Pahang Daily Online |
| Posted: 13 Sep 2010 10:50 AM PDT ![]() BANDAR JENGKA, 13 Sept - Program Sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri dan Himpunan Anak Muda Di Perantauan anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang mendapat sambutan hangat semalam (12 Sept). Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, Nisa Kuala Krau dan Jawatankuasa PAS Cawangan Jengka 15 telah mmengadakan program tersebut di simpang utama, jalan besar Felda Semarak Jengka 15 dekat sini. Ribuan anak muda di perantauan dan penyokong Pakatan Rakyat hadir memeriahkan majlis tersebut. Majlis yang dirasmikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang), Ustaz Suhaimi Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang), Ustaz Shahril Azman Abd Halim (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang) serta lain-lain pemimpin PAS Negeri dan kawasan (Kuala Krau). Turut hadir ialah Balasubramaniam iaitu Pengerusi Dewan Kelab Penyokong PAS Pahang. Orang ramai mula membanjiri lokasi majlis sekitar jam 9.30 pagi lagi. Disamping menjamu selera dengan berbagai juadah raya yang disediakan, orang ramai turut juga mendengar ucapan daripada pemimpin dan hiburan nasyid oleh kumpulan Qamarul Raihan. Acara itu dimeriahkan lagi dengan celoteh daripada juruhebah jemputan yang menceriakan majlis berkenaan. Turut diadakan ialah acara cabutan bertuah dan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak. Tidak ketinggalan juga pihak penganjur menyediakan kaunter pendaftaran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Majlis tersebut berakhir sekitar jam 12 tengahari. Dato' Tuan beramah mesra (kiri), antara pimpinan PAS yang hadir (kanan) Antara hadirin yang telah meluangkan masa hadir dalam majlis berkenaan Dato' Tuan sumbang duit raya (kiri), kaunter SPR dan ANAK dibuka (kanan) [Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang atas usaha murni menganjurkan program yang julung-julung kalinya ini. Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa PAS tetap mendapat sokongan rakyat dalam apa jua keadaan sekali pun. Apa yang menarik, acara tersebut dijalankan di kampung ADUN Jengka, Wan Salman sendiri. Ini akan memberi tekanan yang cukup kuat kepadanya untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO BN di kawasan itu. PDO mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta seluruh kepimpinan PAS Negeri Pahang. Semoga acara-cara seperti ini akan mengeratkan lagi sillaturahim sesama rakyat pelbagai kaum dan fahaman politik mereka]. DPP Kuala Krau |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan