Selasa, 7 September 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Masjid Bukit Indah Di Bulan Ramadhan...

Posted: 07 Sep 2010 06:24 PM PDT

Setelah masuk hari yang ke 29 berpuasa, Masjid Bukit Indah (MBI) masih lagi penuh dengan jemaah yang menunaikan solat tarawih dan witir. Ini merupakan satu perkembangan yang amat positif kerana pada tahun-tahun sebelum ini, pada 10 malam terakhir yang penuh berkat ini biasanya tinggal 5-6 saf sahaja.

Bukan itu sahaja, bilangan yang mengikuti Tazkirah Ramadhan yang disampaikan saban malam selepas solat sunat witir tidak pernah susut dan mencecah angka lebih 500 orang termasuk muslimat. Kuliah Subuh dan Zuhur (yang baru diperkenalkan) juga tidak kurang hebat sambutannya.

Teman merasakan ini satu fenomena baru di MBI. Tahniah AJK dan kariah MBI kerana istiqamah. Mudah-mudahan, kerja dan amalan baik ini dapat dikekalkan sepanjang masa tidak kira hari dan bulan.

Tidak dapat dinafikan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan beriftor sama di masjid ini telah memberi nafas baru kepada kariah MBI. Amatlah wajar pihak pengurusan dan pentadbir MBI mengambil peluang ini untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan menawarkan kuliah-kuliah ilmu yang lebih mantop.

Program-program baru yang friendly sifatnya hendaklah direncana bagi menarik semua golongan termasuk bukan islam untuk mendekati masjid.

Bagi mereka yang sudah dekat dengan masjid terutama sekali golongan muda, adalah menjadi tanggungjawab masjid untuk menyediakan program yang sesuai untuk pengisian jiwa dan raga mereka. Insya'Allah, selepas Hari Raya yang bakal menjelang tiba ini MBI akan mengadakan sesi brainstorming (wakil-wakil surau juga akan dijemput) untuk merencanakan program khusus untuk remaja.

Teman telahpun mencadangkan satu program yang mudah untuk dilaksanakan iaitu dari 30 kuliah maghrib (sebulan) 1 minggu sekali (tiap-tiap Jumaat malam Sabtu) dikhususkan untuk remaja.

Tidak kiralah apa programnya, kuliah maghrib...kuliah untuk remaja, motivational talk... untuk remaja, forum untuk remaja, dialog/wacana untuk remaja dll. Kita akan jemput pakar-pakar remaja untuk mengendalikan program seperti ini seperti Ustaz Farhan, Ustaz Hasrizal, Ustaz Zamri mari mengaji, Ustaz Ahmad Husni, JIM dll.

Kita akan dapatkan kerjasama dari sekolah-sekolah di sekitar MBI. Ibu bapa dan guru-guru serta kariah yang lain kita galakkan untuk turut serta.

MBI mungkin boleh sediakan sedikit peruntukan untuk makan dan minum. Mungkin ada organisasi-organisasi, syarikat-syarikat dan orang perseorangan yang ingin menyumbangkan wang ringgit untuk membiayai program ini.

Tiap musim cuti sekolah atau cuti panjang, kita anjurkan outing untuk mereka. Futsal, bowling, badminton dll. Mungkin juga penubuhan Kelab Rakan Masjid boleh diusahakan.

Namun ini semua masih dalam peringkat cadangan yang perlu dimesyuaratkan.

Amatlah penting AJK terus mencari-cari idea baru untuk benar-benar menjadikan masjid tempat untuk mendidik masyarakat ke arah yang lebih baik sebagaimana yang dituntut oleh agama.





Sukacita teman mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada seluruh pegawai, AJK dan pekerja masjid yang tidak jemu-jemu memberikan perkhidmatan yang terbaik di bulan Ramadhan ini terutamanya.

Tuan Hj. Ghani yang menyelaraskan penyediaan iftor dan sahur, Pak Usop, Pak Ya dan Hj. Abidin yang memastikan MBI sentiasa dalam keadaan kondusif, Puan Rofiah dan AJK Muslimat yang sentiasa sedia berkhidmat, Dato' Nazir yang pemurah, Tuan Nazir yang murah dengan bimbingan dan nasihat, Bendahari yang cekap, Tuan-tuan Imam dan Bilal yang hebat, Hj. Anuar dan Lobaiman yang memastikan keselamatan jemaah, Saudara Anas, Ghani Md. Jani, Wan Suhaimi, Hj. Ghazali, Hj. Rosli Abd. Ghani, Z dan semua sekalilah yang telah menjalankan tugasan masing-masing dengan cemerlang. Moga-moga usaha baik dan ikhlas tuan-tuan dan puan-puan diberkati Allah dan dapat ditingkatkan pada masa akan datang.

Kepada mereka semua (pegawai, AJK dan pekerja MBI) teman mohon ampun sekiranya di dalam perlaksanaan amanah yang dipertanggungjawabkan teman terkasar bahasa. Almaklumlah... teman ni kerja dengan kontraktor. Golongan kontraktor ni kalu di kalangan orang arab bolehlah digolongkan sebagai Arab Badwi. Kasar tapi honest. Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin.

Tiada ulasan: