PENYAPU SIAL |
- babi sondol PERKOSA tuduh PAS membohongi rakyat dengan berjanji mewujudkan negara Islam
- Isu masjid: Usaha musuh Pakatan gagal
- Gempar .....penasihat sekolah ibu muda termengandung buat hal..... YB Lim Guan Eng pulak ditangkap...
- sekolah ibu muda termengandung tajaan bapak ayam ali rustam di tangguh pembukaannya
- trik kerajaan pulau pinang menjadi.....RM100 lagi bagi kakitangan awam Pulau Pinang
- samseng berlesen pengangkut tilam 1 malaysia akhirnya di bersarakan terus....!!!!!
- kerajaan najib kata tak ada duit...tapi boleh bagi bonus raya kepada kakitangan awam ....apa tiru kerajaan PR ke...????
- BABI SESONDOL PERKOSA MABUK TODI....Lucutkan kewarganegaraan Namewee...!!!!
- hismuddin minum setin beer harimau tapi mabuk setong samsu haram....!!!!
- rakyat di saran jangan bayar hatta 1 sen pun kepada penyamun haram berlesen ( JPJ dan Polis. )
- UMNO-Bn mangsakan rakyat...pakatan rakyat pula janji hapuskan saman ekor....
- UMNO memang besar pukimak.... UMNO TAJA GAMBAR "SUPERIMPOSE YAB LIM GUAN ENG SEMBELIH LEMBU KORBAN"
| babi sondol PERKOSA tuduh PAS membohongi rakyat dengan berjanji mewujudkan negara Islam Posted: 01 Sep 2010 10:56 AM PDT PAS dikatakan membohongi rakyat kerana mereka berjanji akan mewujudkan sebuah negara Islam jika berjaya memerintah negara bersama pakatan pembangkang walaupun kesemua pemimpin pembangkang sebelum ini sudah menandatangani perjanjian bahawa Perlembagaan Negara akan dikekalkan sekiranya dapat mengambil alih Putrajaya. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata perjanjian yang ditandatangani semua peimimpin pembangkang jelas sekali bertentangan dengan ceramah yang dianjurkan oleh PAS yang menegaskan bahawa parti itu masih berpegang teguh kepada pembentukan negara Islam melalui pelaksanaan hudud. Beliau juga berkata impian untuk membentuk sebuah negara Islam melalui pelaksanaan hudud tidak akan berjaya kerana DAP sudah menolak hudud serta negara Islam secara terang-terangan. Selain itu, Ibrahim berkata PAS tidak mementingkan Islam dalam dasar perjuangan kerana berdasarkan tindakan sebelum ini termasuk mempertahankan segala tindak-tanduk DAP dan PKR, ia membuktikan bahawa parti itu hanya berjuang demi kepentingan politik sahaja. penyapu sial EWAH2...KUMAN DISEBERANG NAMPAK, GAJAH DIDEPAN MATA TAK NAMPAK.. WAHAI IBRAHIM KO X LAYAK NAK BERCAKAP TTG PAS BERBOHONG SEBAB ENGKAU TU PUN 2X5. BAK KATA PEPATAH SIAKAP SINOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG LAMA2 MENCURI. |
| Isu masjid: Usaha musuh Pakatan gagal Posted: 01 Sep 2010 10:51 AM PDT Usaha beberapa ulama dan para pemimpin PAS mengemukakan hujah Al-Quran dan Sunnah yang mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid, setelah mendapat izin pihak berkenaan, telah dapat membersihkan imej Islam yang dikotori golongan tertentu. Malah telah mempererat lagi hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta menggagalkan usaha mereka memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu yang bersifat fitnah, tuduhan dan rangkaian kata-kata karut marut yang disebarkan dalam media tradisional yang dikuasai golongan itu. Tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr Muhd Nur Manuty, Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain serta para tokoh pemimpin PAS, Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain telah benar-benar membantu menjernihkan keadaan, di samping memperlihatkan wajah Islam sebenar kepada anggota Pakatan Rakyat. Dengan itu, gagallah usaha musuh politik Pakatan Rakyat – Umno/BN – untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat dengan menaburkan isu karut marut yang sangat berbau perkauman dan kebencian. Malah kita terkesan juga bahawa umat Islam sendiri kebanyakannya faham hal ini dan tidak terpedaya dengan isu palsu yang ditimbulkan. Masjid dan surau, kuliah-kuliah, tazkirah tidak lansung membangkitkan isu ini bahkan melawan balik – suatu isyarat bahawa umat Islam sedar isu ini hanya "permainan" golongan politik sekular yang bangkrap idea. Bahkan susana Bazaar Ramadan sendiri – tempat rakyat biasa pelbagai kaum dan agama – tetap harmonis, dengan pelbagai golongan rakyat membeli pelbagai juadah dengan wajah ceria, seperti tidak terkesanpun dengan berita palsu yang karut marut. PAS telah berdiri gagah menampilkan kebijaksanaannya dengan mengemukakan pandangan Islam yang sebenar mengenai isu palsu yang dibangkitkan itu, iaitu seperti isu khatib dikatakan berdoa kepada pemimpin bukan Islam, isu wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid dan surau untuk menyampaikan bantuan dan berucap pendek. Pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat dari kalangan Islam dan bukan Islam mendapat fahaman Islam yang cukup jelas mengenai isu ini dengan penerangan para tokoh in. Sementara ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr Muhd Nur Manuty, Dr Asri Zainal Abidin dan lain-lain telah menjernihkan imej Islam yang dikotori oleh golongan tertentu. Tokoh ulama berwibawa ini telah mengemukakan hujah ilmu mereka berdasarkan hujah Al-Quran, sunnah dan hadis. Setakat ini, para tokoh Umno/BN dan penyokong serta "ulama" mereka tidak mampu mengemukakan hujah ilmu untuk mempertahankan sikap mereka. Kenyataan demi kenyataan mereka hanya berupa rangkaian tuduhan karut marut yang berbau politik kepartaian, perkauman dan prejudis, tidak lebih dari itu. Ini menunjukkan kedangkalan ilmu Islam mereka, tetapi malangnya pandanga mereka ini benar-benar merosakkan imej Islam. Saya memetik pandangan tokoh ulama berwibawa, Dr Muhd Nur Manuty mengenai hal ini. Dalam sebuah kenyataan beliau berkata: "Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai persoalan orang bukan Islam masuk dalam masjid. Pertama: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. "Kedua: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. "Ketiga: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana dharurat kerja." Menurut Dr Muhd Nur Manuty lagi, beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan solat mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)" Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, kata beliau, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid biasa dengan syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, tambah beliau lagi, adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al- Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di negara ini. Lebih jauh lagi, kata Muhamad Nur Manuty, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat yang telah ditentukan. Menurut beliau, amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam. Sewajarnya, para wakil rakyat Pakatan Rakyat perlu diberikan pujian kerana kesungguhan mereka dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor. "Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu," kata beliau. Lebih-lebih lagi, katanya, berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Dr Muhamad Nur sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno ini. Ini kerana ia akan menjadikan kita semakin lesu sementara masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Hakikatnya, kata beliau lagi, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Abd Shukur Harun penyapu sial Apa nak buat kedengkelan sesetengah pemimpin umno dalam memahami Islam sedikit sebanyakannya menjauhkan orang bukan Islam pada Islam dan memburukkan imej Islam itu sendiri. Alhamdullillah ada ulamak-ulamak yg berani berkata benar. |
| Posted: 01 Sep 2010 10:45 AM PDT ![]() hehehe,baca dulu apa kat bawah nih.. YB Lim Guan Eng ditangkap Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 . "Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim." "Cucu saya,telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994." "Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya." "Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995." "Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Lim Guan Eng semasa ditangkap Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen." Lim dipenjara "Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya." "Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-" "Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu." "Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim." "Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik." "Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas." "Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan." "Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami." "Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya." Pendek binti Ahmad Sabri bin Mohamad Yasin warta365. |
| sekolah ibu muda termengandung tajaan bapak ayam ali rustam di tangguh pembukaannya Posted: 01 Sep 2010 04:39 AM PDT Sekolah untuk remaja hamil dikenali Sekolah Harapan yang dijadualkan mula beroperasi hari ini, ditangguhkan pembukaannya ke 16 September ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Beliau berkata, penangguhan itu disebabkan beberapa keperluan logistik seperti pengambilan staf masih belum dapat dipenuhi oleh Majlis Agama Islam Melaka (Maim). "Buat permulaan, kita perlu lima ke enam orang staf wanita seperti guru, warden dan kaunselor," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas askar British di pejabatnya di Seri Negeri di Melaka, hari ini. Sekolah Harapan itu akan beroperasi di sebuah bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad di Jasin dan setakat ini, seramai tiga orang remaja telah memohon untuk memasuki sekolah itu. - Bernama |
| trik kerajaan pulau pinang menjadi.....RM100 lagi bagi kakitangan awam Pulau Pinang Posted: 01 Sep 2010 04:36 AM PDT Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menambah RM100 lagi sebagai pemberian kewangan khas kepada kakitangan awam di negeri itu, menjadikkan jumlahnya RM500. "Walaupun pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos lalu adalah hanya RM400, namun namun tindakan awal ini telah berjaya mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM 500. "Oleh yang demikian, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun bantuan kewangan tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang bernilai RM500," kata ketua menteri, Lim Guan Eng ketika majlis perhimpunan bersama anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang, hari ini. Selain bayaran RM500 itu, beliau juga mengumumkan bayaran RM 250 untuk guru Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain). "Pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 ini melibatkan sejumlah 3,700 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.85 juta. "Pemberian kepada 1,396 guru Kafa sebanyak RM 250 akan melibatkan RM 349,000. Sekiranya kita mengambilkira semua pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri dan agensi negeri, ia membabitkan RM5.2 juta," kata Lim. Menurut Lim, beliau berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memperkukuhkan tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih berdaya saing di persada antarabangsa. Malaysiakini |
| samseng berlesen pengangkut tilam 1 malaysia akhirnya di bersarakan terus....!!!!! Posted: 01 Sep 2010 04:13 AM PDT ![]() Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, lapor malaysiakini. Menurut SMS berita dari Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir hujung bulan ini. Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia. Beliau yang dikenali sebagai pengangkut tilam di dalam kes liwat Anwar telah kemudiannya dinaikkan pangkat, sehinggalah memegang jawatan tertinggi di dalam PDRM, Ketua Polis Negara. Beliau mempunyai rekod yang paling hodoh sebagai KPN, malah beliau dilaporkan menipu mengenai kelulusannya. Musa mendakwa beliau memiliki Ijazah Undang-Undang ketika memberi keterangan bersumpah dalam satu pembicaraan kehakiman iaitu dalam perkara Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim dalam Wilayah Persekutuan Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998. Pada hal, beliau sendiri ketahui bahawa beliau hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri. Apa yang paling jelek ialah beliau sentiasa bersikap double-standard di dalam membuat keputusan di mana apa-apa perhimpunan Pakatan Rakyat akan menemui masalah besar walaupun mendapat permit dan dijalankan secara aman. Tetapi apa-apa perhimpunan dari parti kerajaan dibiarkan begitu sahaja sekalipun ia mengancam keselamatan (seperti perhimpunan kepala lembu). Kemudian, beliau dilaporkan terlibat di dalam konspirasi bersama Peguam Negara, Gani Patail untuk kes liwat 2 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan. Kejatuhan beliau dari jawatannya sama seperti pemergian Tan Sri Rahim Noor dari jawatannya di mana ia sarat dengan segala macam kekotoran yang terpalit pada namanya. Kini Tan Sri Ismail Omar bakal mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara daripada Tan Sri Musa Hassan berkuat kuasa 13 September ini. Apakah sama juga perangainya nanti dengan KPN-KPN terdahulu. Kita tunggu dan saksikan bersama. |
| Posted: 01 Sep 2010 02:11 AM PDT ![]() Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menuntut kerajaan supaya menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam. Katanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik." Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta. Kerajaan sebelum ini memberi alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya. Katanya lagi, tindakan itu bagaimanapun menyebabkan kenaikan harga barangan yang perlu ditanggung kepada semua peringkat masyarakat. ![]() "Kerajaan tarik RM750 juta subsidi, tapi tiba-tiba dia beri RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat. "Pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik (subsidi) daripada orang susah untuk bagi untuk bagi (bonus berjumlah) RM900 juta lebih. "Jadi apa logiknya? Adakah semata-mata sebab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dapat beri juga?," soal Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini. Katanya, pemberian 'bonus' hari raya itu juga diumumkan dalam keadaan kerajaan mengumumkan belanjawan defisit. Tambahnya, Pulau Pinang dan Selangor mampu berbuat demikian kerana mempunyai bajet lebihan. "Tapi (kerajaan pusat) kata bajet defisit hingga terpaksa tarik subsidi," katanya lagi. malaysiakini |
| BABI SESONDOL PERKOSA MABUK TODI....Lucutkan kewarganegaraan Namewee...!!!! Posted: 01 Sep 2010 02:07 AM PDT Berikutan cadangan yang dikemukakan oleh Perkasa supaya Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee untuk dibuang negeri, kini Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) Osman Abu Bakar pula mendesak kerajaan untuk melucutkan kerakyatan Namewee. Cadangan itu dikemukakan kerana Namewee menghasilkan klip video yang dikatakan boleh menyemarakkan sentimen perkauman. Untuk memastikan tiada pihak lain yang mengulangi perbuatan yang sama, tindakan tegas harus dikenakan ke atas Namewee. Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) berlembut dengan Namewee yang sebelum ini mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku sehingga lebih berani untuk menghasilkan karya tanpa menghiraukan kaum lain. Oleh itu, kerajaan didesak sama ada untuk menahan pasport ataupun terus melucutkan kewarganegaraan Namewee. penyapu sial Ni satu lagi pengikut Ibrahim raja sondol. semakin tak keruan dan semakin Tidak Rasional juak-juak UMNO Angkuh ni. semakin ketara kualiti dan maksud pemikiran pencacai Umno angkuh, sempit, kaku dan beku. Umno angkuh seperti kapal hilang kompas. Lihatlah PERKARA sebenar yang menimnulkan tidak puas hati NAMWEE tidak beri perhatian sewajajrnya, orang yang prihatin pula jadi sasaran. Seperti zaman dulu kala, apabila seoran tu muncul membela seorang gadis teraniaya, eeeeehh orang yang membela ni pula dipenjara. Persis sama, JUAk UMno ANgKUH juge. UMno sangat MEMUAKkan. |
| hismuddin minum setin beer harimau tapi mabuk setong samsu haram....!!!! Posted: 31 Aug 2010 03:21 PM PDT ![]() Isu masjid: Puak 'sosialis' mahu beli jiwa Muslim Umat Islam perlu tahu membezakan konteks lawatan ke masjid atau surau berbanding mempergunakan masjid bagi tujuan politik dalam keadaan tidak beradab, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau yang terkilan dengan perkembangan politik di Selangor baru-baru ini, berkata dalam kejadian itu, mereka yang memberi sumbangan datang daripada latar belakang parti sosialis yang selama ini semua maklum dan sedar tujuannya mahu membeli "jiwa" umat Islam supaya menyokong perjuangan dan pemerintahan mereka. "Langkah ini tidak akan menjadi begitu menghiris jiwa orang Melayu jika majlis itu diadakan di pekarangan surau atau masjid berkenaan. "Jika kariah masjid atau surau itu beria-ria sangat hendak terima sumbangan daripada pihak sosialis, kenapa perlu langgar titah Sultan. Mereka yang hendak memberi sumbangan tidak perlu pun hadir hingga ke ruang solat untuk berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas laporan yang dipetik dari laman blog Selangordaily bahawa Anggota Parlimen Selayang, William Leong dibenarkan masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa, Selayang Baru untuk memberi bantuan. Kejadian itu berlaku sehari selepas Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching "bertazkirah" di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat. Mengulas lanjut, Hishammuddin (gambar) yang juga Naib Presiden Umno, berkata perkembangan perkara itu amat mengejutkannya kerana ia mendapat sokongan daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekali lagi tampil membuat kenyataan mengelirukan umat Islam. "Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata 'kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil', lepas ini apa lagi "bala" nak datang? "Kenyataan-kenyataan sebegini ternyata hanya membawa kepada keadaan yang mengelirukan sesama kita orang Islam. "Saya kira dalam perkara yang menyentuh soal pegangan agama, pemimpin parti politik perlu berani menyatakan perkara sebenar dan mengambil tindakan jelas dan nyata serta mengelakkan kenyataan-kenyataan yang boleh terus menerus mengelirukan orang Islam," katanya. Hishammuddin berkata agenda yang dibawa oleh DAP amat jelas dan mereka tanpa henti terus mengambil pendekatan ekstrem, mempertikai hak yang selama ini dipertahankan oleh pemimpin Melayu dan Raja-Raja Melayu. "Namun, mengapa ada pemimpin daripada parti yang mengaku memperjuangkan Islam enggan mengakui apa yang dibawa oleh DAP ini sebagai menghakis sedikit demi sedikit kekuatan orang Melayu?" soalnyanya. Pada masa ini, Hishammuddin dalam rangka lawatan tugas rasmi di Bandar Seri Begawan, Brunei bagi membincangkan soal-soal berkaitan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. — Bernama Sepertimana biasa, Bernama akan terus mengutip kata-kata menteri-menteri untuk membelasah Pakatan Rakyat. Go on... Tentang Hishamuddin, we knew you very well. Cuba bercakap mengenai surau dan masjid sedangkan dirimu berselaput dengan noda. Beliau bertanya: "Namun, mengapa ada pemimpin daripada parti yang mengaku memperjuangkan Islam enggan mengakui apa yang dibawa oleh DAP ini sebagai menghakis sedikit demi sedikit kekuatan orang Melayu?" Hei Hishammuddin, parti kamu, UMNOlah yang mengaku memperjuangkan Melayu dan Islam tetapi UMNOlah yang selama ini menjadi perosak kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Siapa yang menghakis kekuatan orang Melayu dan yang beragama Islam dengan segala bentuk kezaliman, tekanan, rasuah dan pelbagai macam kemungkaran di negara ini kalau bukan UMNO? Apabila Mursyidul Am PAS menyatakan "jangan jadi jahil", sememangnya kamu-kamu di dalam UMNO adalah manusia jahil yang tak kenal pahala dan dosa, syurga dan neraka. Kamu-kamu berlagak seperti lebai-lebai yang kononnya mempertahankan kesucian masjid dan surau. Sedangkan yang sebenarnya berlaku kamu dihambat oleh ketakutan apabila rakyat sudah muak dan mual dengan UMNO dan lebih menghormati pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat. gb |
| rakyat di saran jangan bayar hatta 1 sen pun kepada penyamun haram berlesen ( JPJ dan Polis. ) Posted: 31 Aug 2010 03:16 PM PDT JPJ: Pemandu disenarai hitam boleh bayar saman secara ansuran Pemandu kenderaan yang disenaraihitamkan boleh membayar saman mereka secara ansuran sehingga 28 Februair depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan. Beliau berkata perkara itu diputuskan bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri berkaitan masalah itu. "Selepas 1 Mac, kena bayar penuh...mata demerit juga akan disambung semula," katanya ketika ditemui pemberita di kaunter JPJ, Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, di sini hari ini. Pada 11 Ogos lepas, Kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan saman buat sementara waktu. Tempoh penarikan itu juga diambil kira ekoran musim perayaan yang bermula dengan sambutan Aidilfitri diikuti Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina. Solah berkata bayaran saman secara ansuran itu boleh dibuat mengikut kemampuan pemandu. Sementara itu, Solah berkata pihak JPJ juga akan membuat pemantauan terhadap perkhidmatan teksi selain bas, daripada segi tambang, penggunaan meter dan kerjasama daripada segi pengambilan penumpang. "Pemandu teksi yang mengenakan tambang secara lebihan, tidak menggunakan meter dan enggan mengambil penumpang akan dikenakan tindakan seperti bayaran kompaun," kata beliau dipetik Bernama. Mengulas isu "ulat tiket", Solah menasihatkan orang ramai agar membeli tiket yang sah di 92 kaunter yang terdapat di terminal bas dan bukannya dari ulat-ulat tiket sempena sambutan Aidilfitri akan datang. "Tiket masih ada...pihak Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan tambah jumlah bas seperti bas sekolah dan bas kilang jika perlu. Masalah kehabisan tiket jelas tidak berbangkit," katanya. - TMI Saman ekor: PAS anjur petisyen di internet pula Memanfaatkan populariti dunia siber di kalangan anak muda, Pemuda PAS meluaskan lagi kempen membantah saman ekornya dengan mengadakan petisyen dalam talian. Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, usaha itu merupakan lanjutan daripada kempen "sejuta tandatangan" dewan itu yang dilancarkan pada 23 Ogos lalu di Kuala Lumpur. "Walaupun kempen ini sedang giat rancak gerak kerjanya di peringkat Parlimen yang diuruskan oleh setiausaha Pemuda PAS kawasan-kawasan, namun Pemuda PAS merasakan perlunya satu alternatif melalui dunia siber yang semakin popular, terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota," katanya. Dalam satu kenyataan hari ini, Khairul Faizi berkata usaha terbaru tersebut dapat menarik sokongan anak-anak muda bagi menyatakan sikap mereka supaya kerajaan memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya. "Pemuda PAS berharap agar anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara dalam talian ini sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu, sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara yang halus," katanya. Menurut Khairul Faizi lagi, kesemua petisyen itu akan diserahkan kepada pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan. Orang ramai boleh menurunkan tandatangan masing-masing di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html sehingga 31 Oktober 2010 ini, tambahnya. -mk JPJ dan Polis tidak sepatutnya mencari jalan untuk memungut saman ekor yang amat terang-terangan bertentangan dengan undang-undnag itu. Mahkamah sebelum ini di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor pada 2009 secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor. Ini kerana, tindakan menyenarai hitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan kepada keputusan mahkamah berkenaan, apa juga pungutan hasil daripada penyenaraian hitam saman ekor adalah bertentangan dengan undang-undang. Hasil pungutannya pula adalah HARAM dari segi syarak. Rakyat tidak akan membayar walau sesen pun kepada JPJ dan Polis terhadap penyenaraian hitam kerana saman ekor ini. Nak mengadu kat menteri, pergilah mengadu hatta PM sekalipun. Rakyat akan pastikan menteri itu terkangkang di dalam pilihanraya nanti kerana gagal mematuhui keputusan mahkamah. Apa lagi kamu nak? Nak bunuh semua rakyat yang tak nak bayar? Bunuhlah! gb |
| UMNO-Bn mangsakan rakyat...pakatan rakyat pula janji hapuskan saman ekor.... Posted: 31 Aug 2010 02:37 PM PDT ![]() Kerajaan Umno-Barisan Nasional telah mengeluarkan 10 juta saman ekor serta memangsakan lebih satu juta pemilik kenderaan di negara ini daripada memperbaharui cukai jalan. Sehubungan itu Pakatan Rakyat berjanji akan memansuhkan terus saman ekor, sekiranya diberikan mandat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata kejayaan Pakatan Rakyat melalui PAS menangguhkan peraturan yang menyenarai hitamkan pemilik kenderaan yang gagal menjelaskan saman ekor hanya bersifat sementara sehingga 28 Februari 2011. Kami berpendapat ini adalah usaha yang berterusan, kerana setiap kesalahan (yang dilakukan), mesti diselesaikan mengikut proses mahkamah. Adalah tidak adil untuk menghukum dengan tidak membenarkan kenderaan pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan, kerana mungkin kesalahan tersebut bukan dilakukan oleh pemilik kenderaan. Bayangkan kalau satu saman, kompaunnya berjumlah RM300. Kalau sepuluh juta saman, berapa pula? Saman juga mesti diserahkan terus dengan notis kepada pemandu kenderaan, bukan kepada pemilik kenderaan. Contohnya pemilik syarikat kenderaan. Ini akan menimbulkan masalah apabila musim perayaan tiba. Mujur penangguhan ini dilaksanakan Beliau berkata demikian semasa mengedarkan risalah kepada pemandu kenderaan selepas melancarkan kempen kesedaran 3M (Memandu Berhemah, Mansuhkan Senarai Hitam dan Mansuhkan Saman Ekor) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa KASE (Kempen Anti Saman Ekor) di Plaza Tol Sungai Besi, petang semalam. Risalah itu mengandungi maklumat berkenaan saman, saman ekor, hak pengguna jalan raya yang disaman serta petua mengenai keselamatan jalan raya. Turut hadir pada pelancaran kempen itu termasuk Timbalan Pengerusi KASE, Mohamad Taufek Ghani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi bersama petugas lain. Sehubungan itu beliau memaklumkan, KASE akan melancarkan laman sosial facebook sempena pelancaraan kempen 3M ini, di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, di Gombak pada sebelah malam. "Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada pengguna jalan raya berkomunikasi dengan KASE dan memberikan maklum balas, tindakan susulan dan pembelaan sewajarnya kepada mangsa saman ekor dan mangsa senarai hitam," jelas Mahfuz lagi. |
| UMNO memang besar pukimak.... UMNO TAJA GAMBAR "SUPERIMPOSE YAB LIM GUAN ENG SEMBELIH LEMBU KORBAN" Posted: 31 Aug 2010 02:13 PM PDT ![]() Lihat sendiri lah BETAPA CELAKANYA UMNO membuat FITNAH dengan Superimpose kononnya Sdr. LGE menyebelih lembu korban, pada peristiwa ini berlaku di dalam Negeri Perak yang dirasmikan oleh DS Nizar Jamaluddin, dan Sdr. LGE tidak hadir pun. Ya Allah perturunkan balasan mu kepada puak puak UMNO yang bersubahat membuat FITNAH ini, Aminnnn Umno Memang Celaka !! Umno juara fitnah, cetus sentimen agama KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan. Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama. "DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah," ujarnya dalam satu kenyataan. Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam. "Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno," katanya. Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam. Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi. "Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat," katanya lagi. Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat. Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno. "Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun," ujarnya lagi. |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan