Laman Nurani |
| Posted: 24 Sep 2010 04:54 PM PDT Kesimabungan dari posting yang pernah saya siarkan seblum ni 'Saje Nak Berbual'. Kali ini dalam nada yang sama saya nak bercerita sedikit sebanyak satu perkara yang sering dilepas pandang dan memang tak difikirkan langsung pun oleh semua orang. Kadang-kadang idea dan pandangan seperti apa yang saya bakal kongsikan ini tidak diterima oleh majoriti rakyat, namun ku taip juga sebab semua orang berhak menyatakan pendapat masing-masing. Ini kerana, pendapatan setiap orang pun masing-masing juga..he he he... Kalau dalam penulisan sebelum ini, saya rungkaikan perihal MASA. Pada kali ini saya cuba nak kongsikan perihal TEMPAT pulak. Tuan-tuan cuba perati, kebanyakan program atau majlis peringkat negeri yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau parti kebanyakkannya dibuat di sekitar bandar Kota Bharu. Maka berduyun-dutunlah rakyat dari segenap pelososk negeri sejak dari Jajahan Lojing, Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Tumpat bertumpu di Kota Bharu untuk menghadiri majlis/program tersebut. Tidak salah buat di pusat bandar. Malah di pusat bandar memiliki segala infra yang diperlukan. Tetapi jika hanya dibuat di pusat bandar sepanjang mana, bila masa kawasan-kawasan lain akan dibangunkan? Pernah tak kita fikir, rakyat dari kawasan-kawasan hulu ni terpaksa bertolak awal untuk ke Kota Bharu, lebih2 lagi terpaksa bermalam di sana sehari sebelum majlis/program beerlangsung. Adil ke dengan penduduk yang berada di Kota Bharu?? Kenapa kita tidak boleh rotate tempat program ini? Biar rakyat Tumpat, Kota Bharu merasai betapa susahnya nk ke Gua Musang ke, nak kena bermalam di sana sehari sebelum program tu. Penganjur jangan hanya syok sendiri adakan program/majlis di Kota Bharu, rakyat di kawasan pedalaman ni kadang-kadang bermasam muka sesama sendiri dalam hal mencari kenderaan dan mencari orang untuk ke sana. Bila saya sebut macam ni, ada pulak yang megatakan, "Jihad tu syeh...tak perlu diungkit benda-benda macam ni." -Betul, saya akui, tetapi pernah kita bandingkan dengan rakyat2 yang berada berdekatan dengan kawasan program? Adakah rakyat di kawasan bandar tak mahu berjihad sama seperti rakyat di kawasan pedalaman? Jika isu kemudahan menjadi masalah utama untuk diadakan di kawasan @ daerah lain, maka pihak pemerintah kena lah sediakan kemudahan itu di setiap daerah. Jangan hanya perbanyakkan di kawasan ibu kota sahaja. Kena agih2kan juga ke kawasan-kawasan lain. Barulah kawasan lain pun merasa nikmat bersama. Jika semua daerah mempunyai sebuah dewan seperti dewan PUTIK, maka saya rasa, tidak pelik jika majlis atau program-program dapat dibuat bergilir-gilir di setiap daerah. Sebagai contoh, Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan, diadakan di Jeli. Tahun depan di Pasir Mas, tahun seterusnya di Kuala Krai. Maka seluruh rakayat tak perlu hanya kenal KOTA BHARU jer... Sekian. Dabong, 7.54 25 Sept. 2010 |
| You are subscribed to email updates from Laman Nurani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan