PRO REFORM |
- 100 Cabang, Azmin Terus Dominasi Pencalonan
- Timbalan: Azmin 46, Zaid 21, Mustaffa 10
- Ahmadinejad Pertikai Mengenai Tragedi 9/11
| 100 Cabang, Azmin Terus Dominasi Pencalonan Posted: 25 Sep 2010 08:44 AM PDT Setelah separuh keputusan yang diterima daripada seluruh negara, Naib Presiden PKR Azmin Ali terus mendominasi percalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden. Daripada 100 cabang daripada 205 di seluruh negara, beliau yang juga ahli parlimen Gombak setakat ini mendapat 58 pencalonan. Manakala dua lagi pencabarnya Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendapat 25 pencalonan dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 13 pencalonan. Sementara tiga calon lagi - - pengarah strategik PKR Tian Chua mendapat dua pencalonan, - pengarah pilihan raya Fuziah Salleh mendapat satu pencalonan - Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat satu pencalonan. Berikut jumlah pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan: Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - 92Datuk Seri Anwar Ibrahim - 8 Timbalan presiden Azmin Ali - 58Datuk Zaid Ibrahim - 25 Mustaffa Kamil Ayub - 13 Tian Chua - 2 Belum layak Fuziah Salleh - 1 Tan Sri Khalid Ibrahim - 1 Naib Presiden Fuziah Salleh - 45Shamsul Iskandar Md Akin - 33 Mustaffa Kamil Ayub - 29 Datuk Mansor Othman - 25 Lee Boon Chye - 22 R Sivarasa - 17 Tian Chua - 16 N Gobalakrishnan - 13 Nurul Izzah Anwar - 11 Tan Sri Khalid Ibrahim - 11 Azmin Ali - 11 Ansari Abdullah - 10 Datuk Jeffrey Kitingan - 9 Datuk Chua Jui Meng - 9 Xavier Jayakumar - 6 Mohd Noor Manuty - 6 Datuk Zaid Ibrahim - 6 S Manikavasagam - 5 Yahya Shaari - 4 Abdullah Sani - 4 Suresh Kumar - 4 Saifuddin Nasution - 3 Badrul Amin Baharon - 2 Yusmadi Yusoff - 2 Jimi Donald - 2 Belum layak bertanding Zamri Yusof - 1 James Ghani - 1 Saiman Marzuki - 1 Kamarul Baharin Abbas - 1 Untuk melayakkan bertanding jawatan di peringkat pusat, seseorang calon mestilah mendapat dua pencalonan minumum daripada cabang. (MALAYSIAKINI) |
| Timbalan: Azmin 46, Zaid 21, Mustaffa 10 Posted: 24 Sep 2010 12:08 PM PDT Pencalonan untuk naib presiden PKR Azmin Ali bertambah kepada 46 hari ini selepas tiga lagi cabang yang bermesyuarat hari ini – dua di Kelantan dan satu Kedah – mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden. Tiga cabang tersebut yang bermesyuarat hari ini ialah Jeli dan Gua Musang (Kelantan) dan Baling (Kedah). Mesyuarat agung dua lagi cabang di Kedah – Jerai dan Merbok – ditangguhkan hari ini kerana dakwaan berlaku penyelewngan dalam proses pemilihannya. Sehingga ini pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 21 pencalonan manakala pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (10), Tian Chua (2), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan. Setakat ini, sebanyak 81 cabang telah mengadakan mesyuarat dan pemilihan mereka masing-masing. Bagi jawatan presiden, ketiga-tiga cabang - Jeli, Gua Musang dan Baling - mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi mengekalkan jawatan tersebut. Bagi jawatan naib presiden pula, Jeli mencalonkan Zaid, Mustaffa, ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani dan ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin. Gua Musang pula mencalonkan, Mustaffa, Abdullah Sani, Shamsul Iskandar dan Fuziah Salleh yang juga pengarah pilihan raya PKR. Manakala Baling mencalonkan Dr Lee Boon Chye, timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman, Fuziah dan Senator Zamri Yusof. Cabang PKR mula bermesyuarat sejak 17 September lalu, dan lebih 200 cabang dijadual selesai berbuat demikian sehingga 3 Oktober ini. Pihak pengurusan parti menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir menerima pencalonan daripada cabang. Pemilihan langsung anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 31 Oktober dan 21 November depan. Manakala Kongres Nasional Tahunan parti itu dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 November depan. (Malaysiakini) |
| Ahmadinejad Pertikai Mengenai Tragedi 9/11 Posted: 24 Sep 2010 11:43 AM PDT Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mempersoalkan akan kebenaran di sebalik serangan 9/11 namun, ianya tidak bererti Teheran tidak bersimpati kepada korban tragedi berkenaan. "Tragedi ini sangat mencurigakan, tetapi saya tidak ingin memberikan penilaian. Saya hanya cuba mengemukakan kertas cadangan yang bersifat kemanusiaan dalam menangani segala permasaalahan yang semakin meningkat ekoran daripada serangan 9/11. "Sudah tentu kami sedih dan bersimpati terhadap mangsa korban tragedi berkenaan. Tapi kami juga ingin menarik perhatian anda mengenai beratus-ratus ribu orang di kawasan kami yang tidak bersalah, dibunuh angkara tragedi 9/11," kata Ahmadinejad dalam sidang akhbar semalam (Jumaat). Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB di New York pada hari Khamis, Presiden Ahmadinejad mengkritik respons AS mengenai tragedi berkenaan, dan memberi tahu itu hanya alasan untuk menyerang Iraq dan Afghanistan. Satu hari sebelum ulang tahun yang kesembilan serangan 9/11, Arkitek dan Jurutera bagi kebenaran 9/11 mengemukakan bukti mengenai kemusnahan menara World Trade Center telah menggunakan bahan letupan yang ditanam dalam bangunan. Gregg Roberts, yang merupakan anggota dari badan non-profit yang mempertikaikan keputusan rasmi penyiasatan 9/11 dengan mengatakan "berita rasmi adalah satu pembohongan, dan ianya penipuan." sumber: PressTV |
| You are subscribed to email updates from PRO REFORM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan