapat menubuhkan kerajaan baru, menggantikan umNObn PAS besama-sama dalam Pakatan Rakyat - PR terdiri dari PKR dan DAP. Alhamdulillah.
Jadinya, era sekarang untuk negeri Kedah Darul Aman PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN adalah milik PAS bersama-sama PR, menjadi tajuk pilihan untuk renungan, perbincangan dalam rencana saya kali ini, Inshaallah. Tajuk ini cukup berat, seberat Gunung Jerai kalau ringan pun masih seberat Gunung Keriang. Silap-silap kita belah dan bedah baik Gunung Jerai maupun Gunung Keriang ia mampu menimpa maut kepada penulis blogger seperti saya. Pandangan dan pendapat yang dimuatkan dalam rencana ini, ianya adalah pandangan pengalaman blogger sendiri melihat dan menyaksi, fenomina parti lemah dan kerajaan tergugat.
Saya terpaksa tajuk PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN saya pecahkan menjadi 2 bahagian iaitu BAHAGIAN PERTAMA - PERKUKUHKAN PARTI dan BAHAGIAN KEDUA - MANTAPKAN KERAJAAN. Saya mengeluar pandangan serentak dengan bertanggungjawab untuk pandangan, koreksi, dan cadangan. Mudah-mudahan baik untuk kita semua. Bukan maksud dan tujuan menajam keris mengasah golok candung, mencari mangsa dan menjadi mangsa sesama sendiri. Bukan itu menjadi matlamat rencana saya paparkan ini.
PERKUKUHKAN PARTI
Nampak soalan dikemukan ini macam dungu dan soalan bodoh, tetapi ianya memerlukan jawapan yang konsistan, kental dan berlapik dengan kebenaran, statistik dan sebagainya. Kenapa PAS dan PR mampu menawan Kedah dari umNObn pada PRU12 dahulu? Kalau soalan itu dikemukan kepada saya, Inshaallah saya akan menjawab macam ni. "Pertamanya umNObn lemah dan porakperanda mengalami krisis kepimpinan yang perdana dengan calun-calun yang diletakkan di Kadun dan Kapar ditolak oleh pengundi dan rakyat. Hatta mood dan swing rakyat dan kecenderungan rakyat pengundi kepada pembangkang PR untuk menjadi kerajaan negeri adalah tinggi. Maka jadilah PAS dan PR menubuhkan kerajaan Kedah dan bergilirlah umNObn mengambil alih tempat menjadi pembangkang, ya!!! pembangkang, dalam keadan PR luar persediaan menubuhkan kerajaan".
Jawapan yang begitu, ianya menghiburkan sekelian ahli pemimpin PAS Kedah dan para penyokong PAS dan PR. Kejayaan besar PAS, PKR dan DAP menjelang PRU12, adalah persefahaman tuntas 1 lawan 1 menghadapi umNObn. Kejayaan meletakkan calun tunggal dikalangan pembangkang ketika itu, ianya menjelang tempoh pengundian telah mengundang sengsara dan gundah gulana umNObn deman sakit tak kebah memikirkan rebah. Skop saya fokaskan untuk Kedah sahaja. PAS sebagai teras dalam PR telah melakukan persiapan untuk menghadapi PRU12 dengan membuat fokas dan mengenali Kadun-kadun dan Kapar yang bakal ditandingi untuk dimenangi disamping Kadun dan KApar dalam genggaman selama ini.
Percaturan politik dan kekuatan kepimpinan yang dikepalai oleh Pesuruhjaya, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan semua perengkat kepimpinan dewan-dewan harian negeri dan kawasan. Semangat yang kental dengan bakal-bakal calun rakyat dikemukan dikalangan semua perengkat keperluan untuk ke Wisma Darul Aman. Kesungguhan dan keyakinan mahluk bumi di Kedah ketika itu diangkat kelangit tinggi dan disambut penghuni diSana. Maka pengundi rakyat menghantar PR dikepalai PAS ke Wisma Darul Aman. Alhamdulillah. Seluruh calun-calun umNObn menjadi antara percaya dengan tidak, mereka hakikatnya telah hilang kerajaan Kedah yang diterajui selama 50 tahun.
umNObn sedar kekalahan tersebut menyebabkan mereka terlepas gudang dan celapang semua cengkaman harta khazanah negeri yang selama-lamanya. umNo selama memerentah menjadi diantara faraid dan asnaf yang tidak diundang, sebagai penerima oleh Allah dan rakyat pengundi. Selama ini umNO mendapat sokongan dengan macam-macam sogokan dalam menawan hati rakyat, sekalipun belakang kelangit. umNO menyedari dan terlalu mengeruni, hilangnya kerajaan negeri, yang selama ini umNO hidup tumpang tui kerajaan dan jadikan harta kerajaan macam harta umNO. Semuanya telah beralalu 2 tahun 5 bulan lebih, umNObn takut jadi seperti Negeri Kelantan Darul Naim, sukar ditawan kembali melalui jalan pilihanraya.
Sekiranya umNObn tersentak dan terkejut menerima kekalahan, tidak kurang juga PR - PAS, DAP dan PKR terpinga-pingga menerima kemenangan. Serta meraba juga untuk menubuh kerajaan berkaitan pembahagian saf Exco dikalangan PAS, DAP dan PKR. Itu cerita 2 tahun 5 bulan lebih dulu, semuanya dah berlalu. Selepas 2 tahun 5 bulan lebih kini pasti kelainan suasana. YAB DS MB dan saf Exconya telah lulus cemerlang dalam pentadbiran pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Pengurusan pentadbiran yang dibantu oleh pegawai-pegawai khas lantikan politk sebagai penjawat awam di pejabat MB. Serta turus penjawat-penjawat awam serta seluruh penjawat awam dengan mendapat keujian dari JPM.
Persoalannya apabila YAB MB dan saf Exco cemerlang dalam menjalankan tugas potfolio masing-masing, adakah seluruh partinya yakni PAS di kawasan-kawasan masing-masing bersekali dengan cawangan-cawangannya turut cemerlang? Berjalankah usrah? Berjalankah gerak tubi pendaftaran tambah ahli-ahli PAS serentak dengan pendaftar sebagai pengundi? Berjalankah geraktindak dan gerakkerja bersepadu dikalangan komponan PKR dan DAP? Sudahkah wujud penyelarasan Jawatankuasa Induk PR peringkat kawasan dan cawangan-cawangan? Apakah wujudnya cawangan-cawangan PAS bersekali dengan wujudnya pejabat dan memiliki kemudahan pejabat sesuai taraf parti yang mereka mempunyai kerajaan negeri?
Masihkah berterusan YDP Kawasan dan Setiausaha PAS Kawasan tidak mengenali Setiausaha Cawangan, Ketua Cawangan dan sebagainya? Serta Setiausaha Kawasan maupun YDP Kawasan tidak punyai rekod dan maklumat cawangan-cawangan PAS dan kepimpinannya? Baik peringkat cawangan dan kawasan, rekodkah kita mati sakit deman, kejayaan semua peperiksaan anak ahli dan pengundi? Raikah kita anak-anak ahli dan pengundi yang cemerlang UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, masuk universiti dan sebagainya? Rekodkah kita kematian dan bantuan kepada ahli, penyokong yang meninggal dunia dan yang ditimpa musibah mala petaka?
Sudahkah kita membuat nilai tambah, pengetahuan dan latihan semasa dan berkala untuk melahirkan tenagatugas dan tenagakerja yang skill dalam menjalankan tugas utama dan cukup penting dihari pilihanraya yankni dihari pengundian bermula jam 7.00 pagi sehingga tamat keputusan resmi pegumuman keputusan pilihanraya Parlimen dan Dun iaitu petugas PACA. Sesungguhnya anggota petugas PACA, kalau diumpamakan peperangan konvensional, maka merekalah merupakan benteng, kubu pertahanan terakhir. Kalah menang tewasnya PAS PR, kalau kita kirimkan petugas PACA diluar memiliki ilmu pengetahuan, serta dengan mendapat latihan secukupnya secara teori maupun latihan praktikal amali dalam pilihanraya percubaan. Ketahanan minda dan fizikal dengan dibekalkan jiwa yang berani, kental beramanah dan bertanggungjawab merealisasikan kerjatugas yang dipikul, adalah utama.
Sekiranya petugas PACA tidak mendapat latihan penuh, samalah kita dalam menghadapi peperangan kita ambil saja sapa saja yang terjumpa yang mau sebagai askar upahan. Terus kita bekalkan mereka beberapa jenis senjata untuk menghadapi peperangan. Makanya pergilah ia kemedan peperangan, akhirnya matilah dia bukan kerana peluru musoh, tetapi mati katak menjadi mangsa senjatanya yang dibawa dibekal, kerana tidak tahu dan pandai mengendalikan senjata tersebut untuk berdepan musoh tanpa kemahiran untuk menggunakan senjata tersebut. Serta berkemampuan bertindak dengan mengetahui tektik dan teknik, tipu daya dan tipu muslihat menghadapi peperangan pilihanraya. Dibidang inilah pengurusan parti memandang rendah dan ambil mudah, sedangkan misi kita sekarang adalah ke Putrajaya, ke Putrajaya, ya! Ke Putrajaya.
Saya melihat dan kita tidak mahu fenomina pisahkan jawatan Exco dengan kepimpinan PAS kawasan dan menghindarkan diri dengan PAS cawangan. Semua gerakkerja parti, pengisian parti hendaklah dibabitkan bersama dengan kehadiran Exco. Elakkan perasaan tidak terdetik dikalangan ahli parti dan rakyat pengundi, dulu Exco bersama-sama mereka, dalam semua pekara, kini sentiasa tidak teruang sekadar mengilap kerusi exco dan parti kurang perhatian, dipeduli Cuma diwakilkan. Kita mesti menangani dan menghindari masalah ini dengan teliti. Kepulangan Exco ke kawasan dan cawangan bukan ianya dinamakan lawatan atau kunjungan. Exco kembali keganggang ketampuk menemui berbincang dan mengambil peduli, dan mengambil perhatian dan tindakan dalam memenuhi janji dan tunai semasa kempen PRU dulu.
Rakyat pengundi pula, wajiblah mampu berfikir dan membezakan tuntutan pribadi dan kerajaan wajar memenuhi keperluan rakyat ramai disudut pembangunan dan peruntukan yang ada. Dalam beberapa pekara pemimpin rakyat yang sentiasa denyut nadinya bersama rakyat, rakyat sentiasa mendampingi dengan pemimpin rakyat mereka untuk mendapatkan maklumat serta sedikit sebanyak pertolongan. Rakyat lebih mempercayai dan mendampingi pemimpin rakyat mereka dalam menyelesai masalah mereka dari sebesar-besar masalah sampailah sekecil-kecil masalah, sekalipun tidak menjadi Adun atau Ahli Parlimen.
Nyata ramai pemimpn rakyat diperingkat kawasan-kawasan dan cawangan lebih kehadapan dan menyelami hati nurani rakyat pengundi. Keadaan ini sedikit sebanyak mengundang masalah, apalagi sekiranya Adun setempat itu bermasalah dengan pengundi dan bermasalah pula dengan parti dalam beberapa pekara. Keadaan-keadaan inilah terdapat juga Adun yang ditolak ahli parti sendiri dan penyokong, hatta terdapat Adun yang bermasalah dengan partinya, wajar mengundur diri untuk PRU13 nanti secara terhurmat. Adun yang bermasalah dalam pekara pokok hendaklah dipertimbangkan semula kedudukannya menjelang PRU13 nanti. Jangan musnahkan parti kerana meletakan calun yang sarat masalah pribadi dengan Allah juga dengan pengundi apa lagi parti.
Kerajaan akan menjadi lemah sekiranya parti tidak kukuh perkasa. Sebarang kelemahan parti baik peringkat pengurusan pentadbiran kawasan, cawangan maupun dewan-dewan. Sekiranya pengurusan parti melihat kerajaan yang terwujud kerana datangnya dari parti, dan segala peranan tugas parti dan kepentingan tuntutan kumuniti selama ini parti menggalas memikulnya. Oleh kerana parti telah ada kerajaan dan kepimpinan parti di semua peringkat cuba menolak kewajiban parti kepada kerajaan, sekiranya ini berlaku, ianya adalah satu kesilapan besar dan jejak itu sama dengan umNO laksanakan selama 50 tahun, natihaknya berjaya ke detik kemusnahan kerajaan mereka. Usah diulangi oleh PR.
Parti hendaklah sentiasa diperkukuh dan diperkasa. Parti dan kepimpinan wajar menjadi mata telinga kepada kerajaan dalam halatuju kerajaan ianya tidak bercanggah dan membelakangkan aspirasi parti. Parti tidak boleh mengganggu kerajaan tetapi pelaksanaan kerajaan mestilah mengikut landasan kehendak parti sebagaimana dijanjikan kepada rakyat. Keputusan besar yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan, maka penguasa kerajaan adalah terlebih baik hendaknya kembali kepada parti untuk mendapat mandat dan sokongan besar untuk merelaisasikan aspirasi kehendak kerajaan rakyat. Jadinya wajarlah kerajaan mesti peka dan memahami bertanggunjawab kepada parti.
Suasana dan situasi sambutan hebat kepada PAS sekarang, adalah kelainan dengan sambutan terhadap PAS 20 tahun dahulu. Gulungan elit, cendiakawan dan profesional kurang mendapat perhatian dan minat mereka kepada parti PAS dulu. Dengan pandangan yang bermacam-macam dan berbeda pandangan. Tetapi sejak mutakhir ini, PAS dilihat diperhatikan mereka dan dibedah oleh gulungan tersebut, dilihat mereka PAS sebagai sebuah gunung. Dan didalam gunung tersebut sekiranya diletupkan ianya akan mengeluarkan hasil mahsul bumi yang bernilai tinggi harganya. Maka ramailah peminat dikalangan profesional, elit dan negarawan dan pesara elit menghampiri dan mendampingi PAS. Ahlan walsahlan! Selamat datang kepangkuan PAS.
Diri mereka mendapat perhatian dan kepercayaan ahli dan dengan segala apa yang ada pada mereka, gelaran, bintang dan sebagainya akhirnya kehadapan menjadi pemimpin. Saya bersetuju dan menyokong sepenuh mereka kedalam PAS 100% sokongan untuk mantap, perkasa dan perkukuhkan PAS untuk menjadi parti mampu memerentah bersama PR sampai kepusat ke Putrajaya. Tetapi dalam masa yang sama janganlah pula kita sigung, kita sekeh, hatta kita tekan pemimpin akar umbi yang memberi peluang kita tapak untuk bergerak, sampai rakyat kata, "hang sapa? Tu pemimpin kami yang diketepi, yang terlalu tahu menangani masalah keperluan kami, kerana dia pemimpin rakyat, bukan pemimpin elit".
Jangan sampai diatas kelemahan minda dan serba kelemahan ahli-ahli kita membuli domba ahli untuk pasangkan pelana dibelakang kuda dan kita akan pacu sebagai joki profesional untuk mengejar kemenangan besar dan hadiah lumayan hasil perlumbaan kuda tersebut dipadang yang hijau. Sesungguhnya saya nampak telah ada segelintir pemimpin-pemimpin kearah itu, dan kita tidak mau joki dan kuda berpelana itu jadikan padang gelanggang hijau untuk mewarnakan mengikut kehendak seleranya. Pemimpin atas mesti melihat pemimpin bawah dan ahli rakyat, dengan penuh rasa hurmat santun saling lengkap melengkapi dan perlu memerlukan dengan penuh kepercayaan.
Diluar memandang hina dan memandang ahli-ahli bawahan penoreh getah, pesawah, penyadat nyior sawit, pekerja kilang, jaga keselamatan, pemandu kenderaan taxi, bas, nelayan, pekerja bawahan sebagai sampah sarap dan alat untuk kita jayakan misi pemimpin panjat pijak untuk menjadi Adun, Ahli Parlimen. Semua komponan bernilai disudut harakah dan perjuangan adalah setaraf dan senilai dan berpeluang memegang jawatan parti. Ingatkanlah, saya pernah melihat menyaksikan peristiwa terdapat tempoh dulu Adun juga Exco menangis macam cucu, kembali pada kawasan dan cawangan-cawanga menjadi peminta sedekah dan pengemis apabila Dun dan Parlimen dibubarkan dan parti tidak kembali menamakan beliau untuk PRU berikutnya.
Wahai teman sahabat bernama Adun, Ahli Parlimen ingat ketika pilihanraya pengundi adalah hakim rakyat, menentukan kedudukan dalam keputusan pilihanraya. Rayuan bagilah peluang sekali lagi kepadaku untuk mewakili rakyat terhurmat semua kalau, saya berjanji untuk berubah bergerak bersama-sama nadi rakyat. Ketika itu masanya dah lambat dan lewat. Akhirnya menjadi lawan kepada parti sebaik sah tidak menjadi calun. Contoh mudah, pemimpin parti kena ambil peduli sebagaimana keluh kesah pengundi rakyat yang makan hati dalam melihat telatah Ahli Parlimen Padang Serai sekadar 1contoh. Pengundi PR sedang menilai buruk keatasnya. Rata-rata pengundi mula membicara, sekiranya AP tersebut dikekalkan pasti kalah, apa macam?
Sejujur dan seiklasnya saya sendiri bersama isteri menafikan undi untuk beliau sekali lagi, cukuplah unuk PRU12 dulu. Undi pasti kepada PR tetapi bukan calun usang itu yang bergaya jauh langit dengan bumi perubahan stail hidup, cara bercakap dan gayanya. Sesetengahnya dapat diibaratkan ada yang telah menempah pelana, sedangkan kuda tidak pernah ditunggangnya sebagai joki. Kadang-kadang ahli PAS marhaen yang hidup matinya, bernafasnya adalah PAS juga terkeliru menerima mudah pemimpin jenis ini memimpin mereka tanpa terlebih dahulu diuji dipikulkan dengan perjuangan onak duri bermula dari bawah. Rakyat bentangkan permaidani hijau tatang mereka, sedangkan mereka sebelum ditatang telah menempah pelana.
Saya sedang melihat sekarang fenomina sakit dan beban dihadapi dibeberapa kawasan PAS wajar dieslesaikan dengan bijaksana dab berhemah. Terdapat sebilangan pemimpin PAS kawasan yang tidak cuba menyelesaikan masalah-masalah kecil dan ianya merebak, silap-silap terperuak kalau tidak ditangani. Pemimpin saling pergi tukar ganti ini pasti. Terdapat sesetengah pemimpin mereka terlupa hakikat dan melupai qada dan qadar Allah. Sesetengah pemimpin itulah ketika mereka berada diatas, sentiasa lidah mereka paseh mengajukan ketaatan kepada pemimpin dan parti, berpandukan alasan-alasan dan dalil yang ampuh.
Tetapi jenis pemimpin yang sama, apabila ahli menolaknya dalam saf kepimpinan, tiba-tiba nadanya, caranya menghadapi kenyataan semasa kedalam dirinya menjadi terbalik. Beliau tampil dipentas-pentas tidak resmi menuding dan membantah dengan macam-macam tuduhan dan tohmohan diatas penolakkan ahli menafikan ianya tercicir dari kepimpinan. Degan mencipta reka untuk mendapat sokongan semata-mata kearah mempertahankan diri pribadinya, parti dan pemimpin menjadi mangsanya. Hatta sanggup telunjuk mengahala kepada sianu sianu adalah dalang menghalang kedudukannya dengan membuat andaian yang tidak sihat. Menuduh dan membandingkan semasa dulu dan semasa kini, dapat mengajar disurau dan dimasjid dan sebagainya.
Baik diri saya sendiri maupun sesiapa, sekiranya kita tidak dapat menerima orang lain sebagai pemimpin selain dirinya, maka ia bukan pemimpin yang dikehendaki oleh ahli rakyat pengundi hatta oleh Penguasa langit bumi. 20 tahun dahulu saya menyedari fenomina-fenomina penceramah yang tidak akar umbinya dikalangan kelayakkan asas agamanya yang kukuh. Asas pembelajarannya tidak membawa kepada panggilan ustaz. Oleh kerana faseh lidahnya dalam beberapa hafalan surah Al Quraan dan Hadis dan berjaya menjadi hafiz misalnya secara tidak disedari orang ramai memanggil mereka "ustaz" dan ustazlah mereka. Semua ini saya tidak menyangkal kebolehan mereka. Berceramah dan mengajar adalah berbeda keadaannya. Dulu saya mampu berceramah 2 jam, tetapi tidak boleh mengajar dalam surau, madrasah apa lagi masjid. Kenapa dan mengapa?
Sebabnya kita tidak berdaya mampu untuk menghuraikan kitab-kitab besar yang muktabar, apabila dalam sesi soaljawab sebaik selesai kuliah mengajar. Pasti kita tidak mampu mengeluarkan jawapan dan pasti jawapan kita tergelincir terbabas dan disama bayak kesalahan-kesalahan dapat dikesani oleh anak makmun. Dalam menyedari itulah untuk mengelak berterusan keadaan pendengar mendapat ilmu yang tersasar, pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga agama dalam negeri Kedah Darul Aman tanpa prejudis menunaikan amanah tanggungjawab mereka. Tindakkan tersebut bukan didalangi oleh sesiapa, disini janganlah kita membabit orang lain dalam pekara terkena kepada kita.
Peraturan dan cara-caranya kearah penyelesaian adalah, kalau benar nak mengajar menjadi uztas dan seumpamanya, buatlah permohonan resmi untuk melayakkan kita mendapat tauliah mengajar dengan pehak yang berwajib, sekiranya kita mampu untuk menghadapi Ahli Jawatankuasa pentauliahan dengan soalan-soalan besar yang termaktub dalam kitab-kitab muktabar 4 Mazhab, dengan pelbagai tafsir Al Quraan. Kalau mampu bersedia, ayuh buatlah permohonan, tunggu masa temuduga dan sekiranya kita berjaya memperolehi tauliah yang ditandatangani DYMM Al Sultan Tuanku, ketika itu saudara dinafikan untuk mengajar juga, Inshaallah saya akan berganding dengan saudara mendapatkan hak.
Bukan seperti jalan keluar dan tindakkan seperti sekarang kita melabur menjana fitnah dari satu tempat kesatu tempat, melengkapkan kita menjadi penyengat kepada parti yang kita ketuai dulu diperingkat kawasan. Ingatlah kita mendpat nama dan kedudukkan selama ini adalah kerana kita berada dalam lengkaran parti PAS. PAS telah mempersadakan kita oleh ahli-ahli PASlah yang mengangkat derjat penghurmatan kepada kita mendapat nama harum dan dikenali seKedah. Terkini nampaknya kita sedang mencari dan mengundang masalah kerja keciwa, iaitu peroi fitnah keatas pemimpin yang baru selepas kita. Serta melengkapkan peroi fitnah tersebut kita mengaitkan individu tertentu untuk membersihkan diri kita, samalah kita meletakkan PAS dikandang salah, kita yang benar, betulkah persepsi itu?
Ingatkanlah sesiapa sahaja sejak zaman Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Fuad, Almarhum TS Asri Muda dan lelainnya, seperti sahabat-sahabat seangkatan saya Ustaz Nakahei, Mustapha Taib, Mohd Nor Idris, Wan Ahmad, Gikgu Sudin Wahab dan ramai lagi, mereka tinggal PAS, PAS terus berkembang dan mereka terus disisih dan rakyat melupai mereka. Ingat tu sejarah mencerita kepada kita.Kalau begitu kita adalahI jenis pemimpin yang diluar masak dan bertanggungjawab, saya amat bersimpati dengan pemimpin kelas jenis ini. Subhanallah.
(Saya sentiasa membicarakan masalah ini teringat saya dengan buku lama GOLONGAN YANG GUGUR DI SEPANJANG JALANAN DA'WAH oleh USTADZ FATHI YAKAN terbitan DEWAN PUSTAKA FAJAR Cetakan Pertama - Januari 1987 - 1407 Hijrah diterjermahkan oleh AL USTADZ MD. AKHIR HAJI YAACOB).
Apakah dikalangan kita atau dalaman kepimpinan PAS, skop PAS Kedah, Kawasan-kawasan PAS seluroh Kedah dan cawangan-cawangan PAS disemua kawasan-kawasan telah melakukan analisis secara detail dan menyeluruh atau setidak-tidaknya secara rambang. Akan kembang kecut, atau sunyi sepi berehat panjang sejak PRU12 dahulu. Enjin dan pergerakannya akan dihidup menjelang nampaknya anak bulan PRU13 nanti. Cawangan PAS induk? Dewan Pemuda Cawangan? Dewan Muslimat Cawanga? Adakah sekadar nama sebagai AJK untuk pendaftaran cawangan dengan Pendaftar Pertubohan Malaysia sahaja?
Diatas tanggungjawab, insaf dan diluar menjana kepentingan diri, tidak bermaksud menudoh dan melebelkan sesiapa, melainkan saya dan anda semua mengharapkan menjana perubahan dari lemah kepada perkasa, dari longgar kawalan parti dengan kukuh perkemaskan parti dalam menempuh PRU13 ke Putrajaya. Marilah kita berikrar bersama-sama menjadi tenaga dan alat penting kepada PAS kepada PR mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing untuk rebah dan nafikan umNObn menguasai Putrajaya selepas PRU13 nanti. Bukan kita menjadi juara sesama kita mencari kesalahan, mencukil kelemahan untuk kita mencapai pucuk.
Saya siapkan rencana ini sesudah Subuh sebelum duha, sempena Ramadan di penghujung 10 terakhir, Syawal menjelang saya menyusun ampun maaf kepada anda pembaca budiman. Doakanlah jam 9.00 hari ini Isnin 27 Ramadan 1431 bersamaan 6 September 2010 saya akan ke hospital lagi mendapat rawatan lanjutan khusus jantung, darah tinggi dan asma-lelah kronik. Keadaan-keadaan yang dialami kemungkinan 85% saya akan mengikuti Saudaraku Lutphi Othman menjalani pembedahan. Masa yang singkat dirasai untuk terus melakarkan untuk membina dan memulihara PR - PAS Kedah dan Pusat, seolah-olah masa berakhir.
Inshaallah sepulangnya kalau diizinkan doktor dari hospital pantas saya akan siapkan BAHAGIAN KE 2 sebahagian dari tajuk pertama iaitu MANTAPKAN KERAJAAN. Inshaallah kalau Allah izinkan.
(Anakku, panggilan Kakak yang pulang bercuti dari SM Sains Kubang Pasu, Batu 19, Jalan Kodiang, Jitra Kedah. Ku pinta tolong ke Cyvercafe di Taman Perumahan masukkan kedalam blog. Masalah internet bayar free guna. Benar kakak bantu Abah masukkan kedalam blognya, sebab Abah tidak sihat dan dapat rawatan susulan - Sidang pembaca blog Abah saya, doakanlah kesihatan Abah untuk mampu mungkin abah menghadapi leptop untuk membina rencananya. Abah terus tidak sihat, Abah minta maaf selepas Syawal nanti abah akan sambung MANTAPKAN KERAJAAN sekiranya kembali sihat sadikit. Abah ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada pembaca semua - seruan dari Kakak ).
Rencana oleh:- IBN ABDULLAH AL AWAB
Siap pada: 27 Ramadan 1431 - Isnin - 6 September 2010

Pandangan YB Nurul Izzah menyengat dan mengena tepat pada sasaran

Posted: 07 Sep 2010 10:17 AM PDT

KENYATAAN MEDIA DR. SYED HUSIN ALI TENTANG ISU PERKASA - NURUL IZZAH

Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.

Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran.

Pendirian ketiga-tiga menteri itu membukti kan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.

Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan
Melayu' dalam Perlembagaan.

Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali.

Namun begitu Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAKATAN mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang
mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

DR SYED HUSIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

Unyil Indonesia Disergah Upin Dan Ipin Malaysia

Posted: 07 Sep 2010 09:50 AM PDT

Ini adalah lakaran kartun Indonesia. Malaysia diwakili Upin dan Ipin. Indonesia diwakili Unyil. Nampaknya Upin dan Ipin berjaya menyergah Unyil. Unyil ketakutan. Itulah diberi gambaran oleh katunis Indonesia.

Semoga krisisnya tidak bepanjangan...

UmnoApco Skizofrenia.

Posted: 07 Sep 2010 09:49 AM PDT


Apakah Penyakit "skizofrenia", wooooo.... penyakit ini amat bahaya beb..., ianya sejenis penyakit mental yang penghidapnya akan sentiasa mendengar bisikan halusinasi dan buat perkara yang bukan2. Kalau tak caya... faktanya di sini.

Apa kena mengena dengan umnoApco ehhhh.... atau adakah yang ini salah seorang penghidap "skizofrenia"...???

Dan cuba lu orang perhatikan isu2 yang di bangkitkan oleh umnoApco sejak kebelakangan ini... semuanya isu yang tak masuk akal dan mengarut-ngarut... itu tandanya mentality disorder... so.. ada kaitan tak dengan appppaaaaa ka nama penyakit tu... susah bebeno nak nyebutnya....

Hehehe.....

TOROK MU ROSWAH! PAKAI BAJU IKUT FESYEN!

Posted: 07 Sep 2010 09:06 AM PDT

kahkahkah

Rosmah cakap!

"Minat terhadap fesyen busana Muslim mutakhir ini memberikan isyarat perubahan dinamik dalam interaksi segar antara kebudayaan Timur dan Barat. Hari ini, wanita Muslim boleh membuat pilihan daripada mana-mana rekaan yang terbentang luas untuk mencipta satu penampilan yang bersesuaian dengan nilai, tradisi dan citarasa, tanpa kompromi terhadap mana-mana tiga perkara itu,"

Harussani cakap!
Bagaimanapun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa yang sedia ada keputusan dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan terpakai kepada semua termasuk bukan Islam.

"Ia satu undang-undang dan semua orang terikat dengannya. Dalam kes ini, beliau bertindak bertentangan dengan fatwa kerana beliau tidak menutup rambut ketika masuk ke surau dan beliau juga menyampaikan ucapan di ruang solat,"

Dan akhirnya aku nak bukak sikit rahsia yang bukan rahsia lagi.. kahkahkah

Ustazah Rosmah ngaji : Torok mu ini fesyen busana muslim bila baca quran... kahkahkah
Torok mu ini yang Harussani kata feshen leh masuk MESJID bagi tazkirah.. kahkahkah

INI LAH GAMBAR IBU TAK GUNA ITU!

Posted: 07 Sep 2010 09:04 AM PDT

Amacam ada cun tak? Gaya pakaian macam PUTERI UMNO... Taktau la dia masuk GERAKAN atau DAP lak... kahakhak Tapi bukan PAS punya... kahkahkah

Tak guna ini pempuan... Korang baca berita nya.. Ini berita terbaru kes dia di makamah.. Cerite sebelum2 ini korang carik sendiri... Yang aku leh cakap kat sini.. Dah sampai tahap nak kantoi batu nak bukak cerita...  Dan apa yang dia buat selamanih salah pun orang tak amik pusing.. Macamana Boifren dia leh ada kat umah dan dia kerja? Sampai anak dia kene rogol dan bunuh?

WEH HJ JAMALUDIN.. LU TAK MINAT KE JANDA NIH? BERHIAS NIH! kahkahkah

BERITA!

SHAH ALAM 6 Sept. - ''Anak saya mengadu baba pukul dan tumbuk dia.''

Itu merupakan keterangan seorang ibu muda ketika menceritakan penderitaan yang terpaksa ditanggung anak perempuannya akibat sering dipukul oleh teman lelakinya, warga Sudan.

Bekas setiausaha sebuah syarikat pembinaan, Ellina Maulad Mahather, 25, memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi di sini pada perbicaraan hari pertama Mohannad Taha Ismail, 25, yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.

Aaliyah merupakan anak hasil perkahwinan Ellina dengan bekas suaminya, Ayman Hussin Mahmud sebelum bercerai pada 2008.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober tahun lalu di No. 9/D3/9 Palazzo Tower, Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, Hulu Langat dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan.

Menurut saksi itu, tertuduh mula memarahi dan memukul Aaliyah yang ketika itu berusia hampir tiga tahun menggunakan penyangkuk baju, pembaris dan tangan, selepas berselisih faham dengan bapanya berhubung masalah kewangan.

''Kadang-kadang saya berjaya menghalang tertuduh daripada pukul anak saya tetapi ada kalanya tidak berjaya dan turut dimarahi apabila cuba menghalang,'' katanya.

Menceritakan kejadian itu, Ellina berkata tertuduh menelefonnya di tempat kerja pada pukul 11.30 pagi dalam keadaan marah menyatakan, Aaliyah telah kencing merata-rata.

''Dia juga ada beritahu akan ajar Aaliyah tetapi saya pujuk tertuduh agar tidak buat apa-apa dan akan membersihkan segala kotoran apabila pulang dari kerja," ujarnya Ellina yang turut mengatakan seminggu sebelum kejadian, anaknya berubah menjadi pendiam dan sering terkencing.

Bagaimanapun lebih kurang pukul 4.30 petang, tertuduh sekali lagi menghubunginya dan memberitahu Aaliyah telah koma.

Mohannad Taha telah menjemputnya di tempat kerja dan sebelum pulang ke rumah, pasangan itu telah singgah di sebuah pasar raya untuk membeli lampin pakai buang dan ubat.

''Tiba di rumah kira-kira pukul 7.30 malam, saya lihat anak sedang terbaring di atas lantai ruang tamu dalam keadaan sukar bernafas. Melihat keadaan itu, saya dan tertuduh menangis hampir 15 ke 20 minit.

''Ketika ini, tertuduh cuba memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) tetapi darah telah mulai keluar dari dalam telinga kiri, selepas itu Aaliyah tidak lagi bernafas.

''Tertuduh jadi panik, takut dan tidak mahu melepaskan saya membawa Aaliyah ke hospital kerana bimbang ditangkap polis dan didakwa memukul anak saya. Dia juga kata kehidupan kami akan berakhir sekiranya perkara itu terjadi,'' kata Ellina.

Justeru itu saksi berkata, dia telah memujuk dan mencadangkan supaya tertuduh memberitahu kecederaan Aaliyah akibat perbuatan pembantu rumah.

Mendengar cadangan itu, lelaki tersebut terus membalut Aaliyah dengan kain sebelum mereka bergegas ke hospital.

Disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egim, mengapakah saksi memberikan cadangan tersebut, Ellina berkata, dia keliru antara rasa sayangnya terhadap tertuduh selain disebabkan lelaki itu tidak membenarkan dia keluar membawa anaknya ke hospital.

Perbicaraan yang didengar oleh Hakim Datuk Alim Abdullah bersambung esok.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, kanak-kanak malang itu mati akibat didera di samping didakwa turut menjadi mangsa perlakuan seks teman lelaki ibunya.

Najib seen avoiding Perak by-election after DVD charges U-turn

Posted: 07 Sep 2010 08:45 AM PDT

Euphoria that soon soured
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Pakatan Rakyat leaders accused Prime Minister Najib Razak of chickening on a potential acid test of his popularity and political strength after Perak prosecutors U-turned on pressing charges against Tebing Tinggi assemblyman Ong Boon Piow that could trigger a landmark by-election.

"Not only is Najib afraid to rake up the people's unhappiness over their loss of democracy, a by-election loss would show where he really stands in the people's esteem. It will have striking implications not just for Perak politics but for Najib's own position in Umno," PKR vice president Lee Boon Chye told Malaysia Chronicle.

"So far, he has been trying to perpetuate the belief that he is personally popular even if Umno is not. But we believe they are both unpopular. Once Umno leaders know for sure this is true and the next general election is just two years away, he will face a stiff challenge in the Umno general assembly next year."

Perakians have not forgotten

Ong was due to be charged for video-taping the Pakatan state assembly meeting held under a rain tree last year. On March 3, 2009, Pakatan lawmakers were forced to hold the emergency session after they were physically barred from entering the legislative hall in the Perak Darul Ridwan state secretariat building.

Under a tree and fully robed, Siva began the process of democracy
If convicted, the 31-year old first-time assemblyman faces jail of up to three years, fined between RM5,000 to RM30,000 or both. This means Ong could be disqualified from his seat and the state would have to hold its first by-election since the Bukit Gantang parliamentary by-election won by Nizar in 2009.

However, in a surprise U-turn Perak prosecutors deferred the charges to an unspecified date sparking speculation that Prime Minister Najib Razak was not keen to risk a contest that may show up the rising unpopularity of his administration. "They are waiting for further instructions from Putrajaya," Ong told Malaysiakini.

"A by-election would surely vindicate us. Najib must be dreaming if he thinks the Perak people have forgotten the kurang-ajar way in which he stole their democracy or believe they have accepted Zambry," former Mentri Besar Nizar Jamaluddin told Malaysia Chronicle.

"The truth is Perak people see in Najib a PM who has few achievements but only major scandals to show for his time in office. They see in Zambry a usurper who forced himself on them against their wishes. In just slightly over a year, Zambry has already been accused of granting land titles to his cronies, can you imagine?"

A real acid test

In February 2009, Najib had orchestrated a coup d'etat against the Pakatan state government by enticing three defectors – two from PKR and one from DAP - to support the BN in the legislative assembly.

Nizar: The people have not forgotten and will never forget
Initially Najib and Umno celebrated what they believed was a stunning victory but their eupohoria soon soured as civil society leaders, Perak people and many Malaysians from other states denounced their move as undemocratic. Later on, amid a barrage of lawsuits Nizar filed against the power grab, Najib's barely-veiled efforts to get the courts to rule in BN's favor added to the public disgust fro him.

Pakatan insiders told Malaysia Chronicle that apart from not wanting to rake up the people's unhappiness with him, Najib was also feeling jittery because Ong might shock everyone by pleading guilty and triggering the by-election that he feared above all.

After taking over as prime minister in April 2009, opinion polls show Najib's popularity has shot to 72 percent from 44 percent. But few Malaysians believe the survey results and a Perak by-election would be taken as the real acid-test of his strength or weakness.

"Of course, Ong is innocent but it shows how paranoid Umno is. It is a sure sign of their guilty conscience," Nizar said.

Nurul Izzah - the target of the next Umno 'madness'

Posted: 07 Sep 2010 08:43 AM PDT

Nurul - increasingly seen as the future face of Malaysia
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

In what her supporters slam as a bald attempt to dampen the rising popularity of Lembah Pantai MP Nurul Izzah, the daughter of Opposition Leader Anwar Ibrahim, Malaysia's mainstream media has launched an onslaught of reports that insinuate she is a traitor to her own race and wants to abolish the "special rights" of the Malays.

"This will be their next madness. Since when did Nurul or Pakatan question the special position of the Malays? The only people Nurul has questioned are Perkasa and Ibrahim Ali," PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.

"This is a clear attempt to tarnish Nurul and to make her unpopular with the Malays because Pakatan has reiterated countless times it is committed to defending the existing federal constitution. Umno is afraid she will become as popular as her dad especially with the Malay youth."

The next madness

Arch rival Umno's Khairy
Indeed, the Umno press have pushed out a slew of reports from top leaders right up to Prime Minister Najib Razak warning  against "anyone" who questioned the "social contract" established by the country's founding fathers in 1957.

A line-up of experts was also roped in to criticize Nurul for her widely-praised two-part article Malaysia or Malaysaja that questioned the domineering politics championed by the Umno government. But her words were spun into an outright challenge of the Malay position in society.

"The special position of the Malays started since a long time ago and based on the system of government existed then. In the peninsula, nine Malay kingdoms existed since 1895, and continue to exist until today. They don't understand the constitution and are ignorant of what they can or cannot do. There shouldn't be any debate on the constitution because what is important is to follow what has been in use for so long," Bernama reported Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim as saying.

Malaysia or Malaysaja

Indeed, it appears that the 30-year old Nurul may have finally come into her own as a political force to be reckoned with. Her article marks her entry into the still-roomy centre stage of the next-generation of Malaysian leaders.

On the stump at the ceramah circuits
Due to Umno's elitist system, there are few potential prime ministers that can be identified in the party other than Youth chief Khairy Jamaluddin - who first catapulted into national politics after marrying the daughter of former premier Abdullah Badawi. Since then, he has built his own small following.

But despite Nurul's lesser political experience, she may have chalked a lead over Khairy in the popularity ratings. Her supporters say she is tougher than her delicate beauty suggests and she is just starting to show her steel. An excellent speaker, she is said to be a chip off the old block.

Comparisons are already being drawn between her and the 34-year old Khairy, who has so far dominated the news flow. Both are married with children but neither has allowed their private commitments to distract their political careers.

Both leaders also realize that to lead Malaysia's 28 million multi-racial population, they have to champion all races and not just their own community. The question is how serious and impartial are they really especially in face of political bullies such as Ibrahim Ali, the chief of ultra-Malay rights groups Perkasa, who has blasted both of them for betraying their race.

Fears that Nurul's battle cry may hit off with the Malay youth 

Khairy's minders have pitched his Oxford-background but despite his brilliance, Khairy has a tainted track record with corruption and racist allegations dogging his career. Many of the younger Malaysians especially the Generation-Y or those born between 1980 and 2000 see him as part of the older wheeling-and-dealing set of Umno leaders, rather than their earnest picket-carrying reform-minded peer.

Khairy - also a good orator
And this is significant because Generation-Y is already and will become an increasingly large part of the Malaysian electorate.

Nurul's strengths are that she comes without the baggage that Khairy carries. She is admired for her simplicity and courage to stand in the line of fire from seasoned veterans including Ibrahim Ali, whose red-hot rhetoric has turned off many of the better educated Malaysians.

Indeed, the more they attack her, the more popular she is likely to become. Like her father, Nurul is now regarded has the baton carrier for reform, change and hope in Malaysia. Her political foes realize it is a waste of time to chop her down amongst the non-Malays.

It is actually the Malay youth that Najib and Umno are more worried about and hence the all-out clampdown. Will Nurul's battle cry for reformasi kindle a groundswell of response in the increasingly restless and questioning minds of the Malay youth?

 "This sort of limited logical thinking is the cause of the BN's problems. Nurul and anyone can and should give their views on the shortcomings and weaknesses of the government's policies, within the country or abroad," said PKR leader Zaid Ibrahim.

"They are Malaysians and have the right to participate in the way their country is managed."

Politik Dalam Kerajaan, Musa Hassan Perkuatkan Dakwaan Shafee

Posted: 07 Sep 2010 08:41 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/idrismusapolis.gifParti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis DiRaja Malaysia hingga menganggu struktur 'command and control' dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar.

PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri. Memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman. Ini tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada Kerajaan, kerana pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan penganti itu ibarat
tindakan "habis madu sepah dibuang".

Nama beliau begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talibpada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan UMNO Bahagian Tampin.

Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009. Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM 3juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram.Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontraversi.

PAS melihat beliau telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama Kerajaan. Namun, cetusan rasa tidak puashati yang disebutkannya baru-baru ini menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota Polis dibawah pentadbiran BN.

Tangan dan kaki beliau terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik.

Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya camputangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnyacampurtangan dan penglibatan orang politik dalam Kerajaan yang menganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran ini. Kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang.

Pegawai-pegawai tinggi Kerajaan ini hanya mampu membuka mulut bila tarikh persaraan mereka diumumkan. Tetapi itu sudah cukup memberitahu kita apa yang berlaku dibalik pemerintahan BN di Putrajaya. Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan.

PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN. Jika tidak, mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah
kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tiada ulasan: