Muslimeen United |
- Musa Hassan OUT Ismail Omar IN
- Depa dok kata Azizan tak reti perintah tapi macamana pulak boleh untung nie..??
- Sultan S'gor gantung gelaran Dr Ling, OC Phang
- 18SX - Mamat ni memang perkasa !
- Siapa Nak Join Bisnes Juta-Juta
- Sajak : Pesaka Merdeka
- Black-Listed: Rakyat Takkan Bayar Satu Sen Pun Kepada JPJ Dan Polis
- 'Rempit Merdeka'
- Berikan kepercayaan penuh kepada PAS- Abdul Hadi
- Tragedi 13 Mei : Awas Zainuddin Maidin!
| Musa Hassan OUT Ismail Omar IN Posted: 01 Sep 2010 04:55 AM PDT Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, lapor malaysiakini.Menurut SMS berita dari Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir hujung bulan ini. Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia. Beliau yang dikenali sebagai pengangkut tilam di dalam kes liwat Anwar telah kemudiannya dinaikkan pangkat, sehinggalah memegang jawatan tertinggi di dalam PDRM, Ketua Polis Negara. Beliau mempunyai rekod yang paling hodoh sebagai KPN, malah beliau dilaporkan menipu mengenai kelulusannya. Musa mendakwa beliau memiliki Ijazah Undang-Undang ketika memberi keterangan bersumpah dalam satu pembicaraan kehakiman iaitu dalam perkara Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim dalam Wilayah Persekutuan Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998. Pada hal, beliau sendiri ketahui bahawa beliau hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri. Apa yang paling jelek ialah beliau sentiasa bersikap double-standard di dalam membuat keputusan di mana apa-apa perhimpunan Pakatan Rakyat akan menemui masalah besar walaupun mendapat permit dan dijalankan secara aman. Tetapi apa-apa perhimpunan dari parti kerajaan dibiarkan begitu sahaja sekalipun ia mengancam keselamatan (seperti perhimpunan kepala lembu). Kemudian, beliau dilaporkan terlibat di dalam konspirasi bersama Peguam Negara, Gani Patail untuk kes liwat 2 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan. Kejatuhan beliau dari jawatannya sama seperti pemergian Tan Sri Rahim Noor dari jawatannya di mana ia sarat dengan segala macam kekotoran yang terpalit pada namanya. Kini Tan Sri Ismail Omar bakal mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara daripada Tan Sri Musa Hassan berkuat kuasa 13 September ini. Apakah sama juga perangainya nanti dengan KPN-KPN terdahulu. Kita tunggu dan saksikan bersama. -GB | ||||
| Depa dok kata Azizan tak reti perintah tapi macamana pulak boleh untung nie..?? Posted: 01 Sep 2010 04:54 AM PDT Keuntungan Koperasi Pembangunan Beris Berhad meningkat
SIK – Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan dividen hasil keuntungan ladang Koperasi Pembangunan Beris Berhad (KPBB) pada tahun ini meningkat dari RM1.4 juta kepada RM1.6 juta. Pengumuman itu turut disambut dengan penuh kesyukuran oleh semua ahli KPBB di mana KPBB adalah koperasi pertama di negara ini yang mengadakan kutipan cukai pintu berkelompok untuk jenis taman perumahan. Kaedah itu sudah dilaksanakan semenjak tiga tahun lalu dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada Majlis Daerah Sik (MDS) serta kepercayaan daripada ahli koperasi. Pengerusi KPBB, Shuib Ismail menjelaskan, mereka mengadakan kutipan dengan cara membuat pemotongan wang keuntungan setiap ahli koperasi sebelum proses penyerahan hasil dividen keuntungan daripada pelbagai cabang aktiviti perniagaan diserahkan kepada mereka. Menurutnya, setiap penduduk yang tinggal dalam kawasan perumahan ini secara tidak langsung akan menjadi ahli KPBB dan mereka masing-masing turut mempunyai saham dalam koperasi serta menerima hasil dividen setiap tahun. "Tahun pertama, jumlah cukai pintu yang dikutip berkurangan kerana tempoh masa hanya enam bulan, namun pada tahun kedua dan tahun ketiga dikutip penuh bagi tempoh setahun iaitu sebanyak RM77.92 bagi setiap ketua keluarga mewakili sebuah rumah," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian Dividen Hasil Ladang di Bandar Baru Beris Jaya, di sini. Shuib memberitahu, terdapat 600 rumah yang terdapat dalam kawasan ini dan melalui kaedah itu mereka dapat memastikan setiap ketua keluarga melunaskan hutang cukai pintu MDS tanpa sebarang masalah. "Namun, kaedah pembayaran cukai pintu pada tahun 2011 akan diubah kepada pemotongan secara pukal bagi membolehkan lebihan wang daripada hasil bayaran dapat dijadikan sebagai tambahan modal untuk setiap ahli," ujarnya. Inisiatif membuat pemotongan dividen itu, katanya, turut dilaksanakan untuk tabung masjid sebanyak RM6 dan Takaful sebanyak RM51.95 bagi memastikan penduduk di sini mendapat perlindungan yang sewajarnya. Sementara itu, Yang Dipertua MDS, Mat Noh Ahmad dalam ucapannya berkata, pihaknya menyambut baik usaha yang dilaksanakan oleh pihak koperasi dalam memastikan urusan kutipan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan sempurna. Susulan daripada usaha itu, jelasnya, sebuah jawatankuasa pengurusan taman perumahan ini akan dibentuk bagi memudahkan segala permasalahan penduduk dapat diselesaikan dengan sebaiknya. "Sebelum ini, apabila berlaku sebarang masalah melibatkan kemudahan infrastruktur seperti jalan rosak, lampu tidak bernyala dan sebagainya, koperasi menjadikan tempat rujukan masalah walaupun sebenarnya mereka tidak memikul tanggungjawab berkenaan," katanya. Mat Noh memberitahu, sekiranya proses pembentukan jawatankuasa terbabit berjalan lancar, koperasi akan lebih fokus terhadap peranannya dalam memajukan pelbagai aktiviti perniagaan bagi meningkatkan hasil dividen ahli. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB. Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul. | ||||
| Sultan S'gor gantung gelaran Dr Ling, OC Phang Posted: 31 Aug 2010 09:28 PM PDT Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menggantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu atau juga seringkali dikenali sebagai OC Phang.
Ling dikurniakan keahlian darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992. Pada 29 Jun lalu, bekas presiden MCA itu didakwa atas pertuduhan mengikut seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Putrajaya. Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang.
Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Ling bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin. Hakim kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes. OC Phang pula dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) bergelar Datin Paduka pada tahun 2001.
Dia menghadapi dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Menurut kenyataan itu, penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kedua-dua mereka itu akan disemak semula jika mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan. -M'kini. | ||||
| 18SX - Mamat ni memang perkasa ! Posted: 31 Aug 2010 07:54 PM PDT Bila sebut UMNO busuk dari kepala sampai ke kaki...ada yang hangin satu badan pulak.Lihat foto dibawah. [..] Tolak Qur'an sudah, dan sekarang tengah tolak sunnah pulak ! Berlagak tahu semua tapi nampak jelas bangangnya. Hal2 Agama pakai kepala lutut, ada ALAMAK pun bisu, ada ke depa buat Sembahyang Hajat lepas Solat Asar ?. عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس Maksudnya: Dari Abi Hurairah r.a : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari. [hadis riwayat ; Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Nasaie dan Imam Ahmad]. Sketsa foto : soldadu said, " Sori bro - 'ini' maciamm..tak perkasa lahh.." (*) - Tapi UMNO cakap, ambo perkasa sungguh..! Kerja dan cadangan siapa kerja2 solat hajat lepas Asar nih ? , tak lain dan tak bukan ialah orang yang juga MENCADANG KAN DI ADAKAN UNDANG2 MENGHALANG ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID ATAU SURAU, dengan cadangan ini merupakan satu desakan atau bantahan terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah memutuskan sebelum insiden Yb2 non Muslim masuk masjid lagi, bahawa Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid adalah Harus. Olih kerana Fatwa itu tidak menguntungkan Umno, lalu perkasa pula jadi jaguh dan mendesak diadakan undang2 baru yang sesuai dengan selera Umno.[..sumber] Hairan bebenor wak memandangkan nasib si 'perkasa' sorang ni, yang tidak surut-surut kena 'bantai' baik di ruang forum mahupun di blog-blog internet. Gerangan apa yang membuatkan beliau disindir teruk oleh khalayak rakyat.., kini makin menjulang bahangnya? Maaflah, wak tak mampu nak bagi 'kesian' wak lagi dalam hal ini. Nasib hang laa 'muss..!'. Sebab nilai 'kesian' wak sudah lama zero dan kecut dalam hal-hal si perkasa ini. Posted by radens albanjari | ||||
| Siapa Nak Join Bisnes Juta-Juta Posted: 31 Aug 2010 03:36 PM PDT
| ||||
| Posted: 31 Aug 2010 02:48 PM PDT PESAKA MERDEKA Bergalang Tanah Bergadai Pesaka Rebah Bangun Lintang Tiarap Terlentang Minum Embun Meniarap Makan Tanah Bumi Pertiwiku Tetap diperjuang Maruah Agama Setia digalas dipertahan Maruah Bangsa dan negara Dikandung Badan Demi Kedaulatan Negara Merdeka Merdeka dari Penjajahan Minda yang menjarah Merdeka dari Perhambaan Ekonomi yang Memerah Merdeka dari Penindasan Politik yang Serakah ![]() Tanahairku Mesti bangkit Mendongak Dagu maju Membina Masa Depan Gemilang dan Maju Membina Negara Munajat Redha dan Restu Aku , Engkau , Kamu Adalah Anak Merdeka Ayuuuuuh ! Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa Jangan Alpa Usah Leka Amanah Ummah Merdeka Adalah dibahu Kita Amanah Negara Merdeka Adalah dibahu Kita Amanah Nusa Bangsa Adalah dibahu Kita Merdekalah JiwaMerdekalah Minda Merdekalah Bangsa Merdekalah Negara Merdekalah Kita Merdekakah Kita ? Terbelakah Kita ? Atas Lebar Hamparan Tanah Tumpah Air Insan Merekah Bumi Gersang Tandus Nilai Kasih Sayang Merdekakah Kita ? Terbelakah Kita ? Menebus Maruah Balar Tercalar Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar Dada dirobek Jantung dikelar Bahasa diherdik Sesuku Ajar Penguasa Membidik Bohong di Layar Merdekakah Kita ? Terbelakah Kita ? Lambaian Merdeka buat seluruh anak bangsa yang turun ke I City Shah Alam 30 August menanti detik 12 tengah malam meraikan ulangtahun kemerdekaan negara ke 53 . Alhamdulillah dihadapan ribuan hadhirin , saya diberi kepercayaan untuk mendeklamasikan sajak berjudul Merdeka : Sebenarnya Untuk Siapa ? secara berduet dengan Sdr Shamsul Iskandar [ Ketua AMK Pusat] , sdr Jonah [ Ketua AMK Selangor ] dan Ustaz Hasbullah [ Ketua DPP Negeri Selangor ] . Sementara secara solo saya mendeklamasikan sajak bertajuk Pesaka Merdeka yang saya cipta Khas buat seluruh warga Malaysia terutama buat anak - anak muda. Ustaz Asyraf [ Imam Muda Realiti T 9 ] mengimamkan solat Isyak dan Terawih di tapak sambutan Penghayatan Ramadhan dan Kemerdekaan Negara [ i city Seksyen 7 Shah Alam ]. Sungguh merdu suara dan lunak tertib bacaan imam muda ini . Anak - anak muda yang mula memisahkan diri dari sambutan kemerdekaan yang bergelumang dengan maksiat dan mungkar . Nyata kini jiwa yang kosong mula mencari sentuhan ruhani yang mampu membahagiakan mereka di dunia dan akhirat . Biarpun disambut dengan nilai spiritual dan hiburan sederhana yang dibenarkan oleh syara' , ia tetap meriah dengan semangat patriotik anak - anak muda yang beralih kepada bentuk sambutan alternatif . Syabas Kerajaan Negeri Selangor dan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor . Ramli Sarip yang juga dikenali dengan Papa Rock tidak canggung menyapa saya dibilik persalinan selebriti [ di belakang pentas ] biarpun datang dari benua atau planet [ pinjam kata - kata Aqil Hayy ] yang berbeza . kami mula berkenalan dan kini berputik satu jalinan 2 hala antara kami . Orang ramai yang teruja menyertai program alternatif Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara bagi kali ke 57 dan Penghayatan Ramadhan . Tiada peleseran dan pergaulan bebas kecuali mereka yang berada di luar tapak persembahan . Sejurus selesai persembahan sambutan ulangtahun kemerdekaan , Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meneruskan aktiiti dengan dakwah dan kempen Anti Zina [ edar risalah ] , qiamulail dan kuliah subuh di I City Shah Alam.![]() ![]() | ||||
| Black-Listed: Rakyat Takkan Bayar Satu Sen Pun Kepada JPJ Dan Polis Posted: 31 Aug 2010 02:47 PM PDT
JPJ: Pemandu disenarai hitam boleh bayar saman secara ansuranPemandu kenderaan yang disenaraihitamkan boleh membayar saman mereka secara ansuran sehingga 28 Februair depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan. Beliau berkata perkara itu diputuskan bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri berkaitan masalah itu. "Selepas 1 Mac, kena bayar penuh...mata demerit juga akan disambung semula," katanya ketika ditemui pemberita di kaunter JPJ, Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, di sini hari ini. Pada 11 Ogos lepas, Kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan saman buat sementara waktu. Tempoh penarikan itu juga diambil kira ekoran musim perayaan yang bermula dengan sambutan Aidilfitri diikuti Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina. Solah berkata bayaran saman secara ansuran itu boleh dibuat mengikut kemampuan pemandu. Sementara itu, Solah berkata pihak JPJ juga akan membuat pemantauan terhadap perkhidmatan teksi selain bas, daripada segi tambang, penggunaan meter dan kerjasama daripada segi pengambilan penumpang. "Pemandu teksi yang mengenakan tambang secara lebihan, tidak menggunakan meter dan enggan mengambil penumpang akan dikenakan tindakan seperti bayaran kompaun," kata beliau dipetik Bernama. Mengulas isu "ulat tiket", Solah menasihatkan orang ramai agar membeli tiket yang sah di 92 kaunter yang terdapat di terminal bas dan bukannya dari ulat-ulat tiket sempena sambutan Aidilfitri akan datang. "Tiket masih ada...pihak Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan tambah jumlah bas seperti bas sekolah dan bas kilang jika perlu. Masalah kehabisan tiket jelas tidak berbangkit," katanya. - TMI | ||||
| Posted: 31 Aug 2010 02:46 PM PDT | ||||
| Berikan kepercayaan penuh kepada PAS- Abdul Hadi Posted: 31 Aug 2010 02:44 PM PDT KUALA LUMPUR : Seluruh rakyat negara ini diseru memberikan kepercayaan penuh kepada PAS menggantikan Umno untuk memimpin mereka dengan lebih adil. Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno tidak boleh lagi diberi kepercayaan kerana mereka mengelirukan masyarakat dengan memutar-belit ajaran Islam sebenar dan menggunakan isu perkauman utuk kelangsungan politik mereka. "Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an. Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini. Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat. Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar. "Mereka telah mencampur adukkan sentimen perkauman sempit dan mengaitkannya seolah-olah tindakan mereka adalah dari ajaran Islam yang sebenar," jelasnya lagi. Tindakan Umno itu pula jelasnya disambut dan diangkat oleh media Umno sehingga mereka cuba menggambarkan seolah-olahnya hubungan antara kaum dalam negara kita ini berada dalam tahap yang paling buruk. Masyarakat Islam jelasnya lagi dikelirukan dari segi fahaman agama yang sebenar, manakala masyarakat bukan Islam pula diadu-domba dengan api perkauman dan ketegangan hubungan kaum. "Saya ingin memberikan nasihat kepada pihak media yang menggunakan isu agama ini untuk menghentikan tindakan mereka, kerana sebenarnya mereka telah mengelirukan umat Islam dengan kegagalan mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan umat Islam sejak zaman berzaman," katanya. Sehubungan itu beliau juga menyeru agar umat Islam meneliti setiap maklumat yang disebarkan supaya tidak diperangkap oleh sesuatu maklumat yang salah. PAS juga menurutnya sentiasa konsisten dengan prinsip Islam dan bersedia untuk berdepan dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan, untuk menjelaskan garispanduan yang sebenar dalam semua perkara yang berkait dengan umat Islam. -Hrkh | ||||
| Tragedi 13 Mei : Awas Zainuddin Maidin! Posted: 31 Aug 2010 02:43 PM PDT
|
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
































"Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Parti Islam Se-Malaysia memandang serius fitnah yang dilemparkan oleh bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengatakan bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969 Pas minta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 'merampas' harta-harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia Pas menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan