pemuda cheh |
- Perkasa: Utusan, Mahathir Berpihak Kepada Muhyiddin
- PRU-13,PR sudah satu kaki ke Putra Jaya
- Kejutan Dari Ibrahim Ali Yang Kita Tidak Akan Terkejut
- Islam dijunjung, Sultan disanjung
| Perkasa: Utusan, Mahathir Berpihak Kepada Muhyiddin Posted: 14 Sep 2010 03:58 AM PDT Kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengawal media naungan Umno memihak kepadanya dalam isu Pertubuhan Pribumi Perkasa(Perkasa) bukanlah kelemahan pentadbirannya semata-mata. Tetapi ia berkaitan dengan perbalahan di dalam Umno di antara orang nombor satu dan nombor dua parti Melayu itu. Keghairahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membela Perkasa dan kelantangan Utusan Malaysia menyanggah saranan Najib agar Umno menjauhkan diri dari Perkasa dikaitkan dengan pengaruh Dr Mahathir terhadap surat khabar berbahasa Melayu berkenaan. Untuk rekod sehingga berita ini ditulis Utusan sudah dua hari berturut-turut menyediakan muka surat penuh yang melaporkan sokongan orang Melayu terhadap Perkasa. Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar adalah tidak mustahil Dr Mahathir mendokongi agenda ini bagi merosakkan imej Najib dan membantu menaikkan imej Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih disenangi beliau. Dr Mahathir sebelum ini menyatakan Muhyiddin lebih layak menjadi Perdana Menteri kerana keberaniannya mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur selepas kegagalan Umno dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu. Sejak kebelakangan ini dalam beberapa isu terutama yang membabitkan isu rundingan berkenaan kepentingan Malaysia di Singapura(isu penyerahan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad) kurang disenangi oleh beliau. Bagi Dr Mahathir, Perdana Menteri itu terlalu berlembut dengan pihak Singapura. Atas isu-isu inilah menurut Mahfuz menjadi antara faktor yang menyebabkan bekas Perdana Menteri paling lama berkuasa itu untuk berpihak kepada Muhyiddin. "Hujahnya mudah, Dr Mahathir memang terkenal sebagai seorang yang sanggup melakukan tindakan politik yang luarbiasa bagi memenuhi agendanya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana beliau terdedah kepada isu-isu lama(semasa menjadi Perdana Menteri) yang boleh menggugat kedudukan beliau," kata Mahfuz. Tegas Mahfuz lagi, sepanjang memerintah Mahathir tidak ada rekod yang cemerlang membela orang Melayu. Semua hak Melayu tergadai semasa di bawah pemerintahannya. Berkenaan dengan trend sokongan Utusan terhadap Dr Mahathir, menurut satu sumber yang rapat dengan pihak Utusan. Senario itu bukan sesuatu yang ganjil, menurutnya hampir kesemua yang berada di dalam Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan ketika ini dikaitkan dengan kem Dr Mahathir. Pengerusi Eksekutif Utusan sekarang Tan Sri Mohamad Hashim Ahmad Makaruddin adalah seorang yang rapat dengan Dr Mahathir dan pernah menjadi setiausaha politik beliau. "Bukan satu masalah yang besar bagi Dr Mahathir untuk mempergunakan Utusan untuk kepentingan politiknya. Walaupun Najib cuba memasukkan orang-orangnya didalam Utusan tetapi masih belum mampu menyaingi pengaruh Mahathir dalam membuat keputusan penting terutama perkara yang membabitkan Mahathir," dakwanya yang enggan mendedahkan identiti ketika dihubungi TV Selangor. | ||
| PRU-13,PR sudah satu kaki ke Putra Jaya Posted: 14 Sep 2010 12:50 AM PDT Oleh: cucupakkasim "PRU-13,tidak keterlaluan jika dikatakan yang kaki kanan PR (Pakatan Rakyat) sudah pun memijak Putra Jaya, dan hanya menunggu masa sahaja untuk melangkah dengan kaki kiri untuk duduk di Putra Jaya bila saja diumumkan PRU yang ke-13 nanti. (Mustapa Mohamad @ Tok Pa kita pun dah turun padang dan kata dah dekat dah nak PRU dan ahli-ahli umno tolong jangan gaduh sesama sendiri...) Berdasarkan angka pendaftaran pengundi-pengundi baru yang telah dikeluarkan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) menunjukan 301,653 pengundi-pengundi baru telah pun berdaftar dan layak untuk mengundi pada PRU-13. Dalam angka-angka yang ditunjukan itu, bak kata orang-orang tua 'sudah terang lagi bersuloh' dimana 169,850 atau 56% daripada 301,653 pengundi baru tadi telah didaftarkan melalui parti-parti politik. Kalau ditakdirkan yang 169,850 pengundi-pengundi baru ini merupakan penentu kejayaan parti yang bakal memerintah, sudah pasti lah satu kaki PR sudah memijak Putra Jaya kerana 107,037 daripada 169,850 pengundi-pengundi baru ini telah didaftarkan melalui kempen daftar undi oleh PR yang terdiri daripada DAP,PKR dan PAS. Gurkah-gurkah politik di'port' pula memberitahu yang semua parti-parti politik tak kira PR atau BN membayar RM 1 untuk seorang pengundi baru yang didaftarkan kepada pembantu-pembantu mereka yang bekerja secara 'part-time' untuk mencari pengundi-pengundi baru untuk didaftarkan. Gurkah-gurkah politik di'port' juga ingin mengingatkan umno/BN agar boleh melupakan hasrat mereka untuk mengambil semula Pulau Pinang daripada PR kerana hampir 40,000 pengundi-pengundi baru yang didaftarkan itu, 95% telah didaftarkan melalui PR. | ||
| Kejutan Dari Ibrahim Ali Yang Kita Tidak Akan Terkejut Posted: 14 Sep 2010 12:40 AM PDT PERKASA di bawah Ibrahim Ali MP Pasir Mas akhirnya dimalukan oleh Umno. Umno yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu di negara ini menolak PERKASA yang juga mengaku menjadi hero orang-orang Melayu. Kedua-duanya yang `menjual nama' Melayu ini bersengketa kerana apa? Jawapannya mudah, mereka bersengketa kerana masing-masing sebenarnya tidak ikhlas membela nasib orang-orang Melayu.Kenyataan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang mengaku akan membuat kejutan di dalam PRU nanti sebenarnya bukan satu kejutan. Terkejutkah kita jika raja katak Pasir Mas ini mengistiharkan untuk menubuhkan parti baru? Mungkin juga beliau akan keluar dari sarang di Pasir Mas dan berhijrah ke tempat lain yang beliau rasa kawasan itu boleh menyelamatkan beliau untuk kekal sebagai Ahli Parlimen? Ke mana sekali pun raja katak ini berhijrah, ianya tidak mengubah pandangan orang terhadap Presiden PERKASA ini. Jika Umno sebuah parti yang `kuat Melayu'nya pun menolak PERKASA yang dipimpin oleh Ibrahim Ali, bangsa atau kaum mana yang mahu percaya kepada perjuangan beliau? Ibrahim Ali mendapat sokongan kuat dari Tun Mahathir iaitu tokoh yang mula-mula memecahkan perpaduan Melayu. Tun Mahathir menganggap rugi besar jika Umno menjauhi PERKASA. Kita tidak nampak pula di mana untungnya Umno jika bersama PERKASA, apatah lagi di bawah Najib dengan konsep `1 Malaysia'nya itu. PERKASA lebih banyak `memeningkan' Umno dari memulihkan Umno yang sememangnya sudah `pening' itu. PAS awal-awal lagi sudah mengumumkan bahawa di dalam PRU akan datang, PAS tidak lagi mahu `bersedekah' kepada Ibrahim Ali kerusi Parlimen Pasir Mas. Memang tepat dan bijak keputusan PAS itu kerana `bersedekah' kepada orang yang `sombong dan khianat' tidak akan memperolehi pahala. Ibrahim Ali Ali juga menyebut bahawa Umno juga tidak mungkin (mustahil lebih tepat) untuk mencalonkan beliau di kerusi Parlimen Pasir Mas. Bahkan, jika Umno terdesak sangat untuk memilih raja katak ini sebagai calon mereka, Umno bakal mendapat malu besar nanti. Ibrahim Ali menyebut masih banyak lagi kawasan majoriti Melayu yang boleh beliau wakili di dalam Pilihanraya nanti. Mungkin Ibrahim menganggap bahawa kawasan majoriti Melayu adalah kawasan selamat buatnya. Adakah sebelum ini Ibrahim Ali pernah bertanding di kawasan bukan majoriti Melayu? Dan, kawasan mana yang pernah menghilangkan deposit beliau? Beliau mesti ingat bahawa beliau menang di Parlimen Pasir Mas dahulu bukan kerana Ibrahim Ali Melayu, tetapi kerana pengundi-pengundi memilih calon yang dipilih oleh parti yang memperjuangkan Islam bukan memperjuangkan Melayu semata-mata. Di Kelantan, sebuah negeri yang hampir 100 peratus Melayu, sekarang mempunyai Adun dari kaum berbangsa Cina. Apa pun kejutan dari Ibrahim Ali tidak akan menjadi kejutan kepada mereka yang kenal Ibrahim Ali. Ibrahim Ali bukan sahaja menjadi duri dalam daging buat Umno, bahkan ianya menjadi racun kepada semua. Insan yang satu ketika memuji Tuan Guru Nik Aziz, kemudiannya memperlekehkan MB Kelantan itu dan orang ini juga satu ketika menghina DS Anwar, kemudiannya ingin bersama DS Anwar dan kini kembali menyerang DS Anwar adalah insan yang tidak boleh dipercayai bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang sekali pun | ||
| Islam dijunjung, Sultan disanjung Posted: 13 Sep 2010 04:25 PM PDT Imbasan Kembali PeristiwaRakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis. Mungkin masih segar diingatan anda suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan. ![]() ![]() ![]() Gambar: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (tengah) berkenan menyembelih lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di perkarangan Komplek Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.Disini Budak Kampung Online mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas permasyhuran YTM TengKu Muhammad Faris Petra (42), Tengku Mahkota Kelantan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahanda baginda Tengku Ismail Petra berkuatkuasa hari ini Isnin 04 Ramadhan 1431 bersamaan 13 Sept 2010. Gambar: TUANKU Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra menerima Watikah Pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Istana Negeri Kubang Kerian hari ini. Daulat Tuanku... |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

PERKASA di bawah Ibrahim Ali MP Pasir Mas akhirnya dimalukan oleh Umno. Umno yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu di negara ini menolak PERKASA yang juga mengaku menjadi hero orang-orang Melayu. Kedua-duanya yang `menjual nama' Melayu ini bersengketa kerana apa? Jawapannya mudah, mereka bersengketa kerana masing-masing sebenarnya tidak ikhlas membela nasib orang-orang Melayu.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan